Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 13 Ogos 2011

Larangan Bacaan AlQuran Melalui Pembesar Suara : Memang Sial LGE dan Balacinya - Jamil khir dan mufti perlis sokong PP.

Okey. Tajuk kontroversi sket. Sebab bukan tajuk aku. Neh tajuk blogger umno yang mengaku blogger melayu dan memang agak kemelayuan lah cara dia menulis. Public rasa nya dah tahu beza antara melayu dan islam. Dan macam biasa blogger totok melayu macam neh memang sering tak dapat cari beza antara melayu dan islam. Baca bawah ;

Memberitahu pemberita kemudiannya mengenai larangan bacaan Al-Quran menggunakan pembesar suara semasa subuh oleh kerajaan negeri Pulau Pinang, beliau berkata pihaknya menghormati keputusan yang dibuat oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam negeri itu.

"Kami menghormati keputusan itu kerana ia adalah hasil mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri pada 7 April lepas dan surat pekeliling mengenai larangan sudah dikeluarkan pada 3 Ogos lalu," katanya. - Jamil khir

Dan baca bawah neh pula ;

Mufti Perlis Dr Juanda Jaya berkata amalan bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh di masjid dan surau dengan kuat adalah bertentangan dengan sunah Nabi Muhammad SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur.

dr juanda jaya perlis mufti candidate 081106“Amalan pasang mikrofon kuat waktu sebelum subuh adalah bertentangan dengan sunah Nabi SAW kerana ia mengganggu orang yang sedang tidur. Perbuatan mengganggu ini adalah haram dan berdosa,” katanya dalam satu pesanan SMS kepadaMalaysiakini.

Sehubungan itu, Dr Juanda berkata pihaknya menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktu subuh.

“Kami sokong kenyataan itu dan Perlis dah lama kuat-kuasakan larangan itu di masjid dan surau, walaupun kadang-kadang ada (pihak) yang larang," katanya.
So blogger melayu bila hang nak maki juanda dan jamil khir? Ka depa pun balaci lge juga?

kah kah kah

Bagi aku isu neh mudah ;

1. Bacaan Alquran haruslah sekurangnya didengari dan sampai ke pengetahuan umat islam di kawasan sekitar nya bagi mengejutkan mereka bangun dari tidur supaya dorang bersolat subuh. Lebih kurang lagi 15minit nak masuk subuh. Ayat2 suci Alquran dapat menyucikan ahti kita sebenarnya kalau selalu didengar berulang2 kali.

2. Kalau kat kawasan yang mana majoriti islam dan bukan islam sama banyak, mungkin ada pendekatan yang lebih sesuai.

3. Bacaan Alquran tidak perlu kuat, cukuplah sekadar mendayu2 + pilu agar kita yang mendengarnya akan terasa insaf dan sedar.

Simple je. Lagi satu ada yang bertanya kenapa di zaman gerakan memerintah larangan neh tidak dipedulikan dan dikuatkuasakan? Tatau. Boleh wujud macam2 alasan. Nak kena tunggu dorang jawab baru boleh tahu kenapa.

Namun larangan neh tiada kena mengena dengan dap. Dap sebenarnya cukup2 malas nak membuat apa2 perkara yang ada kaitan dengan islam sekaligus menyebabkan kontroversi. Isu jais-gereja, dap amek sikap diam dan tunggu. Mereka tak cakap banyak sebab cuba jaga ahti umat islam. Larangan neh dikuatkuasakan oleh majlis fatwa negeri di bawah panduan majlis fatwa kebangsaan dan apa yang paling penting dipersetujui oleh jamil khir. Heh. 

Namun, andai dihapuskan terus amalan neh memang aku bantah. Sebab apa? Mudah. Alquran itu penawar segala penyakit. Jika dilarang kita mendengar penawar lalu bagaimana kita boleh ubati penyakit kita? Untung2 boleh kejut subuh lagi. So tak salah kalau bacaan neh diteruskan tetapi dengan syarat tidak menjadi pertikaian dan menyusahkan pihak lain. Renungkan lah ia.

Sumber kata2 khir disini
Sumber mufti perlis disini

Ameno  : tunggu blogger umno + melayu maki menteri mereka..

Hot : Bukti kerajaan defend penyelewengan Tajuddin Ramli [MAS]?

Lihat surat di bawah neh ;


Nampak apa yang aku nampak? Lupakan isi kandungan surat tersebut. Bagi aku isi kandungan surat tersebut adalah perkara yang biasa dalam mana2 kes sivil yang sedang berlangsung. Memohon untuk gugurkan kes ialah salah satu cara mereka berunding beb. Ini situasi normal.

Tapi yang tak normalnya kat sini ialah kepala surat tersebut. Ia mencatatkan ;

Menteri di jabatan perdana menteri?

Ini siapa? Nazri aziz kah? Dia sapa? Apasal dia menyampuk + menyibuk dalam kes neh? Kenapa pula tak boleh nak biarkan kes neh berjalan di mahkamah? Well.. lebih tepat ;

KENAPA KERAJAAN MENYIBUK SANGAT NAK TUTUP KES NEH DARIPADA DIBICARAKAN DI DALAM MAHKAMAH? RAKYAT BERHAK TAHU KERANA RAKYAT MACAM KITA TELAH BAILOUT MAS BERKALI2, MALAHAN KAMI DI PAKSA MEMBAILOUT MAS ATAS ALASAN MAS IALAH SYARIKAT PENERBANGANG MILIK KERAJAAN, DAN RAKYAT WAJIB MENYAYANGI MAS BAIK SECARA RELA ATAUPUN PAKSA.

