Saya sebenarnya tak berapa gemar nak menulis topic ini. Apatah lagi menulis pula mengenai isu yang boleh di anggap sensitif oleh umat islam di malaysia. Akan tetapi saya juga merasa tidak tertahan pula dituduh sebagai ahli syiah ataupun liberal semata-mata saya gemar kepada konsep menerima pandangan, berbahas, mencari titik persamaan, merungkai perbezaan dan akhir sekali menjalin persefahaman.
Ramai sungguh diantara kita cukup malas mencari ilmu tetapi mengharapkan ilmu datang bergolek-golek. Ramai juga di antara kita meletakkan tugas mencari ilmu adalah tugas orang tertentu manakala mereka hanya duduk menunggu sehingga ilmu tersebut sampai kepada mereka. Ramai juga diantara mereka seringkali kata berkata hidayah itu milik Allah swt tanpa pernah memahami bahawa hidayah takan datang bergolek kalau sendiri malas mencari. Bila tak dapat hidayah, disalahkan takdir [qada` dan qadar]. Alasan yang cukup mesra untuk mengubati kelemahan jiwa yang pemalas.
Gheezz.. tiba-tiba topic syiah menjadi begitu popular di malaysia. Dan tiba-tiba saya sedar bahawa bilangan masyarakat yang hipokrit tidak tertumpu kepada umno dan bn sahaja. Rupanya mereka lebih ramai dan wujud di mana-mana. Betapa hipokrit nya mereka bolehlah dirujuk kepada keratan printscreen di bawah ini ;
Sudah lihat? Disini saya berikan link kepada petikan printscreen yang saya amek untuk bacaan penuh masing-masing.
Pada asalnya di malaysia, amalan syiah sememangnya dibenarkan. Kenapa dibenarkan? Dibenarkan kerana amalan / ajaran syiah itu bukan sesat. Yang sesat itu pengamal syiah yang ektremis. Mereka yang sesat ini telah pun disahkan oleh ulama besar syiah jaafa' sebagai telah terkeluar / tergelincir dari iktikad syiah itu sendiri. Akan tetapi mungkin penganut yang sesat itu adalah majoriti di malaysia, maka tindakan mengharamkan amalan syiah di malaysia dibuat agar dapat membendung aktiviti yang akan menyesatkan umat islam. Walaupun ulama besar dari aliran jaafa', zaidiyah dan dua aliran lain menafikan syiah terlibat dalam aktiviti penyelewengan akidah umat islam, malaysia tidak menyiarkan laporan tersebut. Saya mendapat maklumat pun dari penganut syiah di indonesia.
Di situ sudah wujud ketidakadilan. Tidak adil kerana mereka tidak memberikan ruang kepada syiah untuk membela diri. Mereka melemparkan pelbagai tuduhan dan meletakkan hukuman tanpa bicara. Tidak adil juga kerana penganut syiah bukan semua nya terpesong dari pegangan islam.
Baru-baru ini mereka sangat baik berceramah kepada saya ;
1. Jika ada masyarakat kristian yang tidak mengamalkan ajaran kristian yang sebenarnya, kita tak boleh salahkan kristian, sebaliknya itu masalah penganut itu sendiri.
2. Semua agama mengajar kepada kebaikan.
3. Islam tidak mengajak kita membenci agama lain.
Haizhh.. ceramah memang hebat. Tetapi adakah mereka beriktikad dengan apa yang mereka ceramah kan kepada saya? Hanya Allah swt yang lebih tahu.
Syiah bukanlah agama lain. Syiah ialah aliran mahzab. Mereka pegang kepada Alquran, yakni islam. Di antara aliran syiah ada imamiyah [jaafa'], zaidiyah dan beberapa yang lain. Jika pengamal ahli sunnah wal jamaah berpecah kepada 4 mahzab, begitu juga dengan syiah. Mereka beriman kepada Allah swt dan rasul. Mereka membaca kitab Alquran [jelas Alquran tidak mampu di ubah oleh mana-mana manusia di dunia ini] yang sama seperti kita. Mereka juga bayar zakat dan pergi haji. Andaikata syiah itu sesat, saya rasa arab saudi sudah tentu menghalang pengamal syiah daripada menunaikan haji di mekah, tetapi nampaknya tidak.
