Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 21 Julai 2014

Nga Kor Ming Kena Hentam Kaw2 Lagi Sebab Hipokrit Nak Mampos!

Terus kepada tajuk utama. Nak cepat sebab nak siap2 untuk berbuka pula. Episode pertama kat sini.

Tadi. Dia buat hal lagi.

Sekali lagi update mengenai #MH17 dan mempertahankan tindakan dia. AKu syak la. Sebab dia tulis dalam bahasa mandarin seolah2 nak mengurangkan risiko kena balon seperti sebelumnya.

Lihat ;



Untuk rekod, dalam posting fb dia memang 90% bahasa mandarin. Aku tak kisah dia nak tulis dalam bahasa apa pun tapi apa salahnya dia kemaskini dalam 2,3 jenis bahasa. Macam la page2 pro DAP yang lain tak update dalam bahasa mandarin. Dorang update je dalam bahasa mandarin tapi ada version english dan page yang rajin sikit siap tulis 3 bahasa, english, bahasa melayu dan mandarin supaya reach out kepada pembaca2 yang disasarkan.

Nga Kor Ming neh racist bukan pada pandangan aku tapi berdasarkan kepada cerita2 yang aku dengar pasal dia. Tanya la geng2 DAP Perak. Nga Kor Ming dan Ngeh Koo Ham. Apa yang dorang buat kat Perak. Itu sebab dalam PRU yang lepas aku cakap jangan undi kedua2 mangkok ayun tue. Aku siap kempen lagi. Tapi macam biasa la. Aku seringkali kena maki dengan geng2 PR yang taknak terima hakikat. Aku dah bagi clue sikit2 pun taknak faham. Kena fikir juga kedudukan aku dan kena fikir juga risiko yang aku bakal tanggung kalau jadi apa2. Itupun tak boleh nak tolerate. Haiya.

Sambung citer asal. 

Setelah aku translate aku dapati dia bercerita mengenai insiden #MH17 lagi. Cuma aku tak boleh nak berikan translation yang tepat disebabkan aku guna google translate. Itupun beria2 jek aku baca macam faham padahal haram faham pun. Dan dalam posting di atas, bukan orang bersetuju dengan dia pun. Kena lauk lagi walaupun yang laukkan dia tak ramai almaklumla gunakan bahasa mandarin. Orang cina pun belum tentu faham. Dan komen2 yang reply dia pun tak sokong apa yang dia cuba sampaikan. Ada yang minta dia berhenti mengusutkan keadaan dan berikan solusi untuk selesaikan masalah.

Siap kena lauk dengan komen bergambar lagi.


Isu neh aku pernah bawa tp geng2 PR tak layan sebab DAP malaikat.




Dia tak jadi MP dengan undi kaum cina kan. Ramai bangsa undi dia tapi apsal dia hanya berkomunikasi dengan bahasa mandarin dan yang lebih babik tue dia langsung tak layan orang yang tanya. Aku ada 2 kali tanya dia kat twitter sebab tak faham posting dia dalam bahasa mandarin. Korang tahu apa? MANGKOK AYUN neh tak REPLY langsung. Dia ingat dia MP dia bagus sangat? Poyo la kau.

Start tue aku malas nak tanya dia.

Aku memang menyampah dengan MP2 yang menyombong tak ingat neh. Meluat. Setiap kali aku nampak MP2 DAP yang racist dan gemar buat posting satu bahasa aku rasa makin kuat keinginan aku untuk menyeru agar mandarin dimasukkan dalam sekolah kebangsaan. Jangan salah faham. Orang racist neh hanya bahasa racist aje mampu ajar dia. Bila orang2 melayu semua faham bahasa mandarin dia nak memperbodohkan kita tak boleh. Tambah2 lagi melayu reti bahasa melayu, english, arab, jawi dan mandarin. Lagi banyak bahasa yang kita tahu lagi bijak kita dibuatnya kerana bahasa kan ilmu. Macam mana dia nak memperbodohkan orang bijak kalau dia mengata kita pun kita boleh detect dan akhirnya mampos la keracist-an dia kat situ.

Aku dah cakap banyak kali. Walaupun MCA itu diperlihatkan racist apa bagai tapi bahasa2 melayu dorang lagi power dari MP2 DAP. Dalam DAP ada beberapa kerat je yang boleh bercakap dalam bahasa kebangsaan yang lain hancur. Korang tak percaya cakap aku sila la dengar sendiri bagaimana pemimpin2 dari MCA dan GERAKAN bercakap berbanding pemimpin2 DAP. Kadang2 aku rasa nak lempang mulut dorang sekor2 sambil bercakap dah berapa tahun ko hidup kat Malaysia? Ko tahu tak bangla, indon dan nepal tue lagi pandai bahasa melayu dari kau? Malu la sikit oi.

Orang2 melayu yang masuk DAP jadi alat propaganda DAP untuk memperlihatkan mereka tak racist. Ini aku dah faham lama dan sesiapa pun yang masuk DAP pasti sedar akan kemungkinan ini dan aku suka nak bercakap pasal FAKTA. HAKIKAT. KEBENARAN. KENYATAAN. Aku puji tindakan dorang masuk DAP jika ia dapat mengurangkan sikap racist di kalangan cina2 dalam DAP. Memang ada yang racist tapi tak semua bersikap racist. Cuma sentimen perkauman itu ada dan tak guna kot kita nak nafikan bagai. Lebih cepat kita terima hakikat maka lebih senang kita cari jalan untuk mengatasinya. Itu pendirian aku. 

Apa2 pun untuk status Nga Kor Ming. Walaupun PRU lambat lagi tolongla jangan undi dia lagi. Jangan undi dia dan jangan undi Ngeh Koo Ham. Jangan undi dua orang ini sampai bila2 dan di mana2 kawasan yang dorang bertanding pun.

Kbai.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...