Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 5 Julai 2014

Luahan Gelandangan Yang Anda Mesti Tonton Dan Sebar.

Nah, tengok.

Nilaikan sendiri. Jangan sembang kencang kutuk2 gelandangan MALAS la apa la. Kalau tatau citer dia diam2 sudah.

Part rumah DBKL tue aku setuju sangat2. Part zakat tue terlebih2 lagi aku setuju. Aku dah hilang kepercayaan pada ;

ZAKAT
JKM

dan 

DBKL

Sebab apa aku setuju? Sebab aku kenal mereka2 yang dinafikan haknya untuk terima bantuan. Tak payah nak cakap bantuan untuk orang MISKIN la. Gelandangan la. Kalau ko meniaga, dan nak mohon kedai majlis pun macam sial sistem dorang. Balik2 kroni dia. Keluarga dia. Geng2 dia aje yang dapat. Balik2 orang2 yang tak meniaga aje dapat. Lepas tue nak jadikan citer. SETAN KE TAK SETAN la PUAK2 MAJLIS perbandaran neh kan (maaf aku terpaksa labelkan dorang setan sebab dorang menindas hak peniaga. Korang yang tak meniaga boleh sembang. Kalau nak tahu betapa SETAN ke tak SETAN si puak2 MAJLIS neh mai la meniaga dulu) dorang naikkan kadar sewa bazar ramadhan dari tahun ke tahun. Kalau ko peniaga. Boleh ke ko jual murah2 kalau dah sewa ko MAHAL NAK MAMPOS?

Itu baru bab sewa.

Belum masuk bab amalan pass2 tapak pada geng2 sendiri.

Majlis nak buat duit apa sangat? Duit peruntukkan masuk tiap2 bulan untuk bayar gaji kakitangan. Lesen lagi. Permit lagi. Sewa kedai lagi. Sudah2 la tue. Sewa bazar ramadhan jangan letak mahal2 sangat. Korang jangan kerjanya nak menindas orang jek.

Oke, macam lari topic. Tapi percayalah cakap aku. Kita berada di kedudukan yang berbeza2. Tapi penindasan tetap berlaku dalam apa level sekalipun. Ko peniaga ke. Gelandangan ke. Ibu tunggal ke. Apa ke kerajaan bukan peduli pun. Depa bantu ko time media klik2 tangkap gambar. Lepas dah takde media PERGI MAMPOS la sama kau. Makan ke tak makan ke mati ke apa ke dorang peduli apa. Janji poket depa penuh cukupla.

Terima la hakikat wei geng2 BN.

Dan bantuan BRIM untuk geng2 gelandangan neh. Dapat ke?

Sapa nak isikan borang? Lebur. 

Lue fikirlah sendiri.

Lihat luahan kat bawah neh sendiri ;

Isu DBKL Saman Kerana Bubur Lambuk - Ahli Parlimen BN Kena Troll Kaw2 Dengan Aduka Taruna !!!!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kronologi.

1. Semalam Aduka ada update satu status pasal saman.



2. Dia update dalam seminit je. Aku terus copy paste dan letak kat KBSB. Nak laju punya pasal sampai lupa letak alias.

3. Bagi yang tak biasa dengan penulisan dia memang tatau dia sedang troll. Tapi aku dah biasa so aku tahu dia neh memang troll. Dan aku fikir mesti ramai yang akan tahu dia sedang trolling. Aku fikir. Takan la orang tak boleh tangkap KEYWORD ;

- Kabinet Malaysia
- Sedekah bubur lambuk
- Jenayah
- Penguatkuasa DBKL
- Saman
- Petugas masjid kerana memberi sedekah
- Penerima bubur 
- Kertas ada 124

3. Then lepas update aku tinggal la. 

4. Lepas tue aku refresh page. Dan fikir nak update apa lagi.

5. Masa dah refresh tue la aku terbaca ada orang ingat benda tue BETUL.

6. Dengan muka tak malu dan tanpa rasa bersalah aku buat ayat slumber nak mampos. Reply kat ruangan komen tue le.

7. Kena marah la pula. Tapi takpe. Kekebalan mesti mao tinggi. Buat lawak tak menjadi pun ahti tetap kena kental. Buat lawak kalau menjadi dan kena marah pun jiwa kena slumber. Itulah dia kehidupan. Apa benda yang aku berfalsafah neh setannnnn..

8. Then sapa2 tah admin KBSB yang pergi tambah #sarcasm. Lantak la.

9. Aku ingatkan citer neh habis kat situ aje.

10. Alih2 ada pula yang pergi screenshot posting Aduka.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

11. Lepas tue ramai2 pergi sebar di twitter, facebook apa bagai.

12. Aku cakap dalam ahti. Padan muka ko Aduka. Kalau ko kena.

KAH KAH KAH

13. Nak menangis pun hado. Tapi bila fikir2 balik kadang2 kalau kita baca laju2 memang orang takan dapat tangkap point kita. Aku tahu la. Pasal aku pernah baca laju2 pasal satu posting troll tue. Ingatkan dia bangang sangat. Then, bila baca balik slow2 dan tengok betul2 baru dapat tangkap dia troll. Then untuk cover salah sangka aku pula, aku buatla troll atas troll. Maksudnya kita tahu dia troll, tapi kita buat2 tatau dia troll dengan troll dia balik. Hah macam tue la citer dia.

HAHAHA..

14. Then. Nak dijadikan citer. Posting Aduka jadi viral. Sampaikan MP BN mengulas isu tersebut.


Lawak lawak lawak.

Memang lawak.

Orang buat lawak pun lue kata fitnah. Alah relax la. Apasal nak seriyus sangat.

KAH KAH KAH

Kbai.

Maza Cadang Permit Untuk Pengemis - Respon Cadangan Maza.

Dr. Maza mencadangkan agar pengemis2 diberikan permit untuk membolehkan mereka mengemis.

Baca cadangan penuh MAZA kat bawah ini ;



Dah terang2 MAZA menyebut. Harap berikan maklum balas yang matang. Tapi ada pula puak2 yang tak faham bahasa. Bila ada orang berikan pendapat yang berbeza dari MAZA dikatanya orang tue tak berilmu. 

Hello. Ko ingat orang yang belajar tinggi2 tue asal buka mulut confirm apa yang dorang perkatakan tue wajib betul dan wajib kena setuju ka?

