Ini ialah gambar air kuning. Air neh macam air oren je. Tapi dalam gambar memang lah dia nampak kuning. Kalau tak dalam gambar pun memang dia kuning kekuningan walaupun nama dia air oren. Baru aku terfikir hal tue.
Nak tahu apa kaitan air kuning neh dengan najib? Malam tadi dikatakan berlangsung satu jamuan rakyat najib bersama rakyat malaysia di london. Dan air kuning neh ialah antara hidangan pada malam tersebut. Neh berupakan satu perli ataupun kebetulan? Tapi menurut blog ini, walaupun mereka hadiri jamuan makan malam tersebut tidak bererti mereka sokong najib. Owhh.. rupanya nak marah free je yer?
kah kah kah
Tapi apa pun selepas neh najib akan demam kuning. Demam kuning neh bukan macam demam bayi. Demam kuning ialah demam yang mana tak boleh lihat warna kuning. Kuning di mana2 sahaja untuk perli najib selepas neh.
kah kah kah
Nota : Ingat misi kita pada hari raya neh. Baju kuning kita semua. Sebarkan neh di blog dan twitter masing2.
Aku tiada apa-apa komen pasal gambar neh. Ada orang bagi gambar neh kat aku. Kata nya najib upload guna twitter dia. Tapi aku rasa bukan kot. Yang tangkap gambar neh lah yang upload gambar neh ke twitter najib. Pembantu khas najib yang mengendalikan twitter dan facebook najib.
Dan yang pasti dia bukan orang islam. Kalau dia orang islam apa kejadahnya orang tengah solat dia tangkap gambar ye tak? Tak pun dia perempuan? Tapi pelik gak apa kejadahnya pompuan buat kat saf lelaki semata2 nak amek gambar najib bersolat?
Tapi aku ada sedikit pelik bila tengok orang2 yang kat belakang tue.Kenapa dorang buat muka blur macam tue? Urmm gambar rosmah mansur bersolat taknak amek sekali ka? Saja je aku tanya. Rosmah kan cantik orang nya. Heh. Beginilah aku nak nasihatkan sikit kepada pembantu najib neh.
Dulu aku pernah menulis di facebook najib sebelum aku kena ban, aku tanya dia kat mana najib bersolat time dia pergi new york ari tue. Then sekarang tiba2 dia upload gambar najib bersolat jumaat. Which is, aku rasa dia baca rupanya komen aku. Thanks aku ucapkan.
Tapi sekarang aku dah tak boleh tanya pasal dah kena ban. Sekarang aku nak ko upload pula gambar najib solat subuh sampai ke isyak sewaktu dia di luar negara. Sapa2 yang belum kena ban, sila buat permintaan macam neh. Then kita tengok lepas neh ada ke tiada dia upload gambar najib bersolat dari subuh sampai ke isyak. Sekian.
Nota : Artikel ini tidak mempersoalkan tahap keimanan, menilai solat, ataupun mempersendakan ibadat najib. Sebaliknya memikirkan kerasionalan najib dalam mempromosikan solatnya sendiri. itu sahaja.
Video neh di ambil ketika polis menyerang kami. Aku sengaja lari sebab nak merakam aksi mereka yang menyerang kumpulan pendemo. Selain daripada merakam aku tangkap gambar dorang sekali. Tujuan nya sebab aku nak upload ke sini untuk paparan umum. Ini lah dia muka2 yang telah menyerang rakyat malaysia. Kalau korang kata mereka terima arahan daripada kerajaan untuk melakukan keganasan aku tidak setuju.
Bagi pandangan aku ialah kerajaan memang bagi arahan kepada dorang untuk menyuraikan orang awam. Tetapi tak semestinya pihak polis perlu suraikan dengan cara kasar dan keras. Mereka boleh je pilih cara baik dan tolak ansur. Yang jadi pasal bila mereka sendiri pilih cara keras untuk provoke orang ramai. Padahal benda kecik. Takde apa pun. Aku sampai ke hari neh hairan kenapa polis perlu guna kekerasan pada rakyat yang sama sekali tidak membuat ganas kepada polis?
Ini pula video sejurus sebelum aku ditahan polis. Aku sedang merakam suasana dan kemudian nya aku tiba2 di suruh pergi ke belakang jalan. Tetapi aku enggan. Aku mengunakan pelbagai hujah yang aku baca dari nota herman samsudeen sebelum neh. Macam2 aku cakap dengan polis. Aku taktahu kat belakang tue ada apa tetapi aku nampak polis bawa 2 orang lelaki kat belakang dan mereka tidak melawan.
Antara perbualan aku dengan polis yang aku ingat ialah ;
polis : pergi ke belakang tue kita nak amek id
aku : nak buat apa? amek id kat sini pun boleh.
polis : tak elok orang tengok neh. Jom pergi belakang.
aku : kenapa tak elok? Adakah polis melakukan kesalahan?
polis : haii dia neh banyak cakap pula. Pergi belakang tue sekarang <-- marah.
Betul kan aku cakap? Dia sendiri cakap tak elok then dia sendiri blame aku bila aku tanya kenapa tak elok? Ada satu ayat tue aku cakap macam neh kat polis "Pihak polis menjalankan tugas berasaskan perlembagaan, saya mengikuti undang2 perlembagaan, oleh itu saya berhak untuk tidak pergi ke belakang dan pihak polis boleh je lihat id saya di mana andai mereka menjalankan tugas mengikut prosuder yang ditetapkan"
Then ada pegawai polis lelaki berbaju merah [tidak memakai pakaian seragam] menyoal aku "are you lawyer? are you a lawyer"? Ceh.. speaking. Dia ingat dia sapa? Ingat kalau polis speaking kita kena buat2 bangang2 arh? Then aku tengok dia atas bawah. Apahal lah pakcik neh. Dah lah selekeh nak mampos. Aku mengumpat dia dalam ahti. Jangan2 itu je perkataan english yang dia tahu. "Tak. Tetapi itu tidak bererti saya tidak memahami dan mengetahui hak saya dalam perlembagaan".
