Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 22 November 2013

Kritikan Terhadap Rosmah Membuatkan Pelabur Lari, Menteri Sedih.

Baru aku tahu.


Siyes. Selama neh aku tatau pula. Sekarang baru aku tahu yang mana ;

1. Kritikan2 terhadap Rosmah akan menjauhkan pelabur

2. Menteri rasa sedih jika rakyat mengkritik Rosmah disebabkan pelabur akan lari.

Nampaknya samada pelabur mahu melabur atau tidak mahu melabur di negara ini adalah bergantung harap kepada pendapat kita terhadap Rosmah Mansur.

Kalau kita kritikan Rosmah Mansur = pelabur akan lari.

Kalau kita puji Rosmah Mansur = pelabur akan datang ke?

Oleh kerana pelaburan di negara ini hanya akan berlaku disebabkan Rosmah Mansur dan bergantung harap kepada pendapat rakyat terhadapnya, apa kata kesemua menteri2 yang ada dalam kerajaan berambos secara berjemaah. Apa cukup kasar ayat aku? Oke, aku ubah sikit.

Apa kata menteri2 yang ada jawatan dalam kerajaan sekarang neh meletak jawatan dan pergi lakukan sesuatu dengan hidup anda. Buat apa rakyat bayar gaji korang kalau peranan korang tue boleh disempurnakan oleh Rosmah Mansur dan rakyat?

Betul tak?

Korang tak boleh bawa masuk pelabur. Tetapi pendapat rakyat terhadap Rosmah boleh. Ini bermaksud rakyat dengan Rosmah kena bekerjasama. Jadi ini juga bermaksud yang rakyat dengan Rosmah je yang boleh buat kerja neh. Jadi berambosla dari kedudukan masing2. Korang ada ke takde ke kat situ bukan ada bawa apa2 effect pun. Bahkan membazir wang kerajaan aje sebab bayar gaji orang2 yang tak boleh perform dalam kerajaan. Kan membazir tue amalan syaitan. Takan nak suruh kami jadi syaitan pula? Kami taknak membazir. Harap maklum la ek.

SO PLEASE MENTERI2 SEKALIAN, KALAU TAK BOLEH BAWA MASUK PELABUR TOLONG JANGAN MAKAN GAJI BUTA MA. BERHENTI DAN BIARKAN SAJA RAKYAT DAN ROSMAH MENTADBIR NEGARA INI.

Oke tak cadangan aku? Mohon setuju la ek.

Terima kasih.

Khamis, 21 November 2013

Rupa2nya Isteri2 Menteri Pun Ikut Rosmah Mansur Ke Qatar - BN Kantoi !!!

Pertama sekali aku nak tahu isteri Noh Omar ikut ke tak ikut sekali rombongan mama Rosmah buang duit ke luar negara?

Kemain lagi dia bekap. Kalau Azalina tue aku faham la. Pasal dia pun ikut sekali trip tue. Cuma bab Noh Omar neh aku kurang faham sangat. Kemain marah dia dengan ahli2 parlimen pembangkang masa bahas isu mama Rosmah neh. Ada apa2 ke beb?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Apa pun korang baca dulu apa yang dikemaskini melalui portal berita Malaysiakini tadi beb.


Patutlah beb.

Masing2 dok cover baik punya. Aku cover ko, ko cover aku oke. Mana taknya. Bukan setakat isteri PM je p. Isteri2 menteri lain pun join sekaki. Apa yang isteri2 menteri buat bila tiba di sana? Adakah mereka juga berjasa kepada rakyat di negara ini? Adakah mereka juga pergi ke sana atas lawatan kerja? Adakah mereka juga dibiayai oleh dana awam terutamanya bab penginapan dan perbelanjaan sepanjang berada di sana?

Kalau bab pengangkutan tue, lue jangan cakap la.

Dah memang sah2 naik satu pesawat dengan mama Rosmah kita. Mesti la kerajaan yang tanggung punya. Takan pula mama Rosmah kita kenakan tiket plak kan kat isteri2 menteri tue. Dah mama Rosmah pun naik percuma, mestila depa pun naik percuma. Kita pun dapat percuma la juga. Percuma tengok benda neh berlaku depan mata. Oke tak?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Dah makin gila dah aku tengok benda neh. Ada juga aku cuba2 belajar untuk mewajarkan pemergian mama Rosmah ke sana atas nama lawatan kerja. Almaklumla, i kan love Rosmah Mansur. Tapi bila dah start masuk isteri2 menteri pun join sekaki, tambah2 si Shahrizat pun ada sekali, aku dah mula faham dah. 