BTW. Aku tak salahkan MAZA. Pendapat MAZA aku raikan. Sebab itulah jenis orang bijak berbicara. Dia tak paksa sapa2 untuk sokong pendapat dia pun. Itu sebab awal2 lagi dia minta berikan maklum balas secara matang. Kat situ je dia dah tahu akan ada orang yang tak bersetuju dengan dia. Takde masalah. Tak bersetuju pun tiada masalah. Janji nyatakan perbezaan dengan matang. Bukan maki hamun apa bagai. Yang pengikut2 dia neh taksub sangat pun masalah juga. Tuan punya badan elok je raikan kepelbagaian. Pengikut pula lebih2. Ada masalah otak ke apa?

HAHAHAHAHA..

Baikla. Aku nak mengulas cadangan MAZA.

Overall. Aku tak bersetuju.

MAZA.

1. Cadangan pertama MAZA, aku setuju.  Ye, semua anasir2 yang membawa kepada keruntuhan nilai manusia perlu dibersihkan  dari ibu kota. Dan di luar ibu kota. Bukan setakat di pusat2 bandar. Bahkan diluar pusat2 bandar juga. Semak ia MEMBAWA KEPADA KERUNTUHAN NILAI2 MANUSIA.

2. Pemberian permit tidak akan menyelesaikan masalah penipuan dan sindiket. Bahkan berupaya mewujudkan penipuan dan sindiket berlesen pula. Apa tue?

Pernah dengar kontraktor Ali Baba?

Tahu apa itu tapak2 bazaar ramadhan diagihkan kepada geng2 dan kroni2 sahaja?

Tahu tak apa itu kedai2 majlis diberikan kepada sedara mara sendiri yang mana kemudiannya mereka sewa kepada orang luar semula? Peniaga sebenar tak dapat. Orang nak meniaga kena tambah kos. Maka modal bertambah. Jual barang mahal sikit orang marah padahal nak cover sewa mahal. Nampak tak penyelewengan menghasilkan penindasan?

So perkara yang sama boleh berlaku dalam citer PERMIT KEPADA PENGEMIS. Orang2 yang diberikan amanah untuk mengeluarkan PERMIT akan berupaya melakukan penyelewengan. Macam PERMIT TEKSI. LESEN UNTUK MENIAGA kat tepi2 jalan di sekitar KL. Dorang boleh plan buat sindiket mengemis berlesen. Memandangkan hanya orang2 tertentu aje yang diberikan hak untuk mengemis, maka peluang untuk menipu sangat tinggi. Sudahnya, orang2 yang susah dan tertindas akan diabaikan sekali lagi. Yang tak susah pula elok2 dapat mengemis sana sini atas izin PERMIT.

Itu tak masuk lagi bab bayaran. Bab proses permohonan. Adakah percuma? Permitnya bentuk bagaimana? Boleh kah pengemis dalam erti kata pengemis sebenar simpan permit? Tak hilang, rosak ataupun koyak? Kalau dah namanya susah. Sakit. Penghidap HIV. Baru keluar penjara. Sakit mental. Tertekan. Apakah dorang akan naik ke agensi kerajaan dan cakap.. hello kawan, i nak permit untuk mengemis. Anak2 yang lahir dari kegiatan pelacuran, yang tiada IC, tercicir, tak ke sekolah, bagaimana? Orang2 susah neh sebenarnya dorang memang TAKNAK MENGEMIS. Geng2 dadah, geng2 arak mungkin la akan gunakan kesempatan ini untuk membolehkan dorang mengemis sekaligus bila dapat duit beli dadah dan arak untuk puaskan nafsu gian masing2. Tapi overallnya, orang2 SUSAH memang tidak cenderung untuk mengemis walaupun ko bagi dorang permit. Pengenalan PERMIT itu adalah semata2 memberikan gambaran yang DORANG neh macam suka pula untuk MENGEMIS.

So cadangan pemberian PERMIT adalah ridicilous. Karut. Tidak patut dilaksanakan kat negara ini. Kerana ia sebenarnya membuka satu lagi masalah. Ia tidak menyelesaikan masalah sedia ada bahkan membuka masalah baru. Kalau dah dapat permit, dihalau keluar dari ibu kota, maka nak mengemis kat mana? Tempat lain pula yang sarat dengan masalah pengemis berpermit sudahnya.

3. Isunya bukan soal pemberian permit semata2. Isunya kerajaan yang corrupt. Kerajaan kita neh dah corrupt la. Jangan harapkan pada pemberian tender yang adil. Jangan harapkan pada pengagihan bantuan yang telus. Jangan harapkan ko akan diadili secara adil oleh agensi2 kerajaan ini. Silap2 dorang suruh ko daftar masuk UMNO dulu baru boleh dapat permit untuk mengemis. Bukan aku nak cakap. Aku tahu ada yang menipu dalam isu bantuan BRIM sekalipun. Hanya kerana dia orang UMNO maka dapatlah BRIM padahal dia tak layak. Memang orang umno, memang BRIM untuk orang susah tapi dia tak layak. Tak layak2 pun jadi layak sebab orang UMNO. Nampak tak bagaimana duit yang sikit2 neh pun geng2 UMNO rambang mata. Inikan pula duit yang besar2. Sudahla. Jangan kita tipu diri kita. Aku tahu, ko tahu dan Allah maha mengetahui bagaimana UMNO dan geng2nya menguruskan negara neh.

4. Baik yang menderma mahupun yang mengemis tidak wajar diambil tindakan. Daripada berikan permit kepada pengemis, lebih baik agensi2 kerajaan yang berperanan bantu orang susah turun padang seperti JKM, Pusat zakat dan lain2 lagi mengambil tahu apa masalah sebenarnya golongan gelandangan dan pengemis2 jalanan ini. Sebenarnya. Tak ramai warga tempatan yang mengemis tak tentu hala di sekitar bandaraya KL. Yang kat masjid india tue banyaknya warga asing. Itu la pelarian dari luar negara yang mana mereka tak diberikan perlindungan yang sepatutnya. Apa peranan kita membantu pelarian? Pelarian2 ini la akhirnya cenderung menjadi mangsa sindiket ataupun cenderung membentuk sindiket apabila gagal mendapatkan pekerjaan yang boleh disesuaikan dengan mereka.

Apa tue?

