Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 13 Disember 2013

Betul Ke Skim Persaraan Dikenakan Cukai 20%? - Ini Info Yang Anda Perlu Tahu.


EPF dikenakan cukai? Nak keluarkan duit EPF kena bayar cukai? Betul ke macam tue? Gila babi mana yang meroyan sangat nak mencukaikan wang simpanan hari tua rakyat di negara neh hah?

KAH KAH KAH

Actually, benda tersebut adalah separa benar. Ya, betul, kalau ikut statement terkini dari Rafizi Ramli berkaitan hal ini memang cukai akan dikenakan terhadap simpanan2 yang disimpan atas nama SKIM PERSARAAN HARI TUA / PENCEN dan sebagainya.

Tetapi ia tidak la tertakluk kepada simpanan dalam EPF. Hanya EPF saja yang dikecualikan dari bayaran cukai. Mana2 simpanan ataupun tabungan yang dibuat atas nama SIMPANAN HARI TUA ATAUPUN SKIM PERSARAAN HARI TUA yang dikendalikan oleh SYARIKAT SWASTA akan dikenakan cukai JIKA penyimpan memilih untuk mengeluarkan simpanan2 mereka sebelum berusia 55 tahun.

Jawapan menteri ;

Kerajaan berhak mengenakan cukai atas tabungan tersebut atas alasan penabung dalam skim persaraan swasta telah mendapat pelepasan cukai.

- Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan II

Menurut Rafizi ;

Pembayar cukai hanya mendapat pelepasan cukai yang limited. Paling tinggi setahun RM3,000 setahun dalam skim persaraan hari tua.

Maksudnya begini. 

Kita simpan tiap2 tahun. Dalam setahun, simpanan dalam tabung persaraan [SWASTA] kita akan dicukaikan mengikutkan kadar yang ditetapkan oleh kerajaan. Jika jumlah cukai yang dikenakan ialah RM5,000 selepas kiraan dibuat maka, hanya rm3,000 saja yang akan ditolak dalam polisi = pelepasan cukai [per year, per pengeluaran], baki lagi rm2k tue kita kena bayar. Itu, jika kita MEMILIH untuk keluarkan wang tersebut sebelum umur 55 tahun. Melainkan, ia dikeluarkan atas alasan kemalangan dan kecacatan. Lets say, kita keluarkan 2 kali dalam dua tahun yang berbeza, jika kiraan dibuat telah menyatakan kita perlu membayar cukai sehingga rm4k, maka hanya rm3k aje dilepaskan dari bayaran cukai baki rm1k kena bayar walaupun kita dah bayar cukai last year atas tabungan yang sama. Bukan bermaksud bayar sekali aje dah habis cukainya oke. Selagi kita memilih untuk keluarkan simpanan [skim persaraan swasta] sebelum mencapai usia 55 tahun selagi itu cukai untuk keluarkan simpanan akan dikenakan ke atas kita.

Kalau ikut statement Rafizi la kan.

Rujuk video disini.

Apa yang aku faham?

1. Kerajaan rupa2nya kenakan cukai waima ke atas simpanan rakyat sekalipun. Rakyat menyimpan, menabung dan melabur supaya dapat memperolehi wang lebih untuk menampung kehidupan di hari tua. Itupun rupany2 kerajaan kenakan cukai. What the hell. Duit kita kot tue. Apa hak kerajaan nak kenakan cukai atas tabungan kita sendiri?

2. Yang bermaksud kerajaan telah buat satu pindaan dalam akta percukaian merujuk kepada skim persaraan swasta. Jika dulu tak dikenakan cukai selepas bawa keluar duit sekarang kalau bawa keluar duit sebelum usia 55 tahun akan dikenakan cukai. 

3. Kadang2 kita nak bawa keluar duit sebab melabur kat tempat lain lebih berbaloi agaknya.

4. Tapi lepas neh nak buat macam tue kena bayar cukai la pula. Walaupun keluarkan duit sendiri.

5. Setiap bank setiap tahun tertakluk kepada bayaran cukai keuntungan. Wang2 simpanan rakyat sepatutnya di anggap telah pun membayar cukai keuntungan disebabkan pihak bank melabur dengan menggunakan pakai wang simpanan dan keuntungan dibahagikan ikut perjanjian tertentu. Maka disini, hasil keuntungan tersebut telah pun dicukaikan ikut peraturan kerajaan. Maka apa keperluan nya lagi untuk kerajaan turut mengenakan cukai bilamana rakyat memilih untuk keluarkan simpanan persaraan swasta mereka sebelum usia 55 tahun? Ini bermaksud double taxes tahu tak? Sudahla tertakluk kepada akta cukai keuntungan now kita tertakluk kepada akta cukai pengeluaran wang simpanan persaraan juga. This is totally bullshit man.

