Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 10 Julai 2020

Pembunuh Kevin Morais Dihukum Gantung, Najib Sindir Lim Kit Siang Penipu Bersiri.

Najib Razak | Ini isu "Sarawak Report dan Kit Siang kata Najib bunuh pendakwa raya Kevin Morais sebab kes 1MDB lalu sumbatkan mayat dia dalam tong simen lalu pen drive (yang tidak pernah dikeluarkan mereka) adalah bukti kukuh".


Nama Najib ramai yang kenal.

Nama mendiang Kevin Morais yang dibunuh dengan cara begitu kejam juga ramai yang kenal.

Tetapi siapa kenal pakar patologi Kolonel Dr R Kunaseegaran?

Kunaseegaran didapati bersalah menerima rasuah oleh mahkamah pada bulan Oktober tahun lalu.

Hari ini pula, dia juga dijatuhkan hukum mati bersama 5 rakan dia selepas didapati bersalah membunuh Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mayatnya ditemukan di dalam dram berisi konkrit, lima tahun lepas.

"10 Jul 2020: 6 orang dihukum mati kerana bunuh Kevin Morais"

https://www.malaysiakini.com/news/533809

Kunaseegaran pernah menjawat sebagai Pakar Patologi Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan dan mahkamah mendapati dia telah menerima rasuah dari syarikat-syaikat pembekal ubat.

"Meskipun hukuman penjara bagi kesalahan rasuah itu sudah tamat, Kunaseegaran, 56, masih ditahan reman berikutan dia juga tertuduh dalam kes pembunuhan Timbalan Pendakwa Raya Datuk Anthony Kevin Morais."

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/10/510691/kunaseegaran-dipenjara-18-bulan-denda-rm300000

Mendiang Kevin merupakan Timbalan Pendakwa Raya yang mula mendakwa Kunaseegaran.

Walaupun Kunaseegaran telah didapati bersalah dalam kes rasuah tahun lepas, dia masih didakwa dalam mahkamah atas tuduhan membayar dan mengarahkan pembunuhan Kevin untuk menghentikan kes rasuah dia.

Perbicaraan kes pembunuhan ini sudah sampai ke peringkat akhir tetapi keputusan hakim tergendala kerana PKP.

https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/04/21/submissions-on-kevin-morais-murder-case-to-be-fixed-on-may-14/1858783

Sepanjang perbicaraan kes itu, nama saya pernah disebut sekali oleh tertuduh ke-7 yang sedang didakwa kerana membunuh. 

Tetapi selepas ditanya dalam mahkamah, dia tidak dapat memberi apa-apa bukti ataupun penjelasan lanjut.

Sebab itu, nama saya tidak disebut atau dikaitkan lagi sehingga akhir perbicaraan.

Kevin Morais tidak pernah terlibat dalam siasatan atau kes SRC/1MDB.

SPRM masa BN sudah berkali-kali menafikan Kevin Morais terlibat dalam kes SRC atau 1MDB.

Diberikan bukti bahawa dia sudahpun tidak lagi bekerja di SPRM sejak Mac 2014 - iaitu lebih setahun SEBELUM siastan SRC dan 1MDB bermula.

31 MARCH 2016: Tan Sri Abu Kassim Mohamed 
https://www.sprm.gov.my/en/arkib-kenyataan-media/1569-statement-on-kevin-morais

Selepas PH menang, SPRM di bawah kerajaan PH juga tegaskan mendiang langsung tidak terlibat dengan kes SRC atau 1MDB.

22 MEI 2018: Datuk Seri Mohd Shukri Abdull 
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2018/05/22/dpp-kevin-morais-death-nothing-to-do-with-1mdb-probe-macc-says/1633576

Di dalam perbicaraan mahkamah tahun lepas, SPRM juga tegaskan sekali lagi mendiang tak terlibat.

