Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 3 Mac 2012

Fakta LYNAS yang anda mesti tahu 3 - Edisi siasat selepas HIJAU 2.

Sebelum neh aku dah sebarkan dua artikel awal lynas info2 yang korang kena tahu dan mesti faham untuk anti lynas. Aku paling tak suka dengan orang yang suka follow isu tanpa fahami kes. Nanti bila orang tanya depa terkial2 nak menjawab. Bila terkial2 nak menjawab itulah yang akan buka ruang persepsi konon nya anti lynas neh mempengaruhi orang ramai supaya sokong mereka walhal penyokong2 depa apa pun taktahu. Siyes menyampah siot.

Sekarang korang tengok dulu poster kat bawah neh.


Nota : Klik sini untuk paparan besar tentang poster2 kat atas neh

Poster kat atas neh korang kena hadam sebelum sebar. Jangan sebar tanpa fahami fakta kes. Aku dah terbaca beberapa komen di facebook di mana penyokong2 anti lynas tak faham apa pun sebab depa bantah lynas. Main balon jek. Kelakar siot.  Membalon + menyokong = kedua2 pihak kena ada fakta. Jangan ikut melulu lah weh. Orang balon, ko pun balon. Tapi orang balon ada fakta, ko balon apa? Apa pun takde. Kan dah leceh pada perjuangan kita neh.

Kat atas neh info asas. Sekarang kita pergi dalam lagi dalam isu lynas neh.

1. Pada beberapa hari lepas, kabinet kata kerajaan setuju sisa lynas dihantar pula ke australia. Lihat sini.

Secara am nya ia menyelesaikan hampir 50% masalah utama protes anti lynas neh. Namun adakah neh perkara yang logik? Jika australia menerima sisa = itu bermaksud bukan kah lebih bagus kilang tersebut dibina sahaja di australia? Ramai orang tak faham kenapa negara australia yang begitu besar membina kilang di malaysia? Mudah. 

Australia = negara yang mementingkan alam sekitar. LYNAS dibantah oleh penduduk australia dan ditolak oleh kerajaan sana atas faktor neh. Ini faktor utama. Operasi lynas akan jejaskan alam sekitar yang mana akan memungkinkan side effect kepada kesihatan penduduk australia.

Jika sisa lynas di hantar semula kepada aussie itu bermaksud = tambahan kos. Dalam dalam artikel yang sama kerajaan australia menegaskan bahawa mereka tidak menyokong sebarang import + eskport sisa radiasi tak kira kepada mana2 negara sekarang pun. Apa maksudnya tue? Maksudnya samada sisa itu kekal di malaysia or dihantar ke luar dari malaysia or berada di mana2 tanah yang wujud di dunia neh sekalipun atas nama mana2 negara ia TIDAK DISOKONG oleh KERAJAAN AUSSIE. Faham? 

Jadi jika anda fikir kata2 oleh kabinet umno neh munasabah, sila fikir semula.

2. Che rosli sokong lynas. Yang neh antara hujah yang sering digunakan berulang2 kali oleh penyokong2 lynas. Kata mereka che rosli = pas = sokong lynas. Tapi mereka lupa bahawa penyokong2 anti lynas = dari mca + bn pun ada. Lynas tidak boleh ditolak or disokong atas faktor individu. Yang neh mereka perlu difahamkan. Kita tak anti lynas hanya semata2 ko anti, aku anti atau sesiapa anti. Bukan. Ini persepsi yang salah. Jadi andai kata pr + che rosli dan sesiapa pun sekalipun sokong lynas itu bukan isu langsung. Fahami kes.

Lynas ditentang kerana ia merbahaya kepada penduduk di sekitarnya. Che rosli berpendapat lynas selamat JIKA.. lynas okey KALAU.. lynas tiada kesan ANDAI.. jika, kalau, andai digunakan untuk mengambarkan lynas selamat. Itu bukan selamat maksudnya.

Kata penyokong umno, kalau bawa kereta pun terdedah kepada risiko dan bahaya. Mereka bandingkan kereta = radiasi? Kereta = teknologi. Radiasi = teknologi ka? Penggunaan kereta lebih banyak impak positif berbanding impak negatif. Kewujudan kilang lynas di malaysia impak negatif lebih besar dari impak positif. 

Peluang pekerjaan yang besar = takde. Lynas menjanji 350 pekerjaan sahaja. Itupun utk mereka2 yang mahir der. Ada jentera, mesin yang mana memerlukan org yang betul2 mahir dan pakar je boleh operate seme tue.

Peluang cukai = bebas 12 tahun.

Peluang meningkatkan taraf hidup penduduk sekitar = takde, harga tanah dan kedai jatuh kerana kilang lynas = radiasi. Sapa nak duduk di kawasan ada kilang seperti itu?

Peluang penyakit = ada, terbuka luas kerana kawasan kilang dekat dengan kawasan perumahan. Janji 35km tp ia jadi 25km. Macam mana tue? 35km pun sebenarnya tak munasabah gak.  

Jadi apa yang ada sebenarnya untuk rakyat? Untuk rakyat = apa pun takde. Untuk kerajaan = terlibat dalam projek pembinaan + operasi kilang lynas. Tak kiralah macam mana ia tertulis atas kertas tapi atas duit, individu2 tertentu ada memperolehi kepentingan disitu.

3. Mahathir pun sokong lynas gak. Ini tokoh yang disegani ramai orang umno. Mereka kerap menganggap kata2 tokoh neh sebagai penanda aras apa yang perlu mereka sokong dan apa yang tidak perlu disokong. Hidup yang berpandukan kepada kata2 orang lain bukan lah hidup bagi pendapat aku. Dalam hidup neh kita ada akal seharusnya akal kita menentukan apa yang kita patut sokong dan apa yang tidak patut kita sokong.

Kenapa mahathir pro lynas? Baca sini. Anak mahathir ada kepentingan dalam lynas. Syarikat dia menjadi pembekal. Dan kilang lynas dibina oleh kontraktor malaysia der. Ingat bumbung runtuh? Parlimen bocor? Stadium hancur? Monorel tergendala? Terowong banjir? Masjid retak? Dewan tak siap? 

Bercakap pasal kontraktor malaysia itu satu hal. Bercakap pasal pemantauan yang tidak telus, itu satu hal yang lain. Bercakap pasal ketelusan media, itu satu hal lagi. Bercakap pasal pemimpin yang tidak jujur itu satu hal yang lain.  Kesemua hal neh digabungkan menjadi satu rangkaian organisasi yang besar untuk menutup kepalsuan. Ini bukan perkara yang main2. Mengapa orang2 kaya neh menganggap pelaburan yang merisikokan nyawa manusia ialah pelaburan yang menguntungkan? 