6. Kadang2 orang keluarkan sebab nak guna. Bukan atas nama kemalangan. Bukan disebabkan kecacatan fizikal. Tetapi sebab nak tampung kos pendidikan anak2 ataupun sebab urusan perkahwinan. Kadang2 nak cover kos beli rumah dan sebagainya. Ada la alasan2 tertentu yang kerajaan tak perlu MENYEMAK SANGAT DALAM URUSAN PERIBADI RAKYAT MEMANDANGKAN RAKYAT BERBELANJA MENGGUNAKAN WANG SENDIRI KOT BUKAN NYA MENGGUNAKAN WANG ROSMAH MANSUR. So apa hak kerajaan nak mencukaikan wang rakyat yang rakyat cari sendiri, menabung sendiri dan belanjakan untuk kegunaan diri sendiri? Adakah rakyat mencuri sekarang neh? Hidup jangan membabi sangat curi duit orang weh menteri2 Malaysia.

7. Bila rakyat takde duit ko cakap rakyat PEMALAS NAK MAMPOS. Bila rakyat menyimpan dalam EPF semata2, kadar keuntungan dia tak la tinggi mana. So mereka buat la inisiatif untuk melabur kat tempat lain yang dirasakan lebih berbaloi..

8. Then bila ko tengok rakyat dapat duit lebih sikit mula la ko dengki tak bertempat..

9. Maka ko wujudkan la cukai baru supaya lebih banyak collection cukai yang ko boleh dapat yearly.

Lepas tue sembang kencang pongpang2 tanya apa jasa rakyat pada kerajaan. Yang teruknya totok2 UMNO neh. Macam tak pergi sekolah. Dia ingat cukai yang wujud kat Malaysia neh cukai pendapatan aje.

Cukai jalan bukan cukai.
GST dan SST bukan cukai setiap kali beli barang. [semua rakyat yang membeli barang dikenakan cukai ini tak kira la budak2 ke dewasa ke]
Tol bukan cukai. Walhal setiap kali guna jalan kena bayar tol, tol juga merupakan salah satu kaedah cukai yang kita sendiri tak sedar sebenarnya.
Cukai rumah bukan cukai.
Cukai hartanah bukan cukai.
Cukai tanah bukan cukai.
Cukai simpanan bukan cukai.

Hanya cukai pendapatan aje itu yang cukai. Itu sebab setiap kali berbahas mengenai menteri2 gila meroyan habiskan wang rakyat depa akan gunakan hujah2 BODOH NAK MAMPOS. Berapa banyak ko bayar cukai weh [merujuk kepada cukai pendapatan]. Walaupun semakin ramai dikecualikan dari membayar cukai pendapatan tetapi lebih ramai lagi rakyat yang dimasukkan dalam kelompok sasaran cukai baru. Tak faham neh? G mati ah korang.

Tenkiu. 

Khamis, 12 Disember 2013

Tanah Di Johor Bharu Terjual Dengan Harga RM4.5billion Kepada Syarikat Luar Negara.

Itulah yang dilaporkan oleh The Star.

Rujuk ;


Kalau ikut laporan dari The Star ;

1. Syarikat yang beli tanah tue ialah syarikat dari China iaitu Guangzhou R&F Properties Co Ltd.

2. Macam biasa. Ia adalah atas nama pelaburan dan pembangunan.

3. Kalau ikut statement dari syarikat tersebut mereka anggap nilai penjualan RM4.5billion adalah sangat2 berbaloi berdasarkan jumlah tanah yang mereka perolehi dengan pelaburan yang mereka bakal laksanakan kelak. Bagi mereka Malaysia sangat2 terbuka kepada syarikat2 asing yang melabur di negara neh. RM100 juta telah pun dibayar sebagai pendahuluan perjanjian jual-beli.

4. Rujuk carta yang disediakan oleh The Star. Carta ini memberitahu berapa banyak tanah2 di Johor telah menjadi hak milik syarikat dari luar negara.

5. Dalam berita yang sama ada dinyatakan juga rakyat2 di negara China sering bercakap mengenai Iskandar berbanding pelaburan perumahan di Singapore disebabkan pelaburan di Malaysia adalah lebih rendah berbanding di negara tersebut. Mereka cenderung memilih Malaysia sebagai lokasi untuk membeli hartanah bagi tujuan pelaburan dan perniagaan..

Hehe..

6. Jual beli tanah dengan kos RM4.5billion neh tak lain tak bukan.. ia diuruskan sendiri oleh Sultan Johor kita.

Daulat tuanku. Daulat yang amat..

Dan err lepas neh masuk Johor kena passport ke tak yah ek? China bukan komunis dah kan?

