Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 15 Januari 2011

Rakyat bangga rosmah pakar belanja





Selaku rakyat malaysia yang wala kepada kerajaan, saya benar2 bangga melihat prestasi rosmah mansur yang cukup bijak bila berbelanja.

Di atas ini berkemungkinan gambar-gambar suite hotel yang di duduki oleh rosmah sepanjang tempoh dia di arab saudi.


Ada beberapa persoalan yang menerjah di facebook saya berkenaan isu ini ;


1. Rosmah di undang ke sana, so kenapa dia perlu bayar semua kos penginapan?


- rosmah di undang ke? setahu aku rosmah ke sana atas lawatan kerja. Baiklah, jika ko cakap dia undang nevermind, kita tengok belanjawan parlimen kelak, tengok ada atau tidak perkara ini dimasukkan ke dalam bajet tersebut. Dan untuk rekod, lawatan kerja rosmah dan najib ke luar negara berjumlah 9 juta keseluruhan nya pada tahun lepas. So aku assume, rosmah kena bayar sebab dia pergi sana atas level lawatan kerja.

2. Biarlah dia buat kerja, bukan main2 kat sana, dia kan isteri pm, dia berhak semua tue.


- Okeylah, kalau itu jawapan nya. Aku no komen je. Ha ha ha

3. Fitnah. Takan sampai 100k pula.


-Ini lagi senang. Ko google je internet. Amek no hp atau email add hotel tue dan check sendiri. Ha ha ha. Sapa fitnah sapa sekarang?

Untuk rekod, rosmah berkemungkinan besar duduk di bilik yang ditunjukkan oleh anak panah dalam gambar tersebut.

Untuk lebih info, nah amek sini
sini dan
sini.

Ameno : Kerja senang kalau masing2 jelas fungsi google aku rasa.. hahahaha..

WOW: Kata rugi tp TNB labur 300juta..

Aku bukan pandai ekonomi. Tapi aku tahu benda simple. Kalau kita rugi, kita takde modal nak buat pelaburan itu ini. Kalau perniagaan kita rugi, memang perkara wajar kalau kita naikkan harga perkhidmatan kita untuk cover kerugian kita.

Cuba tengok kenyataan TNB di atas. Kita semua tahu tnb akan naikkan tarif elektrik sebab kos tnb naik. Tnb pernah cakap, tnb rugi berbillion2 ringgit setahun. kita faham. Tapi dah rugi ada pula duit lebih dah melabur situ sana sini?

Nak buat pembangunan besar2 kita tak marah. Kita lagi suka. Tapi kenapa sabah dan sarawak masih belum mampu menikmati elektrik yang sepenuhnya sedangkan dah lama mereka tunggu?

Adakah kerana projek iskandariah melibatkan ahli2 politik besar dan org2 kaya dari singapore? Jangan anak tirikan rakyat2 malaysia yg miskin2 dan bertaraf serdahana boleh tak syarikat2 besar aka glc kerajaan?

Haizhhh aku makin pelik dengan kerajaan kita. Mula2 dia soh kita berjimat cermat tp dalam masa yang sama dia naikkan harga barang. Bila kita merungut, kereta kita mahal dengan kualiti yang cikai, dia soh kita support product tempatan tp dia sendiri guna kereta luar negara yang bebas cukai import atas nama pemimpin. Bila kita bising tarif eletrik naik, dia cakap tnb rugi berbillion2 ringgit utk bagi subsidi kat kita, tp dalam masa yang sama tnb tanggung sistem ipp [kroni] dan melabur dengan hebat [bermodal besar] takde nampak pulak tnb macam kerugian.

Bagi aku, asalkan ada untung tue kira untunglah. Apa salahnya untung berkurang 10-20 juta setahun untuk membantu rakyat? Susah ke? Mereka dah pakai kereta mewah, dah duduk rumah mewah, apa salahnya kalau mereka kurang sedikit keuntungan dan meringankan beban rakyat marhaen?

Haizhh.. entahlah.. kutuk2 lebih2 kang dihalau keluar dari malaysia. Cakap2 lebih2 kang dikatakan tak mengenang budi baziran nasional.

Ameno : Hebat.. bulat2 kena tipu. petak2 kena naya.

Ana raffali ikon muzium?


Apa itu ikon muzium? Aku tak pernah dengar atau tahu hal ini. Tetapi nampak cam unik pula dengar perkara ini. Heh Neh berita yang aku dapat menerusi media online ;

KUALA LUMPUR: Pemenang Anugerah Juara Lagu ke-25 (AJL 25) Ana Raffali yang sentiasa menampilkan diri dengan berpakaian baju kurung dan kebaya akan dijadikan ikon program tertentu Jabatan Muzium Malaysia (JMM). Ketua Pengarahnya, Datuk Ibrahim Ismail, berkata pihak pengurusan Ana Raffali secara dasarnya bersetuju untuk penyanyi muda itu dijadikan ikon bagi program yang akan dijalankan oleh jabatan itu di 21 buah muzium bawah pengurusannya.
Beliau berkata demikian kepada BERNAMA bagi memperjelaskan laporan kelmarin yang mengatakan Jabatan Muzium menawarkan Ana Raffali sebagai ikon setem sempena pameran setem 1Malaysia 1Dunia yang sedang diadakan di Muzium Negara.Ibrahim berkata, Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dipilih sebagai ikon jabatan itu kerana imej dan penampilannya yang sentiasa berpakaian kebangsaan tanpa kekok dan malu dalam persembahannya tanpa mengira tempat. Ini adalah satu penampilan yang baik dari segi budaya terutama di kalangan remaja, katanya. Ana Raffali adalah pendatang baru dalam dunia seni tanah air, bukan saja mampu untuk menyanyi dan bermain gitar dengan baik, malah turut mengubah dan menulis lirik. Pada AJL Ahad lalu, lagu nyanyian dan nukilan Ana Raffali Tolong Ingatkan Aku dipilih sebagai juara.


Ha ha ha.. macam2 da.. kelakar pun ada.

Ameno : Aku rasa kalau bab penampilan, ramai lagi yg lebih tutup aurat. Heh

Nik Aziz Angkuh!


Sabar dulu kekawan. Sabar dulu. Tak payah nak men tonjol2 dahi aku. Baca dulu petikan di atas. Ada dua petikan kan? Hah baca betul2 dulu. Dah baca barulah komen sini. Jangan confident je nak tonjol dahi aku tak pepasal. Heh

Utusan melaporkan begini ;

1. Ibrahim ali kata nik aziz angkuh dan mahu merampas hak org lain.
2. Ibrahim juga kata nik aziz cakap umno tak islam.
3. Ibrahim juga cakap dia tak sokong mana2 parti cuma dia cakap apa yang rakyat kelantan rasa.

