Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Julai 2014

Lathefa Koya Kutuk Khalid Ibrahim Kaw2 - PAS Tekankan Kenyataan Presiden Adalah Rasmi Mewakili Parti.

Untuk menjawab Mahfuz Omar.

Ini adalah jawapan dari PAS. Sini dan sini.

Baca situ sampai habis okay.

Point penting.

1. Dua artikel berkenaan menekankan bahawa pendirian presiden PAS adalah mewakili pendirian parti. Bila presiden PAS kata akan sokong Khalid ini bermaksud keseluruhan dari PAS termasuk wakil rakyat, AJK dan semua sekali termasukla Mahfuz Omar, Khalid Samad dan Mat Sabu perlu patuh kepada arahan tersebut sehingga la terbukti sebaliknya.

2. Dewan ulama PAS juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan bersama-sama Khalid dan menyokong pendirian Presiden PAS berhubung isu jawatan Khalid dan semua pihak digesa untuk menerima dan menghormati keputusan yang telah ditetapkan oleh PAS.

Yang aku pelik.

Ini pelik je la. Bukan aku nak kata sapa salah sapa betul. Just pelik aje okay. PAS bela Khalid sebab dapat jawatan. Habis tue yang dalam PKR, yang lain2 dapat jawatan sebab kroni kepada pemimpin A dan pemimpin A tak pula dituduh membela A dan A hanya kerana mendapat jawatan? Kenapa pula bila PAS dapat jawatan dari Khalid, PAS kena tuduh macam2 tapi pihak2 lain tak kena tuduh2 pula? Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Kenapa ada double standar disitu? Ce citer..

Apa2 pun berikut adalah kenyataan dari peguam LBL Lathefa Koya yang menjadi kontroversi di laman sosial..

Huhu..

Dasat kaw..

Baca ;

 

Kalau korang nak baca di facebook klik sini.

Untuk rekod, komen2 semua dok membalon sesama sendiri. Syok la BN. Bukan setakat sambut raya aje kot. Dapat sekali tepuk tangan tengok geng2 PR saling bergaduh sesama sendiri.

Best weiiiiiii

KAH KAH KAH

Kbai.

Polis Buru Individu Tukang Sebar Berita Raja Muda Selangor Murtad.


Laman web yang dimaksudkan kononnya ada kaitan dengan yahudi zionis. Ye ke? WorldNewsDaily.com berpengkalan di Israel. Yang tersebar sekarang neh la. Entah betul entah tidak aku tatau la. AKu tak berkesempatan untuk buat pengesahan lagi. Tapi macam pelik pun ada juga. Tetiba je ada kaitan dengan ISRAEL. Korang biar betul woi. Dah confirm sahih ka? Ka sebaran karut marut lagi?

HAHAHAHAHAHA..

Dan sekarang SKMM dan POLIS dah masuk campur untuk menyiasat individu yang sebarkan artikel berkenaan di laman facebook.

AMEK KAW.

Walaupun bukan pembuat fitnah tapi POLIS akan siasat atas dakwaan MENYEBARKAN BERITA FITNAH.

Tue dia..

Kita kena ambil iktibar dari kes neh. Pengajaran. Lainkali jangan nak pandai2 sebarkan berita sebarangan. Kalau tujuan nak sebarkan untuk cari kebenaran takpe juga. Dengan tujuan tanya. Kalau tujuan nak sebarkan dengan main percaya aje baik ahti2 sikit. Bukan semua laporan berita itu adalah benar.. tak belajar2 lagi ke?

Huhu..

Kenyataan oleh POLIS ;
Sementara itu Polis menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, keluar agama Islam dan memeluk Kristian Katolik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihak Istana Selangor ada menghubunginya semalam, dan memaklumkan berita yang tersebar itu adalah palsu.

“Kita sudah menerima satu laporan berhubung kes ini di Selangor dan kita bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.

“Perkara tidak betul ini bukan saja merunsingkan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan kerabat diraja, malah merunsingkan masyarakat yang akan tertanya-tanya perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media majlis pemakaian pangkat dan pelancaran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) di sini, semalam.

