Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 27 Mei 2017

Ini Penjelasan Mejar Zaidi Isu Kena Tampar Dekat Masjid.

KENYATAAN MEJAR ZAIDI AHMAD ISU DI TAMPAR DI DEPAN MASJID

Semalam selepas solat Jumaat saya telah hadir meninjau satu himpunan berhubung isu fatwa di Pulau Pinang.  


Terdahulu jemputan mengajak umat Islam menghadiri himpunan tersebut ditularkan melalui aplikasi whattsapp tanpa diberitahu siapa penganjurnya. 

Sampai di sana saya lihat bekas Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang yang kini aktif dalam NGO, Ustaz Hafiz Nordin (UHN) sedang menyampaikan ucapan. Peserta perhimpunan saya lihat sekitar 10 ke 15 orang, ada antaranya ahli/penyokong umno yang saya kenal, ada juga 2-3 orang yang memegang sepanduk medesak ADUN tunggal PAS, YB Salleh Man agar pindah kerusi (dalam DUN ke bahagian pembangkang bersama2 UMNO). 

Dalam ucapannya UHN menyatakan "SEKAT FATWA TUAN-TUAN, FATWA NI BUKAN MAK BAPAK HANG PUNYA, FATWA NI ORANG ISLAM PUNYA". Bagi saya ini adalah satu tuduhan yang serius terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang, sedangkan Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang telah berkali-kali menyatakan bahawa tiada campurtangan kerajaan negeri dalam isu fatwa dan kerajaan negeri tidak pernah menyekat mana-mana fatwa dari diluluskan oleh Jawatankuasa Fatwa Pulau Pinang. 

Saya lalu menghampiri beliau bermaksud meminta beliau menjelaskan lebih lanjut fatwa manakah yang disekat kerana nampaknya beliau lebih tahu dari SS Tuan Mufti sendiri. Apa yang mengejutkan sebaik saja mendengar soalan saya beliau memberi respon dengan menyatakan "INI MEJAR ZAIDI, INI ORANG KECEWA".

Beberapa orang penyokongnya telah menyerang saya dan salah seorang yang saya tidak kenal telah menampar muka saya sambil beliau dan yang lain-lain mengeluarkan kata-kata kesat seperti "MAKAN DEDAK BABI", "ANJING DAP" dan sebagainya lagi. Selepas itu saya terus berada di situ mendengar ucapannya sehingga habis. Dalam ucapannya juga UHN menggesa agar Ketua Menteri Pulau Pinang menghentikan amalannya berbuka puasa bersama-sama umat Islam kerana bagi beliau tindakan itu adalah memperolok-olokkan Islam. 

Saya tidak pernah mendengar mana-mana ulama mengeluarkan fatwa sedemikian malah SS Mufti-Mufti di seluruh negara malah seluruh dunia, tidak ada seorang pun yang pernah mengeluarkan fatwa menghalang seorang non muslim, apatah lagi seorang pemimpin untuk berbuka puasa bersama-sama rakyatnya sambil meninjau masalah-masalah yang di hadapi rakyat dan menyampaikan sumbangan kepada rakyat yang memerlukan juga kepada masjid dan surau.

Selepas beliau habis menyampaikan ucapan saya menghampiri UHN untuk bersalam dan mengulangi soalan saya yang sama iaitu "FATWA MANA YANG DISEKAT? (OLEH KERAJAAN NEGERI)", malangnya beliau enggan menjawab soalan saya. Seterusnya saya telah ditolak dengan kasar oleh penyokong-penyokong beliau dan bila saya mengulangi soalan saya mereka menjawab "PI (PERGI) TANYA MUFTI HANG (KAMU)" (Rujuk video kejadian). 

Bagi saya seorang ulama yang dihormati seperti UHN tidak sepatutnya melemparkan tuduhan liar kepada kerajaan negeri tanpa memberikan bukti yg kukuh. Paling saya kesalkan ialah di akhir ucapan beliau mengajak hadirin untuk bersama-sama menumbangkan kerajaan negeri yang ada sekarang. 

Persoalannya adakah dengan satu tuduhan yang tidak disertakan dengan bukti, malah SS Mufti Pulau Pinang sendiri telah menafikannya, hendak dijadikan alasan untuk menolak kerajaan negeri Pakatan Harapan sedangkan terbukti kerajaan negeri di bawah Pakatan jauh lebih baik berbanding kerajaan BN. Berikut antara buktinya:

1. Peruntukan untuk agama Islam (lebih RM400 juta) meningkat 84% berbanding semasa BN bagi tempoh yang sama.

2. KN telah memberikan sebidang tanah bernilai kira-kira RM80 juta untuk pembinaan sebuah kompleks Mahkamah Syariah yang lengkap.

3. Memberikan bantuan kewangan tahunan kepada Sekolah Agama Rakyat, Pusat Tahfiz, Pondok-Pondok dan Tadika Islam sedangkan semasa BN memerintah tiada langsung bantuan diberikan.

4. Memberikan bantuan Ehya Ramadan kepada masjid-masjid di seluruh Pulau Pinang.

www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/02/08/mufti-sekali-lagi-nafi-campurtangan-kerajaan-dalam-fatwa/

Hj Zaidi bin Ahmad 
(Bekas Mejar TUDM)
Pegawai Penerangan 
Pejabat Ketua Menteri 
Pulau Pinang 
Ahli DAP 

1,000 Ahli BERSATU Keluar Parti.

Oleh : Bernama

Lebih 1,000 anggota Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Perak diketuai ketua penaja bahagian BERSATU Ipoh Timur Azrul Suhadi Ahmad Mokhtar dan Ketua Penaja bahagian BERSATU Teluk Intan Jemaat Yaacob isytihar keluar parti, berkuat kuasa semalam.





Tindakan itu susulan dakwaan kegagalan Presiden BERSATU Tan Sri Muhyiddin Yassin menyelesaikan konflik dalaman parti di peringkat pusat dan negeri walaupun tempoh seminggu telah diberikan kepada beliau. 


