Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 6 Disember 2014

Orang Malaysia Bodoh, Tidak Tahu Urus MAS - Mahathir.

 
Orang Malaysia memang bodoh. Aku, ko dan kita semua. Masing2 bodoh dengan cara tersendiri. Ada yang bodoh undi BN berkali2. Ada yang bodoh dengan berjuang tanpa landasan ilmu dan konsisten. Ada yang bodoh sebab tak suka sebar fakta dan gemar kempen2 isu bodoh lagi membodohkan umat. Ada yang bodoh sebab tau dah MAS rugi selama neh bertahun2, makan juta, then bail out, rugi lagi, juta lagi lebur, bail out lagi, semua tahu, rakyat tahu, aku tahu, ko tahu, pembangkang tahu, MAS tahu, pemimpin negara tahu tapi kita tak mengambil apa2 pendekatan HOLISTIK (tiru Najib) untuk menyelesaikan krisis dalaman MAS sehingga la peristiwa MH370 dan MH17 berlaku.

Memang kita semua bodoh. Dengan cara tersendiri. Bila dah terhantuk. Baru nak tergandah. Harap2 CEO dari luar negara boleh membantu membina semula MAS yang dah NAZAK. Dan harap2. Kerajaan tidak lagi mempolitikkan MAS atas apa2 tujuan sekalipun. Lepaskanla MAS dari unsur2 politicsma. Biar la mereka yang benar2 berkelayakan, berkredibliti menguruskan MAS. Mereka2 yang bersih, amanah dan berintergriti. Takmo ada lantikan atas nama politik, kroni dan nepotisma. Dah berjuta2 ringgit duit rakyat dilabur untuk bailout MAS. Orang miskin orang kaya semua bergabung nak selamatkan MAS. Sudah sampai masanya untuk MAS mendapatkan keuntungan melalui usaha sendiri tanpa perlu bantuan dari wang pembayar cukai (bailout).

Duit2 yang digunakan untuk bailout MAS selama neh membolehkan beribu2 unit perumahan kos rendah dibina tau.
 
Banyak kan?
 
Memang banyak.
 
Moga2 dengan perlantikkan CEO baru dari luar negara neh membolehkan MAS kembali untung tanpa rakyat perlu bailoutnya lagi dan lagi seperti 10 tahun terakhir neh.. 

Fikir2kanla ek.

"Orang Malaysia ini bodoh, tidak tahu hendak uruskan syarikat penerbangan, sebab itu MAS (Malaysia Airline System Berhad) rugi," demikian kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed.
 
Demikian reaksi balas bekas pemimpin negara itu apabila diajukan tentang keputusan Khazanah Nasional Berhad yang melantik Chrisoph R Mueller sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MAS, berkuat kuasa 1 Januari depan.
 
Beliau berkata lagi tidak hairan jika 'orang luar' diberikan kepercayaan untuk menguruskan dan memulihkan semula syarikat penerbangan negara itu.
 
"Bila sudah rugi, orang yang buat (MAS) rugi itu sekarang ini nak buat baik balik, oklah," katanya lagi.

Berjudi Bukan Cara Kerajaan Mencari Dana Kata Mahathir.

