SOSMED | Presiden GAMIS, Mohd Zofrie Zulhilmie membuat permohonan maaf terbuka selepas menyebarkan video dimana beliau dan rakannya berpakat menyamar menjadi orang kurang upaya untuk membolehkan mereka meletakkan kenderaan di kawasan parkir OKU.
Video itu disebarkan sendiri oleh Presiden GAMIS di Twitternya namun dipadamkan selepas menerima kecaman bertubi-tubi dari netizens.
Apa yang turut memanjangkan kemarahan netizens ialah bilamana pelakon utama dalam video tersebut yang dikenali sebagai @ItsMuhsinMakki dilihat berbangga melakukan perbuatan tersebut.
Dalam pada itu, netizens nampaknya berterusan mengecam perbuatan Mohd Zofrie Zulhilmie meskipun permohonan maaf telah dilakukannya.
"Assalamualaikum dan Salam Jumaat.
"Saya Mohd Zofrie ingin buat permohonan maaf secara terbuka untuk semua khususnya golongan kurang upaya (OKU) yang telah melihat video saya bersama rakan di parking seperti di dalam video.
Tiada niat untuk saya memperkecilkan golongan kurang upaya dan sebagainya, saya khilaf dalam perbuatan saya.
Saya berjanji bahawa saya akan lebih berhati-hati dengan segala tindakan saya. Terima kasih kepada semua pihak yang menegur posting saya.
Kekhilafan yang dibuat itu merupakan kesilapan saya secara keseluruhan dan tiada kaitan dengan organisasi yang saya sertai," katanya dalam satu kenyataan di Twitter. - 18 September 2020.