Orang2 yang sokong lynas mengatakan bahawa lynas dibina oleh mereka yang pakar dan mahir tapi akhirnya kita dapat tahu kontraktor malaysia yang bina. Orang2 yang sokong lynas mengatakan bahawa jentera2 lynas itu dibawa dari australia tapi akhirnya kita dapati ia sebenarnya datang dari china kerana china pengeluar utama tanah jarang.

China yang kita tahu, mereka juga mengabaikan kesihatan dan keselamatan rakyat yang duduk di sekitar kilang tanah jarang. Ini perbandingan yang mereka mahu kita buat dan kemudian paksa kita percaya dan setuju?

4. Pelabur dan pembekal lynas tarik diri. Sejak tahun lepas sehingga ke tahun neh terdapat beberapa insiden yang menyebabkan lynas malaysia terpaksa melambatkan operasi kilang mereka. 

Ia bukan rahsia bahawa pembekal resin kepada pembinaan kilang lynas tarik diri. Ia juga bukan rahsia HSBC australia menjual kesemua saham2 mereka dalam LYNAS malaysia disebabkan kontroversi yang tak berkesudahan mengenai isu keselamatan. Untuk menjaga reputasi dan nama baik bank mereka, jadi mereka tarik diri.

Adakah organisasi bank sebegitu BODOH sehingga nak melakukan satu2 perkara berdasarkan kepada kempen anti lynas yang konon nya TIADA FAKTA ? Sudah tentu ada FAKTA yang munasabah sehingga menyebabkan bank ini tarik diri dan saham lynas malaysia menurun. Jika kami orang2 yang tidak belajar sains ialah bodoh bagaimana pula penyokong2 umno menyifatkan keputusan2 bank + pembekal2 lynas + pemain2 saham di seluruh dunia? Bagaimana dengan penulis2 artikel mengenai kesihatan, keselamatan dan pencinta alam sekitar dimana mengutuk dan menghentam lynas malaysia yang terang2 bukan ditulis oleh aku dan orang2 pr? Adakah semua orang ialah bodoh dan mereka sahaja yang pandai? 

5. Selepas hijau 2 berlalu, najib menegaskan bahawa kajian sainstifik membuktikan lynas selamat. Ya, kita faham kajian berpihak. Dari dia selamat tapi kajian kita kata ia tidak selamat pula. Tapi adakah kita mendengar bahawa seluruh penyokong2 lynas akan berpindah ke kuantan? Tidak. 

Jadi jika najib beranggapan projek neh selamat dia harus buktikan ia melalui perbuatan bukan melalui cakap mulut. Disarankan seme penyokong2 lynas duduk di kuantan dan seme penolak2 lynas dipindahkan tanpa melibatkan sebarang kos ke tempat lain. Itu baru adil. Penyokong lynas = duduk dekat lynas, pembenci lynas = duduk jauh2 dari kilang lynas.

6. Statement najib di atas neh ialah statement terawal selepas hijau 2. Selepas itu menteri buat statement. Kemudian AELB, pihak yang memantau lynas buat statement. Kesemua statement2 mereka bercelaru dan sangat berbeza antara satu sama lain. 

Mari fahami terlebih dahulu apa statement mereka ;

Menteri kesihatan = Lynas tidak akan dibenarkan beroperasi andai sisa tidak dihantar pulang ke aussie semula.

AELB = Sisa akan dikitar semula.

Najib = Lynas selamat dari segi sainstifik dan sisa lynas akan dihantar jauh dari kawasan penduduk. Lihat sini. Ini statement terbaru najib. Siapa najib? = PM malaysia. Siapa menteri kesihatan? = bekerja bawah najib. Statement siapa lebih patut diberikan perhatian dan penekanan? Of course statement najib lah. Sebab dia ketua ma. 

Ini bermaksud apa? Maksudnya sisa lynas akan kekal dan tetap berada di dalam ini negara meskipun bukan berada di pahang. Kali neh setelah bukan hanya nyawa rakyat pahang jek jadi taruhan. Ia mungkin nyawa aku, nyawa ko dan nyawa sesiapa sahaja. Bagaimana jika ia dibuang di perak? Di kelantan? Di perlis? Di terengganu? Di johor? Di selangor? Di penang? Di kedah? Ataupun di mana2 sahaja? Bagaimana? Sebab tue aku cakap isu lynas neh isu nasional. Setelah membahayakan nyawa rakyat pahang nampaknya ia belum bagus tanpa melibatkan nyawa bukan rakyat pahang.

7. Pelan kitar semula tidak wujud. Tak kira semanis mana pun ayat AELB pelan kitar semula langsung tak pernah wujud. Ia hanyalah kata2 bagi melegakan suasana tetapi rakyat bukan bodoh. Jika ia boleh dikitar semula maka apa sebab menteri2 cakap ia akan dipindahkan ke kawasan lain or dipertimbangkan untuk di hantar semula ke aussie? Dan andai ia boleh dikitar semula sekalipun sudah tentu ia akan diusahakan oleh china yang dah terang2 menguasaikan 97% proses tanah jarang.

Boleh nampak tak sejauh mana nyawa kita berada di kelas paling bawah dalam ahti pemimpin2 malaysia? Mereka tidak pernah menganggap nyawa kita bernilai jadi kenapa perlu kita bersusah payah mengekalkan kedudukan mereka kelak pada pru - 13 akan datang? Fikir masak2.

Nota : Artikel neh telah dikemaskini.

Ameno : Seseorang yang hidup berpaksikan wang akan sentiasa mencari wang walaupun dia dah banyak wang..

Betul ke kekecohan demo anti LYNAS di penang takde kaitan dengan umno ?


Takde kaitan beb. Seriyus. Lihat gambar di atas neh. Gambar neh lebih panas daripada gambar2 yang telah tersebar sebelum neh. Gambar dari sisi atas. Jelas lagi terang nampak betapa anti lynas diserang pro lynas. Tak agak2 mai majlis orang lepas tue attack orang.

Then yang lebih lawak tue, salahkan pihak yang diserang sebagai pencetus provokasi. Kalau tengok video dan gambar dari awal korang akan fahami bahawa fakta kes kepada tercetusnya kekacauan neh ialah ;

1. LGE sampai di lokasi.

2. Sebelum neh geng2 provokasi tak tau arh depa buat apa tapi selepas lge sampai ramai2 pakai keliling kereta lge dan meroyan2. 

