Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 13 Disember 2018

Pemimpin UMNO Jumpa Tun Mahathir 'Minta Nyawa..'

A. KADIR JASIN | Gambar yang ditularkan di media sosial ini tulen.

Ceritanya begini. Ia berlaku pada 22 Oktober atas pemintaan watak-watak dalam gambar ini.



Perdana Menteri yang dulu mereka maki dan caci jamu mereka makan malam.

Kalau zaman raja-raja dulu kala boleh jadi dah mati kena racun.

Mesti ada di kalangan mereka yang berharap pertemuan dengan Tun Dr Mahathir itu boleh memberikan mereka talian hayat.

Tetapi mereka silap besar. Pada 15 November Adnan Mansor dituduh di mahkamah kerana rasuah.

Jumpa PM perkara biasa. Keluar masuk parti pun perkara biasa juga. Tetapi jenayah tetap jenayah.

Wallahuaklam.

Rabu, 12 Disember 2018

Isu Tabung Haji, Jangan Semua Perkara Nak Salahkan DAP Jer Sampai Abaikan Masalah Sebenar..

Roslan Ab Hamid | LAGI KISAH TH

1. Dato' Sri Zukri Samat itu MD dan CEO TH. Sebelum ini dia MD dan CEO BIMB. Dia tahu apa yang dia buat. Integriti beliau terserlah.

2. PricewaterhouseCoopers adalah rangkaian perkhidmatan profesional multinasional yang beribu pejabat di London, United Kingdom. PwC berpangkat sebagai firma perkhidmatan profesional kedua terbesar di dunia di belakang Deloitte, dan merupakan salah satu juruaudit Big Four, bersama dengan Deloitte, EY dan KPMG.

3. Faham nota 1 dan 2 itu dulu. Pada 2016 , BNM telah menulis surat kepada TH mengingatkan hubaya hubaya bahaya besar yang bakal berlaku. Namun Chairman TH buat tidak tahu ataupun dia memang tak reti baca penyata kewangan.


4. TH ditubuhkan untuk menguruskan jemaah haji secara profesional. Dan tabung datang dari pencarum. Oleh kerana TH dipercayai patuh syariah maka ramai lah penyimpan. Balik pada asal - uruskan orang yang mahu tunai haji.

5. Timbul soalan - duit lebih banyak mahu letak mana. Berikan pada professional fund manager. Berikan orang yang ahli dalam bidang. PNB dan banyak lagi fund manager lain.

6. Pendeposit terbesar khabarnya letak RM 190 juta dalam TH. Ada 117,000 pendeposit , kira kira 1.3% mendepositkan wang sejumlah RM70 Bilion, kira kira 50% dari jumlah yang TH ada.

7. Apa yang berlaku perlantikan Chairman TH yang memang tidak kompeten. Pemilihan kroni sebab "waampu sana waampu sini". Mana mana pergi bercakap dia lah sahabat kepercayaan PM 6.

8. Siapa dalam BOD TH 2013-2018. Siapa dalam panel investment advisory TH. Kenapa TH terlibat dalam macam macam bisnes. Hilang fokus. Tidak kompetitif. Maka hancurlah.

9. Jangan lah apabila hancur nak buat kenyataan akhbar, sudah diaudit oleh EY. Bikin malu anak negeri sahaja.

10. Buat teman teman dalam UMNO . Jangan pertahankan apa yang jelas - ketidak mampuan pimpinan TH yang terdahulu mengurus dengan baik. Kita pun tahu latar belakang dia. Orang baru nak menyesal pangkah PH. Kita tunjuk dangkal dengan kaitakan semuanya dengan DAP. Huhuhu.

11. Dan jangan lah dok ulang ayat - ini semua rencana DAP. Hadoiii. Hebat sangat kah Tony Phua sampai boleh plan semua benda. Jangan perlekeh kepintaran Dato' Sri Zukri - ore Pasir Puteh, budak sekolah sains kelantan dulu tu.

SAYA BUKAN ANTI DAP

1. Ini menarik. Apakah tuan anti DAP?
Pertanyaan mahal begini saya mahu jawab.

2. Jawapannya - Tidak. Mereka sangat konsisten dan kompeten. Mereka tahu apa yang mereka mahu. Tegas dan keras keinginannya selama 53 tahun berjuang. Bodoh lah jadi orang politik , jika LKS tidak bercita cita cucunya akan jadi PM. (Sima Yi dah pernah buat)

3. Hidup sebagai penekun sejarah China. Penonton dan penggila filem Cina. Inilah kekuatan yang selalu jadikan kita kaget. Tapi saya tidak rela mereka jadi pemimpin pada tanah tumpah untaian zamrud khatulistiwa ini. Cukuplah Singapura hadir sebagai beban sejarah.

4. Kecewa dan hampa dengan pemimpin bangsa sendiri. Bangsat dan khianat atas nama ketuanan Melayu. Kemudian mahu memudah cerita, letakkan ludah pada orang lain. Tidak mahu muhasabah diri.

5. "Mewah dan beraja di mata dan bersultan di hati". Banyak perkara sudah terang lagikan bersuluh masih mahu pertahankan kebangsatan yang nyata.

6. Setiap perkara yang berlaku sekarang samada 1MDB, FELDA, Tabung Haji bukan kerja DAP. Bukan kerja DAP. Ianya kerja pemimpin Melayu yang lupa daratan dan mabuk kekuasaan.

7. Apakah Tuan akan kekal dalam UMNO? Saya hanya orang kecil. Setia sampai hujung nyawa pada perjuangan bapak dan ibu kemerdekaan.

8. Hadir tidak menambah. Pergi tidak berkurang. Namun asas perjuangan tetap kekal. Yang jahanam adalah pemimpin yang apabila berkuasa, jadi manusia kong kali kong.

9. Lebih gila, apabila jelas, segala talian hayat yang Perdana Menteri dahulu bina. Lantik manusia yang tidak layak. Lantik atas nama kroni, "waampu sana waampu sini". Dan inilah hasilnya.

10. Mereka mahu atur gerakan penerangan turun ke bawah, pertahan isu TH. Kononnya ini angkara DAP. Deyyyy. Siapa yang dapat baca lapuran kewangan akan tahu, jelas tertera angka - pengurusan yang tidak kompeten. BOD yang tidak tahu ke mana hujung jatuh impak perbuatan mereka.

Mungkin kerja terima wahyu sahaja kot.

Isu Hibah Tabung Haji & Dakwaan Campurtangan DAP, Ini Ulasan Dari Blok Pembangkang.

KHAIRUL AZRI | HIBAH TH, PERSEPSI DAN POLITICAL WILLPOWER.

Ni lah masalahnya kalau semua perkara nak dilihat atau dimainkan dari kaca mata politik persepsi.

Kalau den nak main game persepsi dalam isu TH, ni lagi ganas kita leh main, kita boleh takutkan orang ramai untuk keluarkan duit beramai-ramai mulai tahun depan dan tuduh kerajaan hari ini sebenarnya nak jual aset TH kepada kroni sekian-sekian.

 
Tapi kita tak buat begitu sebab kita tahu, ianya adalah berkaitan dengan ibadah orang Islam dan juga melibatkan kepentingan ekonomi Malaysia, bayangkan kalau betul jadi 'bank-run', memang melepet kerajaan nak tanggung nanti.

Sebab tu den sebut dari day-1 isu ni timbul, kerajaan PH seharusnya berhemah dalam isu ni, sebab besar impaknya.

Sebaliknya, apa yang kita kena faham dalam isu TH ini, ianya bukan isu korupsi atau rasuah tapi lebih kepada isu piawaian perakaunan, governance dan juga political will oleh kerajaan yang terdahulu dalam isu pemberian hibah/dividen.

In a way, kita sebenarnya harus puji YB Menteri di atas 'keberanian' beliau membawa isu ni ke tengah, TH kena ambil peluang ni untuk bawak orang ramai sedar dan kembalikan balik falsafah simpanan TH ke akad asal TH itu sendiri iaitu Wadi'ah Yad Dhamanah.


*Kalau tak salah mungkin juga berasaskan Qard.

Maka bila Tabung Haji menggunakan Wadi'ah Yad Dhamanah, justeru pada dasarnya Tabung Haji tidak ada obligasi untuk membayar dividen bahkan TH tidak boleh menjanjikan sebarang dividen kepada pendeposit. Semua yang diberikan selama ini atas ihsan dan perkiraan TH sahaja.

Dan kita kena accept the fact yang kedudukan defisit TH ni tidak boleh dibiarkan lagi kerana ianya adalah tidak sustainable untuk jangka masa panjang.

Manakala RISIKO paling besar sekali adalah apabila expectation para penyimpan Hibah/Dividen tu tak kena dengan roadmap asset-liability allocation TH itu sendiri.

Contohnya, jika asset nature TH adalah long term - subsidiary, strategic holdings, tapi bila dibandingkan dengan liabiliti terbesarnya ialah dana pendeposit yang mana bersifat short term iaitu bila pendeposit keluarkan duit pada bila-bila masa seperti mana mereka mengeluarkan duit mereka di bank..

Namun jika difikirkan dari side TH pula, mungkin juga salah satunya cara untuk TH tukarkan 'short term' liabiliti ini kepada longer term liabiliti adalah dengan buat para pendeposit expect hibah/dividen yang sedap maka dipanjangkan deposit mereka di dalam TH, while in the meantime TH improve dia punya position. Hmm.

