Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2013

PDRM Bidas Media Singapura Isu Pembunuh Upahan.

Baru2 neh salah satu akhbar tempatan SG sindir Malaysia yang mana kos untuk mati lebih murah berbanding kos untuk terus hidup di Malaysia di samping mengaitkan perkara tersebut dengan beberapa siri kejadian tembakan di Malaysia lewat kebelakangan neh.

Rujuk sini ;

http://amenoworld.blogspot.com/2013/08/akhbar-singapura-sindir-malaysia-ekoran.html

Berikut kat bawah neh pula statement balas dari PDRM kepada media terbabit ;

LAPORAN THE NEW PAPER MENGENAI JENAYAH DI MALAYSIA BERNIAT JAHAT - KPN

Kuala Lumpur, 3 Ogos - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menyifatkan laporan muka depan sebuah akhbar Singapura, The New Paper, mengenai kejadian jenayah di Malaysia baru-baru ini, berniat jahat.

Sebaliknya Khalid menegur akhbar tersebut agar mengawasi hal ehwal jenayah di dalam negara sendiri daripada membuat satu spekulasi yang tidak benar mengenai jenayah di Malaysia.

"Ia adalah satu kenyataan jahat, eloklah dia jaga rumah sendiri daripada menjaga rumah orang," katanya kepada pemberita semasa menghadiri Majlis Jalinan Ramadan Bersama Pasukan Beruniform di sini hari ini.

Akhbar The New Paper pada 31 Julai, telah menerbitkan sebuah artikel bertajuk 'Selamat datang ke Malaysia di mana kematian adalah murah dan untuk kekal hidup sangat mahal' yang turut menyatakan bahawa untuk mengupah seorang pembunuh hanya memerlukan $2,000 (RM5,000).

Artikel tersebut menerima maklum balas negatif daripada pelbagai pihak yang menyatakan ia tidak beretika dan menggesa agar akhbar harian itu memohon maaf kepada Malaysia kerana menghina. - BERNAMA

SKMM Siasat Ibu Alvin, Ibu Alvin Pun Tak Sokong Anak Dia..

Alvin kantoi.


Dulu dia cakap keluarga dia menyokong tindakan merepek dia selama neh. Last2 kantoi. Mak dia buat pengakuan yang mak dia tak setuju dengan apa yang dia buat selama neh. Memang gile ah ada mak yang sanggup sokong anak sendiri buat video seks secara terbuka untuk tayangan umum.

Kalau secara tertutup ada maafnya lagi.

Ini secara terbuka beb. Memang nampak sangat mengarut nya. Cuma aku heran. Kenapa SKMM nak soal siasat Ibu Alvin pula?

Untuk membantu siasatan atau apa? Si Alvin neh dah masuk dalam kategori anak tak kenang budi. Baca luahan mak dia kat bawah neh. Nak beromen pun menyusahkan orang.

Baca bawah ;

Ibu kepada blogger seks Alvin Tan (gambar) dipanggil untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) pada Isnin ini jam 10.00 pagi.
Peguam kepada Tan Chong Joo Tian mengesahkan SKMM menghubunginya untuk bercakap dengan ibu kepada Tan.
"SKMM menghubungi pejabat saya dan beritahu mereka mahu ambil kenyataan dari ibu Alvin. Untuk mengelakkan terjadi sesuatu dan menghentikan mereka ke rumah untuk menahannya, saya akan bawa dia ke SKMM pada pagi Isnin," kata Chong kepada The Malaysian Insider.
"Saya tanya mereka mengapa mahu panggil ibu Alvin tetapi mereka tidak menyatakan sebabnya."
Menurut Chong, beliau sudah meminta SKMM mengeluarkan surat secara formal. 
Dalam wawancara bersama The Malaysian Insider baru-baru ini, Puan Tan juga mengakui perbuatan pasangan itu yang gemar digelar Alvivi, sebagai bertentangan dengan budaya kehidupan di Malaysia.
"Saya terkejut apabila tersebar isu video seks sebelum ini. Saya beri amaran kerana Malaysia sebuah negara konservatif, bukan seperti negara Barat," katanya yang menyedari kecenderungan Alvin berbeza dengan rakan seusianya.
Selain itu, beliau berkata, keluarganya juga diganggu orang tidak dikenali hingga mereka berasa trauma dan hidup dalam serba kebimbangan.
"Selain tekanan fizikal dan emosi, kami juga berdepan masalah beban kewangan yang besar seperti kebanyakan keluarga sederhana lain. Kami tidak kaya.
"Dan, kejadian ini menambahkan masalah kewangan kami," katanya.
Menceritakan detik perbuatan anaknya berkaitan paparan video seks dan Bak Kut Teh 'halal' diketahuinya, beliau mengakui berasa kecewa dengan Alvin.
"Sangat payah untuk ditelan. Secara mudah, saya tidak memahami dunia Alvin. Tapi mereka hanya dua anak muda. Masih mentah dan mudah melakukan kesilapan bodoh," katanya. – 2 Ogos, 2013.

Ahli PAS Mahu Menantu Haji Hadi Disiasat.

Gila ah.

Makin lama makin popular pula kisah menantu Presiden PAS mengalahkan Presiden PAS itu sendiri. TGHH sampai sekarang memilih untuk terus berdiam diri dari menjawab pelbagai kenyataan2, spekulasi dan gosip2 yang tersebar mengenai hal tersebut.

Tak sure kenapa Presiden PAS memilih untuk mendiamkan diri. Jika TGHH berbuat demikian sebab taknak keruhkan suasana dan keadaan, memang tepat tindakan tersebut.

Suasana sekarang pun dah kacau bilau. Isu lempang melempang 8 bulan lepas pun jadi kontroversi semata2 kerana menantu TGHH yang terlibat dalam insiden tersebut.

Hehe.

Dari apa yang aku perhatikan sekarang neh, menantu TGHH seolah2 sedang di serang bertubi2 oleh beberapa pihak yang berlainan dalam satu masa yang sama..

Antara salah satu nya ;
Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi.

Aku tak nampak tindakan dia salah walaupun dia lakukan secara terbuka. Ini kerana menantu TGHH pun selama neh menyerang beberapa orang secara terbuka. Apa2 yang tersorok dah tersingkap. Bukan orang nak buka sangat tapi diri sendiri yang buka citer di laman sosial, dari orang tatau pun jadi tahu ma.

Bahkan aku yakin statement JUHAM baru2 neh pun sebenarnya menyindir menantu TGHH mengenai isu pil kuda.

