Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 25 Mei 2019

Bailout TRX? Lim Guan Eng Tipu 'Raykat' Kata Najib.

NAJIB RAZAK | Sekali lagi,saya nak tunjuk bagaimana Menteri Kewayangan menipu RAYKAT.
 

 
Dia kata kerajaan PH terpaksa "Bail-out" projek TRX dari 1MDB.

Oleh itu, kerajaan terpaksa salur dana RM2.799 bilion kepada TRX.

Dengan itu juga, kerajaan pula "terpaksa" mendapat balik pulangan lebih dari satu kali ganda sebanyak RM5.69 bilion dari penyaluran dana RM2.799 bilion itu.

Dan kerajaan PH pula "terpaksa" mewarisi satu projek yang mereka katakan "projek strategik nasional" yang mampu memacu ekonomi Malaysia dengan menarik pelabur, mewujudkan peluang pekerjaan serta menjadikan Kuala Lumpur sebagai destinasi global yang lebih berdaya saing.

Adoi. Itu bukan "bail-out"!

Itu pelaburan yang amat menguntungkan dalam projek TRX bernilai RM40 bilion.

Contoh bail-out adalah dana yang kerajaan BN dahulu terpaksa bayar untuk mengambil balik projek LRT1, LRT2, Monorail dan syarikat bas Intrakota masa PM ke-4 dari syarikat swasta kroni yang sudah bankrap, berhutang berbilion kepada bank dan tidak dapat meneruskan perhkhidmatan kepada Rakyat.

Itulah baru dipanggil "Bail-Out."

Menteri Kewayangan ini reti beza antara pelaburan dengan bail-out ke?

(Tajuk berita saya guna versi Bahasa Inggeris kerana ada frasa "bail-out".) - 25 Mei 2019.

Ajak Najib Debat Lepas Tu Tarik Diri, Lim Kit Siang Gali Kubur Sendiri

ARUL | KIT SIANG GALI KUBUR SENDIRI CABAR NAJIB DEBAT

Tindakan Lim Kit Siang menarik diri dari Debat dengan Najib sebenarnya adalah tindakan terbaik walaupun dalam pra-debat, Najib Berjaya KO Lim Kit Siang sehingga Kit Siang terpaksa manarik diri dan memberikan alasan yang panjang lebar mengapa beliau tarik diri.


Untuk orang biasa, tindakan Lim Kit Siang yang pada awalnya terima cabaran Najib seperti Harimau dan kemudian berundur seperti kucing hanya akan dilihat sebagai satu kekalahan.

Memang dari awalnya, Kit Siang mempunyai kecenderungan untuk fokus serangan demi serangan keatas Najib. Najib pula berjaya memperlekehkan dan meremehkan tindakan Kit Siang sebagai seorang yang terlalu obses dengan beliau. Kenyataan Najib ini bukan sahaja mendapat sokongan dari penyokongnya tetapi ramai dikalangan penyokong PH sendiri berpendirian sama.

Sebenarnya tindakan Kit Siang yang meletakkan tajuk debat sebagai “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” adalah syarat yang memang berat sebelah dan beliau menjangkakan Najib akan tidak setuju dan tarik diri. Namun demikian disebabkan Najib tidak ada apa-apa untuk kalah atau tidak ada apa-apa untuk malu (Malu Apa Bossku), maka beliau setuju dengan tajuk tersebut. Maka Kit Siang terperangkap dengan permainan yang biasanya beliau amat yakin. Kit Siang adalah seorang gergasi politik tanahair dan beliau mempunyai segala kebijaksanaan. Namun dalam episod ini, beliau tersalah kira kerana beliau lupa Najib hari ini bukan lagi PM yang ada kuasa. Najib hari ini adalah umpama seekor haiwan yang terjerat dan akan menggunakan apa-apa sahaja untuk untuk keluar dari belenggu.

Saya amat menghormati stamina dan kegigihan veteran DAP Lim Kit Siang. Namun demikian, saya berpendapat rakyat sudah muak dengan tindakan beliau yang terus memfokus serangan keatas Najib. Najib sudah kalah dalam pilihanraya dan beliau juga telah disabitkan dalam banyak isu jenayah di mahkamah. Setiap hari Najib turun naik mahkamah. Menghentam seorang musuh politik yang sudah kalah dan hilang kuasa secara berterusan hanya akan back-fire . Serangan Kit Siang bagi saya terhadap Najib sudah tepu dan tidak ada kesan lagi.

Saya rasa Veteran politik ini akan lebih mendapat pujian jika beliau menggunakan masa-masa terakhir dalam kerjaya Politik beliau untuk memantau dan menegur Pakatan Harapan(PH) terutamanya Tun Mahathir. Sebagai seorang berpengalaman, saya rasa hanya beliau sahaja mampu menegur Tun memandangkan kita nampak dengan jelas, tidak ada pemimpin PH yang lain yang berani menegur Tun. Kita lihat Anwar Ibrahim terpaksa amat berhati-hati untuk menegur Tun Mahathir kerana beliau kena tunggu giliran menjadi PM dengan sabar dan tidak tersalah langkah. Pemimpim-pemimpin lain dalam PH adalah terlalu junior untuk tegur Tun. Kita lihat seperti ada satu kekosongan dimana Menteri-menteri lain terlalu menjaga hati atau tak tahu bagaimana nak tegur Tun. Jika Karpal Singh masih hidup, ramai menjangkakan beliau akan memainkan peranan secara berprinsip dan tegas jika PH membuat sesuatu yang salah. Ramai dalam DAP hari ini rindukan karpal dan peranannya.

Lim Kit Siang tidak harus membuang masa melawan Najib. Tindakan beliau terus melawan Najib yang tak berkuasa hanya akan memberikan publisiti murahan kepada Najib Tun Razak. Lim Kit Siang harus berganjak merintis jalan memimpin Malaysia baru ke landasan baru dan tidak terjerumus dalam politik lama.

Bila Lagi Nak Umum Dividen LTAT, Raya Dah Dekat Ni Soal Najib..

NAJIB RAZAK | Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) biasanya mengumunkan dividen mereka pada awal tahun.

Untuk tahun 2017 di bawah BN, LTAT mengumumkan dividen 12.5%.

Walaupun Mat Sabu pernah berjanji untuk umumkan dividen 2018 LTAT pada bulan Februari lalu, ia masih tidak dibuat dan telah ditunda sehingga pertengahan tahun.

 
Kini sudah nak masuk bulan Jun tapi masih tidak ada berita walaupun Hari Raya sudah nak sampai.

Pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings.

LTAT banyak bergantung kepada prestasi Boustead serta anak-anak syarikat mereka seperti Boustead Plantations dan Boustead Heavy Industries.

Boustead yang tidak pernah rugi dalam masa saya PM tiba-tiba melaporkan kerugian teruk tahun lepas setelah pengerusi serta barisan pengurusan Boustead ditukar oleh PH.

Tahun 2017, Boustead untung RM876 juta.

Tahun 2018 di bawah PH pula, Boustead rugi RM488 juta.

Bukan itu sahaja.

Semalam, kedua anak-anak syarikat utama Boustead iaitu Boustead Plentations dan Boustead Heavy Industries juga telah mengumumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019. - iaitu kerugian berterusan untuk 4 suku berturut-turut.

Pada suku pertama 2018 di bawah BN, dua syarikat ini masih mencatat keuntungan.

Hampir pasti bahawa Boustead Holdings juga akan umumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019.

Oleh itu, Boustead kini dalam proses penjualan aset secara besar-besaran.

Mereka sudah jual hotel Royale Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura (terus dijual walaupun Mat Sabu pernah beberapa kali menafikan).

Boustead juga merupakan pemaju untuk projek The Curve dan Mutiara Damansara serta pusat membeli-belah MyTOWN di Jalan Cochrane.

Saya diberitahu Boustead sedang menjual tanah-tanah mereka bersebelahan The Curve dan MyTOWN yang bernilai ratusan juta Ringgit.

