Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Jun 2017

Sivarasa, Kamu Dah Melampaui Batas Kata Sultan Selangor.

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah pada semalam berkata, tindakan Anggota Parlimen Subang R Sivarasa yang berucap di dewan solat Masjid An Nur Kampung Melayu Subang sebagai 'melampau batas'.

Sultan Sharafuddin turut berkata, baginda melarang anggota politik daripada berceramah atau berucap dalam masjid kerana tidak mahu tindakan itu menjadi punca perpecahan umat Islam.
"Beta telah banyak kali mengingatkan supaya masjid jangan dijadikan tempat untuk berpolitik sama ada oleh orang Islam sendiri atau orang yang bukan Islam.
"Beta tak membenarkan ahli politik berceramah atau berucap dalam masjid kerana beta tidak mahu ia menjadi punca kepada perpecahan umat Islam.
"Namun teguran beta nampaknya tidak diendahkan dan beta ingin menegaskan - anggota parlimen Subang Sivarasa, you have cross the line! (kamu melampau batas)," kata baginda, memetik sumber Malaysiakini
Beliau berkata demikian ketika berucap di majlis buka puasa dan perasmian Masjid An Nur Temasya Glenmarie di Shah Alam.
Baginda juga dilaporkan berkata, Sivarasa boleh berucap sehingga sepuluh jam sekalipun tetapi ia mestilah dibuat di luar kawasan masjid.
"Jikalau anggota parlimen Subang hendak berucap lapan jam atau sepuluh jam di luar dari kawasan masjid, beta tidak menghalangnya.
"Itu semua terserah kepada rakyat sama ada mahu mendengar atau tidak. Tetapi jangan sesekali berucap di dalam masjid dan di dalam kawasan masjid," kata baginda.
Sehubungan itu, Sultan Sharafuddin turut mengingatkan nazir, imam dan anggota jawatankuasa (AJK) masjid agar lebih peka dan mengambil berat terhadap titah baginda yang tidak membenarkan masjid dijadikan sebagai tempat berpolitik.
Kata baginda, beliau mahu masjid dan surau digunakan sebagai tempat beribadat dan menuntut ilmu agama serta dijadikan tempat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam supaya tidak berpecah belah dan berpuak-puak.
Justeru, baginda turut mengingatkan sekiranya ada di antara nazir, imam atau AJK masjid yang ingin aktif berpolitik, mereka dinasihatkan supaya berhenti daripada jawatan berkenaan.
"Beta titahkan supaya berhenti daripada menjadi nazir, imam atau anggota jawatan kuasa masjid dan serah tanggungjawab tersebut kepada orang lain.
"Beta tidak teragak-agak untuk menitahkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) supaya menamatkan nazir, imam dan anggota jawatankuasa masjid yang melanggar dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan," katanya.
Susulan tindakan Sivarasa itu, sultan Selangor kini mengarahkan pihak JAIS menyiasat perkara tersebut secara terperinci.
"Sekiranya didapati ada bukti yang anggota jawatankuasa masjid ini melanggar peraturan yang sedia ada, tindakan selanjutnya hendaklah diambil terhadap mereka selepas bulan Ramadan," kata baginda lagi.

Jumaat, 2 Jun 2017

Saya Dah Insaf Kata Mahathir.

Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membuat pengakuan bahawa beliau telah insaf, ia sebagai menjawab mereka yang menasihatkan ahli politik berusia 92 tahun itu agar menebus kesilapan lalu. 


Bagaimanapun, bekas perdana menteri itu berkata, ia adalah kerana beliau tergerak hati untuk memulakan usaha menentang salah laku, lapor Malaysiakini

"Sebab saya insaf, saya terpaksa memberi tumpuan kepada masalah yang dihadapi oleh negara kita.

"Kalau saya cuma lepas tangan sahaja sedangkan saya dapat lihat banyak yang tidak betul dan ramai yang datang berjumpa dengan saya, berduyun-duyun, tolong buat sesuatu. Itulah sebab saya terlibat secara langsung untuk buat sesuatu. 

"Saya tidak boleh mengabaikannya. Saya sedang menyaksikan pelbagai salah laku dan ramai orang telah meminta saya untuk melakukan sesuatu," kata beliau semasa sesi secara langsung di laman Facebooknya. 

Laporan itu turut menyebut, semasa sesi Facebook, Mahathir yang kini merupakan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa para belia agar mengikuti perkembangan semasa supaya tidak mewarisi negara yang musnah. 

"Anak muda akan mewarisi negara ini. Sudah tentu tidak ingin mewarisi sebuah negara yang hancur lebur, rosak kerana perbuatan di waktu ini. 

"Sebab itu, anak-anak muda perlu mengikuti perkembangan dalam negara- politik, ekonomi, sosial supaya sebelum negara dirosakkan, tahu apa yang harus dilakukan dan mereka tentukan bahawa perosak-perosak ini tidak akan dapat teruskan usaha merosakkan setelah pilihan raya umum," tambah beliau.

Amanah, UMNO Jalin Kerjasama Kritik PAS Isu Lembah Binjai Dakwa Exco.

Oleh : Harakah Daily

ISU projek Lembah Binjai di Kubang Kerian yang digegerkan pemimpin Parti Amanah Negara (Amanah) rupa-rupanya tersembunyi agenda sulit mereka bersama Umno. 


Penduduk mendakwa ada kerjasama rapat antara kedua-dua parti tersebut bagi menghodohkan kerajaan negeri berkaitan cadangan pembangunan Lembah Binjai. 

Penghulu Mukim Mentuan, Abdullah Fikry Abdul Rahman mendedahkan kedua-dua pihak bergabung rapat bagi membesarkan isu tersebut. 

"Dalam isu ini gelagat pemimpin dan aktivis Amanah begitu terserlah sekali di mana mereka mencari setiap sudut bagi mencacatkan kerajaan negeri. 

“Umno pula mengambil peluang tampil bagi mengelirukan masyarakat memandangkan beberapa penduduk yang terlibat dengan projek tersebut merupakan ahli Umno," katanya di Kota Bharu hari ini. 

Baru-baru ini pemimpin Amanah Kelantan, Datuk Dr Abdul Halim Yusof mendakwa projek Lembah Binjai melibatkan penggunaan tanah seluas 494 ekar bagi pembangunan bandar pelancongan. 

Menurutnya kampung-kampung yang terlibat mempunyai kepadatan penduduk. 

Bagaimanapun anggota Exco kerajaan negeri Datuk Abdul Fattah Mahmood memberitahu projek pembangunan Lembah Binjai hanya melibatkan tanah di Zon A sahaja iaitu seluas 45 ekar. 