27 OGOS 2019: Rosli Hussain 
https://www.theedgemarkets.com/article/kevin-morais-not-involved-src-probe-court-told

Oleh kerana Kevin dibunuh dengan cara yang amat zalim pada tahun 2015 semasa isu 1MDB dijadikan modal oleh PH, maka Sarawak Report mengambil kesempatan untuk menulis beberapa artikel untuk kata Kevin Morais terlibat dalam siasatan 1MDB dan tuduh saya sebagai pembunuh Kevin.

Ini diikuti oleh abang Kevin, Charles Morais yang sudah lama menginap di USA tiba-tiba muncul di Malaysia untuk membuat akuan bersumpah untuk bekap penulisan Sarawak Report.

Dia kata dia ada bukti e-mail dengan Kevin serta pendrive yang mengandungi bukti-bukti 1MDB yang kononnya dikirim kepada dia oleh Kevin.

Kononnya pendrive itu ada di USA dan tidak selamat dibawa balik ke Malaysia (walaupun masa itu sudah ada Google Drive dan sebagainya yang boleh muat kandungan pendrive dan senang dimuat turun oleh sesiapa pun tanpa mengira lokasi)

Selepas dia membuat Akuan bersumpah, dia disuruh untuk membuat laporan polis dan memberi kenyataan kepada pihak polis.

Tetapi dia melarikan diri pula walaupun disuruh polis memberi kenyataan.

https://www.thestar.com.my/news/nation/2015/11/28/igp-charles-morais-a-coward-for-fleeing-country/

Charles Morais tidak pernah bertapak kaki di Malaysia sejak dia larikan diri pada tahun 2015 sehingga hari ini walaupun BN sudah kalah PRU14 dan geng Kit Siang sudah memerintah.

Bukti-bukti pendrive pun tak pernah timbul sehingga hari ini walaupun masa 5 tahun sudah berlalu.

Tuduhan bahawa Kevin terlibat dalam kes SRC/1MDB dan saya adalah pembunuh pula disambungkan sejak itu oleh Kit Siang serta geng-geng penulis media sosial PH.

Sehingga awal tahun ini sebelum PH tumbang, Kit Siang masih memainkan persepsi ini walaupun saya dah tekan dia untuk mengeluarkan pendrive itu selama 2 tahun.

"14 Feb 2020: Kit Siang: Parliament should honour life of slain lawyer Kevin Morais who fought graft"
https://www.malaymail.com/news/malaysia/2020/02/14/kit-siang-parliament-should-honour-life-of-slain-lawyer-kevin-morais-who-fo/1837455

Ya, Kit Siang tetap memainkan persepi itu sepanjang 5 tahun sehingga awal tahun ini walaupun perbicaraan mahkamah rasuah dan pembunuhan Kevin sudah berlansung sepanjang 2 tahun semasa rejim gagalkrasi PH dan pelbagai saksi dan kenyataan agensi siasatan telah membuktikan Kevin tak terlibat dalam 1MDB/SRC dan saya tak terlibat dalam pembunuhan Kevin.

Ya, Clare Brown dan Kit Siang bukan orang jujur atau orang baik.

Oleh kerana orang seperti mereka serta jentera propaganda PH dalam dan luar negara maka saya pula yang dapat nama telah membunuh Kevin Morais dan membenam mayat dia dalam simen.

Kalau nak mereka minta maaf? 

Susah. Kerana mereka adalah penipu bersiri.

Akibatnya, saya yang tersalah dapat nama sebagai pembunuh Kevin dan sayalah yang simen mayat dia dalam tong.

Nama Dr R Kunaseegaran bersama 5 rakan dia pula yang tak dikenali umum walaupun sudah dijatuhkan hukuman rasuah dan hukuman mati. - 10 Julai 2020.

Khamis, 9 Julai 2020

Bubarkan PPBM, Sertai UMNO Kata UMNO Perak.

Perak Insight | UMNO Perak mencadangkan agar Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dibubarkan dan keseluruhan ahlinya menyertai semula UMNO.


Pengerusinya, Datuk Saarani Mohamad berkata, penyertaan semula bekas ahli ke dalam UMNO bukan sesuatu yang baharu memandang ia pernah berlaku selepas Parti Semangat 46 dibubarkan pada tahun 1996.

