Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 2 Mei 2015

Beribu2 Komen Kutuk Najib Makan Nasi Ayam Di Page Rasmi Berita Harian.

Semasa aku lapor benda neh. Jam 11 malam ++ pada 1 Mei, komen yang dihimpun-himpun hampir 3,000. Tak larat la kau nak baca satu persatu-satu. Banyak nak mampos.

Semua neh gara-gara wartawan dari Berita Harian yang melaporkan Najib sudi makan nasi ayam dan minum air limau suam je sewaktu menghadiri satu program bersama peminjam-peminjam TEKUN.

Antara laporan BH ;


Hanya?
Hanya?
Hanya?

Apa neh wartawan BH. Laporan ini Najib yang arah kau tulis untuk bodek ke atau kau sendiri yang memandai2 tulis sebab rasa pelik tengok Najib makan nasi ayam? Adakah seorang PM dianggap sedang melakukan sesuatu yang diluar kebiasaan jika makan nasi ayam atau minum air limau suam? Kalau makan di restoran yang jual nasi ayam dan order nasi ayam pelik ke? Aku rasa wartawan BH neh dah gile. Najib selalu makan benda mahal. Yang tue nak compare dengan 1 hari makan nasi ayam? Memang bodoh punya wartawan. Konon2 nak bagi orang puji Najib. Tapi kesian. Bukan pujian yang kau dapat la bangang. Sebaliknya makian. Bukan Najib je kena. BH pun kena sama. Sebab bangang.

KAH KAH KAH

Tengok. Baca la woi.





Aku cuba gak rajin-rajinkan diri aku dalam 5,6 minit macam tue untuk godek-godek komen lama. Kot2 ada yang puji Najib ke apa ke. 

HARAMMMM.

Semua kutuk dia.
Semua kutuk BH.
Kesiannnnnnnn.
Kelakar sangat aku baca. Simpati yang diharap, makian yang dia dapat. Sokongan yang dia cari, kutukan yang dia terima.

KAH KAH KAH

BH nak ban pun tak boleh. Mao hilang beribu2 followers mereka.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Jumaat, 1 Mei 2015

Azmin Jaga Kajang, LGE Jaga Permatang Pauh, Maka Buat Apa DSWA Bertanding Jadi Wakil Rakyat?

Maafkanla pengurus kempen saya AW, kerana saya terlalu baik maka saya dibuli
Hmm.

Apa neh?
Apa neh?

Kenapa PKR melakukan provokasi supaya membuatkan orang2 seperti aku menyindir tingkah laku songsang mereka.

Why?

Aku terprovok dengan laporan Malaysiakini ;
Dikritik tidak mampu menjaga dua kawasan jika menang di Permatang Pauh, Datuk Seri Wan Azizah Ismail terus mendapat sokongan pemimpin nombor satu negeri.

Selepas Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng pula berjanji akan membantu menjaga Permatang Pauh jika Azizah mengekalkan kerusi PKR itu.

"Kalau Azmin kata nak jaga Kajang, saya juga akan jaga Permatang Pauh untuk Kak Wan (Azizah)," kata setiausaha agung DAP itu.

Beliau berkata demikian ketika berceramah di kampung Guar Perahu malam tadi.

Sebelum ini, Wan Azizah berkata sekiranya beliau memenangi pilihan raka kecil Permatang Pauh, Dewan Undangan Negeri DUN (Kajang) akan turut diuruskan bersama Azmin bagi memastikan kedua-dua kawasan itu terjaga.

Di tangan Azmin sendiri ada dua kerusi.
Di tangan LGE pun sama. 2 kerusi. 
LGE neh siap ponteng parlimen.
Lepas tue gambar dia bercuti dan bermajlis tersebar ketika sesi parlimen diadakan.
Dan apa? JAGA KAWASAN PARLIMEN PERMATANG PAUH? KAU KAKI PONTENG KOT. MAKAN GAJI BUTA. LAGI SEMBANG KENCANG BAB NAK JAGA KAWASAN LAIN? KAWASAN SENDIRI PUN TAK TERJAGA ADA AHTI NAK JAGA KAWASAN BARU. BENGAP.

