Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 29 Julai 2017

Lima Anak Syarikat Ladang Rakyat Rugi, Empat ‘Tutup Kedai’.

Semua LIMA anak syarikat Perbadanan Pembangunan Ladang Rakyat Negeri Kelantan (LR) mengalami kerugian.
Hasilnya, EMPAT telah ditutup.
Anak syarikat itu adalah seperti berikut:
A. Masih Beroperasi:
i. Ladang Rakyat Project Management Sdn Bhd
a. Kerugian untuk tahun 2016 : RM 8.412 juta
b. Jumlah kerugian sejak ditubuhkan : RM 8.5 juta
B. Telah Ditutup:
i. Ladang Rakyat Aquafarm Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2017
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2017 : RM 166,339
ii. Ladang Rakyat Tropical Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 98,500
iii. Ladang Rakyat Agro Products Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016 : RM 101,515
iv. Ladang Rakyat Herbs Sdn Bhd
a. Tarikh Tutup : 2016
b. Kerugian Terkumpul Sehingga 2016: RM 101,500

Kerugian terkumpul bagi kelima-lima anak syarikat Ladang Rakyat adalah RM 8,970,249 atau mencecah RM 9 Juta.
Angka-angka ini adalah dari jawapan soalan bertulis saya dalam persidangan DUN yang lepas.
Sebab kerugian tidak dinyatakan.
Kerugian sebenar bagi kempat-empat anak syarikat yang telah ditutup adalah lebih besar, kecuali pada tahun 2015 keempat-empat syarikat ini tiba-tiba mencatitkan keuntungan. Ini mungkin pendapatan dari penjualan aset modal yang dibuat pada tahun 2015, sebelum ditutup pada tahun 2016.
YB Dato Husam Musa
Naib Presiden Parti Amanah Negara,
ADUN Salor, Kelantan.
5 Dzulkaedah 1438/29 Julai 2017

Khamis, 27 Julai 2017

Armand, Satu Dunia Tahu Kau Kena Sindir, Kau Nak Maafkan Siti Apakebendanya?

Semalam Yassin Sulaiman memuatkan satu gambar di Instagram milik beliau, yang merujuk kepada pergaduhan Pemuda UMNO dengan Armada di hadapan bangunan PWTC - ketika Armada seramai 30 anggota mahu menghantarkan surat jemputan kepada Presiden UMNO, Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0.

Berikut post Yassin yang dikatakan;



Berikut apa yang dikatakan oleh Yassin Sulaiman dalam post tersebut;
buku bertemu ruas.
dada pun kembang.
mari bertenang. sabaaar.
Tindakan sekumpulan anggota Pemuda Parti Pribumi Bersatu (ARMADA) menghantar jemputan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri forum Nothing To Hide 2.0 bertukar kecoh apabila mereka dihalang oleh Pemuda Umno.
Kira-kira 30 anggota ARMADA pada awalnya berarak dari Pusat Membeli Belah Sunway Putra menuju ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyampaikan jemputan kepada perdana menteri untuk berdebat dengan Pengerusi BERSATU, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun mereka dihalang oleh kira-kira 100 Pemuda Umno hingga menyebabkan berlaku tolak menolak antara mereka.
Dalam kejadian itu, Ketua Penerangan ARMADA, Ashraf Mustaqim mendakwa beliau turut ditumbuk.
Turut kelihatan beberapa anggota polis cuba menghalang dan mengarahkan kedua-dua kumpulan itu supaya bersurai.
Respon Siti Nurhaliza

Siti Nurhaliza turut memberikan komen dalam post tersebut. Menurut Siti yang kuat bergaduh tu lebih baik dihantar ke Palestine.


Sceenshot komen di Instagram Yassin
"Yang kuat gaduh tu patut hantaq pi Palestine baguih," katanya di ruangan komen. 

Bagaimanapun respon Siti Nurhaliza itu tak semena-menanya membuat Exco Pemuda UMNO, Armand Azha terasa lantas mempersoalkan Siti Nurhaliza di laman Facebook beliau. 

"Khas buat Siti Nurhaliza yang komen mengatakan kalau Pemuda UMNO atau Armada berani pergilah ke Gaza Palestin. 

"Untuk maklumat Siti Nurhaliza, Pemuda UMNO sudah beberapa kali ke Tanah Gaza Palestin. Cuba tanya bila Datuk K hendak ke Gaza Palestin?" soalnya.

Sejak bila Siti sebut nama?

Yang menjadi kepelikkan sekarang neh, dalam komen Siti langsung tak disebutkan mana-mana nama/watak atau ditujukan pada mana-mana individu secara langsung. Hanya disebut YANG KUAT GADUH HANTAR PI PALESTINE BAGUS

Adakah Armand terasa sebab dia memang KUAT GADUH?