Tak pasal2 aje kan?

Hanya sebarkan berita pun kena siasat. 

Nasib le..

Kbai.

Gambar2 Najib Bayar Zakat Fitrah.





Rupa-rupanya tiap2 tahun rakyat Malaysia dianggap jakon nak mampos. Sapa tengok berita tv3 semalam?

- Tiap2 tahun berita akan melaporkan Najib bayar zakat fitrah.

- Tiap2 tahun jurukamera, berita dan semua station berita akan melaporkan, mengambil gambar dan merakam aksi Najib membayar zakat fitah.

- Tiap2 tahun Najib tak boleh bayar zakat fitrah secara low profile dan relax2 aje.

- Tiap2 tahun nak bagi kecoh satu Malaysia bahawa dia g bayar zakat fitrah.

- Tiap2 tahun tv3 masuk kan dalam Buletin Utama dan lapor lebih kurang dalam 3-5 minit sambil zoom muka Najib dekat2 nak bagitau yang dia dah bayar zakat fitrah.

WHAT THE FARK!

Bayar sendiri2. Relax2. Lepak2. Simple2. Low profile tak boleh ke Najib? Tahu ko tue PM Malaysia tapi tak semua benda ko patut tonjolkan secara over2. Ada sesetengah benda kalau berita tak lapor pun lagi bagus dari berita laporkan tahu tak?

Ada ke benda bangang macam neh pun mendapat liputan meluas? Pemberitaan yang rosak. Hancur. Gila. Bangang.

Kbai.

Rafizi Tidak Terima Hadi Sokong Khalid, Mahfuz Kata Pendirian Hadi Bukan Mewakili Parti.

Mahfuz bukan ahli PAS ke? Takan la dia tatau yang TGHH bercakap atas kapasiti mewakili parti? Elok la tue. Nak pertahankan pendirian parti lain, parti sendiri berpecah dan bergolak. Cerdik sangat.

KAH KAH KAH

Statement Mahfuz ;
Sementara itu ketua penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar pula ketika ditanya berkata kenyataan Hadi itu bukanlah keputusan parti.

Ini kerana hal pertukaran menteri besar itu hanya bakal dibincangkan di peringkat PAS Pusat selepas hari raya ini.

"Saya tak tahu pun. Lepas Raya baru kita mesyuarat (hal ini)," kata beliau kepada Malaysiakini.

Penyokong2 korang perhati aje.

Hadi = cakap sokong Khalid. = PAS sokong Khalid.

Mahfuz = cakap Hadi bercakap atas kapasiti peribadi, bukan parti.

Ahli2 + penyokong2 PAS = perhati aje kenyataan demi kenyataan yang dibuat oleh pimpinan PAS.

Nampak?

Nampakkk?

Dorang nampak korang sesama pemimpin pun berpecah, tak sehaluan. Apa citer neh woi??

 
Dan ketika ini serangan terhadap PAS dah bermula.

1. Ungkit semua kelemahan2 dan kesalahan2 PAS ketika mentadbir Kedah.

2. Mengaitkan semua keputusan Hadi dengan menantunya.

3. Membuka semula peristiwa UG dan mengaitkan UG adalah punca utama Khalid dipertahankan Hadi.

4. Akan menjaja PAS mempertahankan Khalid kerana kedudukan yang diterima oleh pemimpin2 PAS dan termasukla menantu TGHH sendiri di Selangor.

Tengok la.



Aku bukan nak membela mana2 pihak. Aku tak kuasa nak ikut campur dalam perselisihan dorang. Buang masa aku boleh la. Tapi aku tak faham. Dorang bergaduh macam celake korang tahu. Dorang lupa dorang dok kutuk BN gila babik selama ini alih2 dorang juga lakukan perkara yang serupa. 

Jika kita akalnya waras, kita sedar apa kesannya pergaduhan media ini kepada imej dan kredibliti parti kita, kita patut selesaikan semula perselisihan ini ikut saluran parti supaya tidak mengundang persepsi negatif ke atas parti kita.

