Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 25 Julai 2019

Kenapa KambingHitamkan Merpati - Presiden GERAKAN Tegur Exco Johor.

UTUSAN ONLINE | Presiden Gerakan, Datuk Dr. Dominic Lau Hoe Chai kecewa apabila kerajaan Pakatan Harapan (PH) Johor menjadikan burung merpati sebagai ‘kambing hitam’ berhubung isu pencemaran udara yang berlaku di Pasir Gudang.


Dominic berkata, alasan burung merpati menjadi punca pencemaran tersebut sehingga menyebabkan kesihatan murid sekolah di Pasir Gudang terjejas adalah tidak masuk akal dan tidak boleh diterima sama sekali.

“Burung merpati sudah sinonim dalam kehidupan manusia sejak dari dahulu dan berada di merata tempat, bukan hanya di Pasir Gudang. Saya tidak pernah mendengar pencemaran udara berlaku disebabkan burung merpati sehingga menyebabkan ada orang terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Berdasarkan kajian saintifik, memang terdapat kuman pada najis burung merpati tetapi ia hanya boleh menjejaskan kesihatan manusia sekiranya berlaku sentuhan fizikal secara langsung, bukannya melalui penyebaran di udara,”
katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Selasa lalu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebudayaan Johor, Mohd Khuzzan Abu Bakar memaklumkan insiden murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Puteri Resort di Pasir Gudang mengalami sesak nafas dan muntah-muntah yang berulang berkemungkinan berpunca daripada pencemaran najis serta hama burung merpati di beberapa bilik darjah sekolah terbabit.

Mengulas lanjut, Dominic turut menggesa Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin untuk menetapkan tempoh tinjauan dan mengarahkan agensi-agensi berkaitan mengenal pasti punca pencemaran udara di Pasir Gudang. - 25 Julai 2019.

Najib Tegur Guan Eng Pinjam Lagi RM3.5b, Naikkan Hutang Negara.

Najib Razak | Hutang terus negara naik lagi ke RM807.5 bilion.

Menteri Kewayangan pinjam lagi RM3.5 bilion hari ini. Bayar balik pada bulan Julai tahun 2048.



Setiap kali dia pinjam, tempoh bayaran balik adalah puluhan tahun kemudian.

Tak pasti dia masih lagi Menteri Kewayangan pada masa itu.

Bulan Julai 2019, pinjam RM10.5 bilion.

Bulan Jun pinjam RM8 bilion. Bulan Mei RM12 bilion.

Tujuh bulan pertama tahun 2019, hutang terus negara dah naik RM66 bilion.

Banyak dia pinjam. Banyak dia angkat dari PETRONAS juga

Hutang naik RM120.7 bilion kepada RM807.5 bilion berbanding RM686.8 bilion pada akhir tahun 2017.

Jika orang tanya dia kenapa hutang terus naik, dia akan jawab kerana hutang RM32 bilion 1MDB walaupun 1MDB ada aset RM140 bilion Bandar Malaysia dan RM40 bilion TRX.

Dia akan jawab kerana hutang RM32 bilion 1MDB walaupun hutang itu sudah wujud sejak tahun 2015.
Walau satu sen pun prinsipal 1MDB tak pernah dibayar balik oleh PH selepas PRU14.

Tak ada kena mengena dengan kenaikan hutang negara pada tahun 2018 atau 2019 pun.

Raykat pun telan sahaja jawapan Menteri Kewayangan walaupun langsung tak masuk akal. - 25 Julai 2019.

Tarik Balik Rayuan Balas Pendakwaraya Terhadap Kes Wanji, Kata Kit Siang Kepada Tommy.

The Malaysian Insight | PEGUAM Negara Tommy Thomas harus menimbang untuk menarik balik rayuan balas pihak pendakwaan terhadap hukuman ke atas aktivis politik Haris Ibrahim yang didapati bersalah mengikut Akta Hasutan 1948, kata veteran DAP Lim Kit Siang.


Beliau mengingatkan Pakatan Harapan sudah berjanji semasa pilihan raya umum yang lalu untuk memansuhkan undang-undang zalim termasuk Akta Hasutan.