Bercakap dalam satu sidang media di Ipoh, Azrul Suhadi berkata, rata-rata anggota yang bertindak meninggalkan parti itu juga merupakan penggerak asal selain telah banyak bersusah payah mewujudkan PPBM di kawasan masing-masing.

Sementara itu, Penyelaras PPBM Pasir Salak Mohamad Hasan pula berkata tindakan keluar parti itu bersifat rela hati tanpa didorong mana-mana pihak tidak berkepentingan.

Beliau berkata amalan kronisme yang semakin ketara dalam PPBM turut menjadi penyumbang kepada tindakannya itu.

"Saya MP Yang Bodoh Sebab Tak Gunakan AP", Rafizi Sindir Zuraidah.

Baca : Bodohlah Tak Guna AP Kata Zuraidah! 

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan kenyataan Zuraidah bahawanya bodohla beliau jika tidak menggunakan AP yang diperuntukkan untuk Ahli Parlimen untuk membeli kenderaan mewah. 

Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya dalam kenyataan itu. 

Mungkin terasa dengan kenyataan itu dua Ahli Parlimen yang diketahui tidak menggunakan AP kemudiannya tampil memberikan reaksi terhadap kenyataan Ahli Parlimen Ampang itu. 

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli berkata, "Saya antara Ahli Parlimen yang bodoh kerana tak pakai AP. Sekian dimaklumkan, ".


Kenyataan itu ditulis Rafizi di akaun Twitternya petang semalam. Kenyataan itu juga mendapat sokongan padu dari para penyokong Rafizi. 

Ahli Parlimen Sungai Siput Dr Michael Jeyakumar Devaraj pula berkata beliau tidak menggunakan AP miliknya, sebaliknya berkata beliau menjualnya dan wang daripada penjualan itu digunakan untuk kerjanya sebagai wakil rakyat di Sungai Siput seperti membayar staf dan sukarelawan. Kenyataan itu disiarkan menerusi portal Free Malaysia Today, ketika dihubungi oleh wartawan media tersebut.

Beliau dipetik sebagai berkata, “Sukarelawan saya semua tahu, mereka lihat ahli Parlimen mereka dapat kemudahan ini tapi dia pakai untuk mereka.

“Jadi mereka lebih bersemangat untuk kerja kuat. Dari segi politik, lebih pandai untuk buat macam saya. 

Sukarelawan dia akan banyak korbankan masanya dan memberi sumbangan tanpa mengharapkan ganjaran material yang saya tidak sendiri tidak boleh bayar,”.

Beliau turut dilaporkan berkata, sekiranya beliau menggunakan AP miliknya, ia akan melunturkan semangat sukarelawan dan kakitangannya untuk bekerja.

Jumaat, 26 Mei 2017

Lim Guan Eng, Jangan Buka Puasa Selagi Kamu Belum Muslim - NGO

Kita nak berpuasa daripada kekufuran. Kita nak baiki diri daripada berketuakan kafir macam DAP ini. 

“Kita nak minta Guan Eng, berhenti buka puasa, kalau betul nak buka puasa, masuk Islam. Jangan main-main agama kita,”.

Itulah kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas pimpinan PAS yang juga Pengerusi NGO Jaringan Muslim Pulau Pinang, Mohd Hafiz Nordin. 


Beliau mahu Ketua Menteri itu dihalang dari berbuka puasa sepanjang Ramadhan ini kerana ujarnya Lim Guan Eng bukannya penganut Islam.

Kumpulan itu turut mendakwa Lim Guan Eng adalah anti Islam oleh kerana itu tiada gunanya untuk beliau berbuka puasa. 

"Kami tahu kamu memang anti-Islam. Kamu tak perlu buka puasa kecuali kamu masuk Islam,” kata pemimpin kumpulan tersebut.

Dalam pada itu, pemimpin kumpulan itu turut menyeru agar bersama-sama berjuang bagi menjatuhkan kerajaan DAP.

"Bersama-sama dengan kami untuk jatuhkan kerajaan DAP boleh atau tidak? 

Kita jatuhkan DAP sebab DAP lah yang bawah unsur-unsur jahat, DAP lah yang membawa unsur-unsur pencerobohan, kepada Hal Ehwal umat Islam, boleh atau tidak?" Tanya ketua kumpulan terbabit sambil disahut dengan jeritan "boleh!" oleh pengikut-pengikutnya.

Lihat video di bawah; 


Mejar Zaidi Ditampar Geng PAS-UMNO Di Kawasan Masjid (Video Inside)

Siang tadi sekumpulan NGO yang pro kepada PAS dan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan aman selepas solat jumaat.

Perhimpunan itu diadakan di perkarangan Masjid Simpang Enam, Georgetown. Ia diadakan sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwa masuk campur dalam urusan fatwa di Pulau Pinang walaupun isu berkenaan telah dijawab dan dinafikan oleh pihak Mufti Pulau Pinang itu sendiri, Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Pada awalnya ia berlangsung secara aman namun ketegangan mulai tercetus apabila Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi cuba berkomunikasi dengan seorang bekas pemimpin muda PAS yang pada ketika itu sedang bercakap di khalayak ramai.

Mejar Zaidi dilihat telah ditolak ke belakang dan dihalang dari menyampaikan sesuatu kepada individu yang sedang berucap oleh sekumpulan peserta yang turut menyertai perhimpunan itu.

"Fatwa ini bukan mak bapak awak punya Lim Guan Eng. Fatwa ini orang Islam punya, " katanya dalam ucapan tersebut.

Mejar Zaidi dipercayai mahu membetulkan salah faham namun dihalang dari memberikan penjelasan berhubung isu yang dituduh oleh kumpulan berkenaan. 

"Dia tuduh kerajaan negeri, tu yang aku nak tanya, fatwa apa yang dihalang, " kata Mejar Zaidi dalam kejadian tersebut. 