Anyway, berkenaan isu BIMB tu, rujuk;
Tabung Haji bayar dividen guna simpanan pendeposit
http://www.sinarharian.com.my/…/tabung-haji-bayar-dividen-g…

Sell + RM2.55bn
Buy - RM2.688bn
Gain +RM 0.553 million

Net gain +0.416bn

And one thing kita kena tahu position TH dalam BIMB juga naik dari 51% kepada 53.4%.

To be honest, benda biasa je jual dan beli semula shares ni dalam institutional dealings..

Maka tak pasti macamana transaksi ni endup dikira sebagai menggunakan wang pendeposit sebab apa saja hibah/dividen yang TH keluarkan still its bound to company act dalam kes TH adalah akta TH, dan intrestingly kalau baca artikel tu pun tak ada tulis benda tu secara details, nama pengarang artikel pun tulis as WARTAWAN SINAR HARIAN, takut kena saman ketewww 🤭.

Sebagai kesimpulan, tolong-tolonglah jangan politikkan isu TH ni, mau dari blok kerajaan dan pembangkang, den nampak pembangkang ada yang sebut pasal jual aset ke DAP pun ada dah 😅.

Stoplah..sebab impak dia besar nanti tuan-puan.

Personally, bagi den benda yang perlu diperhatikan bagaimana kerajaan hari ini akan manage expectation hibah/dividen TH bagi tahun-tahun yang akan datang ataupun sekadar 'huha, acah skandal kejap' namun akan bertindak sama je macam kerajaan yang lepas dan yang lebih penting, adakah kita sebagai pendeposit boleh terima keadaan hibah/dividen yang kecil berbanding tahun-tahun sebelum ini?

-----------
 

TH, THE OTHER HALF OF THE STORY

1. Rupanya dalam PC YB Menteri semalam, beliau telah tidak menyebut laporan penilaian aset, NRV yang disediakan oleh syarikat audit Ernst &Young (EY) walaupun ianya turut dikepilkan bersama laporan-laporan lain yang diberikan kepada semua MP di parlimen.

2. Hal ini adalah penting untuk disebut kerana Ernst &Young (EY) telah menilai semula semua nilai realis aset keseluruhan melibatkan anak syarikat, syarikat bersekutu, syarikat usahasama dan hartanah, berbeza dengan apa yang disebut oleh YB Menteri yang hanya mengambil kira kedudukan aset dan liabiliti TH hanya laporan kewangan semata-mata.

3. Mengikut laporan EY:

Bagi tahun 2015, nilai realis aset (NRV) TH adalah RM64.7 bilion berbanding liabiliti termasuk bayaran hibah berjumlah RM63.3 bilion yakni ada lebihan aset sebanyak RM1.4 bilion.

Nilai aset realis pada tahun 2016 pula adalah sebanyak RM69.1 bilion manakala agregat liabiliti setelah mengambil kira hibah 2016 adalah sebanyak RM68.4 bilion maka ada lebihan aset ke atas liabiliti sebanyakVRM701 juta.


Dan bagi tahun 2017, nilai aset realis adalah sebanyak RM74.7 bilion berbanding aggregat liabiliti termasuk bayaran hibah 2017 sebanyak RM74.4 bilion maka ada lebihan aset berbanding liabiliti sebanyak RM373 juta.

4. Malah berdasarkan laporan kewangan Price Waterhouse Coopers (PWC) yang dibuat pada ogos 2017 yang diberikan kepada setiap Ahli Parlimen semalam, juga ada terkandung laporan EY yang menunjukkan aset TH melebihi liabiliti untuk ketiga-tiga tahun (2015, 2016, 2017).

Hal ini berikutan sejak 2015 TH telah menilai semua aset pada nilai realis (nilai pasaran semasa) dan bagi tiga tahun yang lepas, berdasarkan laporan yang disahkan oleh firma audit luar, nilai aset tabung haji melebihi semua liabiliti. Untuk makluman, nilai realis aset adalah nilai pasaran semasa dan bukan nilai kos pelaburan asal.

5. Maka berdasarkan penilaian NRV tersebut, pihak pengurusan TH lama telah membuat keputusan untuk membayar hibah kepada pendeposit mengikut peruntukan Seksyen 22(3)(a)Akta Lembaga Tabung Haji 1995 kerana bagi mereka ianya tidak menyalahi sebarang undang-undang, berbeza dengan penilaian yang dinyatakan oleh YBM semalam di mana beliau hanya memfokuskan kepada aset keseluruhan selepas menolak liabiliti TH tanpa mengambil kira nilai pasaran terkini NRV bagi aset-aset TH.

6. Harus diketahui juga bahawa selain EY, laporan dan kedudukan kewangan TH telah juga disemak oleh Jabatan Audit Negara (JAN) yang kemudian memperakukannya melalui sijil bersih setiap tahun kepada Tabung Haji.

Perlu diingatkan bahawa badan berkanun mestilah tertakluk kepada Ketua Audit Negara dalam urusan dan pengesahan audit. Ini jelas termaktub dalam Akta Badan Berkanun (Akaun dan Laporan Tahunan 1980) sepertimana dinyatakan dalam Seksyen 5(1) dan 5(2) serta Seksyen 6.

Sekalipun wujud perbezaan pandangan dan tafsiran mengenai dasar perakauanan dalam penilaian aset antara EY dan Price Waterhouse Coopers (PWC) seperti yang dirujuk oleh YB Menteri, akhirnya laporan muktamad adalah berdasarkan pengesahan Jabatan Audit Negara.

7. Sebagai kesimpulan, berdasarkan wujudnya laporan EY diatas, maka benarlah seperti yang saya katakan semalam bahawa kemelut hibah TH ini bukanlah isu rasuah ataupun korupsi, akan tetapi sebaliknya adalah lebih kepada isu piawaian penilaian perakaunan dan juga governance institusi tersebut, dan sebab itulah saya sebut bahawa kerajaan PH kena betul-betul berhemah dalam mengemudi isu ini yang berkaitan ibadah umat Islam selain juga mempunyai impak besar dari sudut ekonomi Malaysia itu sendiri.

Sekian.

TH Bukan Dikawal Oleh BNM, Kami Hanya Mahu Bercakap Benar & Bukan Mahu Mencari Salah Sesiapa Luah Lembaga Pengarah.

PROF DR ASHRAF MD HASHIM @ Malaysiakini | Terima kasih kepada yang prihatin kes Tabung Haji. Ini menunjukkan kita sayang kepada organisasi ni. Secara ringkas, saya simpulkan:

Lembaga Pengarah baru telah melantik Pricewaterhouse Cooper (PWC), iaitu sebuah firma audit antarabangsa yang bebas politik dan mempunyai kredibiliti untuk melakukan semakan mengenai kedudukan sebenar Tabung Haji (TH).

Tiada arahan untuk mencari salah sesiapa, melainkan menyatakan hakikat sebenar. Apa yang dijumpai adalah hakikat sebenar tidak sama sebagaimana dalam laporan kewangan.



Sahabat-sahabat boleh lihat nota lembaga pengarah dalam dokumen yang dibentangkan dalam parlimen. Boleh minta dari mana-mana ahli parlimen terdekat.

"Kawal Selia" oleh Bank Negara bukan bermaksud Tabung Haji akan berada di bawah Bank Negara (BNM).

Tiada dalam Akta Tabung Haji yang menyatakan bahawa Tabung Haji berada bawah BNM.

Cuma lembaga pengarah mahukan secara self regulated, dari segi urus tadbir, untuk BNM buat audit ke atas operasi TH. Sebagaimana BNM buat audit ke atas semua bank-bank komersial yang lain. Melalui audit tersebut, salah silap, penambahbaikan dan sebagainya akan dicadangkan.

Dalam bab ini, BNM memang mempunyai pasukan yang kuat dan berpengalaman. Kalau ada salah laku, akan dapat dihidu lebih awal dan langkah mengatasinya dapat dilakukan.

Dalam menjalankan tugas ini, BNM tidak menerima arahan dari Menteri Kewangan. Ia menjalankan tugas berpandukan Akta Bank Negara.

"Kawal selia' ini tidak bermaksud TH di kawal oleh BNM. Semua keputusan akan dibuat oleh TH sebagaimana diperuntukkan oleh Akta TH.

Sepanjang lebih kurang empat bulan saya dalam lembaga pengarah tabung haji, dengan mesyuarat lembaga dan jawatankuasa lembaga yang hampir setiap minggu, saya boleh sahkan bahawa tiada lansung campur tangan politik, Mujahid Yusof, apatah lagi menteri kewangan.

Untuk makluman, sebelum dilantik, ana telah dipanggil oleh CPE. Selepas sesi "berkenalan", mereka maklumkan hasrat untuk melantik saya ke dalam lembaga pengarah TH dengan mandat:

"Cakap apa yang betul itu betul, dan yang salah itu salah".

Alhamdulillah, dengan mandat tersebut, ana bersetuju. Saya nampak, begitu juga pendirian ahli-ahli lembaga yang lain.

Doakan kami semoga dapat menunaikan amanah yang berat ini sebaiknya.

Apa Jenis Manusia Sampai Tabung Haji Pun Tergamak Mereka Usik..