So? Disebabkan kami "sayang" sangat neh lah, rakyat macam kami wajib tahu siapa yang menyebabkan MAS rugi? hilang pelaburan? hilang modal? hilang itu ini.. yang kerajaan sibuk sangat pongpang2 nak tutup kes neh buat apa? Biar je lah kes neh dibicarakan dalam mahkamah. Kenapa nak defend tajuddin ramli neh? Mahathir ka punca nya? 

Kes2 macam neh lah yang menyebabkan kerajaan bn semakin di benci. Orang yang terlibat dalam skandal rasuah + menyeleweng + curi wang rakyat + menyusahkan rakyat dibela non stop. Orang susah macam kami neh dibiarkan mampos. Selagi tak mampos, akan bn cari jalan untuk kita mampos. Itulah dia bn.

Nota : blogger umno kata surat neh palsu pasal alamat dan tiada tandatangan. So aku harap kita leh sama2 siasat isu neh hingga ke akar umbi. 

Ameno : Apa lah jawapan nazri aziz nanti yer..?

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kuiz islam di gereja dan pencerahan isu jais serbu gereja.

Surat di atas ialah surat contoh. Surat contoh neh tak pasti samada ia seperti duit contoh. Duit contoh = gambar macam duit sebenar. Adakah kuiz contoh = sama macam kuiz sebenar? Kenapa tak scan je kuiz sebenar? Kenapa perlu re-make balik surat2 seperti ini? Hanya mereka yang tahu. Dan macam biasa, benda neh belum tentu sahih.

Nak percaya, percaya. Tak percaya pun takpe. Ini lantak ko. Bagi aku kuiz islam yang dibuat dan ditanya oleh pihak gereja [MUDC] neh membuktikan mereka cuak dengan islam. Kalau tak napa nak buat kuiz islam? Muahahaha..

Sekarang neh mari kita kaji kes neh dari sudut yang lebih mendalam ;

1. Jais datang berunding dengan penganjur islam pada 3 ogos = bukan serbuan.

2. Jais hanya berpeluang sportcheck selepas majlis tamat = bukan ketika majlis diadakan.

3. Sophea orang yang bertanggungjawab membuatkan jais tunggu selama lebih dari sejam. = adakah kerana nak memberikan masa kepada 3 orang islam yang lain lari? Kalau 3 orang islam neh tak lari maka jumlah umat islam yang berada di gereja pada hari itu sepatutnya 15 orang.

4. Daripada 12 individu islam yang di arahkan jais untuk hadir ke sesi kaunseling, sorang pun tak hadir. Kenapa? Mereka diwakili pula oleh peguam. Sapa bayar peguam neh dan apa tujuan peguam neh? Jais bagi order untuk hadir sesi kaunseling ialah prosuder biasa aje beb. Kenapa nak rumitkan suasana dengan panggil peguam untuk bela ko segala bagai?

5. Peguam juga menjelaskan bahawa daripada 12 nama yang dia bela, hanya 10 daripada orang islam. So? Itu apa? 2 lagi? Bukan islam?Apakah jais bangang2 keluarkan notis kepada orang bukan islam untuk hadir ke sesi kaunseling ataupun dalam ic mereka tercatit mereka tercatit perkataan islam? Sebab tue jais keluar notice utk hadir ke sesi kaunseling? Baca sini

6. 2 individu neh sapa? Di harapkan boleh tampil bagi penjelasan.

7. Gereja berfahaman lain juga memberikan feedback bahawa terdapat gerakan gereja bebas yang sedang berusaha memurtadkan orang islam dan orang2 yang berfahaman buddha + hindu serta bersikap memaksa.Baca sini lanjut.

8. Ini bermaksud gereja yang memurtadkan orang islam [jika ya] tidak mendapat sokongan gereja arus perdana yang lain dan paling penting tidak mewakili umat kristian keseluruhan nya.

9. Lihat senarai nama di bawah neh ;


1) nadeane binti che mohd salleh (sofea)  - 79xxxx-01-6094 <-- penganjur

2) muhammad khairul dhillon bin abdullah - 69xxxx-08-6039

3) ina reima fitriza binti mahadzir - 85xxxx-71-5018

4) ade andrian putra bin mahadzir - 94xxxx-02-5609 <-- budak

5) nea reima mareana binti mahadzir - 90xxxx-02-5778 <-- budak

6) rasyidah binti abd razak - 77xxxx-01-5908

7)nur umrah binti abd razak - 95xxxx-01-6002 <-- budak

8) mohd haslan bin bob hasnan - 80xxxx-10-5045

9) faridah binti abdul rahman - 71xxxx-12-5478

10) nur al ashikin bt shaikh dawood - 72xxxx-10-5072

11) faridah bt abdul latep - 72xxxx-71-5256

12) sahrunida bt assad - 81xxxx-08-6246


10. Sekarang andai sahih mereka2 di atas neh mendapat bantuan gereja kita minta pusat zakat sekarang buat kerja ko. Pasal apa, kalau ko diam2 je of course kristian gak yang akan dapat nama buruk tak pasal2. Dan akhirnya orang kristian tentu rasa sedih + marah pada umat islam sekaligus keluarkan statement terasa. Dan bila itu berlaku akhirnya kristian bergaduh dengan umat islam, umat islam berkelahi dengan umat kristian. Dan apabila itu terjadi, masing2 akan kembali sokong parti2 yang membawa agenda satu kaum satu agama macam bn. 