KAHKAHKAHKAHKAHKAH~!

Kenyataan Armand itu kemudiannya dilaporkan oleh Astro Awani. Armand kemudiannya screenshot berita tersebut dan menyiarkan di Instagram beliau. Dan tidak disangka-sangka, Siti tampil memberikan respon di post berkenaan.

Siti tanya, terasa ka?

"Assalammualaikum, laa saudara Armand Azha terasa ka? Saya tak sebut nama pun. Hmm.. mmm maaflah naa..." kata Siti di post Armand itu.


Armand kemudiannya membalas dengan memuatnaik post baru;

Instagram Armand
"Siti mohon maaf, saya sentiasa terbuka dan maafkan beliau. Selesai," katanya di post tersebut.

Punyalah tak malu. Orang tu tak sebut nama kau terasa sampai buat post. Lepas tu canang kat semua orang, kau dah maafkan Siti. Masalahnya atas kapasiti apa Siti kena minta maaf kat kau? Kat mana buktinya Siti sebut nama kau disitu? Perasan betul la dia neh.

Kahkahkahkahkahkahkah!

Nak turun undi pun dah rasa malas..

Yassin pula pada itu turut menyatakan kekesalan kerana Siti Nurhaliza menjadi mangsa serangan politik pihak tertentu.


Setiap kali saya posting politik @ctdk jugak yang kena serang. maafkan saya. saya telah banyak kali di nasihat oleh syarikat rakaman, lawyer, rakan rakan, family semua kata. yasin, tok sah posting politik la. tapi apakan daya. aku degil. apa pun saya nak nyatakan musim raya kali ini saya berehat & tak kempen mana2 sebagai memenuhi nazar yang silam. apa pun segala yang baik kita sokong & segala yang buruk kita tolak. selamat berjuang semua! aku hanya spectator kali ini. nak turun undi pun rasa malas sebenarnya. btw, datuk k tak kuat gaduh. dia kuat bisnes.

Armand, Armand cover sikit jiwa perasan kau tu. Dan moga Pakatan Harapan ambil peduli la apa yang diluahkan oleh Yassin kat post di atas. Rasanya semua tahu Yassin neh dulu pro apa.. sekarang apa sudah jadi? Fikir-fikirkanla. Jangan tahu nak menyalahkan orang yang tak sokong pembangkang je kerjanya.

Rakaman Video Isham Rais Kena Tibai Dengan Penonton Forum.

Pada selasa lepas, 25 Julai 2017 satu forum telah diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Dan Selangor (KLSCAH). Tajuk forum tersebut ; Mahathir - Agen Perubahan ataupun Agen Pemusnah.


Poster - Mat Sabu
4 Panelis dijemput hadir bagi membincangkan persoalan mengenai peranan Mahathir dalam pembangkang khususnya dalam Pakatan Harapan. 

Dr. Jeyakumar - ahli parlimen Sungai Siput 
Harris Ibrahim - aktivis ABU 
Mat Sabu - Presiden Amanah 
Isham Rais - aktivis rakyat / blogger 

Moderator pada malam itu ialah Masjaliza. 

Tujuan forum diadakan adalah bersempena dengan berita perlantikan Mahathir sebagai ketua kepada Pakatan Harapan. 

Forum pada awalnya memberikan laluan kepada panelis Harris, Mat Sabu, Isham Rais dan Jeyakumar untuk memberikan pandangan masing-masing sebelum memberikan peluang kepada para penonton untuk mengemukakan persoalan. 

Dan pada ketika inilah mood forum yang aman damai berubah menjadi rancak dan panas. 

Di kalangan penonton yang bertanyakan soalan - 90% menolak penglibatan Mahathir dalam pembangkang terutamanya apabila PH mengangkat Mahathir sebagai ketua. 

Malahan ada penonton yang memberikan pandangan bahawanya Pakatan Harapan kini telah dikawal oleh Mahathir sepenuhnya. Hujah beliau yang dikenali dengan nama Raj, ini kerana manifesto Pakatan Harapan telah berubah - yang pada awalnya lebih mementingkan kebajikan rakyat namun menjadi kepada manifesto apa yang Mahathir ingin lakukan. 

"Saya mahu berbeza dengan Dr. Kumar. Kononnya ada banyak calon berpotensi dalam Pakatan Harapan. Anda perlukan peranan Mahathir untuk setup logo dan sebagainya itu membuktikan tiada calon yang berkelayakan pun dalam pembangkang (menyatukan). 