3. LGE keluar dari kereta dan mereka masih lagi tak henti2 meroyan.

4. Then lge cakap ini umno toksah layan.

5. Jadi depa marah bila word ==> UMNO disebut. 

6. Start tue depa meroyan. Serang wartawan, Serang peserta anti lynas. Mencarut seme cukup. Tak percaya? Lihat bukti disini. Yang takley load video aku dah printscreen siap2 utk korang tengok betapa keji gila perbuatan mereka neh beb. Lihat sini.

7. Selepas insiden tersebut kecoh, menteri umno mula menafikan ia. Konon nya ia takde kaitan dengan umno. Dan penyerang menyerang sebab wartawan cari pasal. Nak membela punya pasal mereka juga sanggup mengatakan bahawa  lge punca kekacauan.

Ak ek ne.
 
Aku sendiri pun tidak boleh menuduh mereka neh direct dari umno. Apa yang aku boleh hujahkan menyatakan persepsi bahawa mereka neh at least sekurang2nya sokong umno meskipun aku tidak menolak andaian bahawa mereka belum tentu di hantar oleh umno penang untuk berbuat kekacauan.

Lihat juga gambar kat bawah neh. 


Jelas lagi terang ada yang pakai topi umno. Yang baju merah pakai spek tue siap mengaku ahli pas lagi. Sebab tue aku minta sesapa yang ada bukti mereka pernah berbaju bn or umno sekurang2nya untuk disebarkan bagi membuktikan persepsi kita bahawa mereka = umno adalah satu fakta.

Secara am nya ramai orang dah jelas pendirian politik mereka. Tapi aku suka nak tutup mulut penyokong2 umno dengan hadirkan bukti yang lebih jelas dan terang. Baru senang sket nak tulis direct sah2 neh umno kan?

So kepada sesiapa yang ada gambar individu2 di atas neh yang pakai baju umno, please sebarkan. Nak2 yang mencarut2 tue. Aku paling suka nak edarkan gambar dia berbaju umno. Anak didik adnan yaakob tue beb.

kah kah kah

Ameno : Demo sendiri takde sambutan demo orang mereka kaco.

Jumaat, 2 Mac 2012

Papan Iklan Surau pun jadi masalah ka ?


Marah.

Tapi marah yang mengarut dan sia2.

Mereka neh aku nak tulis sebagai penyokong2 yang dipercayai pro umno dan perkasa. Rasanya aku dah tulis sehabis tepat bagi mengambarkan kumpulan neh. Aku tidak melakukan tuduhan melulu tetapi isu surau wakaf di kedah yang dirobohkan untuk membina surau baru yang lebih besar dan cantik nampaknya hanya mengundang kekelakaran bagi mereka2 yang faham isu neh dari awal.

Keratan akhbar di atas merujuk kepada satu kumpulan yang marah kehadiran papan iklan yang menerangkan reka bentuk surau baru selain info2 yang berkaitan dengan nya. Ia di letakkan di jalan terbuka untuk dinilai dan dilihat oleh orang ramai bagi memberitahu kepada penduduk sekitar berkenaan isu pembinaan surau baru.

Tindakan neh rupanya mengundang kemarahan mereka. Logik ke? Logik ke ko sebagai manusia marah bila orang bina surau dan robohkan pejabat insurans yang mana dibina atas tanah wakaf? Logik ke? Logik ke ko sebagai manusia mempertahankan pejabat insurans yang hanya memuatkan satu dua jemaah surau dalam satu2 masa dan sepanjang masa bilik surau tue tidak digunakan tetapi marah bila kerajaan negeri bina surau yang lebih besar dan luas agar ramai orang boleh menggunakan nya? Logik ke?

Ramai tidak tahu bahawa pejabat insurans tersebut memuatkan satu bilik surau yang mana penduduk sekitar tidak tahu kewujudan nya. Dan apa yang MB kedah buat ialah dirikan surau yang lebih ramai orang sedar kewujudan nya. Ini pun rupanya salah bagi mereka. Haizh.

Lebih info? Baca sini. 

Ameno : Benda baik pun nak marah..

Najib kena perli dengan rakyat Kelantan.

Amek kaw.

Seme orang tahu Najib dalam rangka lawatan kerja sehari ke kelantan hari neh. Errk jap. Silap. Bukan seme orang tahu tapi ada mereka2 yang tahu. Hehehe.

Lihat gambar bawah neh beb ;




Kredit gambar pada blogger kerabu bersuara. Gambar di ambil di kawasan jeli, kelantan tempat di mana najib akan mengadakan pertemuan dengan rakyat kelantan. Dan banner di atas neh disediakan untuk menyambut kehadiran najib ke jeli, kelantan.

Sekali perli makan dalam beb. Kalau aku jadi najib sekarang gak aku terbang pulang ke kl. Itu kalau aku, jadi najib. Tapi masalahnya najib bukan aku. So mana pernah dia ada rasa malu dan segan. Tv3 pun gerenti tak citer pasal neh. Mesti dia cakap berjuta2 rakyat kelantan tolak pas dan sokong kepimpinan najib punyalah.

Tak percaya? Takpe. Tunggu berita malam neh. Penyokong2 umno pada masa itu korang akan saksikan apa yang aku tulis kat sini adalah benar. Dan bila dah benar, adakah korang akan memilih untuk tolak najib? Pun tidak. Benar atau salah sebenarnya bukan isu langsung pada korang. Asal sahaja ia umno mestilah kena sokong kan? Heh. Bai.

Ameno : Malu siot..

Komen ulama muda umno mengenai statement Mahathir mengenai Hudud.

Pencerahan yang terbaik dari ulama muda umno. Tonton sampai habis. Ada isi dan point penting yang kita boleh amek kat sini. 

Lihat bawah neh ;


 

Biarlah orang2 yang alim ulama menilai, mengklasifikasikan serta menjustifikasikan isu neh. Sudah sampai masanya untuk mahathir memperincikan apa yang sebenarnya dia maksudkan melalui statement tersebut. Namun satu perkara yang jelas ialah mahathir kena tarik balik statement tersebut dan buat keterangan balas. 

Kenapa? Sebab selagi dia tidak tarik balik, kita risau juga ada pengikut2 taksub dia akan bertaklik buta atas pandangan2 dia mengenai hudud. Apatah lagi dia buat pengertian yang salah tentang zina dan rogol. Dua isu neh berbeza langsung. Zina lain, rogol lain. Zina = maksiat. Rogol = jenayah. Terma pun berbeza takan pula cara penghujahan jadi sama, betul?

Dan kalau boleh jangan delete video2 yang orang upload di youtube. Lagi didelete lagi org rancak nak upload. Sembunyikan ia tak bermaksud statement tersebut hilang ataupun akan membuatkan orang lupa. So dah berani komen kena berani hadap. Itu baru tindakan yang betul.