Abdullah berkata Amanah bekerjasama dengan orang Umno untuk mencemarkan imej kerajaan negeri. 

“Penduduk kampung diapi-apikan sehingga ada dalam kalangan mereka membuat laporan polis terhadap cadangan projek terbabit baru-baru ini. 

“Pemimpin Umno dan aktivis Amanah mengadakan pertemuan di rumah Abdul Rahman Awang Mat yang turut terlibat dengan projek Lembah Binjai,” ujarnya.

Dahlah Tolak #RUU355 Tapi Nak Masuk Masjid, Adakah Ini Sandiwara Kata Pemimpin PAS.

Oleh : USTAZ MUHAMMAD NAJHAN 

ALLAH SWT berfirman dalam surah al-Tawbah ayat 17-18, مَا كَانَ لِلْمُشْرِكِينَ أَنْ يَعْمُرُوا مَسَاجِدَ اللَّهِ شَاهِدِينَ عَلَىٰ أَنْفُسِهِمْ بِالْكُفْرِ ۚ أُولَٰئِكَ حَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ وَفِي النَّارِ هُمْ خَالِدُونَ إِنَّمَا يَعْمُرُ مَسَاجِدَ اللَّهِ مَنْ آمَنَ بِاللَّهِ وَالْيَوْمِ الْآخِرِ وَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَآتَى الزَّكَاةَ وَلَمْ يَخْشَ إِلَّا اللَّهَ ۖ فَعَسَىٰ أُولَٰئِكَ أَنْ يَكُونُوا مِنَ الْمُهْتَدِينَ Maksudnya, "...Tidaklah layak orang-orang kafir musyrik itu memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah, sedang mereka menjadi saksi (mengakui) akan kekufuran diri mereka sendiri. 


Mereka itu ialah orang-orang yang rosak binasa amal-amalnya dan mereka pula kekal di dalam neraka..." 

"Hanyasanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan sembahyang dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi dari golongan yang mendapat petunjuk..." 

Polemik isu seorang yang bukan Islam memasuki masjid adalah perkara yang tidak boleh dipermainkan dan dibuat sekadar andaian. 

Ini kerana Masjid adalah merupakan tempat dan lokasi yang paling suci bagi umat Islam walau bagaimana rupa sekali pun masjid itu dari sudut fizikalnya sama ada masjid yang hanya bertiangkan pelepah tamar sehinggalah bertatah intan permata sekalipun. 

Di sana terdapat perbincangan para ulama dan fuqaha' yang sangat luas berkait persoalan siapa yang berhak dan dibenarkan (harus) memasuki masjid dari satu sudut dan siapa yang memakmurkan atau membuat pengisian di dalamnya adalah satu sudut yang lain. 

Apa itu Masjid? 

Maka dimaksudkan dengan perkataan ( مَسْجِد ) adalah tempat bersujud, dan bentuk jamaknya adalah ( مَسَاجِد ). 

Adapun menurut istilah syarak yang dimaksudkan dengan masjid adalah suatu bangunan yang memiliki batas-batas tertentu yang didirikan untuk tujuan beribadah kepada Allah seperti solat, zikir, membaca al Quran dan ibadah yang lainnya. 

Ia juga tempat didirikan solat berjamaah, solat Jumaat atau tidak. Allah berfirman dalam surah al-Jin ayat 18, Maksudnya, “..Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah. 

Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping (menyembah) Allah... ” 

Adapun perkataan “memakmurkan masjid” adalah bermaksud membangun dan mendirikan masjid, mengisi dan menghidupkannya dengan berbagai ibadah dan ketaatan kepada Allah Ta'ala, menghormati dan memeliharanya dengan cara membersihkannya dari kotoran-kotoran dan sampah serta memberinya wangian di dalamnya. 

Setiap muslim wajib memakmurkan masjid-masjid Allah dengan berbagai ibadah dan ketaatan, disebabkan terdapat banyak kelebihan dan fadhilat padanya. 

Dan Allah menyifatkan orang-orang yang memakmurkan masjid-masjid-Nya sebagai orang yang beriman, sebagaimana dalam firman-Nya dalam ayat 18 surah At Tawbah. Dalam sebuah hadis dikatakan bahawa Nabi saw bersabda, إذا رأيتم الرجل يعتاد المساجد فاشهدوا له بالإيمان، قال الله عز وجل { إنما يعمر مساجد الله من آمن بالله واليوم الآخر . . 

“Jika kamu melihat orang rajin mendatangi masjid, maka persaksikanlah ia sebagai orang yang beriman.” (HR. Ahmad, At-Tirmidzi dan beliau menghasankannya.) 

Semua bentuk ketaatan apapun yang dilakukan di dalam masjid atau terkait dengan masjid maka hal itu termasuk bentuk memakmurkannya. 

Ayat diatas merupakan petunjuk asas dalam memahami panduan memakmurkan masjid. 

Menurut ulama tafsir, adalah tidak layak bagi golongan yang musyrik atau kafir memakmurkan masjid atau rumah yang dibina atas nama-Nya semata-mata. Allah SWT telah menyatakan dengan jelas akan mereka yang beriman sahajalah berhak memakmurkan masjid atau rumah Allah. 

Di sana terdapat perbezaan yang perlu diteliti antara memakmurkan (mengisi, menghidupkan) program di masjid antara menghadiri atau mendatangi masjid. 

Sememangnya tiada halangan sesiapapun untuk mendatangi masjid sama ada seorang muslim sama ada lelaki, wanita malah termasuk kalangan orang bukan Islam. 

Hanya yang wajib ke atas mereka agar terikat dengan hukum masjid apabila melibatkan kebersihan dan akhlak serta tatacara ketika menghadiri masjid dan berada di dalamnya. 

Setiap muslim sememangnya terikat dengan hukum hakam masjid secara amnya hampir sama hukumnya ketika di luar masjid. 

Menjaga kebersihan, menutup aurat, solat adalah sesuatu yang wajib dilakukan oleh setiap muslim sekalipun berada di luar masjid. Hanya apabila melibatkan najis dan kotoran sama ada najis berat, sederhana dan ringan, haid serta adab, maka seorang muslim amat dituntut menjaga tatacara hukumnya. 

Apabila melibatkan seorang yang bukan Islam, mereka sememangnya tidak terikat dengan hukum najis sepertimana dalam Islam kerana hukum Islam diwajibkan dituruti hanya kepada mereka yang beragama Islam sahaja. 