Ini sah2 menggunakan harta benda kerajaan atas nama kepentingan peribadi. Katakanla depa semua bayar sewa, kos penyelenggaraan guna wang sendiri, aku boleh terima la juga sikit2. Tapi seperti yang kita sedia maklum, daun ialah daun. Daun tak boleh bertukar menjadi duit hanya kerana ko sangka daun tue duit. Dan seperti itulah juga ko sedang membohongi diri ko jika ko beranggapan bahawa sekumpulan isteri2 menteri yang menggunakan pesawat ekskutif milik kerajaan untuk ke luar negara sebenarnya sedang menanggung kos perbelanjaan dorang sendiri. Samada menabung ataupun tak menabung, dorang memang ke sana menggunakan dana awam. Mampos. Rakyat juga yang kena bayar.

Gambar2 Rosmah Mansur Ketika Melawat Qatar.

Woahh

Bukan mama Rosmah aje beb yang ada sekali dalam private jet tue. Si Shahrizat Abdul Jalil pun ada. Getik la pula aku baca nama jawatan dia kat website rasmi mama Rosmah. Berapa la gaji dia sebulan untuk menjawat jawatan atas nama nak menghalalkan kewujudan dia dalam agensi kerajaan agaknya ek?

Dan si Najib neh pun satu hal. Semua yang rakyat dah lupuskan dan pupuskan semua dia kutip satu persatu dan jadikan mereka samada sebagai pegawai khas [penasihat rasmi] ataupun senator..

Chelakey.

Dengan gaji depa yang berpuluh2 ribu sebulan tue bagi setiap seorang, kalau dipecah2kan dapat bayar gaji beberapa orang kakitangan yang boleh buat pelbagai kerja.. dorang betul2 melakukan pembaziran yang maksima tapi yang disuruh berjimat itu, kita. Macam la kita membazir menggunakan duit dorang. Macam HARAM.

BTW, mari perhatikan lawatan 'kerja' la sangat mama Rosmah ke luar negara tue menerusi gambar2 kat bawah neh beb ;



Apa dia buat kat sini? Dia buat ==>

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor membuat lawatan ke Bandaraya Kemanusian Antarabangsa Dubai yang merupakan satu komuniti yang menempatkan pelbagai agensi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) serta badan-badan kemanusian antarabangsa di sini, petang Rabu.


Then lagi ;


Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Penasihat Khas kepada Perdana Menteri bagi Pembangunan Usahawan Wanita dan Iktisas, Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil beramah mesra bersama Perdana Menteri Qatar, Sheikh Abdullah Nasser Khalifa Al-Thani selepas membuat kunjungan hormat di ISF Kompleks di sini, malam Isnin.

Dan lagi ;






Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor beramah mesra selepas menyaksikan Majlis Pertukaran Dokumen Memorandum Persefahaman (MOU) antara Permata Pintar yang dikendalikan oleh UKM dan Alliance International Investment yang diwakili oleh Naib Cancelor Universiti Kebangsaan Malaysia, Tan Sri Dr Sharifah Hapsah Syed Hassan Shahabudin (kanan) dan Pengerusi Alliance International Investment, Amin Hassan Mohammed (kiri) di sini, hari ini.

 
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor bergambar kenangan bersama Menteri Tenaga dan Industri Qatar, Dr Mohammed Saleh Al Sada (tiga, kiri) dan pihak penganjur selepas menyampaikan ucaptama pada Forum Antarabangsa Usahawan Wanita Qatar yang ke-4 di sini, hari ini.
Gambar2 di atas neh diambil dari 10,11,12,13 dan 14 November 2013. Dari Qatar ke Dubai. 

Kita tatau la sepanjang penginapan di sana, berapa banyak yang habis kan. Yang tue punya rakyat Malaysia doa2kan la juga moga2 tak la terlalu banyak yang berhabis. Selain dari isu penggunaan pesawat ekskutif atas nama lawatan peribadi, kita juga terfikir2 jika sepanjang penginapan Rosmah Mansur di sana, dibiayai oleh wang pembayar cukai juga?

Boleh baca satu persatu ayat yang digunakan dalam website rasmi Rosmah Mansur. Menyaksikan orang sign MEMORANDUM. Melawat. MEMBERIKAN UCAPTAMA untuk forum yang dah terbukti dia bukan la individu yang layak [sebab bukan USAHAWAN WANITA] pun.. 