11. 2 individu yang dipercayai murtad itu pula harus melalui sesi tarbiah tanpa mengenepikan latar belakang dan sebab2 kenapa mereka murtad. Punca kepada murtad harus di kaji. Bukan meletakkan hukuman melulu.

12. Penganjur dipercayai murtad apabila ditanya tentang agama kepercayaan, dia tidak mahu menjawab islam sekadar memberikan jawapan "i believe god" sedangkan dalam ic nya jelas tercatat orang yang berfahaman islam.

Namun selain daripada neh, tiada lagi bukti2 sahih bahawa penganjur = murtad. Siasatan lanjut diperlukan sebelum boleh buat apa2 conclusion. Dalam masa yang sama, cuba elak pongpang2 menyalahkan gereja2 sebab apa daripada pembacaan aku di TMI, didapati berbeza gereja berbeza fahaman dan cara dorang berdakyah. Gereja2 aliran bebas neh je yang dipercayai langgar protokol. Manakala gereja2 berdaftar berdakyah ikut aturan yang ditetapkan.

Ameno : Isu jais memang digunakan oleh umno utk mengaitkan ambiga = ifc = murtad = bersih = pr. Tapi cara mana kita handle isu neh lebih penting. Sapa yang buka ruang utk dorang kaitkan segala bagai kalau bukan disebabkan ada orang yang belum apa2 dah menyalahkan jais dalam isu neh? Fikir dalam2. Lainkali dengar penjelasan kedua2 belah pihak then baru buat ulasan whor.

Khamis, 11 Ogos 2011

Gambar penganjur majlis berbuka puasa di gereja didedahkan - Kronologi serbuan JAIS


Ini ialah gambar seorang wanita. Wanita neh lah yang dikatakan menganjurkan majlis berbuka puasa di gereja pada 2 minggu lepas. Berikut di bawah neh ialah butiran diri nya ;

Nadeane @ Sophia BT Mohd Salleh dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 

Bloggers umno yang mendedahkan identiti dia neh mengatakan bahawa individu di atas dipercayai telah murtad. Maksudnya belum sahih samada dia dah murtad or tidak. Tapi tidak menolak dakwaan bahawa dia dah murtad. Dan korang baca bawah neh ;

Mungkin ramai dari kalangan kita masih belum faham hujung pangkal isu serbuan JAIS ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (GMDU) yang hangat diperkatakan sekarang kerana gerakan mengkristiankan orang Islam. Eloklah Tukang Screw perjelaskan secara kronologi agar senang difahami.

  • Pada 3 Ogos 2011 antara jam 9.45 pm hingga 12pm, sepasukan pegawai dan anggota penguatkuasa JAIS bersama 10 anggota polis dari IPD Petaling Jaya telah melakukan pemeriksaan terhadap satu program iaitu "Thanks Giving Dinner" di Hall 3, GMDU Dream Centre, N0.2 Jalan 13/1 Seksyen 13, Petaling Jaya.

  • Pemeriksaan ke atas premis tersebut dibuat berikutan laporan menyatakan disyaki terdapat usaha memurtadkan orang Islam di premis tersebut di mana program tersebut dianjurkan oleh NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH dengan No. Kad Pengenalan 790317-01-6094 (dipercayai telahpun murtad).

  • Pemeriksaan juga dibuat berdasarkan peruntukan Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor tahun 1995 iaitu 'Menghina atau Mempersendakan Ibadat Agama Islam di Kalangan Penganut Agama Islam Sendiri". Siasatan juga akan dibuat mengikut peruntukan Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan Di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor Tahun 1988 yang berkuat kuasa ke atas orang bukan Islam dan orang Islam.

  • Program tersebut dihadiri lebih kurang 80-100 orang yang rata-ratanya berbangsa Cina termasuk 12 orang Melayu/Islam (seperti di dalam kad pengenalan) di mana ianya disyaki diadakan bagi meraikan MURTADNYA sebahagian orang Islam yang hadir itu ke agama Kristian sambil MENGHINA DAN MEMPERSENDAKAN ajaran Islam kononnya sebagai Majlis Berbuka Puasa dengan melibatkan orang Islam/Melayu sendiri.

  • Pintu masuk ke Hall 3 dihiasi dengan bunga manggar dan rata-rata hadirin memakai baju Melayu dan baju kurung/kebaya. Semasa pemeriksaan dibuat, seorang lelaki sedang berucap dalam bahasa Inggeris (testimoni) tentang dirinya yang pernah dibesarkan sebagai orang Islam.

