Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Disember 2015

Astro Awani Padamkan Posting Ucapan Hari Jadi Untuk Rosmah - Kenapa Agaknya Ya?

Tadi kat FB Astro Awani ada satu posting yang memaparkan gambar Rosmah Mansur dengan caption ucapan hari jadi. Ucapan yang terpilih akan disiarkan oleh Astro Awani. 

Tengokla ;

Gambar Kredit : @PutraReformasi


Aku pada awalnya macam terkejut sikit. Kau biar betul Awani? Ucapan hari jadi untuk Rosmah Mansur? Siap ada hashtag lagi? Kalau ko lupa aku just nak ingatkan yang Rosmah tu ialah isteri kepada seorang piem Malaysia. Dia bukan piem. Yang piem tu Najib Razak. Wish secara khas kepada Najib tidak pelik. Wish kepada Rosmah? Itu pelik kot.

Sambil-sambil tu aku pikir juga. Apakah dia sudah ada jawatan dalam kerajaan? Mungkin aku terlepas pandang kot. Sambil-sambil fikir sambil-sambil baca komen pada thread berkenaan. Fuhhh..ucapan pergggghh. Ini ucapan hari jadi ka ucapan menyindir? Semua berbaur sindiran, perlian dan kutukan yang nyata. Malahan siap ada yang anggap Awani troll Rosmah. Bila fikir-fikir balik memang macam troll pun iya juga. Takan la selama hampir 8 tahun Najib jadi piem baru sekarang ko nak buat ucapan hari jadi untuk Rosmah? Nampak sangat kau neh sesuatu kan Awani?

KAH KAH KAH

Benda Awani update tak sampai pun sejam masa tu. Berderu-deru komen masuk wish (kutuk) sakan. Kemudian, aku saja-saja check lagi. Selepas beberapa jam lebih kurang pukul 5.30 petang neh la time aku update blog neh. Aku cari punya cari tak jumpa. Mana pula perginya ucapan hari jadi Rosmah neh. Takan kena hide kot. FB sekarang kan dah gila sikit. Posting2 tertentu walaupun kita tak delete, dia hide secara automatik. Kejadahnya tah. Tue yang aku kadang2 bengang dan meluat dengan fb neh. Lepas tu orang anggap kita dah delete padahal kita tak delete. Nak search tu susah melainkan ko punya posting tu bergambar. Maka terpaksa la p check satu persatu kat 'PHOTOS'. Dah menyusahkan hidup aku kat situ.

Aku cari-cari lagi tak jumpa.

Aik. Aku yakin aku baca tadi. Aku yakin memang Awani yang update. Bukan bermimpi atau mengigau pun.

Tapi kenapa dia dah takde? Ah otak aku lambat pickup. Lapar punya pasal. Aku laju-laju p chrome check history. Apa susah bhai. Ada catatan history kot. Lue godek aje.

Sah. Posting tersebut memang hilang. Pasal kena delete. Kenapa kena delete? Hanya ASTRO AWANI je yang tahu. Tapi yang pasti selepas aku berjaya sahkan posting berkenaan telah dipadamkan Awani, aku p balik ke FB Awani. Aku tengok kat tempat lain pula budak2 neh p komen troll sempena harijadi Rosmah. Semua neh dimulakan oleh Awani. Tatau la aku kalau Rosmah terasa dengan kau nanti Awani. Pandai2 la ko mengadap oke. Yang ko gatal2 nak wish ke Rosmah di laman sosial buat apa. Nak bodek ke? Dah tahu netizens ada macam-macam peel dan inila satu2nya tempat mereka boleh bebas sebebas bebasnya kutuk Rosmah dan Najib lagi mao bagi peluang. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Najib Bangga-Bangga Mengakui Diri Sendiri Gentleman [Video Inside].

Gentleman hotak kau.

"Saya tak boleh menjadi seorang pengecut. Bahkan itu bacul namanya"

Tambah Najib lagi.

Geram plak aku dengan dia neh. Cuba cakap depan-depan aku. Nak aje aku balas. Kau memang pengecut, bacul dan bukan gentleman pun. Boleh tak jangan syok sendiri dengan membuat ucapan merapu-rapu bagai.

