Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 17 Disember 2016

Kos MRT - Najib Bohong, Ini Fakta-Fakta Rafizi Mengantoikan Kenyataan Najib!

Semasa melancarkan Fasa 1 MRT (Jajaran 1) Sungai Buloh ke Kajang pada 15 Disember 2016, Dato’ Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa “penjimatan RM2 bilion telah dicapai” dan memetik angka RM21 bilion sebagai “kos projek MRT” (seperti yang dilaporkan Bernama, rujuk http://www.bernama.com/bernama/v7/sp/newssports.php?id=1311989).
Pengumuman Dato’ Seri Najib itu telah digunakan oleh kumpulan propaganda maya Umno (termasuk oleh pemuka-pemuka seperti Lim Sian See, Papagomo, Raja Petra dan blog-blog penyokong Umno) untuk menyerang saya dengan menuduh saya memfitnah Dato’ Seri Najib dan kerajaan Malaysia kerana saya pernah menyuarakan rasa khuatir bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
(Rujuk tulisan saya dalam tahun 2011 dalam akhbar The Edge bertajuk “The MRT: Old Habit Dies Hard” http://rafiziramli.com/2011/01/the-mrt-old-habit-dies-hard/ bila mana saya telah menyuarakan rasa bimbang dari awal apabila kerajaan tidak telus mengenai kos dan proses tender.
Pada 3 Julai 2012, saya sekali lagi memberi amaran bahawa maklumat saya memaklumkan kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion, rujuk laporan Malaysiakini http://www.malaysiakini.com/news/202540)
Sejak semalam, kumpulan propaganda maya Umno ini telah melancarkan kempen media sosial besar-besaran untuk menunjukkan bahawa kos sebenar projek MRT hanyalah RM21 bilion dan bukannya RM100 bilion seperti yang saya pernah sebut. Mereka menyerang saya di dalam media sosial seperti yang ditunjukkan di dalam beberapa paparan skrin berikut:


Apa yang mereka tidak sedar ialah pengumuman Dato’ Seri Najib bahawa kos menyiapkan Fasa 1 MRT bagi jajaran pertama dari Sungai Buloh ke Kajang (iaitu untuk 12 stesen sepanjang 21 km sahaja) adalah RM21 bilion; sebenarnya mengesahkan kerisauan saya dalam tahun 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT boleh mencecah RM100 bilion.
Jelas bahawa kumpulan propaganda maya Umno yang terdiri dari Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini tidak faham perincian projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib semasa melancarkan Economic Transformation Plan (ETP) dalam tahun 2010 dahulu.
Saya senaraikan fakta-fakta berserta bukti-bukti yang menunjukkan betapa bodohnya individu-individu seperti Papagomo, Raja Petra dan Lim Sian See ini:
1. Semasa melancarkan ETP dan mengumumkan projek MRT, Dato’ Seri Najib merujuk kepada keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan sepanjang 141 km. Ini disahkan sendiri oleh laman rasmi 1Malaysia dibawah Jabatan Penerangan yang menyebut bahawa “Pembinaan Sistem Pengangkutan Pantas di Kuala Lumpur ini meliputi perjalanan sepanjang 150 kilometer dengan rangkaian rel pertama dari Sungai Buloh ke Kajang, meliputi kira-kira 60 kilometer dengan 35 stesen yang akan melalui pusat bandar raya Kuala Lumpur.” (Rujuk laman http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/445-kolumnis/10758-mrt-fungsi-dan-kebaikanya.html)
2. Sejak dari awal, semua laporan kerajaan menyebut bahawa jumlah kos bagi keseluruhan projek MRT yang meliputi laluan RM141 km ini ialah sekitar RM40 bilion. Di laman Pemandu, jumlah kos yang disebut ialah RM36.6 bilion menjelang 2020 (rujuk http://etp.pemandu.gov.my/11_January_2011-@-Mass_Rapid_Transit.aspx)
3. Dalam ucapan Bajet 2011, pada perenggan 21 mukasurat 7, Dato’ Seri Najib melaporkan kepada Parlimen bahawa jumlah kos projek MRT ialah sekitar RM40 bilion (rujuk http://www.treasury.gov.my/pdf/budget/speech/bs11.pdf)
4. Oleh sebab itulah, perunding ekonomi antarabangsa Oxford Business Group dalam laporan tahunannya mengenai Malaysia iaitu “The Report: Malaysia 2011” pada mukasurat 195 dengan secara jelas menyebut bahawa “kos bagi projek MRT sepanjang 141 km dianggarkan RM47 bilion (rujuk paparan skrin di bawah)