Sebelum ini, Boustead akan memajukan tanah-tanah tetapi kini dijual begitu sahaja sebagai tanah lapang.

Oleh itu, harga saham Boustead Holdings sudah jatuh lebih dari 60% sejak PRU14.

Memandang ini, kebimbangan saya bukan sahaja untuk dividen LTAT tahun 2018 yang sudah lambat tetapi untuk tahun 2019 juga.

Mat Sabu turut bimbang atau tidak ataupun masih sibuk kunjung-mengunjung kehormat sesama menteri-menteri PH. - 25 Mei 2019.

Harga Sawit Rendah, Hutang Masih Ada, Duit Raya Tak Dapat, Generasi FELDA Tak Mahu Sokong PH Lagi.

SINAR HARIAN | Pertubuhan Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) menegaskan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa peneroka Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) tidak akan mengundi PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sekiranya kerajaan gagal menangani isu yang melanda Felda ketika ini.
 

 
Presidennya, Roslan Md Esa berkata, apa yang dilakukan oleh kerajaan PH pada hari ini telah meletakkan peneroka Felda dalam keadaan tiada pilihan melainkan terpaksa bergantung kepada anak-anak serta sanak saudara bagi membantu meringankan kos sara hidup serta belanja persiapan hari raya.

“Generasi serta peneroka-peneroka Felda yang lain masih menunggu janji manifesto kerajaan PH di mana hutang peneroka dihapuskan, penyata hutang mereka dapat dilihat dengan jelas, dan harga komoditi sawit lebih baik. Namun apa yang berlaku ialah sebaliknya.

“Saya yakin dan percaya jika kerajaan gagal menangani isu ini maka tiada lagi undi bagi PH dalam PRU15 akan datang khususnya dari warga Felda melainkan hanya mereka yang ada kepentingan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Dalam pada itu, Roslan berkata, pihaknya juga kecewa apabila kerajaan mengumumkan tiada pemberian duit raya buat masa ini kepada peneroka Felda.

“Generasi sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) ahli gabungan dalam Gerakan Pembela Ummah (Ummah) serta kebanyakan peneroka Felda pada hari ini menzahirkan rasa kecewa dengan pengumuman kerajaan yang tidak berhasrat memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka dengan alasan kedudukan kewangan negara kurang memberangsangkan.

“Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengundang seribu satu perasaan resah buat 112,635 peneroka yang sering mendapat manfaat dari kerajaan sebelum ini,”
katanya.

Ini Cerita Penganiayaan PKNP Terhadap 250 Kakitangan Lumut Port.

MANJUNGNEWS | Penganiayaan Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) terhadap lebih 250 warga Lumut Maritime Terminal Sdn Bhd (LUMUT PORT)

Ceritanya bermula penghujung 2017 apabila Ahli Lembaga Pengarah LUMUT PORT berbincang dan membuat ketetapan terhadap KPI bagi 2018. Begitu juga sekiranya LUMUT PORT berjaya mencapai target keuntungan sekian jumlah, semua pekerja LUMUT PORT akan meraih sejumlah bonus yang dipersetujui mengikut performa kerja yang mana pada tahun 2017 bayaran purata hampir 4 bulan gaji. Hasil kerja kuat semua warga LUMUT PORT bermula awal tahun 2018, 365 hari, 24jam sehari beroperasi berhujan berpanas berdebu berselut sehingga penghujung tahun 2018, LUMUT PORT berjaya membuat keuntungan melebihi target yang ditetapkan dan perkara itu diumumkan kepada semua warga LUMUT PORT dengan bangganya oleh pengurusan syarikat. Pada waktu itu jelas terpancar kegembiraan diwajah setiap kakitangan memancarkan kepuasan atas usaha mereka tidak kira berjawatan tinggi mahupun hanya pengawal keselamatan atau tukang cuci, masing-masing ada peranan ke atas pencapaian itu, tapi malangnya kegembiraan tidak lama.

Selepas berakhirnya PRU14 dan Perak mendapat Menteri Besar Baru iaitu Ahmad Faizal Dato' Azumu Peja Azumu, antara yang dibuat beliau adalah menukar CEO syarikat berkaitan kerajaan (GLC). Antara yang bertukar adalah CEO Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP). Faizal Azumu telah melantik Ketua Parti Pribumi BERSATU Malaysia (PPBM) Bahagian Ipoh Barat, Mohd Ariff Yeop Ishak sebagai CEO bagi menerajui PKNP dibantu oleh Shafie kawan sekampung MB sebagai COO. Untuk makluman, PKNP merupakan pemegang saham terbesar dalam LUMUT PORT.


Kemasukkan Mohd Arif Yeop Ishak yang sepatutnya memberi kegembiraan warga LUMUT PORT menjadi sebaliknya. Bonus yang direncanakan 4 bulan gaji yang sepatutnya dinikmati oleh warga LUMUT PORT sebelum Ramadhan dikurangkan kepada hanya separuh oleh insan yang tak berhati perut CEO PKNP bernama Mohd Arif Yeop Ishak dan COO ego Shafie dengan alasan LUMUT PORT hendak disenaraikan di Bursa Saham. Itu cuma sekadar alasan, hakikatnya keuntungan yang dijana LUMUT PORT sedang dirakus sedikit demi sedikit antaranya CEO PKNP dengan sewenangnya meminta RM 500 ribu dari LUMUT PORT untuk diberi kepada penganjur Kejohanan Golf Amal Piala Menteri Besar Perak yang mana kejohanan tersebut takde kaitan langsung dengan LUMUT PORT. Bukan itu sahaja, LUMUT PORT juga diminta membeli lembu untuk diberikan kepada Menteri Besat Perak pada Raya Korban 2018. LUMUT PORT yang jadi korban.

Mungkin mereka ini sewenangnya menggunakan LUMUT PORT sebagai sumber kepentingan politik mereka dengan tidak mempedulikan nasib warga LUMUT PORT? Bantuan Kewangan Khas berjumlah RM1000 yang sepatutnya dibayar pada hujung 2018 kepada setiap warga LUMUT PORT yang dah berjalan bertahun sejak dari dulu lagi dinafikan dan dihentikan serta merta oleh CEO dan COO PKNP yang tak berapa kompeten.

Sampai bila nasib warga LUMUT PORT akan diperjudikan demi CEO dan COO yang rakus? Sampai bila perkara ini akan terus berlaku? Harap Menteri Besar Perak dapat ambil perhatian yang serius terhadap perkara ni. Jangan sampai syarikat yang menjana keuntungan boleh dibanggakan ini merundum jatuh pencapaiannya seperti kebanyakkan anak-anak syarikat PKNP/PCB.

Jumaat, 24 Mei 2019

Huawei Pun Tak Letak Syarat Mandarin Speaker Only Bila Iklan Jawatan Kosong..

Khairul Azri | Hua ada dua maknanya,

1. "indah" ataupun "cantik" (secara literal "kecantikan bunga") 

 2. "China"

Manakala, Wei pula boleh bermaksud

1."Tindakan" 

2. "pencapaian ataupun kecemerlangan"

Maka bila digabungkan perkataan Hua Wei ianya akan jadi,

"Benda Bagus/Cantik" atau "Kecemerlangan/Pencapaian China".



Jadi bila sebuah syarikat MNC gergasi dari China yang juga secara literalnya guna nama yang bermaksud "Kecemerlangan/Pencapaian China" macam Huawei pun tak letak syarat "Mandarin Speaker Only" dalam iklan-iklan jawatan kosong di syarikat mereka, 

Maka usah poyolah bila orang persoalkan,

- Kerja cashier dekat syarikat kau, Mandarin Speaker Only
- Kerja kerani stor dekat gudang kau, Mandarin Speaker Only
- Kerja admin dekat syarikat kau yang jual penapis air dari Korea pulak tu, pun ada Mandarin Speaker Only. apekejadah.