Tak boleh blah dengan perwakilan-perwakilan yang mendengar. Adakah mereka akan bersetuju dengan point-point Najib yang mengangkat diri?

Rujuk video (KLIK SINI jika video gagal loading) ;


I Am Gentleman - Najib
Sumber video : Astro Awani.https://www.youtube.com/watch?v=3av0_P4VktA
Posted by Ameno World on Wednesday, December 9, 2015

1. Disebabkan Najib tidak gentleman maka perkara-perkara seperti ini berlaku ;



2. Disebabkan Najib bacul = pengecut maka dia lari dari forum Nothing To Hide. Dah lupa ke?

3. Disebabkan Najib tak berani juga le maka dia langsung tak menjawab isu 2.6b dalam parlimen sebaliknya memilih sesi wawancara sendiri tanya, sendiri jawab, sendiri benarkan tindakan diri sendiri. 

Apa yang beraninya kalau bersikap macam tu?

Timbalan yang mengkritik pun kena pecat.
Yang persoal semua isu-isu kritikal dalam dan luar UMNO pun dihadapkan dengan pelbagai tindakan.
Apa yang boleh dalam UMNO kini ialah mendengar, menelan dan menerima bulat-bulat tindakan serta kenyataan Najib tanpa persoal dan bantah.

Haiyooo Najib, Najib.

Jangan la sampai keluarkan satu kenyataan yang tak mencerminkan keadaan sebenar. Tak malu langsung mengakui diri sendiri gentleman, bukan pengecut dan tidak bacul. Terang-terang menipu kot.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Rabu, 9 Disember 2015

Kerana Rampas Minyak Ganja Dan Kaitkan DGN Vape, PDRM Dikutuk Kaw2 Di FB Sendiri.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Update 3 jam yang lepas. Sekarang neh ada 408 komen. 901 yang share. Setakat laporan neh ditulis la. Rata-rata yang komen semua sindir, kutuk dan kritik tindakan PDRM yang tidak tahu membezakan cecair vape dan minyak ganja.

Yang share pun sama. Harap je ramai yang share tetapi mereka share bukan sebab tajuk berita tu bagus sebaliknya nak share tindakan kelakar PDRM kau neh.

Jom baca komen-komen dorang jap ;









Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas.

Sumber rujukan sini. Kot-kot korang nak baca sendiri. Ngeee.

Oke, satu persatu. Aku baca laporan PDRM.

Rujuk ;


Tajuk = 214 botol vape dirampas.

Kandungan berita = 214 botol cecair ganja

Kandungan berita = sindiket ini aktif menghasilkan cecair ganja untuk disalahgunakan oleh pengguna vape dan rokok elektronik.

Bagaimana ia disalahguna? Bukan kah PDRM patut jelaskan bagaimana minyak ganja boleh disalahguna dan berapa ramai yang dah khayal disebabkan penggunaan minyak ganja neh? Ganja memang boleh disalahguna bila dicampur dengan bahan tertentu tetapi kalau ikut gambar2 di atas, minyak ganja tersebut digunakan untuk rawatan perubatan. Macam mana pula ianya boleh bertukar kepada cecair vape yang disalahguna dan menjadi dadah? Minyak untuk rawat kanser (secara umum) pun boleh jadi dadah ka? Biar betul?

Ganja neh ada beberapa cara untuk consume. Aku pernah baca dulu-dulu dah lama. Salah satu cara untuk consume ganja, kau boleh 'mengwap' juga. Macam vaping-vaping neh juga la. Ada alat tertentu. Tetapi cara neh aku tak pasti jika ada geng2 ganja buat di Malaysia. Tetapi kalau sekalipun ada geng2 ganja layan cara neh, mereka bukannya guna minyak ganja yang dah dimodified untuk rawatan perubatan. Apa feelnya. Akai pun cerdik la sikit.

Kek dan biskut ganja tu tak pelik. Ia memang salah satu cara alternatif untuk consume ganja. Tetapi kenapa mengaitkan ia dengan vape jika ia sebenarnya tiada kaitan dengan vape? Nak merampas vape, kenapa heret product2 ganja yang digunakan sebagai alternatif kepada rawatan perubatan? Ini yang jadi persoalan umum neh. 

