Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Isnin, 18 November 2013

Anak Saya Mati Ditembak - PDRM Atau Pihak Hospital Yang Berbohong?


Bila berlakunya sesuatu seperti maklumat yang bercelaru, itu la yang menyebabkan persepsi awam terhadap agensi kerajaan menjadi negatif.

Pada asalnya mereka bukan nak heran sangat pun andai benar polis sedang menjalankan tugas. Tetapi start aje laporan demi laporan yang keluar tidak selari dengan kenyataan2 dari pihak polis, ini la yang menyebabkan public rasa tak yakin dengan intergriti pihak polis.

Dorang pun manusia ma.

Mesti dorang terfikir punya.

Ini kalau jadi kat aku macam mana? Boleh percaya ke PDRM akan telus dan jujur dalam menjalankan tugas? Takan benda2 kecik gini pun nak bohong kot der? Kalau ko buat benda betul kan ko cakap terus terang aje sudah la. Sebab ko buat benda betul kan. Tapi bila ko dah start berbohong tue kenapa? Ko buat benda tak betul ek? Ko tak ikut protokol ek? Anak orang mati angkara ketidakcekapan anggota ko ek?

Nah.

Persepsi neh terbentuk bukan kerana masyarakat suka2 nak bentuk ikut mood dorang jek. Dorang pun reti gak analisa keadaan dan baca jalan cerita. Sebab tue PDRM kena jelaskan bagi habis sapa sebenarnya yang menipu dalam kes kat bawah neh hah.

Penjelasan si bapa dalam kes rampas kereta polis ;

MARAN - Keluarga lelaki yang maut selepas kenderaan peronda Lebuh Raya Pantai Timur yang didakwa dibawanya lari terbabas merempuh perhentian bas di simpang Kampung Bukit Lada, dekat sini, kelmarin, mungkin akan mengambil tindakan mahkamah.

Ia berdasarkan laporan bedah siasat Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) menunjukkan lelaki berusia 22 tahun itu meninggal dunia kerana kecederaan di kepala akibat ditembak.

Bapanya, Abdul Nasir Abdullah, 50, seorang guru, menolak dakwaan anaknya itu meninggal dunia akibat hentakan kepala di stering kereta.

Menurutnya, kali terakhir dia menemui mangsa adalah pada 6.30 petang hari kejadian di surau tol Chenor ketika dalam perjalanan pulang ke Kampung Jengka Batu 13.

“Dia yang sedang menongkat motosikal hanya senyum lihat saya.

“Pada tengah malam itu, seorang saudara telefon beritahu polis jumpa anak saya di tol Chenor.

“Tidak sampai setengah jam kemudian, saya dihubungi lagi memaklumkan, Angah (nama timangan anaknya) rampas pistol dan bawa lari kereta polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, setibanya di Balai Polis Pekan Awah, beberapa anggota polis sedang berkumpul untuk bertindak menahan mangsa.

Menurutnya, dia sendiri dimaklumkan anggota polis terbabit bahawa tiada sebarang tindakan melepaskan tembakan diambil seperti mana arahan pihak atasan mereka.


“Saya berada di balai tersebut sehingga jam 5.20 pagi dan ada beberapa kali anggota polis yang mengekori kereta dipandu anak saya kembali ke balai hantar laporan.

“Saya tanya mereka sama ada Angah lepaskan tembakan dan diberitahu Allahyarham tidak berbuat demikian. Sebaliknya anggota polis lepas tembakan ke arah tayar kereta tetapi tidak kena,” katanya.

Abdul Nasir berkata, pada 5.15 pagi, polis memberitahu kenderaan dipandu mangsa terbabas merempuh perhentian bas dan dibawa ke HoSHAS.

Menurutnya, setiba di hospital, mangsa diberi rawatan dalam keadaan tidak berapa sedar.

“Saya pegang tangan Allahyarham dan cakap ‘Angah ini ayah’ sebelum mengucap dua kalimah syahadah di telinganya. Tidak lama, Allahyarham meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, laporan bedah siasat menunjukkan kecederaan di kepala akibat ditembak dari jarak dekat sehingga tembus.

“Saya tidak puas hati kerana laporan ini bercanggah dengan kenyataan polis,” katanya.

Abdul Nasir berkata, anaknya itu tidak mempunyai sebarang rekod rawatan sakit mental, tetapi sering mengalami gangguan emosi sejak terlibat dalam kemalangan pada September tahun lepas.

“Allahyarham baru habis belajar di Gebeng dan akan ke masjid berdekatan untuk solat berjemaah. Dia memang ada ambil ubat penenang dari HoSHAS kerana gangguan emosi, tetapi tidak pernah melakukan kekerasan.

"Allahyarham juga suka berzikir dengan kuat hingga takutkan orang berdekatan," katanya.

Namun katanya, mangsa tidak lagi berzikir dengan kuat selepas berubat perubatan Islam.

Jenazah arwah dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Jengka Batu 13, malam kelmarin ~ Sinar Harian

Aku tahu. 

Memang akan wujud sekumpulan manusia yang akan bercakap2 dengan tujuan menghina dan memperlekehkan bapa kepada budak neh. Dorang mesti punya la akan bercakap dengan nada menghina dan mengejek2. Bahkan mungkin akan cakap padan la muka sebab mampos. Yang p rampas kereta polis tue sapa suruh? Nasib baik orang awam tak mati kena langgar. Dah gila tue duduk la dalam wad mental. 

Mesti ada punya la orang2 yang berperangai macam neh. Tak aneh beb.

Cakap memang senang sebab bukan anak sendiri. Sekali kena kat anak sendiri masing2 mengelupur satu badan. Sehingga kita duduk dalam situasi tersebut, anak sendiri berada dalam insiden tersebut, baru la kita boleh merasai apa yang si bapa budak tersebut rasa dalam kejadian ini beb.

Aku taknak kata polis salah. Aku pun taknak sebelahkan sapa2 dalam isu neh. Pada aku jika si bapa rasa teraniaya dia boleh minta PDRM jelaskan kenapa PDRM mengambil tindakan tersebut [iaitu tembak anak dia].

Aku pun tatau la kerja polis neh macam mana. Maksudnya aku tak berapa faham sangat protokol depa. So aku takmo ulas lebih2. Tapi kalau aku bagi cadangan jika polis boleh gunakan peluru yang tembak orang sampai orang pengsan jek, tak boleh ke? Bukan merujuk kepada semua kes, cuma kes2 macam neh la. Kalau dalam kes2 jenayah berat memang la penjenayah tue main bunuh polis je. So polis boleh la bertindak keras pada yang keras. 

Tapi dalam kes neh macam mana?

Yang mana budak tue 'sakit'.. dia pun bukan berada dalam keadaan sedar dan waras sepenuhnya.. so tak boleh ke polis buat macam tue? Maksud aku perlu ke dalam situasi macam neh kita cabut nyawa orang? Kalau perlu tembak sekalipun, tak  boleh ke tembak kat kaki je ke kat tayar ke untuk hentikan kenderaan dan sebagainya?

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...