Ha Ha Ha.

Aku suka dengan kenyataan Ibrahim ali neh.

Baru aku tahu rupanya

1. Apabila membuat perbandingan dasar parti, Nik Aziz automatik menjadi angkuh dan mahu merampas hak orang lain. Saya suka statement ini kerana sangat unik. Membuat perbandingan dasar digelar perampas, tetapi mencilok royalti kelantan di gelar kerajaan yang prihatin. Bagus. Heh

2. Kalau dibuat perbandingan dasar perlembagaan pas dan umno itu bermaksud kita cakap umno bukan islam. Bila kita cakap umno mengamalkan bukan dasar islam itu bermaksud kita cakap umno bukan islam. Heh. Ini hebat. Makan cili memang rasa pedas. Tapi bukan kah menempelak dasar parti tak semestinya menempelak iman ahli? Heh

3. Ini lebih WOW. Ini lebih sarkas aka sarkarstik. Heh. Memberikan kenyataan menyokong umno tak bererti sokong umno. Bertanding atas label pas tak semestinya sokong pas. Ini memang bagus. Heh.

Dan lihat pula kenyataan Nik Aziz yang lain. Kedua2 statement ini dipetik dari suratkhabar teranggung di dunia iaitu utusan malaysia.

Saya petik beberapa statement utusan ;

1. Utusan cakap dap/pkr bimbang bila pas-umno mahu bersatu. Heh
Yeke? Ha ha ha. Kenapa pula umno nak bersatu dengan pas ya? Bukan kah umno hebat? Nak2 lepas kalah pru-12 pula tue? Ha ha ha.. sapa sebenarnya yang bimbang? Allah swt lebih tahu. Heh

2. Owh.. utusan juga cakap Hadi awang terpaksa beri penjelasan kepada beberapa pemimpin pembangkang. Heh. Yang jumpa ialah tgna tapi hadi awang plak kena jelaskan. Kenapa? Ha ha ha. Adakah utusan sudah berputus asa untuk menyakinkan tgna agar berdamai dengan umno? ha ha ha.. ataupun pemimpin2 pembangkang tak perlu dengar penjelasan tgna kerana cukup yakin pendirian tgna berhubung isu ini? ha ha ha

Satu perkara yang kita kea faham. Ada sesetengah org memang degil. Kita dah cakap banyak kali kita tak suka dia. Tapi dia tetap tak puas ahti. Dia guna macam2 cara utk dapatkan kita. Pertemuan tgna adalah untuk menjelaskan kepada mereka2 yg brkaitan bahawa i hate u. Jika mereka tak boleh terima menerusi paper, tak boleh terima menerusi tv, mungkin mereka bisa menerima secara berdepan2 bahawa pas hate umno. Hate umno bukan kerana umno itu umno tp hate umno sebab umno hate islam dan org islam yg hate islam akan menyebabkan kita hate dia juga. Kan simple? Mudah. Kalau nak love, sila love islam insya-Allah love pas akan hadir buat umno. Heh

Jangan ditanya jika dap hate atau love islam. Ini kerana konsep dan matlamat parti itu berbeza. Tapi umno tak sama macam mereka. Majoriti umno ialah orang islam dan org islam kena tegakkan syiar islam.

Ameno : Aku yakin tgna tidak akan mengkhianati kepercayaan ahli2/penyokong pas.

Jumaat, 14 Januari 2011

Ya sudah sayfool menipu pasal ke mekah.



Ini betul2 berita yang membuatkan biawak depan rumah aku ketawa 18. Hampeh punya biawak. Biawak tue gelakkan aku pasal aku bulat2 kena kencing dengan sayfool. Cis.. hari neh hari ko biawak. Gelak lah puas2. Heh

Baca petikan di atas. Baca betul2. Berita di atas bukan ditulis oleh aku. Aku cuma penyampai wadah je. Atas permintaan tue, mereka suruh blogger bongkarkan. Aku tengok memang ada blogger yang dah bongkarkan. Tapi aku sedih sebab takde blogger pencacai umno macam aku bongkarkan isu neh. Walaupun aku pencacai umno tegar nak mampus, kaki bodek tahap jilat sampai mati tapi aku takde keberanian nak tipu benda neh. Aku takut beb, aku takut. Aku takut tak sempat jejak ke mekah. Seteruk2nya aku mengampu umno, aku masih mahu menjejakkan diri ke mekah. Siyes.

Neh beberapa klue yang aku dapat dari sini

1. Orang tue cakap sayfool edit gambar2 dia kat mekah. Dia dah check. Malahan dia dah simpan seme gambar2 tersebut. Sesiapa nak check boleh mintak kat dia kot untuk kepastian korang sendiri.

2. Nenek tersebut bukan nenek sayfool. WOW.. [sebab sayfool tak berada di situ ketika gambar di ambil]

3. Tengok gambar kat atas, ada komplain pasal cahaya, tapi aku perasan satu perkara. Perkara neh aku perasan dah lama. Aku heran apsal gambar dia dengan jarak org kat belakang tue tak kena dari segi ketepatan ketinggian. Faham tak? aku pun susah nak elobrate, aku nak cakap macam neh, dari jarak dia amek gambar tue, sepatutnya jarak org kat belakang tue, tak patut terlalu kecik macam tue. Hah.. itulah maksud aku. [neh aku nya persepsi sendiri berdasarkan gambar tue ketika mula2 aku tengok tanpa tahu ada yg merasakan apa yg aku rasakan]

Dan beberapa point selanjutnya korang rujuk sendiri kat sini

Aku takmo tuduh2. Aku tahu syak2 pun tak boleh. Aku minta maaf sayfool sebab aku syak ko. Aku syak aku punya pasal. Tapi pembaca sekalian, korang kajilah kebenarannya sendiri, jangan syak semata2 kerana aku syak. Masing2 boleh check sendiri dan masing2 boleh tahu kebenaran asalkan mengkajinya sendiri.

Ameno : Haizzzzz... entahlah susah nak ulas bab2 amal ibadat neh pasal aku pun perlu banyak belajar lagi..

Updated :

Ini adalah updated terbaru tentang penyiasatan KBSB samada sayfool benar2 ke mekah ataupun tidak. Dari hasil siasatan kita dapati begini ;

1. Sayfool memang ke mekah
2. tujuan kita tak tahu
3. ada beberapa gambar di edit
4. kenapa? kita juga tak tahu.

Untuk rekod ada yang nampak sayfool semasa di mekah. Sila baca sini

Erk! Beg sekolah ada logo bn !


Alahai menyemak je lah penyokong2 pr neh. Beg sekolah ada lambang umno dan bn pun mereka bising. Benda neh benda kecik. Meh aku kasi terang kalau korang susah sangat nak faham dalil2 bn neh. Sengal. Tak tentu hala asyik meroyan je.