Yelah, aku faham undang2 negara mengharamkan ganja dan penggunaannya.

Tetapi tak perlu sebut minyak ganja sebagai cecair vape. Gambarkan pula ia sebagai dadah. Minyak pun boleh jadi dadah ke? Yang rosak khayal p membunuh meragut tu bukan sebab consume ganja pure. Mereka consume dadah sintetik. Yang dah campur-campur apa benda bahan melalut merepek kimia bagai sehingga merosakkan akal fikiran yang waras. Ada ke menyamakan ganja = dadah. Statement nak menghukum je. Elokla baca komen-komen yang kritik kau semua di dalam page rasmi korang. Minyak ganja katanya sindiket dadah. Sindiket dadah abah kau.

KAH KAH KAH

Tiba-Tiba Rawatan Minyak Ganja Bertukar Menjadi Cecair Vape - Lawak Pecah Perut Mesti Baca!

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Woit, baca berita bawah neh. Seriyus kelakar bhai.


Ada ka minyak ganja dia kata cecair vape? Bahlol! Aku pun ada kat rumah. Kawan dari Penang bagi untuk merawat penyakit aku. Ingat tak beberapa bulan lepas aku jarang update blog. Masa tu la aku sakit. Dan ini la antara ubat yang aku cuba untuk merawat penyakit aku dan alhamdullilah, kesan positif aku pulih.

Tak sangka pula aku cecair vape yang aku guna untuk merawat penyakit. Tapi oke juga. Aku sembuh kan.

KAH KAH KAH

Punya la nak beria jatuhkan vape (sungguh pun aku tak pro vape) sampai sanggup merepek hingga mendorong kepada mengauta dan menfitnah. Apatah lagi nak mengaitkan dengan ganja. Aku sokong product ganja sebagai alternatif rawatan perubatan dan kesihatan. Belum cuba belum tahu. Say yes to ganja. No to vape. Kiki.

Apa-apa pun jom sambung gelak lagi. Lucu la puak2 neh.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Ini Pula Penjelasan Najib Tentang Penjualan EDRA Ke Firma China.

Sekiranya Tenaga Nasional Berhad (TNB) berjaya membeli syarikat pengeluar tenaga milik 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Edra Energy, akan timbul dakwaan Putrajaya cuba membantu syarikat berkenaan, kata Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak.

Najib berkata, proses penjualan Edra juga dilakukan melalui tender antarabangsa dan syarikat CGN, yang berpangkalan di China, menawarkan bidaan lebih tinggi berbanding TNB.

Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata kepada pemberita, Najib menerangkan perkara itu dalam taklimat tertutup bersama ketua Umno bahagian di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) malam ini.

"Beliau nyatakan, program rasionalisasi berjalan dengan baik, walaupun pada satu ketika, beliau dituduh sebanyak RM42 bilion hilang dan lesap.
 
"Tetapi jelas, apabila pihak CGN bayar dengan harga RM17 bilion untuk pembelian Edra, dan terpaksa tolak tawaran TNB, kerana tawaran TNB RM2.3 bilion lebih rendah daripada CGN.

"Dan jika TNB diberikan peluang, maka timbul permasalahan seolah-olah 'bailout' oleh kerajaan terhadap 1MDB.

"Kerana tender ini tender antarabangsa terbuka maka 'highest bidder' memperoleh dan memenangi tawaran itu," kata Zahid.

Beliau berkata demikian pada satu sidang media yang diadakan naib-naib presiden Umno selepas selesai taklimat berkenaan.

Putrajaya sebelum ini dikritik kerana menjual anak syarikat 1MDB tersebut kepada firma asing.

Sebelum ini dilaporkan, 1MDB menjual semua asetnya kepada CGN dan menjadikannya perjanjian gabungan dan pembelian terbesar dalam sektor tenaga Asia setakat ini.

Transaksi itu, yang dijangka selesai pada Februari 2016, juga merupakan sebahagian pelan rasionalisasi 1MDB, sebagaimana dibentangkan kepada kabinet pada 29 Mei 2015.

Dipetik menerusi laporan The Malaysian Insider.

Pendapat.