KAH KAH KAH

Rujukan berita :  http://www.thestar.com.my/Business/Business-News/2013/12/03/RM45bil-land-deal-in-Johor-Chinabased-Guangzhou-RF-buys-47ha-from-royalty.aspx

Rabu, 11 Disember 2013

Tambang LRT, Monorail Di Jangka Naik - SPAD


Kenaikan tarif elektrik tidak membebankan 5 juta penduduk di negara ini konon. Belum apa2 LRT dan Monorail dah keluarkan statement yang kadar tambang perkhidmatan mereka perlu dikaji [sebenarnya akan dinaikkan] disebabkan peningkatan kos operasi.

Ini ko cakap tak jejaskan 5 juta pengguna elektrik ek? Tak jejaskan 5 juta pengguna dalam bil TNB aje kot. Tetapi pengguna terjejas dari hal lain pula.

HUJAH MACAM GAMPANG.

KAH KAH KAH

Err silap. Apahal pula aku gelak kan. Aku pun terkena sama. Sial ah. Terbantut nafsu nak gelakkan orang tadi sebab dengan aku2 sekali kena weh.

Baca ;

LRT and Monorail fares are expected to go up next year.
The Land Public Transport Commission (SPAD) is reviewing the fare structure, its chairman, Tan Sri Syed Hamid Albar, said.
“There have not been any increase in the past 10 years or so in the LRT rates and it is due to increase next year,” he said.
With electricity tariffs also to go up on Jan 1, it remains to be seen what the quantum of increase will be.
It is understood that fares for the KTM services will be also be reviewed.
Syed Hamid Albar said the review would be comprehensive and take into account several factors to ensure the increase will not burden the people.
“It has to be a win-win situation between the affordability to the people and the sustainability of the rail industry,” he said.
- See more at: http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/lrt-and-monorail-fares-to-go-up-next-year#sthash.NXq29VGl.ctzalJmY.dpu

Kenaikan tak membebankan pengguna konon. Dah berbuih2 mulut kot bagitau pemimpin2 di negara neh. Mana mungkin tak ada kenaikan yang tak membebankan pengguna? Semua jenis kenaikan pasti membebankan pengguna kecuali kenaikan gaji dan bonus aje ma.

So kalau dulu kena bayar rm2 sekarang kena bayar rm4 mestila rasa terjejas sedikit sebanyak. Antara rasa mampu bertahan ataupun mampu meroyan. Itu aje.

BTW, dalam pada aku membaca berita neh, sempat lagi dorang bhai. Sempat lagi dok banding dengan SG dan India. India naik tambang mereka 2 kali tahun neh. Manakala SG tiap2 tahun renew tambang perkhidmatan pengangkutan awam mereka.

GAMPANG!!!

Bab kenaikan reti pula nak banding dengan negara lain. Seret semua negara tak kira la negara apa sekalipun even SG pun kena seret walhal orang2 UMNO kan BENCI NAK MAMPOS KAT NEGARA KAFIR LAKNAT MACAM SG tue sebab SG ditadbir oleh orang CINA.

Tapi bab yang baik2 jangan HARAP la depa nak banding dengan negara lain. Negara itu lain, negara kita lain. Lepas tue siap bagi hujah konon nya negara kita neh tak sama macam negara orang lain disebabkan perbezaan budaya. WHAT THE HELL IS THAT.

Yang bab kenaikan tambang dan dok banding2 neh macam mana nak amek kira pula. Dah sama ke apa budaya negara kita dengan negara2 lain semua tue?

BANGANG!!!! 

Klik link berita di atas untuk merasaikan sendiri pengalaman kebodohan dorang oke. Bai.

Mangsa Banjir Ada Hutang Bank? - Mari Baca Ini.

Usaha macam neh la yang sepatutnya kerajaan kita buat. Maksud aku kalau kita mampu usahakan sesuatu yang lebih baik dari bagi rm500 aje kenapa kita tak buat? Bukan memperkecilkan bantuan rm500 kepada semua mangsa banjir tetapi kalau kita mampu bantu lebih dari itu, kenaoa kita tak buat? Betul tak?

Apa pun kepada mangsa2 banjir yang ada loan dengan bank ;

1. Rumah
2. Kereta
3. Perniagaan
4. Peribadi

Apa saja pinjaman dengan mana2 bank sila baca kat bawah neh dulu ;


Anggota Persatuan Bank-Bank Malaysia (ABM) yang beroperasi di pantai timur, Johor dan Melaka akan proaktif membantu pelanggan, individu atau perniagaan yang terjejas banjir.

Menurut kenyataan ABM di sini hari ini, bantuan yang disediakan bank tidak terhad kepada menangguhkan pembayaran balik pinjaman rumah sahaja tetapi juga termasuk menyusun semula pinjaman perniagaan tanpa menanggung fi atau memberikan penggantungan sementara pembayaran balik.