Jika dulu manifesto pembangkang lebih menumpukan kepada kebajikan rakyat, seperti pendidikan percuma, hapuskan tol, turunkan harga minyak dan sebagainya tetapi itu semua tiada lagi dan sekarang lebih kepada agenda Mahathir - nak hapuskan GST, reformasi dan sebagainya dan ya saya fikir Mahathir sekarang menguasai (mengawal Pakatan Harapan) anda," kata beliau. 

Pendapat seorang penonton yang bernama Ahmed pula, bekas penyokong Pakatan Rakyat, beliau mempersoalkan kewajaran Mahathir mengetuai pembangkang. Beliau turut mempersoalkan siapakah calon Perdana Menteri Pakatan Harapan. 

"Saya tanya siapa calon Perdana Menteri Pakatan Rakyat. Saudara Isham menjawab. Kita belum beli lembu, kita tak tahu. Dia cakap kan. Saya nak tanya. Sebelum kita beli sesuatu barang kita mesti nak tengok barang dulu, betul. Dalam online kita beli, Kat LADAZA, kat ONLINE kalau kita beli barang kita tengok gambar dulu, betul. Dalam gambar tu siap 3D boleh pusing-pusing. 

Tapi Perdana Menteri dalam Pakatan Harapan kita tak tahu siapa. Kita tak boleh ada interim. Kita tak boleh ada Wan Azizah jadi PM sekejap. Tunggu Anwar keluar penjara. Ini semua bullshit kawan-kawan. Kita nak benda konkrit. Saya nak mengundi. Pakatan Harapan perlu jujur jawab benda ini," katanya. 

Forum tersebut bertambah panas apabila seorang penonton yang dikenali dengan nama Harris bangkit dan menempelak Isham Rais. 

"Saya ini adalah generasi reformasi. Kita setiap hari dihasut oleh Isham Rais neh untuk membenci Mahathir. Dia siap kata pada kita. Palang pada huruf T titik pada huruf i pada Dr. Mahathir pun dia tak percaya. Tapi sekarang dia percaya kenapa??? Sendiri cakap tak boleh percaya. Lepas tu suruh orang percaya. Kenapa nak percaya cakap Mahathir," katanya. 

"Tak habis-habis nak tibai Najib, Najib, Najib. Tak pernah nak belajar daripada Sejarah. Di Sarawak kita (pembangkang) tibai Taib kan, bila Taib letak jawatan, Adenan menang kerusi lebih banyak ke lebih sedikit? 

Katakanlah Najib letak jawatan sekarang dan naik sesiapa sahaja, apa akan berlaku? Nak maafkan kesalahan Najib? Seperti apa yang dimaafkan kesalahan Mahathir sekarang. Mengarut la semua ini. Sekarang kita orang dah penat dengan ceramah air liur, ceramah politik badut-badut ini. Sekarang masa anak-anak muda bangkit. Ini masa kita," kata saudara Harris. 

Seorang penonton lain bernama Anas pula berpendapat politik pembangkang lebih kepada mengangkat personaliti dan bukannya idelogi. 

"Kenapa Pakatan Harapan terpaksa bergantung kepada Dr. Mahathir? Ini kerana mereka memainkan politik personaliti dan bukannya politik idea. Dan kenapa kita cakap begitu? Sebab bahasa yang Isham sendiri guna. 'Saya', pengalaman 'saya' (merujuk pada individu). Itu ialah politik berdasarkan individu dan bukannya politik berasaskan idea. Daripada segi bahasa pun kita tahu. Tiada apa yang baru," katanya. 

"Satu lagi yang Isham cakap. Kita perlukan Mahathir untuk call cukong (ahli perniagaan kapitalis). Saya nak cakap berkenaan Najib. Najib semata, sekarang ini 42% saham dalam BSKL, adalah saham GLC. Dia tak perlu bergantung pada mana-mana kapitalis. 

Najib sekarang tiru (buat) Singapura. Mahathir dulu buat public transport bagi pada kroni. Najib sekarang buat pengangkutan awam di bawah kerajaan. Kalau nak main macam neh, Najib lebih bijak (dari Mahathir) sekarang. Kalau you cakap nak dapatkan sokongan orang kampung, Najib bagi BRIM," kata Anas lagi.
 
Untuk rakaman penuh lihat video ;
 

Mereka (Armada) Minum Kopi Yahudi, Kita (UMNO) Minum Kopi Melayu - Armand.

"Tadi saya dimaklumkan mereka tadi berbincang di Starbucks, minum pun kopi yahudi, kita minum kat kedai mamak, kita minum kat kedai melayu, depa minum kat Starbucks kedai yahudi, tak apa, itu memang tempat mereka duit depa, tak apa," kata Armand, Exco Pemuda UMNO dalam satu rakaman video yang tular di laman sosial sejak 25 Julai lepas.