A.KADIR JASIN | BERITA buruk yang luar biasa mengenai agensi dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) tidak memeranjatkan lagi.

Sejak kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara daripada Barisan Nasional (BN) pada 9 Mei lalu, satu demi satu skandal kewangan terbongkar.

Semakin hari apa yang ditakuti semakin menjadi kenyataan, iaitu di bawah telunjuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri I Mappadulung Daeng Mattimung Karaeng Sandrobone Sultan Abdul Jalil), Mohd Najib Abdul Razak, kerosakan berlaku secara sistematik dan meluas.

1Malaysia Development Berhad (1MDB), Felda, FGV dan sekarang Tabung Haji (TH). Daripada apa yang kita dengar, senarai ini akan menjadi lebih panjang.

Felda tenat kerana Mohd Najib, atas nasihat konco-konconya yang tamak, menjual harta Felda dengan melakukan tawaran awam permulaan (IPO) melalui Felda Global Ventures Berhad (FGV) pada tahun 2012.

Tujuan tersiratnya adalah mengumpul dana untuk pilihan raya umum 2013 bagi pihak Barisan Nasional sambil mengisi kocek konco, kawan dan rakan.

Ladang dan aset Felda yang dulunya digunakan untuk menjana pendapatan tambahan bagi membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh dipindahkan kepada FGV.

Oleh sebab kaedah korporat yang tidak lestari serta penyelewengan oleh pengurusan, harga saham FGV jatuh merudum – daripada harga IPO RM4.55 kepada 77 sen sekarang – dan ia gagal menjana pendapatan tambahan untuk Felda.

Akibat manipulasi korporat melalui FGV inilah Felda mengalami kerugian besar dan hilang kemampuan untuk membantu peneroka ketika harga kelapa sawit dan getah jatuh.

Sebaliknya Felda kini terpaksa menjalani proses pembersihan dan pembinaan semula.

Giliran Tabung Haji

Sekarang giliran TH pula. Apa lagi hendak kita katakan apabila tabung simpanan untuk mengerjakan haji dan memperkukuhkan ekonomi umat Islam pun dinodai?

Buat sekian lama kita mendengar berita dan dakwaan mengenai penyelewengan dan pelanggaran urus tadbir dalam TH, khususnya apabila orang kesayangan keluarga Najib, Datuk Seri Panglima Abdul Azeez Abdul Rahim, dilantik menjadi Pengerusi pada bulan Julai 2013.


 

Cium tangan cara kejar duit

Tetapi semuanya dinafikan dan orang yang membuat pendedahan dikutuk dan dikenakan tindakan. Media massa arus perdana turut bersubahat menghebahkan yang salah dan membenamkan yang benar.

Daripada kenyataan media oleh Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 10 Disember 2018, kita dapati sebaik saja Abdul Azeez menerajui TH, pelanggaran urus tadbir mula berlaku.

Dasar duit tunai adalah raja (cash is king) atau lebih tepat amalan menggunakan duit tunai bagi membeli undi mula diamalkan dengan membelakangkan undang-undang tubuh TH sendiri.

Hibah (dividend) diisytiharkan dan dibayar walaupun tidak memenuhi syarat. Sejak tahun 2014 hingga tahun kewangan 2017, hibah dibayar walaupun dua syarat wajib tidak dipenuhi.

Dua syarat wajib itu adalah (1) aset (harta) tidak boleh kurang daripada liabiliti (hutang) dan (2) ada keuntungan yang boleh diagihkan.

Inilah yang diingatkan oleh Tan Sri Zeti Akhtar Aziz ketika beliau menjadi Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM). Dalam surat kepada pengurusan TH pada tahun 2015, Zeti memberi ingatan bahawa TH tidak lagi boleh membayar hibah kerana hutangnya melebihi harta. Masa itu nisbahnya adalah 98 sen harta bagi setiap RM1 hutang.

Namun begitu, bukan saja peringatan sukarela beliau itu tidak dihiraukan sebaliknya disanggah oleh para penyokong dan penggilap epal Najib seperti Ketua Pemuda Umno sekarang, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Syukur kepada Tuhan pintu hati saya dibuka untuk membantah pelantikan Abdul Azeez dalam tulisan-tulisan saya kerana saya tahu sedikit sebanyak sejarah TH dan kenal siapa Abdul Azeez.

Kewangan TH

Akaun tahun kewangan 2017 TH yang dibentangkan di Parlimen semalam (10 Disember) menunjukkan aset keseluruhan TH sebanyak RM70.3 bilion manakala liabiliti (hutang/tanggungan) RM74.4 bilion. Ini bermakna TH mengalami defisit (kekurangan) RM4.1 bilion pada 31 Disember 2017.

Sehubungan itu, kata Dr Mujahid, pengisytiharan dan pembayaran hibah bagi tahun 2017 (yang dibuat Februari lalu) melanggar Akta Tabung Haji 1995.

Najib ketika mengalu-alukan pengisytiharan hibah itu dilaporkan berkata bahawa kecekapan pengurusan TH membolehkan kadar yang lebih tinggi dibayar.

Kata Mujahid: “TH telah mengisytiharkan hibah sejak 2014 dan ia tidak mengikut akta kerana asetnya kurang daripada liabiliti.”

“Berdasarkan keadaan semasa TH ketika ini, pelan pemulihan secara menyeluruh perlu dilakukan bagi memulihkan penyata kira-kira TH,” tambah beliau.

Inilah yang dilakukan oleh ahli lembaga pengarah dan pengurusan baru TH yang dilantik oleh kerajaan PH mulai Julai lalu. Banyak lagi yang perlu dilakukan bagi mengembalikan TH ke landasan kewangan dan pengurusan haji yang betul dan lestari.

Pemerhatian
Izinkan saya membuat pemerhatian ringkas. Rasanya amat sesuai bagi kerajaan dan pengurusan TH membaca balik dokumen dan sejarah TH mulai 1963.

Ada dua tujuan utama TH ketika itu. Pertama, mengurus pengerjaan haji oleh orang Islam Malaysia dan kedua, memudahkan serta menggalakkan orang Islam menabung.

Pertama, saya tidak pasti apa peranan subsidi haji dan kegiatan pelaburan TH. Apakah kaitan penunaian haji dengan subsidi kalau kewajipan haji adalah ke atas orang yang mampu sahaja?

Kedua, mengenai kegiatan pelaburan yang nampaknya menjadi keutamaan dan kegilaan (obsession) pengurusan TH. Adakah ini matlamat TH?

Harus ada perbezaan di antara menabung untuk mengerjakan haji dengan melabur. Serentak itu, kita tidak mahu orang Islam menabung sekadar untuk melayakkan diri mendapat subsidi.

Justeru itu, isu subsidi haji dan pelaburan ini wajib dikaji semula dan difahami dari segi agama dan perniagaan. Adakah TH agensi perniagaan yang matlamatnya keuntungan atau agensi pengurusan haji dan penabungan?

Pelan Pemulihan

Menurut Dr Mujahid, lembaga pengarah TH telah mencadangkan rancangan pemulihan yang membabitkan penubuhan sebuah badan khas (Special Purpose Vehicle) atau SPV.

SPV ini akan ambil alih, pulihkan dan maksimumkan nilai harta TH yang sekarang rendah prestasinya. Dengan itu beban hutang TH dapat dikurangkan atau dimansuhkan terus.

Kata Dr Mujahid, pelan itu telah diteliti dan diberi sepenuh sokongan oleh Kabinet. Selaras dengan itu, kerajaan telah bersetuju meletakkan TH di bawah pengawasan BNM.

“Bagi memastikan pelan jangka masa panjang yang mapan, kerajaan telah memutuskan untuk meletakkan TH di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia secara pentadbiran bermula 1 Januari 2019 ,” kata Dr Mujahid.

Dulu lain sekarang lain. Sewaktu TH diasaskan pada tahun 1963, niatnya suci dan orang yang dilantik bagi menguruskannya terdiri daripada orang yang berkepakaran dan amanah. Bukan jenis cium tangan.

Masa itu Perdana Menteri, Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, tidak berpura-pura tunjuk alim. Orang Islam pun belum tergila-gila berjubah macam orang Arab. Tetapi mereka ikhlas dan amanah.

Kesimpulannya, dalam kita berusaha memulihkan TH, kita hendaklah kembali ke pangkal jalan bagi memahami dan menghayati tujuan asal penubuhannya.

Kita perlu pastikan sama ada melabur, membuat keuntungan, membayar hibah dan memberi subsidi adalah sebahagian daripadanya.

TH rosak kerana melantik orang yang tidak amanah dan tidak berpengetahuan atau juga kerana terlalu mengejar keuntungan seolah-olah ia adalah badan perniagaan.

Mulai sekarang, lebih baik kita pagar sawah bendang kita daripada asyik marahkan pegar. Memang tabiat semula jadi burung pegar makan padi. Kalau kita harapkan pegar menjaga padi, memang bodohlah kita.

Wallahuaklam.

Kenapa Serahkan TH Kepada BNM? Jemaah Haji Dapat Subsidi Ke? Soal Ustaz Idris Ahmad.

USTAZ IDRIS AHMAD | Ambil Tindakan, Jangan Cakap Banyak.
Siasat segera LUTH dengan menubuhkan RCI.
Ambil tindakan kepada yang bersalah untuk menyelamat Institusi kewangan umat Islam yang terbesar.