"Bank memahami sekarang adalah masa yang sukar dan memberi tekanan kepada semua isi rumah dan perniagaan yang terjejas banjir.

"Anggota bank kami sedang berusaha mendekati pelanggan untuk membantu mereka pulih kembali.

"Pelanggan yang menghadapi masalah kewangan akibat banjir diminta menghubungi bank mereka secepat mungkin supaya keadaan mereka boleh dinilai dan nasihat boleh diberi," kata Pengarah Eksekutif ABM Chuah Mei Lin.

Chuah berkata seperti tahun-tahun sebelum ini, anggota bank akan menghulurkan bantuan semasa tempoh sukar ini dengan menyediakan penyelesaian dan bantuan kepada pelanggan berdasarkan keadaan kewangan masing-masing.

Orang ramai dialu-alukan menghubungi ABM melalui talian bebas tol, ABMConnect 1-300-88-9980 yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat, 9 pagi hingga 5.30 petang atau menerusi laman web, www.abm.org.my.


Tolong panjangkan berita ini kepada rakan2 yang menjadi mangsa banjir dan sedara mara yang terjejas dalam insiden banjir baru2 ini. Semoga perkara ini sedikit sebanyak akan mampu meringankan beban pihak2 yang terbabit.

Oke bai. 
 

Permohonan Maaf Kepada Pertubuhan Panggilan Pertiwi.

Kepada : Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia.

Permohonan Maaf Sebab Upload Gambar Yang Dimiliki Oleh Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia.

 Saya dengan ini mahu memohon maaf kerana mengupload satu gambar yang dimiliki oleh Pertubuhan Panggilan Pertiwi Malaysia ke dalam blog ini tanpa izin dengan tujuan salah guna dan lari dari matlamat sebenar.

Saya juga ingin meminta maaf kepada pemilik kenderaan dalam gambar tersebut kerana upload gambar kenderaan tersebut di dalam blog.

Sebarang kekesalan bagi pihak tuan amatlah dikesali oleh saya selaku pengupload gambar tersebut dalam blog.

 Jadi saya memohon maaf kerana menyusahkan pihak tuan dan pihak2 yang terlibat.

Terima kasih di atas jasa baik anda.

Selasa, 10 Disember 2013

JPJ Tegas Tak Bertempat - Saman Lori Hantar Bantuan Banjir.

Cuba ko dan aku kita duduk lepak tepi jalan. Tak payah la sampai sehari. Cukupla dalam sejam aje. Lebih2 lagi jalan yang lori suka keluar masuk keluar masuk. Percaya atau tidak punyala banyak lori2 yang tidak memenuhi peraturan keselamatan jalanraya akan ditemui oleh aku dan ko. Siyes. 

Dan lori2 neh tetap steady dan steady dan steady bergerak ke sana dan ke mari dengan sesuka ahti tanpa rasa takut atau risau jika2 mereka akan menyusahkan orang lain dan menjejaskan keselamatan pemandu2 lain.

Saat2 ini kita akan terfikir dan terfikir, di manakah JPJ? 

Duduk dalam pejabat je ke?

Hehe.. 

Lihat bawah ;


Dalam sesetengah hal kita perlu bertegas. Kena kuatkuasakan undang2. Tak boleh berkompromi waima sedikit pun. Tetapi dalam sesetengah hal kalau kita bertolak ansur pun takde masalah. Tak payah la nak beria2 sembang kencang bab undang2 kot. Getik la aku baca weh. Getik.

Baca bawah neh hah ;
Jelas Nordiana, sepatutnya penguat kuasa JPJ yang menahan lori tersebut lebih berhati perut kerana barangan yang dihantar adalah untuk membantu mangsa banjir, bukan untuk dijual di pasar lambak.
“Kalau lebih muatan dan tidak benarkan lori meneruskan perjalanan, apalah salahnya benarkan kami keluarkan barang tersebut sehingga cukup muatan yang dibenarkan?
“Ini tidak, JPJ terus denda pemandu sebanyak RM150 manakala syarikat lori yang membawa barangan tersebut disaman RM450 tanpa ada tolak ansur sedikit pun,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Mereka dah bertolak ansur. Sanggup turunkan muatan jika muatan dianggap berlebihan. Apa lagi yang JPJ mahu?

Orang nak hantar bantuan pun banyak bunyi la JPJ neh. Disebabkan kerajaan korang gagal mainkan peranan maka orang awam terpaksa masuk campur untuk uruskan perihal bantu membantu mangsa banjir. Cuba kalau kerajaan ko cekap buat kerja. Takde nya perkara2 begini akan berlaku.