Rujuk sini : http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ini-jawapan-peguam-pas-kepada-ketua.html

Aku tak sure sangat kenapa menantu TGHH neh kena serang bertubi2 dari beberapa kelompok yang berlainan tetapi jika ini berlaku atas sebab dia dipercayai menjadi dalang disebalik serangan kepada beberapa pemimpin tertinggi2 PAS memang la dia kena balik.

Andai kata terbukti benar, dia ada melakukan apa2 gerakan, rancangan dan strategi mahu menyingkirkan tokoh2 tertinggi dalam PAS seperti Dr. Dzul, Mat Sabu, Husam Musa, Sallehuddin Ayub, Mujahid Rawa, Khalid Samad dan beberapa nama lain lagi, aku cadangkan hentikanla benda2 gitu. Mungkin itulah punca utama kenapa pihak2 tertentu dalam PAS naik marah dan melakukan serangan terhadap dia secara berkumpulan sekarang neh.

Ia imej tak baik bagi parti dan juga bagi diri dia sendiri selaku seseorang yang memegang title USTAZ dan duduk dalam jemaah Islam.

Bahkan ia bisa mengundang perpecahan sesama jemaah.

Lebih teruk pihak2 luar seperti UMNO akan mengambil kesempatan untuk mengapi2kan suasana dan keadaan ini bagi meraih millage politik.

Tak salah berkempen untuk muktamar. Tak salah pun untuk berbeza pendapat dalam apa2 isu. Tetapi jadi pelik juga kalau gerakan jatuh menjatuhkan neh wujud dalam PAS. Bahkan ia dilihat semakin menjadi2 dan ketara sangat selepas TGNA bersara sebagai MB Kelantan.

Sebab itu perlunya menantu TGHH menjawab sendiri. Benar atau tidak sebaran wassap untuk menjatuhkan tokoh2 tertentu ada kaitan dengan dia? Betul atau tidak gerakan itu dirancang bersama DPPP yang melibatkan Nasruddin dan Nik Abduh?

Jika ia satu salah faham, kita boleh betulkan sama. Kita jernihkan yang keruh.

Jika ia bukan satu salah faham, hentikanlah. Kita patut lakukan kempen2 sihat dengan mengetengahkan idea2 menarik kita terhadap jemaah PAS supaya sesama kita boleh bersaing secara sihat dengan membawakan idea2 yang sihat dan fresh untuk kebaikan parti dan jemaah. Pendek kata kita bertanding kemukakan idea2 menarik bukan buka citer lawan itu teruk, lawan neh jahat, lawan tu lempang orang, lawan itu pendek, lawan itu gemuk, lawan itu kena reject dengan Sultan, lawan itu kalah PRU, lawan itu orang DSAI, lawan itu terlalu terbuka, lawan itu bukan ulama dan sebagainya.

Jika semua pertelingkahan neh berpunca dari agenda UG, aku juga ada cadangan yang menarik. Mungkin PAS patut buat perjanjian bahawa selama mana mereka berkerjasama dengan PKR dan DAP, mereka tidak akan sesekali untuk bersatu dengan BN.

Itu mungkin mampu menyakinkan sesetengah pihak.

Penat.

Siyes cakap. Selepas tamat PRU semua yang berlaku, yang melibatkan konflik dalaman PAS dan PKR ia memenatkan. Lebih penat bila sesama parti komponen PAS, PKR dan DAP bergaduh secara terbuka menerusi media. Dah macam takde bilik mesyuarat yang boleh digunakan untuk bertekak secara tertutup.

Kalau la kita boleh tamatkan semua neh dan focus kepada apa yang ingin kita capai bersama kan bagus.

Artikel rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/237524

Utusan Lapor Anwar Ada Account Bank Tempatan.

Beberapa bulan lepas aku agak rajin surf Utusan secara berkala. Aku buka tiap2 pagi dan terus cari berita politik. Aku buat dalam sebulan ada kot. Berturut2. Nak tahu aku buat apa?

Aku dapati dalam masa sebulan tu tak pernah tidak ada berita2 pasal Anwar Ibrahim yang dilaporkan oleh Utusan.

Anwar kena bidas la, Anwar di minta jawab tuduhan la, Anwar tipu la, Anwar kantoi la, Anwar terlibat dalam blablabla la.. Anwar di minta jangan tipu rakyat la.. dan semacam wajib Utusan mesti siarkan berita mengenai Anwar paling koman satu artikel setiap hari.

Yang kelakar. Benda2 yang bloggers UMNO laporkan kadangkala yang memang tah hapa2 pun Utusan petik asalkan ada nama Anwar le kot.

Kalau ada NGOs buat laporan polis ke atas Anwar pun Utusan akan beria2 highlight nama Anwar..

Dah macam kena sawan Anwar.

Siyes aku cakap. Sejak2 tue aku buat kesimpulan. Utusan memang sengaja tulis pasal Anwar setiap hari atas alasan propaganda politik. Macam tu punya semangat semata2 nak menyerapkan persepsi yang Anwar layak dibenci.

Kalau kita baca portal berita pro bebas mahupun pembangkang sekali pun tak la setiap hari ada citer pasal Najib dan Rosmah.

Hehe.

Dan tadi ketika aku online facebook, nampak lagi satu berita pasal Anwar yang sengaja dilaporkan oleh Utusan. Lihat bawah ;


Ini link dia ===> https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151577626346347&set=a.10150413518756347.347999.221096761346&type=1&relevant_count=1&ref=nf

Aku tak boleh komen. Pasal Utusan dah ban aku. Kalau tak aku nak komen kat situ. Kalau dulu pasal bank luar negara sekarang pasal bank tempatan pula dah..

==> Kemunculan surat misteri mendedahkan 'urus niaga' oleh dua pemimpin tertinggi pakatan pembangkang iaitu Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi DAP, Karpal Singh menimbulkan tanda tanya penduduk di daerah ini.

Surat lapan halaman yang tertera Untuk Pengundi Permatang Pauh dan dihantar ke rumah-rumah penduduk sejak beberapa hari lalu itu antara lain mengandungi pelbagai nombor akaun bank yang didakwa milik Anwar. Penduduk kemudian memutuskan untuk menyerahkan surat bertajuk Bankleaks Anwar/Karpal berkenaan kepada bekas calon Barisan Nasional (BN) Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13), Dr. Mazlan Ismail.

Mazlan yang menerima kira-kira 6,000 laporan sama yang dihantar hampir setiap hari sejak minggu lalu sama ada melalui pos atau diletakkan di dalam peti surat rumahnya dalam sidang akhbarnya di sini hari ini, meminta Karpal dan Anwar memberi penjelasan berhubung isi kandungan surat itu.