  • SOPHIA (penganjur program) mempertikaikan pemeriksaan tersebut kerana ianya adalah tempat persendirian sambil berdolak dalik menafikan kehadiran orang Melayu/Islam dalam program tersebut (SOPHIA@NADEANE terlupa yang dia juga Melayu/Islam).

  • Di dalam tentatif program tercatat nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR di mana SOPHIA berhujah mereka berhak menggunakan kalimah tersebut kerana tidak dilarang Kerajaan.

  • Turut terdapat di dalam program tersebut ialah soalan kuiz perkara-perkara asas tentang Islam untuk menilai sejauhmana kefahaman mereka terhadap Islam yang dibuang di dalam tong sampah di dalam dewan tersebut. Antara soalan kuiz ialah 'Apakah maksud perkataan Islam?', 'Apakah maksud perkataan Quran?'.

  • Beberapa orang disyaki Melayu/islam cuba keluar melalui pintu belakang premis berkenaan.

  • Pemeriksaan terhadap individu di dalam dewan dibuat selepas rundingan kira-kira sejam dengan pihak penganjur yang menggunakan "delay tactic" untuk menyembunyi/menghapus bahan bukti.

  • Hasil pemeriksaan mendapati seramai 12 individu beragama Islam berada di dalam dewan tersebut iaitu 3 lelaki dan 9 perempuan yang rata-ratanya tinggal di sekitar Ampang, Puchong, Petaling Jaya dan Seputeh termasuk dari Alor Setar dan Muar. Terdapat juga dari kalangan mereka yang turut membawa anak-anak kecil.
Apa yang ingin Tukang Screw pertikaikan dalam kejadian ini ialah beberapa perkara yang menimbulkan seribu satu persoalan dan tanda tanya, iaitu:-

  1. Mengapa penganjur menyatakan majlis tersebut adalah majlis berbuka puasa tetapi penganjur pada awalnya menafikan kehadiran orang Islam dalam majlis tersebut dan dalam aturcara program jelas mencatatkan bahawa majlis itu ialah "Thanks Giving Dinner" yang jelas berunsurkan Kristian?

  2. Mengapa hanya orang Islam yang dijemput khas telah hadir ke majlis tersebut dan ianya dibuat secara tertutup di gereja yang turut dihadiri bukan Islam?

  3. Mengapa bunga manggar diletakkan dipintu masuk dewan?

  4. Mengapa jemputan yang hadir memakai baju Melayu, kurung dan kebaya?

  5. Mengapa terdapat 3 orang Islam cuba melarikan melalui pintu belakang?

  6. Mengapa wujud nyanyian lagu ALHAMDULILLAH dan ALLAH AKBAR dalam aturcara program?

  7. Mengapa soalan kuiz tentang Islam diberi kepada hadirin?

  8. Mengapa dan bagaimana kertas soalan kuis tentang Islam dijumpai dikoyak dan dibuang ke dalam tong sampah di dalam dewan?

  9. Mengapa majlis tersebut diadakan di gereja yang jelas ada unsur-unsur penarikan?

  10. Mengapa penganjur beriya-iya cuba menipu penguatkuasa JAIS dan polis tentang program dan kehadiran orang Melayu/Islam?

  11. Mengapa NADEANE@SOPHIA BT MOHD SALLEH enggan mengaku beragama Islam sedangkan kad pengenalannya tertera beliau Islam?
Nampaknya hanya NADEANE@SOPHIA yang mampu menjawab persoalan Tukang Screw ini. InsyaAllah Tukang Screw akan dedahkan beberapa maklumat menarik perhatian tentang isu ini dalam waktu terdekat termasuk petikan rakaman program tersebut yang diambil oleh salah seorang hadirin majlis tersebut yang merupakan sahabat Tukang Screw. Nauzubillah, awasilah keluarga dan saudara-mara kita dari terjebak dalam usaha memurtadkan orang-orang Islam. janganlah lokek membantu saudara mara kita yang susah. Wallahualam.

Aku tiada jaminan bahawa apa yang korang baca di atas neh sahih ataupun tidak. Aku sendiri cuma nak fahami kronologi kejadian neh. Dan aku juga tidak mahu terlepas dari sebarang maklumat2 berkaitan dalam isu neh. Walaupun aku menyokong tindakan jais, aku juga tidak mahu menyalahkan gereja dalam isu neh. Aku dah jelaskan dalam dua artikel sini dan sini. Sekian.

Sumber : sini

Ameno : Nak dengar  rakaman..

Konspirasi jais, masjid dan gereja di malaysia.


Baca di atas. Pembaca aku tahu bahawa dalam isu jais menangkap orang islam di dalam gereja aku cenderung memihak kepada tindakan jais. Lihat bawah neh. Bawah neh ialah pandangan pembaca yang bernama andak. Dia minta aku siarkan siarkan pandangan dia berhubungan isu neh ;

aku nak bagi pendapat peribadi sikit pasal ISU MURTAD dan GEREJA ni....secara ringkasnya aku nak simpulkan:

1. UMNO/BN buat isu ni sebab nak alih tumpuan rakyat pasal ISU BERSIH dan penyelewengan SPR/JPN yg kita bongkar!

2. Mengikut pakar2 gerak saraf mrka, isu MURTAD apa dekat pada orang melayu(tak kira PAS,UMNO, PKR) mrka cukup2 sensetif terhadap isu ini!