Then ramai2 polis kemurun aku. Bukan satu atau dua. Tetapi sekumpulan polis. Perempuan dan lelaki bercampur. Ingat aku takut? Sikit pun tidak. Kami berhujah lagi kat situ. Aku tetap dengan sekeras kerasnya tidak mahu ke belakang. Dan last2 pihak polis mengalah. Dia cakap takpe, bagi je ID kat situ. Then aku cakap adakah selepas aku bagi ID aku akan dilepaskan? Jika tidak aku takmo bagi ID. Manalah tahu ini satu perangkap untuk menuduh dan meletakkan tuduhan yang bukan2 ke atas aku. Aku juga meminta masa untuk berfikir.
Dorang tiba2 berang. Dorang cakap aku suka banyak. Aku bukan cakap banyak. Aku cuma cakap benda yang betul. Bukan salah aku kalau aku hilang keyakinan dan kepercayaan kepada tugas polis. Mereka seharusnya mengkaji kelemahan diri sendiri. Barulah persepsi negatif tidak timbul. Then datang sorang polis dia cakap "bawa dia pergi belakang". Polis perempuan cakap "bawa je ke?". Then polis tue balas "bawa je". So dorang tarik dan tolak aku.
Aku cakap lah mana boleh buat macam neh. Neh dah langgar undang2. Mana boleh heret aku. Aku bukan buat jenayah ringan dan berat. Then polis pompuan 3 orang bergabung tarik aku. Dah lah aku cakap banyak kali, aku taknak ikut. Gengam tangan dan bahu aku kuat2. Buat lepas geram dia. Kepala hotak kau. Kalau nak tarik orang, tarik je lah. Apa pasal ko gengam bahu aku kuat2 sampai berbekas?
Aku paut kat tiang hitam tepi jalan tue. Dorang tolak aku. Celaka. Yang aku bengang tue, polis mana lak yang pukul belakang aku. Sepak kaki aku. Padahal aku dah berjalan masa tue. Kaki aku berdarah tahu tak. Aku ari tue jatuh motor, kena ekzos. Pepaham lah motor honda kan berat. Mana lah aku larat. Then polis celaka tue sepak tempat luka aku. Jahanam dowh. Sakit.
Sambil2 aku berjalan tue pun tolak aku. Aku sebelum neh dah keluarkan kamera dua kali. Aku dah on nak rakam. Polis rampas. Padahal aku dah cakap, aku nak rakam. Aku nak rakam semua perbualan dan perbuatan. Tapi dorang tarik kamera aku. Aku tarik balik. Apa ke gampang sangat? Mula2 aku cakap aku nak rakam, dorang cakap, arh rakam lah. Bila aku on suis dorang tarik kamera aku. Apahal? Dorang ramai nak mampos. Laki campur pompuan. Aku sorang je. So aku ada hak nak rakam semua nya. Kalau benar dorang buat tugas ikut prosuder, tak perlu takut dirakam.
Siap ada polis pompuan yang marah2 aku. Membebel tah hapa2. Tolak2 aku then cakap apa ko sibuk? Apa ko kesah? Padan lah muka. Babi dowh polis tue. Badan dia dah besar. Cengkam tangan aku. Dah kena pegang kiri kanan main tolak2 orang pula. Aku bengang aku sound lah balik. Aku minta ID dia. Sapa pun taknak bagi. Bangang. Ingat lepas ke? Kat dunia boleh lah tunjuk hebat itu pasal ramai2. Kalau akhirat ko kena balik gak.
Sampai kat belakang, macam yang aku suspect ada trak sedang menunggu. Heret aku nak ke atas trak tapi aku melawan. Aku cakap sebelum nak mengelabah letak aku dalam trak bagitau dulu apa kesalahan aku? Dorang cakap aku mengikuti perhimpunan haram tapi aku nafi.
polis : Awak tahu tak perhimpunan itu haram?
aku : tak tahu.
polis : habis apasal awak ada kat situ tadi? Barisan pertama. Ingat saya tak nampak awak ke?
aku : mana tahu itu perhimpunan haram. Itu perhimpunan apa pun saya taktahu. Saya tgk dorang kecoh2 saya pun rakam lah guna kamera.
polis : apsal awak rakam?
aku : best.
polis : best? Awak cakap best? Awak nak masuk penjara ke?
aku : takan merakam boleh masuk penjara? Sejak bila merakam itu satu jenayah?
polis : awak ada di tempat perhimpunan tadi. Sekumpulan dengan mereka. Itu pasal awak disini. Keluarkan id awak sekarang.
aku : saya taktahu apa2. Saya tgk dorang berhimpun then saya rakam. Sebab ini sejarah. Perkara macam neh nak jumpa 10 tahun sekalipun tak mungkin. So apa salah saya? [sambil aku bagi ic]
polis : awak dari mana? [dia tgk ic]
aku : cheras.
polis : awak buat apa kat kl?
aku : jalan2.
pakcik polis : lainkali jangan pandai2 menyertai perhimpunan haram. [polis yang lebih tua]
aku : okey pakcik, saya anggap pakcik macam bapak saya. Sekarang neh saya tatau apa2 pun. Tiba2 dorang heret saya ke sini dan tuduh bukan2. Ada sorang polis pompuan yang putih2 tue tolak2 saya dan gengam tangan saya kuat2. Lepas tue sapa tah sepak dan pijak kaki saya. apa id dia? Saya nak mengadu kelakuan dia. Dia serang2 peribadi saya dan cakap bukan2. Padahal saya tak kenal pun sapa pun. Bila saya minta id dia kat kakak polis tue, dia lari menyorok. Dan saya tidak bersalah.
Pakcik polis : Bak ic dia [polis yang pegang ic bagi kat pakcik neh]
polis : dia ada tadi kat sana. Duk depan sekali.
Pakcik polis : Awak buat apa kat sana?
Aku : rakam. Benda neh sejarah so saya rakam.
Pakcik polis : sejarah hotak kau. Sekarang macam mana? Ko nagis dulu.
Aku : Ngeee [purak2 nagis]
Pakcik polis : Budak2 mcm ko neh.. cepat sangat kena pengaruh..
Aku : Dah nagis dah pakcik. Sekarang lepaskan saya. Saya tak salah. Badan saya sakit kena belasah neh.
Pakcik polis : Sekarang neh saya bebaskan awak. Saya nak awak pergi dari sini ikut jalan sana. Jangan awak hampiri sini dan kawasan sebelah sini [sambil tunjuk tangan]. Pergi sana.Kalau nampak awak lagi, awak akan ditahan serta merta.