Selepas ditolak, salah seorang peserta perhimpunan itu juga dilihat bertindak menampar Mejar Zaidi sambil mengatakan sesuatu.


Selain dari ditampar dan ditolak, Mejar Zaidi juga dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika mahu meninggalkan perkarangan masjid. 

"Bodoh punya tentera", "makan dedak babi banyak sangat", "hei lembu", "bangang", antara kata-kata kesat yang dilontarkan oleh kumpulan itu terhadap Mejar Zaidi. Mejar Zaidi meninggalkan tempat kejadian dengan diiringi seorang anggota keselamatan bagi mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Mejar Zaidi suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai wira oleh PAS kerana bertindak melaporkan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Namun selepas keluar meninggalkan PAS dan bekerja dengan Lim Guan Eng, Mejar Zaidi seringkali dikritik dengan teruk oleh penyokong-penyokong parti berkenaan di laman sosial.

Klik sini jika video gagal load.

Bodohlah Saya Jika Tak Guna AP Beli Kereta Mewah Kata Zuraidah.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin menegaskan semua kenderaan mewah yang dibelinya adalah atas kapasiti beliau sebagai ahli Parlimen Ampang yang diperuntukkan permit import (AP) lapor Sinar Harian



Saya sebagai ahli Parlimen diberi peruntukan AP atas nama saya, jadi bodoh saya kalau ada AP, tidak digunakan kemudahan itu,” katanya. 


Ahli Parlimen itu juga mengakui gemar memilih barangan berkualiti kerana ianya lebih tahan lama kerana itu beliau lebih gemar membeli kereta import.

Sebelum terlibat dalam politik pun saya sudah bawa kereta berkualiti. Dalam kehidupan, saya sentiasa utamakan barangan tahan lama,” katanya dalam kenyataan itu. 

Respon Zuraidah adalah bagi menjawab tuduhan beberapa pihak yang mengaitkan beliau dengan kekayaan luar biasa dan memiliki pelbagai kereta mewah. 

Selain itu Zuraidah juga dikaitkan dengan Ketua Pemuda PKR Ampang, Datuk Adam Rosly yang ditahan dan didakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membuat pengisytiharan palsu mengenai kekayaannya. 

Zuraida turut mencabar mana-mana individu yang mengaitkannya dengan isu rasuah membuat laporan kepada pihak berkuasa. Beliau juga menegaskan bahawanya beliau mendokong amalan intergriti yang tinggi disebabkan itu musuh beliau tiada isu untuk menyerangnya. 

Sesiapa anak jantan pergi buat laporan, sampai sekarang saya tidak pernah disiasat oleh SPRM,”.

Mereka mengguna isu itu untuk serang saya kerana mereka tahu saya mengangkat integriti tinggi. Nampaknya mereka tiada cara lain untuk lancarkan serangan ke atas saya,” katanya lagi. 

Khamis, 25 Mei 2017

Ini Bezanya Projek Saya & Projek Najib Kata Mahathir.

Membandingkan pelaburan kerajaan hari ini yang disifatkannya sebagai hanya membebankan negara, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pelaburan dan projek ketika zamannya mendatangkan keuntungan kepada negara.

Bekas perdana menteri itu berkata, ia juga dibuat berdasarkan keperluan negara dan bukan untuk populariti.

“Kebanyakannya dibuat berdasarkan pulangan, bukan untuk ‘membodek’ rakyat atau menjadi popular.

“Ia digunakan untuk sesuatu yang produktif, sama ada secara langsung atau tidak langsung,” katanya dalam wawancara eksklusif, lapor Free Malaysia Today pada semalam.

Mahathir
Memberikan Litar Antarabangsa Sepang sebagai contoh, beliau berkata ia memakan kos sebanyak RM230 juta tetapi memberikan pulangan yang tidak ternilai kepada negara.

“Nilainya dari segi mengangkat (nama) Malaysia ke dunia. Perlumbaan Formula 1 selama 3 hari mendapat liputan lebih 39 stesen televisyen seluruh dunia, dan nilai ‘iklan’ itu berbilion ringgit.

“Ia penting untuk meningkatkan kedatangan pelancong, yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi.

“Ia adalah pelaburan, bukan untuk suka-suka,” katanya.

Malaysia akan berhenti menganjurkan perlumbaan Formula 1 bermula tahun depan atas sebab kos yang terlalu tinggi dan tidak mendatangkan pulangan memadai kepada negara.

Berhubung KLIA yang pernah diramal bakal menjadi “gajah putih”, Dr Mahathir berkata ia terbukti salah, dan berkata lapangan terbang besar seumpama itu perlu kerana “industri perjalanan udara berkembang dengan pantas”.

“Dalam masa hampir 20 tahun (sejak KLIA beroperasi), pertambahan (penumpang) meningkat daripada 18 juta kepada 42 juta setahun.

“Jadi kita menyediakan 25,000 ekar tanah untuk lapangan terbang. Jika tiada (tanah) apa akan terjadi? Mungkin lapangan terbang (terpaksa dibina) di Terengganu.”

Menurut laporan tahunan Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) 2016, jumlah pergerakan penumpang antarabangsa dan domestik bagi KLIA pada tahun itu adalah 52.6 juta, meningkat 7.6% berbanding 2015 iaitu pada 48.9 juta.

“Jika tidak memandang jauh ke hadapan, tidak boleh membuat perancangan,” katanya.

Projek Mahathir vs projek Najib

Di akhir dekad 1990-an, istilah “projek mega” – dengan konotasi negatif – digunakan pengkritik Dr Mahathir bagi menggambarkan projek berbelanja besar ketika itu.

Litar Sepang, KLIA, Menara Berkembar Petronas (KLCC) dan pusat pentadbiran baru di Putrajaya dikritik hebat dan disifatkan sebagai pembaziran.

