Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 26 Mei 2017

Mejar Zaidi Ditampar Geng PAS-UMNO Di Kawasan Masjid (Video Inside)

Siang tadi sekumpulan NGO yang pro kepada PAS dan UMNO telah mengadakan satu perhimpunan aman selepas solat jumaat.

Perhimpunan itu diadakan di perkarangan Masjid Simpang Enam, Georgetown. Ia diadakan sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwa masuk campur dalam urusan fatwa di Pulau Pinang walaupun isu berkenaan telah dijawab dan dinafikan oleh pihak Mufti Pulau Pinang itu sendiri, Dr. Wan Salim Wan Mohd Noor. 

Pada awalnya ia berlangsung secara aman namun ketegangan mulai tercetus apabila Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi cuba berkomunikasi dengan seorang bekas pemimpin muda PAS yang pada ketika itu sedang bercakap di khalayak ramai.

Mejar Zaidi dilihat telah ditolak ke belakang dan dihalang dari menyampaikan sesuatu kepada individu yang sedang berucap oleh sekumpulan peserta yang turut menyertai perhimpunan itu.

"Fatwa ini bukan mak bapak awak punya Lim Guan Eng. Fatwa ini orang Islam punya, " katanya dalam ucapan tersebut.

Mejar Zaidi dipercayai mahu membetulkan salah faham namun dihalang dari memberikan penjelasan berhubung isu yang dituduh oleh kumpulan berkenaan. 

"Dia tuduh kerajaan negeri, tu yang aku nak tanya, fatwa apa yang dihalang, " kata Mejar Zaidi dalam kejadian tersebut. 

Selepas ditolak, salah seorang peserta perhimpunan itu juga dilihat bertindak menampar Mejar Zaidi sambil mengatakan sesuatu.


Selain dari ditampar dan ditolak, Mejar Zaidi juga dilemparkan dengan kata-kata kesat ketika mahu meninggalkan perkarangan masjid. 

"Bodoh punya tentera", "makan dedak babi banyak sangat", "hei lembu", "bangang", antara kata-kata kesat yang dilontarkan oleh kumpulan itu terhadap Mejar Zaidi. Mejar Zaidi meninggalkan tempat kejadian dengan diiringi seorang anggota keselamatan bagi mengelak dari sebarang kejadian yang tidak diingini. 

Mejar Zaidi suatu ketika dahulu pernah diangkat sebagai wira oleh PAS kerana bertindak melaporkan penggunaan dakwat kekal yang tidak kekal. Namun selepas keluar meninggalkan PAS dan bekerja dengan Lim Guan Eng, Mejar Zaidi seringkali dikritik dengan teruk oleh penyokong-penyokong parti berkenaan di laman sosial.

Klik sini jika video gagal load.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...