Nampak? Huruf besar. Kenapa? Aku diprovok ma.

Aku punya pendirian. 1 wakil 1 kerusi supaya kebajikan pengundi lebih terjaga dan wakil rakyat boleh beri penumpuan khusus. 

Dan betul-betul aku rasa. Haizh.

Kan bagus. Jika dia cakap. Saya akan pasti melantik 2 pembantu di Permatang Pauh jika menang dan 2 pembantu lagi di Kajang supaya pembantu2 saya berada 24 jam di kawasan tersebut untuk mengumpul semua aduan2 berkaitan permasalahan pengundi di kawasan yang saya wakili.

Saya bagi no telefon.
Saya letak banner besar2 di beberapa tempat strategik supaya pengundi alert di mana pejabat wakil rakyat (saya) bagi menyampaikan aduan.
Saya tak boleh berada 2 tempat pada 1 masa. Tetapi, saya boleh melantik pembantu2 supaya melancarkan kerja2 saya sebagai wakil rakyat. Ini jaminan saya.

Tapi Wan Azizah tak fikir macam tue. Kerana Kak Wan kita neh diarah berpolitik. Dia terlalu mengikut. Dan, LGE keluarkan statement bodoh selepas Azmin memperbodohkan diri dia. PARTISAN. Mengharapkan mereka jadi ahli politik yang bijak? Aku rasa babi terbang lagi logik.

Oh dem, terkantoi perbodohkan diri la plak

Malam tadi. Di Awani. Aku dengar Muhyiddin cakap berapi2. Nampak jujur. Telus. 

"Wan Azizah saya kenal dia. Kak Wan ini orangnya baik. Betul2 baik orangnya. Dah lama saya kenal dia dan saya tahu dia memang baik".

Lebih kurang macam tue ayatnya. Aku terkedu. Sebab Muhyiddin puji Wan Azizah.

Untuk musuh politik puji kau, bukan senang kot. Bila Muhyiddin akui yang DSWA baik maka betul la DSWA memang orangnya baik. Bila tengok wajah DSWA pun sesiapa boleh sangka dia memang seorang wanita yang baik.

Tetapi menjadi baik sehingga dipergunakan, diperbodohkan, diperpuppetkan dan dipertindaskan orang itu maksudnya kebaikan kita melemahkan diri dan kredibliti kita.

Oleh kerana Wan Azizah baik, maka pengurus kempen dia dalam Permatang Pauh asyik up isu-isu bodoh lagi membodohkan imej dan intergriti Wan Azizah.

Dek kerana baik, mungkin Wan Azizah menurut aje kempen2 yang pengurus dia rancang.
Dek kerana baik, mungkin Wan Azizah sangka masak cekodok ke, pegang kipas dan pusing roti canai, dan sebagainya dilaporkan secara berleluasa menerusi media sosial dan berita merupakan satu cara terbaik untuk rakyat fikir Wan Azizah pandai menyelesaikan masalah rakyat.

Sesiapa yang pekerja kedai makan bercuti mungkin boleh meminta khidmat Wan Azizah, begitu ke?

BN dah lancar manifesto untuk Permatang Pauh. Untuk Rompin aku takde fakta. Dengar di berita saja.

PKR? Aku tatau. Ada atau takde. Kalau ada dan orang tatau maka pengurus kempen dia memang bangang la. Kalau takde, 2 kali bangang.

1 kali bangang. Sebab kau tak promote apa yang Wan Azizah sasarkan di Permatang Pauh. Kau heboh sebar gambar2 dan kempen kutuk2 sindir2 perli2 Rosmah macam la itu boleh selesaikan masalah rakyat.

2 kali bangang? Sebab dah bertahun2 bertanding di PRK Permatang Pauh, haram ada perubahan cara korang berkempen sekalipun.

Ya. Kita boleh gelak hihi haha huhu hehe keke lawaknya kutuk Rosmah debab gemuk gila kuasa dan harta.

TETAPI.