Pendek kata apa yang dia buat semua di atas neh memang cam pelik sangat untuk suruh kita mengucapkan terima kasih dan menghargai jasa2 dia.

Yang sebenarnya, bukan la menjadi benda2 pelik perkara2 di atas neh dibuat oleh mana2 negara. Tujuan dia nak menjalinkan hubungan dua hala antara negara2 yang berbeza. Nak merapatkan silaturahim la orang katakan. 

Tapi yang jadi pelik gile tue, Rosmah Mansur bukan la kakitangan kerajaan yang boleh terlibat dalam urusan rasmi kerajaan. Dan disaat kerajaan sendiri sedang dilanda kemelut ekonomi sampai kena potong subsidi untuk rakyat di sana sini, bukan kah lebih baik untuk kerajaan kita start kurangkan lawatan ke luar negara? Apatah lagi lawatan2 yang tidak perlu dan tidak penting pun seperti di atas? Dan jika perlu sekalipun, start la berfikir untuk melawat menggunakan kapal terbang MAS dan sebagainya bagi menjimatkan kos perbelanjaan kerajaan. Betul tak?

Jimat cermat jangan la hanya campakkan ayat tue kat rakyat aje. Yang sepatutnya kerajaan yang kena jimat cermat dulu sebab dah sah2 kerajaan berbelanja menggunakan wang orang lain. Yang rakyat neh, dah sah2 berbelanja menggunakan wang sendiri. Ke kami semua petik wang dari pokok yang pemimpin2 negara tanam, semai dan baja sentiasa? 

Lue fikirlah sendiri ek. 

Rabu, 20 November 2013

Hot : Surat Rahsia Mengenai Rosmah Mansur Tersebar !!!!

Beb.

Terdapat satu sebaran menerusi media sosial sekarang neh. Pasal Rosmah Mansur. Dan yang tak tahan tue macam kebetulan aje isu neh pasal pesawat juga. Jika hari tue pesawat ke Qatar kali neh pesawat ke tempat lain pula. Tapi kes kat Qatar tue dah lepas kan, yang neh belum lagi beb.

Lihat bawah ;

Kat garisan hijau tue dia dok highlightkan perkataan ==> PESAWAT PERIBADI BELIAU

Seolah2 nak membayangkan Rosmah kita ada pesawat sendiri beb. Siyes Rosmah ada pesawat sendiri? Ataupun ini pesawat kerajaan? Kalau dimiliki oleh kerajaan apa jadahnya ko tulis macam tue? Tulis la elok2 sikit jangan sampai orang lain salah faham.

Tapi kan beb, benda tue aku tak berapa amek port la sangat kan. Isu kecik. Ini masalah ayat punya citer nak ulas lebih2 buat apa. Buang masa aje boleh la. Yang aku amek port tue ialah Rosmah kita aduhaiiiiiiiiiiiiiiii guna pesawat lagi. Blablablab datang dan pergi guna pesawat. Bukan atas urusan kerja atau lebih tepat urusan rasmi yang membolehkan pesawat tersebut digunapakai maaa. Nak memudahkan urusan dia jek. Taknak bersesak atas jalan jem dan sebagainya la neh. Kan?

Hamboiiiiiiiiiiiiiii

Time PRU hari tue sanggup naik bas ye? Walaupun bas mewah gila babi.

Sanggup mama rosmah kita makan tepi jalan yer. Makan kat kedai mamak lagi.

Lepas tue sanggup la pula makan dengan rakyat guna pinggan plastik.

Tak cukup dengan itu, mama rosmah kita melawat dari satu kampung ke satu kampung. Konon prihatin le tue.

Tapi mana keprihatinan itu semua hilang selepas menang PRU?

Dah buang make up ke mama rosmah oi? Hanya orang BEBAL nak MAMPOS aje percaya dengan lakonan2 ahli2 politik neh. Getik ai tengok. Getik nak mampos.

Apa pun, sesiapa yang tengok berita mesti tahu punya. Sejak2 kes dokumen cuti hari jumaat bocor, ia mengundang kemarahan kerajaan negeri Johor. So akta rahsia bahawa kakitangan awam tidak boleh mendedahkan apa2 dokumen rahsia akan digunapakai terhadap penjawat2 awam. Ah sudah. Kena ugut la pula kakitangan awam sekarang neh.