Tak payah nak menipu la Mahathir woi. Samada pelaburan luar negara yang dibuat oleh 1MDB ataupun perniagaan dalam negara yang mana kerajaan mengutip cukai melalui kedai2 judi dan kasino, kerajaan tetap terlibat secara langsung dengan mencari dana melalui sumber perjudian.
Hanya kerana Najib menambahkan lagi peluang kerajaan mencari dana melalui sumber perjudian bukan bermaksud kerajaan kita bersih dan bebas dari hasil2 yang diperolehi daripada perjudian.
Di Malaysia. Kerajaan ada mencari dana melalui perjudian. Caranya?
- Memberikan lesen dan permit perniagaan pada kedai2 yang berasaskan perjudian. Contoh. TOTO, MAGNUM. JUDI LUMBA KUDA. KASINO dan sebagainya.
- Dan mengutip cukai dari perniagaan2 tersebut.
- Selain mengutip wang apabila permit dan lesen perniagaan diperbaharui.
Ini bukan cara kerajaan cari dana ka? Dana juga kan.
KAH KAH KAH
Baca luahan Mahathir kat bawah neh tentang persidangan UMNO ;
1. Saya ucap tahniah kepada UMNO dan Presidennya kerana mendengar dan mengambil berat akan pandangan orang ramai berkenaan dengan pengekalan Akta Hasutan.
2. Tetapi saya kecewa kerana banyak lagi rintihan dan keluhan rakyat tidak berjaya mempengaruhi pendirian UMNO dan Kerajaan.
3. Tidak ada perubahan terhadap niat untuk menandatangani perjanjian bebas cukai Trans Pacific Partnership Agreement. Perjanjian 29 bab ini merbahaya walaupun pengecualian diberi kepada usaha memperbaiki kedudukan bumiputera. Perjanjian ini lebih tertumpu kepada sekatan terhadap Negara Cina dan campurtangan dalam hal ehwal ekonomi dalaman Negara.
4. Tidak juga ada respon berkenaan dengan tuduhan terhadap 1MDB. Yang membuat tandatanya bukan kenaikan harga elektrik kerana pembelian stesyen janakuasa, tetapi kerana harga belian yang amat tinggi, dibayar dengan duit hutang yang bunganya tertinggi yang pernah dikenakan kepada Kerajaan dan komisyen kepada Goldman Sachs sampai 11%.
5. Kenapa pula pelaburan dibuat di Cayman Islands atau wang disimpan di sana?
6. Cayman Islands adalah pusat operasi Hedge Fund dan dagangan matawang. Sementara orang atau syarikat biasa gemar melabur dalam Hedge Fund dengan pulangan yang tinggi, Kerajaan biasanya tidak melabur dalam Hedge Fund kerana ia adalah satu jenis judi.
7. Dahulu pun Kerajaan Malaysia biasa dilamar untuk melabur dalam Hedge Fund dengan garanti pulangan 30%. Tetapi ia ditolak.
8. Harus diingat satu dari Hedge Fund yang terbesar, LTCM (Long Term Credit Management) rugi besar dan mengheret bank dan pelabur ke arah muflis. Ia diselamat oleh pelabur yang terdiri dari Wall Street dan Kerajaan U.S.
9. Berjudi bukan cara Kerajaan mencari dana, samada secara langsung atau tidak langsung.
10. Yang lain yang tidak disentuh yang menjadi keluhan rakyat ialah sistem pelajaran yang memisahkan miskin dengan kaya. Yang kaya pergi ke sekolah Inggeris, mendapat ilmu-ilmu yang penting dan mudah mendapat kerja. Yang miskin ke sekolah Kebangsaan, dengan penguasaan Bahasa Inggeris yang rendah dan ketinggalan dalam bidang sains dan ilmu matematik tinggi. Mereka tidak mudah mendapat kerja dengan upah yang tinggi.
11. Dengan ini jarak antara miskin dengan kaya akan menjadi lebih luas.
12. Benar mempermudahkan kelulusan peperiksaan popular, disukai ramai. Tetapi yang disukai ramai kerapkali tidak baik bagi mereka. Pepatah Melayu berkata “menang sorak, kampong tergadai”.
13. Amat malanglah jika populariti lebih diutamakan dari nasib buruk anak rakyat yang terpaksa terima dasar yang tidak baik bagi mereka. Mereka menjadi mangsa, tidak anak orang kaya.
14. Dan banyaklah lagi yang tidak dibincang dan disebut dalam mesyuarat Agung UMNO
15. Dalam demokrasi kesukaan ramai memang penting tetapi janganlah kerananya tergadai masa depan anak bangsa.
Sumber : Blog Chedet.

Jumaat, 5 Disember 2014

Polis Nafi Penjenayah Toreh Muka Ditahan, Gesa Henti Fitnah - Tukang Fitnah Tu Geng UMNO.

Masalah jiwa betul la geng2 UMNO neh. Dalam dok nasihat kita jangan kacau tugas polis. Alih2 dia sendiri yang kacau tugas polis. Yang polis neh pun satu hal juga. Mentang2 la geng dia yang sebar. Berbahasa kemain lembut lagi kaw.

Cuba kalau aku yang tersebar atau tersalah info?

Laju2 kena amaran.
Lepas tue keluarkan notis suruh serah diri.
Then terpalit tuduhan sebarkan fitnah.
Kadang2 kita neh bukan nak sebar fitnah tapi tersebar info salah secara tidak sengaja.
Tapi dah label pembangkang kau ingat polis nak heran?
Laju2 kena tibai punya la.
Denda segala denda.
Akta segala akta.

JAHANAM!!!

Kena buli jek kot.

KAH KAH KAH

Btw. Polis nafi penyebaran gambar kat bawah neh ialah suspect yang menoreh muka seorang gadis yang melawan penjenayah ketika disamun.

Lihat ;

 

Anti DAP Club. Lue take note. Sebab gua nampak lue satu2nya page yang sebarkan gambar di atas. Sebaran mengarut kot. Lue ada baca ke tak kenyataan polis? 

Hak ala.

Gamaknya dah biasa buat fitnah ye tak. Tah hapa2 punya fitnah pun jadi la janji fitnah ye tak? Jangan marah ahhhhhhhhh..

