Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 24 Mac 2012

Gambar PANAS DSAI bersama wanita akan didedahkan.

WOW..


Ini pengakuan terkini dari Ummi. Asalnya neh isu nalla dengan dsai tapi ummi pun ada sekali kat situ. Dah keberadaan dia kat situ bukan sekadar sibuk2 nak tangkap gambar interframe bagai tapi siap dengan amaran berapi. Auwww.. takutnyeeewww aku.

Menurut kenyataan Ummi yang dipetik dari Malaysiakini ;

Umi: Anwar akan lari tak cukup tanah

Nalla sebelum ini mendakwa Anwar seorang biseksual dan tidak layak menjadi ketua pembangkang.

Ekoran itu, beliau dan Utusan Malaysia yang menyiarkan laporan itu mendapat notis permohonan maaf dan ganti rugi sebanyak RM100 juta.

Sementara itu, Umi Hafilda yang konsisten menjelajah ke seluruh pelosok negara bagi menyerang Anwar berkata akan mendedahkan pelbagai lagi "bukti" mengenai perilaku Anwar menjelang pilihan raya umum akan datang.

Antaranya, menurut Umi Hafilda lagi, beliau mempunyai gambar menunjukkan Anwar, Nallakaruppan dan wanita yang dirujuk sebagai "Shamsidar" dalam sebuah kereta.

"Banyak lagi bukti-bukti. Saya akan buat (timbalan presiden PKR) Azmin (Ali) dan Anwar lari tak cukup tanah.

"Sekarang saya tunggu perdana menteri umumkan bila pilihan raya dan saya akan dedahkan semuanya," katanya.


Owhh..

Tunggu pru baru nak dedahkan seme ek? Banyak betul bukti pasal dsai yang ummi simpan kan. Dulu video seks, sekarang gambar dsai dengan pompuan pula. Isu video seks tue pun tak dedah2 sampai sekarang pe. Padahal isu tue lagi havoc.

kah kah kah

Kalau gambar berdua dengan pompuan dalam kereta tue aku rasa hal kecik. Susah nak speculate apa2 dalam hal neh. Tapi agaknya gambar tue sedang memaparkan satu aksi panas kot tue yang ummi dok pongpang meroyan. Tue pun kalau gambar tue betul dan wujud larh.

kah kah kah

Tapi kan ummi, dalam pr, bukan berkenaan dsai jek. Aku bukan sokong pr disebabkan dsai. Aku sokong atas sebab dasar dan perubahan. Aku tak sokong bn sebab dasar dan polisi mereka. Biokrasi, korupsi dan kroni semakin melampau.

So kalau pun ko nak dedahkan apa2 bukti salah laku dsai dan etc2, aku tak heran der. Ko dipersilakan dedah, aku dan ramai orang lain akan mempersilakan dsai berambos. Simple. Salah laku dsai wujud atau tidak, bn tetap tidak relevant dan perlu dijatuhkan. 

Berhenti menganggap pr itu dsai dan dsai itu pr. Pr dan dsai ialah dua perkara yang berbeza. Kalau ko nak serang dsai, serang cepat sikit. Aku nak gak tengok bukti terbabit. Itupun kalau betul2 ada. Aku was2 neh. Siyes. Kalau ko serang dsai bab lain ada gak harapan aku nak percaya tapi kalau melibatkan bab porno dan seks.. aku cenderung nak gelak jek.

kah kah kah

Ameno : Sikit2 bukti.. tapi tak pernah nya dedah..

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 2.

 

Sekarang kita bercakap pasal benda yang dah musnah. Bukan belum musnah atau tunggu masa untuk musnah. Tapi telah dimusnahkan dan masih dalam usaha untuk memusnahkan keindahan alam yang lain di sekitar teluk rubiah dan dijangka akan meluas sehingga ke teluk batik dan teluk senangin. Kawasan yang diperuntukkan untuk VALE sebenarnya tidak mencukupi sebab tue ia akan diperluaskan lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa tanah di teluk rubiah tue asalnya tanah rizab orang melayu. Tanah itu telah digazetkan sebagai tanah rizab khusus untuk orang melayu sehingga tahun2 1970-80an sebelum diwartakan menjadi tanah kerajaan yang dijual kepada orang persendirian. Macam mana dia boleh jadi macam tue? Mungkin duit ada jawapan nya. Tapi yang pasti bn lebih mengetahui fakta kes.

Kita dah tak boleh nak pandang kisah lepas. Apa yang dah lepas ialah dah lepas. Apa yang kita boleh buat sekarang neh ialah bagaimana nak menyelamatkan pulau2 dan keindahan semula jadi yang masih tinggal di sekitar manjung dan lumut. Sekurang2nya yang percuma. Yang semakin terhad dan terkawal. Yang ada pun semakin tercemar. 

Itupun sebelum kehadiran vale. Selepas vale beroperasi kita pasti kesan pencemaran akan lebih meluas. Menurut satu informasi yang aku dapat dari penduduk manjung, penjajahan vale ke atas teluk rubiah sebenarnya semakin berkembang. 