1. BN cakap tak boleh berpolitik di sekolah. Itu maksudnya korang PR je tak boleh. BN boleh je.

2. BN cakap tak boleh gunakan budak2 sekolah untuk berpolitik. Itu maksudnya PR je tak boleh, BN boleh je.

3. BN cakap budak2 U kena tumpu dan focus kepada pelajaran tak boleh terlibat dalam politik sebab tue ada AUKU. Itu kalau sokong PR, kalau sokong BN takpe, takde masalah pun.

4. BN cakap cikgu2 tak boleh berpolitik nanti jejaskan masa depan pelajar. Itu kalau cikgu2 sokong PR, kalau sokong BN boleh je. Nak buat ceramah pun takpe dalam sekolah.

5. Senang cakap, apa yang BN larang orang lain buat, itu bermaksud orang lain je tak boleh buat. BN boleh buat. Ada faham?

Tak faham? Apsal korang BODOH sangat neh? Adoii.. contohnya ginilah..

BN cakap takboleh makan rasuah ==> korang jgn beri / terima rasuah. Kalau BN takpe.
BN cakap kena jimat cermat ===> korang kena jimat cermat. Kalau BN membazir takpe.
BN cakap kena memupuk semangat perpaduan ===> korang je, kalau BN nak racist bn punya suka.

Begitulah dengan hal2 yang lain. Apa yang BN larang korang buat, memang korang tak boleh buat, tapi kalau BN nak buat dia punya pasal. Undang2 kat malaysia cuma untuk mengawal rakyat malaysia, bukan kawal BN. Dah faham? Dah faham, baguslah. Jom makan kuaci. Heh

Ameno : Kah kah kah.. ayooooooyooooo budak2 mana2 yg rela pakai beg sekolah tue? Mesti budak2 yg tak mampu kan? Kesian yang miskin, kena tipu lagi...

Sumber penuh : sini

Saya ikhlas suka maksiat dan saya ok.

Betul ke

bila nak pakai tudung kena ikhlas?
bila nak bayar zakat kena ikhlas?
bila nak solat kena ikhlas?
bila nak berpuasa kena ikhlas?
bila nak baca Alquran kena ikhlas?

Kalau betul maknanya aku nak bagitau aku tak ikhlas langsung buat semua kerja2 di atas. Siyes. Gila arh. Neh pengakuan berani maut. Mampos aku satgi.

Perkara yang selalu perempuan bagi ble tak bertudung ialah nak tunggu ikhlas. Aik. Perlu ke tunggu ikhlas? Kalau ikhlas tak kunjung tiba sampai ke mati tak tutup aurat ke? Heh

Sebenarnya ada member aku juga mengakui kat aku bahawa dia tak ikhlas ble pakai tudung. Malahan ble pakai tudung dia rasa leceh nak mampus. Daripada warna tudung, bentuk tudung, padanan warna, dan aksesori tudung seme melecehkan dia. Itu tak termasuk bab penjagaan rambut. Dan itu tak termasuk hal2 teknikal seperti tudung2 yg perlu digosok.. etc. Lalu aku tanya dia, dah tak ikhlas persal ko sibuk2 pakai tudung ngok? Dia balas, kepala hotak ko, nak pakai tudung syarat wajib bukan ikhlas tapi tutup aurat. Sapa punya kitab ko pakai yang kata nak pakai tudung kena tunggu ikhlas? Mesti ko bodoh bab2 islam kan? Dah lah bodoh tp berlagak pandai. Heh

Cinabeng punya member. Nak salahkan aku plak. Mana aku tahu. Dah selalu aku baca perempuan kata nak tunggu keikhlasan sampai sebelum tutup aurat. Heh

Neh aku nak pecahkan rahsia besar. Ble bayar zakat aku sebenarnya rasa tak ikhlas. Siyes. Aku benar2 harap boleh menyuarakan ketidak-ikhlasan aku di akhirat kelak. Ya Allah swt saya sangat tidak ikhlas bayar zakat, saya rasa geram dengan kerajaan sebab gunakan wang zakat digunakan untuk pelaburan daripada membantu orang2 miskin secara terus. So Allah swt, siyes saya rasa tak ikhlas sangat2 bayar zakat.. boleh tak sekiranya saya mendapatkan kembali wang2 tersebut ketika di akhirat kelak? Heh. Nampak tak? Betapa aku tak ikhlas langsung? Heh

Mana datang bahawa kita mesti ikhlas ble berbuat perkara wajib? Heh. Aku rasa orang yang tunggu keikhlasan untuk buat perkara yang wajib adalah orang yang poyo. Nasib baik aku tak ikhlas ble buat perkara2 yg wajib sebab tue aku tak poyo. Heh

Bab puasa lagi parah. Bukan je aku tak ikhlas malahan aku sebetulnya tamak haloba. Gila betul aku. Aku beria2 nak kejar pahala time bulan ramadhan. Sebab tue walaupun sukar macam mana pun saya pastikan saya tak tinggal puasa walaupun ada hari2 yang aku tak layak puasa pun aku tetap tak ikhlas tak tinggalkan puasa. Heh. Ikhlas takde dalam tema kehidupan aku. Ikhlas aku dah buang jauh2. Aku mesti mau buat baik kerana pahala. Memang tamak nak mampos kan?

Neh yang paling ngeri aku sebut. Siyes. Aku sangat ngeri dan takut bila buka Alquran. Lebih2 lagi bila baca penterjemahan Alquran. Memang masa tue takde timbul niat untuk ikhlas ke tak ikhlas. Yang ada ialah perasaan takut. Heh. Mana lari keikhlasan aku neh?

Yang aku tahu sebagai manusia, aku ialah manusia yang rakus. Nak cakap pasal ikhlas pergi jauh2. Neh untuk manusia yang tamak2 belaka. Tamak cari pahala. Kedekut buat dosa. Soal ikhlas ke tak ikhlas bukan isu. Buat kerna tanggungjawab. Dah biasa buat, jadi suka. Dah suka buat baru datang ikhlas. Nak tunggu ikhlas sampai bila? Sampai mati? Kalau ikhlas tak kunjung tiba, tak payah buat ke? Heh.

Dan samada korang perasan ataupun tidak, seringkali kita nampak ble buat perkara2 yg baik, buat perkara2 yg wajib, orang islam akan yang enggan buat akan menekankan konsep keikhlasan? Mereka akan banyak cakap pasal ikhlas, ikhlas dan ikhlas.