Rakaman itu sebenarnya dipetik dari aksi protes yang dilakukan oleh kira-kira 100 orang pemuda UMNO di hadapan PWTC bagi menghalang 30 wakil pemuda Armada dari menghantar surat jemputan kepada Presiden UMNO, Najib Razak untuk menghadiri satu program bertajuk Nothing to Hide 2.0.

Program Nothing To Hide 2.0 adalah sindiran Mahathir terhadap Najib, bagi menjemput Najib berdebat secara berdepan mengenai isu-isu yang terkait dengan intergriti beliau terutamanya membabitkan isu 1MDB dan skandal derma 2.6b.



Bagaimanapun wakil dari Armada itu tidak disambut positif dari pemuda UMNO. Wakil Armada dihalang dari memasuki premis meskipun sekadar bertujuan menghantar surat undangan ke forum.

Perkara itu akhirnya mencetuskan kekecohan di antara kedua-dua kumpulan apabila mereka bergelut sesama sendiri di hadapan bangunan PWTC. Polis bagaimanapun berjaya menyelamatkan keadaan. 

Dalam pada itu, Exco Pemuda Armada Pusat, Ashraf Mustaqim turut mendakwa telah ditumbuk oleh Exco Pemuda UMNO, Datuk Armand. Bagaimanapun setakat ini tiada rakaman yang tersebar yang menunjukkan aksi tersebut di media sosial.

Rabu, 26 Julai 2017

Rakyat Malaysia Dikecualikan Cukai Pelancongan - Nazri Aziz.

PUTRAJAYA hari ini mengumumkan untuk hanya mengenakan cukai pelancongan bagi penginapan hotel kepada pelancong asing dengan caj sebanyak RM10 untuk satu bilik. 

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Nazri Aziz berkata rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai ini lapor The Malaysian Insight.

"Rakyat Malaysia akan dikecualikan daripada cukai pelancongan. Ia hanya akan dikenakan ke atas pelancong asing," kata Nazri, memetik laporan itu.  

"Ia juga tidak akan dikenakan ke atas penginapan yang mempunyai kurang daripada lima bilik," katanya lagi.


Turut dilaporkan, kesemua homestay yang berdaftar dengan Tourism Malaysia juga mendapat pengecualian yang sama. Pelaksanaan cukai itu akan diuruskan oleh Jabatan Kastam kerana jabatan itu menyarankan agar kadar cukai ini diselaraskan, kata Nazri. 

Cukai pelancongan telah diluluskan di Parlimen pada sesi yang lepas dan diwartakan pada 21 Jun. Ikut perancangan ia sepatutnya dilaksanakan pada 1 Ogos tetapi ditangguhkan selepas mendapat bantahan daripada Sabah dan Sarawak. Satu tarikh baru akan diumumkan Perdana Menteri Najib Razak kelak.

Paderi Koh Mungkin Diculik Oleh Sindiket Pemerdagangan Manusia Kata KPN.

Sindiket pemerdagangan manusia mungkin bertanggungjawab atas penculikan pastor Raymond Koh kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abu Bakar. 

Memetik laporan dari The Malaysian Insight, Ketua Polis Negara menyatakan PDRM mendapat maklumat berdasarkan kepada kenyataan diambil daripada tiga ahli sindiket yang ditahan dalam satu operasi khas dijalankan polis di Perak pada 17 Jun lepas.

Kami mengesyakinya berdasarkan kepada soal siasat yang dijalankan terhadap beberapa suspek yang ditahan dalam operasi itu,” kata Khalid.

Katanya lagi, hasil siasatan itu juga mendapati sindiket berkenaan ada kaitan dengan kumpulan di selatan Thailand. Bagaimanapun, Khalid juga dinyatakan oleh portal tersebut, bahawanya beliau enggan mengulas ketika ditanya adakah kumpulan terbabit sebahagian daripada puak pemisah Islam di sana.

Dalam pada itu, Aktivis Citizan Action Group On Enforced Dissappearance (Caged) Rama Ramanathan mempersoalkan apa kelebihan yang diperoleh sindiket terbabit dengan menculik seorang pastor dan memgapa Koh. 

Kini polis mengatakan ia adalah kes pemerdagangan. Raymond berusia lebih 60 tahun dan mengapa mereka perlu lakukan penculikan ala-tentera untuk individu seperti Koh?

“Polis turut menemui nombor pendaftaran kereta Koh dan foto rumahnya. Mengapa mereka simpan semua ini?" kata Rama, memetik sumber The Malaysian Insight.

Seorang lagi aktivis Caged Sevan Doraisamy berkata sejak operasi itu dijalankan lebih sebulan lalu, sepatutnya pihak polis sudah mendapat petunjuk dan maklumat baharu. 