1. Pada Najib lebih baik jual EDRA ke firma luar berbanding menjualnya kepada TNB.

2. Sekurang2nya boleh menafikan peluang rakyat untuk memperkatakan 1MDB dibailout oleh TNB.

3. Tetapi Najib, adakah dia faham?

4. Samada dia jual EDRA ke firma China, ke TNB atau ke sesiapa sahaja, dia tetap akan terpalit dengan pelbagai jenis sangkaan buruk.

5. Alang-alang buat keputusan apa pun tetap 'kena lauk' dengan rakyat, maka sebagai PM dia seharusnya meminimumkan sangkaan buruk dan risiko yang bakal dihadapi dalam usaha merasionalisasikan hutang-hutang 1MDB.

6. Pelan rasionalisasikan 1MDB itu sendiri tidak akan wujud jika bukan kerana 1MDB itu sendiri yang bermasalah.

7. Dengan kewujudan pelan tersebut ia secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa 1MDB menghadapi masalah kewangan. 

8. Oleh kerana 1MDB perlu selesaikan masalah aliran wang tunai mereka, maka sebaik-baiknya buat la keputusan yang memihak atau memberi kelebihan kepada kerajaan. 1MDB perlu selesaikan masalah berkaitan hutang-hutang mereka namun dalam masa yang sama jangan la sampai jual aset strategik negara ke pihak luar.

9. Apatah lagi menafikan peraturan KETTHA yang menetapkan pemilikan asing sepatutnya terhad ke 49%. Kenapa menteri-menteri kabinet tak pertikaikan syarat penting itu? Adakah kerana itu Najib yang melanggarnya maka ianya halal? Sebagai piem kau pun gagal ikut satu peraturan atau dasar yang kerajaan sendiri gubal macam mana kau boleh mengharapkan rakyat akan hidup mengikut peraturan. Kau telah gagal menjadi contoh yang baik kepada rakyat di negara neh. Kau piem dan kau langgar polisi kerajaan. Kau tak dikritik malah dipuja. Jadi apa sebab rakyat perlu hidup berdasarkan peraturan sedangkan kau tidak? Adakah peraturan di negara neh flexible boleh diubah mengikut kesesuaian dan keperluan serta kehendak seorang perdana menteri? Adakah Malaysia dan seluruh isinya kepunyaan Najib Razak?

10. Risiko diperkatakan kerana 1MDB dibailout oleh TNB lebih baik dan sedap didengar kerana aset-aset strategik negara masih kepunyaan kita.

11. Sekurang2nya nasib pekerja, keuntungan dan operasi perniagaan milik tempatan dan dibawah pengurusan tangan kita.

12. Ini lebih baik dari jual ke syarikat asing sekaligus kita kehilangan kawalan ke atasnya. Bukan itu sahaja, bahkan sudah tentu ada perjanjian-perjanjian tertentu yang dimeterai bersama bagi memastikan firma asing yang mengambilalih EDRA dapat memperolehi manfaat akibat membeli EDRA dari 1MDB. Pelabur takan buat pelaburan yang merugikan. Apatah lagi 1MDB ialah syarikat GLC. Jika ada jaminan tertentu, ianya kukuh disebabkan taraf 1MDB sebagai GLC itu sendiri.

13. Harus diingat, krisis hutang 1MDB berlaku disebabkan kegagalan pentadbiran 1MDB sendiri menguruskan syarikat tersebut.

14. Rakyat bukan pencetus masalah. Apabila cerita 1MDB sampai kepada kita, 1MDB telah pun terpalit dengan masalah.

15. Tetapi sungguh pun bukan rakyat yang mewujudkan masalah di dalam 1MDB atau di dalam mana-mana GLC, seringkali rakyat juga yang akan menjadi mangsa dan menerima kesan akibat dari kegagalan kerajaan menguruskan syarikat dengan cekap dan telus.

16. Melihat kegagalan Najib menguruskan 1MDB sehingga kehilangan aset strategik negara seperti EDRA, seperti itula Najib gagal uruskan negara apabila rakyat terpalit dengan pelbagai kenaikan dan kos sara hidup semakin tinggi dengan pengenalan cukai GST serta pemahsuhan subsidi demi subsidi. Syarikat pun kau tak mampu urus dengan betul ini kan pula negara. 