5. Maka, kos RM21 bilion yang disebut oleh Dato’ Seri Najib itu hanyalah untuk 21 km dari 141 km iaitu 15% dari kos keseluruhan projek MRT yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011. Jika diambil perkiraan mudah bahawa kos bagi setiap kilometer selebihnya adalah sama iaitu [RM21 bilion dibahagi 21 km, jadi setiap satu kilometer ialah RM1 bilion] maka baki kos ialah [141 km tolak 21 km bersamaan 120 km didarab dengan RM1 bilion] RM120 bilion.
Saya akan menunjukkan dalam beberapa kenyataan media seterusnya bahawa kos keseluruhan projek MRT meliputi 141 km melibatkan 3 jajaran (MRT1 dari Sungai Buloh ke Kajang, MRT2 ke Putrajaya dan MRT3 melibatkan satu jajaran lingkaran bawah tanah, seperti yang diumumkan oleh Dato’ Seri Najib dalam tahun 2011) semestinya melebihi RM100 bilion.
Oleh sebab itulah, kenyataan Dato’ Seri Najib mengenai penjimatan kos RM2 bilion pada 15 Disember 2016 dengan tidak semena-mena mengesahkan isu yang saya timbulkan dalam 2012 bahawa kos keseluruhan projek MRT akan mencecah RM100 bilion.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Muhyiddin, Wan Azizah Sebagai TPM, PM Idea Gila Wahai Lim Kit Siang - Letak Rafizi Lagi Baik.

Edited.
17 Disember.
5.34
 
Apa yang Lim Kit Siang cadangkan ialah, jika pembangkang menang bergaya dalam PRU ke 14 kelak, maka kerusi Timbalan Perdana Menteri akan dipegang Muhyiddin manakala Perdana Menteri dipegang oleh Wan Azizah.

Nanti dulu. Ia tidak habis disitu.

PM dan TPM interim kata Lim Kit Siang. Ini bermaksud kerusi PM masih lagi diberikan kepada Anwar Ibrahim selepas dia dibebaskan dari penjara.

Cara yang pembangkang prefer ialah, apabila pembangkang berjaya merampas pentadbiran negara, satu permohonan pengampunan akan diusulkan kepada Agong bagi mendapatkan pengampunan diraja oleh keluarga Anwar dan jika berhasil Anwar akan keluar penjara.

Dan kononnya, selepas itu barulah Anwar dilantik sebagai PM.


Boleh ke begitu?

Anwar bukan ke terikat dengan had waktu untuk membolehkan dia bertanding sebagai wakil rakyat disebabkan masuk ke dalam penjara?

Boleh ke Anwar menjawat kerusi PM tanpa kerusi Ahli Parlimen?

Dan paling penting, mahu ke Muhyiddin & PPBM menjadi TPM dengan serahkan kerusi PM kepada Anwar?

Logik ke cadangan Lim Kit Siang ini?

Jawapannya, tidak logik. Sebaliknya Lim Kit Siang memperbodohkan rakyat Malaysia dan sesungguhnya aku tak suka.

Kenapa aku ada fikiran sebegini?

Pertama. Muhyiddin wakil PPBM. Di belakangnya Mahathir. Apa kerja gila Mahathir yang mahukan kerusi PM untuk Muhyiddin akan setuju dengan kedudukan TPM? 

Muhyiddin perlu sebagai PM sebab Mahathir mahu lakukan projek membetulkan negara secara solid tanpa campurtangan keterlaluan dari pihak-pihak yang lain. Jika pihak2 yang lain banyak bunyi, anytime je PPBM boleh JV dengan UMNO bagi menguatkan kedudukan masing-masing. Syarat Mahathir bukan susah sangat pun. Najib just go.