Adakah apabila melaksanakan perintah Allah swt perlu ikhlas? Jika tak ikhlas tak payah buat? Dan bagaimana dengan perkara maksiat yang mereka sering buat? Disebabkan ikhlas maka mereka buat dosa? Heh

Dan adakah bila dia memilih untuk melanggar arahan Allah swt itu bermaksud dia ikhlas memilih kejahatan berbanding kebaikan? Heh. Ikhlas juga tue kan? Sama macam aku. Aku juga sangat ikhlas ketika menulis pasal aku tak ikhlas berbuat perkara2 baik. Heh

Sebenarnya perkara ini cukup mudah. Perkara2 yg melalaikan aku juga suka. Benar. Aku suka dan ikhlas melakukan perkara2 tersebut. Perkara2 yg baik, yang mencegah aku dari kemungkaran aku tak ikhlas buat tapi aku kena buat bagi memastikan aku tidak terus lalai di buai khayalan dunia. Kalau aku terbuai dengan kata2 mesti ikhlas untuk kerjakan perintah Allah swt maka sampai ke mati belum tentu perasaan ikhlas akan hadir. Ikhlas datang kemudian. Even dalam kehidupan harian kita, kalau member kita nak pinjam pen pun ble kita bagi, belum tentu terbukti 100% kita ikhlas bagi dia pinjam. Kalau benda sekecil2 itupun kita ragui keikhlasan kita, so memanglah tak mustahil untuk perkara2 yg lebih besar, kita juga was2 akan keikhlasan kita. Tetapi mempersoalkan keikhlasan kita bukan bermaksud kena tinggal terus perintah Allah swt. Salah. Itu cara yang tidak beretika.

Kita buat perkara yang Allah swt suruh bukan pasal ikhlas. Tapi pasal wajib. Allah swt tak paksa buat dengan ikhlas tapi mengalakkan kita untuk bersikap ikhlas. So, sementara untuk ikhlas hadir, kita kena buat samada kita ikhlas ataupun tidak. Jangan sampai masa ble dah mati baru kita menyesal kelak.

Ameno : Ayat ikhlas neh saya pernah pakai dulu, ketika bertekak dengan satu ustaz pada zaman jahillilah. Last2 sekali Allah swt kasi saya pengajaran berguna. Untuk mencari ikhlas kita, kena cari 'ikhlas' Allah swt dulu.

WOW! Hotel rosmah menginap bernilai rm100k semalaman!

WOW! Ini berita yang paling suka saya baca. Ketika di dubai, rosmah menginap di hotel yang antara termahal sekali di dunia.. iaitu hotel altlatis..

WOW!
Untuk cas bilik bagi tempoh semalam ialah rm100k. WOW.. ini betul2 WOW.. WOW.. WOW.. berapa kali WOW da.. kah kah kah..

Saya nak pesan sket kepada penyokong pembangkang dan ahli2 politik pembangkang. Korang jangan jeles. Rosmah memang ada hak sepenuhnya untuk merosmahmansurkan wang rakyat sebab dia perdana menteri malaysia maaa.. dia pergi sana buat kerja woorrr..


Baziran nasional berhak ke atas semua wang rakyat sebab mereka kerajaan. Manakala korang ialah rakyat miskin hina dasar lowclass.. pencacai murahan yang no standard at all. Heh


So, kalau mereka nak merosmahmansurkan duit korang, korang ada apa kesah? Jangan jeles lah enh..


kah kah kah..

kah kah kah kah..

kah kah kah kah kah..


Jadilah kuli batak BN untuk se-umur hidup..


Rakyat disuruh jimat cermat.
Rakyat disuruh kurangkan perbelanjaan yang tidak perlu.

Rakyat disuruh belajar menabung.

Rakyat disuruh membuat bajet perbelanjaan.


Kah kah kah


Ini kah dia konsep jimat cermat rosmah?

Ini kah dia konsep kurangkan perbelanjaan rosmah?

Ini kah dia konsep menabung rosmah?

Ini kah dia bajet peribadi rosmah?

Kah kah kah..


Saya benar2 tertampan..

kah kah kah


Satuuuuuuuuuu rosmah.. errkk silap satuuuu malaysia..!

Kroni di utamakan...
rakyat dibahlolkan..

kah kah kah


Ameno : Gila babi punya mahal daaaaa...

Rabu, 12 Januari 2011

Sultan arah DSAI pulangkan gelaran Datuk Seri.








Cuba tengok petikan gambar di atas. Ada dua petikan kan? Hah, baca betul2 petikan yang dah aku tanda dengan girang ahti. Heh

1. Mula2 Khir toyo membuat kenyataan dalam blog bahawa dia serahkan semula pingat kebesaran datuk seri atas sebab2 di atas.

2. Khusrin bidas kenyataan khir. Dia cakap pingat tersebut sultan yang arah pulangkan.

3. Khir menjawab khusrin. Khir cakap khusrin membuat kenyataan yg boleh membuatkan khir di salah anggap

4. Dalam kenyataan pertama khir, dia cakap pingat tue dipulangkan sebab surat yang dia hantar dah diluluskan oleh sidang dewan. [mana dia tahu?]

5. Dalam kenyataan kedua khir, dia cakap dia taktahu samada ada kena mengena dengan surat tersebut. Kalau dia taktahu, buat apa dia bagitau dia ada tulis surat. Aik.. mau cari pujian kah? Heh [aik dah tak tahu pula, habis tue camne dalam kenyataan pertama dia beria2 yakin macam tahu? ha ha ha]

6. Dalam kenyataan kedua juga, dia cakap memang perkara biasa kalau dia dah di salah anggap. So apa guna dia explain lagi neh? Kalau dah tak kesah kan? Heh

7. Khir siap mention pasal setiausaha sulit sultan. Aik, apa neh beb? Maksudnya setiausaha sulit sultan bagi informasi kat khir ke yang sultan tarik balik gelaran atas sebab2 surat tersebut? Kalau ya, napa khusrin tak tahu? Suka di ingatkan, dalam utusan sekalipun, memaklumkan yang khir hantar surat utk tarik balik gelaran tersebut, so khusrin tak baca ke perkara tue? Khusrin terlepas pandang, ataupun sultan memang tahu khir ada niat di balik perlakuan dia? Heh

8. Ataupun....... setiausaha sulit khir.. erkk silap sultan laporkan kepada khir yang sultan berhajat nak tarik balik pingat tersebut.. kot? Heh

9. Yelah.. dari surat khir tue nampak cam ada apa2 hubungan yg akrab je dengan setiausaha sulit sultan ... ha ha ha

10. So sebelum kena tarik bek berlakon buat2 nak serahkan semula pingat darjah kebesaran kan kan kan?

11. Selama neh pun kalau khir kesah pasal kepentingan rakyat selangor rasanya tak mungkinlah akan rasuah situ sana sini.. kan kan kan? So.. apsal beria2 prihatin nak jaga kesucian pingat sedangkan kesucian akhlak-moral baik di abaikan pula. Heh

12. Kesimpulan nya, semakin banyak cakap, semakin kantoi.

13. Ya, ya saya tahu khir membayar sejumlah wang yang bukan sedikit untuk membina imej sendiri di luar dan di dalam internet.