Menurutnya, ketika itu pemimpin Parti Semangat 46 seperti Tengku Razaleigh Hamzah dan Tan Sri Rais Yatim menyertai UMNO sebagai ahli biasa sebelum menang sebagai ketua bahagian.

“Jika orang Bersatu berjiwa besar, dia pun ada masalah, parti mereka kecil jadi bubar Bersatu, semua ahli Bersatu marilah masuk UMNO. Tapi tak boleh pegang jawatan lagilah, kena tunggulah.

“Tahun depan ada pemilihan UMNO bertandinglah. Kalau menang, menanglah,” katanya, lapor Sinar Harian.

Beliau berkata, cadangan sesetengah pihak supaya UMNO dan Bersatu bergabung juga sukar untuk dilaksanakan.

Katanya, sebagai parti yang besar dengan keahlian melebihi tiga juta di seluruh negara, UMNO tidak akan bergabung dengan Bersatu dan cadangan itu pasti tidak dipersetujui majoriti ahli.

Dalam pada itu, Saarani menjelaskan cadangan tersebut disuarakan oleh pelbagai pihak sebelum ini bertujuan memastikan UMNO, Pas dan Bersatu tidak bertembung pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Exco Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Perak itu berkata, pertembungan tiga parti itu akan memberikan kelebihan kepada pihak lawan.
Beliau berkata, selain penggabungan UMNO dan Bersatu terdapat cadangan supaya semua parti dibubarkan dan hanya diwujud sebuah parti Melayu sahaja.
Bagaimanapun menurutnya, perkara itu mustahil untuk dilaksanakan kerana perlu dibawa ke mesyuarat agung untuk diputuskan.

Rabu, 8 Julai 2020

Azhar Mat Dali Disiasat SPRM, Ini Kenyataan Amanah.

KENYATAAN MEDIA | 8 JULAI 2020

Saudara Mohd Azhar bin Che Mat Dali, Setiausaha Politik Presiden AMANAH telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan atas tuduhan rasuah pada petang semalam.


Susulan dari itu SPRM telah melakukan operasi penggeledahan di ibu pejabat parti di Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur pada awal pagi ini.

Tindakan geledah itu telah dilakukan tanpa dikemukakan terlebih dahulu dokumen waran geledah kepada pegawai keselamatan Wisma Amanah Negara. Apabila ditanya, mereka menjawab waran itu akan diserahkan kepada Saudara Azhar yang telah dibawa bersama.

Seterusnya SPRM telah membuat permohonan reman terhadap Saudara Azhar di Mahkamah Majistret Putrajaya. Mahkamah telah memberikan kebenaran reman selama 6 hari.

AMANAH menuntut agar SPRM bersikap profesional dalam menjalankan tugas siasatan dengan mengikut lunas-lunas perundangan dan prosedur dengan teratur.

AMANAH yakin Saudara Azhar mampu memberikan kerjasama sepenuhnya terhadap siasatan SPRM dan oleh itu tiada keperluan SPRM memohon penahanan reman. Hanya sekiranya beliau tidak hadir bila dipanggil dan tidak memberi kerjasama dengan SPRM mungkin ada alasan untuk dia direman.

AMANAH memandang serius tindakan SPRM yang bersifat keterlaluan (excessive). AMANAH memohon supaya beliau diberikan hak untuk bertemu peguam sejajar dengan prinsip hak asasi dan perlembagaan.

Kegagalan SPRM untuk menjalankan siasatan secara adil dan telus boleh menimbulkan tanggapan bahawa tindakan SPRM bermotif politik dan boleh menjejaskan imej SPRM.

DR MOHD HATTA BIN MD RAMLI
Setiausaha Agung
Parti Amanah Negara (AMANAH)

Syed Saddiq Luah Perasaan, Tarik Balik Saman Sivil & Tidak Kisah Dibuang PPBM.