Menteri tidak perlulah bicara di Mahkamah Media, kuasa sudah ada janganlah masih macam pembangkang. Tidak perlu cakap banyak, ambil sahaja tindakan terhadap mereka yang terlibat.

Kebajikan pendeposit mesti diutamakan.

Jangan pula menjadi alasan untuk tidak memberi hibah kepada pendeposit TH pada tahun ini.


Kenapa perlu TH diletak di bawah Bank Negara, sedangkan penubuhan TH di bawah Perbadanan Wang Simpanan Bakal-Bakal Haji ditubuhkan pada bulan November tahun 1962, dan beroperasi pada 30 September tahun 1963. Perbadanan ini wujud hasil penerimaan kertas kerja Yang Mulia Profesor Di Raja Ungku Aziz bertajuk "Rancangan Membaiki Ekonomi Bakal-bakal Haji" pada tahun 1959.

Saya bimbang TH diletakkan di bawah Bank Negara ia terkeluar daripada matlamat penubuhannya.

Masihkah Jamaah Haji mampu mendapat subsidi apabila diletak di bawah TH.?

Bank Rakyat yang mengalami masalah satu ketika dahulu, termasuk pinjaman RM32 juta kepada Deepak Jaikishan tauke permaidani, tanpa faedah tidak pula diserah kepada Bank Negara?

Perkara ini Dato Hj Mahfuz Omar lebih tahu. Jangan Dato Mahfuz buat lupa pula walau pun Deepak sudah mesra Pakatan Harapan kerana hadir Majlis Makan Amal Pakatan Harapan dan membeli potret hitam putih Timbalan Perdana Menteri, Dr Wan Azizah Wan Ismail pada harga RM150,000.

PAS Solat Hajat, Doa Ratus Kali Pun Tak Menang Putrajaya - Ibrahim Ali.

MALAYSIAKINI | Pakatan Harapan (PH) tidak perlu bimbang dengan doa "pendekkan hayat" kerajaan PH kerana ia belum tentu dimakbulkan Allah SWT, kata Dr Ibrahim Ali.

Malah, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) itu PAS sudah banyak berdoa dan melakukan solat hajat, namun tetap tidak mampu memenangi Putrajaya.


"Cuma pada saya tak payahlah bising sangat mengenai doa ini, sebab doa makbul tak makbul Allah SWT saja yang tahu.

"Apa yang saya tengok PAS ini sejak ditubuhkan...hanya menang Terengganu, Kelantan, Kedah. Walaupun dah beratus kali solat hajat dan doa.

"PH tak perlu bimbang dengan doa pendekkan umur (jangka hayat), sebaliknya bagaimana dengan kegagalan menangani kos sara hidup dalam tempoh 100 hari itu yang perlu digusarkan,"
katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, petang semalam.

Pemimpin PAS pada "perhimpunan kesyukuran" bagi menolak Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (Icerd) di Dataran Merdeka 8 Ogos lalu membaca doa supaya Allah SWT memendekkan tempoh hayat kerajaan PH.

Doa itu dibaca pada sesi penutup perhimpunan itu oleh Anggota Parlimen Pasir Puteh, Dr Nik Mohamad Zawawi Nik Salleh yang diaminkan oleh ribuan peserta yang hadir.

Nik Zawawi juga berdoa agar pengundi muda yang memberi undi PH sebelum ini supaya "kembali ke pangkal jalan".

Sementara itu mengulas mengenai proses pendaftaran Parti Pribumi Perkasa (Putra), Ibrahim berkata sudah tiga bulan permohonan dibuat namun, belum diluluskan lagi.

Beliau turut menempelak kerajaan PH yang gagal meluluskan penubuhan Putra.

"Waktu (kerajaan) BN, Bersatu diluluskan dalam masa sebulan saja, kerajaan baru sudah tiga bulan permohonan tapi belum diluluskan lagi.

"Saya hendak tengok berapa lama mereka hendak tangguh permohonan ini dan sebab kerajaan untuk tidak luluskan permohonan,"
katanya lagi.

Bank Negara Tegur Kewangan Tabung Haji Teruk, Rizab Susut Pada 2015 & Ini Bukti Bersurat Kepada Azeez, Jamil & Najib Dari Zeti.

SEMASA |Tersebar di laman sosial 6 helaian muka surat peringatan dari Bank Negara Malaysia yang diketuai oleh Zeti Akhtar Aziz ketika itu sebagai Gabenor Bank Negara kepada Jamil Khir dan Azeez Rahim mengenai masalah kewangan Tabung Haji.

Surat yang pertama bertarikh 23 Disember 2015, yang dihantar kepada Datuk Seri Panglima Datuk Azeez Abdul Rahim dan salinannya (SK) kepada Tan Sri Ismee Ismail, Pengarah Urusan Kumpulan Tabung Haji ketika itu




Kandungan surat itu antara lain mengingatkan Tabung Haji mengenai;

👉 Dividen dan bonus yang diagihkan melebihi keuntungan semasa sejak tahun 2012 hingga 2014 (ketika itu) telah menyebabkan rizab Tabung Haji terus merosot yang ketika itu sememangnya rendah.

👉 Perkara itu menyebabkan ketidakmampuan Tabung Haji untuk menanggani prestasi portfolio ekuitinya yang lemah pada tahun 2015.

👉 Dan akhirnya keadaan itu menyebabkan rizab Tabung Haji menjadi negatif.

👉 Menurut Bank Negara lagi, sungguhpun langkah menjual aset pelaburan berbentuk hartanah dapat meningkatkan keuntungan semasa, strategi yang berterusan ini akan melemahkan kedudukan kewangan Tabung Haji dalam jangka masa panjang.

👉 Perkara itu juga akan menyebabkan pendeposit-pendeposit Tabung Haji mengharapkan dividen (pulangan) yang tinggi dan jika ianya gagal dipenuhi oleh Tabung Haji (dibayangkan jika melabur di TH, pendeposit pasti dijanjikan pulangan tinggi), pendeposit-pendeposit tersebut mungkin akan mengalihkan (mengeluarkan) pelaburan mereka ke tempat lain. Dan bagi menanggani hal itu, Tabung Haji mungkin terpaksa lupuskan lagi asetnya yang lain bagi memenuhi obligasi ke atas para pendeposit dan sekaligus menanggung potongan besar ke atas nilai asetnya.

👉 Rizab Tabung Haji juga tidak sepadan dengan saiz operasi dan risiko yang dihadapi oleh syarikat itu.

👉 Tabung Haji diingatkan untuk segera mengubal beberapa dasar mengenai rizabnya agar tidak menghadapi masalah kewangan di masa-masa akan datang.

Dan surat kedua ditujukan kepada Datuk Seri Jamil Khir, dan salinan kepada Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri ketika itu.





Surat tersebut juga bertarikh 23 Disember 2015.

Surat Bank Negara kepada Jamil Khir itu mengingatkan;

👉 Paras rizab tidak setimpal dengan operasi dan profil syarikat.

👉 Perkembangan semasa dan ketidaktentuan pasaran akan memberikan kesan kepada kedudukan kewangan semasa Tabung Haji.

👉 Hal itu boleh menjejaskan keupayaan Tabung Haji bagi membantu umat Islam menunaikan ibadat haji.

👉 Perkara itu akan memberikan implikasi kepada kerajaan kerana simpanan pendeposit di Tabung Haji dijamin oleh kerajaan.

👉 Bank Negara juga menjelaskan antara lain operasinya adalah memantau kedudukan dan prestasi kewangan badan/institusi bukan perbankan, dan Lembaga Tabung Haji adalah dibawah pemantauan dan penilaian Bank Negara.

👉 Bank Negara juga mengingatkan sejak 2012, Tabung Haji telah memberikan dividen yang tinggi kepada para pendeposit sedangkan ia adalah diluar keupayaan Tabung Haji berdasarkan jumlah keuntungan semasa yang diterimanya dan perkara itu menyebabkan rizab Tabung Haji merosot bagi memenuhi obligasinya.

👉 Oleh yang sedemikian, beberapa saranan diberikan kepada Jamil Khir untuk dipertimbangkan bagi mengatasi masalah tersebut, antara lain membuat satu dasar rizab bagi mengukuhkan operasi, melantik ahli lembaga pengarah yang berpengalaman dan berkepakaran untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Tabung Haji, dan tujuan utama Tabung Haji adalah membantu umat Islam menunaikan haji dan misi itu tidak patut sesekali terjejas dalam apa jua usaha Tabung Haji untuk mengembangkan saiz operasinya.

Surat berkenaan disebarkan oleh individu yang dikenali sebagai Ikram Al Banjari di Facebook sejak petang tadi.

Dan berikut dibawah adalah penulisannya;
 
Ikram Al-Banjari | Apakah kebimbangan terhadap Tabung Haji ini baru diketahui ? Dan ini ada 7 Poin sedap yang kalian harus baca sekarang.

Masih nak politikkan isu penyelewengan deposit para ‘Dhuyufurahman’ lagi ?

Masih ada nak kata ini agenda Cina DAP yang telah menghancurkan salah satu institusi Islam terbesar di Malaysia, lagi?

Masih nak kata kenapa tak tangkap dan sumbat dalam penjara lagi ?