Namun begitu, mereka yang hadir ke masjid hendaklah menghormati tatacara dan adab masjid sebagai tempat yang mulia dan suci bagi umat Islam sebagaimana mereka lakukan kepada rumah ibadat mereka sendiri seperti gereja atau kuil. 

Persoalannya disini, adakah sama kehadiran seorang yang bukan Islam ke dalam masjid bagi meraikan bulan Ramadan yang sedang diisi dengan ibadah dan aktiviti mengingati dan membesarkan Allah SWT oleh Umat Islam?. 

Jawapannya adalah, tidak sama dari sudut imarah yang hakiki. Ini kerana nilai imarah itu bermula dengan Aqidah yang sahih yakni mentauhidkan Allah SWT dan mengabdikan diri hanya kepada-Nya. 

Apatah lagi, seorang yang bukan Islam tersebut yang jelas di luar ketika di luar masjid, dialah yang kuat menentang Islam, menghalang usaha memartabatkan Islam, menghina Islam, memperkecilkan Islam dan undang-undangnya, mengajak dan bersekongkol dengan penentang Islam agar masyarakat Islam keliru dengan hakikat Islam yang sebenar, dialah juga kononnya hadir mengajak dan menyeru orang Islam melakukan kebaikan. Apakah ini sandiwara? 

Sepatutnya mereka yang bukan Islam tidak seharusnya menentang Islam, umatnya serta urusannya kemudian datang pula ke masjid dengan menonjolkan diri bahawa mereka juga ingin bersama Islam. Mereka seharusnya memahami, bahawa Islam itu tidak sekadar tunduk dan sujud kepada Allah SWT ketika solat di dalam masjid. 

Akan tetapi Islam yang sebenarnya adalah tunduk dan sujud dari sudut maknawinya kepada Allah SWT pada setiap masa, sama ada di dalam masjid dan di luarnya, begitu juga dalam aspek ekonomi, sosial, dan termasuk urusan undang-undang, politik dan pemerintahan. 

Mereka juga yang sama tegar menentang Umat Islam yang ingin tunduk dan sujud kepada Allah SWT di luar masjid lalu mendatangi ke dalam masjid dengan memberitahu umat Islam bahawa mereka bersama Islam dan umatnya? 

Kita lihatlah sahaja dalam isu pembentangan Rang Undang-Undang 355, mereka inilah yang menjadi seteru kuat, mempersenda dan memperkecilkannya kemudian dengan tanpa rasa bersalah dan segan silu datang ke masjid bercakap kepada umat Islam bahawa mereka seolah-olah tidak menentang Islam. 

Inilah idea dan pemikiran Islam sempit yang diimpikan oleh musuh iaitu Islam hanya sekadar tunduk dan sujud di dalam masjid, tetapi tiada roh dan penghayatan Islam di luarnya yang bersifat syumul dan sempurna. Mereka ingin melihat Islam itu tidak berperanan dan berfungsi dengan lengkap dalam aspek kehidupan bermasyarakat dan bernegara. 

Umat Islam yang turut memahami pemikiran begini juga perlu bermuhasabah dan menilai kembali pemahaman Islam dan masjid dengan sebenar. 

Negara Malaysia adalah negara umat Islam yang berpotensi untuk mengembalikan semula keagungan dan kesyumulan Islam yang pernah bertapak kukuh satu ketika dahulu. 

Masjid hendaklah menjadi sebagai titik tolak dan pemangkin kekuatan Islam dan Umatnya untuk menterjemahkan ketaatan dan pengabdian mereka kepada Allah SWT di luar masjid agar Islam benar-benar membawa kesejahteraan kepada semua umat manusia.

Khamis, 1 Jun 2017

Jangan Kembali Duduk Dalam Perigi Buta Lah PAS Kata Mahfuz.

Kenyataan Media

PAS KEKAL BERSAMA DAP DAN PKR DALAM KERAJAAN SELANGOR:SAYA GEMBIRA BERCAMPUR DUKA.


1. Perasaan gembira bercampur duka dirasai setelah keputusan PAS untuk tidak menarik diri dan terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor bersama parti DAP dan PKR yang didakwa oleh Majlis Syura Ulamak PAS sebagai parti (pihak) yang "menentang agenda Islam PAS". Keputusan PAS itu dibuat dengan bersandarkan kepada keputusan YAB Datuk Seri Azmin Ali Menteri Besar (MB) Selangor yang mahu mengekalkan semua Exco dari PAS dalam kabinet MB Azmin Ali.

2. Saya teruja,gembira dan bangga kerana PAS terus kekal dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor. Ianya bukan sahaja semata-mata mengekalkan 3 Exco tetapi secara langsung turut mengekalkan lebih dari 5 ribu ahli PAS yang menjawat pelbagai jawatan lantikan politik sejak PAS bersama dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor.Ini suatu yang sudah tentu membuatkan lebih 5 ribu ahli PAS yang terlibat 'menarik nafas lega' kerana banyak manfaat dan faedah yang mereka perolehi sejak tertubuhnya Kerajaan Pakatan Rakyat dahulu.Diyakini juga ahli dan penyokong PAS turut juga gembira juga dengan keputusan PAS untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan negeri Selangor serta memperlihatkan ada sedikit sebanyak kesungguhan PAS untuk belajar dari kesilapan membuat keputusan bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR.

3. Saya percaya Yb Datuk Iskandar Samad Naib Presiden PAS telah berjaya mempengaruhi keputusan untuk tidak menarik diri dari pentadbiran kerajaan Selangorseperti mana yang pernah dituduh oleh Dewan Ulamak PAS dalam kenyataan Pengarah Penerangan Lujnah Penerangannya iaitu Ust Najhan Abdul Halim yang menyindir kenyataan Adun dan Ahli Parlimen PAS dengan menyenarai 10 perkara melalui postingnya dalam facebook beliau pada July 2016 dengan menulis, "bila berhadapan dengan ujian di dalam jamaah kita nampak dengan mata kepala kita sendiri."

"Selama ni kita bicara menerusi kitab-kitab haraki sahaja.. sekarang kita lihat dan saksi dengan realiti."

Antara yang disenarai Najhan dalam 10 perkara ekoran kenyataan wakil rakyat PAS Selangor itu adalah seperti berikut:

1. Sayang jawatan
2. Takut kalah
3. Hilang jatidiri
4. Jawatan dalam kerajaan lebih tinggi daripada jawatan dalam jamaah
5. Hilang bergantung kepada Allah. Lebih kepada manusia
6. Kepentingan jamaah tak lagi diutamakan
7. Terlalu sayang kepada nikmat harta ghanimah bimbang terlepas
8.Tak yakin dengan janji Allah
9. Banyak alasan diberi daripada taat dan patuh serta wala
10. Mencari peluang dunia dilebihkan daripada habuan akhirat.