Orang dah turun tolong satu hal. Bukan nya nak bertimbang rasa, siap berkira lagi. Alahai. Teruknya perangai korang. Ini kalau aku kena mao dendam sampai mati. Lue fikirlah sendiri.

Rujukan : http://malaysiagazette.com/nasional/jpj-halang-saman-lori-bantuan-mangsa-banjir#axzz2n2Xan0Bt

Gambar2 Rosmah Membantu Mangsa Banjir Tersebar [Jasa Rosmah Yang Rakyat Tidak Tahu].

Tahniah Rosmah Mansur sebab membantu mangsa banjir baru2 ini. 

Sorry la aku sebagai rakyat tak berapa tahu sebab paper tak laporkan hal tersebut. TV pun haram lapor. Mana la kami nampak kebaikan ko bila semua media memihak untuk boikot membuat liputan mengenai hal neh kan. Mungkin juga kerana Rosmah Mansur tidak mahu jasa2 dia di war2kan secara berleluasa oleh media2 tempatan. Almaklumla. Benda ikhlas kan. Yang beria2 nak dapatkan liputan media tue nak buat apa. Janji dapat bantu rakyat sudah la. 

Terbaek ah Rosmah Mansur. 

Jom kita amek tahu jasa2 Rosmah Mansur dan seterusnya hargai kewujudan dia kat negara neh..

Lihat gambar2 kat bawah ;












Terbaek Rosmahhhhhh

Ini yang kami sayang mama Rosmah nehhhhh

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Isnin, 9 Disember 2013

Penyokong UMNO Kantoi Lagi - Pahang Akan Siasat Aduan Songlap Bantuan Banjir.

Bagus.

Ini yang aku raikan neh. Bila kita bagi aduan depa siasat. Bukan nya macam sesetengah orang. Bagi aduan je, lepas tue kerja dia tuduh2 kita. Fitnah2 ke. Cuba ko buka sikit minda ko tue. Bila orang bagi aduan, siasat dulu la. Orang pun bukan suka2 nak tuduh. Ingat ada masa ke nak buat kerja2 bodoh tue semua. Penat weh. Orang tengah sibuk menghadap banjir kot. Fikir masalah2 penting. Sapa ada masa nak buat fitnah2 bodoh lagi bangang di saat kepala hotak serabut dilanda masalah? Lue otak kasi service la sikit. Masuk la mana2 hospital, makan ubat supaya lue boleh jadi orang normal ma. Ikhlas aku cakap neh. Khas untuk orang2 UMNO oke..

KAH KAH KAH

Baca ;







Respon dari pihak berkaitan ;
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Pahang, Datuk Seri Muhammad Saffian Ismail akan meminta pegawainya menyiasat dakwaan bahawa barang keperluan harian di pusat pemindahan banjir tidak diagihkan dengan betul.

Menurutnya, jika dakwaan itu benar, bekalan yang disimpan akan diuruskan pihaknya sendiri kepada mangsa yang memerlukan.

“Sekiranya bekalan tersebut tidak mencukupi untuk keperluan mangsa-mangsa di pusat pemindahan, kita akan meminta penambahan stok bekalan daripada kerajaan negeri,” katanya di sini, semalam.

Beliau berharap, pihak yang diberi tanggungjawab untuk mengagihkan bekalan itu, menjalankan amanah yang diberi dengan telus.

Rujukan :  http://www.sinarharian.com.my/edisi/pahang/siasat-dakwaan-barangan-keperluan-tidak-cukup-1.228804

Pelan tindakan.

1. Siasat semua laporan yang timbul. Aduan dari orang ramai perlu di ambil perhatian. Jangan pula main gertak2 depa. Kang depa malas nak berkata2 benar oke.

2. Lepas tue umumkan hasil siasatan. Kalau salah, katakan terus terang. Salah. Kalau betul, katakan terus terang ia benda betul. Samada yang mengadu tersalah sangka ataupun si pengagih bantuan tue betul2 lakukan bantuan terpilih, dedah semua. Supaya masing2 diberitahu jalan cerita yang sebenar. Jika rakyat salah, kita akur. Jika yang salah tue di pihak yang uruskan bantuan, mereka juga harus akur.

3. Kalau benar wujud salah laku dalam urusan agihan bantu, hukum mereka2 yang terlibat. Ini bagi menjaga kredibliti kerajaan sendiri.

4. Jika tidak, kes yang sama akan berulangan dan mungkin orang2 yang sama akan songlap dengan cara lain pula, dan ini akan menyebabkan nama UMNO dan BN terpalit tak pasal2 sebab masih mengekalkan mereka2 ini dalam kesatuan korang..

Apa pun kita ucapkan terima kasih kepada pihak2 yang berlapang dada dengan aduan rakyat dan bertindak untuk menyiasat perkara ini dengan lebih mendalam. Ini yang kita mahukan. Tapi jangan buat kerja separuh jalan yer. Harus siasat habis-habisan. Dan umumkan hasil siasatan..