3. Satu grand design (perancangan peringkat tertinggi) telah di buat bagi menjayakan misi ini(Guna JAIS, Polis) #JAIS ni ramai yg jadi balaci UMNO....(kena ingat tu!) di samping ingin memecah belahkan PAS dan PKR melalui Dr Hassan Ali(yg di kenal pasti sudah tidak mendapat sokongan dari PAS Selangor)

4. Ingat lagi tak kes bakar gereja dulu? Siapa master mind dlm isu tersebut? 

Semua ini di rancang dengan teliti...ISU MURTAD bukan ISU BARU, Isu kristian bagi bantuan pd org Islam pun bukan perkara baru tapi semua dlm pengetahuan pihak keselamatan(Polis,MKN dsb). Mereka semua tahu pergerakan pihak2 mubaligh kristian...aku yakin mereka tahu sbb mrka ada segenap tenaga utk mendapatkan maklumat ttg gerakan kristian ni. TETAPI kenapa mereka tak bertindak selama ni? Kenapa bertindak hanya di Selangor melalui JAIS? Kenapa tidak di Sabah, Serawak yg lagi kuat gerakan utk kristiankan org Islam....

Akhir sekali...MARI KITA BONGKAR KOSPIRASI TERANCANG ni! harap ko kupas dalam blog ko! Salam Ramadan. ~andak

Dan sila baca bawah neh pula ;

Senarai gereja yang mana orang Islam diberi makan percuma:

(1) Gereja Bukit Nenas-Setiap Tengahari dan Weekdays

(2) Setiap Ahad berdekatan Gereja Bukit Nenas - Foods Not Bomb


(3) Setiap Pagi- Tingkat 2 Bus Stand Klang, Petaling Street


(4) Setiap Pagi Hari Rabu- Gereja St Mary berdekatan Dataran Merdeka


(5) Setiap Petang Ahad- Grace Community di Wisma Bunus berdekatan Jalan TAR


(6) Setiap Hari - Gereja Kedai Bangsar Utama berdekatan Pejabat Malaysiakini


(7) Setiap Malam Khamis di Pusat Gereja Bukit Bintang


Pusat Kesihatan

Pusat Kesihatan Terbesar Kristien berasa di Rawang.. Majoriti Pesakitnya Melayu Islam 

Sumber : tranung online.

Ini hujah aku.

1. Salah ke kita umat islam masuk gereja? Tak salah ikut pandangan aku. Aku tak pernah tahu kalau ada hukum dalam islam yang melarang aku mengunjungi rumah ibadat orang lain tak kira lah gereja, kuil, tokong dan etc.

2. Salah ke umat islam terima bantuan daripada gereja? Aku berpandangan tak salah. Tak salah andai pusat zakat dah mampos. Andai baitulmal dah mampos. Andai jkm dah mampos. Andai kesemua badan yang bertanggungjawab menjaga kebajikan umat islam dan rakyat malaysia secara am nya neh dah mampos, maka apa masalahnya pun kalau gereja nak bantu orang yang memerlukan? Tapi selagi mereka masih hidup sila mainkan peranan mereka. 

Bukan kah itu tujuan nya kita bayar zakat harta + emas + fitrah tiap2 tahun? Andai wang kita tidak digunakan untuk tujuan yang sepatutnya maka buat apa collect wang dari kita? Kenapa perlu lepas tangan dan biarkan gereja membantu sedangkan pusat yang sepatutnya membantu mereka masih lagi wujud di malaysia neh? Walaupun tak salah gereja membantu umat islam, tetapi itu tidak bermakna pusat zakat dan lain2 badan yang berkaitan patut diberikan pelepasan daripada dipertanggungjawabkan di atas kelalaian mereka. Disebabkan mereka lalai lah, maka umat islam yang miskin2 neh kena mengharap pada bantuan gereja yang dilihat lebih prihatin dan mesra rakyat miskin regardless agama dan kaum.

3. Tapi orang kata gereja ada niat disebaliknya. Iaitu memurtadkan umat islam. Ini salah. Sila lihat gambar yang aku letakkan di atas. Jika ini niat gereja maka ini salah. Tak kira lah samada dia bagi makan or tak bagi makan, tapi kalau dia mahu [ada niat/dengan sengaja] memurtadkan umat islam tanpa mengira umat islam itu lemah akidah + pegangan dan etc. Ini salah. Dan ini memang termaktub sebahagian daripada tugas jais itu sendiri. Kita kena hormat suka tak suka.

4. Tapi macam mana pula dengan umat islam yang memang mahu mengenali kristian secara rela? Maksud aku macam neh ;

- Dia tidak dipengaruhi sapa2. Sebaliknya dia sendiri yang mendekati agama kristian + gereja. Last2 dia convert. Bukan nya paderi singgah dari satu orang islam kepada satu orang yang islam untuk berdakyah bagi tukar agama. Kalau ini situasi nya macam mana? Siapa yang harus dipersalahkan?

- Paderi nampak orang susah. Paderi bantu. Kebetulan orang itu orang islam. Dan orang islam yang dibantu pula tertarik dengan kelembutan dan keprihatinan sikap paderi2 yang ikhlas membantu. Last2 umat islam yang dibantu itu convert ke kristian. Jadi bagaimana? Siapa yang harus dipersalahkan kalau begini situasi nya?