Kononnya untuk business requirementlah, kepentingan business lah bagai. Pfft.

Sebab tu, den setuju dengan apa Mohamad Jamalee kata semalam,

Syarat "Mandarin Speaker Only" ni sebenarnya lebih menunjukkan keangkuhan daripada keperluan ataupun kepentingan perniagaan.

Sebebnya kalau pun benar syarat tersebut adalah diperlukan untuk business requirement, tak perlu pun nak letakkan syarat tersebut secara literal di dalam iklan-iklan perkerjaan. 

Boleh saja dibuat pilihan secara dibelakang tabir sebab pada akhirnya HR yang akan dapat resume. Dari resume boleh buat pilihan siapa yang syarikat nak, Cantonese Speaker Only ke, Hokkien Speaker Only ke, Mandarin Speaker Only ke, suka hati dia orang lah.

Betul tak?

Lari Debat, Najib Kecewa Dengan Perangai Lim Kit Siang.

NAJIB RAZAK | Saya dah bersedia. Anda bila?

Ini debat. Bukan gusti. Kenapa nak lari?

Saya amat kecewa bahawa Kit Siang menggunakan "race card" atau alasan sentimen perkauman Melayu lawan Cina untuk mengelak dari berdebat.

Kenapa DAP sering mainkan isu perkauman? 



Adakah ini satu pengakuan dari Kit Siang bahawa DAP adalah parti Cina?

Ini debat antara dua ahli parlimen. Tak ada kena-mengena dengan isu perkauman.

Jika ikut logik Kit Siang, tidakkah ianya juga isu perkauman apabila Kit Siang mengeluarkan kenyataan akhbar setiap hari untuk menyerang saya?

Ratusan kenyataan akhbar dikeluarkan MenHEN untuk serang saya. 

Tak isu perkauman ke? Tak Cina lawan Melayu ke?

Kit Siang patut mengaku bahawa sebab utama Kit Siang tidak mahu berdepat ialah dia tahu dia tidak mampu untuk menjawab fakta-fakta yang saya akan dedahkan dalam debat itu.

Kerana ianya akan sekali lagi membongkarkan Kit Siang dan kerajaan PH sebagai satu kerajaan pembohong.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa wang yang disebut RM2.6 bilion itu sudahpun dipulangkan selepas 4 bulan berikutan PRU13.Ianya tidak disimpan oleh saya.

Dan ini sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas.

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa terdapat banyak bayaran kepada saya adalah dari Kementerian Kewangan Arab Saudi sedangkan ianya juga sudah didedahkan dalam mahkamah bulan lepas. 

Saya akan tanya, adakah Kit Siang mengaku bahawa perjanjian penyelesaian IPIC dengan 1MDB ada klausa untuk IPIC membayar balik kepada 1MDB wang yang dikatakan hilang sebelum 30 Disember 2020 dan kenapa kerajaan PH tak meneruskan perjanjian ini. 

Kit Siang juga akan ditanya kenapa kerajaan PH tak mahu dedahkan perjanjian itu untuk membuktikan saya membohong?

Saya akan tanya kenapa skandal forex BNM RM33.2 bilion (bernilai RM100 bilion dalam nilai wang hari ini) tidak membankrapkan negara walaupun satu aset atau satu Ringgit tidak dapat dipulangkan tetapi pinjaman RM31 bilion 1MDB pula boleh membankrapkan negara walaupun 1MDB ada perjanjian penyelesaian, ada aset-aset bernilai RM140 bilion dan RM40 bilion yang kini digelar oleh PH sebagai aset terbaik negara.

Saya juga akan tanya jika Tony Pua telah berbohong bahawa kos projek ECRL hanya RM29 bilion sedangkan PH telah bersetuju dengan harga RM44 bilion. Itupun selepas jajaran telah ditukar, jumlah jarak dan stesen telah dikurangkan untuk banyak mengurangkan kos sehingga ECRL tidak lagi sampai ke Kuala Lumpur.

Saya akan tanya Kit Siang jika ini adalah bukti bahawa PH sedang songlap RM15 bilion jika logik dan tuduhan Tony Pua adalah betul.

Saya akan tanya kenapa ekonomi kerajaan BN semasa saya PM yang dia gelar kleptrokat boleh membangunkan negara dengan begitu pesat sehingga pasaran saham capai tahap tertinggi dalam sejarah sebelum PRU14 dan adakah ianya malu bahawa pasaran saham di bawah PH diberi gelaran paling corot dalam dunia.

Saya juga akan tanya kenapa Kit Siang yang dia mengaku diri sebagai berintegriti tidak rasa bersalah apabila kes rasuah anak dia yang sudah berlangsung dalam mahkamah digugurkan begitu sahaja sehingga pihak SPRM mengeluarkan kenyeataan rasmi bahawa mereka terkejut.

Dan saya akan tanya Kit Siang kenapa tidak ada kes rasuah terhadap anak atau pemimpin-pemimpin DAP sedangkan kertas siasatan SPRM tentang terowong yang terbongkar telahpun disahkan sebagai sahih oleh Menteri di dalam Dewan Rakyat.

Saya juga akan tanya Kit Siang kenapa data BNM menunjukkan hutang negara sudah meningkat dengan kadar jauh lebih pantas di bawah kerajaan PH dan telah mencapai RM785.4 bilion hari ini berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017 dan kenapa anak dia berbohong bahawa hutang sudah menurun.

Banyak lagi yang saya ingin tanya kepada Kit Siang.

Dan saya akan tunggu Kit Siang menjawab.

Tapi dia sudah lari.

Walaubagaimanapun, saya tidak akan menggelar Kit Siang sebagai pengecut.

Saya hanya akan menggelar beliau sebagai seorang penipu bersiri dan seorang yang tak jujur.

Lagi satu. 

Selepas Kit Siang lari diri seperti ini, dia tidak ada hak lagi untuk mengeluarkan apa-apa kenyataan untuk menyerang saya. - 24 Mei 2019.

Khamis, 23 Mei 2019

MP Persoalkan Tindakan Kerajaan Diskriminasikan Projek Pembangunan Jalan Di Kawasan Pembangkang..

Wee Ka Siong | Saya baru saja menerima jawapan kepada pertanyaan bertulis mengenai projek pembahagi jalan / median bagi FT050, Jalan Batu Pahat- Ayer Hitam - Kluang dan juga projek menaiktaraf FT01 Jalan Ayer Hitam - Chaah, daripada Parlimen Malaysia.



Apa yang menyedihkan ialah jawapan Menteri Kerja Raya itu dilihat tidak membuat sebarang komitmen terhadap FT050. Cuma tunggu, tunggu dan tunggu kelulusan Menteri Kewangan serta Menteri Hal Ehwal Ekonomi.

Saya masih ingat diantara 10 janji PH kepada warga Parlimen Ayer Hitam yang dibuat oleh Liew Chin Tong jika PH berjaya menawan Putrajaya suatu ketika dahulu ialah untuk membina median Jalan FT050 serta-merta. Sekarang jawatan Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan Menteri Kewangan masing-masing dipegang oleh PH iaitu Azmin Ali & Lim Guan Eng. Jadi kenapa janji Chin Tong tidak dilaksanakan? Kelentong lagi ke?

Bagi FT01 pula, Menteri Kerja Raya berpendapat Taraf Perkhidmatan Jalan tersebut (Level of Service, LOS) pada tahap C bermaksud belum sesak, maka ianya tidak perlu dinaiktaraf.

Nampaknya Menteri ini tidak faham konsep LOS. Ini tiada kena mengena dengan kesesakan jalan. Masalah utama FT01 ialah jalan asal tidak dilebarkan dengan sempurna dan permukaan jalan tidak rata, bahu jalan terlalu sempit dan tidak mempunyai ciri-ciri keselamatan.