He He He

Nasib baik lue tak boleh nak kaitkan lelaki di atas dengan politicsma. Kalau boleh, mao lelaki di atas dah kena cop PKR tak pun PAS.

KAH KAH KAH

Ini kenyataan POLIS menerusi petikan berita Kosmo (kan geng lue punya akhbar neh) ;



Polis menafikan suspek kes samun dan mencederakan gadis Pasir Puteh, Nur Syafiqa Lah sehingga mangsa menerima hampir 30 jahitan sudah menyerah diri.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Abd. Rozak Muhammad berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat berkaitan kes tersebut dan setakat ini kedua-dua penjenayah terbabit masih diburu.
“Kita berasa kesal kerana ada pihak tertentu sudah mula menyebarkan maklumat palsu mengenai kes ini.
“Tindakan menyebarkan maklumat sedemikian perlu dihentikan kerana ia bukan sahaja mengundang fitnah, malah mengganggu dan menjejaskan siasatan polis,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Abd. Rozak mengulas mengenai tindakan beberapa pemilik laman sosial Facebook semalam yang menyebarkan gambar seorang pemuda dalam keadaan tangan bergari dengan keterangan ‘lelaki yang toreh muka gadis di Pasir Puteh menyerah diri’. -Kosmo-

Pelik gak beb. Penjenayah tak kena tangkap lagi. Tapi ada plak mamat2 gila p sebar info memaklumkan suspect toreh muka dah ditahan polis. Macam nak cover penjenayah je. Subahat ke apa neh woi?

KAH KAH KAH

Kejatuhan Nilai Ringgit - Najib Dinasihati Jangan Berbohong Pada Rakyat - Bekas Pengarang NSTP.


Bila geng2 UMNO pun meluat dan malas melayan pembohongan Najib.. maka terpaksa la dorang sampaikan juga apa yang dorang rasakan..

Point blogger UMNO yang juga bekas ketua pengarang di NSTP, A. Kadir Jasin aku setuju. Kat tv kemain lagi Najib sembang kemas. Malaysia berada di tahap terbaik. Terbagus. Tapi bagus apa bila rakyat tak mampu beli rumah? Kos sara hidup naik mencanak2. Rakyat komplen hari2. Tahap apa yang terbaik? Ekonomi apa yang bagus? Ringgit makin lama makin jatuh Najib woiii..

Tak payah la kau dengan auta kau.. orang2 UMNO pun dah letih nak berbohong sakan demi polish imej2 kau yang semakin hambar..

Kau ingat semua orang buta ekonomi ke apa..

Baca point geng2 kau sendiri hah Najib oii..

Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP), Datuk A Kadir Jasin mahu menasihatkan kerajaan agar berterus-terang kepada rakyat mengenai realiti ekonomi negara pada masa ini.

Kadir berkata, kerajaan perlu berterus terang kepada rakyat tentang situasai ekonomi negara sebelum mereka marah apabila keadaan menjadi parah.

Katanya, kerajaan perlu berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat bukan berdolak-dalik dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

"Lebih baik membuatkan mereka kurang gembira dengan menyatakan kebenaran daripada membuatkan mereka marah apabila malapetaka ekonomi melanda mereka.

"Yang utama sekarang adalah berkongsi maklumat secara rasional dan terbuka dengan rakyat jelata. Bukan berdolak-dalik dengan mereka apatah lagi memesongkan mereka dengan berita-berita baik yang sengaja diada-adakan.

"Terus teranglah dengan mereka. Jangan sekali-kali anggap mereka bangang, bodoh, dungu, tongong dan bahlul." katanya dalam tulisan dalam blognya yang bertajuk 'Isu Kepimpinan: Cakap Benar Mengenai Ekonomi' hari ini.

Tokoh wartawan kebangsaan itu berkata banyak fakta dan ramalan ekonomi yang menjurus ke arah keadaan yang sukar dan mencabar apabila ekonomi Eropah diramalkan menguncup tahun depan.

Katanya, kadar tukaran ringgit pada 1 Disember jatuh paling banyak dalam sehari sejak Krisis Kewangan Asia 1997-98, kepada RM3.4320 bagi AS$1.

Kadir turut memetik akhbar The Star pada 3 Disember yang menyiarkan analisis pendapatan suku ketiga tahun ini (Julai-September) bagi syarikat-syarikat Bursa Malaysia. 

Pada 4 Disember, akhbar yang sama menyiarkan analisis prestasi mata wang ringgit. Ia mendapati ringgit jatuh berbanding kebanyakan mata wang rakan perdagangan utama kita.