Nampak tak?

Kedua. Wan Azizah sebagai PM hanya nak secure kedudukan Anwar dalam kerajaan, dalam parti. Semua tahu, 1 Malaysia tahu bahkan iktirafkan Wan Azizah sebagai boneka Anwar. Wan Azizah bukan produk yang dilahirkan untuk berpolitik kerana politik bukan bidangnya.

Dia tak mahir, tak buat keputusan dan tindakan sendiri sebaliknya dia diarahkan dan menurut.

Orang macam neh Lim Kit Siang nak letakkan sebagai PM? Sebab apa? Nak secure kedudukan Anwar dalam kerjasama dengan PPBM, begitu kan?

Lagipun, perempuan sebagai PM. Boleh ke? Perlembagaan membenarkan ke?

Boleh jadi, team Anwar akan terpaksa tunduk kepada permintaan DAP atas beberapa isu disebabkan DAP yang cadangkan Wan Azizah sebagai PM bersama-sama persetujuan PAN. Lebih banyak propaganda demi propaganda akan dimainkan berpunca dari satu dua kerja dan tindakan bangang pembangkang neh nanti. Percayalah.

Yang ketiga. Sebelum neh PH/PKR telah pun bersetuju meletakkan Azmin sebagai PERDANA MENTERI jika PEMBANGKANG menang PRU.

 
Nampak? 

Lepas neh nak mengadap team Azmin punya karenah (rebel la). Kerja gila semua neh. Penyokong nak hadap masalah demi masalah tak pasal-pasal. 

Bukan. Ini bukan caranya untuk kau nak menang PRU. Ini cara kau nak kalah PRU.

Dari segi lain, pilihan Muhyiddin - Wan Azizah mungkin nak melemahkan sokongan melayu kepada mana-mana parti politik pembangkang pada PRU kelak.

Bukannya LKS tidak tahu dan bukannya pembangkang tidak menyedari. Suara penyokong bawahan yang pecah kepala fikir macam mana nak berhujah menghalalkan Mahathir sebagai pembangkang.

Dan kini Muhyiddin sebagai CALON TIMBALAN PERDANA MENTERI PILIHAN?

Masa dia TPM pun banyak benda bangang dah dia buat kot. Re-turn sebagai TPM?

Seberapa jauh jalan hipokrit yang penyokong pembangkang perlu pergi bagi menghalalkan semua keputusan, tindakan bangang pemimpin parti sebenarnya neh?

Ramai dari mereka terpaksa jilat ludah sendiri, tabahkan diri, sabarkan ahti demi mempertahankan Mahathir dan PPBM yang kini telah menjadi produk pembangkang.

Mereka takde masa pun nak terima Mahathir dengan seikhlas ahti. Apa yang berlaku ialah terpaksa terima Mahathir sebab nak jatuhkan rejim BN dan Najib sebagai pemerintahan negara.

Faham tak maksud terpaksa terima? DAP dan pembangkang sebenarnya gagal selesaikan protes senyap rakyat tentang Mahathir. Penyokong pembangkang sekarang keliru. Jika kita himpit lagi kekeliruan mereka, jangan menyesal jika akhirnya mereka DUDUK DIAM DALAM RUMAH DAN TIDAK KELUAR MENGUNDI.

Melihat kepada sentimen sekarang, belum ada bukti kuat lagi bahawanya PPBM mahu menarik ahli UMNO menyokong pembangkang tetapi ada beberapa 'event' yang menunjukkan pengundi/penyokong pembangkang tidak rela kerjasama pembangkang dengan PPBM. Ia boleh dijadikan penanda aras dalam memahami sentimen/trend pengundian. Dalam bahasa mudahnya, mereka yang non partisan semakin menambah pengaruh. Kemeluatan kepada karenah partisan semakin meningkat.

Jika letak Muhyiddin, pembangkang akan dilabel berada di bawah kekuasaan Mahathir. Even penyokong2 pembangkang pun merasakan perkara yang sama. Team propaganda Najib akan mainkan serangan dua penjuru. Untuk melayu dikatakan DAP berjaya mempengaruhi Mahathir dan untuk cina dikatakan Mahathir menguasai pembangkang.