Rujukan : http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130803/po_01/Rakyat-minta-penjelasan---Mazlan

Gila ah.

Kalau nak dakwa, dakwa la betul2. Buat laporan polis dan biar polis siasat. Buat benda2 gini, sengaja sensasikan untuk dapatkan millage politik jek. Lepas beberapa hari isu neh tenggelam dan diam. Lepas tue nanti ada la sekumpulan cybertroopers yang pergi copy paste dan tanya soalan ini secara berulangan di laman2 sosial fb dan twitter untuk mewujudkan persepsi negatif ke atas Dsai dan PR.

Sampai mampos pun tak habis macam neh.

Kenapa tidak saja lapor ke polis dan biar polis siasat. Nak gak aku tahu apa salahnya menyimpan di bank tempatan? Juta2 sekalipun apa salahnya? Sekali menang pun dah dekat 400 ratus ribu. Itu kalau satu saman. Takan nak simpan bawah bantal plak kot?

Takan itupun dah menjadi satu kesalahan gak ke apa di negara neh? 

Hehe. 

Jumaat, 2 Ogos 2013

Jawapan Untuk Admin Page JKKK Fan Club.


Biasalah.

Ini semua salah faham jek neh. Boleh berdamai balik macam biasa kalau sudi nak berdamai le. Hehe.

Aku baca gak benda di atas neh. Tapi apa yang aku faham tak sama sepertimana yang admin JKKK faham. Sebenarnya dia bukan nak pertikaikan undang2 Islam, Allah, Hudud mahupun yang sewaktu dengan nya.

Jangan salah faham oke.

Apa kata baca dulu penjelasan dia, boleh?

Kalau boleh tak payah la kita main dan sentuh bab2 akidah orang. Akidah kita biar Allah yang tentukan.. 

Baca bawah ;

Syahredzan Johan Salam semua, Terima kasih atas pandangan anda semua, lebih-lebih lagi yang mempertikaikan aqidah saya dan mengkafirkan saya di bulan Ramadhan yang mulia ini. Pertama, ada sesiapa yang baca rencana penuh di Malaysiakini, atau hanya buat ulasan melalui screenshot yang dimuatnaik oleh admin? Saya fikir tak adil rasanya kalau saya dikafirkan oleh kalian semua hanya melalui screenshot separa tersebut. Kedua, saya ditanya atas kapasiti saya sebagai seorang peguam. Saya jawab ikut pemahaman saya tentang undang-undang. Cuba baca betul-betul rencana itu, ada tak di mana-mana saya pertikaikan undang-undang Syariah atau hukum hudud? Saya ditanya tentang menggunapakai undang-undang Shariah bagi menangani jenayah. Saya jawab, kita kena perbaiki sistem pempolisan dahulu. Saya cakap masalah terbesar adalah kerajaan tak iktiraf yang kadar jenayah di negara di meningkat. Bagi saya, walau apa sistem perundangan yang kita guna pakai, kalau polis kita tak perbaiki, kita akan tetap dibelenggu dengan jenayah. Berkenaan dengan ulasan saya tentang undang-undang Shariah dan Perlembagaan, saya cakap kalau kita hanya laksanakan hudud pada orang Islam dan undang-undang jenayah sivil pada bukan Islam, akan ada ketidaksamarataan (inequality) di antara Islam dan bukan Islam dalam pendakwaan dan hukuman jenayah. Kita kena ingat, bukan setakat hukuman sahaja yang berbeza, tetapi beban pembuktian juga berbeza. Ini bertentangan dengan Perkara 8 Perlembagaan yang menjamin kesamarataan undang-undang bagi semua rakyat Malaysia. Bagaimana pula sekiranya undang-undang Shariah dikenakan ke atas orang bukan Islam juga, adakah ini akan mengatasi masalah percanggahan dengan Perkara 8 Perlembagaan? Tidak juga, kerana Perlembagaan sendiri jelas menyatakan bahawa Mahkamah Shariah tidak mempunyai bidangkuasa langsung ke atas bukan Islam. Kita tak boleh paksa undang-undang Shariah ke atas bukan Islam dalam kerangka Perlembagaan sekarang. Adakah pindaan Perlembagaan dapat merungkai masalah undang-undang ini? Bagi saya tidak, kerana pindaan Perlembagaan sahaja tidak cukup. Untuk melaksanakan hudud, ia tidak boleh dalam keadaan negara sekular seperti yang sedia ada. Negara ini perlu ditukar kepada menjadi negara Islam (Islamic state) iaitu yang meletakkan al-Quran dan Sunnah sebagai undang-undang tertinggi negara. Dan kita tak boleh sewenang-wenangnya meminda Perlembagaan, sebab kita juga harus kaji adakah perkara-perkara lain dalam Perlembagaan selari dengan al-Quran dan Sunnah? Adakah sistem demokrasi berparlimen sekarang boleh wujud dalam sebuah negara Islam? Apakah peranan Majlis Syura, yang tidak diperuntukkan dalam sistem sekarang? Bolehkah pendakwaan diputuskan oleh seorang Peguam Negara sahaja, dalam sebuah Negara Islam? Ini semua harus dikaji dan diperhalusi kalau ingin jadikan Malaysia sebuah negara Islam. Jadi pada pendapat saya, untuk menjadikan Malaysia negara Islam, harus overhaul semula negara ini dan Perlembagaan yang sedia ada dan gubal perlembagaan yang baru. Dan oleh kerana kita di dalam sebuah negara berbilang bangsa, kita perlu juga dapatkan konsensus dan pemahaman dari golongan bukan Islam. Kalau tak setuju dengan saya tentang pendapat saya tentang undang-undang dan Perlembagaan, saya terima dengan terbuka. Kita boleh berbincang dan berdebat. Tetapi rasanya saudara-saudari tak perlulah mengkafirkan saya atau mempertikaikan akidah saya, sehingga libatkan ibu bapa saya, padahal saya langsung tidak pertikaikan undang-undang Shariah atau hukum hudud itu sendiri. Selamat hari raya dan maaf zahir dan batin.

Ketika ini disini ==>  https://www.facebook.com/photo.php?fbid=621651501201461&set=a.147653551934594.24500.146443882055561&type=1&relevant_count=1

Peguam yang dimaksudkan kena kutuk dan di hentam bertubi2 atas salah faham sesetengah pihak ke atas nya.