Sungguh pun parti berkuasa memilih mana2 wakil rakyat untuk diangkat menjadi pemimpin mewakili mereka bagi mentadbir negeri tapi parti perlu ingat, sebelum mereka ada kuasa untuk memberi mandat, mereka terlebih dahulu diberikan hak untuk mendapat mandat dari rakyat. Rakyat kalau tak undi PR, PR takde hak nak pilih sapa2 pun jadi menteri besar. Maka jangan cakap besar, jangan ego, jangan berlagak tak tentu, terima la teguran dan kritikan.

Nak tukar menteri besar kan? Tukar la. Nak tukar sangat kan? Okay, tukar, tukar, tukar tukar laaaa.. 

Tapi jangan sampai proses penukaran itu menguriskan ahti sesiapa yang terlibat. Tukar elok2. 

Jika tak boleh nak tukar elok2 maka capai la persefahaman dengan Khalid. Jika kesilapan di pihak kita perbetulkan. Jika kesilapan di pihak Khalid, maka buktikan.

Pergaduhan korang sebenarnya menyakitkan ahti penyokong2 korang. Tapi korang tatau.. renung2kan la ek.

Kbai.

Jumaat, 25 Julai 2014

Ini Jawapan Felda Kenapa Ada Peneroka Yang Tak Layak Dapat Duit Rakyat.

Isu bermula.



Ianya kecoh di laman sosial dan bertambah besar bila Harakah Daily buat laporan. Berikut di bawah ialah jawapan dari FELDA.


Felda mengesahkan mana-mana peneroka yang menyaman agensi tanah itu tidak akan mendapat dividen akhir Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) dan wang saguhati hari raya.

Seorang jurucakap Jabatan Komunikasi Korporat Felda berkata keputusan itu dibuat "bagi menjaga kepentingan peneroka lain yang menyumbang kepada perkembangan Felda".

Katanya, tindakan yang sama dikenakan juga terhadap peneroka yang menjual tanah tanpa kebenaran Felda.

"Ahli Lembaga Felda sudah putuskan siapa yang memfailkan saman kepada Felda, jual tanah tanpa kebenaran Felda, tak dapat langsung (dividen dan wang saguhati)," katanya.

Bercakap kepada Malaysiakini petang ini, jurucakap itu berkata keputusan itu dibuat oleh ahli Lembaga Pengarah Felda pada bulan ini.

Beliau mengulas laporan portal Harakahdaily berhubung tindakan kira-kira 50 peneroka Felda Gugusan Bera dan Rompin yang membuat laporan polis kerana mendakwa dinafikan wang dividen FGV dan saguhati hari raya yang berjumlah hampir RM1,000.

Jurucakap itu bagaimanapun tidak mahu mengulas lanjut apabila ditanya mengenai jumlah peneroka yang menyaman Felda.

Laporan Harakahdaily itu menyebut mereka adalah sebahagian lebih 1,000 peneroka seluruh negara yang tidak dibayar meskipun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dilapor berkata seramai 112,635 orang peneroka layak menerimanya.

Najib dilapor mengumumkan pembayaran dividen akhir FGVH kepada semua 112,635 peneroka Felda dengan jumlah RM72.9 juta (RM647.78 seorang).

Manakala peruntukan duit raya pula dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM30.5 juta iaitu RM300 bagi setiap keluarga.

Sementara itu, jurucakap itu berkata peneroka yang melanggar peraturan Felda antaranya tidak membuat tanaman semula atau tidak menghantar hasil kepada Felda, maka peneroka hanya mendapat separuh daripada jumlah dividen akhir dan wang sagu hati itu. -Mkini-

Duit raya aku boleh faham. Tapi dividen neh bagaimana perkiraannya ek? Bukan kah dividen ini diukur berdasarkan pemilikkan peneroka2 dalam saham2 felda? Bagaimana pula FELDA boleh menafikan dividen2 yang layak diperolehi oleh setiap peneroka2 FELDA? Ini tak salah ke? Sapa tahu macam mana FELDA beroperasi dan apakah tarif dividen kat sini? Aku nak fahamkan betul2. Kalau tak silap aku la, dividen neh macam ko beli saham kat sesuatu syarikat and every year ko berhak mendapatkan dividen (keuntungan) kerana memiliki saham syarikat tersebut. Macam menyimpan kat BANK. Fixed deposit. Cukup masa dapatlah dividen aka keuntungannya. So, boleh ke FELDA nafikan hak orang macam neh? Macam tak betul je cara neh. Ce citer.