Dari segi reputasi, Muhyiddin dan Wan Azizah memang bukan tokoh yang kredibel. Mereka berdua tiada aura, ketokohan mahupun sikap kepimpinan.

Mahathir sebagai PM lebih menyakinkan. 

Di kalangan pembangkang, ada beberapa pemimpin yang boleh dikedepankan. Jika Rafizi tidak masuk ke penjara, dia boleh berada di kerusi TPM mahupun PM.

Sungguhpun ada beberapa tindakan bangang yang dilakukan oleh Rafizi, tetapi penyokong pembangkang agak bersetuju dia antara pemimpin yang lantang mempertahankan hak rakyat.

Muda? Ia tiada masalah kita dipimpin oleh orang yang muda janji dia berkelayakan.

Jika merit jadi pegangan pembangkang, lupakanlah Anwar, Muhyiddin dan Wan Azizah sebagai kerusi no 1, 2 dan menteri2. Mari beralih ke arah pemimpin yang lebih berdaya saing dan dinamik seperti Rafizi, Raja Kamarul, Fuziah, Nurul.

Sebenarnya ada beberapa nama yang berkelayakan juga tetapi mereka tu berbangsa cina dalam PKR dan DAP. Baik perempuan dan lelaki. Kita boleh lihat cara mereka berhujah di parlimen, kurangkan main propa, tumpu kepada bahas masalah rakyat dan cari solusi. 

Ini yang rakyat mahukan cuma mereka kadang2 tak berapa aware tokoh2 yang berkelayakan disebabkan media jarang2 up berita2 tentang mereka. Tambahan pula wakil2 rakyat macam neh malas nak main cerita sensasi untuk dapatkan millage politik, cukupla pengundi2 mereka sedar bahawanya mereka buat kerja itu yang penting.

Imej dan populariti adalah sesuatu yang boleh dibentuk dan diwar-warkan. Memang kadang pelik kenapa satu2 wakil rakyat yang jenis buat kerja dalam parti tidak ditonjolkan? 

Ini kerana kebanyakan parti memang tidak suka kepada pemimpin yang terlalu idealis. Yang terlalu idealis neh naik pun sebab kadang2 terpaksa cemarkan diri dengan propaganda murahan kerana pemikiran masyarakat/penyokong tu sendiri. 

Stop disini. Jangan jadi masyarakat yang pilih pemimpin hanya kerana parti tolong pilihkan.

Bukannya korang masyarakat yang takde akal.
Pilih pemimpin korang sendiri. Mainkan sentimen itu sehingga parti tunduk pada desakan. Tidak kepada Muhyiddin dan Wan Azizah. Ini strategi nak kalahkan pembangkang dengan teruk bukannya nak tawan negara. Jika menang, nak hadap Putrajaya-move lagi bagi menukarkan kerusi PM. 

Rakyat tak perlu layan propaganda parti lagi. Sudah-sudahla tu pembangang. Eh silap, pembangkang.

Kbai. 
 

Jumaat, 16 Disember 2016

Jamal Samseng Lari Menyorok, Enggan Terima Tuntutan Saman Zuraidah.

Ya, betul tuan-tuan dan puan-puan.

Jamal Samseng lari enggan keluar rumah menerima notis tuntutan saman atas isu dia menuduh Zuraidah menumbuk hidungnya sehingga berdarah dalam satu insiden di Ampang Park pada November lepas.

Jamal Kena Sawan Babi Selepas Ditumbuk.
Jamal Mengorat Pendemo BERSIH 5.
Jamal Rupanya Tertumbuk Hidung Sendiri.

Ia dilaporkan oleh orang kanan Zuraidah, Ratu Naga menerusi FBnya.

  Hari tu kemain cakap besar. Tak takut disaman. Lepas tu siap bakar notis tuntutan saman. Bila dah dihantarnya writ saman, menyorok duduk di dalam rumah enggan keluar.