Peguam yang kena kutuk dan hentam di page neh bukan orang lain. Rakan seperjuangan juga. Aktivis juga. Mohon jangan lagi serang menyerang dia dan tuduh dia yang bukan2 oke.

Kita kawan2, bukan mao lawan2.

Dan kalau nak tahu ada juga beberapa bloggers UMNO serang peguam neh. Alahai. Jangan la kita ikut rentak mereka. Kalau betul peguam neh hina hudud ke apa ke takpe juga, ini dia cakap lain kita faham lain, lepas tue bergaduh dan mengutuk sesama sendiri sebab salah faham..

Benda neh tak sepatutnya berlaku sebab kita di kumpulan yang sama. Berbeza pendapat kita raikan tapi kalau sampai menilai dan menghukum akidah kita, patutkah itu berlaku?

Fikirkan oke.

Nota : Jawapan dari tuan punya badan di petik dari link di atas juga.

Akhbar Singapura Sindir Malaysia Ekoran Kes Tembakan Di Negara Ini.

Kematian yang murah. Serendah $2,000 untuk mengupah pembunuh upahan bagi melakukan pembunuhan di negara ini.

Apa point negara tersebut melakukan sindiran tersebut, ek?

Lihat bawah ;


Ada kawan share satu link facebook tadi. Aku baca2 rupanya pasal satu laporan berita oleh media Singapore mengenai kejadian tembak menembak kat Malaysia yang semakin lama semakin kritikal.

Sumber gambar kat sini.

Positif ada, negatif pun ada. Itu yang aku nampak laporan berita oleh media luar mengenai jenayah di negara kita.

Aku kurang arif dari mana media Singapore mendapatkan maklumat bahawa upah yang dikenakan oleh pembunuh upahan di negara ini ialah $2,000 sekali bunuh. Ini kerana aku tak pula pernah nampak media2 kita ada menyiarkan laporan seperti itu. Jika aku terlepas pandang itu lain citer la kan.

Kalau negara tersebut beranggapan $2,000 murah di negara ini memang la betul. Kami dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi. Setakat dapat RM1,000 sebulan buat lepas bayar hutang2 je la. Itupun kalau ada hutang kereta dan hutang utilities. Kalau ada beli rumah dan harapkan gaji ko rm1,000? Pergi mampos le jawabnya.

Tapi kos sara hidup di Singapore pun tak rendah mana untuk kritik negara kita pasal kos sara hidup. Yang boleh di banggakan ialah tahap keselamatan dan kebersihan. Tapi bab keterbukaan, Singapore masih jauh lagi. Kalau baca kritikan2 pembangkang di negara itu terhadap kerajaan Singapore, memang mampu buka mata kita mengenai negara itu beb. 

Tapi aku agak terkesan juga dengan sindiran media Singapore neh. Terus terang cakap. Aku tak faham sangat niat dorang cuba membayangkan ;

1. Kematian di negara ini mudah dan murah

2. Untuk kekal hidup pula mahal.

Adakah nak membayangkan kos perubatan di negara ini mahal?

Kalau itu memang betul la. Tapi still ada klinik satu Malaysia untuk terus buat rakyat Malaysia rasa bersyukur.

Kan?

Haha.

Lagipun tak lama lagi nak kenalkan pelan insurans perubatan yang wajib untuk semua rakyat Malaysia.. so tak la membebankan sangat. 

HAHAHA.

Pelan insurans tue kalau kena pada konsepnya ia memang idea yang menarik kalau difikirkan untuk kesejahteraan rakyat di negara ini. Tetapi oleh kerana niat asalnya untuk mengkayakan sesetengah pihak maka sistem yang digunapakai pun semestinya tidak akan menyebelahi rakyat, so nak taknak terpaksa tolak sehingga idea tersebut diperkemaskan bagi menjaga kepentingan rakyat sebagai matlamat utamanya dan sasaran nya untuk memastikan semua rakyat berhak dirawat tanpa kira status dan pangkat.

Tapi apa pun sindiran yang ingin di sampaikan oleh media tersebut, kita sepatutnya kena seriyus memikirkan masalah pokok. Masalah pokok kat sini ialah kejadian tembakan yang semakin lama semakin membimbangkan rakyat marhaen. Ianya  di tahap yang kritikal dan rakyat rasa tak selamat.. kalau la kita dapat duduk berbincang2 dengan PDRM sambil bertukar2 idea kan bagus. PDRM takmo ka buat forum terbuka ataupun online bagi mendengar pendapat dan kritikan mengenai agensi tersebut di negara ini?

Aku fikir mewujudkan suasana yang aman dan selamat itu tanggungjawab bersama. Sudah sampai masanya untuk PDRM bersikap terbuka dan mendekati rakyat bagi bertukar2 idea, bagaimana? Setuju?

Namewee Sound Menteri Malaysia.

Satu  promosi yang baik untuk filem dia. Pendekatan dan strategi dia berjaya. Sebab tue sekarang neh bloggers UMNO dan penyokong2 BN panas ahti dan bengang kat dia. Bijak betul dia. Cipta kontroversi untuk dapatkan millage perhatian bagi mempromosikan filem terbaru dia.

Satu tindakan yang bijak.

Aku puji inisiatif dia.

Sejujurnya apa yang dia sebutkan tue betul pada pendapat aku. Dia meluahkan ketidakpuasan ahti dia dalam menegakkan satu2 hal di Malaysia neh.

Kenapa yang neh ko hukum, yang neh ko biarkan lepas?

Kenapa yang neh ko tayangkan, yang neh ko sekat?

Kenapa yang neh salah, yang tue betul pula?

Filem2 melayu pun bersepah adegan peluk2, rilek je ditayangkan?

Tak salah?
Tak dosa?
Tak haram?

Hehe.

Bila orang melayu + islam buat filem peluk2, jangan harap pihak2 yang ada kuasa nak komplen dan kritik bagai.

Tapi bila non muslim buat filem, benda biasa la kalau dia tak fikir bab2 aurat dan etc, pasal apa dia sibuk nak fikir aurat2 non muslim plak sedangkan muslim pun slumber giler tak heran bab aurat masing2?

Ini la benda yang paling bermasalah berlaku kat Malaysia sekarang neh. KETIDAKADILAN, DISKRIMINASI DALAM MENGHUKUM dan MEMBUAT PENILAIAN DOUBLE STANDARD, PILIH KASIH DAN TERPILIH.

Jadi jangan heran bila orang rasa kita hidup di negara yang tidak adil. Ia bukan kerana kita suka2 nak tuduh kita dipimpin oleh mereka2 yang tidak adil tetapi itulah yang berlaku ke atas kami dari segi realitinya..