Selasa, 8 Disember 2015

Isu 2.6b - Penjelasan-Penjelasan Najib Yang Buat Anda Ketawa Terbahak-Bahak! [Video Inside]


KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Sorry Najib. Penjelasan kau sangat... membuatkan aku.. kah kah kah

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kalau la yang jawab tu penyokong tegar Najib ke apa ke aku boleh faham lagi level kebodohan dia. Tapi sebab yang bagi penjelasan tu Najib = seorang PM, maka aku rasa eh Najib, kau seriyus? Kau pasti kau sedar apa yang kau ucapkan? Kau bukannya tengah mamai kan?

KAH KAH KAH

Pada awalnya aku macam ragu-ragu sikit bila baca laporan portal. Walaupun aku percaya juga mungkin benar apa yang dilaporkan tetapi rasanya lebih baik mendengar sendiri untuk memahamkan betul-betul apa yang Najib sampaikan.

Selepas mendengar dengan telinga sendiri, aku menjadi semakin yakin kenapa Mahathir semakin bersemangat untuk menjatuhkan Najib dalam UMNO. Bukan Najib yang Mahathir benci. Bukan juga kerana Najib enggan peduli atau mengikuti kehendak Mahathir. 

Tetapi kerana nak menyelamatkan UMNO dari ranap dan tersungkur. Macam neh punya penjelasan, manusia yang sokong UMNO pun tak mampu nak percaya. Bezanya, samada mereka berani meluahkan secara berdepan atau mengutuk belakang-belakang atas nama menjaga intergriti ketua dan parti.

Lihat video yang aku petik menerusi tv3 sebagai bukti hujah. Jangan kata ia fitnah.

 

Point Najib ;

1. Dia tidak bersalah dalam isu 2.6b

2. Penggunaan perkataan DERMA jelas disebutkan oleh Najib disitu.

3. Aku pernah baca kemarahan geng2 UMNO kepada SPRM kononnya istilah DERMA itu tidak tepat.

4. Tapi apa guna kau semua marah-marah suatu waktu dahulu apabila tuan punya badan yang dikaitkan dengan isu tersebut pun guna istilah DERMA? Pftttt.

5. 2.6b bukan hasil dari sumbangan orang ramai jauh sekali duit 1MDB.

6. Mereka yang menderma tidak beranggapan ia satu bentuk rasuah dan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

7. Ini satu lagi penjelasan yang kelakar (baca : bangang).

8. Jika mereka merasuah dan kau sedang terima rasuah, adakah kau akan mengakui secara terbuka di kaca TV, Najib?

9. Mungkin itu akan berlaku jika kau sedang menginsafi, tetapi apakah kau sedang menginsafi Najib?

10. 2.6b bukan suatu angka yang sedikit atau kecil.

11. Tak mungkin mereka tidak mengharapkan apa-apa sumbangan dan balasan.

12. Tetapi aku macam pelik sedikit dengan point Najib bila dia sebut 'MEREKA'.

13. Bukan kah mereka itu merujuk kepada 'orang arab yang menderma'?

14. Ada berapa ramai orang arab yang mengumpulkan duit-duit mereka untuk menderma ke akaun Najib agaknya?

15. Najib juga menyebut, ketika account berkenaan diwujudkan, Bank Negara sedar akan perkara tersebut.

16. Jadi ianya tidak bersalah dengan undang-undang negara.

17. Sebelum itu Najib turut mengatakan dia tidak bersalah dalam isu 2.6b.

18. Takan la nak buka account bank dianggap bersalah. Sudah tentu buka account bank tak bersalah. Kita persoalkan urusniaga yang melibatkan account bank tersebut kot. Alahai Najib.

19. Najib begitu berani menggunakan station TV untuk membuat penjelasan bahawa dia tak bersalah dalam isu 2.6b.

20. Dalam waktu yang sama, apabila diminta untuk menjelaskan isu berkenaan di dalam parlimen, Najib memilih untuk mengelak.