Ulama muda dah komen. 1Ustazah Mashitah dan Jamil Khir bila pula ye? Awak ada jawatan. Takan kalah dengan orang yang tiada jawatan? Lue fikirlah sendiri. Jangan marah pula bila orang lain berpersepsi buruk terhadap anda berdua selaku menteri2 yang menfocuskan hal ewhal agama islam neh. Bai. 

Ameno : Okey, betul gak tue.. tanya org agama lah pasal agama..

Tengku Abdullah nafi campur tangan isu khalwat Ustaz BadrolAmin.

Aku taktahu berapa tebal satu2 dinding yang selalu orang buat rumah tue. Korang tahu tak bagaimana nak menentukan ketebalan yang tepat bila satu2 rumah tue dibina? Aku tak belajar pasal tue sebab tue kurang mahir. Hehehe.

Baca bawah neh ek ;

Tengku Mahkota Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah yang kini menjalani rawatan di Korea Selatan, hanya ingin mengetahui siapa pemimpin PKR yang ditangkap kerana berkhalwat.

tengku abdullah ahmad shahBernama yang melaporkan memetik sumber yang sah, mengesahkan Tengku Mahkota Pahang tidak pernah campur tangan dalam isu tuduhan khalwat terhadap pemimpin PKR terbabit.

Menurut sumber berkenaan, pada malam 25 Feb lepas, Tengku Abdullah yang berada di Kuala Lumpur sebelum berlepas ke Seoul, telah menitahkan seorang pegawainya untuk bertanyakan siapakah pemimpin PKR terbabit.

"Pegawai berkenaan telah menghantar pesanan khidmat ringkas (SMS) kepada saya: 'Titah u check sape pemimpin PKR yg kena khalwat di Phg..tq'," katanya ketika dihubungi Bernamadi Kuantan, hari ini.

Menurut sumber berkenaan, beliau telah menghubungi Pengerusi Perhubungan PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman untuk bertanyakan perkara berkenaan sebelum memaklumkan kepada Tengku Mahkota.

Semalam, Pengarah Penerangan kerajaan Selangor Dr Badrulamin Bahron mendakwa beliau dimaklumkan bahawa Tengku Mahkota Pahang mungkin mencemar duli dan campur tangan dalam isu tuduhan khalwat yang dilemparkan terhadap dirinya.

Beliau berkata kes berkenaan mendapat perhatian Tengku Mahkota yang didakwa mengenalinya secara peribadi. -MKINI-

Ini penjelasan dari tengku mahkota sendiri. So terpulanglah pada pendapat masing2 nak analisa macam mana kan. Aku rasa dalam isu neh berehat dah cukup tepat dah. Terdapat kecelaruan statement demi statement yang membuatkan akal aku semakin berfikir. 

Aku bila dah start berfikir tue jeng jeng jeng.. mula lah.. start lah.. so lebih baik aku cadangkan ikut jek nasihat suruh berehat tue. Aku percaya ia terbaik buat masakini. Percayalah weh.

Ameno : Senyum jek boleh? 

Nazri Aziz kata Anwar macam Iblis.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Abdul Aziz hari ini menggelar Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim seperti "Iblis" kerana cuba mengheret bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kontroversi isu keselamatan Israel.

NONE"Dia sudah kena teruk. Dia macam Iblislah. Bila dia jatuh, dia nak tarik semua orang. Itu perangainya sekarang.

"Dia sekarang kata 'bukan hanya saya tetapi Mahathir (juga sokong Israel)'," kata Nazri ketika ditanya tentang tindakan kementerian luar menyiarkan tiga surat Dr Mahathir kepada kerajaan Israel ketika pentadbirannya.

Anwar takut sekarang kerana hanya beliau yang berkata keselamatan Israel itu penting." -MKINI-


Aku tak kata. Nazri yang kata. Aku pun tak faham kenapa nazri guna word iblis tue. Marah betul dia dengan dsai. Tapi hubungan dia dengan mahathir pun takde lah baik mana tapi apahal dia sanggup mengibliskan anwar ibrahim demi mempertahankan mahathir? Tah.

Tapi kan.. percayalah serang menyerang akan berlaku selepas neh. Patutnya berpolitik gunalah cara berhemah. Sorang kata macam iblis tapi sebelah pihak balas balik cakap macam setan nanti memasing saling balas membalas. Aksi seperti neh akhirnya menjemukan rakyat terutamanya orang2 atas pagar dan mereka2 yang tak minat politik.

Nazri neh pun satu. Kalau tak suka sebagainya pun gambarkan ia guna ayat yang sesuai. Jangan main balon jek. Orang macam neh lah jadi menteri malaysia. Orang macam neh banyak jek duduk dalam kabinet. Orang2 macam neh lah kita nak harapkan untuk ubah kehidupan kita? Mimpi lah der. Sampai kiamat pun gini je lah selagi org2 macam gini memegang tampuk pemerintahan negara. Apa pun tak boleh diharap.

Ameno : Iblis pula macam sapa?

Khamis, 1 Mac 2012

Bukti parasit dalam PAS ada kat sini.

Hasan ali asyik2 cakap pasal parasit. Korang tahu ke siapa parasit yang hasan ali maksudkan? Khalid samad? Bukan. Anwar ibrahim? Pun bukan. Kalau korang nak tahu jawapan nya ada di bawah neh. Lihat betul2 dan lihat dengan seteliti yang mungkin.



Sumber gambar dari rakan blogger ISA. Aku tak percaya neh gambar super impose sebab aku tahu blogger ISA bukan jenis macam tue. Dah nampak? Dah faham? Bagus. Memang bagus. Sekarang rasanya hasan ali dah mendedahkan siapa parasit sebenarnya.

Harap hasan ali boleh duduk dan fikirkan kembali perjuangan asal dia. Takde gunanya dia travel satu malaysia untuk hentam pas. Dia cakap nak perjuangkan akidah so proceed je lah dengan perjuangan dia tue. Buat apa dia travel satu malaysia pongpang2 kutuk pas? Jadi orang biarlah logik sket hasan ali oi. Bila ko balon pas, ko ingat orang taktau ko sepihak dengan sapa walaupun guna nama ngo?

Aku dari dulu malas nak bercakap2 buruk pasal seseorang yang dah kena pecat neh sebab pimpinan pas pun macam malas nak layan dia. Tapi makin lama makin melampau pula. Asal keluar berita dia cakap pasal parasit. Asal keluar isu dia confirm pasal parasit. Sapa sebenarnya yang parasit? Dia lupa scan diri sendiri ke apa? Bai.

Ameno : Paradox.

Tutorial : Cara mudah remove timeline di fanpage.