Contohnya. A pelarian. A ada anak2. A takde suami. A nak pergi kerja. Tapi takde sesiapa boleh jaga anak2 A. Maka A mengemis dengan heret anak2.

Contoh lain. A dan B ada anak. A dan B nak bekerja. Tapi A dan B dilayan secara zalim oleh majikan sebab warga asing + pelarian. Maka dapat gaji ciput. Nak bayar sewa rumah pun tak boleh. Nak bagi makan, pakai dan sekolahkan anak2 pun susah. Maka A dan B tukar kerjaya menjadi pengemis jalanan kurang2 pendapatan mereka lebih baik dari bekerja dengan orang lain.

Itu contoh sahaja. Belum lagi aku buka citer pasal maid2 Indonesia ataupun geng2 wargaasing yang dilayan secara teruk dan hina dalam sel sebelum dihantar pulang. Warga kita ada yang menipu dan ada yang ditipu. Sama juga macam warga asing. Ada yang menindas dan ada juga yang tertindas. 

Orang luar negara yang mengemis, ada yang ditipu oleh agensi masing2. Tapi orang kita biasalah. Asal warganegara luar je mula la nak pandang negatif. Jijik la. Menyampah la. Padahal dorang pun manusia juga. Kalau ko kena tipu sampai kat negara asing dan tiada sesiapa disitu untuk tolong ko, apa ko nak buat? Tak payah makan biar mati terus kat negara asing? Majikan yang nak amek kerja pun takut sebab individu tersebut kena tipu dengan agent. Penguatkuasa pula lambat bertindak. Tunggu dan tunggu la sampai kena tangkap dan akhirnya dihantar pulang ke negara asal. Tapi dalam tempoh menunggu tue dorang tetap perlu makan dan minum. Itu yang jadi pengemis temporary. Yang neh orang kita tak faham. Taknak faham. Yang kita tahu asal babitkan orang asing, hina saja la. Kita kan tak racist. Hina orang asing yang berbeza bangsa dan agama dari kita tak racist. Tapi kadang2 yang seagama dengan kita pun kita hina walaupun tak sebangsa. Sebab luar negara punya orang ma. Yang racist kalau hina orang cina dan india sahaja. Yang sewarganegara dengan kita. Ada orang luar yang buat jahat. Maka semua la jahat. Layak la kena hina. Betul?

5. Bagi aku permit untuk meminta dana dari rakyat adalah lebih sesuai dari permit untuk mengemis. Permit untuk meminta dana ialah bermaksud pusat2 tahfiz, madrasah2, rumah2 anak yatim, rumah2 kebajikan persendirian yang berperanan membantu anak2 OKU, jaga orang tua, jaga orang sakit, jaga yang terbuang, beri perlindungan pada orang. Maka mereka2 inila yang perlu diberikan permit agar orang merasa yakin untuk menderma dan menghulurkan bantuan. Permit tidak boleh dikenakan bayaran. Tiada tempoh. Sehinggala terbukti mereka tidak layak menerima dana dari pihak luar lagi. Yang neh diberi permit aku setuju sebab mereka organised. Bukan merempat dijalanan. Mana tahu jika ada orang persendirian yang mahu buka pusat2 untuk membantu gelandangan, maka permit boleh menyakinkan orang ramai bahawa pusat2 tersebut adalah disahkan wujud dan beroperasi sepertimana yang diperanan ke atasnya. Maka yakinla orang untuk menghulurkan bantuan derma dan sebagainya.

6. Kebersihan di kawasan memberi makanan kepada gelandangan memang dijaga oleh aktivis2 kita. Maza boleh mengikut serta dan meninjau sendiri akan suasana gelandangan diberi makan. Bahkan MAZA juga diseru untuk turun padang dan meninjau sendiri bagaimana gelandangan2 ini bertebaran di jalanan. Tengok dan fahami mereka atas padang, bukan atas berita.

Dalam Islam kita membasmi kemiskinan. Kita tidak melahirkan kemiskinan ataupun membiakkan kemiskinan sehingga ia menjadi satu kerjaya. Mungkin di sesetengah negara mereka ada mengeluarkan permit untuk pengemis tetapi apa yang diamalkan di negara lain tidak pula bermakna bagus untuk kita ikuti.

Ini contoh bagaimana pengemis diberikan permit untuk mengemis di luar negara. Baca sini.

Tetapi contoh kita bukan mereka. Contoh kita adalah apa yang termaktub dalam Islam. Dalam islam kita membantu orang susah dengan mengeluarkan orang susah dari kepompongan kemiskinan. Kita tak bantu mereka mengembangkan kemiskinan mereka dengan convert kemiskinan menjadi satu kerjaya (permit mengemis).

Tetapi kita akan bantu mereka macam mana mereka perlu bangkit dan dapatkan kembali semangat hidup yang hilang sehingga mendorong untuk mengemis.

Berbeza pengemis jalanan berbeza masalah sebenarnya. Dan gelandangan yang cukup makan selalunya tak mengemis. Cukup makan sebab NGOs sediakan makanan. Gelandangan2 ini mencari kotak. Mencari tin. Dan jual. Pengemis pun sama. Kadang2 bila mereka mengemis dan perlu mencari lebih selain dari makanan ialah mungkin sebab nak beli susu anak dan keperluan anak. Ya. Ada pengemis jalanan mengemis bersama anak2 kecil. 

Point dia ialah PENGEMIS dan GELANDANGAN yang BERBEZA mempunyai MASALAH yang BERBEZA.

Dan cara kita menanggani PENGEMIS2 JALANAN dan GELANDANGAN2 ini ialah dengan tackle masalah mereka secara peribadi, specifically ataupun lebih tepat, penyelesaian yang diberikan haruslah bersesuaian dengan keinginan GELANDANGAN dan PENGEMIS2 jalanan itu sendiri.

Jika mereka nak duduk kat rumah kebajikan, nak duduk kat rumah orang2 tua, maka boleh la hantar mereka. Tapi jika mereka taknak duduk kat dalam rumah orang2 tua, maka mereka cenderung lari semula sebab merasa terkongkong dan tidak bebas. Sebab itula mereka jadi gelandangan balik. Penyelesaian yang diberikan tidak sesuai dengan mereka. Ko suka makan ikan, dia suka makan ayam, ko mana boleh paksa dia makan ikan kalau dah tak kena dengan selera dia, betul? Ikut selera masing2 la.

Jangan cakap, eley orang nak bagi bantuan pun banyak bunyik.

