Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Julai 2019

Warganegara Pintu Belakang, Ini Jawapan Untuk Ketua Pemuda UMNO.

Kenyataan Media | MENJAWAB DAKWAAN ISU WARGANEGARA BUKAN DENGAN CARA PINTU BELAKANG

1. Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia telah tersalah tafsir kesungguhan politik para pemimpin Pakatan Harapan di dalam Kerajaan hari ini sehingga mudah menjadi bimbang dan risau dengan kegagalan yang mereka sendiri lakukan beberapa dekad yang lampau.


2. Pertemuan beberapa Menteri dan Timbalan Menteri bersama YB Menteri Dalam Negeri – Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin menyusul selepas beberapa siri mesyuarat yang telah diadakan membabitkan Menteri Luar Negeri, YB Dato’ Saifuddin Abdullah dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, YB Dato’ Mohd. Azis bin Jamman.


3. Pertemuan dengan YB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin tersebut juga adalah sebahagian daripada usaha untuk menjayakan janji manifesto Pakatan Harapan dalam isu kewarganegaraan. Beliau telah memberikan respon yang positif dan mengemaskini usaha-usaha yang sedang dilakukan oleh KDN untuk menyelesaikan isu-isu ini.

4. Bagi DAP, isu kewarganegaraan adalah isu rakyat yang boleh memberikan implikasi besar terutamanya kepada kanak-kanak, wanita dan institusi keluarga secara amnya. Ia adalah isu besar yang tertangguh sekian lama dan tidak diselesaikan sejak berdekad lamanya oleh kerajaan Barisan Nasional sehingga memberi kesan negatif kepada ekonomi dan sosial negara terutamanya dalam sektor pendidikan dan kesihatan.

5. DAP sejak sekian lama memperjuangkan isu kewarganegaraan yang berkait rapat dengan isu kekeluargaan tanpa mengira kaum Melayu, Cina, India, bumiputra Sabah & Sarawak atau Orang Asli sedangkan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Pemuda UMNO melihat semua isu hanya dari kacamata perkauman semata-mata. Beliau lebih memilih untuk menjadi rasis dan anti bukan Melayu serta tidak mahu melihat kesungguhan politik yang ditunjukkan oleh para pemimpin Pakatan Harapan untuk menyelesaikan isu ini melangkaui batas bangsa dan agama. UMNO sebenarnya tidak perlu takut atau berasa risau dan bimbang dengan bayang-bayang yang tidak pernah wujud. - 24 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...