Aku dah expect apa yang najib, tv3 dan geng2 mereka akan berkata. Takpe. Tue nanti dulu kita jawab. Sekarang neh kita kasi up dulu isu pasal hijau 2.0 yang berlangsung seluruh negara siang tadi.
Dua gambar neh merujuk kepada MCA. Dorang pun anti lynas beb. Alamak macam mana tue?
Neh dari rakan2 kk, sabah. Mereka pun anti lynas gak.
Neh dari perak. Aku dapat tahu dekat 2k orang berhimpun. Gambar2 penuh nanti kalau dapat aku upload sini.
Bukti kami benar2 mahu hijau dan benar2 hijau. Kemas balik selepas berhimpun beb. Masa kat mj tadi aku berani jamin kami tak tinggal sebarang sampah. Siyes beb.
Orang asli pun bantah LYNAS beb. Semua orang faham sangat bahaya dan kesan radiasi kepada manusia neh beb. Kucing kalau boleh demo, dorang pun join juga beb.
Uncle neh sumbangkan air mineral kepada orang ramai yang hadir himpunan lynas 2 beb. Cayalah uncle.
Memang dapat minuman free. Tapi jangan risau sebelum mereka mai berhimpun neh depa tak expect pun dapat minuman free ye. Mai sebab nak bantah lynas. Dapat air percuma layan kan ajek. Cayalah mereka yang menaja neh. Ikhlas yang pasti bukan pasal nak undi oke.
Polis pada hari neh memang terbaek. Aku suspect dorang pun bantah lynas gak. Mana tak nya neh pasal nyawa beb. Kerja gile taat kat bien sampai sanggup korbankan nyawa. Kat mj pun sama.
Bayangkan ek ketika pendemo2 lynas sedang meraih sokongan dari pengguna2 jalanraya siang tadi, polis tak larang / halang or tegur sekalipun. Depa perhatikan jek. Aku macam tak percaya. Tapi itulah dia yang aku alami siang tadi di MJ. Boleh kata hari neh memang aku manis mulut puji2 polis beb.
kah kah kah
Hijau payung hijau beb. Lue ada? Muahaha..
Ketika kami berhimpun tadi rupanya website lynas di godam. Aku taktau sapa punya kerja. Tapi of course geng2 anti lynas punya kerja lah neh. Impak negatif ka positif ka tetap ada melalui perbuatan neh beb. Berani buat kenalah terima kritikan ka pujian ka apa2 yang mendatang kelak oke.
Aku tak minat nak share2 gambar pemimpin yang aku percaya ramai orang dah share tadi. Aku suka berpegang dengan kata2 haris ibrahim siang tadi ketika di mj bahawa ;
1. lynas bukan agenda pr.
2. lynas ialah bantahan yang lahir dari rakyat sendiri.
3. Apa yang berlaku hari neh mencerminkan kemahuan rakyat, pr cuma bersama2 suara rakyat bukan mendepani rakyat.
4. Apa yang terjadi dalam himpunan hijau 2 neh membuktikan keinginan yang lahir dari suara rakyat sendiri terhadap projek lynas. Semua [kreativiti] yang ada disini ialah usaha rakyat, takde kaitan dengan politik dan sebagainya. Ini semua kerja keras rakyat dan ngo yang terlibat.
Aku dengar sampai terlupa nak rakam masa neh. Tapi memang best bila dapat lihat seorang pejuang bercakap depan2 tanpa melalui kaca tv. Selalu nampak segak jek kan hari neh amekaw seme berpeluh sakan. Panas siot.
Yang neh pula dari penang. Update dari BBUTV3.
Yang neh versi aman. Yang kat bawah neh versi samseng. Alamak kami boleh jek berhimpun aman tanpa provokasi. Sapa punya kerja lah. Ada sapa2 nampak ghani or geng2 dia ka? Muahahah
Nanti pasal samseng2 neh aku update di entry yang lain. Share sini sket untuk himpunan hijau jek. Oke.
Selepas tue macam biasa mesti geng2 penyokong lynas akan ejek2 kita dan tanya apa selepas hijau? Apa yang kami dapat? Kepuasan apa yang kami raih? Ada keuntungan ka? Okey itu seme kita akan jawab kat mereka satu persatu2. Meremeh2 usaha kami mungkin kesukaan korang tetapi bila sesuatu kebaikan itu hadir korang juga tak malu tumpang semangkok. Jangan nak cong lah. Ingat BR1M? Itu ialah apa selepas BERSIH. Bai.
Ameno : Penat tapi berbaloi2..