“Sehingga janji itu dikotakan dengan penggubalan di Parlimen, Peguam Negara harus menyemak semula semua kes hasutan yang masih ada di mahkamah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, apa yang berlaku kepada pendakwah bebas Wan Ji Wan Hussin baru-baru ini tidak harus dibiarkan berulang.

Lim merujuk kepada keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 Julai lalu yang mengekalkan sabitan terhadap Wan Ji dan menambah tiga bulan lagi hukuman penjara menjadikan hukumannya penjara setahun.

Wan Ji disabitkan tuduhan mengikut Akta Hasutan kerana menghina Sultan Selangor pada 2012.

Mahkamah Rayuan akan mendengar rayuan Haris pada 26 Ogos ini untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantikan hukuman penjara dengan denda RM4,000.

Haris, penggerak kempen Asalkan Bukan Umno (ABU) menjelang pilihan raya umum 2008, disabitkan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan hasutan berhubung ucapannya di Dewan Cina Kuala Lumpur dan Selangor pada 13 Mei 2013.

Beliau merayu sabitan itu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menggantikan hukuman penjara kepada denda pada Jun tahun lalu.

Selepas riuh rendah berbangkit daripada tambahan hukuman ke atas Wan Ji, Thomas dalam satu kenyataan berkata beliau tidak maklum akan kes berkenaanmanakala rayuan balas pendakwaan dibuat sebelum Pakatan Harapan menang pilihan raya pada 9 Mei 2018.

Peguam kepada Wan Ji, Mohd Radzlan Jalaluddin bagaimanapun membidas, mustahil Pejabat Peguam Negara tidak tahu kerana representasi sudah dibuat oleh badan hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram).

Timbalan pendakwa raya yang mengendalikan kes Wan Ji pula memberitahunya beliau tidak dapat arahan untuk menarik balik rayuan balas.

Menjawab Tohmahan Kononnya Mat Sabu Uturn Dalam Isu Tiada Pangkat Kepada Ahli Politik.

Adrian Lim | ISU ANUGERAH KEHORMAT TENTERA

Sebelum nak kondem, baca buku & peruntukan undang-undang sedia ada terlebih dahulu.

1. Perintah Majlis Angkatan Tentera Bilangan 1, Tahun 1996 (saya tidak boleh lampirkan kerana ianya minit-minit mesyuarat peringkat pimpinan tentera tertinggi yang sulit)

2. Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972 (saya telah lampirkan)
Dalamnya diperuntukkan sebegini....

1. Jawatan KM2 & MB2 setiap negeri datangnya secara otomatik dengan jawatan 'PENAUNG JAKPAW NEGERI'. Dan, jawatan 'PENAUNG JAKPAW' datangnya dengan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' dengan kelulusan Majlis Angkatan Tentera serta perkenan YdPA.


Dalam erti kata lain, siapa2 pun naik sebagai MB ataupun KM akan dilantik secara otomatik sebagai 'PENAUNG JAKPAW NEGERI', dengan gelaran 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)'.

2. Perkara ini adalah sama seperti jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri di mana jawatan ini datangnya secara otomatik dengan jawatan 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI'. Dan, jawatan 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI' pula datangnya dengan gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Dalam erti kata lain, siapa2 pun naik sebagai SUK akan dilantik secara otomatik sebagai 'PENGERUSI JAKPAW NEGERI', dengan gelaran 'KOL (KEHORMAT)'.

Faham setakat ini?

Benda ini lebih kurang macam gelaran2 seperti "Yang Amat Berhormat Perdana Menteri" ataupun "Yang Amat Berhormat Dato' Menteri Besar Selangor".

MB Selangor Amirudin Shari tidak pernah menerima anugerah 'Dato' dari mana-mana Raja-raja Melayu mahupun Yang diPertuan Negeri, tetapi oleh sebab beliau menyandang kerusi MB Selangor yang datangnya dengan gelaran "YAB Dato' MB", maka beliau dipanggil dengan gelaran 'Dato' MB'.