Apatah lagi sebahagiannya dibina ketika negara dilanda krisis ekonomi bermula 1997.

“Kebanyakannya dibina tidak melebihi kemampuan negara, dan tanpa meminjam. Jika ada pun (pinjaman) jumlahnya kecil, tidak melebihi RM1 bilion,” kata Dr Mahathir.

Bukan seperti projek sekarang, katanya, di mana kerajaan meminjam dengan jumlah yang besar yang menurutnya tidak sihat untuk negara.

Sebagai contoh, beliau menyebut projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) sepanjang 600km menghubungkan Lembah Klang ke Pahang, Terengganu dan Kelantan.

Bagi projek itu, kerajaan membuat pinjaman mudah dengan Export Import Bank of China (China Exim Bank) berjumlah RM55 bilion, dan bakal dibina oleh China Construction Communications Company seperti yang ditetapkan Beijing.

Dr Mahathir mendakwa kerajaan akan menanggung kerugian untuk 30 tahun akan datang menerusi projek itu.

“Di pantai timur, untuk apa? Di pantai barat pun anda tidak dapat membuat keuntungan menerusi kereta api.

“Rakyat mahu menggunakan jalan raya, dan kita telah bina jalan raya yang baik untuk mereka,” katanya.

Dalam 22 tahun pentadbirannya, Dr Mahathir berkata kerajaan tidak berbelanja lebih daripada kemampuan dalam membangunkan negara, sesuatu yang menurutnya gagal dicontohi Datuk Seri Najib Razak.

“Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan kita. Jangan naikkan (atau memperkenalkan) cukai sebab kita terlebih belanja,” katanya, dipercayai merujuk kepada sistem cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang diperkenalkan pada April 2014.

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/23/saya-sudah-bakar-jambatan-dengan-umno-dr-mahathir/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2017/05/23/di-satu-sudut-kota-yang-dibinanya-dr-mahathir-terus-gigih/

http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/05/24/whats-wrong-with-protecting-proton-asks-mahathir/

Pelik, Kenapa PKR Biarkan EXCO PAS Kekal Di Selangor Kata Blogger Pro Mahathir.

Oleh : Shabudin Husin

SATU LAGI KEPELIKAN DI SELANGOR

Berikut adalah kenyataan media Biro Politik PKR yang bermesyuarat malam tadi berhubung kedudukan tiga Exco Pas yang enggan melepaskan jawatan mereka dalam kerajaan negeri Selangor, meskipun kedua-dua parti tiada lagi hubungan politik.

Kenyataan Media

Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
23 Mei 2017.


Jelas kini bahawa tiga Exco Selangor daripada Pas akan terus memegang jawatan masing-masing, sekurang-kurangnya sehingga PRU 14 akan datang diadakan.

Selepas Pas berkeras tidak mahu meletakkan jawatan mereka, nampaknya PKR  juga tiada keberanian untuk menyingkirkan tiga Exco berkenaan.

Maka, bukan saja tiga Exco berkenaan terus kekal menerima gaji, elaun dan kemudahan-kemudahan lain daripada kerajaan Pakatan Harapan yang Pas tiada hubungan dengannya, bahkan lebih 5,000 penjawat yang lain yang terdiri daripada ketua kampung, ahli jawatankuasa surau dan masjid, pelbagai jawatan lain dalam majlis perbandaran, majlis daerah dan GLC milik kerajaan negeri masih boleh terus bergembira dengan gaji yang diterima.

Alasan yang diberikan Azmin dalam penjelasannya ialah sebagaimana perenggan kedua kenyataan media Biro Politik  yang antara lain berbunyi, "walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dari Pas telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar YAB Datuk Seri Azmin Ali."

Dengan kata lain, dua asas yang menjadikan tiga Exco itu dikekalkan ialah kerana mereka sedia menyokong dasar kerajaan negeri berasaskan Buku Jingga dan juga menyokong kepimpinan Azmin di Selangor.

Bukankah ini sesuatu yang pelik?

Tiada hubungan politik, tetapi masih boleh berada dalam kerajaan negeri hanya semata-mata kerana sedia menyokong dasar kerajaan negeri dan juga menyokong kepimpinan Menteri Besar?

Wakil rakyat Pas nampaknya sanggup menyokong dasar kerajaan negeri Selangor dan menyokong kepimpinan Azmin yang kedua-duanya adalah sebahagian daripada Pakatan Harapan yang dimusuhi semata-mata kerana ingin mempertahankan jawatan serta gaji yang lumayan.

Kepada siapa wala' tiga Exco Pas ini sebenarnya?

Kepada kerajaan negeri Pakatan Harapan yang didalamnya ada DAP dan Amanah atau kepada dasar perjuangan Pas sendiri yang memutuskan hubungan dengan PKR?

Bolehkah seseorang ahli politik mempunyai dua kesetiaan?

Selain itu, dengan kekalnya mereka itu dalam kerajaan negeri, bagaimana kedudukan mereka ketika kempen PRU 14 diadakan nanti?

Adakah ketika itu mereka akan terus menyokong dasar kerajaan dan kepimpinan Azmin sedangkan mereka bertanding atas tiket Pas yang bermusuh dengan Pakatan Harapan?

Kenapa kerajaan negeri Pakatan Harapan Selangor begitu lemah sehingga membiarkan musuh yang dikenali terus berkeliaran dalam rumah sendiri?

Sertai Blok Saudi - Amerika, Najib Bawa Malaysia Ke Kancah Bahaya.

KENYATAAN MEDIA

SERTAI BLOK SAUDI-AMERIKA, NAJIB BAWA MALAYSIA KE KANCAH BAHAYA

www.amanah.org.my


1. Selama ini nama Malaysia begitu harum di peringkat antarabangsa. Ia bermula apabila Allahyarham Tun Abdul Razak dengan dasar berkecuali melalui The Zone of Peace, Freedom and Neutrality (ZOPFAN) menyebabkan pengkalan tentera asing meninggalkan malaysia termasuklah The Royal Australian Air Force (RAAF) meninggalkan Malaysia. Malaysia kemudian menjadi sebuah negara aman dengan sikap berkecuali dan memainkan peranan di peringkat ASEAN dalam usaha perdamaian sama ada di Filipina, Thailand mahupun Aceh untuk menyelesaikan konflik.