Taknak terima writ saman. Tak berani jumpa peguam Zuraidah. La, takut kalah saman ke? Dah tu tak sanggup minta maaf? 1 Malaysia tahu Jamal menuduh Zuraidah dan PKR. 1 Malaysia tahu Jamal melakukan tuduhan tak berasas dan ianya terbukti. Bukti ada. Kukuh. Jelas. Kenapa nak buang masa mengelak dari minta maaf secara terbuka? Mengaku sudahla. Ko takan boleh menang saman neh Jamal. Simpan duit kau tu. Kalaupun ko dah kaya sangat, baik bagi duit tu kat aku daripada tanggung kes kalah saman.

Kah Kah Kah! 

PAS Akhirnya Serahkan Notis Tuntutan Kepada Sarawak Report Isu Terima Rasuah 90 Juta.

Memetik laporan HarakahDaily, PAS secara rasminya telah menyerahkan surat tuntutan kepada editor Sarawak Report yang bernama Clare Rewcastle Brown yang beralamat di London pada 13 Disember lalu, kata Setiausaha Agung PAS, Dato' Takiyuddin Hassan.

 
Notis tuntutan "Letter of Claim Pursuant to the Pre-Action Protocol for Defamation" itu berkuatkuasa selama tujuh hari bermula dari tarikh surat pada 13 Disember 2016 telah menyenaraikan tiga perkara tuntutan yang harus diambil tindakan oleh portal berita Sarawak Report terbabit.

Menurut beliau, tiga perkara tersebut adalah ;


i. Meminta Sarawak Report membuang artikel itu daripada laman web Sarawak Report ;

ii. Mahu Sarawak Report siarkan satu permohonan maaf (apology) atau penarikan segala tuduhan mengikut terma yang akan dipersetujui oleh PAS dan ;

iii. Menuntut Sarawak Report memberi akujanji (undertaking) tidak akan menyiarkan dakwaan palsu pada masa akan datang.

Beliau yang ditemui Harakah di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut Kuala Lumpur pada hari ini turut menamakan dua pihak yang akan menyaman portal tersebut iaitu parti PAS dan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Khamis, 15 Disember 2016

Isu Makcik Merempat Dalam Khemah Bukan Fitnah - AMANAH Dedahkan Penipuan PAS Kelantan Pula..

Episode satu disini.

Sebelum ini Amanah mendedahkan kepincangan kerajaan negeri Kelantan dalam menyelesaikan isu penempatan rumah sementara bagi mangsa-mangsa banjir.

Isu tersebut dijawab oleh PAS dengan mengatakan AMANAH menfitnah kerajaan negeri Kelantan. Dan ini adalah jawapan balas daripada penjelasan oleh Pemuda PAS Kelantan yang viral sebelum ini.


Baca ;