Apakah ada kaitan kematian ahli sindiket terbabit dengan penculikan Koh? Sekiranya ada, apakah kaitannya?” soal Sevan. 

Sevan juga berkata polis sepatutnya memberitahu perkembangan kes itu kepada keluarga Koh terlebih dahulu sebelum mengumumkan kepada media. 

Keluarga Koh pasti rasa terganggu membaca perkembangan kes termasuk tuduhan terhadap Koh menerusi media setiap masa,” katanya. Turut dilaporkan bahawanya pihak polis tidak pernah menelefon keluarga mangsa bagi memberikan sebarang bentuk kemaskini berkaitan siasatan kes.

Pastor Koh dilaporkan diculik pada pagi 13 Februari 2017. Penculikan itu juga dibayangkan dilakukan oleh mereka yang berpengalaman dan terlatih. Sehingga kini, sudah hampir 5 bulan Pastor Koh hilang tanpa berita.

13 Sebab Kenapa Aku Tak Peduli Apa Yang Hishamudin Rais Cakap Lagi.

Oleh : Nome Nozwir
13 SEBAB KENAPA AKU TAK PEDULI APA ISHAM RAIS CAKAP LAGI
Menurut Haizal Yatiran yang letak statusnya pasal Isham Rais mengatakan "anak muda yang menolak Mahathir sebagai ketua adalah anjing" - aku tak sure la sebab aku kat kampung, ini datang dari Ijal je lah, jadi ini respon aku terhadap statement tu (jika Ijal tak kencing aku la, mana aku tau sejak dia lepak dengan Sajat ni aku pun dah meragui seksualiti dia).
Gambar - Hishammudin Rais
1. Aku dah 33. Aku bukan anak muda lagi.
2. Ada beza dengan menolak dengan tidak peduli. Aku bukan menolak Mahathir jadi ketua PH, aku cuma tak peduli. Penting sangat ke Mahathir ni jadi ketua?
3. Cuba tanya random pada anak muda di Malaysia, kau janganlah tanya mat forum je. Tanya geng Apache Sereng, geng raver, geng Wechat, budak schmek troxx, siapa ketua pemuda UMNO? Rasanya maybe 50, 60 percent tahu. Tanya siapa ketua pemuda PAS, hmmm. Tanya siapa ketua DAPSY? Tanya siapa ketua Armada Bersatu, mat skema dan kaki forum je la kenal Syed Saddiq. Kau tanya ketua AMK lagi menyedihkan? Jadi, parti mana yang lebih appealing pada orang muda?
4. Kebanyakan ahli pembangkang terdiri dari golongan Babyboomers macam Isham sendiri, dan Gen X. Generasi Reformasi 98 dan Second Wave Tsunami Politik 2008. Now is no more. Orang muda anggap politisyen ni lame, sampah, tak cool.
5. Isham selalu kata, "dunia ini milik anak muda". Salah. Dunia ini bukan milik anak muda, dunia ni milik anak orang kaya. Buktinya, Isham Rais yang sosialis tu pun boleh dibeli Mahathir.
6. Dunia ni milik anak muda? Cuba tengok sendiri la siapa yang kena tanggung beban hutang orang tua ni kalau bukan anak muda? Dan loan pinjaman PTPTN ni semua apa cerita?
7. PTPTN ni wujud zaman siapa jadi PM, dan zaman siapa jadi Menteri Kewangan? Dan kau expect gabungan blast from the past Mahathir-Anwar ni mampu mengembalikan kegemilangan ekonomi Malaysia in the 90s?
8. In the 90s ekonomi Malaysia cemerlang bukan sebab Mahathir dan Anwar tapi ekonomi dunia masa tu tengah makmur, sebab baru habis Perang Dingin. Semua orang lega Perang Nuklear berjaya dielakkan bila Soviet jatuh.
9. Kau bagi Ahmad Maslan jadi PM masa tu pun ekonomi boleh makmur beb.
10. Ekonomi sekarang palat sebab dasar neoliberal yang dah tepu. Ini Isham sendiri cakap dalam blog setiap Rabu. Nak tanya sikit, during the 90s zaman kemuncak neoliberal ni siapa jadi PM?
11. Kenapa setiap kali orang muda tak bersama gerakan korang, korang panggil dorang anjing la, babi la, kimak la. Kenapa orang muda asyik nak kena ikut korang je? Dan kenapa orang muda asyik nak kena tiow dengan orang tua sedangkan segala masalah ni datang dari orang tua?
12. Pembangkang tak peduli pun isu orang muda. Pembangkang sibuk nak rebut kuasa. Ini persepsi orang muda sekarang.
13. At least KJ ada sebut pasal automation, pasal robots, pasal green energy, pasal mengeksport seni dan budaya seperti yang dilakukan Korea Selatan, dan entrepreneurship yang menarik minat millennials. Pembangkang cerita apa?
Sekian, itulah 13 Sebab Kenapa Aku Tak Peduli Apa Isham Rais Cakap.