Title-title ini bukan suka2 letak, bukan suka2 bagi, tetapi ia telah diperuntukkan dan diwajibkan di bawah undang2 dan peraturan2 sedia ada. Kalau tidak dibuat, yang terjadi adalah pelanggaran undang2 & peraturan2 & arahan2 sedia ada.

Faham?


Sebab itu masa Khaled Nordin jadi MB Johor, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Ogos 2015, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Johor.

Sebab itu masa Adenan Satem jadi KM Sarawak, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Februari 2016, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Sarawak.

Sebab itu masa Azlan Man jadi MB Perlis, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Ogos 2015, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Perlis.

Sebab itu masa Ahmad Razif Abd Rahman jadi MB Terengganu, beliau pernah dianugerahkan title kehormat 'BRIGADIER JENERAL (KEHORMAT)' pada Oktober 2016, sebab gelaran kehormat tersebut seiring dengan jawatannya sbg Penaung JAKPAW Terengganu.

Faham belum?

Apabila Menteri Pertahanan sebelum ini mengatakan "tiada gelaran untuk ahli politik dan selebriti", yang dimaksudkan adlh penganugerahan kpd golongan ahli2 politik yg tidak diwajibkan di bawah mana2 undang2 ataupun peraturan2.

Ahli-ahli politik yang dimaksudkan adalah seperti wakil rakyat biasa, Ketua-ketua Bahagian/Cawangan/Cabang parti politik, Ketua-ketua Sayap parti politik dan sebagainya. Kedudukan mereka berbeza dengan kedudukan MB/KM/SUK.

Sebelum ini golongan ahli2 politik yang tidak wajib diberi gelaran kehormat pernah diberi gelaran kehormat untuk tujuan politik. Dan inilah yang ingin dicegah. Bukan golongan jawatan2 yang sememangnya telah diperuntukkan di bawah undang2.

Yang terakhir..... oleh sebab gelaran2 kehormat ini datangnya dengan jawatan MB/KM/SUK, Angkatan Tentera Malaysia berhak menarik balik gelaran2 kehormat ini setelah tempoh jawatan MB/KM tersebut berakhir.

Ye lah. Dah takde jawatan MB / KM / SUK, takdelah jawatan Penaung / Pengerusi JAKPAW. Dah takde jawatan Penaung / Pengerusi JAKPAW, takdelah gelaran kehormat Brigadier Jeneral (Kehormat) / Kol (Kehormat).

Clear?

Sebenarnya benda ni simple je. Tetapi apabila sesetengah pihak ketandusan modal politik, mereka secara sengaja spin dan mempolitikkan perkara ini untuk meraih sokongan politik. Maka ia menjadilah isu besar walaupun hakikatnya tiada isu pun. - 25 Julai 2019.

Rabu, 24 Julai 2019

Video Intim : PM Tak Rela Diperalatkan Untuk Singkir Azmin.

Tun Mahathir | 1. Saya sering ditanya berkenaan video lucah.

Ummi mengecam Tun Mahathir

2. Video ini dibuat dan diviral jelas untuk tujuan politik. Khusus untuk menghalang kejayaan politik individu tertentu.

3. Tindakan yang diharap menyusul tayangan ini ialah penyingkiran individu yang disasar.

4. Tindakan ini boleh diambil oleh saya kerana saya berkuasa.

5. Apabila saya ambil tindakan ini maka berjayalah pihak yang merancang perbuatan jahat ini.

6. Agama saya melarang sengaja mengintip mencari keburukan orang. Apa yang dilakukan lebih buruk dari mengintip.

7. Saya tidak sanggup diperalatkan. Jauh sekali oleh perancang yang berniat jahat dan mengguna politik kotor.

8. Ini bukan soal moral. Ini adalah masalah politik. Ia akan ditangani sebagai isu politik.

Rakaman CCTV Hotel Four Points, Sandakan Telah Dipadamkan.

FREE MALAYSIA TODAY | Ketua PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak hari ini mempertahankan dakwaannya wujud konspirasi atas penahanannya berhubung video seks sejenis yang menyasarkan Azmin Ali kerana penyiasat memberitahunya rakaman CCTV di luar bilik sebuah hotel di Sabah yang didakwa berlaku skandal itu sudah dipadamkan.