2. Tun Mahathir Mohamad pula memperjuangkan Pergerakan Negara-negara Berkecuali atau NAM dan Malaysia terus harum di peringkat antarabangsa. Selama tiga penggal saya menjadi ahli Parlimen pembangkang, ada perkara saya bangga di antaranya peranan dimainkan oleh Malaysia dalam konflik di Bosnia.  Malaysia juga begitu terkenal di peringkat OIC dan pandangan Malaysia amat dihormati. Malayisia memberi pandangan penyelesaian dalam pertikaian mana-mana negara seperti Iran-Iraq dengan perperangan lebih 8 tahun.

3. Namun Datuk Seri Najib Razak pula telah mengheret Malaysia kepada satu blok Saudi dan Amerika. Apa yang dibuat oleh Najib telah meletakan Malaysia sebagai sebuah negara memihak. Maka Malaysia tidak lagi dapat memainkan peranan dalam konflik di Iraq, Syria, Yaman bahkan di Palestin sendiri kerana sikap memihak kepada Amerika dan Saudi itu. Di Asia Tenggara pula sedang berlaku perebutan kuasa perairan terutama sekali antara China dan Amerika Syarikat. Malaysia yang telah menjadi sebuah negara memihak kepada Amreika, meletakkan negara dalam kancah tidak baik untuk memberi pandangan berkecuali. Najib telah membawa negara ke satu blok yang pada jangka panjang akan mengundang bahaya kepada Malaysia dan rakyat seluruhnya.

4. Oleh itu saya amat berharap agar Pakatan Harapan jika ditakdirkan dapat mengambil alih kuasa dapat kembalikan peranan Malaysia sebagai negara berkecuali dan meletakkan Malaysia kepada pendamai antarabangsa dan bukan memihak kepada negara-negara dalam pertikaian.

#AmanahDemiNegara

MOHAMAD SABU
Presiden
Parti Amanah Negara

Rabu, 24 Mei 2017

Najib Calon PM Pilihan Rakyat, Jauh Meninggalkan Anwar - Kajian Invoke.

Hari ini Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mendedahkan keputusan tentang satu kaji selidik berkaitan calon Perdana Menteri pilihan rakyat Malaysia. 


Kajian yang dilakukan oleh Invoke itu dibuat melalui sistem perkomputeran yang melibatkan 17,962 responden dari seluruh negara. 

Berikut merupakan keputusan kaji selidik tersebut : 

1. Najib berada di tempat pertama dengan 5,568 memilih Najib sebagai calon PM yang layak memerintah negara selepas pru ke 14. 

2. Anwar berada di tempat kedua namun ketinggalan dengan perbezaan yang sangat ketara iaitu hanya 1,462 responden yang memilih beliau.

3. Manakala Presiden Pas, Tuan Guru Hadi Awang berada di tempat ketiga dengan 6.1% sokongan.

4. Mahathir pula di tempat keempat dengan 5.7%.

5. Diikuti oleh Muhyiddin di tempat kelima dengan 4.4%.

6. Rafizi Ramli berada di tempat keenam dengan 3.7%.

7. Tempat ketujuh dipegang oleh Mukhriz Mahathir dengan sokongan sebanyak 2.9%.

8. Wan Azizah pula di tempat kelapan dengan 1.6% dan Menteri Besar Selangor, Azmin Ali pula berada di tempat kesembilan dengan sokongan sebanyak 1.2% sahaja. 

9. Nurul Izzah yang turut tersenarai berada di kedudukan terakhir dengan menerima 0.9% undian sahaja. 

10. Dapatan itu turut menunjukkan trend penolakan terhadap calon-calon PM sedia ada yang agak tinggi apabila 34% ataupun 6,172 responden enggan menyatakan calon PM pilihan masing-masing.

49.9% Saham Proton Kini Menjadi Milik Syarikat China.

Separuh saham syarikat Proton akan dijual kepada pembuat kereta Zhejiang Geely dari China, menurut kenyataan syarikat pemiliknya lapor Malay Mail. 


Menteri Kewangan II Datuk Seri Johari Abdul Ghani dijangka akan mengumumkan penjualan 49.9 peratus saham konglomerat DRB-Hicom, pemilik Proton. 

Menurut Reuters, yang melihat kenyataan tersebut, ia tidak menyatakan nilai jualan tersebut dalam rangka memulihkan syarikat kenderaan nasional itu. Geely itu syarikat induk Geely Automobile Holdings di Hong Kong dan kumpulan Volvo dari Sweden. 

Proton pula memiliki Lotus, syarikat automotif Britain. Syarikat-syarikat lain yang menyatakan minat membeli Proton termasuk pembuat Peugeot, Suzuki Motor Corp dari Jepun dan Renault SA dari Perancis. 

Kerajaan memang merancang mencari rakan kongsi strategik negara asing untuk membantu Proton berkembang lebih cekap dan setanding jenama besar.

Kehabisan Minyak, Alat Komunikasi Rosak Punca Bot Terputus Hubungan - Netizens Sindir Tentang GST.

Sabtu lepas, media melaporkan bot kapal KD perdana terputus hubungan dengan kapal induknya di kawasan perairan Sedili, Johor Bharu. Bot itu membawa 9 orang anak kapal yang terdiri dari seorang pegawai dan lapan anggota LK ke bawah. Kumpulan itu adalah dari Tim Mengeledah yang menjalankan operasi mengusir nelayan pendatang asing di sekitar perairan negara.

Menurut laporan Bernama, kerosakan pada alat komunikasi dan kehabisan bekalan minyak antara yang menjadi punca bot berkenaan terputus hubungan.