Tonton la video ini ;


 

Video Rakyat Marah BN Di RTM Angkara Keputusan Pemimpin BN Guna Honda Ganti Proton.

Woahhh

Gila kauu

Point pembaca berita yang menarik perhatian aku..

'Yang peliknya.. bblabla.. meminta jabatan2 di bawah pentadbiran kerajaan negeri itu mengambil langkah berjimat cermat..'

Ya.. 

Aku setuju dengan kata2 tersebut.

Sebab tue aku pelik macam ko juga. Bahkan aku yakin bukan aku jek yang pelik sekarang neh. 

KAH KAH KAH

Lihat video ini dan jangan lupa sebarkan ek. Penting oke. 

KAH KAH KAH


Honda Accord Kenderaan Rasmi Kerajaan Sekarang, Bukan Lagi Proton.

KAH KAH KAH

Aku tepuk2 tangan je la.

Sanggup tue penyokong2 UMNO bertegang urat sampai ada yang bertindak melabel dan menghina pengkritik2 kenyataan2 pemimpin mereka dengan label2 yang keras lagi dasat. Last2 semua pembelaan dan tindakan mewajarkan kenyataan pemimpin2 UMNO mereka menjadi sia2 sebab apa?

Sebab ini.


Patriotik bukan tindakan pemimpin korang?

Menurut laman web beritasemasa aka beritaterkini ;

Dan akhirnya…… kerajaan Malaysia sebulat suara bersetuju dan mengumumkan secara rasmi melalui pekeliling yang dikeluarkan sendiri melalui Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara Malaysia, bahawa kereta Nasional yang menjadi “kebanggaan” rakyat Malaysia atas nama “patriotik” dan “cintakan negara” iaitu Proton Perdana Executive ditukar kepada model lain.
“Proton Inspira yang masih baru & masih dikeluarkan pun kena ganti juga”
Adakah kerajaan Malaysia memilih Proton Preve? Bukan! Model bagi kereta rasmi kerajaan bukan lagi di bawah logo Proton, tetapi Honda.
Yelah. Yang mengkritik dan memberikan pendapat keras mengenai proton hanyala mahu membantu PROTON menjadi lebih baik

Rujukan :  http://www.beritaterkini.my/kereta-kerajaan-malaysia-honda-accord

Ikhlas aku cakap. 

Aku bukan nak marah ke apa dengan tindakan kerajaan atas keputusan ini.  Jika keputusan ini dibuat untuk menjimatkan kos penyelenggaraan kereta, momantai. Aku takde hal.

Jika keputusan ini dibuat untuk keselesaan para pemimpin negara agar perjalanan mereka tidak kerap terganggu, aku pun no hal.

Tetapi oleh kerana mereka pernah mengkritik, melabel dengan keras, menuduh orang lain seolah2 mana2 pemimpin yang tidak menggunakan proton sebagai kenderaan rasmi merupakan pengkhianat, tidak ada semangat sayangkan product tempatan, tindakan mereka pada kali neh memang wajar dipersoalkan.

Masih ingat kes toyota camry? Masih ingat pemimpin2 UMNO yang berikan kenyataan2 yang keras? Masih ingat betapa PR di tuduh tidak patriotik? Masih ingat segala kritikan kepada PROTON di anggap tidak relevant dan perlu dibakulsampahkan?

Bila kita mengkritik dikatakan kita menghina. Walhal disebalik setiap kritikan2 tersebut terselit satu harapan, rakyat Malaysia mahu melihat PROTON berdaya saing dan menghasilkan product berkualiti yang mampu membanggakan rakyat Malaysia tak kira la di mana2 pun mereka berada.

Ooo.. jahat sangatla orang yang ada harapan nak tengok PROTON berdaya saing dengan HONDA sekurang2nya.

Impian yang jahat. Cita2 yang jahat. Harapan yang jahat.

Kita patut biarkan PROTON terus terusan tidak maju. Mengkritik PROTON merupakan kesalahan kerana itu tidak patriotik namanya.

Tolong faham.

KAH KAH KAH

Khamis, 1 Ogos 2013

Surat Terbuka Untuk Nik Aziz Part 2.

Ini jawapan balas dari ahli biasa PAS mengenai respon balas yang dia terima berikutan menulis surat terbuka kepada TGNA baru2 neh.

Aku tertarik bila dia sebutkan kaitan Nasruddin dengan LYNAS.

Aku juga tertarik bila dia bidas Nasruddin tidak menjawab kepada isu pokok.

Takpe, jika benar dia akan mendedahkan semua ini selepas hari raya, kita sama2 nantikan. Masa tue boleh la kita meneliti pihak mana yang betul dan pihak mana yang sama ketika membuat kesimpulan akhir.

Baca bawah ;