Setiausaha politik Anwar Ibrahim itu berkata, ketika direman polis selama 8 hari, beliau ditanya satu siri soalan yang “tiada kaitan dengan video atau penyebaran sebarang bahan haram”.

“Saya di bawah tanggapan yang perintah reman saya untuk membantu siasatan berdasarkan fakta, bukannya mengesahkan beberapa teori konspirasi lemah,”
katanya dalam satu kenyataan sehari selepas dibebaskan polis.

“Apabila saya tanya mereka mengenai rakaman CCTV di (Hotel) Four Points, yang akan jelas menunjukkan sama ada 2 individu didakwa memasuki bilik sama, polis kata rakaman itu sudah dipadamkan,” katanya merujuk hotel dinamakan bekas ketua Pemuda PKR Bahagian Santubong, Haziq Aziz yang mendakwa dirinya dan Azmi mengadakan hubungan seks sejenis itu pada 11 Mei lalu.

Farhash mengulangi dakwaannya mengenai “konspirasi” dengan berkata, penyiasat mengikut “satu set arahan jelas daripada seseorang di atas”.

“Sesetengah perkara yang ditanya sama ada saya tahu mengenai satu gajet hilang (dikatakan digunakan untuk merakamkan video seks itu), nama tempat kebanyakan rakyat Malaysia pernah dengar atau kunjungi, masa dan tarikh kedudukan saya secara rambang, tetapi dirasakan seperti membuang masa kerana mereka tidak perlu 4 hari untuk tanya semua ini.

“Ada hari di mana saya hanya dipanggil untuk berborak dan menghabiskan masa bersama mereka.”


Katanya, beliau diyakinkan penahanannya untuk menimbulkan persepsi umum negatif terhadap Anwar dan beliau dianggap “penampan” yang sesuai.

“Saya marah dengan Azmin dan selepas dibebaskan, saya menyerangnya secara lisan kerana jika kita sebagai rakyat Malaysia perlu menghormati undang-undang, kenapa beliau berselindung di sebalik selubung keistimewaan?” soalnya. - 24 Julai 2019.

Dituduh Mencabul, Leman Raja Lawak Akan Saman BERNAMA & Blog-Blog.

POLITIK |Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak hari ini bersama peguamnya bakal menyaman Bernama.com dan blog-blog yang berkaitan termasuk newspapers kerana mengeluarkan berita yang mengelirukan kepada pembaca.


Bernama.com telah menulis "pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas" sedangkan cerita asalnya ialah amat berlainan dari apa yang berlaku terhadap pertuduhan dan ternyata ianya adalah satu kerja jahat untuk menjejaskan nama baik beliau jelas Leman.

Jelas sekali pertuduhan itu hanyalah ingin memburukkan karier beliau dalam politik dan sebagai pencebur baru dalam bidang industri, katanya lagi.


Menurut Leman, Bernama.com telah mengeluarkan satu berita yang jauh tersasar dari kes asal sedangkan pekerjanya masih lagi bersama dengan beliau.

Saudara Leman merujuk kepada peguamnya berkata, saman malu akan difailkan dalam waktu terdekat dan beliau bersama pekerjanya akan membuat laporan polis terhadap bernama.com dan semua blog yang mengeluarkan berita yang berkaitan.

"Yang mana blog mengeluarkan berita berkaitan, mohon ambil perhatian.

Tunggu laporan polis dari ambo..

Kepada rakan-rakan, tolong tulis semua nama blog yang menyebarkan berita fitnah ini diruang komen... saya dan pekerja-pekerja saya nak masukkan dalam senarai laporan polis esok,"
katanya di Facebook.

Permohonan maaf dari pihak Bernama.com tidak akan diterima oleh kerana untuk memberi pengajaran kepada penulis berita supaya berhati hati mengeluarkan berita sensasi yang berbaur fitnah dan menjejaskan reputasi seseorang jelas Leman selanjutnya.


Terdahulu beberapa portal berita termasuklah Bernama melaporkan Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas.