Ringgit jatuh 5.61% berbanding dolar Amerika, 5.58% berbanding dolar Hong Kong, 3.93% berbanding Baht, 2.93% berbanding Rupee, 2.44% berbanding dolar Taiwan dan 0.95% berbanding dolar Singapura. Duit kita naik berbanding Yen (9.40%), Euro (5.91%), dolar Australia (4.32%), pound Inggeris (2.31%) dan Rupiah (0.73%).


"The Star juga meramalkan yang kelembapan eksport mungkin mengakibatkan Malaysia mengalami defisit kembar (twin deficit), iaitu defisit akaun semasa dan defisit perdagangan.

"Ia memetik ketua ahli ekonomi AllianceDBS (bank), Manokaran Mottain.

"Sama ada ekonomi kita akan mengalami krisis atau tidak tahun hadapan, satu hal. Itulah yang sedang diramalkan oleh pembangkang pusat," tulis Kadir.

Kadir berkata kenyataan gabenor Bank Negara, Zeti Aktar Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif CIMB, Tengku Zafrul Aziz dan Pengarah Eksekutif Institut Kajian Ekonomi Malaysia (MIER), Dr Zakariah Abdul Rashid sangat mengelirukan.

"Soalnya, bolehkah kita percayai dakwaan bahawa fundamental ekonomi kita kukuh apabila bukan saja harga komoditi utama kita jatuh malah kadar tukaran mata wang kita pun jatuh juga?

"Harga saham dan jumlah dagangan di Bursa Malaysia semakin menurun. Prestasi syarikat yang disenaraikan dengannya lebih banyak yang negatif daripada positif. Boleh kata majoriti melaporkan penurunan keuntungan," katanya.

Sumber : Awani.

Isu Tukar Nama Jalan - Ku Nan Cover Imej Raja Kaw2 - Kena Warning Dengan Sultan Kah?


Kronologi.

1. DBKL umumkan beberapa nama jalan di sekitar KL akan ditukar.

2. DBKL buat pengumuman sehari sebelum menukar nama2 jalan tersebut.

3. Sebanyak 8 nama jalan yang ditukar di sekitar KL.

4. Berikut adalah 8 nama jalan tersebut untuk rujukan korang ;


5. Tindakan DBKL itu kemudiannya mendapat protes dan kritikan negatif orang ramai.

6. Punca orang ramai mengkritik adalah disebabkan ;

- Penukaran nama jalan membabitkan nama jalan sedia ada

- Penukaran secara mendadak tanpa perbincangan dan penglibatan orang awam

- Nama yang lebih panjang dan sukar disebut

7. Dan apabila pihak media meminta menteri untuk mengulas hal tersebut, Ku Nan dan DBKL mendiamkan diri buat seketika (tidak dapat dihubungi).

8. Persoalan2 pihak media kemudiannya di jawab oleh timbalan menteri wilayah di dalam bangunan parlimen.

9. Rujuk sini.

10. Ini antara jawapan mereka ;

 
11. Menurut timbalan menteri wilayah ;

- Majlis raja2 yang memberikan cadangan tersebut.

- Alasannya ialah kerana KL tiada roh kesultanan

- Cadangan dibawa ke kabinet untuk perbincangan dan perbahasan

- Ianya telah dipersetujui sejak setahun yang lepas

- Cuma ianya baru dikuatkuasakan bermula tahun neh

12. Selepas alasan di atas menjadi viral. Lebih banyak kritikan terhadap institusi kemonarkian di negara neh.

13. Kenapa raja perlu sibuk urusan nama jalan? Di Malaysia ada ramai orang susah berbanding nama jalan? Jalan jem, rosak, tidak diselenggara dengan baik, betul itu lebih penting untuk difikirkan dari berfikir isu roh kesultanan..

14. UMNO menerusi persidangan PAU mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh dengan berpura2 mempertahankan monarki. Dikatanya rakyat tiada hak untuk mempersoalkan tindakan tersebut dan membayangkan seolah2 perderhakaan telah berlaku merujuk kepada situasi tersebut. Bukan setakat itu. Bahkan bloggers UMNO membayangkan nama jalan di Penang yang dinamakan sebagai KARPAL SINGH sebagai perbandingan dengan 8 nama jalan yang ditukar oleh DBKL. Memang satu perbandingan yang karut nak mampos. Namun perbandingan itu juga dipetik dan dihujahkan oleh UTUSAN MALAYSIA. Pelik. Kenapa UTUSAN MALAYSIA tak consult terlebih dahulu dengan wakil majlis raja2 jika2 penukaran nama jalan itu ada kaitan ataupun tidak dengan mereka?

Nampak?

Nampakk?

Ia membayangkan. Utusan 'tahu' penukaran nama jalan itu 'kerja siapa'. Sebab tue Utusan takde keperluan untuk menafikan ia tiada kaitan dengan raja2 ma.