Terima kasih.. 

Tahan Lori Roti - Tak Layak Langsung MB Terengganu Di Puji..

Sampai masuk berita kemain. Aku tahu lepas neh mesti akan ada yang balon aku. Biasa la benda2 gitu. Yang setuju membodek mesti akan terus membodek Mat Said. Yang tak setuju membodek mesti akan faham sangat kenapa kita tiada keperluan nak beria2 UP insiden neh. Ianya adalah perkara yang buang masa untuk puji dia sebenarnya. Sorry setakat nak tunjuk ko hero aka penyelamat la konon nya bila tahan lori roti, tak payah la MB. Aku tak terkesan dengan perkara2 seperti neh wehhh. 

Orang lain boleh la. Mesti depa puji lue kaw2. Lambung bagai watak lue. Konon hero le tue. KONON nya.. tetapi hakikatnya, lue hero ke? Lue sendiri pun mesti tahu ma...

KAH KAH KAH


Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur - Kemamam semalam bertindak nekad menggunakan kuasa 'veto' mengarahkan dua pemandu lori Gardenia mengagihkan roti yang dibawa mereka kepada rakyat yang sedang kelaparan. 
Pemandu lori tersebut yang turut terkandas ekoran banjir di kawasan Chendor, pada mulanya tidak membenarkan lori mereka dibuka bagi tujuan itu. 
Ahmad yang kasihan melihat rakyat dalam kelaparan termasuk anak-anak kecil kerana tidak dapat meneruskan perjalanan berkeras meminta pemandu lori itu agar mengagihkan roti-roti tersebut. 
Setelah kedua-dua pemandu lori itu enggan berbuat demikian, Ahmad kemudiannya meminta mereka untuk menghubunginya pengurus mereka di Kuala Lumpur supaya beliau boleh membeli kesemua roti itu. 
Setelah kata sepakat dicapai dengan pengurus Gardenia di Kuala Lumpur, Ahmad kemudiannya membuka lori itu untuk mengagih-agihkan roti tersebut. 
Tindakan Ahmad itu dikongsikan mangsa banjir yang turut berada di situ dan mendapat pujian ramai di media sosial.

Sumber : SH

Biar gua bagitau dulu kenapa benda neh buang masa kalau lue semua beria2 puji MB Terengganu.

Pertama. MB memang bidang kerja dia untuk membantu rakyat. 

Apa nama? Setakat tahan lori roti yang dah terkandas? Jadahnya ko tahan lori roti. Terang2 bhai. Lori tue turut terkandas sekali. Bukan nya MB Terengganu tahan kot.

So bila MB buat kerja dia, korang semua puji bagai macam la benda tue pelik, tak rasa pelik ka? Tue pasal menteri2 kita tak begitu beria2 nak buat benda bagus. Dorang rasa bila dorang buat benda bagus, dorang sebenarnya sedang buat OT. Padahal memang bidang tugas MB untuk bantu rakyat, selesaikan masalah rakyat. Bila dia minta drebar lori roti untuk agih2kan roti kepada mereka2 yang kelaparan, itu sebenarnya dia sedang buat kerja dia. Jadahnya korang semua lambung dia bagai? Dia dah dilambung bagai dengan duit gaji kot. Berapa kali la dalam sebulan dia betul2 perform buat kerja bantu rakyat la sangat kan.. 

Hehe..

Benda biasa aje kot. 

Kedua. Dia beli bhai roti tue. Tah guna duit dia ke. Guna duit rakyat ke. Apa ke. Jadi lue semua tak payah beria2 la nak up benda gini. Getik la aku tengok. Siyes.

Ketiga. Banyak kot isu2 penting kat Terengganu tue tak diselesaikan lagi. Masalah2 yang membabitkan rakyat. Masalah2 besar. Dan ianya sentiasa berterusan. Tak payah pandang isu2 baru la. Isu2 lama bab runtuhan tue pun tak settle2 lagi. Apa nama? MB Terengganu korang HERO? Hah, pelagi. Suruh ah dia selesaikan masalah2 yang LEBIH MEMBABITKAN KEPENTINGAN RAKYAT di Terengganu tue beb. Kata HERO la sangat.

Keempat. Aku tengok blog yang sebar, aku dah boleh agak betapa hehehe.. lue fikirlah sendiri. Itu sebab aku tak terkesan dengan cerita2 bongek macam neh.

Nak puji MB Terengganu?

Tak layak bhai. Dia dibayar tiap2 bulan untuk selesaikan masalah rakyat kot. Bukan nya dia kerja free.

TOLONGLAH..