Tertuduh yang kini pengarah urusan sebuah syarikat produksi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang berusia 38 tahun itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Puchong di sini, pada 4.10 pagi, 12 Nov 2018 lepas.

Dia turut dituduh melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa yang sama di sebuah pejabat di Jalan Permai, Taman Perindustrian Puchong di sini pada 16 Nov 2018.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Ridzuan Muhamad memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung selain seorang anak yang berusia dua tahun.

"Syarikat produksi yang dikendalikan anak guam saya juga baru beroperasi dan masih belum mempunyai sebarang keuntungan. Saya mohon jaminan dikurangkan," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan pengadu dalam kes ini selain menetapkan 6 Sept untuk sebutan semula kes. - 24 Julai 2019.

Warganegara Pintu Belakang, Ini Jawapan Untuk Ketua Pemuda UMNO.

Kenyataan Media | MENJAWAB DAKWAAN ISU WARGANEGARA BUKAN DENGAN CARA PINTU BELAKANG

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah tersalah tafsir kesungguhan politik para pemimpin Pakatan Harapan di dalam Kerajaan hari ini sehingga mudah menjadi bimbang dan risau dengan kegagalan yang mereka sendiri lakukan beberapa dekad yang lampau.


2. Pertemuan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri bersama YB Menteri Dalam Negeri – Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin menyusul selepas beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan membabitkan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Mohd. Azis bin Jamman.


3. Pertemuan dengan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menjayakan janji manifesto Pakatan Harapan dalam isu kewarganegaraan. Beliau telah memberikan respon yang positif dan mengemaskini usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KDN untuk menyelesaikan isu-isu ini.

4. Bagi DAP, isu kewarganegaraan adalah isu rakyat yang boleh memberikan implikasi besar terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan institusi keluarga secara amnya. Ia adalah isu besar yang tertangguh sekian lama dan tidak diselesaikan sejak berdekad lamanya oleh kerajaan Barisan Nasional sehingga memberi kesan negatif kepada ekonomi dan sosial negara terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

5. DAP sejak sekian lama memperjuangkan isu kewarganegaraan yang berkait rapat dengan isu kekeluargaan tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India, bumiputra Sabah & Sarawak atau Orang Asli sedangkan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pemuda UMNO melihat semua isu hanya dari kacamata perkauman semata-mata. Beliau lebih memilih untuk menjadi rasis dan anti bukan Melayu serta tidak mahu melihat kesungguhan politik yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu ini melangkaui batas bangsa dan agama. UMNO sebenarnya tidak perlu takut atau berasa risau dan bimbang dengan bayang-bayang yang tidak pernah wujud. - 24 Julai 2019.

Selasa, 23 Julai 2019

Beri Anugerah & Seragam Tentera Kepada Ahli Politik, Ini Penjelasan Mat Sabu.

POLITIK | Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu dikecam kerana didakwa bersikap hipokrit apabila memberikan pangkat kepada ahli politik dalam satu majlis tauliah kehormat askar wataniah pagi tadi.

Hal itu kemudiannya membuatkan Mat Sabu dikritik netizens terutamanya dari blok pembangkang.

Ini kerana Muhammad Sabu pernah mengeluarkan kenyataan amalan memberikan pangkat kepada orang awam dan ahli politik akan dihentikan.


"Jika hendak memakai pangkat dan sebagainya dalam kalangan orang awan ia perlu menjalani latihan ketenteraan," katanya pada 19 April 2019, memetik laporan Malaysiakini.


Di Facebook Menteri Pertahanan dan Ketua Menteri Melaka netizens pro pembangkang nampaknya sudah melakukan serangan dan kritikan.

Namun pentadbir halaman Muhammad Sabu dilihat memadamkan komen-komen berbaur kecaman keterlaluan.

Manakala pentadbir halaman Adly dilihat membiarkan komen-komen negatif tanpa dibalas.


Menteri Pertahanan kemudiannya memberikan penjelasan kenapa kementeriannya bertindak menganugerahkan gelaran pangkat dan pakaian seragam kepada ahli politik tertentu.