14. Sebab tue tak hairan kalau amat sukar di lihat bloggers umno totok hentam khir.

15. Walaupun rumah besar menjadi bukti. Dokumen menjadi saksi mereka masih tak boleh tulis penyelewengan khir sebab faktor aku-dibayar-oleh-khir-t0yo.

16. Siapakah individu2 terbabit? Lue orang fikir sendiri, nanti Allah swt akan dedahkan mereka suatu hari nanti. Yang jahat pasti kena dunia ataupun akhirat.

17. Lagipun menerusi kenyataan di atas, aku juga nampak menangkap satu perkara yang fishy. Yelah, apsal dia cakap menyerahkan untuk sementara? Adakah selepas ini dia akan dapat semula pingat tersebut? Heh

18. Bila dah dia cakap macam tue, so adakah ini bermaksud dia bakal lepas dan bakal bebas?

19. Jangan cakap dia tak bersalah. Siyes. Aku hidup kat dunia, akhirat, neraka dan syurga aku tak percaya langsung melainkan aku mendapat khabar dari Allah swt je baru aku yakin dia tak bersalah. Heh

20. And adakah ini wayang / gimmick piliharaya untuk dapatkan selangor semula? heh saya rasa memang macam ya.

Takpe, saya harap rakyat selangor boleh bagi neh kat BN pada pru-13. WOW! Ha ha ha



Ameno : Huizzzhhhh...... boleh ke seseorang tue menipu diri sendiri dia tak bersalah sedangkan dia tahu, kita tahu dan Allah swt lebih tahu dia memang pemberi dan penerima rasuah tegar?

TIPSI : Atasi kenaikan cukai, dan harga barang.






Ramai betul yang marah2 ble barang naik tak henti2. Aku pelik dan merasa sangat hairan sungguh. Nak marah pasal apa hah? Biasalah barang naik harga itu perkara kecik. Bukan isu besar yang sampai nak melalak tak henti2 beb.

Neh aku bagi korang TIPSI untuk mengatasi kenaikan harga barang. Daripada korang melalak tak tentu pasal baik korang cari idea cam ne nak berhadapan dengan beban kenaikan harga barang. Ingat bercakap tanpa usaha adalah sia2. Heh.

Tipsi2 neh pula aku collect sepenuhnya dari media2 pro kerajaan dan menteri2 malaysia. So, aku yakin sepenuhnya tipsi2 neh memang berguna habis. Heh

1. Mengatasi kenaikan tarif elektrik & air tahun ini [Air bagi sesetengah kawasan sahaja, JOHOR & PP dah naikkan tarif]

Korang tengok iklan bijak guna tenaga. Perasan tak? Hah.. tue lah dia iklannya. Tapi aku nak tacap sket iklan tue aku punya tipsi lagi hebat, insya-Allah korang tak payah bayar elektrik langsung. Tipsi dia ialah korang jangan bayar bil elektrik sampailah bil korang kena potong. Bila dah potong, pakai lilin je time malam. Kalau ada duit beli generator. So nak tengok tv dan dengar radio bleh guna generator. Tapi dengar citer petrol nak naik harga gak, so kalau betul2 nak jimat, buang aje seme peralatan elektrik kat umah tue. Jangan pakai. Confirm jimat habis. Ingat, kalau korang miskin, korang takde tempat kat negara neh. Kalau nak ada tempat, pandai2lah jadi orang kaya. Heh

Kalau air plak, korang pepandailah cari sungai atau tasik yang berhampiran. Kalau takde, tadah je air hujan. Aku percaya korang mampu jimat tahap maksima kalau korang cekap guna tenaga elektrik dan air. Heh

NOTA MIMPI : JIMAT? KALAU AKU TUTUP LAMPU YANG TAK PAKAI PUN BIL ELEKTRIK AKU TAK BERGANJAK, NAK JIMAT MACAM MANA LAGI NGOK! AIR SUNGAI KEMAIN BERLAMBAK2. GAJI CEO SYABAS DEKAT BERJUTA2. TAPI MASIH SIBUK NAK NAIKKAN TARIF AIR?

2. Mengatasi kenaikan harga petrol bagi kedua2 ron 95 & 97.

Neh paling senang. Pertama sekali kalau ron 97 naik, korang tukar guna 95. Ingat jangan berlagak kalau tak mampu. Kalau ron 95 pula naik, semata2 nak kurangkan jurang harga dengan 97, korang pakai balik 97 tue. Hah begitulah seterusnya. Tukar2 petrol. Kejap 95 kejap 97. Insya-Allah korang akan merasa jimat dengan berbuat demikian. Lagipun, kalau bukan kita yang nak bantu petronas untuk hidup mewah dan menaja F1, sapa lagi yang nak bantu? F1 ada perempuan pakai seksi maaa.. so memang syokk wooo. Heh

NOTA MIMPI : WAKLUE! ISU KENAIKAN MINYAK BUKAN EFFECT KAT PENGGUNA KENDERAAN JE, YG TAK GUNA KENDERAAN PUN JADI MANGSA!

3. Mengatasi beban kenaikan harga barang2 makanan.

Hah neh paling senang. Neh pun tipsi yang aku dapat dari menteri gak neh. Aku share sedikit demi sedikit okeyh

1. Kenaikan harga ayam : PERKASA kata kita kena boikot ayam. So korang jangan makan ayam. Ingat, jangan makan ayam. okeyh?

2. Kenaikan harga sayuran import / tak import : Kerajaan soh tanam sayur sendiri. Ingat tanam sayur sendiri, takde tanah takpe, guna hidroponik.