So jika dokumen di atas ini benar, dan info2 di dalam nya benar ini terbukti sekali lagi duit rm500k kita akan terbang. Ini kerana purata perbelanjaan penggunaan pesawat oleh menteri2 dan pegawai2 khas kerajaan pada tahun lepas ialah setiap kali pesawat terbang, setiap kali itu la juga rm500k melayang.

Ini yang bikin ahti aku semakin panas neh. Kecik besar kecik besar aje aku tengok Najib tue. Kalau Rosmah yela takde kecik. Besar aje. Aku pun takut. Dengan Najib aku berani sikit. So sekarang sesiapa yang berkenaan tolong jawab. Adakah surat di atas benar? Perkara di atas benar? Apa hak yang Rosmah ada sehingga urusan peribadi dia menjadi urusan rakyat Malaysia pula? Sapa itu Rosmah Mansur sehingga kami perlu biayai kos perjalanan dia? 

Padan la menteri2 kita berlagak sakan ye. Jarang2 guna jalanraya tatau jalanraya tue teruk nak mampos. Lepas tue buat polisi2 bangang yang mengenakan orang. Dapat pula orang macam Rosmah Mansur lagi haru. Ini sapa nak bagi jawapan atas semua persoalan2 aku di atas? Cepattttt... sebelum aku mengamok kat Putrajaya tue karang.

Pemilik Sebenar Vila Nabila Ialah Orang Singapura.


Vila hantu tue orang SG yang punya rupanya. Laa.. orang SG bukan saja berminat beli rumah2 baru yang dijual kat Johor bahkan rumah2 lama dan dikatakan ada hantu pun depa sapu juga.

Kah Kah Kah

Baca sat ;
Pihaknya mengakui menghantar notis kepada pemilik tanah Villa Nabila, iaitu  seorang warganegara Singapura. “Kita tidak boleh bersihkan kawasan berkenaan disebabkan kawasan banglo  tinggal itu adalah pemilikan persendirian.
 
Sapu habisla orang2 SG kat Johor tue. Rumah baru, rumah sub-sale, rumah tepi jalan, rumah lama dan terbiar, semua depa masuk dan beli.

Yeah.. 

Justeru kita arahkan pemiliknya tutup laluan masuk ke kawasan berkenaan. “Ini disebabkan kawasan itu dilaporkan menjadi tempat aktiviti tidak sihat malah ia kembali menjadi tumpuan  selepas tersebar berita kehilangan seorang remaja sebelum ini selepas masuk ke dalam banglo tersebut,” katanya.

Ismail memaklumkan, pihaknya tidak boleh merobohkan banglo tinggal itu kecuali premis itu mengganggu kawasan laluan selain status pemilikannya.

Katanya, walaupun keadaan kawasan banglo lama itu kelihatan terbiar selain dipenuhi  semak, bagaimanapun pemiliknya tidak culas untuk membayar cukai harta kepada MBJB.

“Jika pemiliknya masih gagal membersihkan mengikut tempoh yang diberikan, MBJB akan bertindak menutup laluan masuk ke villa itu selain membersihkannya.

“Keseluruhan kos membersihkan kawasan itu akan dicaj melalui akaun cukai harta pemilik terbabit,” katanya. -SH-

Nilai duit orang besar. Kalau kita buat rumah, kalau rakyat sendiri tak mampu beli takan nak biarkan aje rumah tue tak terjual. Kena la jual kat orang yang mampu beli, baru ada untung ma.

Yang menarik tue walaupun banglo tue terbiar gila babi, pemilik banglo langsung tak pernah skip bayar cukai beb. Hehe. Cuma kawasan tersebut menjadi sarang kegiatan pihak2 yang tidak bermoral. Elok la juga ko letak patung hantu betul2 kat situ. Tengah2 malam mao seriau sekor2 buat kerja tak elok la kan. Lepas tue balik mengadu kat mak ternampak hantu. Then kecoh lagi satu Malaysia.

KAH KAH KAH

Apa2 pun sila la jual dan lego lagi apa2 hartanah kat Johor tue pada Orang Singapore. Agak2 dah lebih dari separuh hartanah di Johor dimiliki oleh SG, baru la buat2 rasa menyesal dan memikirkan kenapa ini semua terjadi. Elok juga kalau time tue salahkan Pakatan Rakyat. Cakap aje ini agenda Pakatan Rakyat nak jahanamkan negeri Johor, oke tak?

