Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Ogos 2013

Ahli PAS Mahu Menantu Haji Hadi Disiasat.

Gila ah.

Makin lama makin popular pula kisah menantu Presiden PAS mengalahkan Presiden PAS itu sendiri. TGHH sampai sekarang memilih untuk terus berdiam diri dari menjawab pelbagai kenyataan2, spekulasi dan gosip2 yang tersebar mengenai hal tersebut.

Tak sure kenapa Presiden PAS memilih untuk mendiamkan diri. Jika TGHH berbuat demikian sebab taknak keruhkan suasana dan keadaan, memang tepat tindakan tersebut.

Suasana sekarang pun dah kacau bilau. Isu lempang melempang 8 bulan lepas pun jadi kontroversi semata2 kerana menantu TGHH yang terlibat dalam insiden tersebut.

Hehe.

Dari apa yang aku perhatikan sekarang neh, menantu TGHH seolah2 sedang di serang bertubi2 oleh beberapa pihak yang berlainan dalam satu masa yang sama..

Antara salah satu nya ;
Seorang anggota seumur hidup PAS membuat aduan kepada Jawatankuasa Disiplin berhubung kenyataan anggota Majlis Syura Zaharuddin Muhammad, yang juga menantu presiden, kerana menuduh terdapat sabotaj dalaman secara terbuka.

Dalam surat yang dihantar hari ini yang salinannya diberikan kepada Malaysiakini, Zulhazmi Shariff menggesa jawatankuasa displin menyiasat kesahihan dakwaan Zaharuddin yang dikatakan berlaku semasa pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun, jika ia ternyata tidak benar, penuduh patut dikenakan tindakan kerana mencemarkan imej parti di mata masyarakat, kata Zulhazmi.

Aku tak nampak tindakan dia salah walaupun dia lakukan secara terbuka. Ini kerana menantu TGHH pun selama neh menyerang beberapa orang secara terbuka. Apa2 yang tersorok dah tersingkap. Bukan orang nak buka sangat tapi diri sendiri yang buka citer di laman sosial, dari orang tatau pun jadi tahu ma.

Bahkan aku yakin statement JUHAM baru2 neh pun sebenarnya menyindir menantu TGHH mengenai isu pil kuda.

Rujuk sini : http://amenoworld.blogspot.com/2013/07/ini-jawapan-peguam-pas-kepada-ketua.html

Aku tak sure sangat kenapa menantu TGHH neh kena serang bertubi2 dari beberapa kelompok yang berlainan tetapi jika ini berlaku atas sebab dia dipercayai menjadi dalang disebalik serangan kepada beberapa pemimpin tertinggi2 PAS memang la dia kena balik.

Andai kata terbukti benar, dia ada melakukan apa2 gerakan, rancangan dan strategi mahu menyingkirkan tokoh2 tertinggi dalam PAS seperti Dr. Dzul, Mat Sabu, Husam Musa, Sallehuddin Ayub, Mujahid Rawa, Khalid Samad dan beberapa nama lain lagi, aku cadangkan hentikanla benda2 gitu. Mungkin itulah punca utama kenapa pihak2 tertentu dalam PAS naik marah dan melakukan serangan terhadap dia secara berkumpulan sekarang neh.

Ia imej tak baik bagi parti dan juga bagi diri dia sendiri selaku seseorang yang memegang title USTAZ dan duduk dalam jemaah Islam.

Bahkan ia bisa mengundang perpecahan sesama jemaah.

Lebih teruk pihak2 luar seperti UMNO akan mengambil kesempatan untuk mengapi2kan suasana dan keadaan ini bagi meraih millage politik.

Tak salah berkempen untuk muktamar. Tak salah pun untuk berbeza pendapat dalam apa2 isu. Tetapi jadi pelik juga kalau gerakan jatuh menjatuhkan neh wujud dalam PAS. Bahkan ia dilihat semakin menjadi2 dan ketara sangat selepas TGNA bersara sebagai MB Kelantan.

Sebab itu perlunya menantu TGHH menjawab sendiri. Benar atau tidak sebaran wassap untuk menjatuhkan tokoh2 tertentu ada kaitan dengan dia? Betul atau tidak gerakan itu dirancang bersama DPPP yang melibatkan Nasruddin dan Nik Abduh?

Jika ia satu salah faham, kita boleh betulkan sama. Kita jernihkan yang keruh.

Jika ia bukan satu salah faham, hentikanlah. Kita patut lakukan kempen2 sihat dengan mengetengahkan idea2 menarik kita terhadap jemaah PAS supaya sesama kita boleh bersaing secara sihat dengan membawakan idea2 yang sihat dan fresh untuk kebaikan parti dan jemaah. Pendek kata kita bertanding kemukakan idea2 menarik bukan buka citer lawan itu teruk, lawan neh jahat, lawan tu lempang orang, lawan itu pendek, lawan itu gemuk, lawan itu kena reject dengan Sultan, lawan itu kalah PRU, lawan itu orang DSAI, lawan itu terlalu terbuka, lawan itu bukan ulama dan sebagainya.

Jika semua pertelingkahan neh berpunca dari agenda UG, aku juga ada cadangan yang menarik. Mungkin PAS patut buat perjanjian bahawa selama mana mereka berkerjasama dengan PKR dan DAP, mereka tidak akan sesekali untuk bersatu dengan BN.

Itu mungkin mampu menyakinkan sesetengah pihak.

Penat.

Siyes cakap. Selepas tamat PRU semua yang berlaku, yang melibatkan konflik dalaman PAS dan PKR ia memenatkan. Lebih penat bila sesama parti komponen PAS, PKR dan DAP bergaduh secara terbuka menerusi media. Dah macam takde bilik mesyuarat yang boleh digunakan untuk bertekak secara tertutup.

Kalau la kita boleh tamatkan semua neh dan focus kepada apa yang ingin kita capai bersama kan bagus.

Artikel rujukan : http://www.malaysiakini.com/news/237524

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...