1. Pada bulan Disember 2015 yang lalu, Gabenor Bank negara pada ketika itu (Zeti Akhtar Aziz) telah pun menulis surat kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada ketika itu (Jamil Khir) yang bertangungjawab ke atas urus tadbir Tabung Haji untuk memaklumkan kebimbangan terhadap pengurusan kewangan Tabung Haji.

2. Malah, surat yang sama dengan kebimbangan yang sama juga telah ditulis kepada Pengerusi Tabung Haji ketika itu (Abdul Azeez Rahim). Surat-surat kebimbangan Bank Negara ini juga diberi salinan kepada Menteri Kewangan ketika itu (Najib Razak) dan saya kira Perdana Menteri ketika itu juga tahu (Najib Razak).

3. Kebimbangan terhadap urus tadbir dan pengurusan kewangan Tabung Haji sudah disedari lama semenjak di bawah pengurusan lama (baca kerajaan BN) lagi. Antara kebimbangan ketara ialah jumlah rizab Tabung Haji sudah tidak setara dengan saiz dan profail risiko. Makna mudah, perbelanjaan sudah melebihi pendapatan atau aset sedia ada Tabung Haji.

4. Apa lagi? Menurut peruntukan Seksyen 22, Akta Tabung Haji 1995, Tabung Haji tidak boleh mengemukakan dan memberi dividen kepada pendeposit (baca ‘kita’) sekiranya Tabung Haji mempunyai nilai aset yang kurang daripada nilai obligasinya. Makna mudah, jika aset dan duit tak cukup, Tabung Haji tak boleh bagi dividen! Mesti kena isyihar untung dulu.

5. Oleh sebab itu, perkara yang telah dibimbangi oleh Gabenor Bank Negara itu sudah pun berlaku. Akhirnya, Tabung Haji disyaki telah mengeluarkan deposit sedia ada (baca duit orang nak pergi Haji) dan dijual secara pukal dalam ‘Market Share’ kepada ‘Broker Saham’ melalui Bank Islam melibatkan transaksi ratusan juta ringgit. Merek kemukakan Laporan Keuntungan Palsu.

6. Dan pada hari ini, aku nak kalian faham satu perkara. Orang yang merosakkan institusi kewangan Islam, Tabung Haji, Felda dan ‘mengklepet’ wang rakyat secara berjemaah dan besar-besaran ini bukanlah orang Cina, India, Kadazan atau Iban. Tetapi mereka adalah bangsa Melayu beragama Islam yang sudah hilang kewarasan.

7. Lalu berkokoklah pejuang Bani Melayu sambil memakai jubah dan berkopiah putih di seluruh pelusuk dunia maya dengan laungan takbir, Allahuakbar, Daulat Tuanku dan Hidup Melayu! Kononnya demi mempertahankan hak dan Kedaulatan. Sedangkan wang rakyat terus dilahap dengan rakusnya tanpa seorang pun dikalangan pendeposit Tabung Haji itu sedar.

Sedang rakyat hidup susah berpuluh tahun di kampung mengumpul wang untuk naik Haji, dicatu makan minum anak isteri, asal ada nasi panas dan ikan masin pun sudah berselera sekali. ‘Warlords’ terus bersila panggung di sofa empuk, sambil berseloroh sesama mereka;

“Haji, berapa untung kita hari ini?"

“Haji, nak labur tang mana lagi duit tabung depa ni?"

“Haji, jom pi Haji balik hari. Nampak beriman sikit"

#TabungHaji

Selasa, 11 Disember 2018

Disebalik Kejayaan Setiap Demo Anjuran PAS, Adanya Unit Amal..

Akhi Fairuz Al-Jengkawi | 1. Sepanjang aku hidup, beberapa siri demonstrasi dan himpunan pernah aku sertai. Bermula dari Bersih 1.0, Bersih 2.0, Bersih 3.0, Gabungan Mansuhkan ISA, Anti Judi World Cup dan Himpunan Blackout pasca PRU13.

2. Gas pemedih mata dah rasa. Water cannon juga pernah menjadi 'pembuka selera'. Pernahlah juga muntah-muntah. Siap berkongsi air dengan kawan dari bangsa Cina lagi. Pedih ya amat. Rasa tekak dijerut dan sesak nafas.

3. Bersih 1.0 (2007), aku berkumpul di Masjid Jamek. Yang mengepalai perarakan ke Istana Negara (Lama) adalah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Sedang beliau berucap, helikopter PDRM berlegar di angkasa. Langit mendung kemain, lalu awan memuntahkan air hujan secukup rasa.

 
4. FRU sudah menembak kami dengan water cannon. Lintang pukang dibuatnya. Ada yang masuk balik ke masjid, ada yang menyelit ke bank berhampiran, OCBC, hingga lolos ke jalanraya. Habis berpecah masa ni.

5. Aku antara yang berjaya lolos. Kelompok kecil kami dikepalai oleh Saudara Kamaruzaman (Seketeriat Himpunan ICERD) dan Dr Hatta Ramli (jadi menteri dah pun).

6. Jauhlah juga kami berjalan. Sambil berjalan, sambil chant. Bila Kamaruzaman habis suara, dia pass healer speaker pada aku. Apalagi, aku pun sebutlah Daulat! Daulat Tuanku! Tumbang! Tumbang BN! Hancur! Hancur! Kezaliman. Fuhh.. Padu sungguh. Kahkah

7. Sejam juga berjalan, akhirnya kami pun sampai ke Istana Negara. DS Anwar Ibrahim, TG Haji Hadi, Lim Kit Siang dan beberapa figure besar pimpinan Pakatan Rakyat (ketika itu) telah selamat menyerahkan memorandum NGO Bersih kepada YDP Agong (Sultan Mizan).

8. Rally Bersih 1.0 ni mendapat liputan meluas dari media antarabangsa. Ya lah, kali terakhir demontrasi besar pun tahun 1999, reformasi DS Anwar ketika itu. Wartawan Al-Jazeera yang melaporkan dari Masjid Jamek pun merasa water cannon. Virallah video temubual Zainudin Maidin bersama Al-Jazeera ketika itu. Gelabah sungguh beliau menjawab.

9. Bersih 2.0 lagi dahsyat. Siapa yang pakai baju kuning, awal-awal lagi dah kena tangkap. Sampai yang pakai jersi bola Brazil pun polis angkut. Bersih juga dikaitkan dengan komunis dan lain-lain. Walhal tujuan Bersih jelas, menuntut satu pilihanraya yang adil, SPR yang bebas dari penyelewangan.

10. Aku antara kumpulan yang memanjat bukit belakang Hospital Tung Shin. Sebelum ditembak tear gas, pimpinan yang bersama (Sivarasah dan lain-lain) negotiate dengan pihak polis. Sebaik sahaja kami selesai menyanyikan lagu Negaraku, polis dah lepaskan gas pemedih mata. Entah jin apa yang merasuk anggota FRU pun aku tak tahu.

11. Lintang pukang kami lari. Polis kejar beberapa orang protestor dan menangkap mereka untuk dibawa masuk Black Maria dan dihantar ke Pulapol.

12. Yang panjat bukit selamat. Masa ni aku kenal kawan baru. Bangsa Cina juga. Kawan-kawan beliau hilang entah kemana. Sebelum kami berpisah, beliau ajak aku lepak kedai makan. Beliau belanja. Thanks!

13. Sebelum Bersih 3.0, berlangsung dulu Demontrasi Mansuhkan ISA (GMI), dan sebelum itu bantah PPSMI (tak hadir, ada komitmen lain). Demo GMI pun dahsyat juga. Kena kepung di Jalan apatah namanya. Belakang kami Bukit Aman, depan kami Kelab Sultan Sulaiman (kalau tak silap).

14. Yang lead masa ni Dr Mujahid Yusof Rawa. Kami dah kena kepung, kiri polis kananpun polis. Depan belakang ada trak FRU dan anggota yang lengkap bercota.

15. Kami ada wuduk lagi masa ni. Maka, Dr Mujahid ajak kami semua mengadap kiblat dan laksanakan Solat Sunat Hajat. Beliau jadi imam. Selesai sahaja sujud yang terakhir, kami tahiyat akhir. Aku dah dengar trak FRU berbunyi locengnya.

16. Tak sempat bagi salam ke belah kanan, tembakan dari trak FRU pun kedengaran. Keluarlah asap puaka berkenaan. Boleh matilah kalau duduk lama-lama di situ. Kami berlari menyelamatkan diri dan berlindung beberapa jam di dalam Kelab Sultan Sulaiman tu. Di luar, siri tangkapan dan tembakan water cannon diteruskan.

17. Bersih 3.0 adalah demontrasi terakhir yang aku sertai. Aku antara kelompok paling depan yang menghampiri Dataran Merdeka. Kami hormat keputusan DBKL yang tidak membenarkan padang keramat itu untuk dimasuki. Tapi entah macam mana, barricade yang memisahkan protestor dengan Dataran Merdeka dirempuh.

18. Polis akhirnya bertindak. Tear gas dan water cannons menjadi juadah kami. Anwar ke, Azmin ke, Ambiga ke, semua kena. Sesedap rasa.

19. Cuma, nadi paling penting yang menjayakan demontrasi aman (yang akhirnya tak jadi aman) ini adalah Unit Amal Pas. Mereka yang menjadi tulang belakang kelancaran Demontrasi.