Dari semalam otak aku dah senget dengan timeline facebook kat fb amenoworld. Kalau aku tak tukar nanti susah aku nak belajar guna timeline kat fanpage yang lain2 so aku kena korbankan satu page untuk buat research and study pasal timeline neh.

Tapi menjadi satu hal pula tadi apabila aku update status, status tersebut tidak dapat dikesan. Lahabau. Berpinau2 mata aku mencari2. Mana pula dia menyorok? Nak update pun dah rasa seram. Main sorok2 pula. Bukan ada berjanji ke apa. Takde kira satu dua tiga terus hilang. Nak mencari pun takde klue. Gampang aih timeline.

Dan tadi.. hehehe.. aku dah temui caranya untuk berhentikan pening aku sementara aku betul2 memahami penggunaan timeline neh. Kalau boleh aku harap facebook jangan buat untuk fanpage. Untuk paparan admin sebenarnya dia tak sepening untuk paparan fans. Aku ingat kalau fans tengok timeline fanpage dorang pun sanggup jek unlike balik. Semak siot.

Tips dicilok dari blogger semut. Hehehe. Dah lega sket mata aku bila dah dapat tahu trick utk skip timeline buat masa2 tertentu. Caranya mudah beb. 

Mula2 korang buka apa2 fanpage or fanpage korang sendiri. Then kat address bar tue korang tukar macam kat bawah neh ;






Nampak tak? Mudah jek. Dari www tukar ke m. M = mobile. Makna nya korang akan view page dalam mode mobile. Nampak macam simple tapi ia tak sepening timeline. At least senang nak catch up updates terbaru betul tak? Itu yang penting jek pun.

Contoh paparan mobile dari fp semut ada kat bawah neh ;


Ringkas tapi senang sebab boleh kesan seme posting2 terbaru yang disusun ikut aturan. Kan lebih baik macam neh. Tak fahamlah aku kenapa si mark neh suka suki tukar. Memang lah benda free tapi kita orang sebagai pengguna ada banyak jasanya taw. Kalau takde orang guna product dia, jangan haraplah facebook nak paymes macam neh. Hargai sket peminat2 setia fb neh oi mark. Jangan bikin orang panas lah weh. Bai.

Ameno : Timeline yang merimaskan.

Najib, ko jangan temberang lah weh.

Neh berita dua hari lepas. Aku baru perasan tadi. Seme neh gara2 P1 yang takde line. Satu hari tak berinternet rasa macam tertinggal seratus hari punya berita. Baru kini aku faham kuasa media internet. Memang nampak sangat bezanya orang yang tengok berita2 tv berbanding berita2 di internet beb.



Isu sekarang neh pasal sprm. Korang baca bawah dulu ;

"Saya bersetuju dengan pandangan lembaga penasihat SPRM bahawa untuk mencerminkan kebebasan SPRM, sebuah Suruhanjaya Perkhidmatan Anti Rasuah perlu diwujudkan. Suruhanjaya ini akan diberi kuasa untuk melantik dan memecat kakitangan SPRM.

"Tetapi isu ini perlu pindaan perlembagaan. Insya-Allah jika BN diberi mandat dua pertiga dalam pilihan raya umum ke-13 yang akan datang, pindaan perlembagaan akan dijalankan dan suruhanjaya ini akan ditubuhkan," kata Najib semasa merasmikan Program Pegawai Integriti Bertauliah di Putrajaya hari ini. -MKINI-

Baca bebaik apa yang dia cakapkan tue. Petikan yang lebih senang dihadam ;

1. Najib nak bagi lebih kuasa kepada SPRM dengan penubuhan satu suruhanjaya.

2. Penubuhan suruhanjaya perlukan pindaan perlembagaan.

3. Kalau undi bn = pindaan perlembagaan akan berlaku.

WAKLUE!!!!

Sekarang pun boleh kalau dia nak buat. Bila masa PR halang / larang / bantah / protes / tak sokong / tak setuju / benci = pindaan perlembagaan yang membolehkan sprm diberikan kuasa lebih agar menjadi lebih bebas dan telus dalam menjalankan tanggungjawab mereka?

Bila masa beb? Bilaaa? Mana ada pernah pun. Woitt najib, sekarang aku sebagai rakyat cabar ko bawa usul tue. Dan yang paling penting mestilah mereka2 yang duduk dalam suruhanjaya tue ialah mereka2 yang tiada kepentingan. Kalau boleh rakyat harus dilantik untuk duduk dalam suruhanjaya terbabit. Rakyat punya suara paling penting sekarang neh.

Dan aku sangat percaya sekarang pun PR akan bersetuju. Tak payah beria2 sangat nak soh undi bien lah weh. Propa je le ko. Rahsia ko dah terkantoi lebih banyak bila ex adun manis = adun bien = bongkar sebentar tadi. Korang leh baca direct kat sini beb.

Aku dah agak dah perangai najib neh. Patutlah suka bolak balik. Nampaknya syak wasangka aku semakin menampakkan kerealitian disini. 

Ameno : Tipu jek pandai.

Pas suka bina kuil jek ke?

Ari tue pasal isu khalwat yang babitkan ustaz badrolamin. Yang tue ramai sangat yang percaya ia berita benar walhal terbukti super impose. Orang yang suka buat kerja2 super impose neh tak kiralah dari side mana pun aku anggap orang yang takde otak. Kenapa? Mudah. Ia boleh mencetuskan fitnah bagi mereka2 yang tidak tahu itu adalah gambar super impose. Jangan meletakkan akal orang lain sama sepertimana akal ko. 

Lihat bawah neh ;


Korang tahu apa impak dengan penyiaran artikel neh? Orang akan bergaduh. Sebab sebelum neh media umno berulang kali menjaja pas cuma bina satu masjid now ada pula harakah yang cakap nak bina banyak2 kuil, tak terasa ka orang2 islam nanti?

Menyentuh sensitiviti orang bukan islam pun satu hal. Nanti orang2 yang menganuti hindu baca neh mereka akan salah sangka seolah2 orang islam tidak boleh menghormati ajaran agama lain selain dari islam. Boleh nampak tak permainan persepsi utk mencucuk sensitiviti lain2 kaum disini?

Bagi aku super impose neh termasuklah isu rosmah menabung tue adalah tidak patut dibuat. Tak kira atas apa tujuan sekalipun. Gambar najib lah, rosmah lah dan lain2 pemimpin pun sama gak. Bukan hanya pada muka depan paper jek tak boleh. 

Orang yang suka super impose ialah orang yang takde hujah. Tak kira ko side mana pun. Kalau ko ada hujah buat apa ko susah payah super impose kan? Dah sah2 ko takde hujah, ko super impose dan sebarkan benda2 mengarut lepas tue suruh orang share pula. 