YB Baru Bian, sepanjang FT01 dari Gemas hingga ke Ayer Hitam sudah pun dinaiktaraf kecuali “stretch” dari Chaah ke Ayer Hitam. Sila berlaku adil kepada warga parlimen Ayer Hitam. Bagi “stretch jalan” yang telah atau sedang dinaiktaraf, LOSnya juga sekitar C, jadi apa justifikasi untuk mewujudkan “missing link” yang tidak dinaiktaraf hanya di kawasan Parlimen saya?.

Pelabur Luar Bosan Dan Hilang Percaya Pada Pakatan Harapan..

KHAIRY JAMALUDDIN | Keadaan Ekonomi Negara

Selepas memberikan gelaran ‘sore loser’ serta ‘world's worst major stock market’ kepada Malaysia, Bloomberg sekali lagi telah mengeluarkan laporan tentang kedudukan kewangan dan ekonomi Malaysia. Laporan kali ini adalah tentang bagaimana pelabur luar negara telah berasa bosan dan semakin hilang kepercayaan kepada pasaran pelaburan Malaysia.


Sememangnya apa yang dinyatakan Bloomberg ini ada asasnya. Pasaran saham Malaysia berterusan mencatatkan aliran keluar dana untuk tempoh setahun yang lalu, Ringgit Malaysia juga dalam trend menurun, jumlah defisit dan hutang negara masih terus meningkat. Kenyataan “BN turun, Ringgit naik” msih belum menjadi realiti, tetapi sebaliknya pula yang berlaku.

Bagi tempoh Januari 2019 sehingga ke hari ini, jumlah aliran keluar bersih dana pelaburan asing sudah melebihi RM2.5 bilion. Jika sebelum PRU-14, indeks Bursa Malaysia berada pada paras 1,846 mata, kini ianya telah menurun kepada hanya 1,599 mata. Pada tahun 2019 ini sahaja, indeks Bursa Malaysia telah menurun sebanyak 5%.

Dan seringkali juga alasan yang sama terus digunakan kerajaan dalam memberikan justifikasi kepada perkara ini; pertamanya adalah kerana faktor global dan keduanya iaitu yang paling popular “ini semua salah kerajaan terdahulu”.

Memang diakui faktor luaran seperti perang dagang antara Amerika Syarikat dan China turut memberi kesan kepada keadaan ekonomi dan kewangan negara. Tetapi untuk menyatakan perang dagang semata-mata sebagai punca kejatuhan Ringgit adalah tidak betul. Menyalahkan Presiden Trump seperti mana yang dilakukan Perdana Menteri baru-baru ini juga kurang tepat.

Sebagai contoh, melihatkan prestasi Ringgit berbanding matawang utama negara ASEAN yang lain, Ringgit telah susut sebanyak 5.25% pada hari ini jika dibandingkan pada Mei 2018. Angka ini adalah jauh lebih buruk buruk jika dibandingkan dengan Rupiah Indonesia (-3.18%) dan Dollar Singapura (-2.35%). Malahan matawang Baht Thailand dan Peso Filipina pada hari ini adalah lebih tinggi berbanding Mei tahun lalu.

Apa yang terjadi pada hari ini bukanlah kerana kejutan pasaran yang bersifat sementara, sebaliknya telah berlarutan selama satu tahun. Kerajaan hari ini dilihat gagal menyediakan penampan yang kukuh untuk mengembalikan kepercayaan kepada pelabur. Pelan jangka masa panjang ekonomi untuk negara juga masih lagi samar. Kedua-dua ini sekaligus menyebabkan pelabur tidak melihat masa depan yang menarik untuk membuat pelaburan di Malaysia.

Perkara ini tidak boleh lagi dilihat dari sudut pandang politik. Apa yang terjadi terhadap kedudukan Ringgit, pasaran saham serta keyakinan pelabur pada hari ini memerlukan tindakan kritikal daripada pihak kerajaan. Naratif “ini semua salah BN” mungkin boleh memenangi undi, tetapi ini bukan perkara yang hendak didengari oleh pelabur, lagi pun pilihan raya masih lambat lagi. Sudah tiba masa kerajaan tetapkan hala tuju yang jelas terhadap masa depan negara.

MAZA Minta Maaf Siar Gambar Suspek Dalang Bakar Kereta Bersama Presiden PAS.

SOSMED | Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai MAZA meminta maaf secara terbuka mewakili pentadbir halaman Facebook rasminya kerana menyiarkan dua gambar dipercayai suspek yang menjadi dalang dalam kejadian membakar kereta rasmi Mufti Perlis. 


Suspek itu dikatakan telah direman selama empat hari oleh pihak polis bagi membantu siasatan.


Ini susulan dari keterangan penganggur yang ditahan terlebih dahulu oleh pihak polis sebelumnya yang mengatakan beliau telah ditawarkan upah sebanyak RM5,000 oleh dalang untuk menyimbah muka Asri dengan asid namun hanya bersetuju untuk membakar kereta Asri. Penganggur berusia 36 tahun itu juga mendakwa telah ditipu apabila hanya menerima bayaran sebanyak RM500 selepas membakar kereta Asri.



Asri dalam kenyataan di Facebook menyeru agar semua pihak memberikan ruang kepada pihak polis untuk melakukan siasatan.


Gambar-gambar yang disiarkan oleh pentadbir halamannya semalam dipadamkan kerana memberikan persepsi yang tidak baik kepada Presiden PAS.


Asri juga berpendapat tak mungkin Presiden PAS akan menyeru kepada perbuatan keganasan.
 

"Kewujudan seseorang dalam sesuatu gambar tidak menunjukkan beliau bersetuju dengan tindakan orang lain dalam gambar itu. Apatahlagi di zaman ini yang manusia kegilaan bergambar terutama bersama tokoh dan individu yang ternama. Namun, jika tindakan seseorang itu terbukti berasaskan cadangan atau hasutan seseorang tokoh, maka barulah tokoh itu bolehlah dikaitkan.

Untuk itu status ADMIN page ini sebelum ini yang meletakkan dua gambar suspek yang dikaitkan dengan jenayah membakar kereta saya dan cubaan menyimbah asid hendaklah dinilai dalam konteks ini. Gambar mereka berdua kelihatan bersama YB Presiden PAS. Gambar itu walaupun bersumber dari media sosial suspek sendiri, boleh memberi tafsiran yang negatif kepada pihak lain. Ia sesuatu yang tidak sepatutnya.

Walaupun banyak laporan yang saya dengar dalam kes ini, secara langsung dan tidak langsung, saya merasakan kita wajar menunggu kenyataan PDRM. Ini kerana di sana ada lagi kes lain yang sedang disiasat.

Untuk itu saya mewakili page ini memohon maaf jika ada persepsi yang salah diberikan sebelum laporan PDRM dikeluarkan berkaitan isu ini. Kita hendaklah menunggu kenyataan rasmi PDRM.

Secara peribadi, saya percaya YB Presiden PAS dengan kedudukan beliau, tidak mungkin memberikan arahan jahat seperti itu. Pihak lain mungkin patut disiasat termasuk unit amal berkenaan,"
katanya. - 23 Mei 2019.

Rabu, 22 Mei 2019

Admin Page Dr.Maza Tidak Berakhlak Kata Ahli Parlimen PAS.

Ahmad Fadhli Shaari | Admin Page DrMaza.com Tidak Berakhlak

Saya membaca satu hantaran di dalam satu laman Facebook DrMaza.comyang memuatkan berita bahawa suspek di dalam kes bakar kereta mufti Perlis sedang ditahan reman oleh pihak polis sekarang ini. Menurut tulisan yang diletakkan nota [admin] itu kedua-dua suspek yang ditahan mempunyai jawatan dan kedudukan di dalam Jabatan Amal dan organisasi politik yang sudah tentu merujuk kepada PAS. Disertakan juga gambar yang menunjukkan suspek yang ditahan bersama-sama dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

 

 
Saya berpandangan bahawa tulisan di dalam laman yang dimiliki oleh mufti Perlis ini sangat-sangat tidak bertanggungjawab dan hanya ditulis oleh seorang yang tidak berakhlak. Bagaimana penulis ini boleh mengaitkan suspek yang ditahan dengan organisasi politik PAS sedangkan siasatan masih dijalankan oleh pihak polis?