Selasa, 25 Julai 2017

Latar Belakang Perjuangan Peneroka Gatco.

Oleh : Sosialis
Latar belakang perjuangan peneroka Gatco
Peneroka-peneroka yang menetap di Kampung Gatco berasal dari ladang-ladang di seluruh Semenanjung Malaysia. Kebanyakan merela telah berhijrah ke Kampung Gatco dengan harapan bahawa generasi sekarang (generasi yang ketiga) akan menikmati satu kehidupan yang lebih stabil dari segi punca pendapatan.
Kebanyakaan penduduk Kampung Gatco mula menetap di kampung ini sejak tahun 1970-an dalam satu projek yang diusahakan oleh Kesatuan Kebangsaan Pekerja-pekerja Ladang (NUPW), iaitu Sugarcane Small Holder Settlement Scheme 1975. Anak syarikat NUPW, iaitu Gatco (The Great Alonioners Trading Corp Bhd) ditubuhkan untuk menjalankan dan mengawasi projek tersebut.
NUPW telah menyewa tanah seluas 4932.52 ekar yang asalnya hutan lebat untuk 66 tahun, iaitu bermula dari 1 Januari 1977 daripada kerajaan negeri di bawah PKNNS. Tebu ditanam sebagai pertanian komoditi yang utama disebabkan terdapat kilang gula NS berdekatan. Penduduk Kampung membayar sebanyak RM 7,600 pada 1977 (iaitu satu nilai yang tinggi pada masa itu), di mana RM 2,600 sebagai wang pendahuluan untuk satu ekar tanah, pembinaan rumah dan infrastruktur di kawasan perumahan dan kemudiannya dibayar lagi wang sebanyak RM 5,000 sebagai wang pendahuluan untuk membersihkan hutan, infrastruktur serta penanaman tebu bagi 10 ekar tanah setiap orang.
Namun, malangnya Syarikat Gula N.S. telah muflis serta terpaksa tutup kerana mengalami masalah kewangan. Penduduk kampung mengalami satu situasi yang sangat getir pada masa itu. Pada masa itu, pihak NUPW dengan kadar pantas mengambil pinjaman kewangan bank sebanyak RM 15 juta daripada United Asian Bank Berhad untuk penanaman semula getah. Tanah yang sepatutnya dimiliki penduduk telah berkurangan daripada 10 ekar kepada 8 ekar seorang di bawah satu perjanjian baru yang dibuat pada 26 April 1983.
Disebabkan ketidakcekapan pentadbiran, sekali lagi projek getah ini juga gagal. Kegagalan yang terbesar apabila beberapa pihak mengisytiharkan Projek Gatco muflis disebabkan syarikat tersebut tidak bayar upah kepada kontraktor, iaitu sebanyak RM135,000.00. Penduduk Gatco kemudian membawa kes ini ke mahkamah pada tahun 1985. Pihak bank yang meminjam kewangan untuk penanaman semula getah melantik The Great Alonioners Trading Corporation Berhad c/o Singam & Yong untuk menjual tanah ini. Pada tahun 4 December 2003, satu lelongan awam telah dipanggil dengan kadar lelongan sebanyak RM16 juta.
Pihak penduduk berjaya membayar sebanyak 2%, iaitu sebanyak RM320,000 kepada pelikuidasi pada 18 Ogos 2004. Akan tetapi, pelikuidasi telah memberi tanah ini kepada satu syarikat korporat yang datang kemudian entah dari mana. Pada masa itulah syarikat yang bernama Thamarai Holdings sdn. Bhd muncul dan seterusnya menyatakan mereka adalah tuan tanah yang baru dan sah. Peneroka Gatco dapat tahu bahawa penjualan tanah ini tidak dibuat melalui lelongan awam padahal dijual melalui perbincangan serta persetujuan secara peribadi.
Pihak penduduk kemudian memfail kes di Mahkamah Rayuan untuk mendapatkan hak mereka. Selepas beberapa perbicaraan, Mahkamah Rayuan telah mengetepikan segala keputusan yang dibuat terlebih dahulu dan menyatakan bahawa cara pembelian dan penjualan tanah ini tidak mengikut prosedur tepat serta mungkin mengandungi unsur penyelewengan. Justeru, pihak Mahkamah Rayuan memberi laluan kepada peneroka Gatco untuk memfailkan kes ini semula di Mahkamah Tinggi pada 24 Februari 2014. Sebelum penduduk Gatco memperolehi keputusan Mahkamah Rayuan, tiba-tiba PKNNS muncul bersama Thamarai Holdings Sdn. Bhd dan menceroboh tanah milik peneroka Gatco. Pencerobohan ini berlaku sehingga kini dan apabila mereka cuba menghalang pencerobohan ini, pihak polis serta Rela menganiaya penduduk di sana.
Ancaman Terhadap Tanah Peneroka Berterusan
Buat masa sekarang, keputusan pihak Mahkamah Rayuan pada 25 Februari 2014 telah pun memihak kepada peneroka Kampung Gatco, namun pihak pemaju giat menggunakan taktik kotor melibatkan Kerajaan Negeri Sembilan dan PKNNS, RELA, Polis serta samsung untuk menceroboh tanah usaha milik peneroka Gatco.
Sejak kebelakangan ini, atas nama PKNNS, beberapa jentolak telah memasuki kawasan ladang Gatco dan sedang bergiat menebang dan memotong pokok getah yang ditanam oleh penduduk Gatco. Apabila peneroka Gatco cuba menghalang dan meminta dokumen yang sah untuk mereka bekerja di kawasan ini, pihak polis dan Rela sering kali bersikap kasar dan menangkap kami.