4. Kenyataan Najhan itu telah dibalas oleh Datuk Iskandar yang merupakan Naib Presiden PAS merangkap Pesuruhjaya PAS Selangor ketika itu dalam posting di facebooknya pada Julai 2016 dengan menyatakan "golongan ini (ulamak) umpama masih berada dalam 'perigi buta' sejak PRU tahun 2008 kerana tidak melihat banyaknya manfaat yang PAS dapat".

Kenyataan Iskandar ini memperlihatkan keputusan PAS untuk 'kekal bersama'dalam kerajaan negeri Selangor bersama DAP dan PKR walaupun hubungan telah diputuskan atas alasan menentang agenda Islam yang dibawa PAS menggambarkan seolah-olah menganggap keputusan Muktamar dan Majlis Syura Ulamak PAS yang seakan mahu menarik PAS kembali terjun ke dalam 'perigi buta' (telaga buruk).

5. Rakyat, ahli, penyokong PAS dan saya sendiri  berduka kerana PAS sedang berhadapan dengan kesan dari kesilapan memutuskan hubungan dengan DAP dan PKR dan kekal didalam Kerajaan Selangor dengan berketuakan Menteri Besar dari parti PKR yang didakwa menentang agenda Islam PAS. Disamping itu PAS juga telah mengisytiharkan perang pada PRU ke 14 akan datang untuk menentang Pakatan Harapan termasuk di negeri Selangor yang mana PKR, AMANAH,PPBM dan DAP adalah ahli gabungan pakatan didalamnya.

Oleh demikian,berdasarkan congakan 'ilmu hisap' politik adalah sukar untuk PAS berada di luar 'perigi buta' selepas PRU14 nanti sekiranya PAS mengambil jalan untuk menentang BN dan dalam masa yang sama menentang Pakatan Harapan.

6. Masih belum terlambat untuk PAS menyemak kembali keputusan untuk tidak bersama dan menyertai Pakatan Harapan. Apa yang PAS perlu sedar adalah menyertai PRU ke14 dengan tiga penjuru tidak menguntungkan PAS sebaliknya Pakatan Harapan akan berjaya memposisikan kedudukkan politik masa depan negara bagi mengambil alih kuasa dari Umno Bn. 

Rakyat mahukan kuasa politik baru di mertabatkan dengan mengalahkan Umno Bn dan rakyat juga tidak akan membuang masa serta tenaga untuk mengundi PAS yang hanya sekadar berminat bertanding 80 ke 100 kerusi serta mensasarkan kemenangan
40 kerusi parlimen yang sudah pasti  tidak dapat membentuk kerajaan kerana masyarakat umum telah memahami bahawa untuk membentuk kerajaan mesti memenangi 112 kerusi dari 222 kerusi Parlimen yang dipertandingkan.

Saya sependapat dengan Datuk Iskandar Naib Presiden PAS tak mahu melihat PAS kembali 'perigi buta' (telaga buruk).

#JauhiPerigiButa
#JanganTerjunTelagaBuruk
#BersamaTerbangDiawanBiru

Dato' Hj Mahfuz Hj Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
10am Taman AlWalid Alor Setar
1 Jun 2017/6 Ramadzan 1438H

Mana Ada Ceramah Politik, Hanya Ucapkan Salam Ramadhan Jer - Sivarasa.

Ahli Parlimen Subang, Sivarasah menafikan beliau membuat ceramah berbaur politik dalam kawasan masjid ketika menyampaikan sumbangan pada rabu minggu lepas.


Beberapa blog milik penyokong UMNO menyebarkan gambar Sivarasah yang dikatakan mencemar kesucian masjid dan melanggar arahan Sultan Selangor kerana berpolitik dalam kawasan masjid.


Beberapa NGO dan ketua persatuan penduduk kemudiannya bertindak membuat laporan polis dan melaporkan hal itu kepada JAIS supaya tindakan tegas diambil terhadap Anggota Parlimen itu dan juga Pengerusi Masjid kerana membenarkan insiden itu berlaku di Masjid An-Nur, Kampung Melayu, Subang. 


Bagaimanapun Sivarasah menafikan dakwaan yang 

dibuat ke atasnya. 

Menurutnya, beliau hadir untuk menyampaikan sumbangan RM71,000 bagi diagihkan kepada surau dan masjid di kawasan parlimen berkenaan.  

"Saya hanya buat ucapan ringkas menyampaikan salam Ramadan kepada hadirin dan menegaskan keyakinan saya kepada komitmen kerajaan Selangor terus bimbing institusi surau dan masjid di Selangor. 

"Saya juga hadir sebagai Ahli Parlimen kawasan Subang yang dipilih oleh majoriti pengundi Islam dan bukan Islam. 


"Saya tidak hadir sebagai wakil menteri besar seperti yang dikatakan oleh beberapa pihak yang salah faham fakta kerana saya tidak diminta untuk mewakili beliau. Itu sahaja yang berlaku,” katanya kepada Berita Harian. 

Dalam pada itu, Naib Presiden PAS, Nik Amar Nik Abdullah turut memberikan respon tentang insiden berkenaan. 

"Kalau dia pergi sebagai seorang wakil rakyat itu tak jadi masalah. Tapi tak sepatutnyalah guna untuk tujuan politik," katanya kepada pemberita. 

Akui Tersilap, Rafizi Mohon Maaf Kepada Florence Goh.

Pada semalam, Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Florence Goh yang didakwanya terlibat dalam usaha melobi pentadbiran Donald Trump bagi pihak Putrajaya. 


Rafizi menamakan wanita itu secara terbuka terlibat dalam urusan lobi dalam satu artikel yang diterbitkan di halaman Facebooknya 2 hari lepas. 

Rafizi mengakui beliau tersilap ketika menamakan syarikat milik Florence Goh Siew Boey yang terletak di Jalan Air Molek, Johor Baru. 

CRT Insights Technologies milik wanita itu sebenarnya terletak di alamat Jalan Air Molek 2/1, manakala syarikat yang didakwa Rafizi terletak di Jalan Air Molek 2/3. 

Sebelum ini, Goh dalam satu kenyataan telah menafikan beliau terlibat dalam usaha melobi Amerika bagi pihak Najib seperti yang didedah oleh Rafizi beberapa hari lepas,  beliau juga menuntut agar Rafizi memohon maaf kepadanya secara terbuka. 