15. Untuk rekod. Raja tak bina jalan guna duit dia. Kita bina jalan dan selenggara jalan guna duit pembayar cukai. Setiap hari, setiap bulan, setiap tahun, semua lapisan masyarakat tanpa kira miskin kaya membayar cukai dan menanggung monarki melalui sejenis pembayaran yang disebut elaun setiap tahun kepada semua jenis institusi monarki di negara neh.

16. Oleh kerana kita bina jalan ini secara bersama2 maka suara rakyat tidak boleh diketepikan atau ditentukan melalui peringkat kasta ciptaan manusia yang berkuasa bagi menghapuskan/mendiamkan kritikan terhadap mereka.

17. Selepas kritikan demi kritikan hadir dan tindakan monarki dipersoalkan. Tiba2. Majlis raja2 buat kenyataan media bahawa mereka tidak pernah mencadangkan perkara tersebut kepada kabinet, DBKL dan kerajaan pusat.

18. Pelik bin ajaib. Ia mengambil satu tempoh untuk keluarkan penafian.

19. Kenyataan timbalan keluar selepas berhari2 barula majlis raja2 mengambil satu tindakan menafikan hal tersebut. Kenapa bukan menafikan dengan segera? Contohnya. Hari neh keluar paper The Malay Mail, esok terus nafi? Kenapa perlu tunggu berhari2 lamanya baru nak menafikan hal tersebut? Utusan bebel. Umno bebel. Kat PAU bebel. Kat berita bebel. Bebel punya bebel, boleh diam jek majlis raja2 kau neh kan? Lepas tue baru keluarkan kenyataan bahawa ia tiada kaitan dengan mereka.

20. Kemudian. Tengku Adnan berulang kali dan beria2 mengeluarkan kenyataan di sana di sini, di forum itu, di depan wartawan ini, mengatakan bahawa cadangan untuk tukar nama jalan bukan la di atas keputusan majlis raja2. Ia adalah atas keputusannya sendiri. Ia dibuat kerana nama2 jalan yang ditukar itu tidak mempunyai apa2 erti.

21. Dalam otak aku pula terfikir2. Nama baru neh ada erti ke?

22. Nama baru neh hanya merujuk kepada bekas nama agong dan sultan2 sedia ada.

23. Apakah ianya ada erti yang lebih baik? Contohnya. Jasa membantu orang miskin, tertindas atau pejuang yang lawan harga rumah dan menentang kezaliman BN bagi membela nasib rakyat?

24. Selain dari nama sultan merujuk kepada sultan2 tersebut aku tak nampak ianya membawa apa2 erti yang perlu dikenang sampai mati.

25. Dan. Terkini. DAP menuntut menteri wilayah meminta maaf secara terbuka sebab mencalarkan imej raja2 apabila timbalannya membuat kenyataan yang mengaitkan penukaran nama2 jalan ada kaitan dengan cadangan yang pernah dikemukakan oleh majlis raja2 di negara neh.

26. Pelik. DAP pun bebalisme juga ka. Penjilat monarki juga ka?

27. Jika diperhatikan dari kronologi kejadian ;

- Penceritaan timbalan menteri wilayah agak tersusun.

- Bermula dari cadangan majlis raja2, dibawa ke kabinet, diluluskan pada tahun lepas, dikuatkuasakan pada tahun neh, nama ditentukan merujuk kepada jarak jalan dan sebagainya blabla..

- Seolah2 membayangkan dia diberikan input tersebut.

- Ataupun sekurang2nya dia tahu perjalanan cerita tersebut memandangkan dia no 2 selepas Tengku Adnan.

-  Dia kan timbalan menteri. Takan terpacak tak buat kerja, tak p meeting.

- Kronologi penyebab kenapa nama jalan itu ditukar serba sedikit dia mesti tahu punya la.

- And then. Tindakan majlis diraja yang lambat menafikan perkara tersebut boleh mengundang persepsi dan persoalan.

- Kenapa tak nafikan laju2? Kenapa mengambil satu tempoh baru keluarkan kenyataan? Adakah kerana menyirap dengan kritikan demi kritikan? Adakah selepas bermesyuarat sana sini, berbincang dan berbahas sesama sendiri akhirnya mengambil satu pendekatan bagi melindungi intergriti dan imej monarki di negara ini?

- Dan paling bangang. Sudah tentu la tindakan Ku Nan kita. Cakap sekali sudah cukup. Tapi bila dia beria2 ulang sana ulang sini. Itu bukan cadangan majlis raja2. Itu cadangan saya. Blablabla.. ulang dan ulang dan ulang.. ini membayangkan seolah2 dia nak paksa orang terima dan faham bahawa itu ialah cadangan dia.