Ringkasnya begini ;

- Paderi + gereja + lain2 agama tiada masalah memberikan bantuan kepada umat islam. Dan umat islam tidak sepatutnya rasa kekok menerima bantuan mereka. Maksudnya kedua2 pihak sepatutnya tidak ada masalah di antara satu sama lain. Sorang hulur kuih, sorang terima kuih, apa masalahnya disitu? Janji kuih tersebut halal di makan oleh umat islam sudah.

- Paderi + gereja + lain2 agama hanya boleh memberikan bantuan ikhlas tanpa mempengaruhi, memujuk, memaksa, mendorong dan mendakyahkan agama lain kepada penganut islam.

Sekarang neh gereja harus dibuktikan bersalah dalam kes memurtadkan umat islam terlebih dahulu sebelum menyalahkan mereka dalam isu neh. Manakala jais yang mengheret keluar 12 individu islam dalam kes neh amatlah berpatutan sebab apa? Sebab mereka mendorong kepada salah faham umat islam yang lain.

Jika tidak kenapa mereka tidak mahu hadir untuk memberikan keterangan dan memberikan kerjasama penuh kepada siasatan jais? Kita tak kata mereka murtad. Tapi 12 individu neh kalau dorang menyorok, persepsi rakyat akan mengatakan memang mereka murtad dan gereja akhirnya akan dipersalahkan tanpa sebab.

Untuk rekod, sempena bulan ramadhan neh, masjid tiap2 hari bagi makan berbuka puasa percuma. Tapi sayangnya pengunaan masjid masih tidak menyeluruh. Aku sendiri berharap suatu masa nanti agar penggunaan masjid dapat diperluaskan lagi. Masjid rumah Allah swt. Masjid ialah bukan rumah ibadat semata2. Siapa kata Allah swt larang kita buat apa2 perkara di dalam masjid melainkan membuat kemungkaran dan membinasakan masjid? 

Takan main sepak takraw dalam kawasan masjid salah kot? Takan duduk bersembang2 dan membicara hal2 semasa salah kot? Takan baring2 sementara tunggu waktu solat di masjid salah kot. <-- ada notis larangan berbaring di kawasan masjid. Pernah aku baca. What's this? Baring pun ko tegah? Gila dowh. Jangan buat umat islam malas datang masjid lah weh wahai ahli2 ajk masjid. Jangan buat peraturan ridicilous. Aku tahu korang nak jaga kesucian rumah Allah swt tapi apa point kalau jemaah tarak?

Buat peraturan biar selari dengan firman Allah swt. Bukan dengan kemahuan diri sendiri yang malas mengebeng akibat malas nak mengemas segala bagai. Dah dibayar untuk jaga masjid, maka buatlah cara di bayar. Jangan disebabkan ko dibayar maka ko ada hak nak buat peraturan2 bangang dalam masjid. Sok2 kita semua kena masuk gereja untuk bersolat gamaknya. Mungkin kah paderi lebih prihatin? Siapa tahu kan. Heh.
Ameno : Konspirasilah sangat..  muahahah..

Rabu, 10 Ogos 2011

Harga tong gas rm230? Wak lue lah !

Gila apa? Takan harga tong gas semahal neh? Setahu aku rm75 je beb. Paling mahal pun takde lah sampai  seratus. Korang baca bawah jap ;


Nampak tak? Kalau aku dok sarawak memang mampos lah jawabnya. Kalau harga tong gas dah cecah rm230 setong, macam mana pula harga refill? Maksud aku setiap kali kita nak beli gas memasak bila tong gas dah habis gas kita kan akan buat macam trade in. Tong lama dia amek, tong baru dapat kat kita. So harga refill gas memasak tue berapa pula? Mahal gak ke?

Gila betul kos sara hidup kat sarawak. Mahal. Lebih mahal dari kl. Tapi kalau tengok dari sudut ekonomi, sarawak antara negeri yang miskin. Miskin pasal taib lah. Sapa lagi. Tak sangka sarawakian masih memilih taib dan mengundi bn pada prn yang lepas. 

Dorang memang suka hidup susah kot. Kepada pengundi bn je lah. Walaupun kita semua tahu bahawa sarawak mampu menjana hasil yang banyak dan mencukupi untuk rakyat mereka. Malahan kl dan jb sepatutnya dah lama kalah whorrr.. apa yang berlaku? Lue fikirlah sendiri.

Sumber penuh baca sini

Ameno : Macam neh punya mahal hidup di sarawak... patutlahh..

[Video must watch] Umno cakap NO kepada Alquran episode II !

Wow....

Akhirnya aku dah dapat satu kepastian. Kepastian nya ialah surat ini pernah dibawa ke dalam parlimen. Lihat posting neh terlebih dahulu beb. Baru korang akan dapat gambaran jelas. Then baru layan video di bawah neh ;


Nampaknya surat itu memang realiti + wujud. Kalau dah gitu memang betul lah umno kampar tolak Alquran ye? Hish... tak sangka aku begitu teruknya mentaliti puak2 umno neh. Aku boleh faham kalau dap, mca dan mic tolak hujah Alquran. Siyes aku cakap. Tapi aku sikit pun tak boleh nak faham dan terima kenapa umno mesti tolak hujah dan dalil Alquran padahal dorang kan islam?