Itu tak menyelesaikan masalah. Apetah lagi jika kau sebagai CALON, ini yang PENGURUS KEMPEN KAU CUBA TERAPKAN DALAM KEMPEN2 KAU MENDEKATI RAKYAT. 

Jika ahli biasa buat, kita buat aku dan kau orang tak heran. Tetapi jika PENGURUS KEMPEN YANG BUAT MAKA orang akan fikir. Ooo. Sindir Rosmah. So, masalah aku sebagai pengundi neh dah selesai ke selepas kau sindir Rosmah bagai neh beb?

Kau semua buka wall Abu Nawas yang guna nama Rosly Yusof. Sekarang. Ada video kempen tentang Permatang Pauh. Dicadangkan dengan SEGALA HORMATNYA UNTUK PENGURUS KEMPEN WAN AZIZAH BELAJAR DARI INDIVIDU TERSEBUT BAGAIMANA NAK BERKEMPEN MENAIKKAN CALON YANG PARTI ANDA WAKILI.

Kelakar video tue. Aku rasa nak ketuk kepala lepas tengok. Tapi sebenarnya itula yang rakyat Permatang Pauh hadap. Itu masalah mereka. Yang sebenar2nya. Realiti. Jadi dari buang masa sindir Rosmah atau bajet kau pro rakyat dengan tebar roti canai atau buat teh tarik atau lawat rumah terbakar konon baik cari masalah rakyat, analisis dan bahas. Anjur forum debat antara calon di atas satu pentas pun boleh. Calon2 parti bertanding bahas manifesto masing2 untuk pengundi nilai pun boleh. Cari la kempen ilmiah. Berubah la. Masih di takuk lama. Kempen2 politik masih bodoh memperbodohkan orang lagi. Sebab zaman semakin canggih. Maka kempen kena ber-evolusi. Dah berapa lama merdeka neh? Zaman masyarakat celik IT celik politik. Dari layan kempen2 yang tetiba semua calon jadi dewa ekpress baik makan MAGGIE. Dan jangan lupa bayar GST.

KAH KAH KAH

Kbai.

Saya MB, saya PKR dan saya puji wakil rakyat sendiri, nampak tak? Kita tak perlu collect kaji selidik dari pengundi yang terkesan pun. Saya bercakap bagi pihak mereka dah cukup la.

Lihatla Wajah Ahmad Maslan YG Sentap Bila Diminta Diam Dari Menjawab Isu GST Topup.

Maka. Sebelum Ahmad Maslan nak kata sesiapa pun tak faham apa-apa tentang GST, ada baiknya untuk Ahmad Maslan tepuk muka dia sendiri apabila Najib sendiri dah memberikan bayangan bahawa Ahmad Maslan sendiri pun tak faham apa-apa tentang GST.

Arahan Najib yang membuatkan Ahmad Maslan sentap dan terkilan. 



Yang rakyat Malaysia nampak ;

1. Najib keluar arahan ikut twitter je? Aik. Dah marah sangat ke dengan kebodohan Ahmad Maslan dan KASTAM yang terkantoi bangang?

2. Peranan SKMM dan menteri komunikasi lebih mendekati kepada penyelesaian masalah dan sekaligus point2 dorang tentang GST dalam topup adalah fakta. Manakala point2 Ahmad Maslan dan KASTAM lebih kepada propaganda murahan.

Macam aku kata la sebelum2 neh. SST cukai pukal dengan GST cukai kepenggunaan tak sama kaedahnya pengiraannya. Untuk kau salahkan kapitalisma tamak, yes. Aku setuju. Tapi kau kena perincikan isu. Jangan asal tamak aje kau salahkan kapitalisma. Dalam kes GST = maksudnya CUKAI, ia bukan salah kapitalis tetapi salah kerajaan. Cukai ini kerajaan yang impose. Topup tertakluk GST pun kerajaan yang putuskan. Syarikat? Hanya akur.

Maka. Semua jenis perkhidmatan jual beli topup, langsung atau tidak, dikenakan cukai GST. Iaitu 1 item 1 cukai. Faham?

SST seperingkat. GST berperingkat.