Di sana, terdapat satu kawasan hutan yang digazetkan sebagai hutan simpan atau hutan yang dilindungi kerana hutan tersebut kaya dengan flora fauna, harimau bintang dan beberapa spesis haiwan yang semakin pupus tetapi baru2 ini telah ditutup kepada orang ramai.

Benda neh terbongkar apabila sekumpulan pelajar dan pensyarah yang ingin memasuki hutan tersebut tetapi dilarang masuk. Sebaliknya kelihatan ada lori yang keluar masuk yang mana mereka percaya ia lori2 yang terlibat dalam operasi pembinaan vale.

Kalau ini benar, bukan sekadar pantai aje telah termusnah, hutan2 simpan yang kaya dengan pelbagai khazanah bernilai juga berada di ambang kehancuran. Vale memerlukan satu kawasan yang luas untuk membina jeti dan membolehkan kapal2 dia masuk berlabuh ke malaysia jadi memang tak mustahil kalau terdapat hutan simpan yang termusnah.

Hairan, macam mana kawasan pesisir pantai dan hutan simpan boleh dijual beli dan menjadi hak milik warga asing sehingga membolehkan mereka bina jeti mereka sendiri di malaysia? Bayangkan sahaja pelabuhan klang tue menjadi milik warga asing. Seperti itulah yang akan berlaku di teluk rubiah. 

Padahal kalau kerajaan pandai dorang boleh jek buat jeti dan membina peluang ekonomi disitu. Sekurangnya2 mereka masih boleh mengekalkan keindahan alam semula jadi daripada terlepas kepada warga asing. Yang neh nak menangis air mata darah sekalipun tak guna. Dah menjadi sepenuhnya hak brazil. Tanah itu, hutan itu dan pesisir pantai itu sepenuhnya telah pun menjadi hak milik brazil.

Dalam satu kenyataan di FMT, rujuk sini,  vale memberitahu akan membina tukun tiruan bagi membantu nelayan2 yang telah terjejas. Masalahnya sekarang vale tidak tahu bukan hanya nelayan jek yang terjejas. Dan tukun tiruan juga tidak mampu mengembalikan semula apa yang telah terjejas.

Sepanjang tempoh vale membina jeti dan port untuk operasi mereka di teluk rubiah sehingga siap pada tahun 2014, sepanjang tempoh itulah nelayan terjejas. Apakah jawapan zambry kadir? Dia cakap nelayan dan penduduk tidak akan terjejas. 

Macam mana nelayan tidak terjejas kalau mereka dihalang daripada memasuki kawasan2 tertentu untuk melakukan kerja2 penangkapan ikan? Macam mana penduduk tidak terjejas kalau mata pencarian mereka selama neh tertumpu kepada aspek pelancongan telah termusnah akibat pembinaan jeti oleh vale? 

Ya, akhirnya tukun tiruan menjadi pampasan kepada keadaan tersebut. Bayangkan mereka terjejas dari tahun 2011 sehingga tahun 2014 dan mungkin selama2nya, vale dan zambry hanya beri tukun tiruan kepada nelayan2 yang terjejas tue? Tukun tiruan hanya akan dibuat selepas tahun 2014 iaitu selepas pembinaan jeti vale siap. Jadi sebelum tue nelayan2 neh nak buat apa? Penduduk teluk rubiah nak buat apa? Melangut makan pasir tunggu vale siap? 

Lepas dah siap makan pencemaran alam sekitar pula? Ada sesuatu yang tak kena pasal vale neh. Itu sebab china melarang vale memasuki china. Apa yang dah berlaku di brazil akan berlaku di teluk rubiah. Kita akan kongsikan perkara itu pada artikel yang lain. 

Yang sekarang neh aku nak share korang gambar2 keindahan teluk rubiah sebelum ia dimusnahkan. Kat bawah neh sudah tidak wujud lagi. Ia kini hanya dalam bentuk gambar. Realiti? Sudah musnah. Terima kasih kepada zambry, mb perak yang konon nya disayangi.










Sayonara teluk rubiah. 

Lebih gambar disini.

Ameno : Tak berbaloi untuk dileburkan atas nama pembangunan..

Jumaat, 23 Mac 2012

Kenyataan GILA dari Ustazah Mashitah!


Jangan jadi GILA boleh tak?

Aku sampai sekarang sukar nak mempercayai ustaz mashitah neh berubah 360% sejak terlibat dalam politik umno. Sukar. Susah. Mustahil. Sebab dulu dia bukan macam neh. Aku cukup suka dengar ceramah2 dia time sekolah dulu. Bila dah selalu dengar ceramah2 dia dan sering mengikuti program2 dia kat tv, kita akan jadi sayang pada penceramah tersebut, lazim. 

Jadi bila kita dah rasa sayang pada dia, kalau tiba2 dia melakukan hal yang salah kita akan rasa heyy apa dah jadi pada dia? Apakah dia boleh berubah kembali? Apakah ada ruang untuk dia pulang ke pangkal jalan? Ataupun kita hanya perlu caci maki dia?

