Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 23 Mac 2012

Demo Ungu yang mengacau orang.

Don't shout.

Kata sekumpulan wanita ungu [ketika demo ungu] kepada seorang coach [guru] ketika mereka berselisih mengenai padang. Sejujurnya aku tak nampak pun coach tue menengking ataupun mengeluarkan kata-kata tinggi kepada kumpulan terbabit. Yang aku nampak, dia cuma mempertahankan hak dia. Yang mana aku tak nampak tindakan dia itu salah walaupun mungkin kaedah yang digunakan kurang tepat.

Kalau sebelum rakaman video bermula mungkin dia dah tengking2 itu lain citer. Aku cuma nak ulas apa yang aku nampak dalam paparan video kat bawah neh jek ;


 

Jadi apa? Kalau melakukan demo ko ada hak kacau bebudak yang sedang berlatih sukan? Padang tue besar. Tak perlu pun sesiapa bertikai kalau pandai berunding. Dalam situasi neh aku cenderung mengatakan kumpulan ungu tue lebih bersalah sebab tak pandai menguruskan situasi ketika berdemo.

Bila kita berhadapan dengan seseorang yang tidak faham apa yang sedang berlaku tindakan yang paling tepat ialah memberitahu dia apa yang sedang berlaku. Mengelilingi dia untuk marah dia bukan tindakan yang wajar. Aku dah pernah tengok situasi macam neh ketika demo hijau hari tue. Ada juga orang yang tak faham apa benda lah bebudak hijau dok berhimpun kat mj neh? 

Dia pun dok sound2, tapi apa yang bebudak hijau buat? Ada kah mereka marah? Nope. Bebudak hijau pergi ceramah baik punya kat dia. Nada ceramah bukan nada marah. Dan walaupun si pendengar ceramah bertanya dan bertanya, seseorang yang berceramah tue terus jelaskan tanpa henti. Yang lain mendengar tak masuk campur.

Tapi, yang neh bukan lah coach tue tak faham. Cuma satu perselisihan yang tercetus akibat salah faham. Sepatutnya bila coach tue tengah marah2, elok seseorang pergi berunding dengan dia untuk selesaikan masalah. Bila dia tanya leader tue maksudnya dia nak deal lah macam mana nak settle masalah. 

Kenapa? Pasal dia cakap satu, 10 suara yang balas. Dia cakap 2, 20 suara yang balas. Macam mana nak selesaikan situasi macam neh kalau masing2 ikut suara masing2 dan ikut tindakan masing2? Sebab tue perlu nya seseorang yang pandai menguruskan situasi memimpin ketika berdemo.

Dalam berdemo kena ada leader. Lantik leader bukan bermaksud dia ketua kepada pendemo2. Tapi leader neh akan menclearkan situasi yang huru hara. Tue tujuan dia. Ko nak berdemo konon nak memperjuangkan hak asasi tapi dalam masa yang sama mengacau hak asasi orang lain. 

Kalau ketika budak2 dulu, bila kita main di padang tiba2 ada sekumpulan orang dok melintas tengah2 dan berkumpul disitu, apa perasan kita? Jika kita rasa marah, tak hairan lah kenapa budak2 tersebut dilihat terpinga2 dan coach merasa marah.

Sepatutnya tenangkan coach tue bukan naikkan kemarahan dia lagi. Orang berdemo pun semata2 nak dapat sokongan orang ramai. Kalau berdemo menyebabkan orang ramai semakin marah maka tujuan demo tue tak tercapai.

Ini baru kumpulan kecil. Nampaknya pompuan ungu tak reti nak berdemo lagi. Perlu banyak belajar. Mana ambiga? Ambiga, ko tak ajar kumpulan ungu berdemo ka? Rugi nya. Bakat menguruskan demo perlu disalurkan kepada perempuan bertudung yang bertitlekan peguam tue.

Nampak sangat dia tak boleh berkompromi. Orang cakap padang untuk budak2 dia pongpang cakap public place. Sekarang sapa cop dulu lah weh. Dengan bebudak pun takley berkompromi, macam mana nak perjuangkan yang lebih besar lagi?

Justice for all? Ko baru sahaja menidakkan justice untuk bebudak tersebut. Mana ada justice for all, justice untuk ko jek, bebudak tue kena kacau pun takpa. Adoi. Aku nak cakap korang fail menangani situasi. 

Benda neh pada awalnya boleh settle cara baik. Malahan tak perlu ganggu ruang bebudak untuk berlatih sukan pun. Tapi disebabkan kedegilan dan keegoaan kumpulan ungu yang konon nya nak mencari justice dorang sampai terpula yang dorang baru sahaja menidakkan justice untuk bebudak yang lain. Adakah ini yang dinamakan justice oleh kumpulan ungu? Aku tak nampak pun. Bai.

Ameno : Dont shout patutnya ditukar menjadi i'm shouting.. lihat betul2, sapa sebenarnya yang sedang shouting. 

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...