Turut dilaporkan kenyataan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia, Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin yang mengatakan masih terlalu awal untuk membuat rumusan.

"Mereka terputus hubungan ketika melakukan operasi untuk mengusir bot nelayan asing.. kita tidak dapat jelaskan secara terperinci puncanya dan kita telah pun menubuhkan sebuah lembaga siasatan bagi menyiasat perkara ini," katanya.

Beliau juga dilaporkan berkata bahawanya perkara tersebut akan disiasat oleh lembaga siasatan termasuklah mengesan punca kerosakan pada alat komunikasi.

Dalam pada itu, rata-rata netizens memberikan respon sinikal dalam menghurai punca kehilangan bot KD Perdana pada sabtu lepas.

Ada yang mempersoalkan tentang wang GST dan ada yang meluahkan perasaan tentang peruntukan dipotong sehingga menyukarkan operasi.



Menurut Kamarul Roslan, terdapat catuan yang dilakukan terhadap agensi penguatkuasaan tertentu. Malahan bayaran kepada beliau dan rakan-rakan juga mengalami penggantungan.

Namun Shahrol Nizam berpendapat kehabisan minyak adalah kecuaian dari pihak pegawai yang bertugas kerana tidak memeriksa baki minyak sebelum keluar membuat operasi.

Azizah Kayan pula menyindir pemimpin tertentu dengan perbelanjaan wang GST.

Walaubagaimanapun, pihak kami percaya lembaga siasatan perlu diberikan ruang untuk membuat siasatan selengkapnya dan kami berharap siasatan dapat dijalankan dengan adil dan telus.

Exco PAS Kekal, Biro Politik PKR ikut Keputusan Azmin.

KENYATAAN MEDIA


Biro Politik KEADILAN malam ini telah mendengar taklimat dari YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali, Dato’ Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden KEADILAN, berhubung situasi di Negeri Selangor ekoran keputusan Majlis Syura Ulama PAS yang membatalkan tahaluf siyasi di antara PAS dengan KEADILAN.

Biro Politik KEADILAN mengambil maklum penjelasan yang diberikan YAB Dato' Menteri Besar Selangor bahawa, walaupun mereka bukan sebahagian dari Pakatan Harapan, kesemua 13 Ahli Dewan Negeri dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor dari PAS telah bersetuju untuk terus menyokong dasar bersama Kerajaan Negeri Selangor berasaskan Buku Jingga, dan meneruskan keyakinan terhadap kepimpinan Dato' Menteri Besar Selangor YAB Dato' Seri Azmin Ali.

Biro Politik KEADILAN turut bersetuju dengan pendekatan YAB Dato’ Menteri Besar Selangor untuk menjamin kestabilan Kerajaan Negeri menjelang PRU 14 dan meneruskan usaha membangunkan Negeri Selangor selaras dengan mandat besar rakyat pada PRU 13.

Biro Politik KEADILAN yakin terhadap kepimpinan YAB Dato' Seri Mohamed Azmin Ali untuk terus menerajui Kerajaan Negeri sebagai Dato' Menteri Besar Selangor dan melaksanakan pembangunan negeri demi kemakmuran dan kesejahteraan rakyat Selangor.

YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN

23 Mei 2017

Kembalilah Ke Tikar Sejadah, Mahathir Kata Nik Abduh.

Oleh : Harakah Daily
TINDAKAN Tun Mahathir menyelar Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat menggambarkan kecelaruan beliau dengan hambatan sejarah silamnya yang kini menghantui di hujung usianya.


Ahli Parlimen Pasir Mas Nik Abduh Nik Abdul Aziz berkata, ketika Tun Mahathir berjaya mengalahkan semua musuh politiknya, beliau tidak pernah menang melawan perjuangan politik Almarhum Tuan Guru.
"Dendam Tun Mahathir belum berakhir dan mungkin juga Allah inginkannya kekal begitu justeru dendam dan bencinya kepada PAS adalah berterusan," katanya kepada Harakahdaily.
Tambahnya, Tun Mahathir amat gembira melihat PAS berpecah tetapi beliau malu melihat bagaimana bekas pemimpin PAS yang menyokongnya hari ini amat lemah dan gagal melemahkan PAS sedikit pun, bahkan PAS semakin sejahtera, maju dan mara menuju cita.
Bagaimanapun Nik Abduh sentiasa menyeru Tun Mahathir bertaubat dan kembali ke tikar sejadah kerana itulah jalan yang terbaik untuk beliau di hujung hayatnya.
"Tak payahlah buat kerja 'lu langsi lu mati' yang berulang-ulang sejak muda sampai tua.
Angkat Musa Hitam, pecat Musa Hitam. Angkat Ghafar Baba, pecat Ghafar Baba. Angkat Anwar, pecat Anwar. Angkat Pak Lah, pecat Pak Lah. Angkat Najib, ni nak pecat Najib pulak.
"Saya nasihatkan dia jangan pulak angkat Mukhriz. Nanti Mukhriz pun dipecatnya. Rakyat Malaysia pun, saya nak nasihat baik-baik," katanya.
Justeru katanya, Tun Mahathir perlu dihormati tetapi untuk masa depan negara yang lebih sejahtara biarkan dia berehat menuju Allah.
"Generasi baru perlu memilih Islam sebagai panduan hidup. Mari menuju sebuah negara sejahtera dengan Islam," kata beliau.
Terdahulu, Tun Mahathir bertindak mengutuk Almarhum Tuan Guru di dalam isu tuhan mencarut. Walaupun isu ini sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup.

Selasa, 23 Mei 2017

Kenapa Amanah Diam Bila Mahathir Kritik ATGNA soal Pemimpin PAS.

Tun Mahathir Balun Almarhum TG Nik Aziz, PAN Menyepi!