So aku bebas. Sambil2 menunggu kebebasan aku, aku nampak ada india kena tahan. Pakai baju kuning. Ditangkap depan maybank. Adakah kawasan situ kena rempuh? Aku tak berani keluar hp.
Aku nampak gak orang solat kat situ. Orang tue kena tahan. Tapi minta izin nak solat. Polis bagi nampaknya. Siap ada sejadah lagi. Maknanya ada gak polis yang ikut akal. Cuma bukan majoriti lah.
Polis pompuan yang escort aku keluar ikut jalan lain pesan kat aku bahawa jangan ikuti perhimpunan haram. Sekarang neh mesir di landa kebuluran. Nak makan roti pun mustahil. Aku diam je. Aku cakap dalam ahti. Sapa plak kasi info palsu kat ko, kakak weh. Yang sebetulnya aku rasa aku sebaya dengan dia. Tapi disebabkan wajah aku kebudak2kan maka dorang seme ingat budak2 lagi. Walaupun dah pegang ic aku tetapi dorang masih fikir yang aku neh budak2 muda lepasan sekolah.
So nak taknak aku kena lah jarakkan diri dari bangunan maybank tue. Padahal aku nak pergi sana. Badan aku plak sakit2 dan melekat kotoran. Aku kena cari tandas untuk bersihkan diri. Ada baik nya gak aku singgah sogo dan jumpa nenek brutal dulu. Then sampai sogo lepas aku bersihkan diri aku duduk buat hilang penat dan sakit. Aku duduk sebelah pelancong indonesia. Aku dengar dorang berbual pasal perhimpunan haram. Tapi dorang tak kutuk2. Dorang cakap satu perubahan positif pasal kerajaan malaysia zalim. Dorang bual guna bahasa dorang. At least aku tahu rupanya orang indonesia pun ada yang amek tahu hal ehwal semasa malaysia.
Lepas tue aku sambung melepak dengan nenek brutal. Dah habis jumpa dia dengan mak dia, aku gerak naik lrt. Dalam lrt memang best. Siyes. Aku suka pengalaman aku dalam lrt. Sebab dalam lrt lah aku jumpa macam2 orang yang nak pergi perhimpunan. Mula2 aku naik lrt, masing2 muka sedang memikir je. Yang aku neh pula tunggu punya tunggu apsal lah si lrt neh tak lalu plaza rakyat? Aku nak berhenti kat situ.
Korang tahu tak? aku turun naik 3 kali lrt baru aku tahu yang lrt tak berhenti kat plaza rakyat.
kah kah kah
Yang buat aku tahu bila aku dah geram. Aku cakap lah kuat2. Apsal lrt neh tak berhenti kat plaza rakyat hah!!! Then memasing pandang aku. Pakcik2 yang tengah heboh citer pasal bersih balas cakap ;
" adik nak pergi mana? lrt tak turun sana. dah tutup"
"laaa yeke? mana tahu? tadi elok je buka"
"itu tadi. kita orang neh dari kl sentral. baru lepas lari ke sini. nak rehat dulu."
then ramai2 gelak.
aku tengok lah muka dorang sorang2. Ada cina ada india ada melayu.
"habis tue camne neh kita neh?"
Ceh. Berbincang pula aku dengan kumpulan pakcik tue untuk menyertai demo dalam lrt tue. Padahal aku pun tak kenal dorang sapa.
kah kah kah
"adik turun dulu. adik muda lagi. pakcik2 neh nak rehat. charge bateri"
then ramai2 gelak.
" Hehehe.. charge bateri lah pulak.."
"Sekarang tung sin hospital kena serang. SMS sampai."<-- uncle cina
"Arh.. tung sin? Saya nak pergi situ lah neh. Member saya kat sana. Kena serang tadi. Sakit tangan dia. Sebab berebut2 panjat pagar. Dorang serang water cannon dalam hospital gak"<-- aku menyampuk
"Macam2 mana.."
Gabungan pakcik2 sebersih tengah dicuss langkah2 nak pergi brhimpun. Aku plak pasang telinga.
Then amoi sebelah aku tanya. "Macam mana?""Entah. Saya pun taktahu." Amoi neh nak pergi berhimpun gak ke? Aku tanya dalam ahti.
Sampai station pudu. Pakcik tue suruh aku turun. Turun2 sini. Napa pakcik? Adik turun sini pergi tung shin. Jalan kaki jauh sikit tapi kuatkan semangat tue.
Aduhaii.. pakcik neh. Aku dah lah pemalas nak jalan. Tapi aku turun gak. Ikut nasihat orang tua. Aku jalan perlahan2. Dan aku jumpa ramai rombongan orang dari arah bertentangan. Macam2 bangsa ada. Cina india melayu semua cukup. Bila aku dah letih aku lepak kat bus stop. Aku lepak dengan sekumpulan pakcik2 yang dalam usia 40 tahun ke bawah. Tadi dalam lrt 40 tahun ke atas. Aku dengar je dorang sembang.
Rupanya dorang baru lepas kena serang dengan water cannon. Dorang bercerita pasal lari laju. Ceh. Berlumba rupanya. Dorang bertanding sapa lari paling laju untuk selamatkan diri masing2. Ada 3 melayu 1 cina. Aku tak pasti 3 melayu tue betul ke tidak. Sebab aku tengok sorang muka melayu tue cam cina. Sebijik. Tapi fasih gila bercakap melayu. Then aku tanya kena serang kat mana? Dorang cakap depan puduraya. Owhh.. aku nak pergi tungshin. Aku citer kat dorang. Then pakcik cina bagitau arah. Dia cakap nak pergi klcc sekarang. Dorang kat situ.
Peh tue pakcik melayu jawab. Laa ko tak puas lagi ke? Cukup lah tue sama2 dah merasa tear gas. Bagi peluang kat orang lain plak. <-- dia tunjuk aku dowh. Hampeh. Ingat tear gas tue kuih raya ke? Boleh plak sama2 merasa. Aduhaiii pakcik neh. Aku senyum je dan teruskan perjalanan. Semakin aku menghampiri lokasi semakin ramai orang yang aku jumpa. Rata2 mereka dibasahi. Memang baru sangat lepas kena serang.