Kbai.

Isu Tukar MB Selangor - Ini Jawapan Dari Rafizi Ramli.

Ketika ini Rafizi sedang memperhebatkan penerangan demi penerangan kepada semua pihak kenapa Khalid perlu diganti dengan Wan Azizah. Rafizi juga memberitahu bahawa PKR dan DAP sudah sebulat suara bersetuju dalam isu penukaran MB. Kini hanya menunggu keputusan rasmi dari PAS semata2. Pertemuan akan diadakan dengan presiden PAS sejurus TGHH sihat seperti sediakala untuk berbincang mengenai penguguran jawatan Khalid Ibrahim selaku menteri besar.

Rafizi juga akan menjawab apakah benar dia menerima komisen jutaan ringgit dari pihak tertentu supaya menaikkan nilai pengambilahalihan konsesi air.

Ramai juga la yang tweet tanya Rafizi macam2.

Kan aku dah cakap semalam. Isu MB Selangor ini membuatkan dari satu kumpulan, satu idelogi kini berpecah kepada banyak kumpulan, banyak idelogi. Dulu semua kawan2 sekarang kawan ke mana, musuh ke mana. Sakit ahti je kot dapat.

Haha..

Antara penerangan2 Rafizi mengenai isu penukaran MB Selangor.








Untuk rekod, setakat ini hanya PAS Selangor aje yang konsisten berdiri di belakang Khalid. DAP dan PKR berdiri di belakang Anwar Ibrahim. Kedua2 pihak yang bertelagah ada hujah masing2 kenapa pertahankan kumpulan masing2 dan rakyat serta penyokong2 mereka yang membaca, menilai dan menganalisis hujah kedua2 belah pihak hanya mampu mengeleng2 kepala sebab sampai tak boleh nak bezakan kumpulan mana yang berkata benar dan kumpulan mana yang tidak.

Tapi. Dari apa yang aku tahu. Saluran dana kepada parti itu memang jadi isu. Benda neh ramai dah yang bercakap kot. Mereka pertikaikan kenapa MB dari PKR tak membantu pergerakkan PKR sehingga menyebabkan orang jauh ahti.

Manakala hal2 rumit seperti perjanjian air, pengurusan sampah dan sebagainya. Andai aku ada kuasa dan kemampuan, nak aje aku siasat dakwaan siapa yang benar dan dakwaan siapa yang tipu.

Siyes rungsing kot.

Semua bergaduh macam hapa. Alih2 kebajikan rakyat semua terabai. Eh.. dah berapa ratus hari PR mentadbir Selangor? Apa manifesto yang dah berjaya dilaksanakan?

KAH KAH KAH

Apa pun. Tak guna juga kalau hanya PAS Selangor mempertahankan Khalid. Undi usul tak percaya dah cukup dengan campurtangan PKR dan DAP. Apa lue nak cakap?

Kbai.

Portal Antarabangsa Lapor Anak Sultan Selangor Murtad.

Dah lari dah portal tersebut. 

Aduh. Sana sini kecoh anak sultan Selangor aka raja muda Selangor diberitakan murtad. Ramai kot yang SHARE perkara tersebut. Siap maki2 bagai lagi. Yang sebenarnya. Kalau POLIS nak amek tindakan sila amek tindakan pada laman tersebut. Yang sebar tue sebenarnya terkena aje. Lebih2 lagi berita dalam english. Mana la dorang nak fikir panjang samada ia propa ke apa ke.

Haha.

Petikan dari laman web tersebut.


Account twitter macam baru buat aje.