Terdahulu, Rafizi mendakwa kerajaan Malaysia membayar bekas pembantu Trump sejumlah US$250,000 (RM1.1 juta) pada 19 Mei untuk melobi kerajaan Amerika Syarikat.

MB Terkejut Peniaga Jual Semula Tapak Bazar - Alahai, Baru Tahu Ke?

Terdapat peniaga yang menjual semula tapak bazar Ramadan pada pihak ketiga dengan harga RM8,000, setelah mendapatkannya pada harga hanya RM500 dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 



Berikutan itu, kerajaan Negeri Sembilan akan mengkaji semula kaedah pembahagian tapak bazar Ramadan tahun depan bagi menyekat perbuatan tersebut, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan. 

Katanya, terdapat rungutan dari masyarakat terhadap kadar sewa tapak bazar yang terlalu mahal. “Saya kecewa kerana hasrat kerajaan negeri untuk membantu persatuan penjaja atau badan koperasi berniaga di tapak bazar Ramadan telah disalah guna dengan menjual tapak yang diberi dengan harga yang tinggi, hingga mencecah RM8,000 satu tapak. 

Menurut Mohamad, kadar caj sewa dan permit penjajaan di bazar yang dikendalikan oleh PBT hanya RM500 mengikut lokasi dan saiz tapak. 

“Justeru tahun hadapan, kita bercadang untuk memberikan 50 peratus sahaja tapak bazar kepada persatuan dan koperasi. 

“Manakala selebihnya akan dibuka kepada orang ramai dengan cara cabutan undi,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco negeri, di sini hari ini. 

“Bagaimana kita mahu galakkan peniaga menurunkan harga makanan dan barangan sekiranya mereka terpaksa menyewa tapak bazar sehingga mencecah RM5,000 hingga RM8,000,” kata Mohamad. Bernama

Rabu, 31 Mei 2017

Lobi Kerajaan Amerika, Rafizi Dedah Shahrir, Jazlan Kenal Florence Goh.

Oleh : Rafizi Ramli

SHAHRIR SAMAD ADALAH PENASIHAT KEPADA NGO YANG DIKETUAI OLEH FLORENCE GOH, PENGARAH GODFREY GROUP YANG TERLIBAT DALAM KONTRAK MELOBI KERAJAAN AMERIKA SYARIKAT


Sehingga kini, pihak-pihak yang dinamakan terlibat di dalam satu kontrak untuk melobi Kerajaan Amerika Syarikat masih belum tampil memberi penjelasan. Hanya satu penafian dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, itu pun cukup sekadar menyatakan Pejabat Perdana Menteri tidak melantik mana-mana syarikat itu mewakilinya melobi Kerajaan Amerika Syarikat.

Ini bermakna Pejabat Perdana Menteri tidak pun menafikan kesahihan pengisytiharan yang difailkan di Jabatan Keadilan Amerika Syarikat yang menunjukkan satu kontrak melobi telah ditandatangani dengan syarikat Godfrey Group Limited yang mewakili Pejabat Perdana Menteri. Malah nama Perdana Menteri diisytiharkan sebagai pegawai Kerajaan Malaysia yang berurusan dengan pelobi yang dilantik di Amerika Syarikat.

Saya telah memohon bantuan jentera KEADILAN Johor Bahru yang diketuai Saudara Akmal Nasir untuk menjejaki Florence Goh dan syarikat Godfrey Group Limited.

Kami dapat mengesahkan bahawa alamat surat menyurat Godfrey Group Limited seperti yang disenaraikan di dalam pengisytiharan yang difailkan adalah benar; iaitu di 42, Jalan Molek 2/3 Taman Molek, Johor Bahru.

Lebih penting lagi, semakan kami menunjukkan individu bernama Florence Goh ini mengenali dua tokoh besar Umno Johor iaitu Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ Nurjazlan Mohamad.

Saya sertakan keratan media dan gambar-gambar yang menunjukkan kedua-dua tokoh Umno Johor ini mengenali Florence Goh secara dekat:

1) Tan Sri Shahrir Samad adalah penasihat kepada NGO Care United Johor Bahru (lihat http://www.theiskandarian.com/web/care-uniteds-golden-years-celebration/care-uniteds-golden-years-celebration/)

2) Tan Sri Shahri Samad dan Dato’ Nurjazlan Mohamad hadir ke majlis penyampaian sumbangan yang melibatkan Care United Johor Bahru (lihat https://www.sunway.com.my/elderly-guests-celebrate-the-year-end-with-sunway-and-care-united/)

3) Dato’ Nurjazlan Mohamad menyampaikan sumbangan “Back To School” anjuran Care United Johor Bahru (lihat mukasurat 18 https://issuu.com/waveslifestyle/docs/issue_27_the_iskandarian_nov_2014_w)

4) Dato’ Nurjazlan Mohamad bergambar bersama-sama Florence Goh (lihat http://www.thestar.com.my/metro/community/2015/10/13/backtoschool-gifts-for-needy-students/)

Oleh yang demikian, jelas bahawa Florence Goh dikenali oleh Tan Sri Shahrir Samad dan Dato’ NurJazlan Mohamad.

Saya menyeru supaya Tan Sri Shahrir Samad memberi kenyataan sama ada beliau ada kena mengena dengan usaha menggunakan Godfrey Group Limited sebagai orang tengah untuk berurusan bagi pihak Pejabat Perdana Menteri menggunakan khidmat pelobi di Amerika Syarikat.

Saya juga menyeru supaya Dato’ Nurjazlan Mohamad juga membuat kenyataan kerana rakyat berhak tahu apakah perkaitan di antara Florence Goh dengan pimpinan politik negara sehingga beliau boleh mengaku mewakili Kerajaan Malaysia berurusan dengan pelobi di Amerika Syarikat?

Jika beliau benar-benar menggunakan nama Kerajaan Malaysia seperti di dalam penafian Pejabat Perdana Menteri, maka Dato’ Nurjazlan sebagai Timbalan Menteri Dalam Negeri sepatutnya menjadi orang yang pertama mengarahkan supaya tindakan undang-undang diambil terhadap Florence Goh.

Jangan Politikkan Aktiviti Berbuka Puasa, TITM Tegur Ahli PAS.

Oleh : Tuan Ibrahim Tuan Man

Jaga tulisan sepanjang masa


Sejajar dengan budaya politik matang dan sejahtera, PAS mengingatkan ahli, terutamanya pimpinan agar mengawasi setiap tulisan dalam apa jua media sosial. Disiplin tulisan ini perlu dijaga sentiasa.