3. Kenaikan harga semua jenis bawang : Kerajaan soh kurangkan penggunaan bawang dalam masakan. Kalau dulu korang pakai sebiji bawang besar, sekarang potong kepada empat, dan amek satu bahagian, potong lagi kepada empat dan barulah amek satu dan digunakan utk memasak. Kalau bawang putih, amek seulas dan bahagi 4. Insya-Allah jimat. Ingat malaysia boleh! Kita pasti boleh! Heh

4. Kenaikan gula dan santan : Kerajaan soh kurangkan penggunaan gula dalam minuman dan masakan. Sebenarnya kerajaan ada niat yang baik ketika menaikkan harga gula neh. Kerajaan nak tolong rakyat jaga kesihatan, kurangkan penyakit obesiti, kencing manis dan darah tinggi. Saya percaya kita kena percaya dengan niat ikhlas kerajaan neh. Heh

5. Kenaikan tepung, beras dan minyak masak : Kerajaan sebenarnya nak bagi rezeki lebih kepada pengusaha2 padi & kelapa sawit di malaysia. Kesian mereka berkerja bertungkus lumus tapi masih belum keluar dari kelompok kemiskinan. So janganlah kita merungut banyak pasal kenaikan beras dan minyak masak. Lagipun syarikat beras nasional kita dimiliki firma dari HK, so kerajaan tak salah. Salahkan je HK. Heh. Manakala pula felda kita dimiliki oleh sime darby. Sime darby neh bukan kerajaan dan bukan pula badan kebajikan. So jangan kita merungut tak tentu pasal. Kalau terer buat minyak sendiri. Heh

Tepung naik sebab kerajaan nak soh rakyat kurangkan makan roti. Roti bahaya terutamanya roti canai. Banyak kolestrol. Marilah kita sama2 support perjuangan murni kerajaan kita neh. Heh

6. Kenaikan SERVICE TAX : Hah, neh paling best. Sebenarnya kerajaan takmo korang makan makanan fastfood. Selain dari itu nak tolong korang kurangkan penggunaan telefon dan internet. Daripada asyik guna telefon untuk berbual2, eloklah korang guna cara tradisional pula. Ajak kawan2 keluar berbual dan beriadah sama2. Ada baiknya naik cukai segala cukai neh. Heh

7. Kenaikan tambang pengangkutan, dan barang2 keperluan lain : Hah.. neh paling best. Nak bantu meningkatkan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Kalau tak korang asyik merungut aje kan? Hah, so biarlah naik. Lagi banyak naik dan lagi cepat naik, membuktikan betapa kerajaan beria2 nak memperkemaskinikan kualiti perkhidmatan kenderaan awam. Heh

Kenaikan barang2 keperluan lain pula lagi senang nak atasi. Beli bila perlu. Ingat ble perlu baru ble. Kalau tak perlu korang tak payah beli. Nak curi ke, nak rompak ke, korang punya pasal lah, so cuma ingat je motto neh, kerajaan juga yg nasihatkan neh melalui kempen iklan jimat cermat, aku cuma copy-paste je, hanya 'beli bila perlu'. Heh

NOTA MIMPI : WORR RAKYAT JE KENA BELAJAR JIMAT? KERAJAAN TAK PAYAH? 5B BINA MENARA? JIMAT? 9JUTA BELANJA LUAR NEGARA? JIMAT? SISTEM IPP UTK BELA KRONI YG MERUGIKAN TNB BERBILLION2 RINGGIT SETAHUN? JIMAT? SISTEM PASARAN YG DIKAWAL SEPERTI GULA, BERAS, MINYAK MASAK YG TIDAK BOLEH DIJUAL OLEH ORG LAIN MELAINKAN KERAJAAN? JIMAT? TOL DAN PETROL TAK PAYAH BAYAR PADAHAL GAJI PM, RM 22 RIBU SEBULAN? JIMAT? CUBA KO AMALKAN DULU APA YG KO NASIHATKAN ORANG THEN BARU MELALAK DEPAN TV. JIMAT WAKLUE!

MINYAK MASAK KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
GULA KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK
PETROL KERAJAAN PUNYA ==> BN = BARANG NAIK

TNB, AIR SEMUA ADA KEPENTINGAN KERAJAAN DALAM TUE TAPI SEMUA NAIK DAN TERUS NAIK. NAK JIMAT MACAM MANA KALAU KERAJAAN YANG SAMA NAIKKAN HARGA DAN KERAJAAN YANG SAMA SURUH BERJIMAT. WAKLUE!

KALAU TAKNAK DENGAR RAKYAT MEMEKAK PASAL BARANG NAIK, BUATLAH SISTEM PASARAN TERBUKA. SESIAPA SAHAJA BEBAS JUAL GULA, SESIAPA SAHAJA BEBAS PROSES KELAPA SAWIT DAN SEBAGAINYA. INI TIDAK SIME DARBY BELOT SEMUA. YG KECIL2 DIA KASI RANAP. LAMA KELAMAAN SYARIKAT2 YG PROSES KELAPA SAWIT LINGKUP.

AKAN DATANG AKU AKAN UPLOAD GAJI PEKERJA SIME DARBY. SAKSIKANLAH BUKTI DI DEPAN MATA, BERAPA BANYAK GAJI YG SIME DARBY BAYAR KAT PEKERJA2 MEREKA. TUNGGU!!

Ameno : Rakyat dah jimat dah weh.. dah macam2 cara yg digunakan utk berjimat cermat.. dek kenaikan barang lah MLM semakin aktif.. pasal mereka seme perlukan duit segera.. cuba tengok dan fikir pula dari sudut rakyat marhaen pula. Rakyat tak betul seme, tapi kerajaan pun tak tepat dalam semua perkara dalam. Dalam perkara ini, kenaikan harga barang memang kerajaan salah. Kerajaan yg punca kepada semua impak negatif yg berlaku kini, kesan kenaikan harga barang di malaysia. Nak taknak, kena akui dan cari jalan untuk bantu rakyat. Cuba fikir poket rakyat sekali lar BN!

Selasa, 11 Januari 2011

PANAS : Lim Guan Eng kebas rm230 juta duit rakyat penang.

Ini berita yang amat-amat mendebarkan bagi kerajaan DAP pulau pinang di bawah pimpinan Lim Guan Eng. Saya percaya dan benar2 percaya bahawa DAP akan mampus, terkubur dan rebah pada PRU-13 yang bakal tiba tak lama lagi bila berita neh tersebar dengan lebih meluas.

Macam tak percaya bila baru2 ini Koh Tsu koon bekas ketua menteri pulau pinang yang cukup2 prihatin dengan nasib orang melayu-islam pulau pinang selama ini mendedahkan bahawa lim guan eng kebas duit rakyat sebanyak rm230 juta. WOW. Ini sudah lebey. RM230 juta tue. Bukan perkara main2. Apa yang SPRM buat? Asyik2 membela DAP aje dari dulu. Badigol bengap lue SPRM. Cubalah cepat2 amek tindakan. Ini tidak asyik mengampu DAP je kerjanya. Hampeh!

Dan satu lagi berita yang tak kurag sedih, iaitu ble kontraktor melayu di pulau pinang 1oo% bankrupt dinaya oleh lim guan eng. Lge owh lge, apsal ko benci melayu sangat hah? Apsal ko beria2 benci islam sangat hah? Apa yang islam dan melayu buat kat ko hah? Sampai ahti ko lupuskan kontraktor melayu-islam kat penang.. baca sini kalau ingat aku tipu. Heh

Melalui link tersebut gak, lge telah memberikan tender 100% kepada orang cina. Iskh memang BIAS. Aku benci kerajaan BIAS. Benci, benci, benci. Memang benci.