 
Tak pasal2 ramai yang terkena. Disebabkan itu juga BERNAMA pada hari ini telah melaporkan sultan Selangor dan raja muda Selangor baru aje menghadiri satu majlis doa dan bacaan yassin sempena hari pahlawan.

Huhu..

Baca ;
Kenyataan yang dikeluarkan oleh portal World News Daily Report bahawa Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah telah keluar daripada Islam dan menukar agamanya kepada agama Katolik telah menggemparkan seluruh penganut agama Islam di negara ini.
Dalam laporannya pada 24 Julai lalu, portal berita itu menyatakan bahawa “Satu-satunya anak lelaki dan waris Sultan Sharafuddin Idris Shah, Tengku Amir Shah, telah mengejutkan masyarakat Islam dunia dengan berita yang disifatkan majalah People’s  sebagai  ‘kisah benar Romeo dan Juliet zaman ini’.”
“Raja Muda Selangor itu meletakkan semua jawatan serta peluang menaiki takhta untuk mengikut kata hatinya dan mengahwini model yang juga bintang terkenal Sepanyol, Cristina Gomez, 16. Nama Cristina mula dikenali apabila stesen televisyen merakamkan gambarnya ketika menonton perlawanan bola sepak.”
Namun demkian setelah diteliti dan diperiksa, nama Cristina Gomez itu tidak tergolong dalam senarai nama model terkenal.
Dalam masa yang sama, portal berita tersebut juga telah melaporkan maklumat yang salah berkenaan Tengku Amir kerana pada tahun ini, usia Tengku Amir adalah 23 tahun dan bukannya berusia 21 tahun.
Laporan palsu itu mendakwa “upacara pembaptisan bekas umat Islam itu yang diadakan minggu ini di Santa Maria Cathedral, di Braga, Portugal mengundang kritikan hebat umat Islam sedunia ke atas bekas waris takhta Selangor itu.”
Ia juga berkata: “Pasangan kekasih itu akan dikahwinkan bulan ini di San Marco Cathedral di Venice dan lokasi berbulan madu mereka masih belum diketahui.”
Walaubagaimanapun, lewat tengah hari ini, didapati portal tersebut tidak lagi dapat diakses. -TMI-

Kerana Save Gaza - Pelumba Negara Bakal Dikenakan Tindakan Disiplin Oleh Komanwel !!!!

Maaf.

Ini bukan isu politik. Apa punya bangang alasan yang dorang bagi tah. Ini isu kemanusiaan. Kenapa pula bila masyarakat menyeru hentikan keganasan ke atas GAZA ia dikatakan mempolitikkan isu? Komanwel neh dah kenapa? Tahu la proksi israel. Tapi jangan la tunjuk sangat.

Apa2 pun sentiasa salute pada pelumba basikal negara, Azizulhasni. Dia sentiasa lain dari yang lain. Tahun sudah bergaduh sebab mempertahankan tindakan Azizulhasni yang berusaha mempertahankan aurat. Ramai orang tak faham. Kita nampak point pakaian tue ketat dan sebagainya. Tapi yang kita nak tekankan kat sini ialah SEKURANG2NYA DIA MENCARI PELUANG dan KAEDAH untuk cuba memperbaiki keadaan dia. Tapi yang neh ramai yang tak faham. Asyik nampak buruk dia tapi tak nampak usaha dia. POYO la itu semua. Orang yang cuba berusaha ke arah kebaikan adalah lebih baik dari orang tak berusaha apa2 tapi sibuk nak kondem usaha orang. Benda tue.

Dan tahun ini dia buat 'hal lagi'. Pakai sarung tangan SAVE GAZA untuk tunjukkan solidariti terhadap apa yang berlaku di GAZA. Salute Azizulhasni Awang. Samada ko dibenarkan untuk terus bertanding ataupun digugurkan kelayakkan ataupun dikenakan tindakan tatatertib, kami bersama mu.

You have my fully support and respect!!!!