Tulisan mestilah selaras dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera yang menjadi dasar parti. Tulisan yang tidak menepati dasar ini sudah tentunya bukan pendirian parti dan hanyalah pandangan peribadi.

PAS meraikan hubungan yang baik dengan masyarakat bukan Islam di negara ini. 

Oleh itu, PAS sebagai sebuah gerakan dakwah mesti mampu mendekatkan masyarakat non-Muslim bagi memahami Islam, walau mereka tidak menerima Islam sebagai agama.

Aktiviti berbuka puasa tidak perlu dipolitikkan mahupun digunakan untuk tujuan politik. Sebaiknya aktiviti digunakan sebagai medan merapatkan hubungan antara kaum dan meningkatkan pemahaman antara agama.

Berikut Senarai Menteri BN Beragama Kristian, Adakah Mereka Juga Perjuangkan Agenda Kristian, Prof?

Oleh : Tarmizi Mohd Jam

BERIKUT SENARAI MENTERI BN YANG BERAGAMA KRISTIAN, YANG MACAM INI BAGAIMANA PULA DR KAMARULZAMAN?



MENTERI :

1. Joseph Kurup, Minister in the PM's Department In Charge of National Unity.

2. Maximus Ongkili, Minister of Energy, Green Technology and Water.

3. Wilfred Madius Tangau, Minister of Science, Technology and Innovation.

4. Douglas Uggah Embas, Deputy Chief Minister of Sarawak.

5. Joseph Pairin Kitingan, Deputy Chief Minister of Sabah.

6. Richard Riot Jaem, Minister of Human Resources.

7. Joseph Entulu, Minister in the PM's Department In Charge of the Administrative Modernisation and Management Planning Unit.

The list of political parties:
1. Parti Bersatu Sabah (PBS)
2. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS)
3. United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO)
4. Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB)
5. Sarawak United People's Party (SUPP)
6. Parti Rakyat Sarawak (PRS)

Berhati-hatilah dengan UMNO BN. 

Mereka menuduh dan memfitnah PH liberal dan tunggangan DAP. Lebih pelik, PAS pun turut menuduh PH begitu. Mereka kata mereka nak satukan Melayu dan Islam.

Tapi wakil kepala-kepala Kristian diberi kedudukan yang kukuh dalam kementerian, kepimpinan negara oleh mereka.

Tetapi untuk memburukkan DAP sebab DAP jadi ancaman nyata kpd BN, maka ada ahli akademik upahan membuat kesimpulan DAP ada agenda Kristian sebab Lim Guan Eng dan Hannah Yeoh penganut Kristian. Apa punya Dr PhD lah sebebal ini. Patutlah setia wala dgn parti suci pemegang kunci sorga. 

#PakatanHarapan

Ya, DAP Perjuangkan Agenda Kristian - Ini Jawapan Pensyarah Yang Pertahankan Dakwaan.

Oleh : Prof Kamarul Yusof

JAWAPAN KEPADA LIM KIT SIANG: BENAR KAMU BUKAN KRISTIAN, TETAPI DAP DIKUASAI OLEH KRISTIAN


Sungguh melucukan sekali melihat Penasihat DAP merangkap Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang, bergelut untuk memisahkan DAP dari agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh.

Dua kali, pada 18 Mei dan 27 Mei, Lim Kit Siang menekankan betapa beliau bukan seorang Kristian (“I am not a Christian”) seolah-olah Lim Kit Siang adalah DAP dan DAP adalah Lim Kit Siang.

Walhal dunia, termasuk Dr Zulqarnain  Lukman dari KANUN AMANAH, tahu bahawa kuasa eksekutif di dalam DAP terletak di tangan Setiausaha Agung DAP, bukannya Penasihat atau Pengerusi DAP.

Ramai yang berspekulasi bahawa Setiausaha Agung DAP sejak 2004, Lim Guan Eng, adalah seorang Kristian, tetapi tidak ada yang benar-benar mampu memberikan bukti konkrit mengenainya.

Sebagai seorang pembaca tegar, saya berpeluang membaca pengakuan sensasi Lim Guan Eng mengenai bagaimana beliau memeluk agama Kristian sewaktu berada di dalam Penjara Kajang pada 1998.

Pengakuan Lim Guan Eng ini terdapat di dalam wawancara bertajuk “Lim Guan Eng: The Prison to Parliament Leader” di dalam buku “Heart to Heart with Asian Leaders: Exclusive Interviews on Crisis, Comebacks & Character”.

Di antara pengakuan Lim Guan Eng ini ialah:

1. “However, I had to take a leap of faith, which was not a forethought but an afterthought. That came when I converted to Christianity very late in my years, when I was searching for answers. I found them in the Bible.”

2. “I read the Bible cover to cover. Three times. I requested for the Bible when I was in prison in 1998... During my second imprisonment in Kajang Prison in 1998, being a family man, I had to worry about my wife and children. So it was much more painful. You realized suffering. Then I looked at the suffering that Christ endured... The suffering that he endured gave me strength. What was my suffering compared to His?”

3. “I kept telling my family to just look at the Bible, look at the characters in the Bible... That’s why you need to read the Bible... I kept telling myself that the people in the Bible suffered much more...”

Lebih menarik lagi, Lim Guan Eng turut menyebut nama dua pemimpin DAP yang beliau jadikan tempat pergantungan, iaitu Tony Pua Kiam Wee, Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, dan Anthony Loke Siew Fook, Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP. Mengikut Lim Guan Eng, dengan kedua-dua pemimpin DAP yang beragama Kristian inilah beliau duduk untuk berbincang dan berstrategi.

Dedah Lim Guan Eng: “Right now, I rely on a younger group of people, like Tony (Pua Kiam Wee) and Anthony (Loke Siew Fook), to get things done. We sit down to talk and strategize.”

Lim Kit Siang juga berkata, tidak terdapat agenda Kristian di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP (“There is no such “Christian agenda” in the DAP or among any DAP MP or State Assembly representative.”)

Bagaimanapun, sehingga kini beliau atau mana-mana pemimpin DAP belum mampu menafikan tiga pengakuan Hannah Yeoh ini, iaitu bahawa beliau menggunakan jawatan politik beliau untuk berdiayah di gereja-gereja, kepada pemimpin-pemimpin dunia dan kepada orang-orang muda; bahawa penganut Kristian perlu membina semula Malaysia kerana Tuhan mahu menuntut semula politik dan perkhidmatan awam di Malaysia; serta bahawa beliau bercita-cita untuk membawa kepercayaan dan perkhidmatan Kristian kepada dunia awam.