ISU IBU HAFIZAH TINGGAL DALAM KHEMAH: BUKTI PEMUDA PAS BERBOHONG DAN MENCIPTA FITNAH
Lihat dan dengarlah sendiri pembohongan Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) terhadap ibu Hafizah. Pemuda Pas membuat fitnah kononnya sudah 3 kali Ibu Hafizah dipujuk untuk tinggal di rumah transit PLKN tetapi menolak dan terus tinggal di dalam khemah.
Ibu Hafizah sendiri memberitahu bahawa beliau pernah tinggal sebulan di situ tetapi anaknya tidak selesa apabila sebuah bilik terpaksa berkongsi dengan 3 keluarga. Kerana tidak sanggup melihat anaknya tinggal bersendirian di khemah maka Ibu Hafizah memilih untuk terus tinggal di dalam khemah.
Hari ini saya bersama saudara Afifi Thahiri (Ngoh) (Naib Ketua Pemuda Negeri) dan Ustaz Wan Yakkob berjaya memujuk Ibu Hafizah untuk berpindah ke rumah sewa. Untuk makluman, Ibu Hafizah memang teramat ingin untuk berpindah ke rumah sewa yang lebih selesa namun hasratnya itu terlalu mahal baginya.
Ibu Hafizah hanya bekerja di kantin sekolah dan tidak mampu untuk membayar sewa bulanan sekiranya beliau sekeluarga berpindah ke rumah sewa. Cadangan kami untuk membantu mencari rumah sewa disambut baik oleh ibu Hafizah.
Saya telah berjanji dengan Ibu Hafizah akan membayar secara pukal sewa rumahnya untuk setahun. Saya meminta beliau mencari sendiri rumah sewa yang selesa untuk memudahkannya mencari rumah mengikut kesesuaian mereka sekeluarga. Kami Pemuda Amanah Kelantan akan datang sekali lagi dan membantu keluarga itu untuk berpindah.
Saya turut membuka peluang ini untuk kita semua bersama-sama membantu ibu Hafizah. Kepada yang berminat boleh hubungi Pemuda Amanah Kelantan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.
Kepada Nazman Che Iberahim, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS. Tulisan kamu menunjukkan siapa kamu. Kamu tidak pernah jejak kaki kesini tetapi bercakap seolah-olah kamu pernah duduk berbual dengan Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak kenal dan tidak pernah mendapat pertolongan dari kamu mahu pun daripada PAS.
Buat penyokong tegar, kamu lihat dan dengarlah sendiri video ini. Pemuda Amanah Kelantan tidak berniat untuk memalukan Pemuda PAS Kelantan, tetapi jawapan Pemuda Pas itu sendiri memalukan Dewan Pemuda Pas Kelantan.
Namun, jalan untuk membaiki kesilapan masih terbuka luas. Kita lupakan soal politik dan marilah kita sama-sama bantu Ibu Hafizah. Ibu Hafizah tidak memerlukan kemenangan perbalahan 2 parti. Ibu Hafizah memerlukan keperihatinan dan kepedulian kita. Inilah manusia yang tidak mempunyai pilihan.
Jom peduli, jom kita bantu Ibu Hafizah.
Hazmi Hassan
Ketua Pemuda Amanah
15 Disember 2016

Pekerja Istana Negara Kelam Kabut Kerana Agong Baru 'Lari', Solat Subuh Berjemaah Di Masjid Wilayah, Adalah Cerita Palsu.

Ini ada cerita menarik yang sedang viral di laman-laman sosial. Ada kaitan dengan Sultan Kelantan, Yang Dipertuan Agong yang baru, berkuatkuasa pada 13 Disember 2016 yang lepas.

Apa ceritanya?

Kononnya, pada pagi 14 Disember, kakitangan Istana Negara kelam kabut. Seawal waktu sebelum subuh menjelma. Ini berlaku kerana YDPA yang baru memilih untuk pergi secara SENDIRIAN, di ulangi SENDIRIAN ke Masjid Wilayah bagi menunaikan solat subuh secara berjemaah. Sultan juga dikhabarkan memandu kenderaannya sendiri kononnya.

Turut dimaklumkan juga, ketika tinggal di Kota Bharu, Kelantan, menunaikan solat secara berjemaah ialah rutin bagi Sultan Muhammad V. Tambahan pula, masjid adalah bersebelahan dengan Istana yang didiami oleh Sultan Muhammad V.


Rujukan gambar : sini.

Perkara itu viral di media sosial dan YDPA yang baru mendapat pujian netizens. Ia juga disebarkan secara meluas dari WhatsApp ke WhatsApp.

Namun apa yang netizens tidak tahu ialah, sebaran cerita berkenaan adalah palsu. Ya, palsu.

Inilah penjelasannya ;



Rujukan.

Menurut Nor Azhar, berita tentang Sultan Muhammad V memandu keretanya sendirian ke Masjid Wilayah adalah laporan palsu dan tidak dapat dikenalpasti tujuan penyebaran berita berkenaan.

Sultan Muhammad V juga tidak dibenarkan ke mana-mana secara bersendirian sesuai dengan statusnya sebagai Ketua Negara Malaysia

Oleh itu kepada mana-mana pihak yang dah tersebar berita palsu ini, mohon ambil maklum.

Rabu, 14 Disember 2016

Anina, Ketua Srikandi PPBM Pula Dikaitkan Dengan Skandal XXX Yang Terbaru.

