Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Mac 2012

Teluk Rubiah, Vale dan Zambry. - Part 1


Ramai orang tertanya-tanya apa masalahnya dengan isu teluk rubiah neh. Salah ke buat kilang? Salah ke buat pembangunan? Pencemaran? Pencemaran itu risiko yang perlu ditanggung bagi mewajarkan kemajuan. Kalau tidak macam mana nak tawarkan peluang pekerjaan dan mempelbagai ekonomi setempat? Terpulang kepada manusia bagaimana nak mengawal pencemaran kerana ia bukan sesuatu yang boleh dibanteras secara mutlak sehingga menafikan hak pembangunan.

Itu betul. Aku terpaksa kata betul. Aku takmo pergi sekolah jalan kaki berkilo2 meter. Aku pun takmo hidup di kawasan hutan tanpa ada pembangunan dan kemajuan. Walaupun menjaga alam sekitar itu penting, kemajuan juga tidak kurang penting, walaupun mencegah pencemaran itu penting, pembangunan juga bukan kurang penting.

Dalam erti kata lain kesemua di atas ini penting. Bagaimana mahu kita susun tingkat kepentingan bagi keempat2 komponen di atas? Kita tidak boleh kerana setiap satu mereka sememangnya sama-sama penting. Oleh kerana tidak boleh susun ikut aturan nombor maka kita boleh sesuaikan ikut keadaan.

Disinilah kesilapan zambry dan bn bermula.

Apa silapnya zambry? Adakah dia yang jual tanah di teluk rubiah kepada vale, syarikat perlombongan kedua terbesar di dunia? Bukan, memang bukan. Dia bukan penjual tanah sebab dia bukan pemilik. Hanya pemilik tanah sahaja yang boleh menjual tanah.

Siapa pemilik tanah yang menjual tanah kepada syarikat perlombongan gergasi vale? Tk Rubiah Resort, sykt Harta Makmur dan Kemuning Wira. Ini adalah mewakili tiga syarikat. Dari mana ketiga2 syarikat ini mendapat hak pantai teluk rubiah? Yang ini kisah lampau yang mana kalau kita buka akhirnya kesalahan akan berbalik semula kepada bn.

Tapi kita bukan nak buka isu lampau. kita nak citer isu sekarang. Kita nak citer apa yang sedang berlaku sekarang. Itu pun kita akan citer slow2 sampai kita buka kisah pemilik saham dalam ketiga2 syarikat yang terlibat dalam penjualan tanah teluk rubiah kepada vale. Jangan pernah terperanjat jika akhirnya umno akan terkait.

Oleh kerana yang jual ini syarikat swasta kenapa pula zambry dipersalahkan? Sudah tentu kita tidak boleh salahkan zambry jika prosuder hanya melibatkan urusan aku jual dan ko beli.  Tetapi ia melibatkan lebih dari itu. Kalau satu2 zon itu telah diwartakan sebagai zon pelancongan maka urusan jual beli tanah kepada pemilik baru juga terpaksa mengikut peraturan yang telah diwartakan. ]

Maksudnya disini bila vale beli tanah pelancongan maka dia kena buat pembangunan yang ada kaitan dengan pelancongan sahaja. Tak kisahlah dia nak roboh chalet bina hotel, roboh rumah tumpangan bina suite, itu dia punya pasal, janji product pembangunan mestilah berasaskan pelancongan semata2.

Tetapi vale dapat hak bina kilang perindustrian. Dekat laut, bukan sungai. Sungai dan laut berbeza ekosistem dan kesan pencemaran geografi yang berlaku juga membawa impak yang berbeza namun satu hal yang pasti ialah pencemaran tetap pencemaran.

Oleh itu siapakah individu yang bertanggungjawab menukar tanah teluk rubiah zon pelancongan kepada zon perindustrian. Ya, itulah jawapan nya kenapa zambry sedang dipersoalkan sekarang.


Salah ke menukarkan tanah pelancongan kepada zon perindustrian? Yang itu kita akan ulas pada entry sambungan. Sekarang neh fahamkan tiga perkara penting terlebih dahulu ;

1. Tanah teluk rubiah = kawasan pelancongan orang ramai terjejas.

2. Pesisir laut teluk rubiah = kawasan nelayan cari makan terjejas.

3. Mereka yang terlibat dalam industri pelancongan di teluk rubiah seperti peniaga2 kecil dan pekerja2 yang bekerja di syarikat pelancongan juga terjejas.

Zambry kata projek neh tidak akan menjejaskan alam sekitar selepas ia dimulakan tetapi sebelum ia menjejaskan alam sekitar ia telah pun menjejaskan masyarakat di sekitar teluk rubiah. Yang neh sapa nak bertanggungjawab?

Nota :  PUBLIC RALLY Selamatkan Teluk Rubiah Manjung dr kerakusan manusia pada 31 Mac 2012, Sabtu 10.30am Teluk Rubiah! Sebarkan ke serata alam.

Sila baca sini dan sini.

Ameno : Pembangunan tak salah tapi fahami lah keperluan ekosistem..

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...