Clueless. Dia semakin jauh dan jauh. Dan itupun kerana sifat politik dia telah berjaya mengatasi akal agama dia. Ustazah Mashitah neh bukan orang yang biasa2. Dia orang yang cukup pandai agama. Mahir bab hukum. Antara ustazah yang mempunyai kecantikan dan kepandaian dan itupun seiringan. Tetapi once dia menjebakkan diri dalam politik umno, dia bukan seperti dulu.

Sesuatu yang sangat menyedihkan sebenarnya. Dia telah menghancurkan ahti dan pengikut2 setia dia. Dia telah pergi terlalu dalam sehingga tidak tahu membezakan apa yang salah dan betul. Dia telah hanyut di bawa arus politik. Jika tidak masakan mungkin statement seperti kat atas neh boleh terkeluar?

Statement fitnah dia terhadap pas telah dipadam tanpa membuat kenyataan maaf, dan kini dia buat satu lagi statement yang jelas tidak mencerminkan hal sebenar. Najib? Moderate? Contohi Rasullulah SAW? Harussani pun gelak aku rasa. Tapi tak dinafikan dia mungkin gelak dalam ahti sebab kalau gelak terang2 kang kena buat statement penafian pula. Bai.

Sumber gambar : sahabat fb.

Ameno : Sipi sipi moderate ala Nabi saw pun takde.. usah kata contohi..

Anak Nazri Aziz terlibat dalam pergaduhan.


Mak ai. Tengoklah gaya dia beb. Taiko besar neh. Tak boleh blah betul dengan curut besar tue.

kah kah kah

Anak Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz didakwa menyerang seorang penyelia keselamatan di sebuah kondominium mewah di Mount Kiara pada malam Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Polis Brickfields, Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid ketika dihubungi hari ini mengesahkan bahawa dua laporan polis berkaitan dengan kejadian itu telah dibuat.

"Kes diklasifikasikan mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan kerana terbabit dengan pergaduhan," katanya, yang keberatan memberikan butiran lanjut kes itu.
Seorang jurucakap pengurusan kondominium itu mengesahkan bahawa terdapat perbalahan kecil antara anggota keselamatan dan tetamu bangunan itu. Beliau enggan mengulas lanjut dan berkata butiran kejadian perlu dirujuk kepada polis.

Menurut sumber, kejadian berkenaan sempat dirakamkan melalui kamera CCTV.

Pengurusan kondominium itu juga dikatakan sedang menghadapi tekanan supaya ‘menutup’ kejadian itu kerana firma-firma keselamatan bergantung kepada kelulusan kerajaan persekutuan untuk memperbaharui lesen operasi mereka.
Pada kejadian itu, anak menteri berkenaan Mohamad Nedim Mohd Nazri Aziz, yang memandu kereta sport Porsche ke kondominium tersebut. Beliau diikuti oleh pengawal keselamatannya yang memandu sebuah MPV mewah.

Pengawal peribadi itu dilaporkan turun dari kenderaannya untuk mendaftar butir-butir peribadi bagi tetamu yang melawat bangunan itu tetapi pengawal kondominium berkeras bahawa kedua-dua pemandu mesti berbuat demikian secara berasingan.

Ini menyebabkan pertengkaran hangat dan penyelia keselamatan dipanggil bagi menyelesaikan masalah itu tetapi perkara sebaliknya berlaku. -MKINI-

Mewah gile.

1. Anak nazri bawa porche.

2. Bodyguard bawa mpv mewah.

Patutlah nazri aziz enggan isytihar harta dia. Apa lah agaknya kerja anak dia kan? Yang tue malas nak ulas sebab taktau fakta tapi bab sikap anak dia yang besar kepala dan ego tak bertempat neh boleh lah di ulas. Dia ingat dia anak menteri dia boleh belasah orang sebarangan ka?

Tak kira lah ko anak sapa pun tapi undang2 tetap undang2. Kalau dah termaktub ko kena register sebelum memasuki kondo ko kena lah ikut peraturan tersebut. Yang takmo register sangat tue kenapa? Ko taknak orang tahu ko pernah ke kondo tue ka? Kenapa nak berahsia sangat? Dah tue napa bantai pengawal keselamatan tersebut? Dia jalankan tugas dia jek. 

Yang tak boleh blah tue majikan pengawal keselamatan bukan nak bekap kakitangan mereka, tapi mereka bekap anak menteri tue pula. Alamak aii..beginilah nasib orang2 macam kita. Di sepak2 macam bola. Macam takde maruah dan harga diri. Macam lah keselamatan dan kesihatan kita tak penting. Hanya orang2 kaya jek penting. 

Sapa lah yang mencipta suasana kehidupan macam neh ek? Aku suka sangat kalau bien dijatuhkan pada pru-13. Aku nak tengok apa kerja anak nazri neh dan aku nak tengok macam mana nasib majikan yang membela orang kaya sehingga mengabaikan keselamatan anak buah sendiri. Totally unfair siot.

Ameno : Anak menteri undang2 kalau buat salah kebal undang2 ka?