Menjelang pilihanraya yang dijangka akan diadakan pada 2017 ataupun pada awal tahun 2018. Satu persatu skandal (kononnya) disebarkan bagi menjatuhkan pemimpin-pemimpin ataupun tokoh-tokoh politik tertentu oleh parti-parti tertentu.

Sebelum ini seorang wanita disebabkan dendam kesumatnya telah menyebarkan gambar xxx bekas teman lelakinya yang dikatakan anak buah MB Kedah (baca : sini) kerana lelaki tersebut mempermainkan cintanya dengan menaburkan janji palsu kali ini Anina Saadudin pula menjadi highlight di sosial media.

Mengikut penyebaran di laman sosial, cybertroopers UMNO telah melakukan ugutan terhadap Anina Saadudin di mana mereka akan menyiarkan skandal seks Anina secara bersiri.

Ia akan diterbitkan dalam 4 siri dengan siri pertamanya ialah menyebarkan transkrip perbualan tanpa nama.


Ia mula diviralkan pada lewat tengah malam semalam dan menjadi polemik di media sosial terutamanya di saluran WhatsApp.

Dakwa sesetengah pihak, perkara itu juga telah viral dan menjadi perbualan dan mencetuskan persoalan di kalangan ahli-ahli PPBM itu sendiri.

Bahkan ada yang mengaitkan tindakan Anina menarik balik saman terhadap Najib Razak mungkin ada kaitan dengan skandal yang terpalit ke atas Anina kini. 

Kononnya Anina menjadi mangsa ugutan dan terpaksa mengalah dalam tuntutan samannya terhadap Najib Razak bagi mendesak pengisyiharan derma 2.6b yang masuk ke dalam account bank peribadi Najib Razak suatu ketika dahulu.

Anina tidak memberikan apa-apa respon setakat ini. Kami percaya Anina akan membuat laporan polis bagi menyiasat kes ini yang mungkin satu lagi fitnah bagi menjatuhkan reputasi Anina dan pembangkang.

Sebar Gambar Najib Solat, Menteri 'Dibahan', Terlalu Kuat Bodek, Dapat Banyak Dedak Ke Sindir Netizens.

YB Senator Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki telah dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berkuatkuasa pada 29 Julai 2015. Baru setahun dan lebih sikit 'Pak Ustaz' kita menjadi Timbalan Menteri.

Namun Dr. Asyraf Dusuki ini cukup dikenali dikalangan pemerhati dan pengikut politik tanahair berikutan kelantangannya membela Najib sejak-sejak dilantik sebagai Timbalan Menteri bahkan gemar menggunakan hujah-hujah dan dalil-dalil agama bagi membenarkan setiap tindak-tanduk kerajaan ke atas rakyat jelata.

Baru-baru ini 'Doktor Ustaz' kita telah menyebarkan satu gambar.


Katanya ;

Sesampai di masjid kelmarin untuk sambutan Maulidur Rasul kira-kira 5.45 petang, YAB Perdana Menteri berbisik kepada saya yang dia belum solat Asar lagi. Terus saya iringi dan bawa beliau ke sudut masjid kerana dewan utama solat sudah dipenuhi hadirin, untuk beliau menunaikan tanggungjawab kepada Yang Maha Berkuasa. Moga Allah pelihara dan kurniakan beliau hidayah dan inayah dalam mentandbir negara ke arah yang dirahmati dan diberkati Allah.

Versi 3 kali edit.


Kenapa mesti 3 kali edit? Aku pun taktau la kenapa. Baca kandungan ayat, maksud lebih kurang je walau ada di edit beberapa patah perkataan. Ejaan yang salah masih kekal salah juga.

Apa yang berlaku ialah, 

Timbalan Menteri kongsikan gambar Najib Razak = PM sedang bersolat Asar. Najib belum menunaikan solat dan Timbalan Menteri tersebut snap gambar Najib sedang bersolat di ceruk-ceruk kononnya dewan utama masjid dipenuhi hadirin.

Selepas disnapnya gambar Najib dikongsikan pula di media sosial. Satu medium yang mana mendorong kepada kontroversi. Ini kerana di laman sosial terdapat pelbagai jenis masyarakat. Masyarakat ini tidak semuanya sehala secorak senada dalam aliran dan pemikiran politik mereka.