Selama neh Koh tsu koon memang prihatin dengan nasib orang melayu di pulau pinang, meskipun dia tak pernah bagi peruntukan kat SAR, kat orang2 islam tanpa mengira parti politik.. dan siap mengulibatakan lagi orang2 melayu-islam di pulau pinang... itu belum masuk memiskinkan penduduk melayu.. dan memastikan tanah2 melayu di penang terhapus terus.. heh. Tapi dia tetap aku anggap prihatin. Kalau tak prihatin takan bodoh2 najib bagi dia jawatan penasihat menteri tue. Heh

Ameno : Erkk.. SPRM tak buka kes enh? RM230 juta tue banyak tue.. hurmm..

Isnin, 10 Januari 2011

Gempar!!! Bangunan PAS runtuh.

Hangat! Panas! Sensasi! PAS kantoi lagi! Ini berita yang baru saya terima. Saya yakin selepas ini PAS akan lebih malu dari biasa apabila berita ini tersebar luas. Heh

Lihat gambar di bawah ini. Gambar ini ialah gambar runtuhan pondok di pasir payang. Untuk pengetahuan korang pondok ini baru dibina. Pada tahun 2008 siap sepenuhnya. [betulkan kalau info ini salah].

Pondok yang runtuh neh terletak di pasir payang, terengganu. Sepertimana yang kita tahu menteri besar terengganu ialah Nik Aziz Nik Mat. Dah selama 20 tahun dah PAS pegang terengganu. Apa yang mereka mampu beri kepada rakyat terengganu ialah runtuhan demi runtuhan. Heh


Nak tahu kenapa sering berlaku runtuhan kat terengganu? Sebab sebelum neh BN pernah memerintah terengganu sekejap. Pada zaman itu, PAS dengan busuk ahtinya telah merampas hasil royalti minyak rakyat terengganu. Mentang2lah dia kerajaan pusat, kemain ko berlagak ya PAS. Memang jahanam betul!

Namun, selepas itu pada tahun 2004 PAS berjaya merampas semula kedudukan mereka di terengganu. Habis macam2 tawaran mereka suakan kepada rakyat. Konon nak bina itu, bina ini. Ya memang betul. Bina memang bina. Tapi lepas bina.. runtuh. collapsed.. tumbang.. apa cerita? Heh

Pulak tue tender seme bagi kat kroni2 PAS aje. Seme amek untung atas angin. Cas kat kerajaan kemain mahal. Tapi bahan binaan yang digunakan pula low quality. Tak sama apa yang tercatit dalam kertas kerja. Baru ribut kuat sket dah tumbang. Piramid pun kuat lagi walau dah bertahun2 bina tanpa teknologi moden. Heh

Akibatnya satu demi satu bangunan yang PAS bina runtuh. Stadium, kampung, dewan banyak runtuh. Pondok pun runtuh. Aihhh.. rezeki tak berkat asyik mencuri. Memang lah patut Allah swt kasi ajar sama itu PAS.

Makin lama makin ranap terengganu tue aku tengok. Itu tak masuk lagi mansun ke monson cup ke apa ke aku lupa. Habis rosak2. Itu tak citer lagi bab 1MDEB ke apa ke, yang aku lupa gak.. habis2 malap masa depan terengganu di bawah PAS.

Semoga rakyat terengganu cerdik sketlah nak pilih pemimpin. Dah dibagi peluang, bukan tak dibagi. Elok2 dapat pemimpin yg cerdik ilmu agama + dunia, korang takmo. Pi pilih pemimpin yg gila meroyan pasal harta + hiburan. Last2 pembangunan ke mana, iman ke mana. Bina masjid pun tengah2 laut. Tah sapa tah solat dalam tue. Bunian ke? Heh

Pengajaran dari kesah neh ialah lenkali kalau nak bina bangunan 'runtuh', sila bagi kontraktor kroni Pas. Confirm mesti runtuh secepat yang mungkin. Heh

Ameno : Ya runtuh2.. runtuh lagi.. esok lusa time kiamat pun runtuh gak.. heh

Amaran keras : Penyokong Hadi Awang jangan berlagak!

Adooiii terkilan aku baca satu laporan berita pasal aduka kena ketuk dengan penyokong hadi baru2 neh. Tak agak2 dah orang yang buat macam tue kat aduka. Apa benda lah yang dia buat sampai kurung2 dia plak. Salah ke dia nak jumpa Hadi Awang dan menuntut beberapa penjelasan? Yang sampai nak halang dan kurung dia watpe? Spesis rejim ala zionist umno plak aku tengok. Kalau dulu dok heboh kutuk2 umno tp kalau neh perbuatan penyokong pas apa ada beza?

Bukan aku nak backup aduka tue. Siyes. Aku tahu setiap tindakan mesti ada asas. Asas dia kena kurung sebab nak tanya Tuan Guru Hadi Awang beberapa soklan. Kenapa dia nak tanya? So hak dia lah dah dia sokong PAS kan? Nasib baik dia berani nak tanya depan2 daripada fikir benda yg bukan2. At least dia ada keberanian. Yang keberanian dia kemudian nya disekat2 pula. Bangang betul penyokong hadi awang. Ada aku kesah?

Ya, ya aku tak salahkan Tuan Guru Hadi Awang sekarang neh. Aku bersangka baik. Aku percaya Tuan Guru tak tahu. Kalau dia tahu, aku rasa tak wujud insiden tersebut. Memandangkan penyokong2 tuan guru Hadi Awang yang buat bangang, maka layaklah penyokong tuan guru Hadi Awang gak yang kena bidas.

Sebenarnya dah agak lama aku baca dan sering kali ternampak penyokong2 yg taksub hadi dan taksub nasha neh bersepah memaki hamun sesama geng sendiri kat blog2, terutamanya blog tulang besi. Aku bukan nak marah ke apa, aku faham niat korang. Tapi penyampaian korang tue melampau2 sampai babitkan hal2 peribadi dan kain dalam blogger tue watpe NGOK!

Caci maki jangan cakaplah. Penuh blog tue dengan maki hamun sesama ahli pas. Wat malu aje. Kalau dah member sama member apa salahnya cakap baik2? Kalau dah tulang besi salah, aduka taruna salah then balas lah guna hujah balik. Orang tue bagi hujah, korang plak bagi maki. Spesis ikut perangai rejim zionist umno. Aku taknak nanti tak pepasal PAS yang dapat nama buruk disebabkan tindakan beberapa penyokong ala-kipas-susah-mampus yang beria2 taksub segala bagai. Konon takley tegur tuk guru lah apa lah.

