Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 25 Mac 2020

Walaupun Dikecam Fitnah Menteri Agama, Wartawan MalayMail Enggan Minta Maaf. (Video Inside)

SOSMED | Kenyataan Menteri Agama, Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang dilaporkan secara salah oleh portal MalayMail mengundang kritikan di laman sosial.

  Ianya bermula apabila portal itu melaporkan kenyataan Menteri Agama yang kononnya dipetik sebagai berkata tabung covid19 yang dilancarkan menyasarkan bantuan kepada umat Islam semata-mata.

Namun laporan itu dengan segeranya disanggah Menteri Agama itu. Bahkan sampai ke tahap memberikan penjelasan dan bukti di Twitter wartawan yang menulis artikel itu.

"No," jelas Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri dan memberikan pautan video yang merakamkan kenyataan Menteri Agama itu pada 24 Mac.

Wartawan itu, yang dikenali sebagai Radzi Razak bagaimanapun dilihat tidak membalas kicauan Menteri Agama sebaliknya membiarkan netizens menghentamnya bertubi-tubi di sosmed.

Kenyataan yang dilaporkan secara salah itu juga digunakan oleh peguam kontroversi Siti Kasim untuk mengkritik Menteri Agama. Disebabkan itu, ramai non muslims yang percaya dengan laporan MalayMail turut sama mengkritik Menteri Agama dan umat Islam dengan pelbagai komen negatif.

Apabila dibetulkan oleh portal MalayMail, peguam itu kemudiannya beranggapan Menteri Agama tunduk pada tekanan dan menukar kenyataan asalnya. Hakikatnya, sejak dari awal lagi pun sememangnya tidak pernah Menteri Agama menyatakan bantuan adalah dikhususkan kepada umat Islam semata-mata.

Di Facebook Radzi Razak pula, beliau menjelaskan, laporan MalayMail adalah berdasarkan kenyataan yang dihantar kepadanya sebelum ini dan beliau enggan membuat permohonan maaf.

Berikut adalah kenyataan penuh peguam itu;

"Kehadapan semua. ‬

‪Berkenaan isu berita Sahibus Samahah (ya hari itu typo) Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri yang saya hormati & saya tak pernah sanggah.‬

‪Saya menulis hanya berdasarkan kenyataan tersebut. Permintaan pejabat menteri menerusi Ustaz Razif diterima & dipanjangkan ke pejabat kami.‬

‪Saya tidak mahu meminta maaf ke atas berita itu. Kerana saya menyampaikan apa yang diperkatakan dan Datuk Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri sendiri berhak untuk menyatakan sebaliknya atau mengambil tindakan.‬

‪Tujuan saya menulis ini adalah untuk menyatakan yang saya tidak peduli dikecam, dituduh atau difitnah kerana ia bukan kali pertama dalam pekerjaan saya selama lebih 10 tahun.‬

‪Namun saya meminta agar anda hanya mengutuk, mencerca dan mengeji saya seorang sahaja dan bukan kawan-kawan serta keluarga saya.‬

‪Saya yakin ruang di negara ini luas untuk sebarang tindakan diplomasi dan perbincangan tanpa sebarang kenyataan tanpa asas.‬

‪Saya tidak pernah berniat apa pun terhadap Ustaz @drzul_albakri dan saya yakin beliau melakukan kerja terbaik dengan segala keupayaan beliau.‬

‪Maaf jika saya tak menjawab kerana banyak sangat mention namun siapa yang mengenali saya secara peribadi tahu apa yang saya lakukan.‬

‪Dalam hal ini samalah membantu dan tuan-puan boleh menyumbangkan kepada tabung Covid-19 Jakim dan mana-mana lagi untuk membantu mereka yang memerlukan. ‬

‪Seperti saranan Ustaz @drzul_albakri jangan biarkan orang tidak boleh makan, bantulah dengan tenaga, sokongan serta wang jika mampu.‬

‪Saya tidak mewakili syarikat. Hanya mewakili diri sendiri. Hal syarikat boleh dipanjangkan kepada syarikat.‬

‪Dengan hati yang rendah, saya menyatakan tidak akan mengulas lagi perkara ini dan mengucapkan selamat kepada semua sepanjang tempoh PKP yang baru ditambah sehingga 14 April depan,"
jelasnya dalam kenyataan itu. - 25 Mac 2020.

 

Isnin, 23 Mac 2020

MAIWP Akan Tetap Anjur Majlis Serahan Bantuan Untuk Bakar Semangat Asnaf - Penjelasan Timbalan Menteri.

The Malaysian Insight | MAJLIS Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp) akan tetap menganjurkan beberapa siri majlis penyerahan bantuan keperluan harian kepada golongan asnaf yang terjejas dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).