Saya menekuni tulisan-tulisan ‘balas’ yang di buat oleh Nasrudin Hassan semalam dan yang terbaru dari Zaharudin Muhammad pada pagi ini. Secara sepintas lalu kedua-duanya seakan memperlekehkan coretan saya buat Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz atau bahasa mudahnya, surat saya tersebut tiada nilainya dan ia ‘dibakul sampahkan’ oleh kedua mereka.
Namun tidak mengapa, yang pastinya semua orang baik kalangan ahli dan penyokong PAS mahupun yang bukan dapat melihat satu perkara yang pasti iaitu memang wujud puak-puak atau team yang bercakaran dalam PAS sekarang ini!
Inilah yang di bimbangi oleh saya dan rasanya inilah yang di bimbangi oleh semua ahli dan penyokong PAS dan respon mereka berdua mengiyakan perkara tersebut.
Walaupun saya di tuduh menabur fitnah dengan susunan ayat yang menarik oleh Nasrudin selaku penceramah yang hebat namun dengan penuh rendah diri dan keinsafan saya ingin meminta semua pihak berlapang dada serta membuka minda dan mata dengan seluas-luasnya berkenaan isu ini.
 Yang dikatakan fitnah bertebaran, fitnah makin marak di susuli oleh pelbagai ayat-ayat Al Quran dan hadis memperingatkan betapa bahayanya fitnah dan celakanya mereka yang menyebarkan fitnah membuatkan semua orang terlupa fitnah yang sebenarnya ialah masalah kedua-dua puak ini!
Baik dari yang di gelar ulamak mahupun profesional. Dua-dua memainkan peranan umpama api dalam sekam, tikam-menikam antara satu sama lain, dalam mesyuarat lain keluar mesyuarat lain pula halnya.
Keputusan mesyuarat belum keluar tapi ‘wassup’ dah lima kali pusing dunia mencari sasaran untuk di war-warkan. Siapakah pelaku ini semua? Mereka inilah dari kalangan yang di gelar ulamak dan profesional dalam jemaah yang kita sayangi ini.
Kalau ada yang melenting marahkan saya mengaitkan Nasrudin dengan Lynas dan juga Nik Abduh dengan gaya hidupnya yang mewah tidak sebanding Tuan Guru, saya pohon kemaafanlah atas teguran tersebut tetapi saya ingin tegaskan di sini bahawa saya tidak sama sekali secara semborono menuduh atau memfitnah mereka berdua.
Walaupun Nasrudin menaip panjang berjela  akan alkisah kewangan beliau dan betapa sederhananya penghidupan beliau, saya cuma mampu menggelengkan kepala membaca karangan beliau tersebut. Saya tidak menyangka sampai begitu sekali melalutnya beliau bercerita sebegitu rupa.
Bahkan pengakuan beliau jugak membuka pelbagai persolan baru bagi yang tidak tahu dan menimbulkan rasa loya di tekak mereka yang mengetahui cerita sebenar.
Cukup setakat ini berkenaan isu tersebut, insya Allah selepas raya nanti saya  akan berkunjung lagi ke Beserah antaranya bagi menyambung kembali kajian tentang beberapa perkara termasuk berkenaan isu Lynas yang meruntuhkan PAS di sana dan juga isu yang melanda Umno tempohari iaitu isu lembu tetapi bukan NFC tapi lembu korban.
Dan satu lagi saya cuit beliau dengan kontraktor Lynas tetapi di jawab panjang lebar hubungan dengan Lynas. Entahla...
Justeru itu saya sekali lagi merayu kepada Tuan Guru Nik Abdul Aziz selaku Mursyidul Am PAS untuk bertindak segera atas fitnah besar yang melanda jemaah sekarang ini.
Walaupun ada yang mencerca dan memaki saya atas sebab mendedahkan isu ini di khalayak umum tetapi apa pilihan lagi yang saya ada?
Saya sayangkan jemaah saya dan saya tidak peduli dari team mana sekalipun sekiranya bersalah mereka mesti di hukum dan perkara ini tidak boleh di diamkan dan menunggu sahaja perwakilan membuat keputusan pada muktamar.
Alasannya mudah, sementara menunggu sampai masa muktamar kedua-dua team ini akan terus-menerus bergerak mencari pengaruh dan membina kekuatan sendiri dan akan mengeruhkan lagi keadaan dan ukhuwwah sesama kita.
Lihat sahaja ayat Zaharudin yang terbaru ini, jelas beliau bertegas tidak akan berundur dari pendirian beliau iaitu Khalid Samad dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada jemaah. Dan selepas ini Khalid pula mungkin akan bertegas mempertahankan dirinya.
Jadi apa akan jadi kepada kami ahli bawahan ini? Masing-masing akan saling cantas-mencantas antara satu sama lain menjelang muktamar nanti bagi memastikan tiada seteru mereka berada pada tampuk kepimpinan akan datang.
Yang menjadi mangsanya ialah ahli bawahan dan pencinta PAS. Andai kata team Zaharudin yang menang dan menguasai kepimpinan, belum tentu mereka ini betul. Yang betulnya adalah berdasaran kepala otak mereka saja. Begitu jugak dengan Khalid Samad dan pasukannya yang di labelkan sebagai anai-anai, anwarinas, Ikram, JIM dan sebagainya, belum tentu boleh di pakai sebenarnya.
Tetapi yang pastinya kesemua mereka adalah ahli PAS dan wajar kita mempercayai kedua-dua mereka ini mempunyai niat yang sama untuk memperjuangkan dan mempertahankan dasar dan cita-cita PAS. Cuma mungkin cara dan pendekatan yang berbeza.
Di sini perlunya Tuan Guru selaku orang tua parti yang tegas dan berwibawa untuk campurtangan segera memanggil kesemua mereka untuk bersemuka seberapa segera sebelum kawasan-kawasan sibuk bermesyuarat selepas Aidilfitri ini.
Saya mengharapkan agar janganlah kepimpinan membiarkan perkara ini semakin parah. Saya redha di tuduh pembawa fitnah dan sebagainya tetapi Allah Maha Mengetahui niat sebenar saya.
Saya bukanlah membangunkan fitnah yang tidur. Saya cuma menggerakkan orang yang tidur terlalu lena dek kerana kekenyangan berbuka tanpa menyedari api fitnah sudah memakan tilam dan bantal di bawah tiduran mereka.
Saya juga faham besarnya dosa menabur fitnah apatah lagi di malam-malam akhir Ramadan ini tetapi saya berpendirian lebih besar dosa membiarkan fitnah yang membara ini memakan ikhuwwah sesama kita tanpa bertindak apa-apa.
Sama-sama kita berdoa agar Allah memberi petunjuk kepada kita semua, semoga kita bertemu jalan pulang yang sebenarnya. Andainya setelah di beri nasihat dan teguran ada yang masih berdegil, kita serahkan kepada Allah untuk menentukan apa yang terbaik di sisi-Nya untuk yang terlibat. – 1 Ogos, 2013.

Khairy Jamaluddin Tolak Saranan Fatwa Mengenai Atlet.

Ini bukan hina Islam. Ini hanya pendapat peribadi dia. Pendapat dia sebagai seorang menteri. Perkara ini masih boleh dibahaskan dan diperdebatkan sehingga mencapai satu keputusan yang benar2 muktamad.

Ini pendapat aku. 

Kalau Majlis Fatwa dan KBS boleh duduk berbincang agar atlet muslim boleh memenuhi protokol tuntutan aurat paling semaksima sekalipun ia lebih baik berbanding tidak berbuat apa2 perubahan.

Nasib baik yang bercakap neh menteri UMNO. Kalau la dia orang PAS, PKR dan DAP. Setakat report polis satu negara itu perkara biasa. Setakat disiasat di bawah beberapa akta itu pun perkara biasa. Menteri UMNO boleh membahaskan fatwa, orang biasa macam peserta ratu cantik tak boleh bahaskan fatwa. Apatah lagi orang politik pro pembangkang.

Lain kali.. 

Sebelum nak menunjukkan apa2 perbezaan, sila declare sokongan padu kepada BN dan UMNO. Itu mampu menyelamatkan kamu dari dihina, dikecam, disalahkan dan dimaki hamun.