21. Itu pun bagi alasan bodoh. Kononnya atas nasihat AG.

22. Itu kan sidang parlimen. Kau kan PM Malaysia. Diminta menjawab dalam parlimen bermaksud untuk kau menjawab kepada rakyat Malaysia. Untuk kau mendengar pandangan2 rakyat melalui wakil rakyat pembangkang. Untuk kau tahu apa yang rakyat Malaysia fikir tentang 2.6b. Untuk kita berkomunikasi. Walaupun kami menggunakan lidah pembangkang, mulut pembangkang, body pembangkang, tetapi point-point itu semua ada dalam ahti kami, otak kami, pemikiran kami. Dan itu pun Najib tak sudi nak muncul dan menjelaskan serta melalui sesi soal jawab dan perbahasan terbuka di parlimen.

23. Lalu bila rakyat berdemo, protes, placard atau buat lagu mahupun parodi, jangan la marah. Bila ajak bahas direct, taknak. Bila ajak bahas guna pembangkang pun taknak. Punya susah nak berkomunikasi dengan piem melainkan melalui jalan bodek. Apakah itu perhubungan yang ikhlas? Mereka yang bodek kau ialah mereka yang mahu duit. Apakah kau 'buat' kawan-kawan dengan duit? 

24. Jawab guna Zahid. 3 minit punya penjelasan yang tak macam penjelasan dan lebih teruk sesi soal jawab 'diharamkan' sama sekali. Dalam masa yang sama memaksa rakyat mempercayai penjelasan tersebut. Adakah itu perkara yang betul?

25. Kemudiannya kata Najib lagi, apabila ditanya kenapa ianya dimasukkan ke dalam account bank peribadi Najib, Najib menjawab ianya adalah atas kehendak penderma.

26. Penderma menderma 2.6b kepada Najib. Penderma bukan melakukan rasuah. Penderma tidak mengharapkan apa-apa balasan. Penderma cuma mahu satu. Iaitu duit derma perlu masuk ke dalam account Najib. Ia adalah atas kehendak penderma.

27. Jika Najib ialah piem yang waras, sudah tentu dia akan mengesyaki niat penderma tersebut.

28. Pasal apa kau nak masukkan derma dalam account aku?

29. Bukan rasuah, bukan ada niat jahat tetapi hanya nak masukkan derma dalam account aku?

30. Niat macam tu aje pun dah 'fishy'. Ada elemen-elemen yang mencurigakan. Kenapa Najib tak pertikaikan?

31. Then proceed. Kemudian kantoi. Lepas tue dikritik hebat. Nampak tak kebodohan kau sebagai piem disitu?

31. Sepatutnya dari awal lagi ko tolak tawaran bangang macam tu.

32. Lue nak derma? Oke, pada siapa, atas tujuan apa? Owhh politik ya, dana pilihanraya ye? Kami ada undang2 tersendiri. Kena masukkan dalam account parti dan diaudit. Perlu dibuat secara terbuka.

33. Tambah Najib, derma itu dibuat secara peribadi kepada Najib.

34. Ini satu lagi benda bangang.

35. Kau orang kaya kot. Ko bukan orang miskin yang memerlukan bantuan. Ko perlu diderma untuk apa? Jika kau bukan piem kau rasa ada ke orang nak derma pada orang sihat walafiat, kaya raya semua ada macam kau?

36. Aku ingat lagi. Dulu puak2 UMNO mencabar BERSIH 4 dedahkan penyumbang dan cara derma 2.6 juta dibelanjakan.

37. BERSIH 4 dedahkan semua sekali. Siapa yang derma, perincian perbelanjaan semua cukup. 

38. Kenapa dalam 2.6b tak berani buat tindakan yang sama?

39. Apatah lagi selepas Najib dengan mulutnya sendiri mengakui bahawa DERMA ITU DIBUAT KEPADANYA SECARA PERIBADI.

40. Ayat itu jelas menggambarkan sesuatu yang PELIK sedang berlaku.

41. Najib ialah PM Malaysia, ketua dalam banyak hal dan berkuasa untuk merangka dan meluluskan pelbagai polisi dan dasar-dasar negara serta mempunyai pengaruh dalam banyak projek-projek berkaitan pembangunan dalam negara.