Then aku berhenti lagi. Aku duduk depan kedai serbaneka. Aku tak pasti samada ia seven eleven ke apa. Aku rakam video neh. Aku dapat tahu polis tengah bersiap sedia nak pergi ke klcc. Sebab peserta demo dah berkumpul kat sana.
Masa neh lah aku jumpa saksi pertama [cakap berdepan] bahawa pihak polis serang hospital. Kakak neh aku tak kenal dia sapa. Takan bangang2 dia nak tipu aku? Lepas rehat 5 minit aku sambung jalan dan sampai depan hospital. Memang ramai orang kat dalam hospital. Kat sini lah aku jumpa wartawan dari awani. Wartawan awani interview pemerhati suhakam. Dorang tanya macam2 tapi hairan awani tak siarkan pun. Aku suspect ia tak boleh tak disiarkan.
Antara perkara yang aku ingat ialah pemerhati suhakam melaporkan polis bertindak zalim dan kejam kepada peserta perhimpunan yang tidak melakukan apa2. Seharusnya media dibenarkan memberikan laporan telus tentang serangan polis kepada rakyat. Kita tidak mahu ada kekangan media dan penipuan maklumat. Dan ada wartawan dari singapore juga melaporkan hal tersebut.
Buat pertama kali nya aku mendapat persepsi baru tentang awani. Aku dapat rasakan bahawa mereka cuba menjadi telus. Tetapi mereka dihalang untuk melaporkan kebenaran. Sebab itu kadangkala aku dapat rasakan bahawa awani ada bagi klue dalam berita mereka. Kadangkala mereka cakap lain tetapi gambar lain yang dipertontonkan. Seolah2 nak mengajak penonton berfikir. Ini bermaksud sangkaan aku ada benarnya. Selepas aku tengok mereka interview sana sini aku pun duduk kat sebelah uncle cina yang sedang bersembang dengan mat saleh.
Mat saleh tanya macam2 soklan kat uncle tue. Especially tentang polis yang tembak tear gas. Mat saleh tue siap buka baju lagi. Aku senyum2 je dengar uncle tue citer. Ada satu soklan tue mat saleh cakap ini kah layanan negara islam kepada rakyat? Then uncle cina tue jawab. Tidak. tidak. Jangan salah anggap. Ini bukan cara orang islam handle situasi. Ini cara sekular. BN itu sekular. Malaysia ialah negara sekular. Bukan islam. [Mereka sembang dalam english]
Aku tengok uncle dalam2. Terharu dowh. Uncle tue pun tahu islam macam mana. Mungkin juga uncle tue muslim. Dan aku taktahu. Tapi siyes aku rasa terharu sangat. Pasal dari loghat percakapan dia, aku yakin dia berbangsa cina. Soal agama aku kurang pasti. Cuma aku rasa kalau wujud satu uncle yang berpendapat begini tak mustahil ramai lagi orang2 cina faham bahawa layanan islam kepada rakyat bukan begini caranya.
Ada satu benda yang aku terfikir2 dua tiga hari sebelum perhimpunan bersih 2.0. Maybe juga aku kena hasut dengan orang umno. Dorang cakap orang cina takan sertai perhimpunan bersih 2.0 sebab dorang pentingkan duit dan kekayaan. Tetapi semasa aku sendiri menyertai perhimpunan neh aku dapati memang ramai orang cina sertai perhimpunan bersih 2.0. Dari dalam bas sampai lah ke destinasi tak henti2 aku jumpa orang cina yang menyertai bersih. Nampaknya keraguan aku tidak munasabah. Soklan yang tak patut wujud dalam minda aku. Soklan yang aku kena buang jauh2 untuk bersih 3.0 kelak. Sekian
Nota : Video peribadi di upload guna youtube walau rasa kelakar. Hahaha. Bye.
Untuk video klik sini dan sini kalau kat atas tue takley load.
Ameno : Sapa ada pengalaman bersih kat klcc?
[ADS] BH bagi duit, amek. Hehehe.. ada contest xplore kat sini
Macam mana nak jadikan blog korang mesra mobile supaya apabila seseorang membuka blog korang melalui handphone ia akan cepat load dan memudahkan urusan dia? Kira takdelah dia tunggu lama nak mampos di mana benda2 yang tak perlu tidak akan di load sekali dalam mobile dia sampai dia rasa menyemak dan last2 pangkah je blog tue untuk habiskan citer! Hehehe...
Aku pun tak pernah terfikir benda alah neh. Tapi tadi ada plak pembaca yang suruh buat so aku pun buat lah. Entah jadi ke tidak aku tatau sebab belum test lagi. Pada sesiapa yang browse guna handphone boleh je kot check. Cara nya memang mudah sangat. Sampai aku merasakan yang aku neh memang jenis pemalas. Punyalah hampir setahun aku berblog, function tue aku baru jumpa. What happen? Maybe terlalu seronok mengumpat kerajaan sampai aku malas dah nak godek2 hal ehwal blogging neh.
kah kah kah
Cara2 nak jadikan blog korang mobile friendly ialah ;
1. Pergi dashboard
2. Pergi setting
3. Klik kat email dan mobile
4. Preview - kalau nak tengok paparan blog korang bila dalam mobile
5. Save.
Tambahan. Ada lagi benda korang kena buat. Tutorial neh incomplete. Aku rasa lah. Sebab ada orang dah test tapi tak menjadi katanya. Korang masuk ;
Tutorial season dah mai. Nak rileks jap. Aku baru tahu benda alah neh tadi so nak share kat sini untuk kemudahan kekawan kelak. Korang nak tahu tak apa kepentingan benda alah neh? Kegunaan benda alah neh ialah ;
1. Masukkan HTML redirect google image search di blog - bila orang search image yang ada kaitan dengan blog ko - hasil paparan search [result of search image] akan memaparkan blog ko bersama dengan image yang berkenaan.
2. Tanpa HTML redirect google image search di blog - bila orang search image yang ada kaitan dengan blog - dia hanya paparkan image dan di belakang [background] ialah blank - bila dia pangkah x kat gambar image - baru masuk ke blog ko untuk image detail dan etc.
Itu kalau dia pangkah image. Kalau dia save terus dari sana, maka dia tak perlu pun masuk blog ko kan? Elok buat benda neh sebab boleh tambah traffic. Aku dah cuba tadi. Memang berjaya. Hopefully kekawan yang ada blogspot pun buat untuk sama2 tambah traffic memasing.