Tak heran aku napa umno tolak rang undang2 murtad dan hudud daripada PAS sebelum2 neh. Instead of mengkaji kelemahan yang terdapat dalam rang2 tersebut, or sediakan rang2 dan draf yang lebih baik daripada PAS, mereka lebih senang tolak sebarang usul berkaitan pemulihan akidah dan moral umat islam dan memberikan alasan2 biol bagi mempertahankan pendapat mereka.

Jangan salah faham. Aku tak kata pas maksum dan sempurna. Kalau ada kekurangan dalam draf dan rang undang2  yang pas buat tue, kenapa tidak umno berusaha memperelokkan-nya dah umno sendiri yang complain benda tue ada lompang sini sana? Hah... apsal? Lue fikirlah sendiri.

Nak seribu daya, taknak seribu dalih. Umno banyak bagi dalih dari daya. Neh membuktikan stout mungkin dah berakar umbi dalam kepala hotak masing2 lew tew..

kah kah kah


Sumber video : rakan facebook. Thanks!

Ameno : Minumlah stout untuk kebaikan umno... muahahahhaah..

Tutorial : Cara nak hide no telefon korang yang terdedah di facebook

Dari semalam aku tengok ada je orang posting pasal cara2 nak sorokkan no telefon masing2 di facebook. Pada awalnya aku pun tak faham napa nak sibuk2 benda neh? Kan ke memang sepatutnya ramai facebookers tahu cara nak set privacy setting memasing. Then tadi aku terai recheck aku nya privacy. Everything is absolutely fine. Cantek. 

Then aku pergi kat edit friend. Rupanya kat edit friend ada satu ruangan baru iaitu contact. Aku memang taktahu bila masa wujud ruangan contact neh. Then aku click, aku dapati bahawa semua no telefon rakan2 dalam friendlist aku ter appear kat sini. Lihat bawah ;



Makk aii banyak gile no telefon yang terdedah. Setengah dari mereka mungkin tahu. Setengah dari mereka mungkin tatau. Tapi aku rasa baik korang hide kan ia samada korang tahu ke taktahu. Tak berapa sesuai facebook menyimpan banyak data2 korang dan mempamerkan ia secara terbuka pula tue. Ini seolah2 korang memberikan ruang kepada orang lain untuk mencerobohi privacy korang.

Cara2 nak hide mudah je. Aku ajar cara bertulis.

1. Pergi kat account

2. Cari privacy preferences

3. Cari customize settings

4. Di bahagian bawah, ada terpapar no telefon korang, setkan hanya sebagai only me. Ini lebih baik. Manalah tahu kot2 bergaduh dalam fb ka.. habis macam2 kena dedah whor... bahaya.

Senang. Baik buat. Kot ye pun korang celebrity tak perlulah nak dedahkan benda2 alah seme neh. Macam2 boleh diketahui walaupun melalui no hp je beb. Sekian

Ameno : Hampir 2k kekawan yang tak hide benda neh..yang aku check random lah.. tak termasuk yang bagi no hp palsu.

Guiness stout baik untuk kesihatan - iklan umno dulu2?

Ya ataupun tidak iklan neh wujud dalam buku KGMMB = Kesatuan guru-guru melayu malaysia barat?

Sedikit info pasal iklan arak neh ;

1. Iklan yang korang bakal saksikan di bawah neh ditemui dalam booklet KGMMB tahunan terbitan 1968.

2. Booklet neh pula menjadi sebahagian dari arkib sejarah di dalam university Ohio.

3. Dan selepas muka surat iklan neh, ucapan arwah tun razak pula menyusul.

4. Buku neh sepatutnya mencerminkan bahawa guru2 melayu = guru2 islam. Sila betulkan andai aku salah.

5. Lalu apa sebab iklan benda neh ada di sini?

6. Adakah guiness stout bukan arak pada zaman dulu?

Tolong berikan jawapan balas yang clear. Aku sangat2 mahu tahu kenapa dan mengapa buku tahunan guru2 melayu ada iklan arak macam neh. Siyes rasa tak puas ahti. Jangan2 yang buat iklan tue pun orang melayu gak.. well adakah dia islam? Allah swt lebih tahu. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak? Sejarah mencatitkan bahawa arak = umno = geng. Kalau salah betulkan aku. Tapi macam aku cakap kat atas tadi. Aku siyes tak puas ahti kewujudan iklan macam neh dalam buku tahunan guru2 melayu. Bagi aku tak relevant langsung melayu yang sepatutnya islam mempromosikan arak dengan terbuka. Siap cakap baik untuk kita lagi.. baik apa nya? Waklue lah.

Lihat bawah ;



Tolong jelaskan minda aku. Aku bukan membuat tuduhan melulu. Tapi still iklan arak? Guru melayu? Mana yang masuk tue? Lue fikir sendiri. 



Ameno : Ya, baik untuk melalaikan umat islam.

Selasa, 9 Ogos 2011

Pakcik rashid pun ada dua ic gak ka?