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 1


Ramai orang tertanya-tanya apa masalahnya dengan isu teluk rubiah neh. Salah ke buat kilang? Salah ke buat pembangunan? Pencemaran? Pencemaran itu risiko yang perlu ditanggung bagi mewajarkan kemajuan. Kalau tidak macam mana nak tawarkan peluang pekerjaan dan mempelbagai ekonomi setempat? Terpulang kepada manusia bagaimana nak mengawal pencemaran kerana ia bukan sesuatu yang boleh dibanteras secara mutlak sehingga menafikan hak pembangunan.

Itu betul. Aku terpaksa kata betul. Aku takmo pergi sekolah jalan kaki berkilo2 meter. Aku pun takmo hidup di kawasan hutan tanpa ada pembangunan dan kemajuan. Walaupun menjaga alam sekitar itu penting, kemajuan juga tidak kurang penting, walaupun mencegah pencemaran itu penting, pembangunan juga bukan kurang penting.

Dalam erti kata lain kesemua di atas ini penting. Bagaimana mahu kita susun tingkat kepentingan bagi keempat2 komponen di atas? Kita tidak boleh kerana setiap satu mereka sememangnya sama-sama penting. Oleh kerana tidak boleh susun ikut aturan nombor maka kita boleh sesuaikan ikut keadaan.

Disinilah kesilapan zambry dan bn bermula.

Apa silapnya zambry? Adakah dia yang jual tanah di teluk rubiah kepada vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia? Bukan, memang bukan. Dia bukan penjual tanah sebab dia bukan pemilik. Hanya pemilik tanah sahaja yang boleh menjual tanah.

Siapa pemilik tanah yang menjual tanah kepada syarikat perlombongan gergasi vale? Tk Rubiah Resort, sykt Harta Makmur dan Kemuning Wira. Ini adalah mewakili tiga syarikat. Dari mana ketiga2 syarikat ini mendapat hak pantai teluk rubiah? Yang ini kisah lampau yang mana kalau kita buka akhirnya kesalahan akan berbalik semula kepada bn.

Tapi kita bukan nak buka isu lampau. kita nak citer isu sekarang. Kita nak citer apa yang sedang berlaku sekarang. Itu pun kita akan citer slow2 sampai kita buka kisah pemilik saham dalam ketiga2 syarikat yang terlibat dalam penjualan tanah teluk rubiah kepada vale. Jangan pernah terperanjat jika akhirnya umno akan terkait.

Oleh kerana yang jual ini syarikat swasta kenapa pula zambry dipersalahkan? Sudah tentu kita tidak boleh salahkan zambry jika prosuder hanya melibatkan urusan aku jual dan ko beli.  Tetapi ia melibatkan lebih dari itu. Kalau satu2 zon itu telah diwartakan sebagai zon pelancongan maka urusan jual beli tanah kepada pemilik baru juga terpaksa mengikut peraturan yang telah diwartakan. ]

Maksudnya disini bila vale beli tanah pelancongan maka dia kena buat pembangunan yang ada kaitan dengan pelancongan sahaja. Tak kisahlah dia nak roboh chalet bina hotel, roboh rumah tumpangan bina suite, itu dia punya pasal, janji product pembangunan mestilah berasaskan pelancongan semata2.

Tetapi vale dapat hak bina kilang perindustrian. Dekat laut, bukan sungai. Sungai dan laut berbeza ekosistem dan kesan pencemaran geografi yang berlaku juga membawa impak yang berbeza namun satu hal yang pasti ialah pencemaran tetap pencemaran.

Oleh itu siapakah individu yang bertanggungjawab menukar tanah teluk rubiah zon pelancongan kepada zon perindustrian. Ya, itulah jawapan nya kenapa zambry sedang dipersoalkan sekarang.


Salah ke menukarkan tanah pelancongan kepada zon perindustrian? Yang itu kita akan ulas pada entry sambungan. Sekarang neh fahamkan tiga perkara penting terlebih dahulu ;

1. Tanah teluk rubiah = kawasan pelancongan orang ramai terjejas.

2. Pesisir laut teluk rubiah = kawasan nelayan cari makan terjejas.

3. Mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di teluk rubiah seperti peniaga2 kecil dan pekerja2 yang bekerja di syarikat pelancongan juga terjejas.

Zambry kata projek neh tidak akan menjejaskan alam sekitar selepas ia dimulakan tetapi sebelum ia menjejaskan alam sekitar ia telah pun menjejaskan masyarakat di sekitar teluk rubiah. Yang neh sapa nak bertanggungjawab?

Nota :  PUBLIC RALLY Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia pada 31 Mac 2012, Sabtu 10.30am Teluk Rubiah! Sebarkan ke serata alam.

Sila baca sini dan sini.

Ameno : Pembangunan tak salah tapi fahami lah keperluan ekosistem..

Demo Ungu yang mengacau orang.

Don't shout.

Kata sekumpulan wanita ungu [ketika demo ungu] kepada seorang coach [guru] ketika mereka berselisih mengenai padang. Sejujurnya aku tak nampak pun coach tue menengking ataupun mengeluarkan kata-kata tinggi kepada kumpulan terbabit. Yang aku nampak, dia cuma mempertahankan hak dia. Yang mana aku tak nampak tindakan dia itu salah walaupun mungkin kaedah yang digunakan kurang tepat.