Kita nak bagi bantuan pun kena ikut keadaan orang yang dibantu.

Bukan sekadar bantuan material bahkan emosi dia kalau kita jaga pun, itu juga merupakan satu bantuan.

Mereka sakit. Dari segi emosi. Sakit. Luka. Teruk. Hilang rasa malu.

Sebab itu kalau sungguh2 nak bantu, jaga emosi mereka, jaga bantuan material mereka, bentuk bantuan perlu disesuaikan dengan keinginan pihak yang mahu dibantu. Barulah dapat menyelesaikan root cause.

Pemberian permit tidak menyelesaikan masalah bahkan membiakkan masalah. Lebih teruk bila kemiskinan dijadikan kerjaya. Jadi pemberian permit pada aku bukan la cadangan yang baik. Cadangan aku ialah dekati gelandangan2 ini dan bantu la mereka ikut kesesuaian mereka. Jika A mahu ke rumah orang2 tua, maka hantar la dia. Jika B mahu duduk di sekitar kawasan KL juga mungkin sebab persekitaran, kawan2 dan kenangan, maka biarkan dia disitu dengan menempatkan dia di satu tempat tinggal yang selesa tidak terikat dengan peraturan dan bebas.. menunggu saat mati menjelma kerana usia sudah tua.. dalam video Malaysiakini ada seorang uncle tue cakap, dia bukan burung. Dia tidak boleh dikurung. Maka fahamila. Gelandangan dan pengemis2 jalanan ini juga ada emosi macam kita. Mereka bukan burung. Even burung pun tak patut dikurung. Burung juga mahu bebas. Apatah lagi manusia. Renung2kan.

Kbai.

Jumaat, 4 Julai 2014

Penjelasan Abang Long Kawasan UMNO Isu Halang Masuk Bazar Ramadhan.


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KELAKAR NAK MAMPOS.

Dia mengaku ;

1. Nak masuk bazar ramadhan kena ada surat kebenaran.

2. Kalau takde surat kebenaran maka tak boleh masuk bazar ramadhan.

3. YB PR bersalah sebab masuk bazar tanpa kebenaran.

4. Sebab itula pihak pengurusan bazar meminta mereka keluar.

5. Sudahla pakai baju berlogokan parti. 

6. Itu sebab kena keluar.

7. Mereka bukan racist.

8. Mereka juga meminta maaf akan sedikit kekasaran yang berlaku sehingga meninggi suara.

9. Tapi pihak mereka tiada niat yang serong. Namun surat tetap kena ado untuk masuk bazar. Ada faham.. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Aku tak pernah tahu. Dalam dunia neh. Rupa2nya nak masuk bazar kena ada surat kebenaran akibat memakai baju parti.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

SAKIT PERUT GELAK OI.

Korang tengok sendiri ah video bawah neh. Penjelasan dari abang long kawasan. Takde surat jangan masuk bazar oii..

Post by Kami Benci Saiful Bukhari!

Klik sini jika video gagal load.

Komplot Jatuhkan Khalid Ibrahim Sebagai MB Selangor - Ini Penafian PAS.


Cakap2 yang mengaitkan PAS untuk menjatuhkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor adalah fitnah dan spekulasi semata2.
Walaupun kita tengok ada beberapa blogger dah buat kempen untuk jatuhkan Khalid, dan kita tengok beberapa geng2 PKR dah buat kempen untuk jatuhkan Khalid di media sosial seperti twitter dan facebook namun perbincangan mengenai pertukaran MB Selangor tidak membabitkan PAS sama sekali.
Aku taknak side mana2. Aku boring dengan dorang punya pergaduhan dan pertengkaran. Kalau aku pertahankan Khalid atau tidak pertahankan Khalid, kedudukan aku sebagai rakyat tertindas tidak berubah secara  mendadak. Bahkan aku belum lagi nampak apa kebaikan yang aku akan dapat jika aku sokong mana2 pihak sekalipun.
Ye. Perlunya aku sebagai rakyat dan mana2 rakyat memikirkan bahawa jika tiada kebaikan untuk diri kita buat apa kita terhegeh2 sokong orang politik. Yang menang dan berjawatan sudah tentu gajinya. Elaunnya. Yang ko dan aku terpekik2 macam orang bodoh dah kenapa. Betul tak?
So aku belum faham lagi apa kebaikan yang aku akan dapat jika siding dengan mana2 pihak. Cuma apa yang aku nampak.. lebih baik jawatan ini kekal bersama Khalid jika mahu mengekang politikus rakus meratah duit rakyat Selangor. Part neh aku bersetuju. Jika pertukaran jawatan adalah mengenai PROJECT, POWER, MONEY maka biarlah si Khalid itu aje yang pegang. Yang2 lain tue diam dan focus pada masalah rakyat Selangor boleh tak? Tau ke tak tau yang orang dah boring melihat perebutan kuasa di Selangor neh?
Nak2 yang cakap biar orang2 partisan uruskan hal2 orang partisan.
Kepala bana kau.
Undi ko dapat dari mana mangkok ayun?
Sapa bayar gaji ko sebagai wakil rakyat mangkok ayun?
Ko ingat jadi orang parti dah besar sangat kepala ko? Ko cuba bertanding tanpa mendapatkan undi dari rakyat. Aku nak tengok sejauh mana ko boleh pergi. Dan apa? Rakyat pilih parti? 
KAH KAH KAH..
KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH
KAH KAH KAH KAH KAH KAH
Orang2 partisan neh terlupa satu perkara. Orang tak pilih parti, sayang. Tak. Orang pilih tolak penindasan, kekejaman, kezaliman dan ketirisan yang berlaku dalam BN tue. Alternatif yang ada ialah PR. Jika ada alternatif yang lain selain dari PR yang lebih baik, bersih dan terbukti boleh buat kerja, apakah ko rasa rakyat akan pilih PR? Fikir2kan la ek. Dan ingat tau, majoriti rakyat kat negara ini NON PARTISAN. Dan meskipun ada rakyat yang berpartisan, belum tentu pendirian mereka akan seperti partisan. Banyak kawan2 aku yang berpartisan pun berfikir macam NON PARTISAN. So, ini menambahkan bilangan PEMIKIRAN NON PARTISAN. Jadi, faham2 la ek.
Buat kerja. Gaduh la korang tunggang langang pun. Janji gaduh pasal kerja. Gaduh sebab masing2 berebut nak jadi yang paling pantas dan cekap buat kerja demi kelangsungan rakyat. Tapi kalau gaduh bab nak berebut kuasa? G matila. Aku persilakan dengan karpet merah.
Baca ;
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menafikan dakwaan kononnya beliau terbabit dalam komplot untuk menggulingkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dari kedudukan Menteri Besar Selangor.
Tegas Abdul Hadi, beliau tidak pernah terbabit dalam mana-mana perbincangan berhubung perkara itu, termasuk ketika kunjungan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Institut Jantung Negara (IJN) untuk melawatnya baru-baru ini.
Penafian itu disampaikan Setiausaha Politik Abdul Hadi, Dr Samsuri Mokhtar menerusi kenyataan ringkas pada Jumaat.
Menurut Samsuri, sama ada Anwar atau Abdul Hadi sendiri masing-masing tidak membangkitkan isu di Selangor termasuk kedudukan Menteri Besar.
“Bukan sahaja tidak ada sebarang perbincangan mengenai isu Selangor antara Datuk Seri Anwar dan Tuan Guru Abdul Hadi semasa lawatan di IJN tempohari, malah perkataan ‘Selangor’ atau ‘Menteri Besar’ pun tidak disebut langsung,” katanya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai laporan sebuah portal berita yang mendakwa kononnya Abdul Khalid akan disingkirkan dari kedudukannya selepas Aidilfitri atau pada Ogos ini.
Laporan yang dimuatkan dalam ruangan komen oleh seorang kolumnis portal itu menyebut Anwar mengadakan perbincangan mengenai rancangan untuk menyingkirkan Abdul Khalid ketika di IJN baru-baru ini.
Tanpa memetik sumber maklumat tersebut, dikatakan Abdul Hadi akur dengan rancangan Anwar untuk menyingkirkan Abdul Khalid.
Dilaporkan bahawa kedudukan Abdul Khalid akan digantikan dengan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Mohamed Azmin Ali sebagai timbalan menteri besar atau exco kanan.