Oleh kerana tindakan ini dilakukan oleh seseorang yang pakar agama = doktor ustaz dan bukannya manusia yang bingai agama macam aku dan kau, maka ianya lebih mengundang persoalan.

Netizens mengutuk tindakan Timbalan Menteri dan Najib turut terpalit dengan kutukan juga.

Najib pada awalnya hanya mahu bersolat aman-aman, damai-damai sehinggala ianya dikecohkan, diviralkan dan disensasikan oleh Timbalan Menteri "AGAMA" kita.

Bagi netizens mereka membaca tindakan doktor ustaz itu sebagai satu tindakan membodek. Dan ianya sangat menjengkelkan kerana dilakukan secara keterlaluan.

Namun satu tindakan yang boleh dipuji oleh doktor ustaz kita ialah dia tidak lari daripada kritikan. Tidak berdiam diri malahan menjawab kepada hampir kesemua kritikan-kritikan yang mendapat LIKES tertinggi di laman fbnya.

Keberanian yang bagus tetapi sayangnya digunakan bagi mempertahankan Najib. Menjadi sia-sia.

Meskipun komen di atas posting tersebut mencecah ke angka ribuan komen namun ramai yang memilih menyindir dan mengutuk tindakan tersebut. Malahan yang SHARE juga memilih langkah yang serupa. Mereka memerli sebaran gambar berkenaan. Walaupun begitu masih terdapat komen-komen yang memuji dan mempertahankan Najib dan Dr. Asyraf Wajdi Dusuki. Bukan semuanya memilih untuk membidas perkongsian gambar tersebut.

Respon doktor ustaz. Mungkin kerana bengang melayan kritikan account-account 'fake' kononnya.


Antara kritikan netizens dalam mengulas perkongsian gambar tersebut.




Pandangan aku, bagi aku bukanlah salah berkongsi gambar-gambar sebegini jika kita di pihak ketiga. Mungkin kita nak menyatakan sesuatu, menunjukkan sesuatu, membuktikan sesuatu.

Tetapi, ya ada tapinya, aku tidak akan bersetuju, berkompromi mahupun bertolenrasi jika gambar ini digunakan untuk mewujudkan persepsi Najib itu baik amalan (agamanya) maka baikla dia sebagai pemimpin.

Aku membaca sebahagian komen-komen di dalam thread tersebut yang semudah ABC "cayor" dengan gambar2 sebegini seolah-olah bagaikan manusia yang tak punya maruah diri.

Ia bukan perkara baru, agama dijadikan alat propaganda bagi mewujudkan persepsi baik ke atas imej pemimpin. Agama dijadikan topeng bagi mendapatkan sokongan. Malangnya sebahagian pengomen-pengomen di thread tersebut terlalu lembik, lemah, dangkal, mudah diperbodohkan hanya dengan satu gambar sebegini. 

Dengan melihat gambar sebegini, mereka melemahkan kritikan ke atas Najib sebab termakan dengan propaganda berelemenkan islamik. Sebenarnya tak perlu kutuk pun. Puji pun tak perlu. Diam tiada respon dah cukup bagi mengelak diri diperbodohkan. Kalau mengkritik lagi bagus. Ia menunjukkan ketegasan betapa kita enggan terpedaya dan terjerumus.

Mentaliti rakyat yang mudah termakan propaganda membantu talian hayat BN dalam memperbodohkan bangsa melayu dengan menggunakan tajuk agama.

Kalau komen-komen di thread tersebut ialah mewakili majoriti di Malaysia alamatnya jauh lagi la nak mengubah pentadbiran negara. Mungkin hanya dengan konsep sekularisma, mengasingkan tajuk agama dan pentadbiran dapat membentuk pemikiran rakyat agar menjadi lebih stabil, terdidik dan tersusun. 

What? Sekularisma? Konsep kafirr? Dajjal? Bertenang semua. Sepertimana dalil Quran dicemarkan dengan agamawan pro pemimpin penindas pada masakini, seperti itulah konsep sekularisma diselewengkan dari maksud sebenar. Kita buka tajuk tu lain kali. Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...