Kalau sebelum rakaman video bermula mungkin dia dah tengking2 itu lain citer. Aku cuma nak ulas apa yang aku nampak dalam paparan video kat bawah neh jek ;


 

Jadi apa? Kalau melakukan demo ko ada hak kacau bebudak yang sedang berlatih sukan? Padang tue besar. Tak perlu pun sesiapa bertikai kalau pandai berunding. Dalam situasi neh aku cenderung mengatakan kumpulan ungu tue lebih bersalah sebab tak pandai menguruskan situasi ketika berdemo.

Bila kita berhadapan dengan seseorang yang tidak faham apa yang sedang berlaku tindakan yang paling tepat ialah memberitahu dia apa yang sedang berlaku. Mengelilingi dia untuk marah dia bukan tindakan yang wajar. Aku dah pernah tengok situasi macam neh ketika demo hijau hari tue. Ada juga orang yang tak faham apa benda lah bebudak hijau dok berhimpun kat mj neh? 

Dia pun dok sound2, tapi apa yang bebudak hijau buat? Ada kah mereka marah? Nope. Bebudak hijau pergi ceramah baik punya kat dia. Nada ceramah bukan nada marah. Dan walaupun si pendengar ceramah bertanya dan bertanya, seseorang yang berceramah tue terus jelaskan tanpa henti. Yang lain mendengar tak masuk campur.

Tapi, yang neh bukan lah coach tue tak faham. Cuma satu perselisihan yang tercetus akibat salah faham. Sepatutnya bila coach tue tengah marah2, elok seseorang pergi berunding dengan dia untuk selesaikan masalah. Bila dia tanya leader tue maksudnya dia nak deal lah macam mana nak settle masalah. 

Kenapa? Pasal dia cakap satu, 10 suara yang balas. Dia cakap 2, 20 suara yang balas. Macam mana nak selesaikan situasi macam neh kalau masing2 ikut suara masing2 dan ikut tindakan masing2? Sebab tue perlu nya seseorang yang pandai menguruskan situasi memimpin ketika berdemo.

Dalam berdemo kena ada leader. Lantik leader bukan bermaksud dia ketua kepada pendemo2. Tapi leader neh akan menclearkan situasi yang huru hara. Tue tujuan dia. Ko nak berdemo konon nak memperjuangkan hak asasi tapi dalam masa yang sama mengacau hak asasi orang lain. 

Kalau ketika budak2 dulu, bila kita main di padang tiba2 ada sekumpulan orang dok melintas tengah2 dan berkumpul disitu, apa perasan kita? Jika kita rasa marah, tak hairan lah kenapa budak2 tersebut dilihat terpinga2 dan coach merasa marah.

Sepatutnya tenangkan coach tue bukan naikkan kemarahan dia lagi. Orang berdemo pun semata2 nak dapat sokongan orang ramai. Kalau berdemo menyebabkan orang ramai semakin marah maka tujuan demo tue tak tercapai.

Ini baru kumpulan kecil. Nampaknya pompuan ungu tak reti nak berdemo lagi. Perlu banyak belajar. Mana ambiga? Ambiga, ko tak ajar kumpulan ungu berdemo ka? Rugi nya. Bakat menguruskan demo perlu disalurkan kepada perempuan bertudung yang bertitlekan peguam tue.

Nampak sangat dia tak boleh berkompromi. Orang cakap padang untuk budak2 dia pongpang cakap public place. Sekarang sapa cop dulu lah weh. Dengan bebudak pun takley berkompromi, macam mana nak perjuangkan yang lebih besar lagi?

Justice for all? Ko baru sahaja menidakkan justice untuk bebudak tersebut. Mana ada justice for all, justice untuk ko jek, bebudak tue kena kacau pun takpa. Adoi. Aku nak cakap korang fail menangani situasi. 

Benda neh pada awalnya boleh settle cara baik. Malahan tak perlu ganggu ruang bebudak untuk berlatih sukan pun. Tapi disebabkan kedegilan dan keegoaan kumpulan ungu yang konon nya nak mencari justice dorang sampai terpula yang dorang baru sahaja menidakkan justice untuk bebudak yang lain. Adakah ini yang dinamakan justice oleh kumpulan ungu? Aku tak nampak pun. Bai.

Ameno : Dont shout patutnya ditukar menjadi i'm shouting.. lihat betul2, sapa sebenarnya yang sedang shouting. 

Khamis, 22 Mac 2012

Oleh kerana masyarakat orang asli begitu setia dan taat pada kita, saya lulus 30 juta! - Najib.

Aku nak tergelak jek tengok video neh. Hello, video neh aku dapat dari wall najib sendiri okey. Dia yang promote kat facebook dia sendiri okey. Dan ayat neh digunakan sebagai tajuk oleh orang yang upload video neh di youtube okey. 

kah kah kah

 

Aku nasihatkan korang tengoklah sampai habis. Memang kelakar. Dan2 jek lulus 30juta itu neh. Dan2 jek beri bantuan dan anggarkan kos nya berjuta2 ringgit. Ke main sebut jek? Aku cenderung tak percaya pada angka2 yang disebut oleh mulut najib neh. Kadang2 angka jek besar tapi hasilnya tak mengambarkan jumlah angka yang dinyatakan pun.