KAH KAH KAH

Selasa, 19 November 2013

Keluar Selangor Jika Engkar Titah Sultan.

Apahal plak nak keluar dari Selangor? Adakah satu Selangor itu Sultan Selangor yang punya? Nampak macam hebat. Gelaran prof. Perghhh. Ini mesti study pandai neh. Tapi hujah macam apa. Hujah2 yang nak mengenakan orang aje. Benda la lue neh prof.

Rujuk bawah ;


Aku akan bagi jawapan aku terlebih dahulu. 

Aku ;

1. Taknak dengar. Atau patuh. Atau ikut apa2 yang Sultan Selangor sebutkan di atas.

2. Aku juga taknak keluar dari Selangor atau negara neh.

So apa yang ko boleh buat? Adakah nak paksa orang untuk terima pula? Aku berhak la ada pendapat lain. Aku tak semestinya wajib bersetuju dengan apa2 yang dikatakan oleh Sultan Selangor. Sesiapa pun tak berhak paksa kita berfikir ikut cara mereka selagi mana pemikiran kita tak bersalahan ataupun melanggar apa2 hukum yang Allah tetapkan.

Kat Sabah boleh, kat Sarawak boleh, so adakah benar ini ada kaitan dengan akidah?

Jangan main2 dengan akidah orang kalau ko pun tatau citer sebenar beb. Ko bukan tuhan. Jadi jangan berlagak macam tuhan.

Bab akidah kerja Allah. Syurga neraka kerja Allah. Dosa pahala kerja  Allah. Jangan nak lebih2 sangat la kalau tak kenal orang tue betul2.

Lagi satu. Tolong la jangan tipu2 pemikiran sendiri. Kita semua tahu mana ada keturunan raja dan sebagainya. Yang ada keturunan Nabi Adam. Semua manusia berasal dari Adam yang satu itu. Adam dan Hawa. Kita semua tahu Allah tak ciptakan darjat dan perbezaan status pun antara kita. Yang meletakkan konsep darjat ini manusia. Yang memaksa kita menerima kewujudan konsep darjat ini pun manusia. Manusia yang mengarahkan kita untuk berfikir jika dia raja maka ini kelebihan dia dan blablabla.. sedangkan kalau ko buka balik Islam, ko akan tahu ;

Allah adili ko berdasarkan dua konsep aje => iman dan taqwa.

Mana konsep2 darjat dan sebagainya neh?

Benda yang manusia wujudkan, then manusia di paksa mentaati benda tue tanpa banyak soal tak kira la betul atau salah atas nama DARJAT [yang neh manusia ciptakan], bukan kah ada sesuatu yang tak kena disitu?

Konsep dia mudah.

Jika ia benda betul, tak kira siapa pun laksanakan, kita mesti taat punya. Sebab benda betul = selari dengan konsep Islam = kebenaran.

Jika benda itu salah, tak kira sapa pun yang buat, kita mesti bantah punya. Sebab benda salah = selari dengan konsep Islam juga = menolak kejahatan.

So dari sini kita susun pemikiran kita. Mesti berlandaskan salah atau betul.

Jadi dekat sini, apa kata Sultan Selangor perhatikan dulu anak dia macam mana. Google aje. Bersepah sepah. 

Ketua agama Islam? Good. Label yang menarik tue. Amalkan ye. Jangan setakat label. Malu ai. Orang memerhatikan oke.

Bai. 

Menteri Seru Rakyat Malaysia Terima Kasih Kepada Rosmah Mansur.

Statement macam HARAM.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Woit. Nak bodek pun jangan la sampai macam neh. Betul ke ko neh menteri hah? Macam badut aje aku tengok. Tak habis2 dengan statement bangang. Apa jadahnya aku nak terima kasih kat Rosmah Mansur yang dah terbukti gunakan kemudahan kerajaan yang mana dia tak layak pun dapat tapi dia dapat atas kapasiti dia isteri Najib? Itu kan pembaziran namanya?

Lihat bawah ;


Maaf, menteri maaf. Aku takde masa nak terima kasih kat Rosmah. Baru aku bagitau aku rindukan Rosmah Mansur aje terus ko keluarkan statement merapu. Belum lagi aku cakap aku sayang Rosmah nak mampos. Mao lagi teruk statement yang bakal keluar. Ini kerja gila.