Dasar meroyan. Kot ye pun benci seseorang tue atas perbuatan dia cuba belajar respect orang tue secara individu. Yang kita benci neh sikap bukan batang tubuh pelaku. Selagi dia masih hidup ruang untuk dia bertaubat terbuka luas. Jadi tolong belajar fahamkan apa itu perbezaan antara topic dan serang peribadi orang. 

Minta harakah siasat dan hukum pelaku neh. Sumber gambar dari sini. Tapi mohon siasat juga individu terbabit, jangan hukum melulu. Takut dia pun amek dari orang lain. Bai. 

Ameno : takde kerja + takde hujah = fitnah.

Beras 1malaysia kini di pasaran.

Aku sebenarnya tengah buat satu posting pasal adnan neh. Dia boleh beria2 cakap umno takde kaitan dengan huru hara hijau di penang ari tue. So tengah nak godek2 bukti tiba2 si ismail sabri neh boleh buat lawak pula kat wall fb aku.

kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

Seriyus lawak geng. Korang tak tengok lagi. Kalau tengok mao mampos koma akibat ketawa berlebihan. Lihat bawah neh beb ;


Lawak tak? Lawak tak?

Lawak kan?

Kah kah kah

kah kah kah kah

kah kah kah kah kah

kah kah kah kah kah kah

Adoiii macam takde kerja lain. Yang mengarut jek didahulukan. Sengsara aku dapat pemimpin macam neh. 

Ameno : Lawak siot

Apa selepas Hijau 2? Gagal ? Atau hijau kuning merah oren hitam putih ?

P1 ko memang bebal kalau ko nak tahu lah kan.


G mati lah weh. Direct kadang2 elok sebab jelas dan terang. Komen mereka selepas himpunan hijau 2 berlalu.

Apa yang ko dapat selepas demo? Buang masa je le. Bukan boleh ubah apa2 pun.

Bodoh punya melayu kena kulibatak dengan orang cina je le.

Lynas selamat lah bahlol, tak tahu fakta main demo jek.

Takde sambutan padan muka korang.

Anti lynas agenda pembangkang yang suka menyusahkan orang.

Tak faham ye? 
 
Apa selepas hijau 2?

Najib cakap selamat berdasarkan bukti sainstifik. Sapa sediakan bukti tue? Korang. Sapa cakap selamat? Korang juga. Selama neh apa yang najib buat sebelum hijau 2? Nada, obso, apa pun takde even dia sendiri ialah orang pahang dan memenangi kawasan pekan. Tapi selepas hijau 2 dia dah mula bersuara. Itu impak hijau 2. Tapi still adakah najib berpindah ke sebelah lynas? Pun tidak.

Apa yang rakyat dapat?

Lebih pendedahan mengenai apa itu lynas. Kesan nya kepada rakyat. Musibah nya kepada alam dan penduduk di kawasan sekitar. Senang cakap lebih ramai orang alerted dan faham apa itu perjuangan yang wujud dalam himpunan hijau 2. Mereka dah mula nampak bahayanya lynas neh kepada malaysia.

Takde hujah, sokongan dan fakta?

Sapa cakap? Lue orang? Baca statement terbaru pasal lynas? Lihat sini. Semua neh pasal bagaimana sisa akan diuruskan selepas pemprosesan nadir bumi berlaku. Mahu tahu kenapa ia penting? Lihat sini.

RECYCYLE atau apa, perlukan plan. Benda babitkan rakyat. So kalau rakyat tidak didedahkan bagaimana ia akan berlaku maka apahal paksa rakyat terima kilang berbahaya neh? Ko cakap selamat? Then ko duduk lah sebelah kilang tue. Boleh? Ko pun taknak tapi ko suruh orang lain? Logik ke?  

Impak pada lynas?

Rasanya bukan syak wasangka pun lynas memang bermasalah bila salah satu pembekal kepada pembinaan nya tarik diri atas faktor keselamatan. Isu neh baru lagi. Bulan dua tahun neh. Tak percaya? Baca sini.

Memang agak lambat cuma ramai orang baru sedar. Takpe. Kita memang suka orang sedar. Lambat atau cepat walaupun ia mempengaruhi tetapi still ia bukan isu berat disini untuk jadi pertikaian.

Barua cina?

Sapa cakap? Lue orang lagi? Muka2 neh aje yang bercakap. Takde muka baru ke? Demo hijau tue dihadiri ramai orang cina. Aku ada disitu. Aku sendiri dikelilingi oleh orang cina. Aku tolak andaian bahawa orang cina tidak suka berdemo. Nampaknya asal sahaja nama rakyat dan membabitkan satu2 isu apabila terpaksa berdemo, rakyat akan tetap turun atas kapasiti memberontak. Lue pun berdemo juga. Demo neh lebih bagus daripada pergi konsert artis meroyan. Tak percaya? Lue buktikanlah gua silap.

Pada utusan dan tv3.

Menipu. Hijau dapat sambutan tapi mereka tipu. Kita ada bukti ia memenuhi sasaran tapi media pro kerajaan menipu. Lagi dan lagi. Susah sangat ke nak menulis benda betul? Bila utusan menipu itu bererti apa? Itu bererti hijau = berjaya. Bila hijau berjaya itu bererti apa? Itu bererti bien = pro lynas = gagal mendapat sokongan penduduk kuantan. Oleh itu kenapa sejak awal lagi ko bina sesuatu yang penduduk tidak tahu dan tiba2 ko paksa dorang untuk sokong sesuatu seperti neh? Ko gila? Memang. Dah lama kami sedar. 

Hijau dan kuning bergabung.

Idea tak menyeluruh. Aku bantah. Kali neh seme kaler kena gabung. Seme isu harus dimuktamadkan dalam satu perhimpunan besar - besaran. Perhimpunan berjuta2 rakyat malaysia membantah kerajaan atas pelbagai isu. 

Lynas, pilihnraya, barang naik, sistem keadilan, politik samseng, isa, racist, moral umat islam dan seme isu2 yang related dengan rakyat harus naik dan dimuktamadkan dalam satu demo besar - besaran untuk ajar kerajaan. 

Kerajaan neh dah lemak. Dah berlagak. Riak. Sombong. Degil. Apa pun kita cakap takan berguna. Tapi bila berdemo tiba2 mereka seme buka mata. Sebab? Media antarabangsa serang persepsi. Jadi mereka cuak. Kali neh kita buat mass demo. Jika bien tak berubah, rakyat akan tolong ubahkan. By hook or by crook. Putrajaya, kami bakal datang.

Ameno : Kerajaan yang sombong ialah kerajaan yang mengabaikan suara ahti rakyat.