Gambar2 Rumah Makcik Yang Kesusahan..

Tengok neh ;


Tengok lagi ;




Apa kisahnya?

1. KSK = Kechara Soup Kitchen terima informasi mengenai satu keluarga yang berada dalam kesusahan.

2. Setelah terima laporan mereka terus melawat kawasan dan lakukan tinjauan.

3. Bawa juga sedikit bantuan makanan sebagai permulaan bantuan awal.

4. Makcik ini ialah ibu tunggal kepada 4 anak.

5. Makcik ini juga buta.

6. Ikut cerita yang aku dengar dari orang2 susah yang cuba mendapatkan bantuan dari JKM. Aku bukan nak burukkan JKM. Aku citer balik apa yang dorang citer. Kadang2 pegawai JKM perangai macam s*al ko tahu. Dorang pantang tengok rumah melayu ada peti ais dan tv. Nak2 tv LCD. Dan2 la dorang cakap keluarga neh takde la susah sangat sebab ada peti ais dan tv. Benda neh HAKIKAT. Ia berlaku pada orang yang minta bantuan dari JKM. Padahal korang fikirla. Kadang2 kita beli peti ais masa tak susah. Then dah susah takan nak campak keluar peti ais. Betul? Kadang2 tv tue orang bagi. So semata2 nak raikan lawatan dari kakitangan JKM, tv kena buang ka? Nampak tak betapa tak logiknya nak ukur orang tue MAMPU ataupun TAK MAMPU berdasarkan kepada PETI AIS dan TV semata2?

BODOH NAK MAMPOS ko tue pegawai JKM. Harap2 yang pernah buat macam tue pada orang2 yang apply bantuan JKM baca blog neh. Aku cakap ko tue BODOH nak MAMPOS tahu tak?

Baik. Berbalik kepada tajuk utama.

Baca ;

 
Jiran2 prihatin dengan kesusahan jiran2 lain. Bila mereka dapat bantuan mereka juga mengharapkan agar jiran2 yang lain yang juga susah macam mereka mendapatkan bantuan. Bagusnya.

Sejak2 aku tulis mengenai bayar zakat sendiri pada asnaf. Aku terima beberapa pertanyaan. Kat mana nak bayar zakat? Kat mana nak cari orang susah? Aku kenal tak sapa2? Nak cakap kenal memang kenal. Tapi aku cadangkan tolong la bantu yang berhampiran korang dulu. Kalau dah takde maka baru la boleh bantu yang lain2.

Antaranya kes makcik ini. Mula2 pergi disini. Dapatkan alamat dengan mesej kepada admin page KSK. Dan bayarla zakat korang kepada makcik ini. Zakat emas. Zakat harta. Zakat pendapatan. Zakat fitrah pun boleh. Kumpul banyak2 dari kalangan jiran, sedara mara, adik beradik dan dah cukup satu amount yang sepatutnya, bayar terus.

Ingatlah. Kita boleh patahkan karenah biokrasi kalau kita usaha lebih sikit untuk mendekati golongan yang susah dan tertindas. Kerajaan memang tidak jujur. Kita tahu. Tetapi tak guna setakat ambil tahu semata2. Kena ada usaha untuk memastikan ketidakjujuran kerajaan dibayar balik dengan cara kita menjadi lebih prihatin dengan mengurangkan peluang2 untuk membolehkan kerajaan songlap duit rakyat. Salah satu contohnya, dekati asnaf yang layak terima zakat dan salurkan terus zakat korang kepada yang layak.

Kbai.

JAIS Kantoi Salah 'Tangkap Basah' - Pindah Rumah Dikatakan Buat Maksiat!

Dengar dulu penjelasan dari mangsa keadaan.


Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi  dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.

Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya  pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.


Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid  kerana kekeliruan status agamanya. – TMI -


-----------------------------------

Taknak komen apa2 dulu. Nak dengar penjelasan dari JAIS dulu. Lepas dah dengar keterangan dari kedua2 pihak baru buat kesimpulan.

Tapi kalau betul la si JAIS neh salah tangkap, memang MEMALUKAN sungguh.

Kita tunggu dan perhatikan dulu.

Kbai.

Khamis, 3 Julai 2014

Isu Gelandangan - Ku Nan Jawab Pengguna Media Sosial, RM150 Denda Untuk Penderma Engkar.

Terasa plak aku.