Bayar 1 kali VS bayar banyak kali dan kau expect bayar banyak kali boleh turunkan modal dan kurangkan harga barang yang kau nak beli? Agak2 la kau pun.

GST sistem dia. Anda beli anda bayar. Sistem sapa yang buat? Kerajaan. Tapi sapa yang rakyat Malaysia beria2 maki? Kapitalisma. Punca? Sebab mereka sebelum2 neh menzalimi rakyat. Tapi pernah fikir. Polisi kerajaan membenarkan mereka bersikap tamak dan rakus mencari keuntungan? Pernah tahu yang kapitalisma dibenarkan sistem negara untuk memperdayakan rakyat? Maka. Pada kerajaan yang kau kena maki lebih2. GST neh kerajaan yang salah. Kapitalisma takde kaitan. Kau nak marah, marah pada orang yang betul2 berperanan buat masalah. Maki2 kapitalisma atas benda yang bukan dorang impose. Gila la kot. Siap kata kerajaan tunduk pada kapitalisma lagi. Ayat nak memperbodohkan diri sendiri. Kerajaan bukan tunduk tapi tersepit bila nak melawan sistem yang depa sendiri cipta. 

KAH KAH KAH

Mungkin selepas mendengar penjelasan, maka Najib pun tahu la. Siapa yang main propa siapa yang berkata benar. Lalu. Kepada Shabery Cheek diberi tanggungjawab menyelesaikan masalah berkaitan harga penjualan kad prepaid.

Apa yang Shabery Cheek cakap tue betul. Dan aku suka nak ingatkan. Jangan kau marah peniaga yang taknak serap kos GST. GST itu sistemnya membenarkan cukai dialih keluar kepada pengguna. Dia punya pasal la taknak serap cukai. Kau sapa nak paksa2. Cukai itu yang makan kerajaan. Tak puas ahti kritik la BN.

Dan setelah menerima arahan menerusi twitter, maka Ahmad Maslan pun agak emosi dan sentap jua la menjawab persoalan berkaitan dengan arahan terbaru Najib tue.

Ini yang dia ulas. Tengok wajah dia. Perhatikan betul2. Mood tengah sentap dan geram. Apatah lagi baru lepas sambut harijadi.
Ahmad Maslan Sentap diarah tutup mulut isu GST Topup.
Posted by Kami Benci Saiful Bukhari! on Friday, May 1, 2015

Klik sini jika video gagal load.

Senarionya mudah. Ahmad Maslan dan KASTAM cuba memperdayakan rakyat. Mereka nak gambarkan yang kapitalisma tamak. Maka, kapitalisma menaikkan harga jualan kad topup. Sedangkan apa yang cuba disorokkan oleh Ahmad Maslan ialah ;

- GST berdasarkan cukai kepenggunaan. Anda beli anda bayar, 1 item 1 cukai.

- Kerajaan sendiri yang memasukkan JUAL-BELI prepaid perlu diGSTkan.

- Bahkan cadangan yang sama pernah terbit pada tahun 2011. Aku tak tipu. Baca ini, fakta kes. 

- Pembayangnya apa? Kat situ je dah menampakkan bagaimana GST yang bakal dikenakan kepada PREPAID (ketika itu, atas nama GTS) akan menaikkan harga jualan. Nampak? Itu sebab rakyat bantah. Itu sebab kerajaan hold keputusan mereka dan berlakon macam kena fitnah. Semua neh gara2 keputusan kerajaan untuk mencukai ASTRO dan perkhidmatan pascabayar le. Masa itu. Cuma plan mereka bab prepaid, kena hold. 

- Maka, skrip dirancang. Rakyat perlu maki kapitalisma. Lagipun. Syarikat telekomunikasi bukan ada reputasi yang baik pun di mata rakyat. Kepada pihak kerajaan pula. Pihak kita perlu diperlihatkan sedang berusaha menghalang ketamakkan kapitalisma yang menaikkan harga kad topup.