Pakcik neh bernama rashid. Dia neh sapa aku seriyus tak kenal. Sekarang neh baru nak kenal-kenalan dengan dia. By the way ada satu benda yang fishy kat pakcik rashid neh. Kes dia sama macam pakcik sulong bezanya pakcik sulong dah collect kedua2 mycard yang dia ada. Rashid neh pula hanya baru collect satu. Satu lagi tak collect lagi. Lihat bawah ;


Nampak apa yang aku nampak? Ya betul. Image menunjukkan kad belum di collect. Lihat gambar di bawah neh pula ;



Ini pula kad yang telah di collect. Menjadi satu tanda tanya bagi aku macam mana pakcik rashid neh yang mempunyai no ic lama yang sama [ataupun passport] + nama yang sama boleh ada dua no mycard yang berbeza + alamat mengundi yang berbeza?

? <-- tanda tanya. Maksudnya sekarang aku tertanya2. So spr tolong bagi jawapan. Kalau ko buka mulut dan sebut je kerani.. automatik aku tidur. So tolong bagi alasan lain. Yang lebih konkrit. Aku rasa satu malaysia pun nak tahu gak neh. Sekian.

kah kah kah

Source : TPU

Ameno : SPR pun dah penat dengan pendedahan2 neh gamaknya..

Hebat : Kampung baru pun boleh mengundi!


Ini hebat. Betul2 hebat. Nak tahu kenapa? Lihat atas neh ;

1. Dalam JPN no ic neh dimiliki oleh seorang perempuan.

2. Dalam SPR no ic neh dimiliki oleh satu kampung.

Kah kah kah

Gila betul. Satu kampung boleh mengundi neh bhai. Satu kampung nak undi sapa? BN ka PR ka? Lue fikirlah sendiri. Yang penting SPR akan jawab bahawa ini kesilapan perkeranian. Taktahu kerani mana yang tak boleh bezakan nama kampung dengan nama orang.

kah kah kah

Ameno  : Sakit perut aku tengok ketidakcerdikkan mereka neh.. banyak sangat ketawa beb.

Video lucu yang bakal membuatkan anda pecah perut..

Geng.. aku ada dua video nak share. Siyes aku cakap neh. Lepas korang tonton video neh korang akan terpeliot urat saraf perut. Paling teruk perut korang pecah punya. Kaw2 pecah. So lepas neh kalau terbatal puasa korang jangan salahkan aku pulak.

kah kah kah

Tengoklah dua video terlawak di abad neh di bawah ;



kah kah kah

Macam neh rupanya dorang nya propaganda nak menyerang PR..bukan sahaja PR tak tergugat.. malahan akan dapat lebih banyak sokongan sebab dorang neh lawakkkk sangat.. 

kah kah kah

Ameno : Sakit perut tengok mentaliti dorang.

Okey, minyak dunia turun, so what?

Aku dapat info dari member blogger semut dan papan kekunci bahawa minyak dunia turun. Sila lihat bawah petikan yang dia screenshot ;

Nampak apa yang aku nampak? Turun nya agak banyak. Tapi itu di luar negara punya market. Ikut kepala hotak aku , cara aku faham bn sekarang macam neh ;

1. Minyak dunia naik = masalah global = minyak malaysia wajib naik.

2. Minyak dunia turun = ekonomi teruk = malaysia kena stabilkan harga minyak

Pasal apa? Bila minyak dunia turun, minyak malaysia yang di eksport ke luar negara pun terjejas. Itu alasan dorang lah kan. So nak taknak korang kena terima je lah. Naik pun kita kena ngap. Turun pun kita kena ngap. Duduk tengah2 neh memang bahaya sket. Bila lah kita nak duduk tepi2 neh hah?

kah kah kah

Ameno : Duit rakyat duit bn, duit bn duit bn jee lah..

Isnin, 8 Ogos 2011

Pakcik sulong kenapa pakcik ada dua no ic?

Korang kenal tak pakcik sulong neh sapa? Aku pun tak kenal sapa. Aku baru kenal dia dua hari lepas. Dia neh ada dua no ic. Itu yang pelik sket. Takan kesilapan perkeranian lagi kot? Korang tengok bawah terlebih dahulu ;



Pada awalnya aku fikir alah rileks lah der. Orang nama serupa banyak whoorr di malaysia neh. Ce ko jangan cuak sangat. Then aku pun ronda2 kat SPR. Cuba korang tengok bawah neh pula ;


Arh sudah. Bukan nama je serupa. Rumah pun serupa bhai. Tempat mengundi pun serupa bhai. No ic lama / pasport / id pendatang == > [6290844] pun serupa gak bhai. Biar betul. Pakcik sulong ko kembar ka? Kalau kembar takan guna id pasport [kemungkinan, actually aku taktahu itu id apa] yang serupa?

kah kah kah

rileks pakcik sulong. Aku tanya je neh. Takde nak syak or kata bukan2. So pakcik sulong jangan segan2 menjawab. Kesilapan perkeranian dah terkeluar dari senarai jawapan pilihan yang pakcik ada. So jangan sesekali pakcik pakai reason itu lagi. Sekian. 


Info : TPU.

Ameno : Pakcik bongsu takdak ka?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...