Amalan syiah imamiyah dan zaidiyah dilarang tersebar di malaysia atas masalah akidah. Masalahnya benarkah pengamal/penganut zaidiyah dan immamiyah yang buat hal dalam insiden di malaysia? [menyeleweng dari akidah sebenar?]
Walaupun begitu saya masih tidak akan menyokong sebarang usaha untuk melakukan dakwah syiah di malaysia secara terbuka melainkan memilih untuk menghormati penganut syiah. Asas kepada perkara tersebut ialah ;
1. Rakyat malaysia menganuti islam yang bermahzab shafie'.
2. Perlu kepada satu mahzab bagi mengelakkan kecelaruan akidah.
3. Bayangkan jika syiah dibiarkan tersebar di malaysia, sudah tentu akan wujud perbezaan pendapat yang memungkinkan akan mengelirukan amalan/akidah umat islam di malaysia.
4. Jika amalan bebas bermahzab di benarkan di malaysia, akan terjadi kacau bilau yang mana manusia [umat islam] akan mengamalkan hukum ikut suka naluri. Contohnya hukum aurat mungkin ikut mahzab maliki, hukum bersolat mahzab shafie' dan begitulah seterusnya. Dan jika itu terjadi maka bukan kah itu seperti sudah membentuk mahzab yang baru pula? Sebab itu umat islam di malaysia kena disatukan atas satu mahzab iaitu mahzab shafie' yang paling dekat dengan ahlul bait dan ini diperakui oleh seluruh tamadun islam itu sendiri.
5.Dakwah islamiah juga akan senang dilakukan jika umat islam di malaysia beramal dengan mahzab yang sama.
Bila saya memberikan respon positif ke atas syiah di tuduhnya saya adalah penganut syiah. Ghizz.. jika saya memberikan respon positif untuk pengamal kristian, hindu dan buddha adakah saya semestinya penganut bagi agama-agama tersebut? Jika saya memberikan respon positif kerjasama PAS-UMNO adalah saya ialah talibarut najib pula?
Jika kita umat islam boleh bertolenrasi dengan penganut agama lain kenapa tidak boleh bertolenrasi dengan penganut islam yang bermahzab syiah?
Mereka berkata orang-orang syiah hina ulama-ulama besar sunni, hina sahabat Rasullulah saw dan membunuh umat islam sunni.
Ghezz.. macam lah penganut agama lain tak hina islam dan membunuh umat islam. Mereka iaitu umat islam hipokrit suka membuat hukum mengikut kehipokritan mereka. Bila masa mereka suka untuk menerima mereka akan terima dan lampirkan pelbagai hujah bagi menguatkan dakwaan mereka. Dan bila masa mereka tidak mahu menerima, mereka akan berikan pula pelbagai dalil untuk menguatkan hujah-hujah mereka. Meskipun telah berulang kali di nyatakan, tiada lagi fatwa jelas yang diterima pakai oleh seluruh umat islam di seluruh dunia bahawa syiah itu sesat secara total dan mutlak. Jika tiada fatwa, maka mereka bersandarkan kepada nas apa yang membolehkan mereka menyesatkan kesemua pengikut-pengikut syiah pula?
Mungkin mereka lupa maka suka saya ingatkan bahawa iran juga termasuk dalam negara-negara OIC. OIC ialah Organization Islamic Countries. Iran mengangotai OIC sejak tahun 1969 sama seperti Malaysia. Jika pengamal syiah di iran itu sesat, maka adakah OIC itu sesat pula?
Menganalisis syiah dari sudut sejarah yang telah bercampur baur memang tidak adil sama sekali. Apatah lagi mengadilinya dari skop ilmu yang sempit. 8 mahzab utama yang mana empat dari sunni dan empat lagi dari syiah diiktirafkan oleh seluruh dunia islam kini. Tak percaya? Baca sini.
Beberapa persoalan mengenai syiah bahawa syiah mengkafirkan para sahabat Nabi saw, syiah memfitnah Aishah r.a, syiah membunuh umat islam sunni sememangnya adalah berita benar. Namun masih tidak mewakili keseluruhan aliran pengamal syiah sepenuhnya. Syiah ektremis yang dimaksudkan sebenarnya sudah terhapus. Kalaupun masih wujud mereka adalah kumpulan minoriti yang tidak di iktirafkan.