Kepada aku ke dia tujukan kata2 itu?

KAH KAH KAH

Almaklumla, lebih kurang sejam yang lepas aku kan kutuk dia kat sini.

Respon Ku Nan ;



Dan Ku Nan. Niat ko nak jadikan ibu kota bersih tidak akan difahami oleh aku. Sebab aku dah tengok statement ko kat bawah neh.

Rujuk video ;



Kalau tak boleh load, klik sini

Pertama. Aku seriyus tak faham apa kaitan PKR dan Rafizi dalam citer gelandangan neh. Siyes. Apahal tetiba ko heret pasal dorang. Aku dok ulang tayang video di atas 2,3 kali untuk pastikan takde part yang aku terlepas. Untuk mencari kaitan isu Rafizi dalam citer gelandangan neh. Tapi haram ada. Apa yang ko merepek neh Ku Nan oiiiii..

Kedua. Ko lebih focus nak bersihkan KL dari tikus. Takde masalah. Tapi apsal pula ko kaitkan kewujudan tikus dengan golongan gelandangan? Ada bukti ke semua sampah sarap itu dibuang oleh gelandangan akibat diberi makan oleh NGOs? Ke lambat kutip sampah? Ke ramai yang suka buang sampah merata2? Ke binatang terbiar yang mencari makanan dalam sampah akibat kelaparan? Ke pembuangan sampah tidak sistematik? Ke homeless2 kutip makanan dalam sampah akibat tak dapat makanan dari NGOs? Ko neh pun kalau bab menuduh memang no 1 la aku tengok. Macam ko tuduh pengemis2 tidur kat hotel. Bukti ada bukti? Bukti manaaaaa? Lainkali nak cakap apa2 pun bagi la bukti. Standard ko as menteri. Menteri apa bercakap tanpa bukti? MEMALUKAN betul kan.

Ketiga. Ko bercakap pasal sindiket. Bagus tindakan nak banteras sindiket. Tapi sekali lagi. Yang aku tak faham. Ko nak banteras sindiket ko tangkap la dalang. Apasal pula ko babitkan gelandangan dan NGOs yang membantu gelandangan? Apa kaitan dorang dengan sindiket tersebut pula?

Keempat. Tahu pula ko di kalangan gelandangan ada pesakit HIV. Jangan lupakan juga. Ada yang sakit mental. Ada yang trauma dengan masalah hidup. Ada yang sudah tua dan uzur. Sakit. Nak kerja hapanya. Suka2 aje cakap dorang MALAS. Dah tahu wujud sesetengah gelandangan yang bermasalah maka ko sediakan dulu solusi. Bukan main halau2 orang ataupun denda orang lepas tue baru sibuk nak fikir pasal solusi.

Kelima. Ewah ewah ewah.. kemain bangga lagi ko bercakap pasal baitulmal la, zakat la, JKM la, bantuan la.. getik aku mendengarnya Ku Nan oi. Getik ko tahu tak getik. Orang nak menderma kena ikut saluran la. PALE HOTAK KAU BERJAMBUL. Orang punya duit orang punya suka la nak derma kat sapa2 pun. Bukan wajib pun untuk menderma ikut saluran2 yang tersedia. Juga bukan haram pun kalau menderma tak ikut saluran2 yang disediakan oleh kerajaan. Ko sibuk kenapa. Bukan minta duit ko untuk menderma pun. 

Keenam. Sedap2 suruh orang bagi makan dalam masjid la, dalam kuil la apa la. Cakap takde otak kang marah. Tapi satgi bagi makan dalam masjid mula la puak2 UMNO meroyan. Apasal gelandangan kotor2 masuk masjid. Eeee apsal orang melayu masuk kuil, masuk tokong untuk dapatkan makanan. Satgi non muslim kena kutuk la kena hina la kena tuduh la dikatakan nak bagi gelandangan melayu murtad la. Lepas tue tak pasal2 depa kena bagi bantuan ikut agama. Yang muslim p sini. Yang non muslim p sana. Padahal kita nak bersatu padu. Ini isu bantuan. Kenapa perlu asing2kan ikut agama dan bangsa. Itupun kalau AJK masjid boleh kawtim. Buatnya AJK masjid perangai palat macam UMNO? Dah satu kerja lagi nak bergaduh2 bagai. Ehh pergi mampos la. Orang nak bagi makan kat mana2 pun. Kalau tak suka kotor, didik la gelandangan agar buang sampah dalam tong sampah lepas makanan. Btw, aku nampak juga gelandangan2 ini buang sampah dalam tong sampah lepas makan. Tindakan mengaitkan KL yang kotor dengan gelandangan bagi aku satu tindakan yang baseless. Takde asas. Takde fakta, hujah dan bukti yang menyokong kenyataan Ku Nan. Bak sini bukti dulu untuk aku acknowlegde kata2 ko wahai Ku Nan oi.

Ketujuh. Denda untuk pemberi derma ialah RM150. Lebih baik bagi duit tue pada kerajaan. Kata Ku Nan.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL.

Faham tak?

KEPALA HOTAK KAU BERJAMBUL.

Tak hingin aku nak bagi kat kerajaan. Aku siap buat kempen boikot jangan bayar zakat kat PPZ lagi. Rujuk sini. Bayar terus pada fakir miskin. Inikan pula buta2 aku nak bagi ko RM150. Dah gila gamaknya menteri kita. Akibat terminummmmmmmmmmmm banyak sangat ye tak?

KAH KAH KAH

Kbai. 

Menteri Beri Amaran Kepada NGO Bantu Gelandangan - Disaman Atau Cepat Berambos Dari KL Sebelum Isnin.

Hish hish hish..

Aku tengok ramai je orang2 bukan islam minum arak. Tapi perangai takde la keji pun. Tatau la aku kalau orang Islam minum arak perangai dia akan keji meji. Takde kaitan dengan Ku Nan. Aku saja je cakap pasal arak tue. Kalau nak terasa pun aku peduli apa.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Warning dari Ku Nan selepas isu derma kepada pemberi dan penerima sedekah.

Lihat ;



Dalam isu Ku Nan menghukum penerima dan pemberi sedekah, yang terbaru Ku Nan tetap bertegas dengan tindakan tersebut. Mereka2 yang masih engkar dan berikan derma kepada golongan gelandangan dan pengemis di sekitar bandaraya KL akan disaman walaupun ditepi2 jalan.