Ini kerana, kehadiran menteri atau timbalan menteri dalam program berkenaan akan menjadi pembakar semangat kepada kumpulan asnaf yang terjejas sepanjang penguatkuasaan PKP dijadualkan berakhir 31 Mac ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Ahmad Marzuk Shaary.

Majlis berkenaan bagaimanapun katanya hanya dijalankan dalam skala kecil dengan berpandukan garis panduan daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN).

“Kita hadkan (penganjuran program sepanjang PKP), ikutkan banyak tapi kita jadikan sekadar yang perlu.

“Untuk tunjuk keyakinan dan beri semangat, yang penting bila menteri dan timbalan menteri turun padang ia memberi semangat harap mereka (asnaf) bertahan dan bersabar dengan situasi hari ini,”
kata Marzuk.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan bantuan makanan harian dan wang tunai kepada 10 asnaf di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, di ibu negara.

Ahli Parlimen Pengkalan Chepa itu berkata, melalui program sedemikian, pihak berkuasa agama juga akan mengumpul beberapa maklumat penting yang tidak dapat diperolehi tanpa bersemuka.

“Kita boleh dengar masalah mereka dan kutip maklumat yang perlu yang kadang kala tak dapat dengan saluran rasmi tertentu, bila jumpa begini akan dengar secara langsung daripada masyarakat,” katanya.

Selain barangan keperluan harian bernilai RM300, penerima juga menerima sumbangan wang tunai berjumlah RM200.

Bagi asnaf-asnaf lain, wang tunai RM500 akan dimasukkan ke dalam akaun masing-masing di bawah bantuan zakat khas tambahan, bermula April depan.

“Kita buat (program ini) sebagai tanda kita tunjuk keprihatinan tapi kita raikan SOP (prosedur operasi standard) dan standard keselamatan MKN, pogram tidak lama, dengan kita jarakkan kehadiran.

“Kita buat hari ini tunjuk prihatin dan simpati kepada asnaf, dalam meraikan SOP keselamatan MKN,” katanya, lagi.

Sumbangan yang disampaikan merupakan salah satu daripada misi agensi pengurusan Islam di bawah menteri di Jabatan Perdana Menteri berkaitan agama itu untuk membantu pihak terjejas ekoran penularan wabak Covid-19.

Antara bantuan yang disediakan Maiwp adalah mempercepatkan bantuan kewangan bulanan daripada 25 Mac, kepada 19 Mac kepada 24,196 asnaf.

Agensi itu juga mengagihkan barangan berbentuk makanan kering kepada petugas Hospital Kuala Lumpur dan Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, setiap hari bermula 21 Mac hingga tamat PKP. – 23 Mac 2020.

#Covid19, Engkar Arahan & Lawan Polis, 2 Lelaki Jadi Kes Pertama Dihukum Penjara.

BERNAMA | Dua lelaki menjadi individu pertama dihukum penjara oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini kerana menggunakan kekerasan jenayah terhadap seorang pegawai polis yang menjalankan tugas membuat pencegahan penyakit berjangkit Covid-19 susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan selama 14 hari mulai 18 Mac lepas.




S. Sugendran,31, pembantu kedai dan pengawal keselamatan M.Annblagan, 37, masing-masing dihukum penjara dua bulan oleh Majistret M.Saravanan selepas mereka mengaku bersalah atas pertuduhan yang dibacakan terhadap mereka.

Mahkamah memerintah kedua-dua lelaki itu menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Mereka didakwa bersama-sama telah menggunakan kekerasan jenayah dengan berlakunya pergelutan dan melawan Inspektor Nik Faidrul Nik Fauzi, iaitu seorang pegawai polis dalam melaksanakan kewajipan rasminya sebagai penjawat awam, semasa tangkapan polis dijalankan.

Kedua-dua lelaki itu dituduh melakukan kesalahan tersebut di persimpangan lampu isyarat, Jalan Pantai Permai, Pantai Dalam di sini pada 5 petang, 19 Mac lepas mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian pegawai polis berkenaan telah menjalankan tugas pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit Covid-19 di kawasan pentadbiran Balai Polis Pantai dan didapati sebuah motosikal yang dinaiki oleh dua lelaki (tertuduh) dalam keadaan mencurigakan.

Pegawai polis itu telah mengarahkan penunggang memberhentikan motosikal untuk diperiksa namun penunggang motosikal tersebut enggan berhenti dan memecut laju serta melarikan diri.

Pegawai polis itu kemudiannya mengejar motosikal tersebut dan berlaku pergelutan semasa tangkapan dilakukan ke atas kedua-dua tertuduh.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Illya Syaheedah Mohd Razif memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran kerana mereka melakukan kesalahan semasa Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan.