Saya sebagaimana pemimpin PAS yang lain sangat bersimpati dengan insiden yang menimpa mufti Perlis. Bahkan Pesuruhjaya PAS negeri Perlis telah mengeluarkan kenyataan mengutuk keganasan yang dilakukan ini dalam satu kenyataan pada 22 Mac 2019 yang lepas. Bagaimana mungkin perbuatan ini dikaitkan dengan sikap rasmi PAS yang tidak pernah membenarkan mana-mana ahlinya melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang.

 

 
PAS telah lama berkecimpung di dalam politik pilihanraya. Menang kalah yang silih berganti tidak pernah menjadikan PAS sebagai sebuah parti pengganas. Jika pandangan mufti Perlis yang berbeza dengan PAS dibandingkan dengan pelbagai tekanan yang dihadapi oleh PAS selama ini di peringkat nasional, boleh dikatakan isu mufti Perlis ini sangat kecil.

Mengaitkan PAS dengan perbuatan seperti ini adalah merupakan suatu tindakan yang sungguh tidak bertanggungjawab dan sayangnya ia ditulis dengan bersandarkan kepada sebuah laman sosial yang dimiliki oleh mufti Perlis.

Saya berbaik sangka bahawa mufti Perlis tidak merestui tulisan ini, namun membiarkan penulis seperti ini mempunyai akses ke atas laman tersebut boleh membayangkan bahawa ia mewakili mufti Perlis secara tidak langsung.

Pada saya admin ini sungguh tidak berakhlak. Tunggulah siasatan polis selesai terlebih dahulu. Jikapun benar ahli parti melakukan perbuatan tersebut, adakah tindakan seorang dua ahli itu membayangkan pendirian rasmi parti? Jika demikian bolehkah dikatakan tidak berakhlaknya admin laman ini membayangkan tidak berakhlaknya tuan punya laman tersebut? - 22 Mei 2019.

Anggota Unit Amal Dalang Bakar Kereta Mufti Perlis, PAS Minta Jangan Buat Andaian Melulu.

UTUSAN ONLINE | Pas negeri meminta orang ramai tidak membuat andaian melulu mengenai penahanan Pengarah Jabatan Amal negeri yang didakwa terlibat dalam kes bakar kereta Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin, pada Mac lalu.
 
Gambar : Suara Rakyat
Pesuruhjaya Pas negeri, Mohd. Shukri Ramli berkata, pihaknya menyerahkan kepada pihak polis menjalankan siasatan lanjut berhubung perkara tersebut.

Dalam masa sama, beliau juga menafikan bahawa Pas terlibat dan menyokong dengan perbuatan berkenaan.

“Biar polis jalankan siasatan dan jangan kita membuat andaian melulu,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Pengarah Jabatan Amal negeri dan seorang lagi anggota jabatan berkenaan direman selama empat hari bagi membantu siasatan kes bakar kereta Mohd. Asri.

Sebelum ini, polis menahan seorang lelaki yang disyaki bertanggungjawab membakar kereta Mohd. Asri di sebuah rumah di Kampung Jelempok, Arau dekat sini.

Ketika mengesahkan perkara itu, Ketua Polis negeri, Datuk Noor Mushar Mohd. berkata, hasil siasatan awal mendapati lelaki berkenaan mengaku terlibat membakar kereta Mohd. Asri bersama seorang lagi lelaki setelah diupah dengan bayaran RM500.

Katanya, sehubungan itu, polis memburu suspek tersebut dikenali sebagai Mee Tomoi dan individu yang mengupah kedua-dua mereka. - 22 Mei 2019.

Kaitkan Dengan Insiden Bakar Kereta Mufti, Unit Amal Mungkin Dianiaya Pihak Tertentu, Ada Orang Dengki Kata Ketua Pengarah.

SEMASA | Ketua Pengarah Jabatan Unit Amal PAS, Mohd Nazree Mohd Aris mengesahkan dakwaan beberapa anggotanya telah direman polis bagi membantu siasatan dalam kes membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis, Dr. Asri Zainal Abidin pada 22 Mac 2019 yang lalu.



Sebelum ini sosmed mendedahkan seorang anggota unit amal dianggap sebagai dalang yang mengupah beberapa individu bagi menyimbah asid ke muka Dr. Asri. 

Bagaimanapun kumpulan itu enggan  melakukan perbuatan itu sebaliknya hanya bersetuju untuk membakar kereta rasmi milik Mufti Perlis itu dengan upah RM5,000 namun hanya dibayar RM500 sahaja.

Dakwaan yang tersebar itu dipercayai merujuk kepada hasil siasatan polis terhadap suspek yang ditahan. Suspek itu dikatakan seorang penganggur dan menghisap dadah.

Hal itu kemudiannya mengundang perasaan marah ahli PAS lalu mereka membuat laporan polis beramai-ramai supaya pihak yang membocorkan maklumat siasatan kepada orang awam dapat disiasat.

Namun selepas tiga hari, Jabatan Unit Amal mengesahkan anggotanya ditahan namun menjelaskan;

👉 Suspek utama yang dicari merupakan seorang penganggur, ada rekod jenayah lampau, menghisap dadah dan bukannya ahli PAS. Malahan tidak dikenali oleh unit amal.
 
👉 Hairan kenapa polis menahan 3 anggotanya

👉 Kemungkinan besar Unit Amal sedang dianiaya oleh pihak tertentu

👉 Tiada sebarang pertuduhan dikenakan, anggota unit amal hanya membantu siasatan

👉 Peguam PAS juga sedang mempertimbangkan tindakan selanjutnya ke atas Dr. Maza yang membuat hantaran mengaitkan unit amal dengan kejadian membakar kereta itu.

👉 "Ini semua satu tindakan yang sengaja dilakukan pihak tertentu untuk memalukan kami atas kredibiliti kami yang cemerlang sebelum ini.

"Kami membantu semua pihak dan atas sikap dengki itu maka ada usaha untuk memburukkan nama kami, burukkan nama parti.

"Kami selama ini membantu semua pihak, tak kira PH atau BN, juga semua bangsa dan agama yang ada di negara ini, semua kami tolong,"
katanya lagi. - 22 Mei 2019.

Ahli Parlimen Mula Menyesal Tinggal UMNO Lompat PPBM Kerana Diabaikan..

SHAHBUDIN HUSIN | Rasanya sudah lama kita tidak mendengar khabar berita mengenai beberapa bekas pemimpin UMNO yang telah bertindak melompat menyertai Bersatu sebaik BN kalah dalam PRU14 lalu.



Bagaimana keadaan mereka agaknya – makin gembira atau semakin berduka?

Adakah mereka diberi sebarang kedudukan dan peranan dalam Bersatu?

Baru-baru ini saya kebetulan terjumpa dengan seorang bekas Ahli Parlimen UMNO yang tidak dicalonkan dalam PRU14 lalu, kemudian berbual-bual seketika dengannya.

Dalam perbualan itu, antara isu yang turut disentuh ialah berkenaan kedudukan bekas pemimpin-pemimpin yang telah meninggalkan perjuangan UMNO untuk menyertai Bersatu.

Kata bekas Ahli Parlimen itu, meskipun tidak dinafikan ada di antara mereka yang menyertai Bersatu itu kerana ada masalah masing-masing, tetapi katanya, beberapa daripada mereka nampaknya sudah mula menyesal meninggalkan UMNO.

Mereka, tambah beliau, bukan saja rasa terabai kerana tidak diberi apa-apa peranan dalam kerajaan, malah tidak dipedulikan oleh Bersatu di kawasan di mana mereka menjadi Ahli Parlimen.