KAH KAH KAH

Setakat segala2nya ke sana ke mari free, percuma, lepas tue kertas kerja orang sediakan, lepas tue projek apa seme disiapkan orang, then nak bersusah payah apanya? Bukan jalan kaki pun? Naik pesawat hebat. Duduk kat hotel hebat. Naik kereta hebat. Berjalan di tempat2 yang hebat. Makanan pun hebat2 belaka. Apa penat? Apa lelah? Takde apa pun. Macam berjalan2 makan angin je. Sambil makan angin sambil sign. Lawatan makan angin di jaja lawatan kerja. 

Ehhhh ingat rakyat Malaysia neh BODOH NAK MAMPOS ke apa sampai tak reti nak tafsir, fikir, analisa dan telek benda neh betul2?

Kemon la menteri. Nak jadi pelawak, sila jadi pelawak. Nak jadi menteri, tolong bersikap macam seorang menteri.

Apa pun tak boleh la dia neh.

KAH KAH KAH

Isnin, 18 November 2013

23 Remaja Hilang Kena Culik Dengan Hantu? - Ini Penjelasan POLIS.

Bagi yang tak faham citer, baca dulu episode pertama kat sini ;

http://sozcyili.blogspot.com/2013/11/23-remaja-hilang-di-villa-nabila.html

Cerita hantu la pula. Dorang tatau yang BN lagi seram dan menakutkan dari hantu. Benda dah terang2 bahaya lagi menakutkan. Siap boleh rasa terseksa lagi. Nak takut hantu buat apa nya. 

Hehe.

Menurut dari rakan blogger disini ;



Kecoh dilaman sosial apabila 23 orang dilaporkan hilang daripada jumlah 30 orang manakala 7 lagi terselamat setelah memasuki Villa Nabila. Hakikatnya, pihak polis hanya menerima satu laporan polis mengenai seorang remaja yang disahkan hilang di lokasi tersebut. 

Laporan yang tersebar di laman sosial Facebook yang mendakwa terdapat kira-kira 30 remaja yang hilang di villa terbabit menyebabkan villa tersebut dikerumuni orang ramai sejak awal pagi tadi. Sebelum insiden, seorang remaja yang berusia 16 tahun dilaporkan memasuki kawasan tersebut bersama beberapa rakannya sebelum hilang sejak malam semalam.

Pihak polis menafikan dakwaan 23 orang hilang manakala 7 terselamat. Hakikatnya pihak polis hanya menerima satu laporan sahaja mengenai remaja hilang. Remaja yang hilang dikenali sebagai Mohd Izzat Izzudin Hussin yang berusia 16 tahun.

 

Sebuah villa terbiar di Jalan Skudai di sini menjadi tumpuan orang ramai sejak malam tadi apabila seorang remaja berusia 16 tahun dilaporkan hilang selepas memasuki premis berkenaan bersama beberapa rakannya. Timbalan ketua Polis Johor Bahru Selatan, Supritendan Abdul Samad Salleh berkata, remaja berasal dari Majidee itu dilaporkan keluar dari rumah sejak kelmarin dan tidak pulang sehingga kini.

Ibu remaja berkenaan ada menghubungi rakan anaknya dan dimaklumkan remaja itu telah memasuki Villa Nabila. Usaha mencari remaja berkenaan masih dijalankan di villa berkenaan dan sama ada mangsa masuk dan hilang di dalamnya masih dalam siasatan polis. Pihak polis turut mengesahkan ibu remaja terbabit turut membuat laporan polis di Balai Danga Bay pada pukul 1 pagi tadi 18 November 2013.

La bukan 23 hilang sebab kena culik dengan hantu ke? Baru nak buat citer saspen tadi.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Btw, aku tak rasa kehilangan adik Izzat tue lawak oke. Harap2 adik Izzat boleh ditemui semula dalam keadaan selamat dan sihat hendaknya. Adik, kalau ko selamat dan baca blog neh, cepat2 balik ek. Emak ko risau tue. Tak baik buat emak kita nagis oke.

Bai

Anak Saya Mati Ditembak - PDRM Atau Pihak Hospital Yang Berbohong?


Bila berlakunya sesuatu seperti maklumat yang bercelaru, itu la yang menyebabkan persepsi awam terhadap agensi kerajaan menjadi negatif.

Pada asalnya mereka bukan nak heran sangat pun andai benar polis sedang menjalankan tugas. Tetapi start aje laporan demi laporan yang keluar tidak selari dengan kenyataan2 dari pihak polis, ini la yang menyebabkan public rasa tak yakin dengan intergriti pihak polis.

