Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 13 Julai 2011

Rosmah Mansur tidak memiliki gelang dari jacob.

Sesuatu telah berlaku tadi. Petang tadi aku buka laman web FMT dan terbaca petikan komen pembaca laman tersebut bahawa website jacob boleh dimanipulasikan. Menurut komen pembaca sesiapa sahaja boleh meletakkan gambar rosmah mansur di dalam website tersebut bagi memanipulasikan info. Andai ini benar, ini sesuatu yang sudah lebih.

Aku mahu mengkaji kebenaran nya oleh itu aku buka lah website dia. Link yang diberikan oleh pengkomen tersebut ialah ini ==> http://www.jacobandco.com/celebrities/

Kata nya sesiapa boleh menggunakan link tersebut untuk masukkan gambar. So aku pun survey lah. Nak pastikan betul ataupun tidak. Aku cenderung tidak mempercayai bahawa wan, pengirim email yang printscreen gambar tersebut dan email kan kepada aku, menipu aku. Aku mahu mempercayai dia, insya-Allah sehingga ke saat neh aku memilih untuk mempercayai dia sehinggalah terbukti dia sebaliknya.

Okey disini aku share result survey aku ;

Mula2 aku buka laman official dia. Ini ialah paparan dia dan aku type sesuatu untuk memasukkan gambar sebab apa aku dah godek habis link untuk upload gambar tetapi tak jumpa [aku godek habis bahagian who's wearing jacob and co. je].



Selepas itu aku godek link yang diberikan oleh pengkomen dalam FMT tersebut. Apabila ko buka link dia maka ini lah bentuk paparan dia. Dia takde visual ke apa ke. Hairan gak aku. Apsal dia macam neh. Adakah ini dikira kita sedang mengodam laman dia bagi tujuan memasukkan maklumat palsu? Dan aku pun cuba2 test. Harap2 dia tak saman aku. Pasal aku bukan nak godam laman dia. Aku cuma nak test je. Bagi mengelak sebarang masalah elok aku minta maaf terlebih dahulu. Lihat bawah ;




Dan aku berbalik pula kepada laman asal dia [masuk rumah ikut pintu depan] dan lakukan sedikit kajian disitu. Apa yang aku buat ialah aku mula2 masuk kat gambar2 yang ada geng2 celebrity dan cuba klik salah satu gambar tersebut untuk check url website tersebut ;





Perhatikan pula url yang diberikan kepada aku ==> http://www.jacobandco.com/celebrities/55 

Ianya tidak sama dengan url di atas. Sesuatu sedang berlaku. Siapakah yang mengomen di dalam FMT tersebut? Dan boleh kah aku mempercayai individu yang email dan berikan gambar printscreen tersebut? Biar dia jawab sendiri disini. Aku tidak mahu menuduh2. 

Dan macam aku katakan tadi di atas, aku memilih untuk mempercayai dia sehingga ke saat neh sehingga terbukti sebaliknya. Tetapi aku suka nak pesan kat sini bahawa kita boleh benci rosmah kerana dia membazir tetapi itu bukan alasan kita nak fitnah dia membabi buta. 

Benci dia ialah perkara yang lain. Fitnah dia? Ialah perkara yang lain pula. Aku tiba2 teringat blog papagomo memecahkan konspirasi [konon nya lah kan] lakonan blogger pembangkang berhubung isu kematian pendemo bersih. Aku akan perjelaskan isu nanti . Semua individu yang mempercayai bahawa rosmah mansur ialah individu yang memiliki gelang dari jacob diminta agar jangan mempercayai nya lagi.

Ini kerana, artikel sebelum neh aku cuma meletakkan pertanyaan ya ataupun tidak gelang neh koleksi dari jacob. Bukan meletakkan tuduhan ataupun pengesahan. Aku tidak mahu bersubahat dalam sebarang bentuk penipuan. Aku bukan blogger pembangkang yang sebegitu. Ya aku kata ya, kalau salah aku kena mengaku salah. Sesiapa pun tidak memaksa aku menulis artikel tersebut. 

Maklumat tersebut walaupun diberikan oleh orang lain, tetapi menjadi tanggungjawab aku untuk mengesahkan maklumat tersebut benar ataupun tidak. Dengan ini aku memohon maaf di atas segala kesilapan langsung ataupun tidak langsung kesan daripada penyebaran artikel neh. ==> http://amenoworld.blogspot.com/2011/07/sah-rosmah-mansur-guna-gelang-jacob.html

Aku juga memohon maaf kepada rosmah mansur kerana secara tidak langsung membuatkan dia difitnah. Aku tahu orang2 dia memantau segala2nya di internet. 

Nota : Penipuan url laman web tidak patut digunakan untuk menfitnah individu yang kita tidak suka. Jatuhkan dia dengan kebenaran dan bukan penipuan. Hanya penipu je yang akan melawan menggunakan cara penipuan. Maaf, rosmah kali neh saya silap! Belum lagi terbukti dia memiliki gelang dari jacob, dah terbukti kelak, aku update lah entry tersebut lainkali. Okeyh.

Ameno : Nasib baik aku perasan pengkomen di fmt tue...

Share this

0 Comment to " Rosmah Mansur tidak memiliki gelang dari jacob. "

Catat Ulasan

Sebarang cadangan, kritikan, tempahan iklan dan segala berita boleh je hubungi saya di sini orderonline2010@gmail.com

Segala penulisan di dalam blog ini mewakili pandangan peribadi saya [dan beberapa penulis lain] dan bukan mewakili mana2 parti/pemimpin/ataupun mana2 individu.

Segala komen yang anda tulis di sini tidak menjadi tanggungjawab penulis jika berlaku apa2 perkara kelak. Sendiri komen sendiri tanggung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...