Jika rasa tak mampu nak kena kecam, maka nyatakan sokongan terbuka kepada BN dan baru nyatakan perbezaan.

Jika rasa tak heran macam aku, maka nyatakan je la perbezaan.

Risiko? Tanggung sendiri.

Ini pendapat Khairy Jamaluddin atas saranan Majlis Fatwa Negara yang mencadangkan agar wanita muslim dilarang menyertai beberapa acara sukan yang mendedahkan aurat mereka ;

Putrajaya will not agree to a fatwa keeping Muslim women out of certain competitive sports, minister Khairy Jamaluddin assured athletes and sports officials today after the National Fatwa Council (NFC) proposed the idea.
Yesterday Penang Mufti Hassan Ahmad was quoted as saying the NFC may ban Muslim women from certain sports events such as swimming and competitive gymnastics as it would expose their "aurat", on the heels of a similar fatwa on beauty pageants that recently sparked a storm over the Miss Malaysia World 2013 contest.
"I don't think this is a good idea at all. Sporting competitions are different from beauty contests. I would object to any banning of sporting events," Khairy told The Malay Mail Online in a text message.

Yang heran nya, majlis fatwa hanya sasarkan wanita muslim. Bagaimana pula dengan lelaki muslim? Pakai spender, tunjuk badan itu betul ka mengikut tuntutan aurat dalam Islam bagi seorang lelaki?

Tolong jangan lakukan diskriminasi seperti ini.

Wanita berdosa tayang aurat, lelaki tak pula berpahala bila tayang aurat.

KBS tidak akan bersetuju dengan saranan mufti Penang mengenai kemungkinan menetapkan fatwa bagi melarang mana2 wanita muslim melibatkan diri dalam mana2 acara sukan yang mendedahkan aurat mereka.

KJ juga mengulas bahawa sukan berbeza dengan pertandingan ratu cantik. Sebenarnya KJ silap. Apa beza sukan dengan ratu cantik?

Dua2 sama jek.

Tujuan nya untuk meraikan sesuatu kelebihan dan mendapatkan ganjaran dari kelebihan yang kita miliki. Bahkan ia digunakan sebagai medium untuk menjalin persahabatan dan hubungan perniagaan dengan negara2 lain.

Mungkin impaknya disini, sukan mempunyai persepsi positif berbanding pertandingan ratu cantik yang rata2 di pandang negatif.

Ikhlas aku cakap. Melarang tak mengubah apa2. Kenapa tidak kita tetapkan dress code yang sesuai bagi penganut muslim di negara ini agar dapat melibatkan diri dengan sukan?

Majlis fatwa patut usulkan kepada KBS agar membolehkan pakaian khusus yang menutup aurat untuk penganut muslim samada lelaki mahupun perempuan agar mereka boleh bersukan tanpa rasa was2 dan melanggar peraturan dalam Islam.

KBS patut mempertimbangkan usul tersebut agar penganut muslim boleh bersukan dan tidak di kritik cara mereka berpakaian. Paling2 koman, semaksima mungkin yang mampu mereka tutup.

Atlet yang terlibat dalam acara sukan ini kebanyakkan mereka benar2 meminati bidang yang mereka ceburi. Tidak sesuai menghalang mereka kerana faktor pakaian sebab pakaian boleh di ubah jika kita mahu mengubahnya. Ia bukan satu ketetapan yang tak boleh di ubah sampai bila2.

Teringat kes AzizulHasni dan olimpik. Dia dipertikaikan oleh orang ramai kerana pakaian nya. Kami pernah membincangkan isu neh di KBSB suatu ketika dulu. Sayang, ramai yang memilih untuk menjadi tuhan dari tuhan itu sendiri di saat dia berusaha sebaik mungkin untuk memastikan sekurang2nya dia mampu menutup auratnya paling minima. Usaha dia, Allah tahu.

Ini la mentaliti masyarakat yang perlu kita fahami.

Kebanyakkan dari mereka lebih cenderung letak tali gantung berbanding bagi tali untuk kita daki. 

Rujukan : http://www.themalaymailonline.com/malaysia/article/fatwa-on-muslim-athletes-a-bad-call-says-khairy

Kenapa Peguam PR Pertahankan Maznah? Baca Ini Dulu.


Ini yang aku suka pada PKR. Walaupun aku bukan ahli PKR tetapi antara yang membuatkan aku suka kepada PKR inila sebabnya. Mereka sangat terbuka untuk memahami situasi berbanding meletakkan hukuman seperti sesetengah orang.

Ada beberapa perkara yang aku tak suka pada PKR tetapi ia diselamatkan dengan beberapa perkara yang aku suka dalam PKR pula.

Semalam ada terbaca salah seorang UMNO yang update di wall facebook bahawa peguam PAS membela Maznah, individu yang terlibat dalam kontroversi video berhari raya bersama anjing. Video tersebut dikatakan menghina Islam. Aku tak sure betul ke tidak peguam PAS turut sama membela Maznah dalam pertuduhan tersebut, tetapi kalau betul ia bukan perkara yang salah pun.

Sebenarnya aku taknak beratkan diri untuk bincang isu neh beria2. Sebab banyak lagi isu lain yang lebih penting untuk kita focuskan ketika ini. TPPA antara perkara yang sangat2 memerlukan perhatian dari orang ramai tetapi respon yang diterima sangat2 mengecewakan. Aku dah tulis beberapa kali, juga dah sebarkan apa itu TPPA dan kenapa kita kena bantah tetapi respon dari pengguna internet tak semeriah respon yang diterima dalam kes Maznah.

Ia memberikan gambaran kepada aku. Isu remeh temeh lebih layak dibincangkan berbanding isu yang boleh menjejaskan kehidupan kita secara langsung.

Maznah tidak melakukan penghinaan terhadap Islam. Cacian, makian dan hinaan ke atas dia tidak patut berlaku. Mengatakan dia anjing, meletakkan dia di neraka, melabelkan dia dengan pelbagai gelaran dan mengejek rupa serta penampilan dia tidak patut dilakukan oleh mana2 pejuang Islam yang mahu mempertahankan Islam itu sendiri atas apa2 alasan sekalipun.

Pengkid? Ko kenal dia? Ko tahu fitrah dia? Ko tahu masalah dan keadaan fizikal dia? 

Kalau tatau, jangan berlebih2an sangat.

Aku ulang balik. Sebelum video itu menjadi kecoh dan kontroversi politik di negara neh, aku dah tengok. Pendapat pertama aku selepas tengok video tersebut aku katakan dengan jelas dan terus terang dia tidak menghina Islam.