Oleh: Hj Idris Hj Ahmad


Tun Mahathir sapu keliling. Watak tidak berubah seolah-olah masih berkuasa. Terbaru, Tun kutuk Almarhum Tuan Guru Nik  Aziz dalam isu Tuhan mencarut. Walau pun isu ini sudah dijelaskan oleh Almarhum sewaktu beliau hidup. Persoalannya ke mana hulu balang PAN menyepi. Apakah tidak ada perasaan langsung untuk membantah Tun Mahathir mengutuk Almarhum di hadapan mereka. Apakah mereka sudah hilang deria rasa apabila Tun membelasah Almarhum. Sedangkan mereka mendakwa, Almarhum Tuan Guru Nik Aziz ikon perjuangan mereka.

Kita tidak  hairan apabila Tun menghentam Tuan Guru Haji Hadi, mereka bertepuk sorak. Memang itulah perasaan mereka, kerana benci kepada Presiden PAS. Sama seperti Tun Mahathir marah kepada DS Anuar Ibrahim suatu ketika dahulu, apa sahaja yang berlaku semuanya salah DS Anuar. Sekarang  apa sahaja yang berlaku bertentangan dengan kehendak politik mereka, maka semua angkara PAS dan Tuan Guru Haji Abdul  Hadi Awang.

Tun istiqamah benci dengan PAS sehingga hujung hayat. Kenapa Tun benci sangat dengan PAS? Sebab Tun tidak boleh  cucuk hidung pemimpin PAS. Tun Mahathir ingat pemimpin PAS seperti Kadir Jasin yang kenyang makan dedak zaman Tun. Sekarang berlagak tuduh pemimpin PAS makan dedak DS Najib. Nasihat saya supaya Datuk Kadir Jasin ambil cermin suluh muka dulu, sebelum tuduh pemimpin PAS. Cuba periksa dulu harta dan kekayaan yang beliau miliki adakah  ibu bapanya orang hartawan di Tokai Kedah. Atau pun  beliau  kaya hasil menjadi pengampu Tun Mahathir dan Umno. Sekarang baru belajar marah kepada Umno kerana dedak Umno tidak cukup.

Tun Marah kepada PAS kerana dasar Islam yang dibawa oleh PAS tidak boleh diterima oleh beliau. Tun istiqamah menentang perlaksanaan syariat Islam di negara ini. Berilah apa hujah beliau tetap dengan sikap beliau.  Beliau hendak suruh PAS ikut Islam tafsiran beliau. Kalau mufti pun, Tun lawan. Sunnah Nabi pun beliau perli, apalah sangat dengan PAS. Ingatan kepada Tun, PAS melawan Umno kerana dasar. PAS  lawan umno, bukan kerana tidak dapat dedak. Berbeza dengan Tun, lawan pemimpin Umno kerana dedak tidak cukup. Nanti apabila dapat dedak maka senyaplah dan kembali ke pangkuan Umno semula.

Aktivis Ditampar Ahli PAS, Pengarah Urusan KPRK Kerana Perjuangkan Masalah Perumahan Rakyat Kelantan.

Tular di laman sosial, seorang aktivis rakyat yang juga ahli parti PSM Kelantan telah dipukul oleh Pengarah Urusan KPRK, Nik Salman berikutan tindakan aktivis berkenaan memperjuangkan masalah perumahan yang dihadapi oleh sesetengah pembeli.
Menurut Pengarah Propaganda SAMM, Edy Nor Redzuan turut mengesahkan bahawanya Nik Salman juga merupakan seorang ahli PAS. 
Selain ditampar, aktivis tersebut dilaporkan turut bergelut dengan bodyguard Nik Salman di hadapan kaunter penyambut tetamu.
Dalam perkembangan kes yang berkaitan, Harris Nasril mendakwa pemaju telah mengeluarkan surat ugutan untuk membatalkan S&P dengan pembeli (pengadu yang membawa masalah ke pihak PSM) kerana membabitkan PSM dalam masalah berbangkit.
Berikut dibawah ialah kronologi kejadian aktivis ditampar oleh Pengarah Urusan KPRK.
Oleh : Aduka Taruna
Penjelasan isu Pengarah Urusan KPRK memukul Pengerusi PSM Kelantan: Nik Salman dimaafkan, tetapi aduan tetap diuruskan hingga selesai.
1. Saya, Khairul Nizam Bin Abd Ghani, Pengerusi PSM Kelantan, juga AJK Pusat PSM.
2. Bermula dengan aduan dari Cikgu2 PASTI kepada PSM, yang membeli rumah 90% siap tetapi terbengkalai selepas itu.
3. Berkembang kepada pembeli rumah KPRK (Kumpulan Perumahan Rakyat Kelantan) yang lain2nya. KPRK ada banyak projek. Maknanya ada banyak pembeli. Ada kes yang hanya elektrik sahaja. Ada kes yang rumah pun tak wujud. Pelbagai aduan.
4. Kejadian tadi ialah bertemu Nik Salman, Pengarah Urusan KPRK bagi membincangkan aduan pembeli rumah 90% siap.
5. Bila sampai di meja penyambut tetamu, kita bagitau nak jumpa Nik Salman. Sebelum ini pernah jumpa beberapa kali, tiada masalah. Untuk kes aduan yang ini, kes aduan pun ada progress oleh Nik Salman.
Apabila Nik Salman keluar, saya seperti biasa bagi salam, hulur tangan bersalaman dan bagitau tujuan kedatangan. Tiba2 dia tampar. Kemudian seorang dipercayai pengawal peribadinya turut meluru. Saya ada banyak pengalaman bab ini. Saya bimbang jika mereka bersenjata. Maka, terjadilah pergelutan sehingga cermin pecah dan pintu rosak.
6. Selepas menyedari pengadu lain mula mengeluarkan HP untuk merakam, Nik Salman kendur sedikit. Dan mengajak berunding. Lepas berunding, saya menghulurkan tangan untuk salam, atas nama kemanusiaan. Nik Salman menyambut salaman. Kemudian saya memberitahunya, atas nama professional, saya perlu buat laporan polis. Untuk elak kejadian tidak diingini masa depan.