Pihak polis dan RELA berat sebelah dan bertindak ganas
Pasukan Rela diberi tanggungjawab untuk menjaga kawasan tanah penebangan. Mereka diberi tanggungjawab (tidak tahu oleh siapa) untuk menjaga para peneroka daripada memasuki kawasan tersebut, malah juga tidak dibenarkan menggunakan jalan utama ke kebun peneroka sendiri. Mereka sering menggunakan kata-kata lucah, menghasut, dan bersikap kasar terhadap peneroka-peneroka wanita yang menggunakan laluan tersebut.
Beberapa kejadian pernah berlaku di mana pihak polis memberi kuasa kepada Rela untuk menahan dan menggari. Beberapa insiden berlaku, apabila peneroka yang pulang dari kebun getah ditahan dan digari oleh pasukan Rela dengan kerjasama Polis dan membawa peneroka ini ke Balai Polis Air Hitam serta diugut akan dikenakan pelbagai tuduhan terhadap mereka. Beberapa orang peneroka yang ditangkap juga telah direman selama beberapa hari.
Mereka menangkap peneroka Gatco atas alasan peneroka ini menghalang dan menceroboh kawasan tanah milik PKNNS. Setakat ini sebanyak 245 aduan polis telah pun dibuat ke atas Polis, Rela dan PKNNS bahawa mereka menceroboh tanah peneroka gatco kerana tiada dokumen dikemukakan yang menyatakan tanah ini milik PKNNS. Akan tetapi, sehingga kini tiada siasatan dijalankan ke atas aduan-aduan peneroka Gatco.
Satu insiden yang pernah berlaku adalah Ketua Balai Air Hitam, Sarjan Mejar Abu Bakar bertindak ganas dan cuba melakukan perbuatan lucah terhadap peneroka wanita dengan membuka zip seluar dan mengajak mereka tidur bersama beliau.
Kejadian seperti ini sering kali berlaku pada peneroka Gatco sehingga punca pendapatan mereka terjejas dan terpaksa hidup dalam keadaan serba kekurangan.
Peranan Kerajaan Negeri mencurigakan
Satu lagi persoalaan adalah, mengapakah Kerajaan Negeri terlibat? Menteri Besar Negeri Sembilan pernah turun ke Kampung Gatco dan memberi janji bahawa Kerajaan Negeri akan berusaha untuk memberi tanah kepada peneroka sebanyak 4 ekar untuk peneroka asal dan 2 ekar untuk peneroka yang datang kemudian. Akan tetapi, tiada satu surat hitam putih diberikan, ia hanya kata kata manis oleh MB. Selepas itu, Kerajaan Negeri menggunakan PKNNS untuk menjalankan kerja mereka di tanah peneroka Kampung Gatco. PKNNS juga telah meletakkan papan tanda di sekeliling ladang ini yang menyatakan tanah ini adalah hak milik tanah kerajaan.
Pada 22 April 2015, ADUN Senawang, Guna, mengemukakan soalan kepada Kerajaan Negeri semasa sidang DUN tentang penglibatan serta status Kerajaan Negeri di tanah peneroka Gatco. Dalam jawapannya (secara bertulis), Kerajaan Negeri mengatakan bahawa tanah ini pada asalnya dipajak kepada Syarikat Gatco. Kini, oleh kerana Syarikat Gatco telah muflis, Kerajaan Negeri telah berunding dengan pemilik sah, iaitu Thamarai Holdings untuk menyerahkan tanah seluas 1206 ekar kepada peneroka. 
Persoalannya di sini adalah bagaimana Thamarai Holdings boleh menjadi pemilik sah dan memberi tanah ini kepada Kerajaan Negeri padahal mahkamah telah memutuskan ada unsur penyelewengan dalam urusan pembelian tanah oleh Thamarai Holdings? Mengapa pula PKNNS meletakkan papan tanda yang menyatakan Tanah Milik Kerajaan dan kawasan yang dibersihkan dan kayu getah yang dikeluar dibuat oleh kontraktor MIC?
Pejabat Daerah bersuhabat?
Pada 3 dan 4 Mac 2015, Pegawai Daerah bersama pegawai-pegawai lain datang ke Kg Gatco dan memberitahu para peneroka bahawa mereka berhasrat untuk meletakkan 7 buah jentolak di ladang mereka. Tetapi setiba sahaja jentolak ini, mereka mula menebang dan mengeluarkan kayu getah peneroka secara giat dan meluas. Ini jelas menunjukkan bahawa pegawai daerah juga terlibat dalam usaha menebang sedangkan keputusan Mahkamah Rayuan telah pun berpihak kepada peneroka di sini.
Pegawai Daerah juga seringkali menyatakan bahawa mereka hanya menjalankan mengikut arahan “pihak atasan” akan tetapi tidak pernah menunjukkan sebarang dokumen berkenaan dan memberitahu siapa yang mengarahkannya. Peneroka dan penduduk asal tempat ini berhak mengetahui segala aktiviti yang dijalankan di atas tanah mereka. Peneroka langsung tidak dipanggil untuk rundingan atau diberikan maklumat.
Persoalannya adalah, setahu peneroka, tanah ini hanya berada pada nama Syarikat Thamarai dan keputusan Mahkamah Rayuan telah pun berpihak kepada Peneroka, di mana cara pembelian oleh Thamarai Holdings menunjukkan ada unsur-unsur penyelewangan dengan menggunakan dokumen palsu. Jadi, mengapakah pihak Pejabat Daerah Jempol masuk campur urusan sebuah syarikat swasta yang tidak mempunyai pemilikan secara sah?