KAH KAH KAH 

Lupa nak tambah.. dia hanya akan layak menjadi hero la sangat bagi mangsa2 banjir di Terengganu

JIKA DIA LAKSANAKAN IDEA2 AKU UNTUK MANGSA BANJIR KAT SINI. ==>  http://amenoworld.blogspot.com/2013/12/mangsa-banjir-apa-yang-wakil-rakyat-dan.html

Nak tahu orang tue hero ke pro rakyat ke bukan ke hanya selepas banjir kot. Setakat rm500 tak payah sembang kencang la weh. Ini bukan zaman bodek jadi BIG BOSS. SORRYYY..

Ahad, 8 Disember 2013

Rosmah Juga Bantu Rakyat - Najib.

Like a boss Rosmah kita. Dari pemimpin biasa sampai ke piem turun padang kempen kebaikan Rosmah Mansur yer. Macam bangang jek aku tengok sorang2. Personally aku bukan anti mama Rosmah. Tapi liputan dan sokongan yang dia raih secara keterlaluan adalah tidak wajar berdasarkan status semasa dia iaitu isteri piem semata2.

Lihat bawah ;



Najib berkata ;

"Saya minta isteri saya telefon isteri presiden Mubarak, Susan Mubarak merayu supaya pelajar kita dibebaskan, dalam masa dua jam saja dia dibebaskan".

Najib ingat bila dia jaja cerita neh kita akan highly respect Rosmah. Sebaliknya dia silap. Sebab cerita begini hanya akan membuatkan rakyat akhirnya tahu yang Rosmah berkawan dengan orang jahat. Mubarak laki bini orang jahat.. bini Mubarak juga terkenal dengan sikap suka berboros. Nak bangga jadahnya ada kawan macam tue.

Dan ini juga membuktikan yang Najib tak pandai nak selesaikan masalah rakyat. Ada pula bini yang kena masuk campur urusan negara selesaikan masalah rakyat. Pekata Najib berhenti dan serahkan urusan negara kepada Rosmah Mansur memandangkan mama Rosmah pandai selesaikan masalah. Boleh?

Then Najib bagitau.

Disebabkan isteri dia ada networking dengan kerajaan diraja Arab Saudi maka kerajaan itu sanggup sediakan 2 penerbangan Jumbo 747 secara percuma dalam Ops Piramid, iaitu operasi membawa pulang pelajar2 Malaysia dari Mesir melalui Arab Saudi ke Malaysia.

Inila antara sumbangan Rosmah kepada rakyat. Menurut Najib.

Hak eney.

Entah betul entah kan tidak. Anggap je la betul. Sangka baik. Dah Rosmah hebat sangat. Pekata suruh dia selesaikan masalah2 mangsa banjir now. Cerita banyak takmau. Masa sebelum PRU hari tue kemain kau Rosmah cuci rumah orang lepas banjir. Sekarang dah habis PRU mana semua aksi2 utamakan rakyat? Hah cepatle membantu. Memandangkan Rosmah kita hebat sangat harap2 rakyat yang terlibat dalam insiden banjir dikecualikan dari membayar loan bank selama setahun. Dapat discount lagi cantik. Pelagi Najib arahkanlah Rosmah untuk membantu secepat yang mungkin.

Kah Kah Kah

Menteri Kata Khemah Tak Sesuai, Mangsa Banjir Beli Khemah Sendiri.

Mereka beli khemah sendiri rupanya. Dari harga rm40 untuk sebuah khemah sampai la kepada harga rm240. Alah kesian nya. Sudahla rumah habis belaka dek banjir. Barang rosak lagi. Kereta pula dimasuki air. Berapa pula nak berhabis repair kereta. Ini kena keluarkan duit sendiri untuk beli khemah?

APA JADAHNYA MANGSA BANJIR DILAYAN SEBEGINI RUPA?

LOW CLASS betul la sistem bantuan mangsa banjir di Malaysia neh. Ini betul2 BULLSHIT.



Nak tahu apa alasan yang dikemukakan oleh menteri kita?

Baca bawah sat ;




Point menteri kita ;

1. Penyediaan khemah untuk mangsa banjir tak pratikal di negara ini.

2. Namun menteri akan sedia mempertimbangkan la penyediaan khemah untuk ibu2 yang menyusu anak.

3. Jika mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan, maka tilam lebih pratikal daripada khemah.

4. Mula2 rakyat suruh sediakan khemah, tah2 lepas neh depa minta sediakan aircon pula..

5. Yang kita lihat orang tinggal di pusat banjir tak lebih dari 5 hari, apa jadahnya kita nak bekalkan khemah ataupun tilam yang empuk untuk mangsa2 banjir ini? (** untuk rekod, idea sediakan tilam tue idea dia, lepas tue dia kondem idea dia sendiri).