7. Laporan polis sudah dibuat (dilampirkan). Saya maafkan Nik Salman atas dasar kemanusiaan. Jika dia ada masalah pun, boleh buat aduan ke PSM. Tetapi aduan2 rakyat terhadap KPRK tetap perlu diteruskan.
Nik Salman (juga majoriti di Kelantan) hairan PSM ambil kes tiada kaitan dengan politik kepartian. Saya kata, saya tak jual undi. PSM masih dicurigai di Kelantan. Undi pun rahsia. Semua pengadu tak semestinya undi PSM. Malah, jika kes mereka berjaya selesai pun, tegur jumpa di jalanan pun belum tentu lagi.
Tapi setiap orang ada perkara yang buat mereka gembira dan bahagia. Jika Nik Salman happy melancong, kami di PSM happy bantu orang. Kami adalah sosialis. Sosial adalah masyarakat. Jiwa kami adalah jiwa masyarakat.
8. Semoga Nik Salman dan KPRK dapat membantu menyelesaikan aduan2 dari pengadu. Saya akan terus berjumpa Nik Salman selagi mampu (kewangan dan sihat). Insyaallah. Amin.

Jawatan PM Bukan Macam Agih Harta Pusaka, PAS Sindir PKR.


Berapa Lama Mahu Berpaut kepada Anwar.?

1. Dalam Kongres PKR hari ini, sebahagian besar pemimpin Pakatan Harapan memegang plakard "Anwar PM ke 7". Cuma, agak hairan apabila melihat Tun Mahathir dan Tan Sri Muhyiddin tidak pula memegang plakard tersebut walaupun mereka bersama berdiri di pentas utama.

2. Semenjak dulu sehingga sekarang, nama Anwar sering diratib seolah ubat mantera mujarab kepada penyelesaian masalah negara ini. Pakatan Harapan lebih selesa untuk terus hidup di alam mimpi yang tidak berpijak di alam realiti. Hakikatnya, PRU 14 hanya menunggu masa dan detiknya sahaja untuk berlangsung sebelum Jun 2018. Anwar masih lagi berada di penjara pada tempoh itu, jadi mengapa berharap atas perkara yang tidak pasti.?

3. Ada juga cadangan agar Wan Azizah dilantik sebagai PM Peralihan, kemudian diserah jawatan PM Sebenar kepada Anwar. Jawatan PM adalah urusan mentadbir sebuah negara, ini bukan kerja seperti mengagih harta pusaka warisan ahli keluarga. Adakah PH  mahu mengulangi episod Langkah Kajang dahulu yang menyaksikan kesudahannya Wan Azizah hanya berjaya kekal sebagai 'bekas calon MB Selangor' sahaja.?

4. Dalam ucapan Naib Presiden PKR pula, Nurul Izzah membacakan warkah amanat dari penjara yang dikirim oleh ayahandanya. Anwar dikatakan sudah menjangkakan PAS akan memutuskan hubungan dengan PKR kerana kononnya kebelakangan ini PAS lebih mesra kepada UMNO, PAS dituduh tidak menentang GST, PAS tidak menentang kenaikan harga minyak, dan  PAS tidak sertai Himpunan BERSIH. Anwar juga menafikan PKR menentang RUU 355.

5. PAS dituduh bermesra dengan UMNO oleh Anwar. Adakah Anwar menyangka PAS terlupa cadangan UG versi PKR dulu iaitu Konsensus Nasional.? Adakah Anwar menyangka PAS terlupa berkenaan rundingan sebalik tabir di London pada penghujung tahun 2013 dulu.? PKR diwakili oleh Saifuddin manakala UMNO diwakili oleh Zahid dalam rundingan sulit di  The Landmark London Hotel itu.

6. Anwar menuduh PAS tidak menentang GST, kenaikan harga minyak, dan  pilihan raya bersih. Ini tuduhan yang sangat tidak berasas. Mungkin dek kerana Anwar di penjara menyebabkan dia tidak tahu berapa banyak kenyataan media dan ucapan pimpinan PAS dalam isu ini. Bahkan, Tuan Guru Presiden PAS sudah banyak kali ketika berucap di Parlimen menyebut mengenai GST adalah cukai yang zalim, ianya perlu ditarik balik. Berita sebegini usahlah diharap untuk terbit dalam portal media proPH seperti Malaysiakini, Free Malaysia Today dan The Malay Mail.

7. Adapun berkenaan RUU 355, kita semua sedia maklum bahawa PKR begitu bercelaru dalam isu ini. Anwar seolah menyokong RUU 355, Azizah berkata dia tidak faham RUU 355, Azmin pula sering mengelak menyatakan pendirian, Rafizi dan Ahli Parlimen PKR yang berada dalam precouncil pula bersepakat untuk menentang RUU 355. Adakah Anwar menyangka PAS tidak nampak apa yang berlaku itu semua.?

8. Entah berapa lama lagilah PKR dan PH mahu berpaut kepada nama insan bernama Anwar.? Itu hak mereka cuma perlu diingat perjuangan hanya atas nama individu tidak akan dapat kekal lama kerana ia amatlah goyah dan boleh berubah. Bukti nyatanya lihatlah hari ini PKR sendiri sudah begitu berbangga dapat bersekongkol dengan Tun M yang dulunya memfitnah, memecat dan memenjarakan Anwar dalam kes Liwat 1. Setakat ini, tidak pula kita dengar Tun M menyesal dan meminta maaf atas kesilapannya dahulu.
PAS yang dulunya menjadi teman setia di kala PKR susah-payah menentang Tun M, kini PKR sanggup pula bersekongkol dengan Tun M menyerang PAS.
Benarlah kata pepatah, "habis madu, sepah dibuang".

Catatan oleh,
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS

21 Mei 2017
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...