Ini penjelasan MINDEF;

MAJLIS PEMAKAIAN PANGKAT PEGAWAI TAULIAH KEHORMAT ASKAR WATANIAH

Menteri Pertahanan, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad bin Sabu telah menyempurnakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Tauliah Kehormat Askar Wataniah di Wisma Pertahanan pada hari ini. Majlis berkenaan turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Mohd Zuki bin Ali dan Panglima Tentera Darat, Jen Dato' Seri Panglima Hj Ahmad Hasbullah bin Hj Nawawi.

Dalam majlis tersebut, beliau telah menyempurnakan pemakaian pangkat Brigadier Jeneral (Kehormat) kepada Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat Amirudin bin Shari, selaku penaung Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) bagi Negeri Selangor; dan juga kepada Yang Amat Berhormat Hj Adly bin Hj Zahari, Ketua Menteri Melaka, selaku penaung JAKPAW bagi Negeri Melaka. Pelantikan Menteri Besar Selangor dan Ketua Menteri Melaka sebagai Penaung JAKPAW di peringkat negeri telah diperkenankan menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera Ke-575 berkuatkuasa pada 24 Mei 2019.

JAKPAW merupakan suatu jawatankuasa yang ditubuhkan di setiap negeri untuk menggalakkan rakyat menyertai Angkatan Simpanan Persekutuan (ASP). Tujuan organisasi jawatankuasa ini ditubuhkan adalah untuk merancang semua jenis bantuan kepada ASP seperti kem gunasama, mempromosikan Askar Wataniah (AW) di kalangan masyarakat dan menggalakkan penyertaan orang awam menyertai ASP menerusi komitmen majikan. Piagam Jawatankuasa Pendukung Angkatan Sukarela Persekutuan telah ditetapkan menerusi Perintah Majlis Angkatan Tentera (PMAT) Bilangan 1 Tahun 1996.

Penaung JAKPAW di setiap negeri adalah Menteri Besar/Ketua Menteri yang dilantik menerusi kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dengan diperuntukkan pangkat Brig Jen (Kehormat). Selain daripada itu, perjawatan Pengerusi JAKPAW dikhususkan kepada Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri. Perlantikan Pengerusi JAKPAW dibuat oleh Menteri Besar/ KetuaMenteri/Menteri Wilayah Persekutuan dengan diperuntukkan pangkat Kol (Kehormat). Kesemua perjawatan tauliah kehormat ini perlu mendapat kelulusan Majlis Angkatan Tentera (MAT) dan perkenan Yang Dipertuan Agong terlebih dahulu sepertimana yang termaktub dalam Seksyen 198, Akta Angkatan Tentera 1972.

Perjawatan tauliah kehormat boleh ditamatkan sekiranya penyandangnya melakukan kelakuan yang boleh mencemarkan nama baik Angkatan Tentera Malaysia atau tidak lagi menyandang jawatan mereka. Ia merupakan mekanisma terbaik sebagai galakan kepada rakyat untuk menyertai ASP melalui prinsip ‘Lead by Example’. - 23 Julai 2019.

Isnin, 22 Julai 2019

Ketua Polis Negara Disaran Letak Jawatan Jika Gagal Kenalpasti Pelakon Semburit - Isham Jalil.

ISHAM JALIL | KETUA POLIS NEGARA PERLU LETAK JAWATAN JIKA TIDAK BOLEH KENALPASTI PELAKU VIDEO SEKS BERKAITAN AZMIN ALI

Semalam Ketua Polis Negara berkata bahawa ahli-ahli politik pembangkang menekannya dalam siasatan kes video seks luar tabii berkaitan Menteri Ekonomi Azmin Ali.

Dia juga kata kes ini membuang masa (tidak penting). 

Saya musykil bagaimana Ketua Polis Negara boleh rasa tertekan dengan pembangkang.

Pembangkang tidak ada kuasa ke atas Ketua Polis Negara. Yang ada kuasa ke atas Ketua Polis Negara adalah Perdana Menteri, Dr. Mahathir.