Jika penguatkuasa DBKL nampak, dorang akan saman by hook or by crook.

Suka atau tak suka itu ko boleh pergi mampos.

Imej KL perlu dibersihkan dari golongan gelandangan, pengemis tegar dan juga sampah sarap.

Itu satu.

Point pasal nak selesaikan isu sindiket pula. Memang ada. Tapi kalau nak selesaikan sindiket kenapa ko tak tangkap dalang? Apasal ko hukum peminta dan pemberi sedekah yang menjadi mangsa sindiket? Akai ada ka?

Yang kedua pasal SOUP KITCHEN. Dia macam DAPUR JALANAN juga.



Dapur jalanan mereka datang berkampung tiap2 hari ahad sekitar jalan2 di KL. Bagi makan bukan hanya pada golongan gelandangan aje tau. Pada yang miskin pun ada.

Konsep NGO yang asaskan SOUP KITCHEN neh pun sama. Cuma, dorang ada tapak tempat. Base la orang cakap. Mereka2 ini memang dah bertapak lama dengan membantu homeless tanpa kira bangsa, agama bahkan warganegara sekalipun untuk bagi bantuan makanan. Dan sama macam dapur jalanan, mereka bukan hanya membantu golongan gelandangan bahkan juga pada orang2 miskin. Mereka aktif bergerak untuk mengedarkan makanan di sekitar2 Malaysia juga. Macam buat program JV dengan NGO2 lain dan mengedarkan makanan.

Oke. Sebelum kita maki Ku Nan. Kita lihat dulu apa peranan NGO Soup Kitchen yang si Ku Nan marahkan sangat neh.

Jom.


Sukarelawan menemui salah seorang gelandangan di port biasa dia dan berbincang2 bagi menyelesaikan permasalahan berkaitan tempat tinggal dia. Adakah dia mahu tinggal di rumah kebajikan ataupun tidak. Hasil dari perbincangan tersebut SEORANG GELANDANGAN KINI BUKAN GELANDANGAN LAGI.




Selain dari membantu golongan gelandangan, NGO Soup Kitchen juga aktif memberikan makanan kepada golongan miskin yang ada dalam data maklumat mereka. Baru2 ini pada 30 June mereka sampaikan bantuan makanan kepada pihak2 yang memerlukan.




Owhh rupa2nya KSK juga berperanan membantu mereka2 yang dilanda masalah peribadi. Menemui salah seorang wanita yang stress akibat masalah peribadi dan tidak tahu hendak ke mana.. dibawanya ke anjung singgah agar selamat dari ancaman malam yang gelap gelita. Wanita kan. Maka bahaya yang dihadapinya lain macam la. Khidmat kaunseling juga diberikan untuk wanita tersebut selesaikan masalah peribadi dia.




Untuk meringankan beban orang miskin pula, KSK juga menyediakan bantuan makanan. Owhh bagi bantuan makanan supaya keluarga2 miskin tersebut tidak la sarat lapar memikirkan masalah makanan pula. Sudahla ada masalah kewangan, dengan nak makan lagi. At least berkurangan satu masalah maka berkurangan la beban tue sikit. Nak dijadikan citer, dorang pun tak bantu dengan bagi product2 makanan yang mengarut2 yang tatau dia punya halal, kebersihan dan juga proses pembuatan. Bagi yang branded2 kau. Kalau UMNO yang bagi bantuan dapatlah bantuan product 1 Malaysia. Tah makanan basi dan murah mana tah depa campak ke rakyat? Ehh.. nak marah aku? Sentap? Batal puasa karang macam mana? (sapa yang baca siang la)

KAH KAH KAH



Aktiviti sampingan juga adalah mencari tahu perihal gelandangan. Apa tue? Contohnya. Sukarelawan A nampak gelandangan. A akan isu masalah. Dan siasatan akan dijalankan. Gelandangan akan didekati dan mereka akan dibantu. First, buat jadi kawan dulu. Dah berkawan2, dapat pula kepercayaan dan keyakinan maka barula gelandangan tadinya tue akan memberikan kepercayaan kepada sukarelawan untuk membantu menyelesaikan masalah mereka terutamanya berkaitan tempat tinggal. Rupa2nya feed the homeless bukan setakat feed sahaja. Feed the homeless dalam waktu yang sama stop homeless.



Itu dia. Makcik Fatimah yang uzur juga dibawa ke klinik untuk untuk dirawat akibat kecederaan yang diakibatkan oleh kucing terbiar.

Nampaknya KSK kita neh memainkan macam2 fungsi.

Bagi makan pada gelandangan ada.
Bantu gelandangan dapatkan tempat tinggal pun ada.
Mendekati gelandangan dan selesaikan masalah mereka pun ada.
Bantu orang yang dalam kesusahan dan kekeliruan pun ada.
Bagi bantuan makanan dari rumah ke rumah pun ada.
Sentiasa alert dengan persekitaran dengan mengambiltahu siapa yang susah pun ada.
Bagi bantuan pakaian dan alat alatan pun ada.

Pokoknya, mereka melakukan kerja2 sukarelawan yang tak terhitung banyaknya dan apa yang menteri kita buat dengan KSK ialah HALAU.

Ya. HALAU.

HALAU KELUAR DARI KL SEBELUM ISNIN SEBELUM DIKENAKAN TINDAKAN SAMAN.

Ya. Ini betul2 punya. Bukan cubaan.

Bukan main2. Bukan fitnah. Memang betul. DIHALAU KELUAR DARI KL.

Bila saman sana saman sini maka tak pasal2 DBKL akan gunakan kuasa untuk menyita premis KSK. Jangan main2 dengan tindakan gila dorang tue.