42. Tak mungkin dalam dunia neh akan ada orang yang mahu derma 2.6b kepada Najib tanpa mengharapkan sesuatu sebagai 'reward'.

43. Jika ada orang sebegitu, tolong bawa jumpa aku. Aku nak minta derma untuk bina rumah-rumah orang miskin dan edarkan secara percuma. Ada ramai yang miskin memerlukan rumah dan memerlukan wang untuk merawat penyakit di dalam negara aku neh. 

44. Penjelasan tersebut juga tak disusuli dengan alasan mahu membendung ISIS. Masih ingat lagi tak dulu isu derma dikaitkan dengan mengawal dan membendung pengaruh ISIS di Malaysia?

45. Kemudian banyak cerita-cerita tentang ISIS berlaku di sana sini. Dan-dan ada ancaman bom la. Dan-dan data tentang pengaruh ISIS di Malaysia dihebah-hebahkan seolah2 Malaysia neh dah teruk diresapi dengan roh-roh ISIS di sana sini. Dan-dan ada orang kena tahan kerana ISIS dan sebagainya. 

46. Tetapi kenapa dalam wawancara tersebut tak diperjelaskan tentang isu ISIS yang dikaitkan dengan derma 2.6b tersebut?

47. Nampak sangat penjelasan pada awalnya ialah AUTA kan?

48. Apabila kau asyik kantoi kerana menipu, kantoi dan kantoi. Apakah kau fikir rakyat akan mempercayai kau lagi? Jika kau pernah menipu dulu, apakah yang akan menghalang kau untuk menipu lagi Najib? Walaupun penjelasan-penjelasan Najib neh kelakar tetapi dalam waktu yang sama dia sebenarnya sedang beranggapan rakyat Malaysia neh bodoh-bodoh belaka. Walaupun menyediakan jawapan sebegitu bodoh, dia tahu paling kuat pun rakyat hanya akan troll di media sosial dan mengkritik di facebook. Ia tak mungkin revolusi atau rakyat baling batu di depan rumahnya. Dia tahu kemampuan dan keberanian rakyat takat mana. Berani mulut bukan berani tindakan. Itu kami. Najib berjaya memanipulasikan kelemahan rakyat dengan begitu baik sekali dan macam biasa, kita kalah sekali lagi. Walaupun mungkin kita marah membuak-membuak dalam ahti.

49. Aku harap penulisan neh, blog ini akan bertahan dalam masa yang lama. Walaupun aku dah mati berpuluh-puluh tahun, beratus-ratus tahun ataupun berkurun-kurun zaman.

50. Tolong la rakyat Malaysia. Rakyat pada generasi akan datang. Jangan tiru apa yang kami buat. Jangan pilih pemimpin seperti yang kami pilih. Yang menyeksa kami, yang menindas kami, yang memperbodohkan kami, yang mempermainkan kami, yang memanipulasikan kami, yang menipu kami untuk kepentingan politik mereka. Penulisan ini adalah sejarah untuk kamu. Untuk kamu belajar dan jangan tiru apa yang pernah kami buat. Kesalahan kami biar berakhir pada generasi ini. Tolong jangan teruskan pada masa akan datang. Tolong jadi lebih berani dari aku, tolong jadi lebih berani dari kami, tolong jadi lebih berani dalam menjatuhkan pemimpin yang zalim. Dengan menjadi pengecut seperti aku, itu bermaksud aku beri kemenangan percuma kepada yang jahat. Inilah kebenarannya.

Isnin, 7 Disember 2015

Shafie Apdal Terjatuh, Titian Kayu Reput - Bila Dah Tiada Kuasa, Nak Melawat Kawasan Tiada Peruntukan Membaiki Ke?

Jeti yang dinaiki Datuk Shafee Apdal roboh dan menyebabkan beliau jatuh ke laut ketika program lawatan ke Pulau Selakan.

Pulau Selakan, terletak 45 minit dari Semporna dengan menaiki bot, sebuah Pulau terpencil yang masih belum dicemarkan dengan industri pelancongan.

- Kejadian berlaku pada 5 disember lepas.

- Kejadian ini benar-benar berlaku dan disahkan oleh pegawai Shafie Apdal sendiri menerusi laporan Malaysiakini.