Ini adalah contoh agenda Kristian seorang Ahli Dewan Undangan Negeri DAP, iaitu Hannah Yeoh.

Saya juga boleh berikan contoh agenda Kristian seorang Ahli Parlimen DAP yang juga Strategis Pilihan Raya DAP, iaitu Dr Ong Kian Ming.

Di dalam satu kenyataan Facebook beliau pada 4 Februari 2014, Dr Ong Kian Ming jelas menulis, “Di gereja saya di SIBKL, kami telah berdoa semoga satu kebangkitan semula Kristian berlaku di dalam negara kita” (“In my Church at SIBKL, we have been praying for a Christian revival to take place in our country”.)

Di dalam satu tulisan beliau pada 19 Mac 2014, Penyelidik Parlimen Dr Ong Kian Ming bernama Sharon W H Ling menyebut: “To hope for a better tomorrow is only human; perhaps, to commit to realizing that dream is something more. For some, it is a calling, a conviction. For my boss, a Christian, it is a higher power; for myself, a secularist, it is humanity.” 

Bagaimana mungkin Dr Ong Kian Ming boleh memperjuangkan agenda sekular bila Penyelidik Parlimen beliau sendiri menyifatkan beliau bukan sekularis?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Subang Jaya pada 10 Januari 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila tokoh yang melancarkan buku Hannah Yeoh, Becoming Hannah, di Pulau Pinang pada 22 Mac 2015 ialah Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, sendiri, dan bila pelancaran buku ini dan forum mengenainya dianjurkan oleh Wanita DAP Pulau Pinang?

Bagaimana mungkin Lim Kit Siang memisahkan agenda Kristianisasi yang dibawa oleh Hannah Yeoh dari DAP bila, terbaru, Lim Kit Siang sendiri yang mati-matian mempertahankannya, termasuk di dalam “Bicara Buku Becoming Hannah” di Kuala Kubu Bharu pada 27 Mei lalu?

Dan bagaimana mungkin Lim Kit Siang boleh mengatakan bahawa, sebab beliau bukan seorang Kristian, agenda Kristianisasi tidak terdapat di dalam DAP atau di kalangan mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri DAP sedangkan yang benar-benar berkuasa di dalam DAP adalah Lim Guan Eng yang beragama Kristian?

Mengapa Lim Kit Siang hanya menonjolkan hakikat bahawa beliau, yang hanyalah merupakan Penasihat DAP, bukan seorang Kristian, tetapi tidak ditonjolkan hakikat bahawa Lim Guan Eng, yang merupakan Setiausaha Agung DAP, adalah seorang Kristian?

Silap mata apakah yang cuba kamu mainkan, wahai Lim Kit Siang?

Selasa, 30 Mei 2017

Pengarang Kanan The Star Digantung Tugas.

DUA pengarang kanan The Star digantung tugas susulan kontroversi laporan muka depan akhbar itu pada 27 Mei lalu lapor The Star Online


Portal itu melaporkan, Ketua Pengarangnya, Datuk Leanne Goh Lee Yen dan Pengarang Eksekutif Dorairaj Nadason digantung tugas sehingga diberitahu kelak. 

Mereka digantung daripada tugas masing-masing dan siasatan terhadap isu itu akan dijalankan tidak lama lagi. 

Pengarah Urusan Kumpulan Star Media yang juga Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Wong Chun Wai akan menyelia operasi editorial dalam tempoh itu. 

Pengarang yang terbabit dan Kumpulan Star Media akan bekerjasama sepenuhnya dengan pihak berkuasa berkaitan siasatan isu itu, khususnya Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan polis.

Selepas Lapor Polis, NGO Jumpa JAIS kerana Sivarasa Masuk Masjid Sampaikan Bantuan.

Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) dan wakil penduduk di Parlimen Subang akan mengadakan pertemuan dengan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) hari ini susulan insiden ahli politik bukan Islam yang memasuki masjid untuk menyampaikan sumbangan.

Wakil penduduk, Mohd Yusri Ismail berkata pertemuan yang dijangka berlangsung dengan Pengarah JAIS, Datuk Haris Kassim bertujuan membuat aduan rasmi serta meminta penjelasan.

“Selain itu kita ingin tahu apakah tindakan yang akan diambil ke atas nazir dan jawatankuasa masjid dalam isu ini. “Dan kita mahu JAIS perjelaskan garis panduan (SOP) berkenaan orang bukan Islam atau Islam memasuki ruang solat untuk berpolitik,” katanya.

Pada Rabu lepas, Ahli Parlimen Subang, R Sivarasa yang mewakili Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hadir pada majlis sumbangan sempena bulan Ramadan di Masjid An Nur Kampung Melayu Subang, Shah Alam.

Sivarasa dipercayai menyampaikan kata-kata aluan di hadapan mimbar masjid berkenaan berdasarkan kepada gambar yang viral di media sosial sejak minggu lalu.

Turut kelihatan adalah beberapa pemimpin Pakatan Harapan yang bukan beragama Islam yang duduk di saf bersama jemaah lain.


Pada masa yang sama Yusri turut mempertikaikan tindakan pengurusan masjid memberikan peluang kepada Sivarasa berucap.
“Majlis sumbangan itu boleh sahaja dilakukan di perkarangan masjid. Lagipun, mustahil tiada orang Melayu yang boleh menjadi wakil Menteri Besar ketika itu,” dakwanya lagi.

Terdahulu tiga laporan polis dibuat oleh Pertubuhan Aduan Masyarakat dan Pengguna Selangor (PAMPS), Kesatuan Melayu Nasional dan wakil penduduk di Balai Polis Sungai Buloh pada Sabtu lalu.


Mereka mendakwa Naib Presiden PKR itu mengingkari arahan Sultan Selangor yang melarang kesucian masjid di negeri ini terpelihara daripada unsur-unsur politik dan menuntut permohonan maaf.

Sementara itu memetik The Malaysian Insight, Sivarasa dilaporkan berkata beliau terkejut dengan kekecohan berkenaan yang didakwa kali pertama ditimbulkan.

Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa beliau sudah berpuluh kali memasuki masjid sejak menjadi wakil rakyat di kawasan itu selepas memenangi kerusi Parlimen Subang pada PRU-12.

YDP PAS Gombak Fitnah Pemimpin DAP Buat Pesta Onani.

"Meluat menyampah aku tengok pemimpin DAP buka puasa sekali dengan orang islam. Menyibuk je. Masa lain buat pesta arak dan pesta onani. Haram jadah sungguh," begitulah kenyataan YDP PAS Gombak, Ustaz Sallehhudin Nasir yang dipetik menerusi status Facebooknya.