Viral | Cerita saya dalam BERSATU dan ARMADA ini panjang. Saya rasa saya akan ingat sampai bila-bila setiap satu perjuangan ARMADA sebelum dan selepas PRU14.

Waktu itu, kami tidak punya apa-apa. Jelajah dari negeri ke negeri dan singgah program rumah ke rumah.


Tidur bermalam pun dalam kereta. Percaya atau tidak, keluarga ARMADA hanya berbekalkan semangat untuk ubah negara dan harapan untuk masa hadapan yang lebih baik.

Bagi saya, ARMADA ini bukan sekadar sebuah instrumen politik, tetapi ia adalah keluarga saya.

Walaupun ada perselisihan, saya tidak pernah sesekali membawa ia keluar dari bilik mesyuarat. Semuanya untuk menjaga dan melindungi ARMADA yang kami bina bersama.

Hari ini, BERSATU telah melantik ketua ARMADA yang baru selepas saya dipecat.

Kalau tanya saya, saya merasa rendah diri. Pengalaman dan pengetahuan yang saya raih dalam ARMADA besar nilainya.

Hubungan yang kami bina dalam ARMADA juga tidak akan putus.

Apabila khidmat saya di dalam BERSATU dan ARMADA tidak diperlukan lagi, sudah tibanya masa untuk saya pergi.

Saya faham bahawa jalan yang saya ambil ini bukan senang. Jauh sekali ingin menjamin masa hadapan yang baik untuk diri. Mereka yang sama haluan juga akan terima nasib yang sama. Diugut kiri kanan, disingkirkan jawatan dan dibuang jauh-jauh.

Paling penting, kita harus faham bahawa parti politik adalah kenderaan untuk membela rakyat dan menjaga negara. Ia bukan alat untuk kepentingan individu, jalan mudah meraih kemewahan dan jaminan masa depan.

I’ll march forward.

Saya juga akan menarik semula saman sivil terhadap kes pemecatan keahlian saya dalam BERSATU.

Kalau nak ambil parti, ambillah. Kalau nak buang nombor keahlian saya, buanglah. Saya tidak akan melengah-lengahkan usaha tuan-tuan sekalian.

Saya akan sentiasa mencipta ruang untuk membina negara. Bagi saya, rakyat dan negara itu paling utama.

Banyak juga pendapat dikongsi tentang langkah terbaik untuk masa hadapan negara. Walau apa pun, jika ianya berpaksikan negara dan anak muda, saya tahu itulah langkah yang akan saya ambil dan pilih. What say you?

Syed Saddiq
Ahli 000006
Pengasas ARMADA

Berita Mujahid Wajar Disalahkan Dalam Isu Sajat Dipadam HarakahDaily.

POLITIK | Portal Harakah Daily telah memadamkan artikel yang bertajuk "Sajat : Mujahid & Kerajaan Patut PH Patut Disalahkan" dari laman web mereka.

Hal ini disedari oleh beberapa netizens ketika berkongsikan pautan artikel itu di sosial media.



"Apasal tak boleh baca," - Liyana.

"Dah hilang," - Azman.

"Dia tulis error 404," - Hafiz.


Pada awalnya (waktu pagi), artikel itu masih boleh dibaca dan diakses oleh orang awam. Bagaimanapun mungkin kerana pautan itu menjadi viral, akses ke artikel itu tidak lagi dapat dilakukan oleh orang awam memandangkan artikel itu telah dipadamkan.

Artikel itu menyentuh mengenai PH dan Mujahid yang gagal dalam menanggani isu Sajat dan kerajaan PH (ketika itu) wajar dipersalahkan.

Cerita tentang Sajat kembali menjadi sensasi kerana lelaki yang menjadi pondan itu memakai pakaian separa bogel dan menyebarkan gambarnya di Instagram sekaligus menyebabkan umat Islam berasa marah dengan tindakan Sajat.


Sebagai rekod, ini bukan kali pertama Harakah memadamkan artikel beritanya. Setakat ini editor Harakah belum mengeluarkan apa-apa kenyataan bagi menjawab persoalan netizens. - 8 Julai 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...