- Individu yang upload dan sebar gambar kejadian ' TUN RAZAK ' telah memadamkan gambar-gambar ketika Shafie Apdal terjatuh. Tak tau la kenapa. Aku start nampak hari sabtu. Ada page yang berkongsikan di wall. Then bila godek-godek balik, aik dah hilang pula. Kena sorok atau dia delete, aku tatau.

- Bukan besar sangat pun isu dia jatuh neh.

- Dulu Shafie Apdal neh menteri.

- Dan menteri-menteri Malaysia neh kalau nak datang melawat ke satu-satu kawasan. Pergh persiapan kemain.

- Jalan tar buruk sikit pun dorang betulkan.

- Signboard kasi cantik. Tukar baru.

- Semua jalan-jalan, persiapan dan laluan mana menteri2 perlu ikut dorang dah tetapkan.

- Kalau boleh taknak menteri2 tengok ada rumah buruk ke apa ke kat satu2 kawasan. Mungkin takut kena soal ataupun mungkin takut juga nak buat menteri2 sedar realiti penderitaan dan kesusahan sebenar rakyat.

- Shafie Apdal masa melawat ke Pulau Selakan takde ke peruntukan untuk membaiki jalan2 yang dia akan lalui?

- Biasanya peruntukan masuk ekpress wooo. Aku bercakap berdasarkan pemerhatian. Setiap kali Najib ke menteri2 ke datang tempat aku, tetiba je aku tengok ada kerja2 pembaikan sana sini. Pasal tu aku tau.. hehe

- Nampak gaya hilang kedudukan hilang la juga rasa hormat dan peruntukan ye tak?

- Tapi bagus juga untuk Shafie Apdal jatuh tu.

- At least dia tahu titian kayu yang dia lalu tu tak boleh digunakan untuk laluan beramai2 macam kumpulan dia lalu aritu.

- Titian tak kukuh, orang kampung tak duit nak repair atau memperkukuhkan titian tersebut.

- Kalau berat seorang-seorang mungkin boleh la kot tampung.

- Macam tu hidup orang2 kampung sebetulnya.

- Berbanding di bandar, jalanraya tersedia, org angkut sampah tersedia, prasarana berkaitan jalan dan kebersihan adalah lebih baik. 

- Di kampung, bahkan ianya berlaku di banyak penempatan, orang2 kampung kena keluar duit sendiri tambak tanah, buat jalan masuk ke rumah, repair jalan, organise tempat buang sampah, buat longkang dan sebagainya.

- Sesetengahnya pula cuba minta bantuan tapi digagalkan.

- Sebab dalam borang bantuan, ada ka kerajaan tanya, ada peti ais ka, mesin basuh ka, tv ka, astro ka, internet ka apa ka lebih kurang sebagainya.

- Aku tak pasti kenapa soalan-soalan seperti itu ditanya.

- Tapi bagi aku soalan-soalan tu bullshit.

- Kau fikir la, dalam pada orang2 kampung kumpul duit untuk memperbaiki keadaan tempat mereka tinggal, tak mustahil juga mereka terpaksa mendapatkan apa yang perlu terlebih dahulu. Contohnya peti ais dan mesin basuh.

- Jangan merendahkan orang2 miskin dengan menafikan mereka tentang kemudahan2 seperti itu.

- Ingatkan kerajaan akan mempermudahkan baiki jalan ke, tambak dan sebagainya sebab jalan2 itu pun akhirnya akan digunakan secara umum. Tapi di penempatan kampung dan ceruk2 sana seperti Sabah dan Sarawak, ia adalah penduduk2 itu sendiri terpaksa struggle untuk sediakan laluan keluar masuk mereka sendiri tau. Memang tak terpakai pada semua jenis penempatan luar bandar tetapi ada yang begitu beb.

- Nak minta lampu pun banyak karenah.

- Inikan pula jalan.

- Diskriminasi bandar dan luar bandar dari segi kemudahan memang teruk.

- Aku harap semua menteri2 neh jatuh dan luka kat mana-mana jalan yang teruk yang dorang lalui. Biar dorang rasa sikit apa yang rakyat rasa selama neh.

Kbai.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...