Disaman Kerana Parking Dalam Hutan - Dengan Gambar & Bukti.

Siapa tahu rupa-rupanya menjadi satu kesalahan di negara ini jika anda meletakkan kenderaan anda di dalam hutan. Inilah yang berlaku ke atas peneroka #Gatco yang berlawan mempertahankan hak mereka selepas disaman kerana meletakkan kenderaan di dalam hutan oleh PDRM tengahari tadi.

Perkara itu telah dikongsikan oleh Dinesh Selvarajoo yang menulis di Facebook beliau.

"Well done PDRM. Polis saman kereta peneroka Gatco. Saman parking dalam hutan. Nama jalan ini Tan Sri Khalid Abu Bakar ke atau Dato Rena Ramalingam / Thuraisingam," tulis beliau di post tersebut.

Gambar saman turut dikongsikan oleh Dinest Selvarajoo dalam post itu.



Saman dikeluarkan atas alasan menghalang lalu lintas seperti yang tertera di atas resit saman.




Ada ramai netizens yang mempersoalkan kewajaran tindakan polis trafik itu. Menurut Elangkathir Sundram, pihak polis sepatutnya hanya boleh menyaman di kawasan / jalan yang telah digazetkan dan tidak boleh menyaman ke atas mana-mana jalan yang belum digazetkan secara undang-undang.

Pihak kami tidak pasti tentang peraturan undang-undang mengenai kesalahan lalu lintas tetapi apabila dikatakan kenderaan tersebut menghalang lalu lintas memang menimbulkan persoalan yang pelik-pelik dalam pemikiran kami.

Meme - Google
Sebelum ini pada 18 Julai lepas, 28 orang dari Kampung Gatco telah ditahan pihak polis kerana menghalang pemaju dari mengangkut pokok getah (yang ditebang) keluar dari kawasan tersebut. Mereka seterusnya direman tiga hari dan akan didakwa di mahkamah dalam masa terdekat. 

Selepas dibebaskan, pada semalam sekali lagi 30 orang dari Kampung Gatco ditahan oleh pihak polis atas alasan yang sama.  

Sebelum ini dilaporkan pihak pemaju Thamarai Holdings Sdn Bhd, sebuah syarikat milik Lotus Group, telah banyak kali menceroboh tanah penduduk Kampung Gatco, walaupun kes pertikaian tanah masih belum selesai di mahkamah. 

Baca : Latar Belakang Kes Peneroka Gatco (akan dikemaskini kelak).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...