20. Maka, aku tak pelik andai kawan-kawan share gambar selepas himpunan siang tadi, bersih dan teratur. Percayalah cakap aku, disebalik semua itu adanya Unit Amal. Untuk siang tadi, tahniah aku ucapkan kerana sungguh berjaya menjaga kebersihan.

21. Namun, dari sudut yang lain, pembangkang hari ini wajib bersyukur kerajaan PH tak sama seperti BN yang lepas. Siap Tun M selaku PM ucap lagi semoga himpunan berjalan dengan lancar. Polis beri kerjasama yang baik, SB pun nampak mainkan peranan sebenar, DBKL pun ok, semuanya jadi mudah dan lancar.

22. Maunya tidak, menteri yang ada sekarang pun adalah alumni pejuang di jalanan juga. Menjadi pemimpin tertinggi negara setelah dihidangkan makanan dan minuman yang 'berzat' tinggi, tear gas dan water cannons. Thanks PDRM! (Alangkah elok andai Zahid Hamidi, Najib Razak dan lain-lain merasa gas pemedih mata ini. Barulah lengkap imej pejuang. Hmm)

23. Ramai atau sikit yang datang bukanlah prioriti satu-satu demontrasi. Macam geng Gamis berdemo PTPTN, tak ramai pun, yang penting mesejnya sampai.

24. Kerajaan tak boleh memandang ringan sebarang isu yang dipanjangkan oleh pembangkang, apatah lagi yang dibawa oleh rakyat, soal tol, harga barang, minyak, harga rumah, pendidikan, keselamatan, kesihatan dan lain-lain.

25. Check and balance perlu berlaku. Paling penting, jangan jadikan rakyat mangsa kerakusan segelintir politician untuk berkuasa. Yang berkuasa sekarang jangan sombong dan angkuh hingga melupai keperitan bersama saat susah payah berjuang demi rakyat ketika di blok pembangkang.

Sekian.

Pelaburan Kereta Nasional Ketiga, PH Nak Uturn Berapa Banyak Kali?

Khairul Azri | KERETA NASIONAL KETIGA, NNCP.
DULU.


👉 KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan Lim Guan Eng beri jaminan projek kereta nasional ke-3 akan menggunakan dana swasta sepenuhnya.

“Saya hendak berikan jaminan bila saya tanya perdana menteri, Dr Mahathir nyatakan sekiranya ada projek kereta ke-3, ia tidak akan gunakan dana awam.

“Ia datang dari pelaburan swasta. Jika ia datang dari pelaburan swasta maka saya rasa tidak ada masalah,” katanya di sesi penggulungan RUU Perbekalan Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan 2018.

Sumber : Guan Eng jamin kereta nasional ke-3 guna dana swasta https://www.freemalaysiatoday.com/…/guan-eng-jamin-kereta-…/

HARI ITU.


👉 BUTTERWORTH: Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengulangi pendirian bahawa kerajaan tidak berhasrat melabur dalam projek kereta nasional ketiga berikutan faktor pelaburan yang terlalu tinggi.

“Sehingga kini, kerajaan dalam Belanjawan 2019 pun tak ada peruntukan sedemikian (melabur wang untuk membina kereta nasional ketiga), tetapi hanya untuk R&D. Apa salahnya kita buat R&D, sekiranya ia berhasil boleh guna untuk Proton ataupun DRB-Hicom.

“Ia tak semestinya untuk kereta ketiga, melainkan apabila ada pelaburan swasta itu kita boleh guna (untuk projek kereta nasional ketiga).

Sumber : Kerajaan tidak akan melabur dalam projek kereta nasional ketiga - Guan Eng https://www.bharian.com.my/…/kerajaan-tidak-akan-melabur-da…

HARI INI.


👉 KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menyalurkan sejumlah peruntukan untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi membangunkan prototaip projek kereta nasional ketiga.

"Biar Perdana Menteri umumkan mengenai dana geran ini, ia (jumlahnya) agak besar dan cukup untuk menjadi pemangkin bagi menarik penyertaan swasta dalam syarikat tujuan khas (SPV) yang kami akan tubuhkan bagi meraih modal permulaan untuk merangsang (perkembangan) projek kereta nasional ketiga ini," katanya.

Sumber : Peruntukan R&D prototaip kereta nasional ketiga diluluskan https://www.bharian.com.my/…/peruntukan-rd-prototaip-kereta…

WOW!!

Ini dah ibarat 'daylight-lying' ni namanya, maka bagaimana nak suruh golongan marhaen untuk percaya dengan sepenuh hati bahawa kerajaan akan pegang janjinya untuk tidak ratifikasikan ICERD nanti?

Dengan track record macamni, understandable lah ramai yang tak mungkin susah nak percaya dah dengan apa-apa lagi kenyataan dari kerajaan.

Orang puteh koba, 'Trust Defisit'.

Sekian.
 

p/s : Haritu ada yang kata, takkanlah LGE nak benarkan benda-benda yang tidak sepatutnya berlaku didepan mata dia kan? 🤭.

Nilai Baju Melayu Dimata Speaker Selangor - Sejak Bila Baju Kebangsaan Satu Larangan?

POLITIK | Minggu lepas, Speaker DUN Selangor Ng Suee Lim telah menegur ADUN Taman Temple, Sany Hamzan kerana memakai Baju Melayu semasa persidangan DUN.

Ketika membahaskan peraturan mesyuarat termasuklah mengenai etika pemakaian, Ng telah menunjukkan Sany sebagai contoh yang tidak mematuhi etika pemakaian yang betul.


"Sila bangun," Sany pun bangun dalam keadaan yang terpinga-pinga seperti yang diarahkan Ng.

Kemudiannya selepas selesai menjadikan Sany contoh, Ng menyuruh Sany duduk.

Dan Sany pun kembali duduk, dengan wajah yang kelihatan masih terpinga-pinga.

via GIPHY

Menurut Ng, baju melayu hanya boleh dipakai pada hari jumaat semata-mata. Perkara ini adalah pertama kali berlaku dalam sejarah DUN Selangor sedangkan speaker sebelumnya tidak pernah melarang atau menegur mana-mana ADUN yang memakai baju melayu selain dari hari jumaat, ini termasuklah Hannah Yeoh, yang juga dari DAP.

Dan tindakan YB Suee Lim itu telah menimbulkan kemarahan beberapa pihak, atas alasan yang baju melayu sebenarnya boleh dipakai semasa persidangan DUN.

Bahkan gesaan juga dilakukan untuk mendesak speaker DUN menarik balik larangan tersebut. Ada pihak yang mahu hantar memo ke Sultan Selangor jika speaker Selangor enggan menarik balik larangan tersebut.

Ng bagaimanapun mempertahankan tindakannya itu dan meminta tiada mana-mana pihak yang sewenang-wenangnya menokok tambah tuduhan yang dibuat terhadapnya.

"Saya tak cakap pun mencemarkan kesucian dewan, cuma minta hormati etika pakaian. Saya ambil serius tuduhan ini dan ia cukup berat. 


via GIPHY

Saya hanya minta semua Adun disiplin patuhi etika pemakaian. Ini kerana etika pemakaian ‘lounge suit’ untuk hari biasa dan baju Melayu pula pada hari Jumaat sejajar dengan amalan yang diguna pakai sejak 1959,” katanya seperti yang dipetik Sinar Online.

ADUN Amanah, Sany Hamzan pula sejak dari insiden itu, dipertikaikan oleh netizens muslim sebagai lembik, lemah dan khadam DAP kerana langsung tidak mempertikaikan larangan tersebut sedangkan tiada peraturan khusus dalam DUN Selangor yang menghalang pemakaian baju melayu selain dari hari jumaat. Ada juga komen-komen netizens nakal yang mengatakan AMANAH dibuli DAP. 


via GIPHY


Dan ini pula pandangan wartawan Malaysian Dateline yang juga ahli Amanah.

ARIF ATAN | Baju Melayu di mata DAP
Speaker Selangor dari DAP tegur Adun AMANAH supaya tidak memakai baju kebangsaan semasa sidang Dun pada hari selain Jumaat.

Tatacara dan peraturan dimanipulasi sebagai topeng ketika kalau mahu ikutkan sejak 61 tahun merdeka, sekolah aliran kaum itu lagilah terbukti melanggar lenyek Perlembagaan.

Soal baju Melayu ini bagi kita mungkin nampak remeh tapi bagi DAP masalah besar!

Walhal, tiada masalah pun untuk pakai setiap hari baju Melayu yang diiktiraf sebagai baju kebangsaan negara ini.

Kalau bukan Malaysia mahu membudayakan pakaian kebangsaan, mahu harapkan wakil rakyat China, India, England ke untuk pakai?

Pada peringatan yang tertera pun (Gambar 1) tidak pula ditulis baju kebangsaan hanya boleh dipakai hari Jumaat.

 
Di Johor pula, hari Khamis pun boleh pakai baju kebangsaan (Gambar 2).


Apa masalah DAP selepas PRU14 apabila mahu menunjukkan sikap yang kita boleh tafsirkan sebagai anti apa sahaja perkara berkaitan nilai kebangsaan hatta pemakaian baju Melayu?