Hello. Kau buat satu cadangan. Kau patut merujuk cadangan2 macam neh dengan rakyat terlebih dahulu tau.

Kenapa kau buat satu cadangan syok sendiri tanpa mengambil peduli samada rakyat terima atau tidak.

Nampak sangat ada sesuatu kat situ. Nampak sangat sedang berusaha melakukan sesuatu. Sudah2la dengan korang punya permainan dan wayang murahan neh. Meluat aku tengok. Jadi menteri otak pun macam CIBAI. Patut fikirlah. Macam mana nak kurangkan traffic jem ka apa ka. Ini kalau traffic jem orang maki jalan. Nama jalan plak nama sultan. Bila termaki nama jalan tue korang rasa sentap ka?

Aku memang suka maki nama jalan. Febret kot.

Jangan2 lepas neh aku saja2 maki nama jalan tue walaupun tak jem.

Bukan betul pun otak aku neh hah.

KAH KAH KAH

Lue fikirlah sendiri Ku Nan oi. Ke lue dah nyanyuk tunggu masa jek neh?

KAH KAH KAH

Bai.

Rujukan :  http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/dap-tuntut-adnan-mohon-ampun-dakwa-tukar-nama-jalan-kerana-majlis-raja

http://www.malaysiakini.com/news/281589

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2014/11/25/8-jalan-utama-tukar-nama/

http://www.sinarharian.com.my/majlis-raja-raja-tidak-bincang-tukar-nama-jalan-1.338852

Khamis, 4 Disember 2014

Ini Janji Muhyiddin Yasin UTK Bela Nasib Graduan Pendidikan YG Menganggur - Tapi Akhirnya Upah Tenaga Luar?

Muhyiddin Yassin ialah TPM yang juga memegang jawatan menteri pendidikan kat negara neh. Pada pertengahan tahun neh, Muhyiddin Yassin mengeluarkan satu kenyataan bahawa dia akan membantu membela nasib siswazah pendidikan yang masih menganggur akibat tiada tawaran dan peluang pekerjaan berkaitan pendidikan yang bersesuaian untuk mereka.

Lihat ;



Kata Muhyiddin Yassin.

- Kementerian pendidikan sekarang berusaha keras bagi membela nasib penganggur2 lepasan ijazah berkaitan jurusan pendidikan.

- Antara usaha mereka ialah mewujudkan sekolah2 baru dan peluang2 pekerjaan bagi memenuhi permintaan yang semakin mendesak.

Kenyataan ini dikeluarkan pada tahun 10 Jun 2014. Rujuk sini

Aku tak ingat bila. Pada tahun 2013 tak silap aku kerajaan ada keluarkan kenyataan bahawa jawatan pembantu guru akan diwujudkan demi meringankan kerja guru tapi sampai sekarang haram ada. Itupun janji yang tak tertunai gak. 

Sekurang2nya jawatan pembantu guru boleh dipenuhi oleh lepasan siswazah jurusan pendidikan yang menganggur atas nama mencari pengalaman sebelum naik pangkat jadi guru sepenuh masa. Tapi itu pun tak tertunai. Lagi mao sembang bab pengangguran.

Berbalik isu pengangguran. Ini stastistik yang dikeluarkan oleh kementerian.

Pada tahun 2013, bulan Nov, menteri telah mendedahkan angka pengangur di negara neh.

Baca ;

Jumlah penganggur di negara ini sehingga Jun lalu adalah sebanyak 375,401 orang dengan 56 peratus daripadanya merupakan siswazah.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Ismail Abd. Muttalib berkata, jumlah siswazah yang menganggur adalah sebanyak 210,263 orang manakala golongan bukan siswazah adalah 165,139 orang (44 peratus).
"Pada masa ini, kementerian mengumpulkan data berhubung graduan menganggur melalui portal JobsMalaysia dan portal ini juga berperanan memadankan pencari kerja dengan kekosongan jawatan yang diiklankan," katanya.

Jumlah graduan yang masih menganggur pada ketika itu ialah  210,263. 

WOW. 

Itu satu angka yang besar tue.

Pada tahun 2012. Sehingga Mei 2012, kerajaan mengumumkan jumlah graduan yang masih menganggur pada ketika itu ialah 72,200.

Dan pada tahun 2010, 42,955 ialah angka graduan yang menganggur ketika itu menerusi rekod kementerian sumber manusia.

Nampak patern dia? Meningkat. Saban tahun.

Oke. 

Sekarang ini jawapan kementerian mengenai punca utama pengangguran di kalangan siswazah di Malaysia.

Menurut maklum balas sektor industri, masih ramai graduan yang menganggur disebabkan kursus yang mereka ambil di universiti tidak sesuai dengan keperluan dan permintaan pasaran.