Kenyataan itu dipercayai ada kaitan dengan tindakan sesetengah pemimpin DAP yang meneruskan amalan berbuka puasa dengan rakyat meskipun sebelum ini terdapat satu NGO yang mendesak agar Lim Guan Eng tidak dibenarkan untuk berbuka puasa selagi beliau tidak memeluk agama Islam.


Sebelum ini tular di media sosial kononnya kerajaan negeri DAP terlibat dalam penganjuran pesta seks dan onani di hotel tertentu. Poster tentangnya juga tular di laman sosial. 

Dakwaan berkenaan bagaimanapun didapati fitnah selepas pengesahan dilakukan dengan wakil hotel dan kerajaan negeri.


Tuduhan Ustaz Solehhudin Nasir terhadap pemimpin DAP dipercayai ada kaitan dengan penyebaran poster berkenaan. 

Dalam pada itu, tinjauan yang dilakukan di atas status Ustaz Solehhudin mendapati rata-rata pengomen meminta beliau memadamkan status berkenaan kerana memalukan PAS.

Nasihat yang sama turut dilontarkan oleh penyokong-penyokong PAS namun dilihat ia tidak mendapat respon dari YDP berkenaan. 

Isnin, 29 Mei 2017

Maaf, Lim Guan Eng Akan Tetap Berbuka Puasa Walau Ada Yang Tak Suka!

KENYATAAN MEDIA

YB Dato’ Abdul Malik Kassim.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang
29 Mei 2017

MELARANG ‘NON MUSLIM’ HADIR MAJLIS BERBUKA PUASA, BUKANNYA AJARAN ISLAM

Umat Islam dan ‘non muslim’ dinasihatkan jangan terkeliru dengan Islam yang cuba dibawa melalui fahaman Pengerusi NGO Jaringan Muslimin Pulau Pinang (JMPP), Hafiz Nordin yang juga bekas Ketua Pemuda Pas Pulau Pinang.  
.
Melarang ‘non muslim’ hadir bersama umat Islam dalam majlis berbuka puasa, adalah bercanggah dengan ajaran Islam sebenarnya.  Apatah lagi, dengan perbuatan penyokongnya yang berdemo Jumaat lepas di Masjid Simpang Enam telah memukul Pegawai Penerangan Ketua Menteri, Mejar Zaidi Ahmad.  Padahal, beliau yang mengikuti demo antara 10-15 orang itu, sekadar bertanya soalan kepada Hafiz tentang beberapa tohmahan berbangkit terhadap kerajaan Negeri dan Ketua Menteri seperti diucapkan oleh Hafiz semasa berdemo pada hari itu.
.
Walaupun dipukul kerana bertanyakan soalan, Zaidi telah menunjukkan sikap Islam yang terpuji dengan  memaafkan individu yang memukulnya, sebagai menghormati semangat Ramadan.  
.
Pada demo itu, selain mentohmah Ketua Menteri dengan kata-kata kesat, Hafiz turut menggesa Ketua Menteri dilarang daripada hadir majlis berbuka puasa sepanjang Ramadan. Itu adalah perbuatan taksub melampau.  Rakyat Pulau Pinang  yang mencintai kedamaian menolak sifat pelampau agama sebegitu. 

Hidup dalam negara berbilang kaum seperti di Malaysia, pengalaman menahan lapar dan dahaga sepanjang hari turut sama dirasai oleh masyarakat daripada agama lain. Ternyata terdapat non muslim tertarik dengan amalan berpuasa pada bulan Ramadan, malah ada orang bukan Islam yang mencuba berpuasa menahan lapar dan dahaga . Hidayah boleh menjadi milik sesiapa sahaja.


Seperti kelaziman setiap tahun sejak 2008, Ketua Menteri, Lim Guan Eng akan menghadiri majlis berbuka puasa bersama umat Islam di seluruh Pulau Pinang. Malahan, beberapa bantuan terhadap perkembangan Islam sumbangan kerajaan negeri dicetuskan oleh Ketua Menteri sendiri sewaktu beliau menghadiri majlis berbuka puasa bersama rakyat negeri ini.

Bodohnya Syed Saddiq, Patut Ke Jaja Masalah PPBM kepada Umum Kata Khairuddin.

Oleh : Khairuddin Abu Hassan

SYED SADDIQ TERLALU BODOH UNTUK TUNJUK PERBALAHAN DALAMAN PARTI PPBM KEPADA KESELURUHAN RAKYAT SECARA TERBUKA!!



Budak hingusan ini tak faham bahasa!! Jangan terlalu angkuh dengan pencapaiannya yang tak seberapa itu!!

Saya berani kata bahawa wadah perjuangan serta gerak kerja Armada PPBM di peringkat akar umbi tak semacam mana pun!!

Bukan saya nak masuk campur dalam hal ehwal konflik parti Bersatu tetapi kita kena jaminkan agar parti ini kuat untuk memainkan peranannya menarik undi umno sekurang-kurangnya sejumlah 10% bagi Pakatan Harapan tawan putrajaya pada pru14 kelak!!

Kalau PPBM lemah maka secara tidak langsung Pakatan Harapan itu juga akan menjadi goyah dan kelihatan lemah pada kacamata keseluruhan rakyat di tanahair kita.

Syed saddiq mempunyai platform yang terbaik di dalam majlis tertinggi parti Bersatu. Apa saja yang beliau tak puashati tolong tegur dato hamidah osman melalui saluran dalaman!!

Umur bukan kayu pengukur untuk seseorang itu menjadi politikus yang baik tetapi dalam isu beliau kecam naib presiden partinya sendiri secara terbuka menunjukkan syed saddiq tidak pandai serta kurang bijaksana!!

Tolong bagi tahu syed saddiq kalau saya dipertanggungjawabkan sepertimana beliau; saya akan mampu buat lebih baik dari apa yang dia buat pada masa ini.

Jangan terlalu angkuh dan syok sendiri!! Sayap Armada parti PPBM tidak sehebat mana pun!!

Kalau syed saddiq yang menjawat jawatan ketua Armada setaraf dengan naib presiden mengatakan beliau berhak mengecam dato hamidah osman secara terbuka macam itu maka bagi saya tetap katakan budak hingusan ini bodoh!!

Banyak lagi ilmu politik yang syed saddiq harus timba dan pelajari untuk menjadi politikus yang matang!!

Yakinilah sifat angkuh akan bunuh kareer politik seseorang itu serta menghancurkan sesebuah institusi berpartian itu sendiri!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...