Apa sebenarnya yang aku nampak?

1. Takbir raya = menunjukkan suasana hari raya = scene bawa anjing pergi jalan2 ialah scene yang bawa anjing dia pergi jalan2 jek.. siapa kata ia semestinya hari raya pertama? Siapa kata ia semestinya di pagi raya? Korang sendiri yang anggap begitu. Siapa kata bawa anjing pergi jalan2 dengan selingan takbir raya ialah merupakan satu penghinaan? Korang juga yang kata sebab korang anggap begitu.

2. Dia basuh kaki anjing dia. Korang kata dia amek wudhu. Kenapa tidak dia basuh kaki anjing2 dia selepas bawa jalan2 sebab anjing dia tak pakai kasut? Dan andaikata dia benar2 mewudhukan anjing2 dia sekalipun apa masalahnya? Allah cipta anjing sama seperti Allah cipta manusia. Anjing tak dilahirkan di dunia ini dengan sendiri, dia terjadi kerana Allah yang menciptakan mereka. Semua yang Allah cipta ada sebab. Tapi tak pernah Allah meletakkan 'MENGHINA' antara sebab2 yang perlu kita fahami, apatah lagi buat.

3. Dia bagi anjing dia makan biskut raya, korang kata dia hina perayaan hari raya. Kenapa pula anjing makan biskut merupakan satu penghinaan? Anjing dia anjing yang terlatih. Dia jurulatih anjing. Dia bagi arahan anjing dia makan. 

4. Dia kutip anjing2 jalanan, jaga bagi elok, bersihkan mereka, rawat penyakit depa dan jaga secara berkala. Berapa ramai di antara korang yang sanggup bagi anjing jalanan makan dan bersihkan mereka? Usah kata anjing, kucing jalanan yang penuh kurap tue pun ada yang geli gamaknya.

5. Anjing2 jalanan daripada terbiar yang mungkin memudaratkan, adalah lebih elok dijaga secara berkala. Sekurang2nya ia tak akan merosakkan persekitaran awam dan menakutkan orang ramai. Hutan dah takde. Gondol sana sini. Habitat dorang korang rampas. Bila ada orang prihatin korang marah.

6. Berdasarkan situasi dia, seseorang muslim dan melayu yang menjaga dan melatih anjing, seseorang yang sentiasa dikelilingi anjing, mungkin ia mengundang persepsi serong terhadap diri dia.

7. Jadi dia buat la video ikhlas, untuk mengubah stigma masyarakat. Dia berhari raya. Sesetengah orang rasa jijik dengan anjing tetapi anjing tak la sejijik yang digambarkan jika kita jaga kebersihan anjing2 tersebut secara berkala. Ini yang aku nampak pada kali pertama melihat video tersebut. Tiada reaksi negatif kerana aku percaya itu sebenarnya yang dia mahu sampaikan. Sebab itu di akhir video dia letak ucapan ini ==>
 

"Raikanlah Aidilfitri bersama-sama, tanpa mengira spesis, warna, asal- usul"

Maznah mungkin mahu memecahkan tembok diskriminasi. Dalam kes neh mungkin dia beranggapan bahawa kewujudan anjing telah disalahanggap oleh sesetengah pihak.

Sebab itu Maznah tegaskan bahawa dia tidak hina Islam dan tidak pernah ada niat mahu melakukan hal tersebut. Video dia telah di tafsir secara salah dan dijadikan modal politik untuk meraih sokongan dan simpati dari pihak2 tertentu agar mereka dapat ditonjolkan as juara bagi membela agama padahal ianya takde apa isu pun.

Ada orang kata bunuh anjing dapat pahala. Ada orang kata bunuh anjing sebab Nabi SAW suruh. Bahkan ada orang nak bunuh Maznah. Setakat penghinaan dan cercaan yang dia terima di ruangan online neh toksah cakap la. Bersepah.

Aku tak pernah tahu bunuh anjing boleh dapat pahala. Yang mengenai hadis Nabi SAW tue setahu aku bunuh anjing yang mempunyai wabak penyakit. Anjing secara fizikalnya boleh dipegang tetapi bukan air liur dia sebab ia dikhuatiri tidak bersih. Isu2 yang berkaitan anjing adalah mengenai kebersihan. Bukan kerana anjing itu sendiri. Tolong faham betul2. Sebab itu ada 4 mahzab yang memberikan pendapat yang berbeza2 mengenai anjing.

Dan tolong juga faham betul2. Mahzab ialah pemudah cara untuk kita memahami Islam bukan penganti kepada Alquran dan Islam itu sendiri. Tolenrasi dan perbezaan yang wujud dalam keempat2 mahzab tersebut kita raikan dengan matang bukan menekan dan mendesak orang lain bagi memahami sepertimana yang kita mahu faham.

Jika perbuatan dia di anggap membela anjing, maka ia memang baik daripada anjing2 tersebut dibiarkan lepas tanpa tuan. Sekurang2nya anjing tersebut boleh la dia gunakan untuk berlatih dan ujikaji sebab dia ialah jurulatih anjing. Jurulatih anjing memang sinonim dekat dengan anjing bagi memahami fitrah mereka. 

Jika ada keperluan untuk menegur dia maka tegurla kerana aurat. Itupun setelah kita memahami keadaan dia.

Tiada keperluan untuk kita meletakkan hukuman apatah lagi dia sudah menafikan tuduhan2 yang terbit ke atas batang tubuhnya.

Kita bukan tuhan. Islam bukan penghukum. Allah tak pernah desak kita untuk menjadi penghukum. Anjuran pertama adalah tegur yang kemudian disusuli dengan dakwah serta didik. Jangan letakkan tali gantung depan seseorang hanya kerana ko tak boleh terima cara dia. 

Melihat isu neh, aku menjadi sangat bersyukur. Perkara ini terbit dalam diri aku selepas memerhatikan perkara ini. Aku bersyukur dilahirkan sebagai muslim meskipun ia sekadar muslim keturunan. Sekurang2nya aku boleh paksa diri aku untuk kenal apa itu Islam. Bayangkan saja jika Allah takdirkan aku lahir sebagai seseorang yang non muslim? Aku percaya diri aku takan mendekati Islam sampai mati setelah melihat perlakuan dan sikap pejuang2 Islam di negara neh. Melihat sikap mereka ia menakutkan aku sebagai penganut Islam sekalipun. Dan jika aku bukan orang islam, pasti aku lebih takut lagi. 

Fikirkan. 

Baca ini juga ==> http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ini-penjelasan-dari-individu-yang.html
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...