Dorang pun manusia ma.

Mesti dorang terfikir punya.

Ini kalau jadi kat aku macam mana? Boleh percaya ke PDRM akan telus dan jujur dalam menjalankan tugas? Takan benda2 kecik gini pun nak bohong kot der? Kalau ko buat benda betul kan ko cakap terus terang aje sudah la. Sebab ko buat benda betul kan. Tapi bila ko dah start berbohong tue kenapa? Ko buat benda tak betul ek? Ko tak ikut protokol ek? Anak orang mati angkara ketidakcekapan anggota ko ek?

Nah.

Persepsi neh terbentuk bukan kerana masyarakat suka2 nak bentuk ikut mood dorang jek. Dorang pun reti gak analisa keadaan dan baca jalan cerita. Sebab tue PDRM kena jelaskan bagi habis sapa sebenarnya yang menipu dalam kes kat bawah neh hah.

Penjelasan si bapa dalam kes rampas kereta polis ;

MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

“Dia yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

“Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

“Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.


“Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

“Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena,” katanya.

Abdul Nasir berkata, pada 5.15 pagi, polis memberitahu kenderaan dipandu mangsa terbabas merempuh perhentian bas dan dibawa ke HoSHAS.

Menurutnya, setiba di hospital, mangsa diberi rawatan dalam keadaan tidak berapa sedar.

“Saya pegang tangan Allahyarham dan cakap ‘Angah ini ayah’ sebelum mengucap dua kalimah syahadah di telinganya. Tidak lama, Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

“Saya tidak puas hati kerana laporan ini bercanggah dengan kenyataan polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod rawatan sakit mental, tetapi sering mengalami gangguan emosi sejak terlibat dalam kemalangan pada September tahun lepas.

“Allahyarham baru habis belajar di Gebeng dan akan ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Dia memang ada ambil ubat penenang dari HoSHAS kerana gangguan emosi, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan.

"Allahyarham juga suka berzikir dengan kuat hingga takutkan orang berdekatan," katanya.

Namun katanya, mangsa tidak lagi berzikir dengan kuat selepas berubat perubatan Islam.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jengka Batu 13, malam kelmarin ~ Sinar Harian

Aku tahu. 

Memang akan wujud sekumpulan manusia yang akan bercakap2 dengan tujuan menghina dan memperlekehkan bapa kepada budak neh. Dorang mesti punya la akan bercakap dengan nada menghina dan mengejek2. Bahkan mungkin akan cakap padan la muka sebab mampos. Yang p rampas kereta polis tue sapa suruh? Nasib baik orang awam tak mati kena langgar. Dah gila tue duduk la dalam wad mental. 

Mesti ada punya la orang2 yang berperangai macam neh. Tak aneh beb.

Cakap memang senang sebab bukan anak sendiri. Sekali kena kat anak sendiri masing2 mengelupur satu badan. Sehingga kita duduk dalam situasi tersebut, anak sendiri berada dalam insiden tersebut, baru la kita boleh merasai apa yang si bapa budak tersebut rasa dalam kejadian ini beb.

Aku taknak kata polis salah. Aku pun taknak sebelahkan sapa2 dalam isu neh. Pada aku jika si bapa rasa teraniaya dia boleh minta PDRM jelaskan kenapa PDRM mengambil tindakan tersebut [iaitu tembak anak dia].

Aku pun tatau la kerja polis neh macam mana. Maksudnya aku tak berapa faham sangat protokol depa. So aku takmo ulas lebih2. Tapi kalau aku bagi cadangan jika polis boleh gunakan peluru yang tembak orang sampai orang pengsan jek, tak boleh ke? Bukan merujuk kepada semua kes, cuma kes2 macam neh la. Kalau dalam kes2 jenayah berat memang la penjenayah tue main bunuh polis je. So polis boleh la bertindak keras pada yang keras. 

Tapi dalam kes neh macam mana?

Yang mana budak tue 'sakit'.. dia pun bukan berada dalam keadaan sedar dan waras sepenuhnya.. so tak boleh ke polis buat macam tue? Maksud aku perlu ke dalam situasi macam neh kita cabut nyawa orang? Kalau perlu tembak sekalipun, tak  boleh ke tembak kat kaki je ke kat tayar ke untuk hentikan kenderaan dan sebagainya?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...