Kebiasaannya, seseorang akan rasa tertekan apabila dia cuba menyembunyikan sesuatu atau terpaksa berbohong kerana kepentingan lain.

Orang Melayu kata, "Berani kerana benar, takut (tertekan) kerana salah."

Dan saya juga musykil bagaimana dia boleh fikir yang kes ini buang masa atau tidak penting.

Apabila ada kes salahlaku seks yang melibatkan seorang menteri kerajaan yang telah berkahwin tular, ia adalah satu isu moral dan undang-undang yang penting.

Sebab menteri itu dikenali ramai dan adalah pemimpin yang menjadi contoh tauladan kepada rakyat.

Jika menteri pun ada masalah moral salahlaku seks dan curang kepada isterinya, serta penguatkuasa undang-undang dan polis pula ambil sambil lewa dengan siasatan dan mengatakan ianya buang masa, lantas menteri itu terlepas begitu sahaja, mesej apa yang ingin sampaikan kepada rakyat dan anak-anak kita?

Dan sebagai seorang menteri, dia terdedah kepada peras ugut dan blackmail jika isu ini berterusan dan selagi ianya tidak selesai.

Mungkin ada orang yang pegang bukti-bukti yang boleh digunakan ke atasnya.

Oleh itu, mahukah kita seorang menteri kerajaan yang boleh diperas ugut untuk melakukan apa-apa arahan sipemeras?

Apa akan jadi kepada rakyat jika menteri seperti ini diamanahkan untuk menjaga kebajikan kita?

Bolehkah kita percaya menteri seperti ini?

Dahulu saya pernah buat saranan terbuka di media supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM (Shukri Abdul) meletak jawatan kerana dia tidak telus dan tidak profesional dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Setahun selepas itu, Shukri telah meletak jawatan.

Kini saya ingin sarankan, jika Ketua Polis Negara tidak cekap menjalankan tugas, mengambil sambil lewa kes penting, tidak boleh menunjukkan profesionalisme dan ketelusan dalam kerjanya, atau dilihat menjadi alat politik pihak-pihak tertentu sehingga rakyat telah hilang kepercayaan kepada pihak polis, dia perlu meletakkan jawatan.

Sebab jika rakyat sudak tidak percaya kepada polis, ia adalah sesuatu yang bahaya kepada ketenteraman awam dan keselamatan negara.

Rakyat perlukan Ketua Polis Negara yang telus dan neutral, bukan yang boleh dijadikan alat politik.

Jika kita diberi amanah, maka laksanakanlah amanah tersebut dengan sejujurnya.

Jika tidak, kita bukan hanya perlu menjawab kepada pembangkang di dunia, tetapi juga kepada Allah SWT di akhirat kelak.

Takutlah kepada Allah SWT, bukan kepada manusia.

Allah itu adalah sebaik-baik pelindung.

RTM DiChinakan DAP? Ini Penjelasan Mengenai Forum #WRC2019..

SOSMED | Baru-baru ini RTM didakwa telah mengabaikan Bahasa Malaysia dan mengutamakan Bahasa Mandarin di saluran kerajaan itu. 


"Radio TV Malaysia (RTM) dah bertukar jadi Radio TV Mandarin (RTM) ke?

Mana perginya Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pertuturan?

Barangkali ini antara manifestasi Maqasid Syari'ah dan Rahmatan Lil Alamin versi Malaysia agaknya.

Entah-entah mempertikaikan Bahasa Mandarin akan dianggap sebagai satu jenayah Ucapan Kebencian (Hate Speech) pulak nanti.

Pejuang-pejuang bahasa pun dah bersembunyi ke semua?

***************
#BahasaMelayuBahasaKebangsaan
#BahasaJiwaBangsa
#PertahankanAktaHasutan
#BukanMalaysiaBaharu,"
kata individu yang dikenali sebagai Mohd Luttfi di Facebooknya pada Ahad.

Kesannya, terdapat beberapa pihak yang beranggapan RTM kini telah diChinakan dan DAP adalah dalang disebalik insiden itu.