Gambar dia yang berjaya dirakamkan menerusi kaca tv ;

 
Baca jap laporan oleh TMI kat bawah neh ;

Pelumba basikal Malaysia Azizulhasni Awang (gambar)  bakal berdepan tindakan disiplin oleh jawatankuasa Sukan Komanwel apabila memakai sarung tangan "Selamatkan Gaza" di velodrom Glasgow semalam.

Semalam ketika menyertai perlumbaan sprint lelaki, Azizul memakai sarung tangan tertera perkataan "save" pada sebelah tangannya manakala pada sebelah lagi "Gaza".

Ia dirakamkan oleh kamera selepas perlumbaan yang membawanya ke pusingan suku akhir.

Bagaimanapun Persekutuan Sukan Komanwel yang tidak mahu sukan itu dimasukkan unsur politik memberitahu The Associated Press, mereka akan menghubungi ketua delegasi Malaysia untuk membincangkan kejadian itu dan mengambil tindakan, lapor CTVNews, laman web dari Kanada.
Tindakan itu mungkin memberikan amaran kepada Azizul atau dia boleh dihalang daripada menyertai perlumbaan seterusnya.

Pihak berkuasa Palestine berkata, lebih 750 rakyat negara itu yang kebanyakannya orang awam terbunuh sejak diserang Israel 8 Julai lalu.

Pada laman Twitter dan Facebook, Azizulhasni, yang mempunyai hampir 40,000 pengikut Twitter dan lebih 200,000 likes pada Facebooknya, mencatatkan gambar pengakuan beliau bagi rakyat Palestin.

"Alhmdulillah saya memenangi pusingan 1, 1/4 esok terhadap Kiwi tetapi pasukan pecut layak pertama petang ini. Plz berdoa," katanya melalui twitter yang telah ditweet semula 1,100 kali ketika berita ini disiarkan, dengan ramai antara mereka berdoa agar beliau berjaya dalam perlumbaannya hari ini.

Bantahan Azizulhasni ini datang ketika jumlah kematian di Gaza meningkat kepada 800 di mana sebahagian besar rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib rakyat Palestin, malah  kedua-dua belah jurang politik mengutuk serangan terbaru terhadap orang awam.

Semalam 15 terbunuh apabila sebuah sekolah antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) yang menjadi tempat pelarian mencari perlindungan ditembak Israel.

Susulan itu menyebabkan kemarahan Setiausaha Agung PBB Ban Ki-moon yang mengarahkan serangan dihentikan serta merta.

Azizulhasni, 28, anak kelahiran Terengganu dan bapa kepada dua anak itu merupakan pembawa bendera kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik 2008 di Beijing, dan memenangi pingat emas di Kejohanan Berbasikal Asia pada April 2008.

Pada Februari 2011, kemalangan semasa perlawanan akhir Piala Dunia acara keirin di Manchester menghalang beliau meneruskan pertandingan. – 25 Julai, 2014.

Pengacara Jordan Bakar Dan Ludah Bendera Israel Secara Live Di Program TV.

Ketika rancangan sedang berlangsung tau. Haha.

Dasat kau. Pengacara tv kita berani buat tak? Tak payah sembang hal berat la. Hal ringan yang seperti berkata2 benar tentang pembangkang pun salah. Kritik kerajaan pun salah kalau depan tv sampai kena surat amaran dan disingkirkan dari program. Itu tak masuk lagi kalau dalam forum, orang buat panggilan kritik kerajaan terus diputuskan talian dan buat2 tak dengar. Ini kan pula nak ludah dan kutuk israel di tv? Tak payah nak berangan kot kita semua.

KAH KAH KAH

Aksi pengacara dari Jordan ;



Video rakaman tersebut ;



Post by Rosmah Mansur, sila minta maaf pada umat islam.

Kalau video gagal load, klik sini.
 
Mesti geng2 pro israel yang dalam ahti ada taman rasa sakit ahti kan. 

KAH KAH KAH 

Kbai.

Gambar2 Penyokong Bola Pro Palestine Serang Pemain Israel.

Tak pasal2 kena tendang. Kerana mereka pemain bola sepak yang berasal dari israel maka mereka kena serang.