Come on lar. Tuk guru pun manusia. Hadi awang manusia. Nik Aziz manusia. Nasharuddin isa manusia. Nasrudin Tantawi pun manusia. So kalau ada perkara2 yg ahli2 PAS rasa tak selesa dan mereka nak tegur, biarlah mereka tegur. Yang sampai korang nak halang kebebasan PENYOKONG/AHLI PAS saling tegur menegur perbuatan pemimpin kenapa? Pada awal nya aku yang mengikuti benda neh dah tengok banyak kali, tulang besi tegur cara baik. Aku ulang semula..
cara baik. Lama kelamaan dia hilang sabar tue pasal terkeluar segala bagai perangai amarah dia kat blog. Mana tak marah kalau asyik kena provoke je? Kalau aku, mau naik setan.

Benda neh simple je beb. Small matter. Aduka ada benda tak puas ahti kat Hadi awang. Tulang besi pun sama. Memang secara ikhlas aku pun ada yang tak berkenan dengan Tuan Guru Hadi Awang haddle beberapa isu kepimpinan. Ustaz Nasha tue pun sama. Bukan aku nak kondem dia. Cuma dia punya suara entah dah berapa tahun aku tak dengar. Asyik2 muka sama je yang melalak buat kerja. Kalau tak Dr. Lolo, khalid samad, habis2 Tuan Guru Nik Aziz yang kena kutuk dengan penyokong2 seberang sana. Ikut logic, muka2 yg paling banyak bidas kerajaan tentulah muka2 tue yg paling banyak kena kutuk.

Tapi yang nama HADI AWANG dan USTAZ NASHA neh jarang sekali aku nampak kena balun ngan puak2 seberang sana. Habis2 pun isu amanat hadi awang. Yang lain?Haram.. macam tidur je. Meneruskan warisan paklah ke? Jangan sampai nanti jatuh terduduk baru nak menyesal beb. Terengganu dah hilang. Pengalaman dah dapat. Cuba amek iktibar sket. Nasihat orang tak seme buruk dan teruk. Tapis lah. Yang mana baik, collect. Yang mana buruk, reject. Jangan tolak seme. Suara ahti penyokong/ahli PAS adalah suara ahti rakyat marhaen juga.

Bukan nak tuduh ada pakatan PAS - UMNO. Takde. Cuma nak peringatkanlah. Kalau betul ada niat nak gabung dengan umno cakap terus terang. Supaya kami seme boleh buat pilihan tepat. Kalau takde pakatan UMNO-PAS pun kena cakap terang2 gak. Bukan apa takut salah faham. Aku tahu perang saiko maiko neh. Pernah aku terfikir saja umno saiko dari dalam bagi PAS berpecah. Maybe dorang taknak attack hadi dan nasha untuk bagi suspicious kat penyokong2 pr. Pernah. Mmg pernah aku terfikir. Tapi bukan seme fikir cam aku fikir. Yelah, pasal dah macam tak nampak langsung Nasha dan Hadi bersuara ble umno menyerang pas bertubi2? Wat de hell!

Balik2 nik aziz, nik aziz, nik aziz. Balik2 husam, husam, husam. Balik2 khalid, khalid, khalid. Balik2 mahfuz, mahfuz, mahfuz. Balik2 azizan, azizan, azizan. Balik2 tantawi, tantawi, tantawi. Apa dalam PAS dah takde ke tokoh kepimpinan yg layak bersuara untuk BIDAS segala bagai fitnah UMNO? Kalau macam tue, undur diri bagi pada mereka yang layak. Dan yang layak ialah yang buat kerja.

Belum masuk lagi isu perang propaganda UMNO bilamana tiba2 wujud konon nya dalam PAS ada team DSAI vs team Tuk guru. Satu team memberikan taat setia kepada DSAI. Satu team memberikan kesetiaan kepada tuk guru. Wat de hell! Karut! Marut! Segala bagai macam tue sekali penyokong2 hadi buat fitnah! Erk.. ye ke penyokong hadi? [Neh tanya bai.. tanya je bukan fitnah.. habis2 kuat pun spekulasi aje neh. Heh]

Adoiii benda simple cam neh pun ada yang tak boleh DETECT! Memang dalam PAS ada yang tak suka DSAI. Alasan tak SUKA tersebut sebab imej DSAI yang dah tercalar teruk akibat difitnah oleh UMNO bertubi2. Namun ada juga berita2 yang bukan fitnah. Memang betul DSAI pun ada buat SILAP. At least manusia ini, dari SILAP bangkit untuk tidak mengulangi kesilapan dia lagi. Bukan aku sokong DSAI sangat. Kalau tanya aku pun, aku ada calon lain untuk jawatan perdana menteri malaysia jika PR benar2 mengambil-alih putrajaya. Namun takanlah disebabkan tulang besi menentang HADI and the geng tiba2 dia dilabelkan sebagai orang suruhan DSAI untuk mengucarkacirkan PAS dari dalam? Tapi yelah apa2 pun mungkin berlaku. Kemungkinan tue tetap ada. Aku tak tolak 100%. 50-50 lah. Tapi selagi tuduhan tersebut tak terbukti, tuduhan adalah tetap tuduhan. Dan sehingga kini tak terbukti pun yang tulangbeli agen PKR dalam PAS. Heh. Apatah lagi agen UMNO. Heh

Kepada yang suka sangat maki hamun member2 sendiri, penyokong2 sendiri, ahli2 sendiri patut cermin muka kat cermin masing2 dulu. Ble orang hentam musuh lue segala bagai lue gelak meroyan sakan tepuk tangan gembira lue suka ahti! Tapi ble orang hentam pemimpin lue, segala riuh lue kecoh bagai nak bakar tangan yg mengkritik. Apa neh bhai? Pemimpin takde yg maksum. So jangan taksub. Alang2 mandi biar basah. Alang2 jadi orang islam biar betul. Alang2 nak banteras kezaliman, biar sampai akar umbi. Kalau musuh lue, lue benci ble dia wat zalim, apsal perkara yg sama lue tak buat ble pemimpin lue buat zalim bhai? Adoiii neh la nama nya lue bukan adil. Orang adil tak pandang individu sebagai pengukur. Dia pandang adil sebagai pengukur. Bilamana lue halang orang len bersuara untuk menuntut beberapa keadilan, lue adalah zalim. So ble orang zalim macam lue nak tuntut keadilan, lue ingat orang nak patuh ke bhai? Lue jangan fikir sendiri. Lue ajak member2 yg spesis se-otak lue untuk berfikir sekali. Ada faham? Heh

Ameno : BONGOK punya penyokong yang taksub!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...