“Dengan UMNO sudah tentu mereka dijauhi, tetapi dalam Bersatu pun tidak diterima sama,” kata bekas Ahli Parlimen itu lagi.

Lebih perit, katanya, ada antara mereka tidak menyangka UMNO yang mereka tinggalkan menjadi semakin diyakini rakyat, walaupun parti itu sudah tidak mempunyai apa-apa kuasa lagi.

Dalam keadaan ini, jelas bekas Ahli Parlimen itu lagi, bukan saja Ahli-Ahli Parlimen itu yakin mereka tidak akan dipilih sebagai calon mewakili Bersatu dalam PRU15 akan datang, bahkan kalau dipilih pun tidak mungkin dapat mencapai kemenangan.

Beliau seterusnya mengambil contoh mengenai Mustapa Mohamad yang merupakan Ahli Parlimen Jeli yang ketika ini semakin dipingggirkan pengundi sebaik saja melompat secara mengejut menyertai Bersatu.

“Daripada maklumat kawan-kawan di Kelantan, semua berkata Mustapa tidak mungkin mampu lagi mengekalkan kerusi Jeli kalau bertanding mewakili Bersatu dalam pilihanraya akan datang.

“Kalau Tok Pa pun tak mampu menang, yang lain-lain lagilah payah,”
ujar bekas Ahli Parlimen itu lagi.

Kata beliau, tindakan mereka melompat parti hanya meletakkan titik penamat dalam karier politik masing-masing. - 21 Mei 2019.

Peguam PKR Sekolahkan PAS Dan Penyokongnya.

Latheefa Koya | Apa dah jadi kepada para “pejuang” atau “pendukung” Islam terutamanya dari PAS ni?
Mana pergi keinginan untuk menegakkan keadilan dan menolak kebatilan?

 

 
Saya ingat lagi bila kita masih di bawah Pakatan Rakyat – bersama PAS. Cara kita berbincang, berhujah, berkomunikasi antara sesama lain sangat berhemah. Memang banyak perkara kita berbeza pandangan, tetapi adab dan cara berhujah masih ada etika yang dijaga.

Sekarang, macam-macam dia boleh tuduh – mulut tak berlesen. Tak terfikir – menuduh orang berzina tu adalah haram tanpa bukti. Belum habis berhujah terus dah kondem orang tu samada sesat, kafir , murtad atau terus masuk neraka.

Mana suara mereka ini– bila jelas harta rakyat dicuri & wang berjuta-juta kepunyaan anak-anak yatim disalahgunakan?

Mana kecaman bila terdapat kes orang mati dalam tahanan?

Mana kemarahan apabila kita melihat ada rampasan tanah kepunyaan rakyat oleh orang-orang atasan?

Mana perginya kecaman bila orang ditahan dan dituduh di bawah akta hasutan?

Apa pandangan mereka ini bila ramai orang dinafikan kewarganegaraan walaupun lahir di sini kepada ibu atau bapa warganegara Malaysia?

Mana pembelaan bagi para pekerja-pekerja asing yang ditindas majikan?

Mana pergi suara untuk menolak rasuah?

Berdekad2 PAS telah berjuang menggunakan Islam sebagai platform dan ada satu ketika sanggup bersama dengan DAP dan PKR, serta PSM dan PRM. Walaupun ada perkara-perkara yang tidak dipersetujui tetapi ada banyak lagi perkara yang kita dapat dipersetujui bagi tujuan menolak kerakusan kerajaan BN.

Tetapi mulai 3-4 tahun sebelum GE14 – semua itu sudah berubah.

Tanpa segan mereka ini sekarang hanya tahu menimbulkan perkara-perkara atas sentimen perkauman untuk setiap benda. Mereka berhujah seolah-olah ianya satu prinsip Islam untuk menolak sesuatu perlantikan hanya sebab seseorang itu bukan bangsa Melayu atau Islam.

Tanpa segan mereka ini akan juga meminta orang menolak calon atau keputusan hanya semata-mata atas sebab bangsa atau agama.

Pihak yang sama ini juga membawa pendekatan agama yang ektsremis – siapa yang tidak sehaluan dengan pemikiran mereka – akan terus dikecam sebagai ahli neraka. Jika mereka melihat sesuatu yang mereka tidak puas hati – contoh salam dengan bukan muhrim – fuh! terus dihina, dikecam, dimalukan.

Padahal benda ini bukan satu yang muktamad – ada perbezaan pendapat. Tetapi dalam otak diaorg ini hanya pandangan mereka cukup.

Hari Ibu – ooh haram!
Mengucap selamat Hari Krismas – ooh Haram!
Bersalam dengan bukan Muhrim – ooh haram,
berselfie dengan perempuan bukan muhrim atau tidak bertudung– ooh haram, kalau sembahyang bersama orang Islam yang syiah- ooh haram! 


Berbuka puasa dengan bukan Islam – ooh haram!
Menandatangan perjanjian anti-rasisme – ooh haram,
bersetuju untuk protokol Rome statut ICC – ooh haram!

Malah sanggup pergi berdemo membantah perkara yang pada hakikatnya patut disokong atas prinsip Islam.

Sangat memalukan!

Kalau kamu rasa ini adalah cara kamu boleh menawan hati rakyat untuk memenangi pilihan raya yang akan datang – fikir lagi sekali. Cara ini yang membawa kepada kekalahan BN! Kamu mungkin menang pertempuran-pertempuran kecil (PRK) tetapi belum tentu lagi kamu boleh menang pertembungan yang besar.

Sempena bulan puasa ini- marilah kita bermuhasabah diri sedikit. Fikir dua kali sebelum membuat komen yang makan diri. Tetapi kalau masih berdegil - saya tak leh buat apa- sebab dedak tu amat penting nak sambut raya haha!

Selasa, 21 Mei 2019

Najib Buktikan LHDN Sahkan Beliau Pembayar Cukai Bukannya Lari Dari Tanggungjawab..

NAJIB RAZAK | Ini adalah affidavit bagi notis kerajaan PH untuk lucut hak ke atas barang-barang yang disita dari rumah saya satu tahun dahulu.

Secara ringkasnya, alasan kerajaan untuk lucuthak sivil ini adalah berdasarkan affidavit yang diberi oleh tiga pegawai polis.



 
Mereka mendakwa:

1) Saya pernah menerima dana yang dikatakan dari 1MDB. Oleh itu barang-barang itu diPERCAYA telah dibeli dengan dana ini.

Tetapi tidak disebutkan sekalipun ataupun dibukti dalam tindakan sivil kerajaan bagaimana dana ini digunakan untuk membeli barang-barang yang dirampas ini.

2) Nilai aset yang dirampas tidak setara dengan jumlah pendapatan.


Itu sahaja.

Lebih menakjubkan ialah affidavit pegawai polis sendiri menyatakan bahawa selepas mereka menyiasat, mereka mendapati sebilangan barang-barang ini adalah hadiah yang diberi kepada saya dan keluarga saya.

Tapi tidak dikembalikan kerana dikatakan "tidak mempunyai bukti kukuh".

Padahal, ramai pemberi hadiah ini juga telah disoalsiasat oleh polis selama tempoh satu tahun ini dan mereka akui memberi hadiah kepada kami.

Jika kita perhatikan gambar-gambar kotak yang dirampas oleh polis setahun dahulu, jelas juga kelihatan nama pemberi hadiah dilabel di atas setiap kotak.

Mungkin kita bersalah kerana dulu apabila kawan-kawan atau kerabat diraja berikan hadiah, kita tak ambil gambar hadiah itu dan minta mereka tulis dan tandatangan surat pengesahan pemberian hadiah?

Seperti yang saya jelaskan dahulu, kebanyakan barang ini adalah hadiah yang diterima saya dan keluarga saya selama berpuluh tahun ini.

Saya berikan contoh.

Di majlis perkahwinan anak perempuan saya pada awal tahun 2015, hampir 2,000 tetamu telah hadir.