Perlawanan persahabatan antara kelab Maccabi Haifa dari israel dan Lilie dari Perancis terpaksa dihentikan terus apabila sekumpulan penyokong2 bola kelab Lilie dari Perancis yang PRO PALESTINE telah memasuki kawasan padang, menuju terus kepada pemain2 bola sepak dari kelab israel dan bergaduh kat atas padang.

Perlawanan tidak dapat diteruskan apabila semakin ramai yang menyertai 'perlawanan' tersebut dan berlawan dengan kumpulan penyokong pro Palestine.

Haha.

Dunia membenci lue israel.

Setakat ini yang maut sahaja sudah menghampiri 900 orang dan kejadian pagi tadi pula, israel bom sekolah awam. Ada otak ke takde otak orang macam israel neh? Jawapan dia takde otak. Kalau ko kata ko nak pertahankan diri ko dari serangan HAMAS, maka apa perlu ko serang sekolah pula? Apa perlu ko bunuh orang awam Palestine guna penembak tepat? Itu semua citer2 fitnah? Sukarelawan2 itu merakamkan kejadian fitnah? Sukarelawan2 itu pun bukan dari Palestine pun. Sudah2 la nak buat citer bohong wahai israel, USA dan penyokong2 israel di Malaysia. Memang ramai gak yang sokong israel kat Malaysia neh. Bagi hujah macam lahanat. Satu aje cara nak ajar dorang. Kita ramai2 pergi RAMPAS rumah mangkok2 ayun yang sokong israel dan kita tengok reaksi LEMBUT apa yang si gampang2 itu akan zahirkan bagi membalas tindakan2 kita.

MUAHAHAHA..  

BODOH.

Nah, tengok gambar2 dorang berlawan.






Khamis, 24 Julai 2014

Pekerja Di Pecat Tapi Polisi Jahat Itu Siapa Yang Buat? Hospital Swasta Tolong Jawab.


Ewah ewah ewahhhhhhh

Sedapnya nak perbodohkan orang. Geng2 kapitalis neh ingat kita neh miskin kita neh layak diperbodohkan ke? Staff hospital takan berkeras tuntut jaminan kalau itu bukan sebahagian dari polisi hospital swasta. Yang buat polisi tue sapa?

Apa ceritanya weh?

Bagi yang blur2 boleh baca first episode kat sini.

Dan baca episode pertama berikut kat bawah ialah tindakan susulan yang diambil ke atas kakitangan tersebut.

Sibu: Seorang operator wanita kaunter pertanyaan di sebuah hospital swasta di Jalan Pedada, di sini, yang didakwa bersikap biadap terhadap seorang lelaki ketika meminta bantuan merawat tiga beranak yang cedera dalam kemalangan Isnin lalu, sudah dipecat.

Wanita berusia lingkungan 20-an itu dipecat berikutan kisah memalukan itu tersebar luas dan menjadi 'viral' dalam Facebook, menyebabkan ramai mengutuk dan mencaci kisah hospital berkenaan.

Jurucakap hospital swasta ketika dihubungi sebentar tadi berkata, operator wanita terbabit dipecat kerana tindakan dilakukan amat memalukan.

"Tindakan ini adalah terbaik untuk mengelak kejadian sama berulang. Kami amat kesal dengan perkara seperti ini," katanya.

Kejadian berlaku pada jam 5 petang itu menyebabkan tiga sekeluarga parah selepas dirempuh pacuan empat roda jenis Land Cruiser sebelum pemandunya melarikan diri, meninggalkan mangsa bergelimpangan atas jalan raya.

Ketiga-tiga mangsa berusia tiga tahun, 17 tahun dan 61 tahun dilaporkan tidak sedarkan diri akibat parah sebelum seorang lelaki menghubungi hopsital berkenaan meminta menghantar ambulans ke tempat kejadian.

Bagaimanapun, apabila operator bertugas menyambut panggilan ketika itu, dia menjawab,: "Jika ambulans pergi ambil, siapa yang nak (mahu) bayar bil nanti?.

