Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 10 Disember 2015

Astro Awani Padamkan Posting Ucapan Hari Jadi Untuk Rosmah - Kenapa Agaknya Ya?

Tadi kat FB Astro Awani ada satu posting yang memaparkan gambar Rosmah Mansur dengan caption ucapan hari jadi. Ucapan yang terpilih akan disiarkan oleh Astro Awani. 

Tengokla ;

Gambar Kredit : @PutraReformasi


Aku pada awalnya macam terkejut sikit. Kau biar betul Awani? Ucapan hari jadi untuk Rosmah Mansur? Siap ada hashtag lagi? Kalau ko lupa aku just nak ingatkan yang Rosmah tu ialah isteri kepada seorang piem Malaysia. Dia bukan piem. Yang piem tu Najib Razak. Wish secara khas kepada Najib tidak pelik. Wish kepada Rosmah? Itu pelik kot.

Sambil-sambil tu aku pikir juga. Apakah dia sudah ada jawatan dalam kerajaan? Mungkin aku terlepas pandang kot. Sambil-sambil fikir sambil-sambil baca komen pada thread berkenaan. Fuhhh..ucapan pergggghh. Ini ucapan hari jadi ka ucapan menyindir? Semua berbaur sindiran, perlian dan kutukan yang nyata. Malahan siap ada yang anggap Awani troll Rosmah. Bila fikir-fikir balik memang macam troll pun iya juga. Takan la selama hampir 8 tahun Najib jadi piem baru sekarang ko nak buat ucapan hari jadi untuk Rosmah? Nampak sangat kau neh sesuatu kan Awani?

KAH KAH KAH

Benda Awani update tak sampai pun sejam masa tu. Berderu-deru komen masuk wish (kutuk) sakan. Kemudian, aku saja-saja check lagi. Selepas beberapa jam lebih kurang pukul 5.30 petang neh la time aku update blog neh. Aku cari punya cari tak jumpa. Mana pula perginya ucapan hari jadi Rosmah neh. Takan kena hide kot. FB sekarang kan dah gila sikit. Posting2 tertentu walaupun kita tak delete, dia hide secara automatik. Kejadahnya tah. Tue yang aku kadang2 bengang dan meluat dengan fb neh. Lepas tu orang anggap kita dah delete padahal kita tak delete. Nak search tu susah melainkan ko punya posting tu bergambar. Maka terpaksa la p check satu persatu kat 'PHOTOS'. Dah menyusahkan hidup aku kat situ.

Aku cari-cari lagi tak jumpa.

Aik. Aku yakin aku baca tadi. Aku yakin memang Awani yang update. Bukan bermimpi atau mengigau pun.

Tapi kenapa dia dah takde? Ah otak aku lambat pickup. Lapar punya pasal. Aku laju-laju p chrome check history. Apa susah bhai. Ada catatan history kot. Lue godek aje.

Sah. Posting tersebut memang hilang. Pasal kena delete. Kenapa kena delete? Hanya ASTRO AWANI je yang tahu. Tapi yang pasti selepas aku berjaya sahkan posting berkenaan telah dipadamkan Awani, aku p balik ke FB Awani. Aku tengok kat tempat lain pula budak2 neh p komen troll sempena harijadi Rosmah. Semua neh dimulakan oleh Awani. Tatau la aku kalau Rosmah terasa dengan kau nanti Awani. Pandai2 la ko mengadap oke. Yang ko gatal2 nak wish ke Rosmah di laman sosial buat apa. Nak bodek ke? Dah tahu netizens ada macam-macam peel dan inila satu2nya tempat mereka boleh bebas sebebas bebasnya kutuk Rosmah dan Najib lagi mao bagi peluang. 

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...