Kedua-dua tertuduh yang tidak diwakili peguam masing-masing merayu hukuman ringan atas alasan mereka menanggung keluarga dan isteri.

Di mahkamah sama, Sugendran didenda RM2,000 atau penjara dua bulan jika gagal membayar denda itu manakala Annblagan dihukum penjara tiga minggu selepas masing-masing mengaku bersalah gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan polis itu.

Mahkamah memerintahkan Annblagan menjalani hukuman penjara itu bermula hari ini.

Mereka didakwa gagal mengemukakan kad pengenalan diri semasa pemeriksaan anggota polis pada tarikh, tempat dan masa sama mengikut Peraturan 25(1)(n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda sehingga RM20,000 atau kedua-duanya. - 22 Mac 2020.

Ahad, 22 Mac 2020

Benarkan Penerima MySalam Jalani Ujian Saringan #Covid19 Percuma - Najib Razak.

Najib Razak | Saya puji langkah Kementerian Kesihatan bekerjasama dengan pihak swasta untuk menyediakan khidmat kepada orang awam yang tidak mempunyai gejala untuk menjalani ujian Covid-19 di rumah tanpa perlu hadir ke fasiliti kesihatan.


Bagaimanapun, saya tidak setuju sama sekali bahawa Rakyat golongan B40 dan M40 perlu tangguung kos ujian tersebut dengan membayar syarikat swasta yang dilantik.

Matlamat perkhidmatan ini ialah untuk menggalakkan dan menyenangkan Rakyat yang bimbang mereka telah terdedah kepada risiko dijangkit Covid kerana pernah ada kontak rapat dengan mereka yang telah disahkan positif atau pernah terdedah kepada hotspot jangkitan untuk disarang secepat mungkin.

Kita mahu menggalakkan seramai mungkin Rakyat yang percaya mereka terdedah kepada risiko jangkitan untuk menjalani saringan tanpa mereka bimbang segi kos.

Sebab itu, kos ujian ini patut ditanggung oleh kerajaan ataupun bersama dengan pihak swasta.

Rakyat yang bimbang tak patut dikenakan bayaran.

Ini bukan masa bagi pusat perubatan pihak swasta atau syarikat insurans diberi peluang untuk mengaut keuntungan berlebihan dari Rakyat.

Rejim Gagalkrasi PH dahulu pernah menandatangani kontrak dengan Syarikat Insurans 100% milik Singapura untuk mewujudkan program MySalam dengan membayar RM400 juta setahun untuk 5 tahun.

Program MySalam rejim PH ini terbukti amat gagal tahun lepas.

Kerajaan PH bayar RM400 juta tetapi Rakyat hanya dapat balik bayaran RM13.7 juta (3.4% dari RM400 juta) pada tahun pertama (2019).

https://codeblue.galencentre.org/2020/02/11/mysalam-paid-rm14mil-in-2019-3pc-of-funds-received/

Hanya 9,662 (0.22%) dari 4,300,000 orang golongan B40 menerima manfaat pada tahun pertama 2019 .

Oleh kerana amat gagal, program MySalam telah dilanjutkan kepada golongan M40 bermula tahun ini.

Ini bermakna selain menerima bayaran RM400 juta bagi tahun ini, syarikat insurans tersebut juga diberikan DATA PERIBADI 9 juta rakyat Malaysia untuk menjalani promosi produk-produk itu.

Syarikat insurans ini adalah antara terbesar di Malaysia dan mencatat keuntungan tahunan sebanyak RM800 juta.

Sebab itu, mereka mampu dan patut menyumbang lebih banyak kepada Rakyat di bawah skim MySalam dalam tempoh krisis ini.

Dengan ini, saya cadangkan kerajaan berunding semula dengan kumpulan-kumpulan perubatan swasta dan syarikat insurans yang mengendalikan skim MySalam itu supaya mereka membiayai kos penuh atau berkongsi kos dengan kerajaan bagi menyediakan ujian Covid percuma bagi Rakyat yang bimbang mereka berjangkit.

Jika kos sebenar (bukan harga yang dicaj) ujian setiap orang adalah RM100 dan 1 juta Rakyat diuji pun, jumlah kos adalah RM100 juta - iaitu jauh dibawah kos RM400 juta yang dibayar kerajaan setiap tahun bagi skim MySalam.

Oleh kerana database B40 dan M40 sudah wujud di bawah skim MySalam serta BR1M/BSH, ianya bukan masalah besar untuk memberi ujian percuma kepada mereka.

Kita tidak mahu mereka elak diuji kerana bimbang perlu membayar..

Lagi awal dan lagi ramai Rakyat yang berisiko diuji, lebih cepat mereka mendapat rawatan dan diasingkan bagi menghalang mereka menjangkit orang lain.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...