Perbezaan pendapat antara sunni dan syiah dalam beberapa perkara memang tidak dapat di elakkan. Namun kenapa tidak menjadikan perbezaan itu sebagai satu keindahan ilmu? Kenapa tidak di anjurkan perdamaian dan dialog antara sunni-syiah? Adakah lebih senang berkompromi dengan mereka yang berkitabkan suntingan sendiri seperti bibble berbanding mereka yang mengamalkan Alquran?
Apa masalahnya sehingga menghalang kerjasama erat sunni-syiah pula? Apa masalahnya umat islam islam sunni-syiah berkerjasama membanteras kezaliman? Apa asasnya menolak syiah bulat2 tanpa ada ruang kemaafan untuk mereka? Sedangkan Nabi saw ampunkan umat, tetapi kita pula memandai2 menjatuhkan hukum sesat dan kafir kepada keseluruhan pengamal ajaran syiah. [sesetengah individu di malaysia]
Allah swt telah berfirman ;
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar." (QS An-Nisa': 48)
Nah, di sini sudah dibuktikan dengan jelas, Allah swt tidak akan mengampuni dosa syirik [besar]. Adakah penganut syiah menyembah tuhan yang lain selain dari Allah swt? [Untuk rekod : tiada tuhan yang lain selain Allah swt] Tidak. Terbuktilah pengamal syiah tidak mempersekutukan Allah swt, lalu apa masalahnya sehingga kita tak boleh buka pintu ahti nurani kita untuk merapatkan hubungan sunni-syiah pula? Kenapa mesti dicari titik perbezaan sedangkan kita dengan slumbernya membuka pintu sebesar-besarnya yang boleh kepada pengamal ajaran lain yang jelas menyekutukan Allah swt dalam lena dan jaga?? Kenapa?
Kenapa kita boleh memilih untuk bersangka baik kepada pengamal agama lain tetapi tidak kepada mereka yang beriman kepada Allah swt, Rasullulah saw, Alquran?Kenapa mesti kita memperbesarkan api prejudis sesama umat islam dan akhirnya melemahkan persatuan kita sendiri? Seringkali saya melihat umat islam begitu senang menyalah yahudi, freemason dan pelbagai lagi lah alasan demi alasan untuk menutup kelemahan mereka tetapi enggan membuka peluang dengan mengatasi kelemahan mereka dan menyelongkar kekuatan umat islam yang sebenar-benarnya.
Ghezz.. saya juga dapat tahu ada ahli agama kita [Jakim] siap membuka ruang dialog dengan pengamal syiah di london.. adehh.. apa pula dasar mereka kali ini bagi menghalalkan tindakan mereka, saya kurang pasti. Tetapi kemain liat untuk berikan pengamal syiah di malaysia ruang untuk berdialog bagi mencari titik persefahaman? Satu lagi hipokrasi?
Lakon wayang di malaysia sememangnya saya sudah lali. Saya masih ingat kisah-kisah yang berlalu ketika saya membesar. Kisah yang mana di antaranya memberikan kesan kepada pandangan saya kini.
13 tahun yang lepas, saya mempercayai dsai ialah peliwat, namun dengan keraguan. Berbekal keraguan itu saya mencari jawapan.
8 tahun yang lepas, saya mempercayai tgna adalah seorang yang sesat dan ektremis, juga dengan keraguan. Berbekalkan keraguan itu juga saya menyelidiki jawapan nya.
3 tahun yang lepas, saya mempercayai pengamal syiah itu adalah sesat dan menyeleweng dari islam, juga dengan keraguan. Berbekalkan keraguan itulah saya mencari buku, guru dan sahabat pengamal syiah.
Adakah anda sepatutnya ragu-ragu untuk mempercayai bahawa syiah adalah sesat secara total setelah melihat printscreen di atas dan gambar di bawah ini?
nota : Pegawai jakim membuat lawatan kerja sambil belajar di Yayasan Alkhoei, london. [Syiah].
Ameno : Peringatan.. saya tiada minat nak melihat umat islam semakin merepek dengan perkara yang sudah menjadi sejarah. Sejarah adalah satu perkara yg dikenang agar kesilapan lepas boleh dijadikan iktibar, bukan menjadi sandaran untuk menceraiberaikan umat islam agar hilang jalinan kerjasama. Juga tidak minat membaca tuduhan bahawa saya adalah pengamal syiah kerana Allah swt mengetahui saya ialah sunni imam shafie'.