3 Surat Mahathir kepada Israel didedahkan.


Dari malam tadi dah bersepah blogs dedahkan kandungan surat tue. Kalau korang belum baca boleh baca sendiri kat bawah neh terlebih dahulu. Neh versi bahasa melayu ;

KUALA LUMPUR: Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Yitzhak Rabin pada 1993, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar kepada Bernama  

PERDANA MENTERI MALAYSIA

21 Disember 1993
Tuan Yang Terutama
Tuan Yitzhak Rabin
Perdana Menteri Israel
JERUSALEM

Saya ingin mengucapkan terima kasih atas surat tuan bertarikh 17 Oktober memaklumkan saya mengenai Perjanjian Prinsip dan Pengiktirafan Bersama antara Israel dan PLO.
Kerajaan saya menyokong perkembangan positif ini dan menganggapnya sebagai satu langkah awal ke arah merealisasikan satu penyelesaian yang komprehensif kepada masalah Timur Tengah.
Sebagai tanda sokongan Malaysia terhadap perkembangan ini, negara saya telah diwakili pada Persidangan Penderma bagi menyokong proses damai Timur Tengah yang diadakan di Washington dan seterusnya berjanji untuk memberi sumbangan kewangan yang sederhana kepada rakyat Palestin bagi membantu dalam tugas-tugas baru mereka.
Kerajaan saya juga menawarkan bantuan teknikal kepada rakyat Palestin di bawah Program Kerjasama Teknikal Malaysia. Demi prinsip umum, Malaysia bersedia untuk membina hubungan dengan Israel pada masa yang sesuai. Sementara itu, saya ingin melihat kemajuan ketara dalam pelaksanaan perjanjian damai.
Masalah Timur Tengah terutamanya isu Palestin telah menjadi punca ketidakstabilan di rantau itu dan saya berharap perjanjian baru-baru ini antara Israel dan PLO akan menyumbang kepada keamanan yang berpanjangan di kawasan itu.
Saya berharap kepada hubungan yang biasa dengan Israel (ayat yang terakhir ini bertulis tangan)
DR. MAHATHIR BIN MOHAMAD

Kat atas tue surat yang bertarikh 1993. Kat bawah neh pula bertarikh 1999.

KUALA LUMPUR 29 Feb. - Berikut ialah surat yang ditulis bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Perdana Menteri Israel Ehud Barak yang baru dipilih pada 1999, seperti yang dikeluarkan Kementerian Luar di sini, hari ini.

PERDANA MENTERI MALAYSIA
8 Jun 1999
Tuan Yang Terutama Encik Ehud Barak
Perdana Menteri Israel TEL AVIV
Tuan Yang Terutama,
Saya ingin menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan tuan dalam pilihan raya baru-baru ini. Dengan mandat yang cukup meyakinkan, saya berharap tuan dan rakan gabungan tuan akan dapat memimpin masa depan rakyat Israel di ambang Abad baru.
Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengulangi pendirian Malaysia yang sentiasa memperjuangkan keamanan dan penyelesaian masalah antara jiran menerusi rundingan. Oleh itu menjadi harapan kami untuk melihat pelaksanaan bersama perjanjian yang ditandatangani antara PLO dan Israel.
Kami juga percaya jika proses perdamaian hendak diselamatkan, langkah-langkah berkesan mesti diambil untuk memenuhi komitmen. Sebagai rakan penting dalam proses damai adalah mustahak bagi Israel lebih bersedia bertolak ansor.
Rakyat Palestin telah membuat pengorbanan besar. Mereka tidak lagi menuntut penghapusan negara Israel. Mereka malah sedia berkongsi Baitulmaqdis dengan anda. Oleh itu kini masanya bagi Israel memberi respons positif demi mempertahankan harapan rakyat di Palestin dan Israel.
Komitmen mulia yang dibuat oleh Kerajaan sebelumnyua mesti dihormati. Jika tidak saya bimbang, akan wujud suasana konflik dan ketidakstabilan serantau yang berkekalan menjangkau ke Abad akan datang.
Ini adalah prospek yang mesti dielakkan. Pokok masalah ialah bahawa tiada pihak yang harus kembali kepada cara lama merundingkan apa yang dimiliki pihak lain, di satu nada dan menghasut kebencian dan keganasan, pada nada lain. Malaysia tidak dapat membiarkan keganasan oleh mana-mana pihak, sama ada rakan atau musuh.
Mana-mana negara yang merampas tanah dan harta orang lain, atau menghapus tempat tinggal orang lain untuk mendirikan penempatan mereka sendiri tidak boleh dianggap bersikap jujur mahukan perdamaian. 
Malaysia yakin penuh bahawa keselamatan semua negara di Asia Barat dapat dijamin dengan kewujudan perdamaian yang adil, berkekalan, dan komprehensif di rantau berkenaan. Ini mestilah berdasarkan pada prinsip “pertukaran tanah untuk perdamaian” dan penubuhan sebuah negara Palestin merdeka dengan Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negaranya.
Dunia berharap Israel di bawah kepimpinan tuan, mengetengahkan proses damai dengan iltizam yang tulen. Saya sesungguhnya berharap pencapaian penyelesaian komprehensif di rantau tersebut akan membolehkan Malaysia melihat dengan realistik langkah positif ke arah penubuhan hubungan biasa dengan Israel. 
Yang Ikhlas Dr Mahathir Bin Mohamad — BERNAMA

Dan ada lagi. Last. Bernama siarkan 3 surat mahathir kepada israel buat masakini. Lihat yang bawah neh pula ;

KUALA LUMPUR: Berikut adalah surat yang ditulis oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada Benjamin Netanyahu, Perdana Menteri Israel pada 1997, seperti yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar kepada Bernama .
PERDANA MENTERI MALAYSIA
14 Mac 1997
Tuan Yang Terutama