Ini step dia ;
- Mula2 pergi dashboard - design - edit html - cari neh ==> </body>
Macam biasa bagi memudahkan pencarian korang kena type ctrl + f.
Dah jumpa? Pastekan benda alah neh di atas word neh. Contoh
</body> <-- paste code atas di atas perkataan neh.
Lepas tue save dan boleh cuba hasil sendiri. Search image atas nama image yang korang save kan. Nama image sebenarnya memainkan peranan yang cukup penting dalam SEO dan menaikkan PR masing2. Aku akan update pasal neh lainkali. Sekian.
Ya. Betul. Ini ialah satu persoalan yang najib kena jawab. Lihat gambar di atas neh. Gambar di atas neh membuktikan yang najib telah membawa anak dia sekurang-kurang nya ke UK. Manakala yang kat depan anak dia itu dipercayai adik najib, nazim. Apa alasan yang najib untuk membawa nazim dan ashman ke UK?
Adakah ashman memang belajar di sana? Kalau ya dia belajar disana aku boleh anggap isu neh selesai. Tetapi bagaimana pula dengan adik najib? Adakah dia belajar di sana juga? Bukan kah dia itu bekerja di malaysia? Jika andaian aku benar, sepatutnya adik najib datang bersama2 najib dari malaysia ke UK dalam satu kapal terbang. Dan ini sesuatu yang pelik kerana tv3 melaporkan najib bersama delegasi KERAJAAN tiba di UK pada sekian2.. bila tv3 sebut je delegation kerajaan <-- orang2 yang bekerja dengan kerajaan.
Nazim ini bukan kakitangan kerajaan pun. Adakah najib membawa dia untuk dijadikan kroni? Nazim neh dah kaya nak mampos. Dia boleh pergi balik UK guna duit dia sendiri. Kita tak perlu tanggung segala bagai kos lawatan dia kat sana. Tak peduli apa fungsi dia dengan kerajaan yang pasti dah takde ke muka2 lain yang boleh diberikan amanah untuk bekerjasama dengan najib dalam menarik pelaburan masuk ke malaysia? Kenapa perlu adik najib? Owh.. kebetulan dia berkaliber time najib berkuasa?
Seseorang tue kalau berkaliber dia tak perlukan sokongan najib pun. Dia boleh je membina rangkaian perniagaan dia sendiri. Tetapi kalau nak sampai ke mana2 hala pun dok bawa dan usung satu keluarga dia, itu apa? Nak marah persepsi orang? Nak marah persepsi rakyat? Persepsi yang sama lah yang menyebabkan menantu nik aziz kena lepas jawatan. Aku cukup2 suka menantu nik aziz melepaskan jawatan dia dulu. Bagi aku kalau dia hebat sangat, biar dia berkerja dengan orang lain. Jangan dok dekat2 dengan kepimpinan bapa mertua pasal orang akan hadir persepsi.
Begitu juga dengan kes adik dan anak najib neh. Gambar anak najib jelas terpampang ikut bapa dia ke sana. Fungsi dia aku taktahu apa. Yang kalau aku tahu dari kl sampai ke UK dia ikut bapa dia itu bermaksud dia dan nazim telah ditaja oleh rakyat malaysia. So apsal pula rakyat malaysia tak boleh rasa marah?
Dan kalau ada gambar nazim depan2 [nampak muka] bahawa dia pun memang terbukti menyemak sekali dalam rombongan neh memang sah lah layak najib dapat maki. Belum clear lagi beberapa isu so aku hold dulu urusan nak maki najib. Dah clear semua, kita maki najib ramai2. Jangan cari pasal dengan buang duit rakyat. Duit rakyat bukan duit bapak kau walaupun arwah bapak kau ialah bekas PIEM. Ingat tue.
[ADS] Tiket free malaysia lawan chelsea nak? Klik sini
[ADS] Contest untuk ibu-bapa. Pilih 3 jawapan terbaik dan menang hadiah disini
[ADS] Celcom tawarkan jersey yang ditandatangani oleh pemain chelsea. Nak? Klik sini
Ameno : Rosmah minat beli belah di harrods? Berapa juta habis? Heh.
Ini gambar najib dengan paderi. Ini dikatakan super impose. Di beritahu kepada aku oleh seseorang. Tidak. Dia bukan orang umno. Dia orang pakatan rakyat. Persoalan utama disini ialah, apakah ini gambar super impose atau gambar benar?
Jika ini gambar super impose maka siapa yang buat? Apa tujuan dia? Apa masalah dia? Apa perlu dia buat gambar seperti ini? Adakah otak dia berfikir dengan membuat gambar super impose akan membuatkan perjuangan dia menentang umno menjadi suci, jihad, berpahala dan bagus?
Jika ini ialah gambar super impose maka apa beza tindakan dia dengan cybertroopers umno? Mari kita halusi sebentar perkara neh ;
1. umno super impose gambar dsai = jahat = kejam = zalim = fitnah?
2. pr super impose gambar dsai = baik = bagus = bijak = adil = perjuangan?
Owh.. okey.. baik anda ialah fack. Super impose ialah satu hal yang lain. Tidak menerangkan ia super impose ialah satu hal yang lain. Memecahbelahkan ukhwah antara penganut islam dan kristian pula ialah satu hal yang lain. Dia buat 3 kerja dalam satu gambar. Otak dia tak berfikir dalam. Otak dia nampak keburukan umno. Tapi otak dia lupa cermin keburukan diri sendiri. Aku tidak tahu siapa yang super impose. Kalau aku tahu aku tegur depan2. Bukan cakap dalam blog. Memang ini cara aku.
Andai gambar ini benar sekalipun ia tiada isu. Najib boleh berjumpa dengan pope. Berjumpa dengan pope, syirik ka? Berkawan dengan pope, berdosa ka? Di dunia yang begitu berbilang kaum neh tolong jangan sempitkan pemikiran dan akal masing2. Ini sebijik cam perangai umno. Bila pemimpin pas dan dsai berjumpa pope segala bagai, pemimpin2 pakatan rakyat dikutuk dan diherdik Sedangkan menjalin hubungan yang baik dengan ketua2 agama lain tidak menjadi hal.