Alasan Ku Nan ;

Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata, tindakan itu diambil sebagai langkah serius kerajaan membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu negara. (point 1)

Beliau berkata, kewujudan NGO yang memberi makanan kepada golongan gelandangan menyebabkan imej Kuala Lumpur terjejas teruk terutama daripada aspek kebersihan.(point 2)

"Mengenai gelandangan ini kita bukan tidak cuba carikan kerja untuk mereka. Bila kita beri mereka kerja mereka tidak mahu kerana adanya NGO yang memudahkan mereka(point 3) mendapatkan makanan. "Imej bandar raya terjejas teruk, bukan saja jalan kotor tetapi ada antara mereka penghidap HIV, penagih dadah," (point 4) katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Tengku Adnan berkata, meskipun tindakan tersebut kelihatan kejam namun ia terpaksa dilakukan untuk mendisplinkan masyarakat.(point 5)

1. Halau NGO KSK sebab nak membersihkan kegiatan gelandangan dan pengemis di ibu kota. KSK juga menjalankan peranan yang sama. Cuma pendekatan yang digunakan ialah berkawan dan mengenali dulu gelandangan2 ini dan kemudiannya dari situ baru la boleh faham apa masalah mereka. Jika kita tak berkawan dan main hantar je depa ke sana ke mari depa cenderung lari semula. Bukan mudah nak kembalikan semangat hidup bagi mereka2 yang memilih jadi gelandangan neh. Sepatutnya DBKL rasa malu. PPZ rasa malu. Sebab tak boleh perform sehebat KSK dan DJ (dapur jalanan).  Dan tengok pendekatan yang dibawakan oleh KSK dan DJ berjaya mendekati golongan gelandangan, tiru la. BODOH NAK MAMPOS. Itupun tak reti nak tiru. Tak reti nak tiru maka JV la. BODOH NAK MAMPOS. Itu pun tak reti nak buat jalinan kerjasama bagi menyelesaikan masalah gelandangan di KL. 

2. Rupa2nya pasal imej KL. Ingatkan sebab simpati mereka jadi gelandangan ka. Simpati sebab gelandangan takde rumah ka. Simpati sebab gelandangan ada masalah ka, takde tempat dituju ka terbuang ka takde ahli keluarga ka sakit ka apa ka rupa2nya pasal IMEJ KL. Babik apa ko neh Ku Nan? Ah babik pula yang aku heret. Maaf babik. I tak sengaja. Ampun. Sorry. Pasal kebersihan lagi senang. Ko upah la lebih ramai kakitangan untuk bersihkan KL. Wujudkan peluang pekerjaan. Tak pun ko wujudkan peluang pekerjaan untuk bersihkan KL kepada golongan gelandangan tue. Ada caranya. Ko nak dengan taknak aje Ku Nan oi.

3. Tahu pula ko NGO2 tue semua wujud untuk membantu gelandangan. Itu sebab aku cakap tadi. Dah tahu gelandangan2 tue lebih mesra dengan NGO2 maka ko la kena belajar cara mereka buat kerja. Dekatkan diri ko dengan NGO2 tue dan sama2 cari solusi yang mana KL bersih dari homeless, masalah kebersihan dapat diselesaikan, gelandangan2 pun dapat dibantu. Ko senang, aku senang, NGO senang dan gelandangan pun senang ahti. Tak boleh ke?

4. Tahu pula nak cakap ada gelandangan yang menghidapi HIV. Ko tahu apa masyarakat fikir pada penghidap2 HIV? Takut ko tahu, takut. So sapa nak bagi kerja pada penghidap2 HIV? Kalau dah takde kerja macam mana nak sewa rumah? Macam mana nak beli makanan. Macam mana nak tanggung kos sara hidup? BANGANG ko neh Ku Nan. BANGANG. Golongan penagih tue kena selesaikan masalah ketagihan dulu. Bukan bagi kerja dulu. Dah selesai elok2 baru la depa boleh kerja elok2. Ini nak selesaikan macam mana. Methadon kan adaaaaaa.....

5. Tahu juga nak cakap yang tindakan ko memang KEJAM. Bagus la kalau ko sedar diri. Lagi bagus kalau ko mengaku juga ko tue BODOH NAK MAMPOS. Getik aku nak bercakap baik2 dengan orang macam ko. SOMBONG NAK MAMPOS. Lagipun. Aku nak mendisplinkan ko Ku Nan oi. 

KAH KAH KAH

Yang sebenarnya. Menteri dan DBKL memang takde ahti perut. Gelandangan2 di KL bersepah disebabkan tiada tindakan khusus dibuat bagi membantu mereka. Yang ada short-term solution. Macam geng2 pusat zakat, hantar makanan dan balik.

Macam yang NGO KSK buat ialah short-term solution and long term solution. Which is very2 effective untuk menjaga imej KL dan bantu golongan gelandangan2 yang bermasalah juga.

Jangan negatif sangat pada sukarelawan2 ini. DBKL dan menteri patut buka mata dan memahami.

Pertama. Ko tahu ada orang miskin yang susah dan hadapi masalah kewangan. So ko bagi bantuan makanan. Sekurang2nya dia tak perlu berat2 fikir masalah mengenai makanan. Kurang satu beban, dia akan fikir bab sewa ke masalah pendidikan anak2 ke.. 

Kedua. Ko tahu ada orang2 gelandangan dan ko bagi bantuan makanan, dekati mereka dan dalam waktu sama ko berkawan dengan mereka. Biar mereka share masalah2 mereka dengan ko. Dan tahu nanti maka barula ko boleh fikirkan macam mana nak bantu mereka. Kalau gelandangan tue ada HIV macam mana nak bantu? Ingat senang masyarakat nak terima pesakit2 HIV? Cakap senang la. Sembang kat blog boleh la. Ada baca blog pakcik yang hidap HIV tue? Baca la. Ini blog dia ==> http://akuhivpositif.blogspot.com/ lagi panjang karangan dia dari aku korang tahu. Kadang2 ada artikel dia yang buat aku menangis baca. Stigma masyarakat mengenai penghidap HIV terlalu kejam, sadis dan bersifat menghukum. Untuk diri aku juga peringatan ini.

Ketiga. Ini la masanya untuk agensi2 kerajaan mendekati NGO2 yang aktif membantu golongan gelandangan. Jalinkan ikatan kerjasama. Tiru cara mereka buat kerja. Bagi dana supaya proses untuk membantu gelandangan dapat dijalankan dengan berkesan. Tanya dorang apakah solusi terbaik yang boleh difikirkan. Ini masa untuk rapatkan saf bagi menyelesaikan masalah. Bukan halau saf2 yang berperanan selesaikan masalah macam ko tue GOOD2 aje. Padahal haram GOOD2 pun. Jangan2 MABOK sampai terlanggar itu ini. Ops. Sorry. Aku tersasar dan tersasau lagi.

Kesimpulannya.

Betul ke syaitan semua dah kena ikat? Aku rasa ada sekor terlepas. Fikir2kanla ye Ku Nan oi.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...