DAP ingat Melayu yang sokong Pakatan Harapan ini semua mahu membuang segala identiti Melayu ke untuk mencapai "cita-cita" Malaysia Baharu? - 11 Disember 2018.

Kenapa Ahli DAP Selangor Hilang Kepercayaan Pada Tony Pua?

UTUSAN ONLINE | Tony Pua merupakan watak penting kepada DAP sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hingga dianggap sebagai aktor utama dalam melawan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Saban hari ada sahaja komen, ulasan, kenyataan mahupun parodi yang dibuat Pua mengenai 1MDB, sementelah beliau juga anggota Jawatankuasa Akaun Kira-kira Awam (PAC) pada ketika itu.


Mungkin kerana itulah juga Pua menang besar ketika bertanding sebagai Ahli Parlimen Damansara dalam PRU-14, tetapi itu semua cerita sebelum Pakatan Harapan (PH) berkuasa, sebelum Barisan Nasional (BN) ditumbangkan.

Hari ini, enam bulan selepas PH berkuasa dengan DAP menguasai beberapa jawatan kanan dalam kerajaan, Pua yang suatu ketika dianggap hero DAP, kalah dalam pemilihan Ahli Jawatankuasa DAP Selangor. Pua sekadar menduduki tangga ke-19.

Sedangkan jika dicatur, mustahil Pua boleh kalah. Ini kerana sekalipun tidak menjadi menteri, Pua berkhidmat di Kementerian Kewangan di bawah Lim Guan Eng. Maknanya dalam erti kata politik, orang akan melihat Pua sebagai 'budak' Guan Eng.

Jadi persoalannya mengapa DAP Selangor hilang kepercayaan kepada Pua? Apakah ia sekadar kebetulan atau sememangnya wujud gerakan untuk menyingkirkan beliau kerana sebenarnya selepas PRU-14, DAP tidak menyenaraikan Pua sebagai salah seorang calon untuk diangkat sebagai menteri.

Jika ada gerakan, siapa pula yang cukup berpengaruh hingga boleh mempengaruhi perwakilan DAP Selangor. Khabar angin ketika ini sedang bertiup tetapi persoalan itu
hanya layak dijawab Guan Eng sendiri, termasuk mengapa beliau tidak menamakan Pua untuk menganggotai Kabinet, sebaliknya hanya sekadar menawar jawatan pegawai khas.

Pada masa yang sama, tidak dinafikan orang Cina mengamalkan budaya politik pragmatik dan tindakan DAP Selangor menolak Pua mencerminkan mereka sudah tidak yakin kepada bekas Pengerusi DAP negeri mereka sendiri lagi.

Sama ada benar-benar wujud atau tidak gerakan menyingkir Pua, yang pasti DAP Selangor sudah bersuara iaitu Ahli Parlimen Damansara itu tidak lagi memiliki kredibiliti untuk bersama mengemudi parti.

Justeru, jika DAP negeri yang beliau sendiri pernah pimpin pun hilang keyakinan, relevan lagikah Pua untuk terus berada di kementerian sepenting Kementerian Kewangan, yang mana Belanjawan 2019, yang mendapat sentuhan beliau sendiri dikritik hebat kerana tidak inklusif.

Barisan kepimpinan DAP Selangor:

Pengerusi : Gobind Singh Deo

Ahli Jawatankuasa :


1) Ng Sze Han (491 undi)
2) Tiew Way Keng (463 undi)
3) Ronnie Liu (442 undi)
4) Ng Suee Lim (439 undi)
5) V. Ganabatirau (429 undi)
6) Lau Weng San (421 undi)
7) Lee Ching Hung (410 undi)
8) Lee Fu Haw (400 undi)
9) Gobind Singh Deo (393 undi)
10) Lai Wai Chong (391 undi)
11) Ean Yong Hian Wah (384 undi)
12) Tee Boon Hock (345 undi)
13) Teng Chang Khim (335 undi)
14) Ong Kian Ming (324 undi)
15) Lee Kee Hiong (302 undi)

Terbukti Malaysia Baru Meraikan Hak Berhimpun Dengan Aman..

Syahredzan Johan | Saya ada sedikit pengalaman sebagai peguam pemerhati semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi, bagaimana seorang demonstran yang berlari, tersungkur dan ditahanoleh polis di hadapan mata saya.

Saya juga ada sedikit pengalaman sebagai peguam mereka yang ditahan polis semasa perhimpunan aman. Saya ingat lagi, menunggu di hadapan Pulapol untuk dibenarkan masuk berjumpa tahanan.


Saya juga ada sedikit pengalaman bawa kes di Mahkamah untuk menegakkan hak berhimpun dengan aman.

Dan saya sendiri juga pernah menjadi seorang demonstran dalam perhimpunan aman.

Jadi, apabila saya lihat 70,000 hingga 80,000 demonstran membanjiri Kuala Lumpur pada hari ini, tanpa apa halangan, dan dibantu oleh pihak berkuasa sebagai pemudahcara, saya rasa amat puas hati.

Bukan sebab saya sokong himpunan anti-ICERD ini. Langsung tidak! Tetapi saya sokong HAK untuk berhimpun. HAK yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Saya ingat lagi, himpunan-himpunan besar sebelum ini. Bagaimana rakyat dihalang masuk ke Dataran Merdeka. Bagaimana individu-individu ditahan sebelum perhimpunan. Bagaimana amaran-amaran dikeluarkan. Bagaimana gas pemedih mata dan meriam air jadi sajian. Bagaimana para demonstran ditahan dan diangkut ke Pulapol. Bagaimana demonstran direman. Bagaimana mereka kemudian di dakwa.

Ingat lagi roadblock untuk masuk KL?


Ingat lagi lagi bagaimana baju kuning jadi haram?


Ingat lagi 6 pemimpin PSM yang ditahan sebelum Bersih 2.0?


Ingat lagi Maria Chin yang ditahan bawah SOSMA semasa Bersih 5?


Ingat lagi mahasiswa-mahasiwa yang dikenakan tindakan sebab berhimpun?


Semua peristiwa-peristiwa ini, pengorbanan-pengorbanan ini, menyumbang kepada apa yang berlaku pada hari ini. Di mana Kerajaan Malaysia, bukan setakat membenarkan demonstrasi, membantu perjalanannya dan mengucapkan selamat maju jaya kepada demonstran.

Malaysia Baharu bukan bermakna, yang menang boleh demonstrasi tanpa halangan.

Erti sebenar pembentukan sebuah Malaysia Baharu adalah supaya yang tidak menang, yang menentang, boleh juga demonstrasi tanpa halangan.

Anwar Sahkan PKR Sokong ICERD Tapi Sedia Terima Keputusan Kerajaan.

THE MALAYSIAN INSIGHT | PKR secara prinsipnya menyokong anti diskriminasi kaum tetapi turut menyokong keputusan kerajaan untuk tidak meratifikasikan ICERD, kata Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Beliau berkata kebimbangan orang Melayu terhadap ICERD merupakan hasil mereka yang membuat interpretasi sendiri berhubung konvensyen Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu itu.

“Orang Melayu bimbang hak keistimewaan mereka akan diketepikan sekiranya Putrajaya mengesahkan ICERD,” kata Anwar di Kota Kinabalu hari ini.

“PKR menyatakan dengan jelas berhubung ICERD pada mesyuarat majlis presiden yang secara prinsipnya, kami menyokong anti-diskriminasi kaum.

“Tetapi mungkin kerana tafsiran ICERD, menyebabkan kebimbangan dalam kalangan masyarakat di negara ini.”


Anwar berada di Sabah hari ini bagi membincangkan isu kepimpinan PKR di negeri itu.

Semalam, kira-kira 50,000 orang mengambil bahagian dalam perhimpunan Anti-Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) walaupun kerajaan Pakatan Harapan memutuskan untuk tidak meratifikasi konvensyen PBB itu.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson, sebelum ini tidak mengendahkan jemputan untuk menghadiri perhimpunan itu. Beliau mengulangi hari ini bahawa tidak ada keperluan untuk mengadakan perhimpunan memandangkan kerajaan memutuskan untuk tidak mengesahkan perjanjian itu.

Isnin, 10 Disember 2018

Perhimpunan Anti ICERD Agenda Jatuhkan Kerajaan - Raja Bahrin.

BERITA HARIAN | Perhimpunan kesyukuran meraikan kejayaan menolak ratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) yang berlangsung semalam disifatkan sebagai agenda untuk menjatuhkan kerajaan.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Raja Bahrin Shah Raja Ahmad, berkata kerjasama UMNO dan PAS yang berhimpun atas nama ICERD hanya propaganda semata-mata.


“Itu bukan perhimpunan kesyukuran seperti dinyatakan UMNO dan PAS. Ia perhimpunan untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yang dipilih rakyat secara sah.

“Saya rasa aneh dengan pendirian PAS apabila pemimpinnya mendoakan Pakatan Harapan (PH) pendek umur semalam.

“Malah, doa itu pula diaminkan puluhan ribu penyokong PAS termasuk presiden parti itu iaitu Datuk Seri Abdul Hadi Awang,”
katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Semalam, pada penutup himpunan ICERD, Setiausaha Majlis Syura Ulama PAS, Nik Zawawi Salleh, membacakan doa memohon supaya kerajaan PH dipendekkan umurnya.