Tapi memang dah terbukti najib sedang berkempen untuk prui - 13. Tarikh pru - 13 dia sorang jek tahu pula tue. Orang lain seme taktahu. Tapi dia pergi mengaku depan press dia dah ada tarikh pru dan dia sorang jek tahu. Bodoh tak dia cakap macam tue? Ini cuma satu pertanyaan yang aku sengaja tanya walaupun aku sendiri dah tahu jawapan nya.

kah kah kah

Ameno : Oleh kerana masyarakat orang asli begitu setia dan taat pada kita, saya lulus 30 juta! - Najib <-- kah kah kah sakit perut aku gelak..

Ada Hantu Undi Najib ka?


Ini kawasan Najib beb. Kalau korang tak percaya korang leh check sendiri. Klik sini ==> http://www.spr.gov.my/ dan masukkan no ic yang tertera kat atas neh. Aku takmo tuduh dia apa2. Kadangkala kita sendiri tidak sedar butiran kita digunakan untuk tujuan itu neh. Itu bukan perkara yang mustahil beb.

Sekarang neh aku ada gak terfikir mungkin kah dia sedang membuat permohonan menukar tempat mengundi? Kalau begitu memang nampak logik juga tapi yang tak logiknya untuk proses penukaran alamat  bagi mengubah kawasan untuk mengundi apakah akan mengambil masa yang sangat panjang sehingga memaksa kerani update di laman web? Sudah semestinya tidak bukan? 

Kalau nak tukar kawasan mengundi kena rujuk ic kan? Kalau alamat dalam ic bertukar itu bererti automatik arh kawasan untuk mengundi juga bertukar, betul tak? So aku tak fikir prosuder neh akan melibatkan kemaskini dalam laman web spr. Apatah lagi spr masih menggunakan sistem lama untuk kemaskini daftar pemilih mereka. Langsung tak reti nak mengadaptasikan kecanggihan teknologi zaman sekarang. Lebih kurang gitulah aku nak sampaikan.

Jadi mohon kepada pihak2 yang berkenaan, ulas sikit kenapa boleh jadi macam neh. Aku nak pastikan individu di atas neh tidak disalahgunakan untuk memenangkan seseorang yang bertanding di kawasan pekan tue. Pepaham sudey. 

kah kah kah

Ameno : Aikk.. najib kan piem.. takan lah guna hantoo.. kan?

Najib, tolong pertimbangkan idea saya sempena followers anda yang semakin ramai.

Aku rasa ramai orang dah tahu kot najib nya followers kat twitter dan facebook dah mencecah ratusan ribu dan jutaan orang. Macam mana taktahu kalau dah tv dan paper dok promote benda tue kan? Takpelah dia kan piem. Kalau aku piem maybe lebih dari itupun aku buat untuk promote diri aku. Bila lagi nak merasa glamer dan masuk berita hari2 kan? Sementara ada nilai berita apa salahnya.

kah kah kah

Di twitter ari tue najib bagitau dia ada cadangan sempena peningkatan followers dia. Dan ketika itu ramai lah balas macam2. Of course lah lebih banyak yang mengkritik daripada memuji. Sebab tue aku pelik sikit bila baca blog dia, yang hanya menghadirkan pujian semata2. Siyes. Baca sini sendiri. 

Aku suspect yang komen2 dalam tue dah kena filter. Alamak najib.. kalau komen kena fitler baik tak payah ada blog. Cuba arh berani sikit berhadapan dengan kritikan. Setelah membaca cadangan najib kat bawah neh ;


Saya tertarik melihat peningkatan bilangan rakyat Malaysia yang mengikuti saya di Twitter dan Facebook setiap hari. Tidak lama lagi bilangan ini akan mencapai 500,000 di Twitter dan satu juta di Facebook!
Sokongan anda yang begitu menggalakkan ini amat saya hargai dan alangkah baiknya kalau saya dapat berjumpa dengan setiap seorang daripada anda untuk mengucapkan terima kasih saya.
Sepanjang tiga tahun saya berkhidmat untuk anda sebagai Perdana Menteri, media sosial online telah berkembang menjadi satu landasan yang penting bagi saya untuk berhubung dengan anda. Sebelum ini saya tidak berupaya untuk berkomunikasi secara langsung dengan sebegitu ramai orang, dan saya gembira kerana kini saya dapat menggunakan teknologi media sosial untuk tujuan itu. Saya akui, memang tidak mudah untuk berhubung dengan semua orang lebih-lebih lagi kerana ramai yang mengharapkan balasan mesej daripada saya, tetapi saya faham perasaan anda.
Selepas saya membuat tweet malam tadi, saya telah berfikir seketika. Dan ini adalah cadangan saya: saya ingin bertemu dengan pengikut Twitter saya yang ke-500 ribu dan pengikut Facebook saya yang ke-1 juta. Saya ingin luangkan masa bersama-sama mereka berbual sambil minum petang. Maklumat lanjut mengenai pertemuan ini akan saya umumkan kemudian.-najib-

Aku dapati ianya tak best. Dulu pun pernah gak minum2 petang dan etc2. Sesi bodek membodek, bergambar dan etc2. Bosan. Siyes bosan. Aku nak cadangkan najib agar tarik balik cadangan tersebut dan gantikan ia kepada sesi mendengar suara rakyat. Siyes neh. Aku betul2 maksudkan apa yang aku ideakan neh.