Apa yang berlaku sebenarnya adalah seperti berikut; 


๐Ÿ‘‰ Kerajaan kini dalam "road tour" di seluruh negara bagi memberikan penerangan mengenai Banci Perdagangan Borong & Runcit WRC2019.

๐Ÿ‘‰ Beberapa majlis, program, diadakan termasuklah forum di stesen tv tempatan disertai pegawai kerajaan bagi memberikan penerangan WRC2019. Ini dibuat kerajaan bagi memastikan mereka mendekati kesemua segmen masyarakat dengan harapan setiap penerangan yang dibuat dapat difahami & sampai ke golongan sasaran.

๐Ÿ‘‰ Pada 21 Julai 2019, jam 11 pagi, forum berbahasa mandarin What Say You di saluran TV2 telah menjemput dua pegawai kerajaan iaitu 
Encik Liang Hung Shan, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Perdagangan Antarabangsa dan Puan Kon Mee Hwa, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perangkaan Akaun Negara bagi memberikan penerangan lanjut WRC2019. 

๐Ÿ‘‰ Dari awal lagi forum What Say You adalah forum berbahasa mandarin.

๐Ÿ‘‰ Kenyataan itu boleh disahkan dengan bukti tangkaplayar pada tahun 2014. 


๐Ÿ‘‰ Forum berbahasa mandarin dengan sarikata Bahasa Malaysia sudah lama wujud sebelum Pakatan Harapan menang pilihanraya lagi.

๐Ÿ‘‰ Oleh itu tidak timbul dakwaan kononnya RTM telah menjadi Radio TV Mandarin.

๐Ÿ‘‰ Justeru itu, tuduhan dan fitnah yang dilemparkan oleh pihak tertentu ke atas RTM adalah sama sekali tidak berasas.

Sekian, terima kasih. - 22 Julai 2019.

Penjelasan Kongsi Van Jenazah Muslim & Bukan Muslim Di Hospital Kuala Nerang.

KENYATAAN MEDIA | Merujuk kepada isu Van Jenazah Islam yang telah digunakan untuk mayat bukan Islam di Hospital Kuala Nerang.



Untuk makluman, van mayat bukan Islam di Hospital Kuala Nerang telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomik lagi untuk dibaiki oleh itu telah diproses untuk pelupusan mengikut prosedur sediada.

Untuk pelupusan van mayat ini, pihak hospital masih belum menerima peruntukan bagi penggantian.
Memandangkan, ketiadaan van mayat telah mendatangkan masalah kepada ahli keluarga mereka yang Bukan Islam, di mana ada yang terpaksa menyewa van / kenderaan sendiri maka sebagai langkah segera sementara bagi meringankan beban ahli keluarga, pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang telah menjadikan Van Jenazah sebagai van gunasama. Oleh itu, tulisan ayat suci pada van Jenazah berkenaan telah dipadam.

Namun, ekoran daripada pandangan awam dan penduduk setempat atas tindakan ini, pihak pengurusan hospital setelah berbincang dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, membuat keputusan serta merta untuk kembalikan Van Jenazah untuk kegunaan Jenazah Islam manakala untuk tempoh sementara mayat bukan islam akan menggunakan van mayat dari Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Jitra sebagai langkah interim sementara menunggu peruntukan yang telah dimohon diluluskan pihak kementerian.

Tindakan yang diambil oleh pihak pengurusan Hospital Kuala Nerang hanya atas dasar tanggung jawab dalam penyampaian perkhidmatan kepada yang memerlukan.

Sekiranya tindakan ini mendatangkan kesulitan, ianya adalah dikesali.

Jabatan Kesihatan Negeri Kedah dengan ini juga menegaskan keputusan diambil oleh Pihak Pengurusan Hospital Kuala Nerang BUKAN arahan daripada mana-mana pihak sebagaimana yang ditularkan. 

Oleh itu, Jabatan Kesihatan Negeri Kedah mohon agar pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab untuk hentikan sebarang bentuk spekulasi dalam menyebarkan berita palsu ini.

Sekian, terima kasih. 

Dato' Dr. Norhizan Bin Ismail
Pengarah Kesihatan Negeri Kedah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...