Pensyarah Sains Kemanusiaan Amien Iskandar berkata, satu daripada faktor graduan sukar mendapat kerja ialah kelulusan yang ada pada mereka tidak sesuai dengan keperluan pasaran lalu menjadikan mereka tidak diperlukan.

Nampak?

Kelulusan yang ada tidak sesuai dengan kehendak pasaran. Universiti apa menawarkan kursus dan kemudiannya bila mereka keluar, rupa2nya ia tak menepati dengan kehendak pasaran.

Belajar penat2.
Siang malam belajar nak jadi top student.
Nak lulus taknak gagal taknak kecewakan ibu bapa.
Akhirnya. Bila keluar. Rupa2nya jurusan yang dia amek tak sesuai dengan kehendak pasaran.

Akai ada ka?

Belajar bukan percuma wo. Mahal nak mampos.

Sepatutnya. Ini yang Muhyiddin kena kasi settle down dulu. Dia kan kementerian pendidikan dan TPM. Dia patut bincang dengan kementerian pengajian tinggi macam mana nak atasi masalah2 universiti yang menawarkan kursus yang tidak menepati keperluan dan kehendak pasaran supaya graduan2 neh nanti tidak terperangkap dengan beban hutang dan buntu tentang hala tuju selepas habis belajar.

Itu satu. Yang kedua. Aku tatau pecahan macam mana. Tapi merujuk kepada data, sekurang2nya akhir tahun lepas, 2013, kita ada sekurang2nya 210,000 lepasan siswazah yang masih menganggur.

Jika hari tue Najib nak bawa masuk 12,000 banglasia ke Malaysia dalam sektor perladangan atas nama memenuhi kehendak pasaran (MoU). Kali neh Muhyiddin nak bawa masuk 30,000 guru dari China untuk di serap ke dalam sistem pendidikan negara.

Baca la ;


Menteri2 kita neh gila gamaknya. Asal menteri luar datang sini melawat terus bagi projek apa bagai.

PM Bangla mai dapat bawa masuk 12,000 pekerja (walaupun sekadar MoU).
China mai dapat bawa masuk 30,000 guru.

Sakit jiwa betul. Buat perjanjian macam minum air. Tak fikir2 langsung.

Sedangkan. Janji Muhyiddin nak mengatasi masalah pengangguran di kalangan siswazah pendidikan pun kita tatau apa kesudahannya lagi. 

Yang pasti kita ada data yang menunjukkan kadar pengangguran di negara ini semakin meningkat saban tahun. Mohon Muhyiddin tunaikan dulu janji dia. Adakah semua para siswazah bidang pendidikan telah mendapat kerja seperti yang dijanjikan sehingga pasaran kita mendesak kepada tenaga guru dari luar ataupun kita neh buat satu keputusan yang syok sendiri?

Tolong jawab Muhyiddin. Aku tanya kau neh. Ya. Kau. Jawab la cepat sikit kalau ada maruah. 

Rujukan :  http://news.abnxcess.com/bm/2014/06/masalah-siswazah-pendidikan-menganggur-dipandang-serius/

http://blog.mohe.gov.my/2012/11/punca-graduan-sukar-dapat-kerja.html

http://ww1.utusan.com.my/utusan/Parlimen/20131112/pa_02/56-peratus-penganggur-ialah-siswazah

KIPP Malaysia.

Tengku Adnan Kantoi Bodoh & Memalukan Diri Sendiri.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sementara aku tengah perhatikan dan kumpul modal nak balon DBKL dan menteri wilayah isu tukar nama jalan yang aku nampak bibit2 keSPIN-nan sana sini, aku nak balon KuNAN isu bayaran blogger UMNO terlebih dahulu.

Kelakar kot.

Nak bohong tak agak2.

Jaga la maruah Najib sama Ku Nan oi. Tak kesian ka kat big boss hang tue?

KAH KAH KAH

Kisahnya.

1. Dalam PAU lepas. Najib tembak bloggers UMNO yang tembak UMNO.

2. Dia kata dalam peperangan mana boleh tembak sesama sendiri.

3. Dia kata bloggers UMNO, BANGANG.

Then. Bloggers UMNO marah sebab sentap dikatakan bangang. Bloggers yang tak berbayar lebih sentap dari berbayar. Pelik gak tue.

Hihi.

And then. PAS amek isu tersebut. Mahfuz. PAS. Desak senarai blog yang dibayar oleh UMNO dan jumlah pembayaran yang diterima. Adakah menggunakan wang pembayar cukai atau apa. Almaklumla.

Kalau kerja kau untuk backup UMNO. Wajar la kalau UMNO yang bayar kau guna duit UMNO yang berlambak2 tue bak kata perwakilan UMNO mana tah hari tue dalam PAU.

