KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH
Ini lawak, seriyus.
Baca jap ;
Seorang pensyarah, Prof Madya Dr Hanafiah Harun mengingatkan rakyat di negara ini, khususnya umat Islam agar berhati-hati dalam menerima atau mempercayai sebarang maklumat atau dakwaan terhadap kepimpinan negara khususnya dari pihak luar yang dikhuatiri mempunyai agenda dan muslihat tertentu untuk campur tangan dalam pentadbiran negara.
Menurut beliau, setiap perkhabaran atau berita yang diterima khususnya dari pihak luar perlulah diteliti dan disiasat terlebih dulu, kerana dibimbangi berita atau maklumat tersebut ada berunsur fitnah untuk menjatuhkan pihak tertentu di dalam negara.
“Apa juga maklumat yang kita terima, sebagai umat Islam kita mestilah menyiasat terlebih dulu untuk memastikan kesahihan perkara tersebut sebelum kita mempercayainya. Bahkan jelas di dalam Quran juga Allah swt memperingatkan kita agar berhati-hati dan menyiasat sebarang berita yang diterima dari orang-orang fasik.
“Dalam isu-isu yang mengaitkan kepimpinan negara, ianya adalah bersumberkan dari pihak luar yang bukan setakat fasik, malah mereka itu adalah orang-orang kafir. Jika menerima berita daripada orang-orang fasik pun kita mestilah siasat terlebih dulu, apatah lagi kalau maklumat dan berita itu datang dari orang kafir.
“Jadi dalam hal ini, saya melihat segala pertuduhan dan dakwaan yang dibuat oleh pihak luar terhadap kepimpinan negara perlulah kita perhalusi ketelusan maklumat itu sebelum kita menelannya bulat-bulat. Kita bimbangi jika maklumat yang datang dari mereka itu bertujuan untuk memecah belahkan rakyat dan mengkucar kacirkan politik negara demi agenda tertentu mereka,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas berhubung isu saman sivil yang dilakukan oleh Deparment Of Justice (DOJ) terhadap 1MDB.
Tambah beliau lagi, rakyat pastinya masih belum lupa tentang berita sebelum ini kononnya mahkamah Perancis ingin mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu pembelian kapal selam Scorpene.
“Dulu kecoh di negara kita kononnya PM kita mahu didakwa di mahkamah Perancis ekoran isu pembelian kapal selam dan kes pembunuhan Altantuya. Namun sehingga ke hari ini, masih tidak ada sebarang pendakwaan terhadap PM kita dan ini secara jelas memperlihatkan bahawa berita tersebut adalah satu pembohongan semata-mata yang disebarkan oleh pihak tertentu untuk mencemarkan imej kepimpinan negara.
“Begitu juga dulu kononnya heboh bahawa FBI akan menangkap Datuk Seri Najib berhubung isu penyelewengan 1MDB tetapi sehingga ke hari ini tidak ada apa-apa yang berlaku.Malah selepas berita itu tersebar, Datuk Seri Najib telah menghadiri sidang PBB di New York. Tidak ada pun agen FBI datang untuk menangkap beliau,” tegasnya.
Justeru itu beliau berpendapat bahawa segala apa yang digembar gemburkan kononnya pihak luar akan mengambil tindakan terhadap kepimpinan negara nampaknya jelas tidak betul belaka dalam isu 1MDB, kapal selam Scorpene dan isu pembunuhan Altantuya seperti yang dicanang oleh pihak tertentu.
“Bagi saya, berita seperti ini disebarkan oleh pihak tertentu hanyalah bermotif politik dalam usaha untuk mencemar imej kepimpinan kerajaan dan juga untuk mengelirukan rakyat semata-mata. Tidak ada kebenarannya dalam hal-hal seperti ini dan ianya lebih kepada propaganda politik untuk mengharu birukan pemikiran rakyat.
“Jadi saya minta kepada rakyat di negara ini agar tidak menelan bulat-bulat segala maklumat atau informasi yang disebarkan, khususnya yang datang dari pihak luar. Kita mesti berhati-hati dalam mempercayai maklumat dari mereka kerana kita sendiri sudah sedia maklum, bahawa pihak-pihak luar dari barat berkemungkinan besar mempunyai agenda tertentu dalam mencampuri urusan dalaman negara,” ujarnya.
-------------------------
Dorang neh ingat rakyat Malaysia neh bodoh nak mampos ke macam mana? Walaupun kita orang sekarang malas nak demo-demo, malas nak langgar Putrajaya tak bermaksud kita orang bodoh-bodoh, bodoh!
Ada ka patut Prof mana tah dorang sapu untuk hasut rakyat agar jangan menerima sangat apa yang dilakukan oleh DOJ dalam siasatan berhubung money laundering semata-mata kerana USA tu kapiaq.
Tahap prof apa macam neh. Belajar tinggi2, siang malam tak henti, dok mencari ilmu ja tapi sikap macam orang takdak ilmu.
Saman DOJ tu bukan satu urusan campurtangan ke atas negara Malaysia. Dorang siasat dalam negara dorang. Bukan datang sini siasat. Faham ke tak faham prof sorang neh. Dorang siasat bab pengubahan wang haram yang babitkan sistem perbankan di negara dorang. Kalau terbukti salah, wang2 yang dicuri dan dirompak dari 1MDB akan dipulangkan semula ke atas 1MDB. Tu je. Benda baru prosiding dah sembang pelik-pelik.
Main internet tak fikir pula ianya ciptaan kafir. Smartphone melayu ada ke Prof? Ke kafir punya juga kau guna?
Bodoh!
Cakap aje la ko tu penjilat Najib. Senang cerita. Apa la buat karangan konar sana konar sini spin merata kencing tak henti-henti sangat. Mengaku sudah. Sedap dedak neh kekadang memang payah nak elak bagi binatang kot.
KAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAH
KAHKAHKAHKAHKAH