- Fakta? Yes. Syarikat giant telekomunikasi memang lancau. Perkhidmatan ale uto. Mahal. Tak berbaloi. Tetapi mereka ada bekap baik. Polisi kerajaan membenarkan penindasan tersebut. Itu satu babak. Babak GST pula? 100% kerajaan yang salah. Jangan orang lain yang bunuh, orang lain yang kau tuduh. Salah tue beb.

Apa2 pun aku tunggu. Aku nak tengok macam mana Shabery Cheek nak selesai benda neh. Pada aku hanya ;

- Mahsuhkan cukai pada prepaid

- Prepaid menggunakan sistem SST

- GST pukal ke atas prepaid

Ini je yang boleh selesaikan masalah. Takde cara lain. Sebab sistem GST cukai berperingkat. Layer sana sini. Semua menyumbang (membayar modal + cukai) maka memang adil la semua nak untung juga sama perniagaan. 

Kbai.

Najib Dedahkan BR1M Bukan Pancing Undi Utk PRU, Sebaliknya Sekadar Pancing Undi Utk PRK Sahaja.

Memetik laporan dari Utusan Online yang bertarikh 23/2/2014, Najib dilaporkan telah berkata begini ;


Maksudnya ;

1. Kerajaan tak gunakan BR1M sebagai alat untuk memancing undi rakyat.

2. Jika kerajaan gunakan BR1M untuk memancing undi maka sudah tentu la kerajaan akan beri BR1M sebelum PRU lagi.

3. Ada atau takde pilihanraya (PRU) kerajaan tetap beri BR1M selagi mana BN berkuasa.

KEYWORD.

Bagi sebelum pilihanraya = pancing undi.

Bagi selepas pilihanraya = bukan memancing undi.

Maka ;

 
Sempena PRK di Rompin, kerajaan telah edarkan pembayaran BR1M sebelum pilihanraya. Sebelum pengundi disuruh mengundi. Yakni ikut teori Najib, bagi sebelum pilihraya bermakna BR1M telah dijadikan sebagai alat untuk memancing undi. Bagi selepas pilihanraya maknanya bukan.

Sebab tue dianjakkan ke tarikh sebelum lebih awal berbanding tarikh yang disasarkan oleh kerajaan.


Pancing undi bukan kah bermakna sedang merasuah?
Ada menteri cerita pasal 5 juta.
Ada menteri anjakan tarikh awal pemberian BR1M.
Ini SPRM mane SPRM?
SPR pun apa cerita?
Kata kena kempen adil dan BERSIH. Yang stok2 kempen lambung duit neh BERSIH dan ADIL ke woi?

KAH KAH KAH

Khamis, 30 April 2015

Mahathir Mahu Jumpa Ahli UMNO, Minta Beri Peluang Dengar Penjelasan Mahathir Kenapa Lawan Najib.

Apa petunjuknya? Mudah.
- Mahathir sekarang dalam usaha untuk memujuk dan mempengaruhi ahli2 UMNO bermula dari peringkt bawahan agar bersama-sama tolak kepimpinan Najib.

- Majoriti ahli UMNO = orang biasa.
- Pimpinan UMNO atasan = minoriti.
- Konsep yang Mahathir nak buat ialah majoriti kena tentukan apa yang minoriti perlu buat.
Sebab tue Mahathir nak jumpa dengan ahli2 UMNO. Berdiskusi dan minta mereka mendengar pendapatnya kenapa dia menolak Najib. Ada harapan Mahathir akan menang dalam pencaturannya.
Masih ingat tentang Kedah?
Di Kedah, ia adalah gerak kerja team pro Mahathir bagi memastikan BN merampas Kedah semula kepada BN.
Di Selangor ialah gerak kerja team Najib. BN gagal merampas Selangor dari PR. Tetapi Mahathir berjaya dalam pencaturan politiknya.
Maksudnya. Kalau bab politik Mahathir memang genius. Dia tahu cara mana nak mendapatkan kuasa dan apa yang perlu dilakukan bagi memastikan dia mencapai matlamat yang dia sasarkan. Jika Mahathir berjaya jatuhkan Najib, PR berkemungkinan besar akan kehilangan Selangor. Wait and see analisis ini. Betul ke tidak.
Baca ;
1. Saya ucap terima kasih kerana ada ahli-ahli akar umbi UMNO yang menasihati saya supaya tidak “menyerang” Dato’ Sri Najib, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia.
2. Saya punyai sedikit pengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu. Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita.
3. Tetapi untuk kita membuat keputusan atau menghukum secara bijak, secara adil kita perlu dengar kedua-dua belah pihak.
4. Jika ada yang fikir saya merosakkan parti, saya harap saya diberi peluang untuk menjelaskan kenapa saya “menyerang” Dato’ Sri Najib. Bagi saya serangan ini mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian daripada ahli UMNO tetapi sebabnya ialah kerana saya ingin menyelamatkan UMNO, parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang 2/3 tiap PRU.
5. Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar bahawa UMNO dibawah Dato’ Sri Najib telah gagal memulih UMNO selepas Tun Abdullah. Kemenangan Najib lebih tipis.
6. Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli UMNO biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbillion Ringgit oleh Dato’ Sri Najib. Lepas mendengar kedua-dua pihak adililah terhadap “serangan” saya. Apakah saya sedang merosakan parti atau mencuba menyelamatkanya.
Sumber : Mahathir Mohammed fb page.

