Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 1 Ogos 2013

Petisyen PRU - Nurul Izzah Kekal MP Lembah Pantai, PAS Lapor Polis Besar-Besaran.

Mahkamah Pilihan Raya Kuala Lumpur hari ini menolak petisyen pilihan raya yang difailkan oleh Ketua Pemuda Umno Lembah Pantai Mohamad Sazali Kamilan terhadap penyandang anggota Parlimen Nurul Izzah Anwar.

Hakim pilihan raya Zabariah Mohd Yusof membenarkan kebanyakan bantahan awal yang dibuat oleh peguam Nurul Izzah, Edmund Bon.

Sazali diperintah membayar kos RM40,000.

Sumber :  http://www.malaysiakini.com/news/237329


Petisyen neh untuk orang2 kaya jek kot. Bila kena tolak bukan saja sakit di ahti bahkan sakit di poket. Banyak tue duit yang terpaksa dilaburkan untuk memfilekan satu2 petisyen lepas tue bila dah kalah kena bayar kos pula. Ini kerja gila dan merepek.

Tak aneh la PAS mengamok sampai nak buat laporan polis besar-besaran di seluruh negara berhubung kes tersebut.

Baca bawah ;
Peguam PAS Hanipa Maidin berkata parti itu kini tiada pilihan selain membuat laporan polis selepas Mahkamah Pilihan Raya menolak alasan undang-undang dalam petisyen yang dikemukakannya. Sekarang ini kita akan buat laporan polis besar-besaran di seluruh Malaysia kerana mahkamah kata ini kesalahan jenayah," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PAS petang ini. Sementara itu, timbalan presiden PAS, Mohamad Sabu pula berkata, beliau kecewa dengan pengendalian petisyen berkenaan yang disyakinya dijalankan mengikut arahan pihak tertentu.

"Kita kecewa dengan kendalian petisyen. Tahun ini nampak luar biasa. Macam ada arahan tertentu untuk kes ini tanpa dibicarakan. Kos yang dituntut luar biasa.

"Secara umumnya rasa pelik apa yang berlaku. Ini meletakkan pengendalian undang-undang kita pincang," katanya.

Mahkamah setakat ini telah menolak 11 daripada 16 petisyen yang dikemukakan PAS.

Takde duit buat cara takde duit. PR bukan BN. Dorang kena bayar juta2 pun tak heran pasal dorang banyak duit. Sebab tue apa yang disarankan oleh MSO aku setuju sangat. Tarik balik petisyen, selamatkan wang. Lebih baik kita gunakan wang2 tersebut untuk mobilisekan pergerakkan rakyat agar lebih tersusun dan terancang bagi menghadapi pru ke empatbelas kelak.

Baca bawah. Penulisan blogger otai, MSO ;



Tarik balik semua petisyen, selamatkan wang


Hari ini mahkamah meneruskan lagi siri penolakan petisyen pilihan raya, kali ini untuk empat kerusi parlimen semuanya membabitkan kerusi di Selangor. Kerusi itu ialah Kuala Selangor, Sungai Besar, Sabak Bernam dan Sepang.

Penolakan itu mengekalkan keputusan pilihan raya lalu, kerusi Kuala Selangor, Sungai Besar dan Sabak Bernam kepada calon Barisan Nasional (BN) manakala kerusi Sepang kepada calon PAS, Hanifa Maidin. Mahkamah juga mengenakan kos luar biasa kepada pempetisyen sebanyak RM50,000.

Oleh kerana mahkamah seakan sudah ada keputusan awal dalam meneliti kes petisyen ini, di mana semuanya setakat ini ditolak dengan alasan teknikal yang remeh, elok kalau parti yang mengemukakan petisyen mengkaji balik daripada meneruskan petisyen mereka dibicarakan.

Tidak ada guna menghabiskan wang untuk dibayar kepada pengurus pilihan raya dan pihak yang dipestiyen. Lebih baik wang itu digunakan untuk memperkasakan parti masing-masing bagi persiapan menunggu pilihan raya umum ke 14 yang sudah tidak lama lagi
. (Empat tahun setengah bukan lama).

Sikap mahkamah berhubung petisyen ini tidak berubah. Walaupun Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim meminta Ketua Hakim Negara mencampuri dan meneliti trend mahkamah dalam membuat keputusan, tetapi Ariffin Zakaria tetap membisu. Kononnya beliau selaku ketua hakim tidak boleh memberi apa-apa ulasan. Melanggar kod kehakiman barang kali.

Sehubungan itu, mungkin perlu dipinda Akta Suruhanjaya Pilihan Raya supaya membuang ruang dan hak untuk membawa mana-mana kes pilihan raya ke mahkamah. Dengan tiada peruntukan undang-undang dan hak itu maka parti politik tidak perlu bersusah payah menyediakan bukti serta wang dan berjujutan ke mahkamah untuk mendapat keadilan setelah mereka merasakan ditipu ataupun diselewengkan oleh mana-mana pihak atau dalam pelbagai bentuk sepanjang proses pilihan raya.

Pakatan Rakyat dianggarkan akan membelanja lebih RM3 juta untuk membiayai kos petisyen. Wang sebanyak itu satu jumlah besar. Dengan menarik balik petisyen ahli juga tidak terbeban kerana selalunya bila parti memerlukan wang untuk sesuatu tujuan ahli yang akan dikerah untuk mendapatkannya.
-msomelayu

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...