Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Julai 2014

Polis Buru Individu Tukang Sebar Berita Raja Muda Selangor Murtad.


Laman web yang dimaksudkan kononnya ada kaitan dengan yahudi zionis. Ye ke? WorldNewsDaily.com berpengkalan di Israel. Yang tersebar sekarang neh la. Entah betul entah tidak aku tatau la. AKu tak berkesempatan untuk buat pengesahan lagi. Tapi macam pelik pun ada juga. Tetiba je ada kaitan dengan ISRAEL. Korang biar betul woi. Dah confirm sahih ka? Ka sebaran karut marut lagi?

HAHAHAHAHAHA..

Dan sekarang SKMM dan POLIS dah masuk campur untuk menyiasat individu yang sebarkan artikel berkenaan di laman facebook.

AMEK KAW.

Walaupun bukan pembuat fitnah tapi POLIS akan siasat atas dakwaan MENYEBARKAN BERITA FITNAH.

Tue dia..

Kita kena ambil iktibar dari kes neh. Pengajaran. Lainkali jangan nak pandai2 sebarkan berita sebarangan. Kalau tujuan nak sebarkan untuk cari kebenaran takpe juga. Dengan tujuan tanya. Kalau tujuan nak sebarkan dengan main percaya aje baik ahti2 sikit. Bukan semua laporan berita itu adalah benar.. tak belajar2 lagi ke?

Huhu..

Kenyataan oleh POLIS ;
Sementara itu Polis menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial kononnya Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah, keluar agama Islam dan memeluk Kristian Katolik.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata pihak Istana Selangor ada menghubunginya semalam, dan memaklumkan berita yang tersebar itu adalah palsu.

“Kita sudah menerima satu laporan berhubung kes ini di Selangor dan kita bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengesan individu tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu ini.

“Perkara tidak betul ini bukan saja merunsingkan Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah) dan kerabat diraja, malah merunsingkan masyarakat yang akan tertanya-tanya perkara ini,” katanya.

Beliau bercakap pada sidang media majlis pemakaian pangkat dan pelancaran Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) serta Jabatan Integriti Dan Pematuhan Standard (JIPS) di sini, semalam.

Tak pasal2 aje kan?

Hanya sebarkan berita pun kena siasat. 

Nasib le..

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...