Sementara itu, Raja Bahrin juga berkata sebelum ini Abdul Hadi pernah meminta PH supaya memberi peluang kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyelesaikan masalah kerajaan ketika beliau masih memegang jawatan.

Katanya, gesaan Abdul Hadi itu dibuat ketika sebahagian pemimpin UMNO mempersoalkan Najib dan beliau juga berdepan dengan pelbagai dakwaan rasuah dan salah guna kuasa.

“Kalau dulu, Najib diminta supaya dibenarkan menghabiskan penggalnya, kenapa kerajaan PH yang baru beberapa bulan memerintah hendak dijatuhkan?

“Saya dapati berlaku gandingan unit beberapa pihak yang berpakat mahu menentang kerajaan semasa Malaysia.

“PAS dan UMNO berganding bahu mengasak dari dalam, manakala Singapura yang didakwa menjadi ejen Israel dan Yahudi di rantau ini memberi tekanan dari luar. Inikah politik matang dan sejahtera PAS yang boleh bekerjasama dengan UMNO selepas mereka terbabit dalam isu kafir mengkafir dulu,”
katanya.

Raja Bahrin, yang juga Pengerusi Biro Antarabangsa Amanah itu turut mendakwa gesaan dibuat Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar supaya menteri kabinet bangkit menghadapi Singapura mungkin mempunyai niat tertentu.

“Sikap sebegitu sepatutnya ditunjukkan Khairy semasa dia menjadi menteri dalam kabinet Barisan Nasional (BN) dulu.

“Gesaan beliau (Khairy) supaya menteri bertelagah dengan Singapura, memberi gambaran jelas UMNO dan PAS memainkan peranan menggugat kerajaan PH dari dalam sambil mengharapkan Singapura melengkapkan strategi dengan asakan dari luar,”
katanya.



Menteri Cari Pasal, Pakatan Tanggung Padah.

Zainal Rashid Ahmad |BERADA dalam perhimpunan anti Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) satu pengalaman baharu sejak Pakatan Harapan (PH) berkuasa.

Ketika sampai di depan Sogo, Jalan Tunku Abdul Rahman pada 10.40 pagi, Perhimpunan ICERD atau Perhimpunan Ummah ini hanya terasa hanya suam-suam kuku. Jumlah yang hadir waktu itu, hanya sekitar 10,000 sahaja.


Namun, setiap sepuluh minit waktu bergerak, angka peserta naik mendadak. Menjelang 1.00 tengahari, di semua spot berkumpul, termasuk Masjid Negara, Masjid Jamek dan sekitar Dataran Merdeka - jumlah kepadatan manusia padat mendadak.

Sekitar 150,000 demonstran sudah siap sedia memulakan perarakan. Suasana jadi makin membara ketika lebih 30,000 manusia membina saf solat Zohor di depan Sogo sebelum perarakan bermula.

Walaupun sebagai wartawan yang bertugas melapor dan sekaligus mengendalikan pergerakan empat pasukan pelapor di lokasi strategik, saya juga berdiri di celah puluhan ribu demonstran di Jalan Tunku Abdul Rahman sebagai manusia biasa.

Ia lokasi pilihan tetap, setiap kali saya turun melaporkan mengenai perhimpunan awam di negara ini. Sejak era Reformasi 1998. Namun, hari ini, fikiran dan perasaan terasa lebih matang.

Saya terlatih berada dalam demonstrasi awam sejak menyaksikan Perhimpunan Bersih 1 pada 2007. Saya juga berada di lokasi yang sama hingga Bersih 5 pada 2016.

Jiwa wartawan dan perasaan seorang manusia serta harga diri sebagai rakyat Malaysia sentiasa bercampur baur. Perasaan ini mempengaruhi tiap momen terhadap setiap aksi dan laungan yang didengar.

Sebagai wartawan dan editor strategi, saya melihat fakta untuk siaran berita. Sebagai manusia, jiwa pula berbisik pelbagai kata yang terbit daripada segala macam rasa.

Menguruskan kerja wartawan dan editor tidaklah sukar. Komunikasi Whatapps memudahkan semua aliran kerja. Tiap minit maklumat bergerak dalam komunikasi pasukan kerja di lokasi dan di studio.

Artikel saya pada 28 November ada menyebut: ICERD boleh jadi punca jahanam. Satu amaran kepada kerajaan, sekiranya kenyataan-kenyataan yang boleh ditafsir sebagai anti Islam dan anti Melayu terus diungkapkan atas nama ICERD, pasti akan ada impak buruk.

Tidak perlu bercakap soal orang Melayu dan umat Islam tidak matang kerana menolak ICERD. Bahasa politik dan bahasa nurani berbeza. Orang Melayu akan tetap beranggapan, melalui Kontrak Sosial dan segala tolak-ansur menuju kemerdekaan pada 1957, orang Melayu dan umat Islam sudah jauh melangkaui idea ICERD.

Memberikan kerakyatan pada orang Cina dan India, serta kluasa agama-agama lain bebas diamalkan, adalah kebijaksanaan orang Melayu melangkaui idea ICERD.

Justeru, tindakan berterusan memperlekeh Melayu dan umat Islam atas nama memegahkan ICERD hanya akan membakar api yang sepatutnya tidak perlu dinyalakan.

Sikap buruk menteri-menteri Pakatan Harapan (PH) yang terus menerus membangkitkan isu ICERD, menampakkan PH bukan kerajaan yang muafakat dalam memghormati keputusan sebulat suara kabinet menolak ratifikasi ICERD. Malah, macam berantakkan pula sifat kerajaan PH.

Selepas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mengumumkan ICERD tidak akan dilaksanakan, masih ada menteri kabinet yang terus mengomel. Menghantar isyarat bahawa ICERD tidak dibatalkan. Sikap bercakap di luar kabinet sebagai individu ini antara punca yang melemahkan komitmen PM pada rakyat. Terutama orang Melayu dan umat Islam.

Apabila lebih 150,000 orang berhimpun pada 8 Disember, ia menampakkan realiti lain dalam apa yang gagal difahami kerajaan. ICERD yang muncul kerana mimpi buruk negara Barat akibat trauma Perang Dunia ke 2, tidak wajar dijadikan mimpi buruk rakyat Malaysia.

Berbalik pada cerita ketika berada dalam perhimpunan ICERD.

Suara protes Melayu Islam jelas dan ketara kerana ICERD. Namun, ia hasil kegagalan dan kegopohan kerajaan sendiri. Ada menteri yang membawa agenda peribadi atas nama kabinet. Melaungkan agenda ICERD sebagai misi peribadi ketika kabinet belum pun memutuskan pendirian kerajaan mengenai status ICERD.

Akibat sikap gelojoh menteri ini, kerajaan PH terpaksa menanggung kesan buruk. Impian peribadi seorang menteri telah meletakkan hubungan kaum dan agama dalam keadaan bahaya.

Ia bukan kerana orang Melayu dan umat Islam tidak matang, namun protes yang berlarutan hingga mencetuskan gegaran luar biasa dalam perhimpunan Sabtu lalu adalah akibat kegelojohan melulu.

Orang boleh saja memperlekeh kesan perhimpunan semalam sebagai agenda PAS atau Umno. Memperlekehkan suara 150,000 umat Islam sebagai suara kakasan pembangkang. Namun, ia bukan pandangan bijak. Tidak semua benda adalah politik.

Sebenarnya, PAS dan Umno hanya mengambil kesempatan politik kerana ICERD menyentuh langsung mengenai Islam dan Melayu. Perasaan marah orang Melayu Islam sebenarnya meletus kerana kegopohan Menteri Perpaduan, P Waytha Moothy.

Kalau Senator dan bekas pengasas Hindraf ini tidak bersikap prejudis dan gelojoh melaksanakan kempen untuk memaksakan ICERD dilaksanakan, kerajaan PH tidak perlu membayar dengan harga yang mahal. Melihat ratusan ribu rakyat bangkit ketika PH baru enam bulan berkuasa, sebenarnya budaya cari pasal yang tidak perlu terjadi.

Orang macam Waytha Moorthy tidak akan peduli pada perhimpunan 8 Disember. Sebagai menteri yang anarkis, perhimpunan semalam akan dijadikan cabaran untuk beliau lebih nekad. Sikap Waytha Moorthy jelas tidak mewakili aspirasi kerajaan PH. Tindak-tanduknya ketara mahu melaksanakan agenda peribadi melalui kedudukannya sebagai menteri.

Waytha Moorthy punya rekod buruk sebagai ultra agama. Tidak perlu merujuk pada video viralnya pada 2011, ketika menfitnah negara ini sebagai penindas penganut Hindu. Secara konsisten, Waytha Moorthy tidak menunjukkan semangat setia kawan sebagai kabinet kerajaan PH.

Percayalah, Dr Mahathir akan terus terpaksa mencuci segala kekotoran politik terutama isu agama dan kaum selagi orang seperti Waytha Moothy bersikap cauvinis dan anarkis.

Selagi sentimen anti Melayu dan Islam dilaungkan dalam kerajaan, nyawa politik PAS dan UMNO akan terus mekar dan subur dengan modal perhimpunan jalanan!

Perlukah kerajaan PH menghadapi semua ini ketika isu utama sekarang ialah rakyat mengharapkan negara segera bergerak ke hadapan dan aspirasi Malaysia Baru terpancar dalam konteks ekonomi dan kualiti hidup.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...