Jadi kalau najib berjumpa pope, so apa masalahnya disini? Kenapa perlu nak melenting pula? Of course kita mahu umno mengulas apa pasal bila najib buat benda yang pakatan rakyat buat, maka ia jadi betul dan benar pula tetapi jangan disebabkan itu kita rasa kita ada lesen nak super impose dan fitnah najib. Gambar ini diyakini super impose. Aku tak pandai check. Tapi aku dapat tahu ia super impose. Bagaimanapula dengan orang yang taktahu check dan tatau ia super impose? Bukan kah ini fitnah? Fitnah najib is okey? Fitnah pr is not okey? Heh.
Tetapi aku percaya selepas mereka baca entry neh, ramai orang yang pandai check, akan check. Mereka boleh periksa kebenaran dari sini. Bukan pula aku nak menghukum buta2 dengan menyatakan gambar ini sah super impose. Cuma aku minta korang siasatlah kebenaran nya dari sini menggunakan akal masing2.
Tolong ya berakhlak sepertimana yang anda juangkan. Tolong la ya fikirkan akibat daripada tindakan bodoh seperti ini. Sekian
Ratu pakai kuning beb. Pakai kuning jumpa najib beb. Bukan baju dia je kuning, dengan bunga2 ros dia sekali kuning.
kah kah kah
Adakah ini satu kebetulan? Aku rasa tak mungkin. Ini jelas satu sindiran. Satu sindiran hebat kepada najib dan kepimpinan barisan nasional atas isu bersih. Kekejaman kerajaan dan polis ke atas peserta bersih mendapat perhatian luar biasa dunia disebabkan kesalahan dorang sendiri. Peserta bersih jelas tidak melakukan apa2 kesalahan dengan berdemo dan memakai baju kuning. Orang luar tahu. Dorang pun gelak guling2 lepas tahu pakai baju kuning di malaysia boleh kena tahan polis.
Najib tak rasa tersindir ka? Najib tak rasa termalu ka? Dengar khabar najib tidak di sambut dengan karpet merah ketika keluar dari kapal terbang sewaktu mula2 tiba di UK. Kalau aku wakil UK yang bertanggungjawab sambut najib, aku hampar karpet. Tapi karpet kuning. Kasi perli dia habis2.
kah kah kah
Dan disebabkan bersih juga lah dengar khabar presiden cameron membatalkan makan malam nya bersama najib. Betul ka? Benda neh belum keluar berita lagi beb. Tapi yang pasti lepas neh mesti najib dan maloan2 umno akan melemparkan semua kesalahan ke atas bahu anwar ibrahim. Confirm! Instead of mengkaji kesalahan dan kelemahan mereka sendiri, lebih senang campak semua kesalahan ke atas bahu anwar ibrahim. Ratu pakai kuning pun mesti anwar gak yang hasut ratu tue. Silap2 anwar yang suruh tukang hias bunga tukar kepada bunga kuning..
kah kah kah
Aduhaiii.. tak boleh blah arhh.. mesti takde alasan lain. Wehh tempat aku hujan neh.. mesti keroje anwar neh weh..
kah kah kah
Nota : Ingat, kempen hari raya kita tahun neh ialah berbaju kuning pada hari raya pertama. Seluruh rakyat malaysia tak kira kaum dan agama mesti memakai kuning pada hari tersebut. Sebarkan menerusi blog dan twitter. Buat banner pada yang pandai. Thanks.
Masih terdapat ramai orang yang tidak faham bersih itu apa tetapi masih komen seperti tahu apa itu bersih. Membaca komen di ruangan blog blogger2day membuatkan aku terfikir bahawa perlu nya entry neh ditulis agar mereka yang tidak faham bersih akan berlapang dada menerima dan memahami apa itu bersih sebelum membuat keputusan yang bias.
Apa itu bersih?
bersih ialah satu kempen. Ia bukan parti politik. Oleh itu ia tidak memerlukan ROS dan apa2 pendaftaran sekalipun. Anggap sahaja kempen 1malaysia sebagai contoh. Sepertimana najib kempenkan 1malaysia untuk menyatupadukan rakyat [itu alasan najib, tetapi bukan itu yang akal aku tafsir] malaysia pelbagai kaum.
Apa kempen bersih?
Kempen bersih ialah membantu menambahbaikpulihkan sistem SPR. 8 perkara bawah neh di tuntut ;
1. BERSIHKAN SENARAI UNDI <-- Terdapat kecelaruan maklumat dalam sistem spr sendiri. Ini ialah salah satu contoh. Jadi kita minta SPR bersihkan senarai undi mereka. Kita tidak tuduh SPR kotor. Contoh ;
Bersih : Saya nampak ada kotoran di belakang baju awak lah!
SPR : Yeke? Mana2, saya tak perasan pun.
Bersih : Ada di belakang awak, mari saya tolong bersihkan.
SPR : Terima kasih ya. Lain kali saya akan lihat sendiri di cermin supaya masalah yang sama tidak berulang lagi.
Kita nampak ada kecelaruan maklumat, kita bagitau SPR supaya dia betulkan. Simple. Kita bukan marah + tuduh + fitnah + atau nak perang.
2. MENREFORMASI UNDI POS <-- Sistem undi pos yang ada ini tidak relevan. Aku ada saudara yang bekerja sebagai askar. Dia tidak pernah mengundi. Dia masih seorang askar sehingga ke hari neh. Dan dia tahu bahawa undi dia adalah reserved untuk BN. Bukan kah ini negara demokrasi? Jangan gunakan undi pos untuk hal sendiri. Bagi peluang kepada mereka untuk memilih dan memangkah apa yang mereka sukai.
Jangan jumpa / meeting dengan mereka sehari sebelum dan selepas undi pos. Kenapa perlu "nasihat" supaya mereka sedar bahawa mereka bekerja dengan siapa, makan duit siapa, kena kenang budi dan sebagainya. Jangan. Bagi mereka pilih apa yang mereka mahu. Jangan ugut dan jangan paksa. Sebab itu sistem undi pos seharusnya dihapuskan. Biarlah mereka mengundi sesiapa yang mereka suka dan perkara itu haruslah dirahsia bagi menjaga privacy masing2.
