Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 13 Jun 2016

Hadi Hanya 'Nampak Dedak' Dakwa Mahathir - Betul Ke Hadi?

Baru-baru ini pelbagai laporan media alternatif melaporkan bahawanya Mahathir dipetik sebagai berkata ;

Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mendedahkan bahawa beliau telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menerangkan dakwaan salah laku Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Abdul Razak.
"Saya jelaskan secara peribadi kepada Hadi mengenai salah laku Najib tetapi apa yang dia nampak ialah dedak," kata Mahathir kepada kira-kira 300 hadirin dalam majlis anjuran Pakatan Harapan di Kuala Kangsar, hari ini.
Ketika diminta menjelaskan apa yang dimaksudkan beliau itu semasa sidang media sejurus selepas majlis berkenaan, Mahathir berkata, beliau tidak pasti sama ada Hadi makan dedak atau belum.
"Tetapi untuk mengatakan dia tidak tahu mengenai salah laku Najib adalah mustahil kerana saya telah berikan penjelasan panjang lebar mengenai perkara itu," katanya.
Antaranya ialah pembentukan 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) dan dakwaan penyalah gunaan dana firma pelaburan milik negara itu, kata Mahathir lagi.
"Ia adalah perkara yang saya telah menjelaskan kepada Hadi dan beliau mengakui bahawa terdapat beberapa kebenaran di dalamnya apabila bertemu dengan saya.
"Tetapi akhirnya, kerana dia kini bersendirian dan PAS tidak lagi mempunyai sekutu , sebab itu dia sedang berjuang di sisi Najib," katanya.
Perjuangan semasa PAS, katanya, adalah semata-mata untuk membantu Najib.
Walaubagaimanapun, Hadi tampil dengan kenyataan menafikan dakwaan Mahathir ketika disoal pemberita.
Berikut ialah kenyataan balas Hadi ;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengakui bahawa bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menemui beliau tiga bulan yang lepas untuk membincang rencana menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Abdul Hadi berkata beliau bagaimanapun menolak pelawaan itu kerana menganggap ia tidak memberi sebarang faedah kepadanya mahupun parti itu.
"PAS tidak menentang individu...tidak menentang orang tapi menentang pendekatan menggunakan konsep dan dasar.
"Sekiranya (kalau) orang diubah tetapi dasar dan pendekatannya sama, tiada perubahan juga," katanya kepada pemberita
ketika melakukan sesi 'walkabout' di sekitar bazar Ramadan pekan Sekinchan, di sini hari ini.
Mengenai dakwaan Tun Mahathir bahawa beliau (Abdul Hadi) makan 'dedak' Najib, Presiden PAS itu secara sinis memulangkan soalan siapa yang mula mengajar memberi dedak sebelum ini?.
"Kerana PAS tidak makan dedak maka dengan itu PAS boleh teruskan perjuangan tak ada politik wang, politik BR1M, siapa yang ajar?.
"Selagi tak mengubah pendekatan, tak ubah perangai, selagi itulah perkara ini akan berlaku," ujar beliau.
1. Hadi dan Mahathir mengakui masing2 pernah bersua bagi membincangkan kerjasama untuk menjatuhkan Najib.
2. Walaubagaimanapun perbincangan tersebut menemui kegagalan kerana Hadi dikatakan 'nampak' dedak dan kini sedang berjuang disisi Najib dakwa Mahathir.
3. Hadi pula apabila disoal bagi menjawab dakwaan Mahathir sebaliknya memilih untuk menyindir dakwaan tersebut malahan memulangkan semula paku buah keras kepada Mahathir dengan mempersoalkan politik makan dedak ini sebenarnya ajaran siapa..
Lebih kurang begitulah kesimpulannya jika membaca kedua-dua laporan berita tersebut.
Hadi juga dilaporkan berkata bahawa perjuangan PAS ialah menentang dari segi dasar dan bukan tertakluk kepada menjatuhkan individu semata-mata.
Dalam pada itu, terdapat individu di laman sosial yang mempersoalkan intergriti Hadi ;

Penyokong PAS walaubagaimanapun menafikan dakwaan itu sekeras-kerasnya dengan mengatakan ini adalah satu lagi bentuk fitnah terhadap pemimpin PAS dikala kempen PRK.
Bahkan dakwa sebahagian dari mereka, kenyataan Mahathir di pentas PH adalah bagi melemahkan sokongan terhadap PAS ini kerana Hadi sebelum ini secara terbuka menolak Deklarasi Rakyat dan kenapa baru sekarang Mahathir memilih untuk mendedahkan perjumpaan mereka? Dan dakwaan Mahathir mengenai 'nampak dedak' adalah satu lagi dakwaan kosong bagi mencemarkan intergriti pimpinan PAS.
Dalam erti kata lain, ia adalah satu strategi politik iaitu mencipta propaganda bagi melemahkan pihak lawan. 
Tuduhan itu kemudiannya, telah dipinda oleh Abe Awang Malaya ;

Daripada dakwaan, ia bertukar kepada pertanyaan. Ini sekaligus menguatkan kata-kata penyokong2 PAS di laman sosial bahawa penyebaran kenyataan berkenaan adalah satu fitnah terhadap batang tubuh TGHH. 
Dakwa mereka lagi, jika benarlah tuan guru memakan rasuah kenapa tidak melaporkan kepada SPRM. Tambahan pula, apa buktinya tuan guru menerima hadiah-hadiah tersebut? Sekurang2nya tunjukkanlah gambar kenderaan dan gambar rumah tersebut dan bukannya sekadar bercakap kosong.
Pro PAN di laman sosial setakat ini masih gagal membuktikan dakwaan mereka terhadap Hadi Awang. Namun demikian, mereka masih menyebarkan ia dengan tujuan mempercayai dakwaan tersebut.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...