Melihat keadaan itu orang ramai tidak puas hati terus ke kauntar pertanyaan hospital swasta terbabit untuk meminta bantuan agar menyelamatkan tiga mangsa langgar lari itu.

Namun jawapannya tetap sama dan enggan menghulurkan bantuan kerana mahu mendapat jaminan seseorang untuk mahu membayar segala kos itu. -HM-

Korang percaya ke yang staff biasa ada kuasa nak minta jaminan apa semua kalau ia bukan sebahagian dari amalan aka polisi perniagaan dorang?

Korang percaya ke pada hospital tersebut?

Kalau korang percaya memang sah2 korang bodoh. Yang buat polisi tue mereka, alih2 mereka pecat kakitangan mereka pula.

Dasar kapitalis penindas. Dah buat salah taknak mengaku. Balik2 pekerja gak kena tanggung akibat dan persepsi buruk.

Apa ke lannnnnnn***...

Tapi kannnn betul ke kena pecat? Kee wayang je beb?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Kbai.

Iklan2 Raya PWTC Yang Buat Aku Rasa Meluat. (Dengan Gambar).













Saja meluat. Tak boleh ke? Kebebasan menzahirkan pandangan. Sebenarnya aku tak rasa apa2 dari gambar pertama dan gambar keenam. Lantak korang la kan.

Tapi bila aku tertengok gambar ketujuh.

Ahhhhhhhh gila babiknya aku rasa. Meluat la !!!!

Sedap la kau selamat hari raya bagai lepas DBKL hancurkan rumah penduduk di KG Chubadak dan sedap la kau berhari raya bagai lepas kerusi untuk gelandangan tidur pun ko letak pemisah besi. 

Mana la aku tak meluat dengan ko. Meluat tengok iklan hari raya ko dan gambar2 seterusnya buat aku bertambah2 meluat meluat meluat da meluatttt..

Tue je nak bagitau.

AKU MELUAT.

Kbai.

Kerana Duit Khalid Perlu Dijatuhkan? Anwar Dan Rafizi Perlu Jawab Tuduhan Ini.

Kemelut kerusi MB membuatkan ;

Yang dulu kawan2 semua jadi lawan.
Yang dulu sepihak lawan BN kini berpuak2 lawan sesama sendiri.
Yang dulu label sapa sokong BN dia macai sekarang label sesama sendiri macai. Sapa sokong Khalid, macai Khalid. Sapa sokong Azmin, macai Azmin. Sapa sokong Anwar, macai Anwar.

FARKKKKKK!!!

SEMUA KAWAN2 AKU BERGADUH SESAMA SENDIRI KOT.

SEDIH AKU TENGOK!!!

Itu baru peringkat kawan2. Belum lagi peringkat level partisan dan pemimpin2. Elokla semua bergaduh dan bergaduh. BUBARKAN AJE LA PAKATAN RAKYAT. BEST LA KAU BARISAN NASIONAL. PAKATAN RAKYAT NAK MELINGKUP DAH NEH. TEPUK TANGAN SIKIT.

Hehe.

Berikut adalah apa yang tersebar di laman sosial. 

Tengok.. tengok..


Sumber dari RPK. 60 juta untuk PKR jika nilai perjanjian pengambilalihan dinaikkan. Apa sudah jadi neh PKR? Betul ke apa yang disebarkan oleh RPK? Untuk rekod, Anas cuma sebarkan apa yang RPK sebarkan.

Ini apa yang dilaporkan oleh RPK. Rujuk sini ==> http://www.malaysia-today.net/selangors-watergate-about-to-explode/

Adakah yang dimaksudkan Khalid tidak mahu tolerate adalah berkenaan duit rakyat Selangor?

Gila la kalau betul. Duit punya pasal kawan jadi lawan..

Tengokla sampai geng2 sendiri pun troll ketua pembangkang yang dulunya kita bayangkan sebagai PM masa hadapan..


Bikin serabut saja.. semua dah pening kot. Yang jadi mangsa rakyat dan penyokong.

Haiyaaa
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...