6. Jadi saya rasa kita patut sediakan tilam yang nipis. Kalau tilam tebal susah nak uruskan.

7. Sekarang kita ada 18k mangsa banjir. Nak kendalikan tilam ada masalah logistik, trak. 
(** tak faham aku apa point dia cakap macam neh).

Jawapan untuk Shabery Cheek. Kesian aku tengok menteri2 aku berfikir macam neh. Aku bukan kesian kat depa. Tapi aku kesian kat diri aku, rakyat2 macam aku neh hah. Disebabkan kebodohan sesetengah orang, maka sesetengah orang yang lain, yang takde kaitan turut sama terjejas dan terheret dalam keadaan yang sukar.. disebabkan sesetengah pemimpin2 di negara ini kurang pandai berfikir dan menguruskan sesuatu dengan cekap.

Pertama. Kita sudah set pusat2 pemindahan banjir. Maksudnya kat sini, pusat2 pemindahan banjir itu sudah ditentukan terlebih dahulu. Jadi masalah logistik ke apa ka dah tak timbul sebab apa yang perlu kerajaan buat ialah terus sediakan peralatan2 untuk mangsa banjir di kemudian hari di pusat pemindahan banjir. It means, nak guna aje, sudah ter-sedia ada di pusat penempatan banjir tanpa banyak citer.

Kedua. Khemah takde tarikh luput. Hanya perlu dijaga dengan baik. Jangan sampai ada yang hilang dan rosak dalam jagaan. Ini masalah amanah. Lantik mereka2 yang ber-amanah untuk jaga harta benda awam.

Ketiga. Panas juga merupakan satu isu. Jangan anggap hanya kerana mereka rakyat ko nak layan mereka macam ko layan sampah beb. Menteri pun tahu nak upgrade kemudahan dan gaji diri sendiri, so rakyat tak boleh di upgrade dari takde khemah kepada ada khemah? Dari takde kipas kepada ada kipas? Lue mulut jangan itu macam menteri. Lue ingat walaupun untuk 5 hari rakyat tak berhak ke nak rasa selamat dan selesa di pusat pemindahan banjir?

Keempat. Khemah pratikal. Panas ialah isu jadi panas boleh diatasi dengan sediakan kipas juga. Anak2 perlu berasa selesa sebab keselesaan anak2 akan memudahkan ibu bapa yang sedang kelam kabut dok fikir kerugian dan kehilangan harta benda untuk berfikir dengan betul. Pemikiran ibu bapa yang sedang emosi tidak boleh dikacau. Jadi mereka kena selesakan anak2 supaya fikiran mak bapa tak serabut sekali. 

Kelima. Khemah juga penting untuk salin baju dan sebagainya. Bukan semata2 nak menyusu anak. Menteri tak payah nak mempertimbangkan bagai idea yang sudah tentu2 logik ini. Rakyat dah bagi idea. Tinggal nak laksanakan pun banyak bunyi.

Keenam. Kalau nak sediakan tilam nipis, sediakan la juga. Takde masalah jika kemudahan2 untuk mangsa banjir diperbanyakkan. Lebih baik ada dari tiada.

Ketujuh. Banjir berlaku setiap tahun. Kadang2, 3 atau 4 tahun sekali. Jadi sudah ada pengalaman. Ini benda berterusan. Waima ia mungkin untuk 5 hari saja, ia benda berterusan. Jadi well preparation untuk kemudahan2 bagi mangsa banjir sudah boleh difikirkan. Bantuan banjir sistematik sudah patut diwujudkan. Rakyat tak sabar2 nak balik rumah. Salah satu faktor adalah disebabkan betapa teruk dan tak selesanya pusat pemindahan banjir. Tahu kah anda wahai menteri?

Minta tolong la pada menteri2 semua. Bila bercakap tentang sesuatu perkara tue, terai bincang2 dulu dengan sesiapa yang mampu bagi nasihat yang betul. Ingat, nasihat kena betul. Bukan sekadar nasihat yang baik aje. Setakat orang bagi nasihat baik (bodek) baik tak payah.. 

Wehh neh rakyat dok hentam2 pasal khemah neh apa nak buat.. hah? <-- menteri

Sabar menteri, sabar. Rakyat memang macam tue.. mereka ada aje benda nak dikatakan.. (nasihat baik).

Menteri, sabar. Cuba fikirkan kata2 rakyat itu. Penyediaan khemah memang relevant. Kita turutkan kehendak mereka sebab ini babitkan keselesaan untuk mangsa2 banjir (nasihat betul).

Makanya disini, menteri2 sekalian sudah boleh memikirkan untuk lantik penasihat2 yang bagi mereka nasihat yang betul, bukan nasihat yang baik. In order untuk berhenti dari terus terusan menyusahkan rakyat jelata.

Bai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...