Tetamu-tetamu ini termasuk tokoh-tokoh korporat yang terkenal, pemimpin-pemimpin negara lain seperti Presiden Jokowi dari Indonesia, kerabat diraja dari semua negeri di Malaysia serta wakil-wakil negara-negara dan kerabat negara asing.

Yang dijemput tetapi tak dapat hadir pun ada yang menghantar hadiah perkahwinan kepada keluarga saya.

Tetapi semua hadiah-hadiah perkahwinan ini juga dirampas oleh kerajaan PH dan kini dituduh dibeli dengan duit 1MDB atau dibeli oleh Jho Low.

Mengikut undang-undang Malaysia, kesemua barangan itu perlu dikembalikan kepada kami selepas disita 1 tahun jika pihak berkuasa gagal membuktikan pembeliannya menggunakan dana haram dan tidak membuat pertuduhan jenayah terhadap pemilikan barangan terbabit.

Tapi PH tidak akan mengikut Rule of Law kerana mereka masih mahu mainkan persepsi.

Oleh itu mereka menggunakan kaedah saman sivil - bukan dakwaan jenayah.

Ini tindakan terpaksa kerana mereka sendiri gagal untuk membuat pendakwaan jenayah tetapi masih mahu teruskan persepsi, fitnah dan propaganda mereka terhadap saya dan keluarga.

Disamping itu, affidavit ini juga membuktikan bahawa saya telah melaporkan dan membayar cukai LHDN setiap tahun.

Ini sekaligus menyangkal segala propaganda PH bahawa saya tidak pernah melaporkan pendapatan saya kepada kerajaan.

"Tiada Satu Pun Sekolah Agama Di Wilayah Persekutuan" - Ini Penjelasan Senator PAS.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh | 'Pembetulan artikel 'Tiada satu pun sekolah agama di Wilayah Persekutuan'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikutan tajuk artikel yang ditulis oleh wartawan Harakah, Saudara Aziz Muda bertajuk 'Tiada satu pun sekolah menengah agama di Wilayah Persekutuan', tidak timbul isu Yang Berhormat Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh tidak tahu kewujudan sekolah menengah agama di sini.


Yang Berhormat sudah membuat pembetulan dan membuat permohonan maaf secara terbuka di dalam Dewan Negara ketika pergulungan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Hajah Fuziah Salleh.

Saya telah menghubungi saudara Aziz Muda, beliau telah memaklumi pembetulan ini dan memberi respon positif. Saya mengharapkan perkara ini tidak lagi dipanjangkan.

Untuk makluman, di dalam perbahasan Rang Undang-undang, Yang Berhormat telah memberi beberapa cadangan bernas sebagai idea penambahbaikan institusi sekolah agama di Wilayah Persekutuan seperti cadangan menambah lebih banyak sekolah agama di Wilayah Persekutuan.

Terima kasih.

Hanisah A.Rahman
Pegawai Khas,
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Sebarkan seluasnya

PAS, Cukup-Cukuplah Perbodohkan Rakyat, Jadilah Pembangkang Berhemah.

KENYATAAN MEDIA | CUKUPLAH PERBODOHKAN RAKYAT, JADILAH PEMBANGKANG YANG BERHEMAH

Cukup-cukuplah dan hentikanlah cubaan untuk “mencipta nama segera” dengan menimbulkan isu ini tanpa usul periksa terlebih dahulu? Kenyataan Senator Puan Nuridah Mohd Salleh dalam artikel yang bertajuk "Tiada Satu Pun Sekolah Menengah Agama Di Wilayah Persekutuan" yang telah disiarkan oleh Harakah bertarikh 17 Mei 2019 secara jelas menunjukkan ketandusan kreadibiliti sebagai seorang pemimpin. Kenyataan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan(MAIWP) bertarikh 17 Mei 2019 telah menyangkal dan perbetulkan fakta ini.

 

 
Di bulan Ramadhan yang mulia ini, henti pergunakan agama bagi kepentingan keduniaan. Berkatalah yang baik-baik atau pun diam. Kenyataan seperti ini hanya mengundang perkelahian. Adakah persoalan ini sengaja diwujudkan untuk menyatakan bahawa warga kota Kuala Lumpur begitu terkesan dengan pendidikan sekular yang menjadi teras pendidikan kini sehingga menidakkan kewujudan Sekolah Menengah Agama?

Fakta yang perlu diakui, pilihan memang ada diberikan kepada golongan pelajar. Pelajar beragama Islam di Kuala Lumpur bersaing dan merebut untuk mendapat tempat belajar di sekolah berlatar belakangkan pendidikan agama. Sejajar dengan Islam itu syumul dan sebagai satu cara hidup, menambahkan keinginan mendapatkan ilmu secara holistik.

Pencapaian dan peningkatan kalangan pelajar aliran agama kini begitu mengagumkan, malah ramai di antara mereka telah mencapai kejayaan cemerlang . Misalannya pada 20 April lalu, SMA MAIWP KL yang merupakan satu-satunya wakil tunggal daripada sekolah menengah dan telah menjadi Johan pertandingan debat Mahrajan A'rabiy dengan menewaskan 10 pasukan lain daripada UIA, UM, UKM, USIM, UITM, IPG BANGI, UPM, KUIS dan UPSI. Rekod yang membanggakan ini membuktikan dengan jelas wujudnya Sekolah Menengah Agama di Kuala Lumpur.

Sama pentingnya adalah hasil dari pendekatan sekolah-sokolah ini, dapat melahirkan mereka yang dibekalkan dengan ilmu yang lengkap untuk kehidupan sebagai seorang individu serta anggota masyarakat yang beramanah dan beratanggungjawab. Mereka ini, In Sya Allah boleh menjadi contoh yang baik dan mencerminkan Islam sebenarnya.

Persoalan negara Islam, kebebasan beragama dan berkaitan dengannya tidak timbul. Penjelasan demi penjelasan telah diberikan persoalan peruntukan dalam Perlembagaan berkaitan ini. Malangnya selama di bawah pentadbiran kerajaan UMNO/BN sebelum ini, pemimpin-pemimpin dari kalangan orang Islam yang telah mencemarkan kesucian Islam dengan keperibadian yang melanggar ajaran-ajaran Islam itu sendiri.

Zahir Hassan
Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan
Parti KEADILAN Rakyat

Lebihkan GRAB, Pemandu Teksi Lapor Anthony Loke Ke SPRM.

MALAYSIAKINI | Gabungan Teksi Semalaysia (GTSM) membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan mendakwa Menteri Pengangkutan Anthony Loke mengalahgunakan kuasanya.




Presiden GTSM, Kamarudin Hussain, mendakwa Loke meminda beberapa peraturan sedia ada dan ia dilihat merugikan pemandu teksi, sebaliknya menguntungkan pihak lain yang bersaing dengan mereka.

Antaranya, kebenaran untuk syarikat e-hailing melaksanakan kursus lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) secara dalam talian dan peraturan baru pemasangan cermin gelap.

"Sejak akhir-akhir ini, Loke menggunakan jawatannya meminda peraturan sedia ada sedangkan dulu peraturan itu dibuat demi jaga keselamatan pemandu, penumpang dan pengguna jalan raya.

"Tetapi hari ini apa sahaja peraturan yang sedia ada, dipinda tanpa berbincang.

"Dia buat itu semua untuk kepentingan Grab," katanya pada sidang media di hadapan bangunan Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya hari ini.

Menurut Kamarudin, GTSM percaya wujud salah laku dalam Kementerian Pengangkutan dan ia mungkin melibatkan gejala salah guna kuasa.

Terdahulu GTSM menyerahkan surat permohonan kepada Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad supaya campur tangan dalam perbincangan bagi mendapatkan hak sama rata untuk pemandu teksi dan Grab.

Ini kerana, kata Kamarudin, sebelum ini GTSM sudah menghantar lapan surat kepada Kementerian Pengangkutan untuk menyatakan pandangan mereka namun tiada sebarang maklum balas diterima.