3. GUNA DAKWAT KEKAL <-- Kita mahukan penggunaan dakwat kekal. Perlu supaya tidak berlaku pemanipulasi. Kita tidak mahu satu individu boleh mengundi di seratus tempat yang sama. Selepas dia mengundi, kita cop dia. Biar kita tahu bahawa dia telah mengundi di satu2 kawasan dan tidak boleh mengundi lagi di mana2 kawasan yang lain.
4. MASA KEMPEN MINIMA 21 HARI <-- kita mohon masa kempen yang panjang supaya kita boleh bersedia untuk berkempen. Itu sahaja.
5. AKSES MEDIA YANG BEBAS DAN ADIL <-- Kita mahukan media yang bebas dan telus. Kita bukan mahu media yang bodek satu2 parti. Kita tak perlukan media pro pembangkang dan sebagainya. kita cuma mahukan media adil yang melaporkan kes berdasarkan fakta. Itu sahaja. kita tak minta media menipu dan menfitnah mana2 individu demi kita tetapi kita cuma minta media bersikap telus dan adil. Adakah permintaan ini berat dan sukar bagi SPR?
Peranan media sangat penting untuk menyampaikan maklumat direct kepada rakyat. Apatah lagi media arus perdana dipelopori oleh pro kerajaan atas pelbagai sekatan dan tekanan polisi kerajaan terhadap mereka. Ibarat sistem AUKU. Kita mahukan sekatan neh di hapuskan. Laporkan yang jujur dan benar sahaja. Susah sangat ke?
6. KUKUHKAN INSTITUSI AWAM <-- Institusi awam harus dibebaskan daripada kekangan dan peraturan yang tidak munasabah. Dalam erti kata lain, tangan ghaib tidak patut timbul dan masuk campur dalam apa2 hal yang melibatkan kepentingan rakyat dan dasar negara untuk mempengaruhi keputusan dan tindakan agar merasionalkan tindakan yang salah.
7. HENTIKAN RASUAH <-- Seringkali berlaku rasuah dan penyelewengan dalam kempen pilihanraya. Benda itu sangat terang dan terbukti banyak kali. Oleh itu kita minta SPR alert dan faham bahawa rasuah ini sangat bahaya. Ianya ialah penyakit. Rasuah boleh merosakkan dan membinasakan negara.
Sepertimana yang kita alami sekarang, kesan akubat rasuah. Disebabkan rasuah lah kita lihat pelbagai projek mega terabai, bangunan runtuh, projek yang tak lulus qc tapi di approved dan macam2 lagi. Terlalu banyak. Andai wakil rakyat menang dengan cara rasuah sudah tentulah dia akan gunakan cara yang sama untuk kekalkan kuasa dan ketika berkuasa, sudah tentu dia akan merasuah dan memberi rasuah. Akhirnya yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.
8. HENTIKAN POLITIK KOTOR <-- Inilah amalan yang kita mahu SPR faham. Amalan neh tidak bersih dan tidak boleh diamalkan. Politik kotor dengan menyerang peribadi, menfitnah, mengaibkan, mencabut banner, melarang pembangkang berceramah dan berkempen politik, menutup kawasan ceramah, menggunakan polis untuk menghentikan ceramah, sengaja tak beri permit ceramah, sempadankan semula kawasan, dan macam2 lagi lah benda yang tidak sepatut timbul.
Di negara yang demokrasi neh kita minta agar spr izinkan kita bertanding secara adil dengan pihak yang lagi satu. Apa salahnya bertanding secara adil dan saksama? Bukanlah kita meminta perkara yang bukan2. Kita cuma minta jauhi amalan politik kotor dan kita bertanding secara adil.
Sekarang sudah faham? Baiklah apakah anda boleh bersama bersih ataupun tidak?
Bersih diketuai oleh AMBIGA. Ambiga ialah orang kafir. Ambiga menyokong murtad lina joy.
Ya. Pengerusi bersih ialah ambiga. Ambiga ialah orang bukan islam. Ambiga menyokong lina joy selepas dia murtad selama 8 tahun. Maksudnya disini ialah ;
lina joy murtad selepas 8 tahun baru jumpa ambiga. Dan ambiga tiada kena mengena dengan lina joy sehinggalah berlangsungnya satu forum memeluk islam. Ini bermaksud selepas lina joy murtad lapan tahun dia jumpa ambiga. Jadi selama lapan tahun neh siapa yang murtadkan lina joy? Lina joy sendiri. Dia sendiri yang murtadkan diri dia dulu, kini dan mungkin akan datang.
Ambiga bukan orang islam. Tak aneh apabila dia jumpa orang murtad dan dia menyokong mereka. Sama seperti kita. Apabila kita jumpa mereka yang memeluk islam sudah tentulah kita sokong mereka. Contoh situasi ;
1. Orang islam = murtad masuk kristian = jumpa geng kristian = geng2 kristian defend dia
2. Orang kristian = masuk islam = jumpa geng islam = geng2 islam bela dia
Ini situasi yang normal. Belajar menerima kenormalan neh. Yang tak normal apabila ada orang islam sendiri yang sokong murtadnya lina joy. Siapa mereka itu? Mereka itu individu yang membiarkan lina joy murtad selama 8 tahun tanpa apa2 pemantauan dan pertolongan. Siapa mereka? Ahli keluarga lina joy ada jawapan nya. Tak boleh salahkan kerajaan [umno] dan perlembagaan semata2. Iman itu terletak atas diri sendiri. Kalau kita nampak ahli keluarga yang murtad, kita kena bantu. Cari jalan untuk selamatkan mereka, bukan biarkan mereka bertahun2 sehingga mereka jauh tersesat ke dalam.
Sampai kita nak selamatkan lagi pun dah tak boleh. Benda neh bila sampai ke pengetahuan masyarakat pada tahun 2007 [tak silap] dah tak boleh ubah apa2 sebab lina joy dah murtad selama 8 tahun tanpa pengawasan dan berhasil tukar ic daripada nama azalina kepada nama orang kristian.
Apa yang kerajaan boleh buat pada ketika itu ialah dakwahkan lina joy tetapi tiada peruntukan undang2 seperti itu. Bila kerajaan sendiri tiada ubat untuk mengubati maka disini lah kerajaan dikecam. Kita tidak kecam kerajaan kerana lina joy murtad. Tetapi kerajaan dikecam kerana tidak mampu mengubati kemurtadan lina joy. Ada beza disitu.
Ambiga ada kaitan dengan IFC. Ini bahaya.