Kalau diperhatikan sekarang neh najib terlalu banyak bercakap sampai takmo dengar suara orang lain. Orang lain pun ada suara gak. Macam aku. Dah bosan melalut dalam blog. Aku harap diberikan kesempatan untuk bertemu najib dan menyuarakan macam2 perkara yang membabitkan masalah rakyat. Salah ke? Tak salah kan. 

Kalau najib takmo jumpa pun takpe, buat lah sesi chatting online. Biarkan kami menyoal anda macam2 dan jangan sesekali filter soalan kami. Dah lah admin najib di facebook suka ban orang yang komen pedas, keras dan berfakta. Takut ka? Baru jadi admin page piem dah berlagak tak tentu arah. Kecoh!

So mohon lah najib tukar lah cadangan dia tue. Kalau nak minum2 teh juga ajak aku. Insya-Allah aku akan bawa berkotak2 soalan untuk dikemukakan kepada najib. Inilah masanya untuk aku memerhatikan iq pemimpin aku. Almaklumlah.. dia kan standard piem..mestilah iq tinggi kan?

kah kah kah

Ameno : Berdebat dengan rakyat pun oke kalau takmo debat dengan dsai.. ada berani kah?

DAP juga luluskan kilang yang mencemarkan alam sekitar di penang ka?

Ini bukan tuduhan tidak berasas ke atas kerajaan negeri pulau pinang. Ini ialah satu persoalan yang kerajaan negeri kena jawab dan fahamkan masyarakat apakah benar pembinaan kilang panel solar itu tidak menyusahkan dan membahayakan penduduk di sekitar batu kawan?

Sekarang kita kena fahamkan terlebih dahulu point yang penting dalam isu neh ;

1. Bosch solar energy ialah syarikat yang bertanggungjawab atas pembinaan kilang panel solar di malaysia.

2. Pada tahun lepas, bosch telah membeli sejumlah tanah iaitu 32.3 hektar di penang dalam proses mewujudkan kilang pembinaan paler solar di malaysia. Kilang tersebut akan beroperasi di batu kawan. 

3. Setakat neh jumlah bayaran yang telah diterima kerajaan negeri penang ialah rm11.6juta iaitu 20% daripada bayaran asal. Rujuk sini.

4. Kilang tersebut sedang dalam proses pembinaan. Boleh rujuk sini.

5. Isunya bukan pasal bayaran atau harga tanah tetapi kita persoalkan kesan nya kepada alam sekitar dan masyarakat setempat. 

6. Pada tahun lepas, satu demo besar-besaran telah berlaku di china yang membabitkan kilang panel solar. Demo itu akhirnya mengakibatkan kilang tersebut terpaksa ditutup samada kekal atau sementara aku tak pasti. Sekarang neh tak pasti samada kilang tersebut telah beroperasi semula ataupun dipindahkan ke lokasi baru. Ini bukan tuduhan semata-mata. Ia telah terbukti. Boleh rujuk sini dan sini.


Antara gambar protes yang diperolehi. Dan berita kat bawah dipetik dari new york times ;


Sumber rujukan sini.

Sekarang mari kita fahamkan kenapa protes tersebut berlaku.

- Protes tersebut dikatakan melibatkan seramai 500 orang tetapi aku lihat ia lebih daripada jumlah tersebut.

- Protes berlangsung selama 4 hari dan akhirnya kilang terpaksa ditutup. [tak pasti kekal or sementara].

- Jika 500 orang boleh tumbangkan kilang berbillion2 memang lah satu kebanggaan.

- Di china, protes mengenai alam sekitar adalah perkara yang sangat biasa. Kat sana terdapat banyak kilang2 yang boleh merosakkan alam sekitar dan masyarakat sana sudah mula sedar bahaya dan impak operasi2 kilang tersebut ke atas kesihatan masing2.

- Dalam kes kilang panel solar di china, punca demostran memprotes adalah disebabkan kilang tersebut gagal menguruskan sisa buangan yang mengandungi kimia dan toksik dengan betul.

- Kegagalan itu menyebabkan sisa buangan tersebut tersalur ke dalam sungai yang berdekatan sehingga membunuh ribuan ikan dan merosakkan alam sekitar. Kesan nya terhadap kesihatan manusia tidak disebutkan pula.

Tidak dapat dinafikan, pembinaan kilang panel solar di malaysia akan menguntungkan negara ini. Selain dapat menguasai pasaran asia sebanyak 30% dan akan berkembang dari masa ke semasa, peluang pekerjaan [hopefully bukan pakai pekerja import] dan cukai, rakyat juga dapat faedah sampingan bila ekonomi setempat berkembang. Dalam erti kata lain, pembinaan kilang ini bagus, penghasilan panel solar juga bagus.