Kalau kerja kau untuk backup kepimpinan kerajaan sekarang maka dedahkan jumlah pembayaran, tujuan dan senarai bloggers yang menerima bayaran.

Then. Respon Ku Nan.

Lawak siot. Meh baca sat ;

“Kami tidak pernah bayar sesiapa,” katanya ketika diminta mengulas berhubung desakan Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar supaya Umno mendedahkan berapa banyak yang dibelanjakan parti itu membayar gaji blogger untuk menyerang pembangkang.

Tengku Adnan bagaimanapun mempertahankan ucapan Najib dengan berkata blogger yang bersimpati dengan Umno tidak sepatutnya menyerang parti itu.

“Blogger yang pro Umno tidak sepatutnya bertelingkah sesama mereka, musuh kita adalah pihak sebelah sana (pembangkang), bukan antara kita.

“Itu adalah nasihat yang betul, (tetapi ia) tidak bermakna kami membayar mereka,” katanya.

Kami tidak pernah bayar sesiapa. Tidak bermakna kami membayar mereka. Ini point penting Ku Nan.

Dan reaksi bloggers UMNO yang mempersoalkan kenyataan Najib yang membayangkan perkataan BANGANG itu ditujukan kepada bloggers yang berbayar ialah hujah aku. Dan hujah kedua dan last ialah dari mulut Najib sendiri.

Baca ;
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,”
Keyword.

BLOGGERS KITA NI CARI MAKAN DENGAN SIAPA.


Bacaan penuh disini.

ULANG BALIK. KEYWORD.

BLOGGERS KITA NI CARI MAKAN DENGAN SIAPA?

ULANG BALIK.

BLOGGERS KITA NI CARI MAKAN DENGAN SIAPA?

CARI MAKAN = CARI REZEKI = SEJENIS PEKERJAAN YANG MENAWARKAN UPAH/ GANJARAN.

DAN YA. ULANG BALIK UNTUK Ku NaN yang mungkin tidak berapa DENGAR. PEKA. DAN FAHAM. Akibat usianya yang semakin lanjut. Aku memahami menteri itu.

Najib kita kan sebut dengan jelas, terang, out and clear.

BLOGGERS KITA NI CARI MAKAN DENGAN SIAPA?

Ini apa maksudnya wahai Ku Nan oi?

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Rafizi Ramli Di Saman Najib Razak - Dengan Kemaskini.

WOW.

Sensitifnya bapak piem kita sejak akhir2 neh. Selepas menyaman Malaysiakini dan Tony Pua, bapak piem kita saman Rafizi Ramli le pula.



1. Firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubarak yang mewakili Najib telah menghantar notis berkaitan saman ke pejabat Rafizi pada hari ini.

2. Rafizi melaporkan bahawa dia bakal disaman berhubung kenyataan dia berkaitan subsidi minyak.

3. Isu berkaitan 1MDB juga mungkin menjadi punca menurut Rafizi.

4. Menurut Rafizi dia sedia disaman dan akan menyediakan hujah2 berbangkit di kamar mahkamah apabila kes tersebut dibicarakan kelak.

5. Selama ini dia telah meminta untuk berdebat dan berhujah mengenai subsidi minyak namun tiada sesiapa pun dari UMNO dan kerajaan yang sudi tampil dan berbahas dengannya secara terbuka.

6. Namun notis saman yang disampaikan kepadanya akan digunakan sebaik2nya untuk meminta UMNO, kerajaan dan Najib menjawab segala persoalan berkaitan subsidi minyak di mahkamah kelak.

Itu point2 Rafizi dalam satu kenyataan media kepada portal online TMI.

WOWWW..

Cerdik juga alasan kau neh Rafizi. Betul juga point2 dia kan. Gunakan kesempatan dan ruang ini untuk mendesak kerajaan menjawab bagaimana pembayaran subsidi minyak dilakukan dan dedahkan kira2 dan method pembayaran subsidi minyak kepada umum kerana kita berhak tahu bagaimana kerajaan membelanjakan hasil negara.

Aku setuju jek. Cuma kesian sikit la kat Rafizi. Kena turun naik mahkamah. Najib lain la. Dia kena sapina pun tak perlu turun mahkamah. Ini kan kes menyaman. Undang2 dia punya woi.

KAH KAH KAH

Kbai. 

Kemaskini.

Ini adalah apa yang dilaporkan oleh FOBN ;


Menurut FOBN. Rafizi di saman oleh Najib Razak kerana mengeluarkan kenyataan di atas. Owh yeke?

Memandangkan Rafizi pun mencabar Najib untuk terus proceed kes ke mahkamah, so sama2 la kita tunggu hasil perbicaraannya ananti macam mana.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...