Aku tidak tahu hal ini secara jelas. Yang aku tahu ambiga dan paklah masing2 menerima memo. Itu sahaja. Belum lagi nampak apa2 perkara yang boleh mengaitkan ambiga secara langsung dengan IFC sehingga kini. Akan datang aku tidak tahu. Apa pun IFC memang wajar ditentang oleh orang islam. Perjuangan bersih dan IFC ialah dua perjuangan yang berbeza.
Jangan bawa sentimen keagamaan dalam perjuangan bersih kerana bersih memperjuangkan pilihanraya yang bebas dan adil. Bukan muslim yang boleh keluar masuk islam sesuka ahti. Tiada dalam mana2 8 kempen bersih menyatakan apa2 perjuangan IFC. Dan SIS = salah seorang penyokong bersih dan IFC = marina mahathir = anak mahathir = ada kaitan dengan kerajaan. Sila lihat isu neh dengan lebih meluas dan adil.
Jadi, boleh sokong bersih sekarang?
Bersih ada kaitan dengan komunis!
Arh sudah. Tadi murtad + lina joy + ifc. Kini alasan baru pula. Bersih tiada kaitan dengan komunis. Boleh menolak bersih. Tidak salah.Tetapi harus menolak atas sebab yang benar dan bukan sebab rekaan. Mengaitkan bersih dengan komunis <-- ini mitos. Fakta nya ialah bersih tiada kaitan dengan komunis.
Bersih ialah pertubuhan haram!
Bersih bukan pertubuhan ataupun parti politik. Bersih ialah kempen sama seperti kempen 1malaysia. Oleh itu tiada pendaftaran diperlukan.
Bersih agenda yahudi !
Arhh lagiii.. sampai bila nak habis? Bersih tiada kaitan dengan yahudi. Sama seperti isu komunis yang mana kerajaan tiada bukti bahawa bersih = komunis, maka seperti itu jugalah isu bersih = yahudi, tiada bukti pun! Hanya cakap2 nak menakutkan dan menghilangkan sokongan sahaja.
Bersih terima dana asing!
Bersih terima dana tetapi bukan dari pihak luar sebaliknya dari rakyat malaysia yang mana dana itu digunakan untuk melancarkan gerak kerja dan kempen2 bersih.
Bersih diperalatkan oleh ambiga untuk berkuasa dan merampas kuasa orang melayu!
Selepas berlalunya bersih 2.0, najib dan barisan pimpinan bercakap bahawa anwar memperalatkan bersih untuk berkuasa. Jadi dimanakah tuduhan yang betul sebenarnya? Bagi satu tuduhan yang betul maka barulah aku boleh menjawab. Agak pening nak menjawab isu neh sebab, kejap2 ambiga peralatkan pas, kejap2 anwar peralatkan bersih, kejap2 pembangkang peralatkan bersih.
Jadi yang mana satu betul? Ke, kesemua tuduhan di atas? Jika ya, maka jawapan nya adalah sama untuk kesemua soklan dan tuduhan iaitu
TIDAK!
Sebaliknya rakyat memperalatkan bersih kerana kita nak kan bersuara untuk ketidakadilan disini. Kita marah barang naik. Kita marah gaji kecik. Kita marah ekonomi teruk. Kita marah kerajaan rasuah. Kita marah itu ini, berbekalkan sentimen itu lah kita memilih untuk bersama bersih disamping kita juga suka dan setuju dengan tuntutan 8 perkara dalam bersih.
Ini kerana kita percaya bahawa antara punca2 kesusahan kita pada hari neh ialah disebabkan berlakunya penindasan dan ketidakadilan dalam sistem pilihanraya yang memungkinkan memenangkan wakil rakyat jahat sekaligus menindas warga marhaen.
Isu mengangu-gugat kuasa orang melayu tidak patut timbul kerana perlembagaan sudah menjanjikan hanya orang islam boleh menjadi perdana menteri. Maka usah khuatir. Bukan kah anda yang bilang melayu = islam kan? Heh.
Sebelum bersih, berlaku pelbagai tuduhan bahawa bersih ada kaitan dengan keganasan, motolov cocktail dan sebagainya.
Jadi? Adakah polis menemui apa2 bukti selepas bersih berlalu? Tidak bukan. Jadilah orang yang berani. Berani buat kajian sendiri. Apa salahnya memahami susur galur bersih. Jangan jadi orang yang suka menolak. Belum apa2 dah haram. Itu dap. Itu pas. Itu sesat. Itu komunis. Itu liwat dan sebagainya. Jangan. Masing2 ada akal.
Gunakan ia untuk menilai. Tanya kawan2 yang pergi demo bersih. Apakah mereka murtad dan menerima wang yahudi selepas demo? Apakah ada polis yang kena bom? Apakah ada mana2 kedai dipecahkan? Jalanraya sesak dan ditutup oleh pihak polis di atas kefobiaan mereka yang melampau. Walaupun sudah berulangkali kita menegaskan bahawa pihak polis boleh tentukan mana2 jalan yang kita patut guna untuk menuju ke stadium tetapi akhirnya hak kita dinafikan. Segala apa masalah yang dihadapi oleh rakyat malaysia pada hari itu, sama sekali bukan datang dari pendemo bersih.
Perjuangan pendemo bersih ialah untuk anda dan masa depan anda semua. Bukan semua berani turun demo dan bukan semua mampu pergi berdemo. Apa salahnya anda menghargai orang yang telah berdemo untuk masa depan anda yang lebih baik? Apa salahnya untuk anda menerima dan memahami kenapa mereka berdemo? Perjuangan bersih ialah untuk kepentingan kita semua. Ya, untuk kepentingan rakyat malaysia.
Oleh itu daripada kita bertelagah untuk hal yang tak perlu, tidak pasti dan fitnah, Marilah kita rakyat bersatu untuk bersihkan negara neh dari segala korupsi dan helah manusia2 yang rakus. Tak salah dan tiada sesiapa pun rugi jika kita sama2 bergabung untuk bersih. Bukan kah "bersih" itu dituntut dalam islam?
Ameno : Mana 200 aku neh? Dah lama tunggu ambiga bank in.. kata azeez geng umno pendemo bersih dapat rm200... so mana aku punya bahagian ka aku patut tuntut dari umno je? Muahahaha..