Dan sekali lagi, sama seperti LYNAS yang menjadi pokok pertikaian ialah pengurusan SISA BUANGAN yang bertoksik. Bagaimanakah ia akan diuruskan? Itu yang menjadi kerunsingan.
Apakah kerajaan negeri ;

1. Telah melakukan kajian dan kesan pembinaan kilang neh terhadap alam sekitar?

2. Jika ya, apakah kajian tersebut telah didedahkan kepada masyarakat setempat?

3. Apakah masyarakat setempat telah diberikan penerangan mengenai operasi kilang sebelum kelulusan diberikan terhadap syarikat bosch solar energy?

4. Jika ya, adakah penerangan mengenai sisa buangan turut dimasukkan sekali?

5. Bagaimanakah sisa buangan akan di uruskan?

6. Apakah bahan kimia yang akan terhasil semasa dan selepas operasi panel solar dilakukan?

7. Sejauh mana bahan kimia tersebut akan memudaratkan manusia dan alam sekitar jika terlepas keluar?

8. Sebanyak mana bahan kimia tersebut akan terhasil sepanjang masa kilang ini beroperasi?

9. Apakah sisa buangan tersebut boleh dikitar semula ataupun ia akan menimbun semakin lama semakin banyak?

10. Apakah ada kawasan tertentu diperuntukkan untuk menguruskan sisa buangan?

11. Berapa banyak jumlah cukai, keuntungan yang kerajaan negeri raih hasil perjanjian dan kerjasama dengan bosch energy solar?

12. Adakah warga tempatan dijaminkan peluang pekerjaan?

13. Apakah jaminan keselamatan yang telah ditawarkan? 

Ini kerajaan negeri kena jawab. Melalui pembacaan aku disini, aku dapati kilang neh memang memudaratkan alam sekitar jika gagal menguruskan pembuangan sisa dengan cekap. Jadi, secekap mana kah kerajaan negeri memastikan batu kawan selamat? Itu yang menjadi persoalan sekarang.


Ameno : Kita tak boleh tolak teknologi.. tetapi kita kena pastikan teknologi seiring dengan keperluan kesihatan kita..

Hey.. banyaknya pengundi baru di kawasan PR..

Info baru dapat. Nak baca via hp tadi takley. So kena buka laptop dulu baru dapat baca. Lepas baca memang aku terkejut yang amat. Siyes. Betul2 terkejut. Ini bukan sesuatu yang pakatan rakyat boleh abaikan. Kalau seriyus nak menumbangkan bien, pr kena alert berita penting macam neh. 

Tak guna juga kalau kita buat pendedahan demi pendedahan tapi bila tiba saat mengundi akhirnya kita kecewa bila bien kembali menguasai parlimen. Sia2 aku cakap. Siyes. Penat lelah dan segala usaha rasanya macam dah hangus. Hancur. Lebur. Tinggal sakit ahti jek.

Mula2 perhatikan kat bawah neh ;


Kat atas neh ialah pertambahan bilangan pengundi bagi kawasan perak. Yang hijau merujuk kepada kawasan yang diwakili adun dari pas. Dan yang biru cerah sikit diwakili oleh adun dari pkr. Sekarang korang perhatikan pertambahan bilangan pengundi bagi kawasan2 di dun perak. Banyak tak? Banyak kan?

Amek contoh satu dari pasir panjang. Pengundi pada 2008 ialah 26k jek. Tapi masuk tahun 2011 dia jadi 32k. Pertambahan pengundi baru hampir 5k. Tak banyak ke tue? Boleh korang bayangkan satu2 dun yang mampu mendaftar sehingga 5k pengundi baru?

Kalau biasa terlibat dengan pendaftaran pengundi baru, korang akan cakap angka ini sangat mustahil. Aku dah tanya seseorang tadi. Paling2 kuat pun bagi kawasan dun untuk dua tahun mereka nak kumpul 2ribu pengundi baru pun payah. Itupun setelah diadakan kaunter bergerak. Bukan lah bermaksud bila ko mendaftar untuk mengundi di pasir panjang maka ko boleh mengundi di pasir panjang. Itu dah masuk citer lain.

Sebab tue bila tengok stastistik di atas, 3 tahun dengan pertambahan pengundi hampir 5k sesuatu yang sangat pelik. Ada apa2 yang berubah ke di kawasan pasir panjang selama tempoh tersebut? Itu yang perlu diselidik. Kita kena selidik. Kalau kita nak pastikan pr menang dan mengubah malaysia neh kita betul2 kena selidik.

Melalui analisis MSK, banyak lagi yang korang boleh fahamkan. Baca sini sendiri. Aku nak cakap tak rugi kita seme tahu bagaimana spr menggunakan taktik tertentu untuk pastikan bien menang. Siyes.

Ameno : Kalau gini gayanya.. kita berperang dengan tangan dorang guna parang..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...