"Beliau (Loke) menutup rundingan malah kami dianggap kurang ajar dan pemberontak kerana tidak puas hati kepadanya,” katanya.

Menurut Kamarudin, sejak Loke menyandang jawatan itu, tiada sebarang usaha diambil untuk membantu pemandu teksi.

"Kami tidak minta ia (Grab) diharamkan, cuma mahu bantuan diberi agar kami mendapat hak sama rata.

"Kenapa susah sangat nak tunaikan?” katanya. - 21 Mei 2019.

"Kamu Ini Orang Islam Jenis Apa Bodoh Sangat?," - Ustaz Ahmad Dusuki Disekolahkan Ahli DAP Kaw-Kaw..

SOSMED | Susulan dari luahan Ustaz Ahmad Dusuki agar umat Islam tidak terpedaya dengan lakonan DAP ketika bulan Ramadhan, Adun Ketari Young Syefura tampil menjawab tuduhan tersebut.

Menurutnya walaupun beliau berada dalam DAP, beliau masih bersujud dan bertuhankan Allah kerana menjalankan tanggungjawab. Dan ia bukannya satu lakonan. Rara turut mengingatkan Ustaz Ahmad Dusuki agar hatinya itu jangan hitam sangat.

Untuk rekod, dalam hantaran Ustaz Ahmad Dusuki, luahannya itu dipercayai ditujukan kepada pimpinan cina DAP yang memasuki masjid menyampaikan sumbangan dan menghadiri majlis berbuka puasa berdasarkan kepada gambar-gambar yang dimuatnaik dalam hantaran tersebut.

Selain itu, Zulhazmi Shariff, ahli DAP yang juga kakitangan Khalid Samad turut menyelar kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki itu kerana mencabar pimpinan cina DAP untuk bersolat dan bersujud kepada Allah.


 
Menurut Zulhazmi tindakan mencabar bersolat dan bersujud itu merupakan satu kebodohan kerana yang dicabarnya itu orang bukan beragama Islam. 

Berdasarkan tinjauan di sosmed, beberapa pihak turut beranggapan kenyataan Ustaz Ahmad Dusuki melampau dan lari dari konteks dakwah memandangkan 'masuk Islam' tidak sepatutnya dilakukan dengan kaedah cabaran sebaliknya ia perlu menggunakan kaedah pendidikan dan tauladan.

Mereka juga menganjurkan Ustaz Ahmad Dusuki untuk belajar cara dakwah Ustaz Ebit Lew, Firdaus Wong dan Lim Jooi Soon yang lembut dan berhemah.

Dalam perkembangan berkaitan, Ustaz Mokthar Senik yang masuk ke dalam drama pergaduhan Ustaz Ahmad Dusuki - DAP - Rara bertindak memberikan beberapa persoalan kepada Adun Ketari itu.




"Dibawah ini saya siarkan petikan dari lapuran Malaysiakini. Dipercayai petikan kenyataan itu dibuat oleh Adun DAP kononnya membidas statment Ustaz Dusuki yang mengingatkan ummat Islam agar jangan tertipu dengan lakonan pimpinan-pimpinan DAP untuk mencuri hati orang-orang Melayu Islam di negara ini.

Adun ketari itu berkata beliau pun sujud dan solat walaupun beliau ahli DAP. Dengan sinis beliau berkata "Hati itu tolong jangan hitam sangat".

Saya nak tanya Adun DAP ini. Yang kamu belajar tentang islam tu rujukan kepada kitab suci Al quran atau kitab suci DAP?


Kamu ingat dalam quran hanya ada ayat mengenai solat sahaja ke?

Kamu nak campak mana ayat haram bersekongkol dengan orang kafir bagi memerangi Islam?

Kamu nak buang kemana ayat haram angkat orang kafir jadi pemimpin?

Kamu nak baling kat mana ayat haram mengikut dan berkasih sayang dengan orang kafir dan membelakangkan orang mukmin?

Kalau kamu masih memakai kacamata DAP yang retak itu bagaimana kamu nak nampak ayat-ayat Allah.
 

Bagaimana hati boleh putih kalau mata pun buta dari mengenal alquran," katanya dalam satu kenyataan di Facebook. - 21 Mei 2019.

Kronologi Serangan DAP Terhadap Maszlee Malik..

KAMARUL ZAMAN YUSOFF | Saya memerhatikan dengan penuh minat serangan terbaru pemimpin DAP terhadap Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, dalam isu kuota pelajar matrikulasi universiti awam.
 

 
Perit sekali tentunya membaca cercaan Ahli CCC DAP merangkap Ahli EXCO Kerajaan Selangor, Datuk Teng Chang Khim, bahawa Dr Maszlee bodoh ('foolish' dan 'idiot').

Turut keras adalah kenyataan Ahli CCC DAP merangkap Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang, Dr P Ramasamy, bahawa Dr Maszlee tidak berbeza dengan pemimpin UMNO.

Apatah lagi apabila cercaan dan kenyataan ini dilaporkan oleh media massa, termasuk oleh media antarabangsa berpengaruh seperti Channel News Asia pada 17 Mei lalu.

Sebenarnya ini bukanlah kali pertama Dr Maszlee selaku Menteri Pendidikan berhadapan dengan serangan pemimpin DAP kerana sebelum ini pun ia pernah beberapa kali berlaku.

Kali pertama adalah bila Dr Maszlee memaklumkan di parlimen mengenai tiadanya peruntukan bagi SMPC kerana SMPC tidak termasuk dalam sistem pendidikan nasional.

Paling kuat menyerang beliau pada waktu itu adalah Ketua Dapsy Kebangsaan merangkap Anggota Parlimen Ipoh Timur, Wong Kah Woh dan Adun Bercham, Ong Boon Piow.

Didesak letak jawatan

Ong Boon Piow, dalam kenyataan beliau pada 26 Julai 2018, malah menggesa perdana menteri agar meneliti semula kesesuaian Dr Maszlee untuk menjadi Menteri Pendidikan.

Kali kedua adalah bila Dr Maszlee menasihatkan di parlimen supaya guru-guru agama dari Semenanjung yang bertugas di Sarawak menjadikan negeri itu sebagai “medan dakwah”.

Menyerang beliau adalah Adun Bukit Assek, Irene Mary Chang dan Setiausaha Publisiti Dapsy Sarawak merangkap Pembantu Khas Pengerusi DAP Sarawak, Abdul Aziz Isa.

Abdul Aziz Isa, dalam kenyataan beliau pada 21 Disember 2018, juga mendesak Dr Maszlee yang 'incompetent' dan 'insensitive' meletakkan jawatan sebagai menteri pendidikan.

Dengan lonjakan dalam nada serangan pemimpin DAP ini, bolehlah dijangkakan bahawa akan ada tindakan yang lebih agresif bagi menggugat kedudukan Dr Maszlee selepas ini.

Ditambah dengan bakaran rakan seperarakan 1969 (Gerakan) supaya DAP mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee yang 'rasis' dan 'di bawah prestasi'.

Petisyen pecat Maszlee

Malah, tiga minggu lalu 'Stephen Ng' telah membuat satu petisyen yang kini telah mengumpul lebih 48,000 tandatangan bagi mendesak perdana menteri memecat Dr Maszlee.

Dua hari lalu pula 'No Hope Malaysia' telah membuat satu lagi petisyen yang kini telah mengumpul lebih 12,000 tandatangan bagi mendesak Dr Maszlee meletakkan jawatan.

Agak memeranjatkan bila masih ramai yang seperti belum sedar mengenai tema asas semua serangan ini dan bila hampir tidak ada yang berani mempertahankan Dr Maszlee.

Oleh itu, walau apa perbezaan atau sungutan yang ada, sebagaimana mereka dapat bersatu, eloklah jika kita membela beliau atas sifat beliau sebagai mangsa kerakusan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...