Tuan Benjamin Netanyahu
Perdana Menteri Israel

Jerusalem
Surat tuan bertarikh 23 Januari hanya sampai kepada saya semalam.
Saya amat menghargai susah payah tuan untuk memaklumkan kepada saya situasi di Palestin dan rantau berkenaan.
Malangnya sebahagian besar daripada perkara yang tuan nyatakan itu telahpun berubah dengan begitu pantas.
Malaysia percaya kepada keamanan dan penyelesaian masalah antara negara berjiran menerusi rundingan.
Sebagai jalan keluar terakhir, kami beralih kepada pihak ketiga. Dalam pertikaian berhubung wilayah antara Malaysia dan Singapura dan Malaysia dan Indonesia kami bersetuju menyerahkan kepada Mahkamah Dunia untuk memutuskannya.
Pertikaian antara Malaysia dan Thailand berhubung wilayah perairan diselesaikan dengan persetujuan untuk berkongsi sumber bukan marin dengan saksama.
Di dalam negara, ketidaksamaan dalam pengagihan kekayaan antara penduduk pribumi dan kalangan yang asalnya pendatang diselesaikan menerusi tindakan afirmatif di mana golongan miskin akan memperoleh perkongsian yang lebih besar daripada kek ekonomi yang semakin berkembang tetapi tidak ada tindakan merampas dan mengagihkan semula apa yang telahpun menjadi kepunyaan keturunan kalangan pendatang.
Setiap orang menikmati pembahagian yang agak adil sekarang dan setiap orang agak berpuas hati. Hubungan antara kaum yang berbeza di Malaysia adalah baik dan tidak porak-peranda.
Perkara penting yang ingin saya tekankan ialah untuk tidak mengambil apa yang telahpun menjadi kepunyaan orang lain sungguhpun daripada segi sejarah, ia mungkin kepunyaan tuan.
Akhir-akhir ini Israel telah merobohkan penempatan Arab dalam usaha mendirikan rumah bagi rakyat Israel.
Seluruh dunia, termasuk sekutu tuan, Amerika Syarikat, mengutuk tindakan ini. Namun Israel tetap meneruskan juga.
Tuan mengutuk Syria kerana membuat ancaman. Bagaimanapun ancaman mereka adalah respons kepada tindakan tuan sendiri.
Jika tuan secara paksa merampas tanah dan harta benda kepunyaan penduduk Palestin, satu-satunya respons sekiranya mereka tidak bertindak secara ganas terhadap tuan, adalah dengan mengancam untuk bertindak menentang tuan.
Jika mereka tidak boleh bertinda balas dan mereka tidak boleh menyuarakan tindak balas yang dihasratkan itu, maka mereka terpaksa tunduk kepada semua tindakan tuan tidak kira bagaimana salah sekalipun.
Apa yang tuan lakukan sekarang bertentangan dengan semangat dan surat proses perdamaian yang dipersetujui oleh pendahulu tuan.
Bagaimanakah kami boleh mempercayai Israel jika sesuatu perubahan dalam kerajaan menyangkal jaminan yang diberi dengan rasminya oleh sebuah Kerajaan Israel.
Tolong pertimbangkan semula keputusan tuan untuk membina penempatan baru Yahudi di tanah Arab.
Belia-belia Israel ada di sini. Hasrat kami ialah untuk menunjukkan kepada mereka bahawa umat Islam adalah manusia rasional biasa yang mahu hidup dalam keamanan dan kebebasan.
Kami berharap mereka akan mempunyai tanggapan baru terhadap umat Islam dan Islam. Akan berlaku penyimpangan dalam kalangan umat Islam tetapi penyimpangan turut berlaku dalam kalangan Yahudi dan Kristian serta penganut setiap agama. Tiada agama yang seharusnya dihakimi berdasarkan penyimpangan ini.
Kami berharap kalangan belia ini akan memahami umat Islam dengan lebih baik dan akan mahu berbaik-baik dengan mereka.
Untuk mengecap keamanan tuan perlu melakukan pengorbanan. Penduduk Palestin tidak lagi mendesak penyingkiran Israel.
Mereka malah bersedia untuk berkongsi Jerusalem dengan tuan. Mereka telah melakukan pengorbanan.
Kita harus ingat apabila Yahudi diperlakukan dengan kejam di Eropah, mereka seringkali menemui perlindungan dalam kalangan umat Islam di negara-negara Islam.
Kami tidak menganggap rakyat Israel sebagai seteru abadi. Namun kami tidak boleh menahan rasa simpati terhadap penduduk Palestin kerana tanah air mereka dirampas daripada mereka sekarang.
Ia mungkin menjadi kepunyaan Yahudi tiga ribu tahun yang lalu. Banyak tanah tradisional Melayu yang telah menjadi sebahagian daripada Thailand. Tetapi kami tidak menuntut Selatan Thailand untuk menjadi sebahagian daripada Malaysia.
Jika kita pergi terlalu jauh ke masa lampau, kita tidak boleh hidup bersama jiran-jiran kita.
Kami bersedia untuk mengadakan kerjasama ekonomi dan teknologi dengan Israel tetapi kami masih belum boleh berbuat demikian kerana tuan belum memenuhi komitmen yang dibuat oleh Kerajaan Israel yang sah.
Kami ingin memikirkan bahawa sebaik sahaja kami mewujudkan hubungan dengan tuan, ia akan hubungan yang menjadi tetap.
DR MAHATHIR BIN MOHAMAD

Yang aku pelik dalam pendedahan neh cuma satu perkara jek. Kenapa tidak mendedahkan dokumen asal melalui adobe ataupun google docs sebaliknya memilih untuk menulis bulat2 apa yang terkandung dalam surat tersebut? Adakah ianya sukar dibaca ataupun selepas scan ia menjadi kabur atau apa?
 
Sangat sukar untuk aku menolak persoalan neh dari minda aku. Dah cuba buat tapi aku rasa ianya sangat sukar dan memang ada keraguan yang munasabah pun bagi aku. Namun aku tak pula tuduh2 bahawa kandungan surat di atas neh palsu atau apa cuma aku hairan jek kenapa mesti didedahkan seperti neh?

Takpelah, berbalik kepada kandungan ketiga2 surat di atas neh dapatlah disimpulkan bahawa ;

1. Malaysia memang ada niat mengiktirafkan israel jika israel dan palestine berdamai.

2. Malaysia memang ada niat nak bekerjasama dengan israel asalkan israel dan palestine berdamai.

3. Malaysia okey jek jika palestine disuruh serahkan beberapa kawasan kepada israel untuk membentuk penempatan bersama2 secara aman.

4. Malaysia bersedia membina perhubungan yang lebih erat dengan israel jika pelan damai dipersetujui. Malaysia juga berhasrat jika mahu membentuk sebarang perhubungan dengan israel ia adalah sesuatu yang harus bersifat kekal. Bukan kejap kawan kejap musuh sebab tue malaysia ingin melihat israel mematuhi pelan damai supaya boleh mempertimbangan perhubungan antara malaysia dan israel semula.

Senang cakap takde beza sangat pun dengan pendirian dsai. Sama je lah mana2 pemimpin malaysia dalam soal neh pun. Akhirnya tetap paksa palestine untuk beralah dan beralah untuk serahkan tanah dan etc2. 


Entah betul entah tidak penulisan mahathir neh bersandarkan kepada aspirasi rakyat palestine itu pun aku tak sure sangat. Almaklumlah berita bercampur aduk kat online neh. Ada yang cakap begitu, ada yang cakap begini, last2 bikin orang jadi confused. Bai.

Ameno : Semua sama sahaja. 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...