Menteri Komunikasi Sahkan Kenyataan SKMM, Harga Topup Tidak Kekal Seperti Sebelum GST - KASTAM & Ahmad Maslan Kantoi Malu.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH KAH

Kononnya ;





Hakikatnya ;



Shabery Cheek = menteri.
SKMM = agensi kerajaan.

Sekarang agensi pelaksana vs agensi kerajaan.
Menteri vs menteri.
Tapi statement Shabery Cheek dan SKMM lebih mendekati kepada fakta. Yang pernah terlibat dan sedang terlibat dalam bisnes komunikasi tahu benda neh.

Siapa yang pernah jadi dealer topup akan tahu memang mustahil gile babi nak serap GST. Macam mana nak serap kalau 'harga sampai' kad topup 10 ialah 9.40 - 9.60?

SST ialah cukai pukal.
GST ialah cukai kepenggunaan.
Kata Ahmad Maslan dah hadam.
KASTAM sebagai badan pelaksana pun boleh fail ka?

2 cara je yang kerajaan boleh buat.

Kecualikan kad prabayar dari GST.
Atau SSTkan kad prabayar.
Kalau taknak. Kira la berdasarkan jualan pukal. Bukan berdasarkan per item.

Sudah2 la nak membohong orang wei Ahmad Maslan. Kau dan KASTAM dah kantoi malu la. Bawa sekali Hasan Malek p bercuti kat mana-mana. Tapi jangan lupa. Tutup muka tue. Satgi orang baling batu aku tak jamin.

KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH

KAH KAH KAH KAH KAH

Pegawai KPDNKK Sahkan RON 95 Naik Sehingga 20 Sen Bermula 1 Mei 2015 Lapor FMT.


Memetik laporan dari FMT ;
Bermula pada tepat pada jam 12.00 malam, 1 Mei 2015 harga bagi minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan.
Ketika dihubungi FMT, salah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan khabar angin itu.
Ujarnya, harga minyak RON 95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.
Bagaimanapun bagi harga minyak RON 97 dan diesel, tiada sebarang maklumat diberikan.
“Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata pegawai berkenaan.

Sebenarnya. 4 hari lepas aku ada wassap Ahmad Maslan directly dan tanya hal berkaitan kenaikan harga minyak. Ahmad Maslan bukan la seseorang yang sombong di WhatsApp kalau kau mahu tahu. Walaupun kerjanya asyik post gambar je memanjang. 

Dia mungkin takan reply laju2 tapi dia still akan reply pertanyaan kau walaupun lewat sehari dua. Ini dah masuk hari keempat yang mana pertanyaan aku tidak berbalas. Aku agak pelik tetapi buat bodoh je la. Kalau apa yantg dilaporkan oleh FMT ini benar maka aku rasa aku tahu kenapa Ahmad Maslan malas nak reply. Agaknya dah boring kot nak membaca kemarahan aku yang meluap2 jika dia sahkan pula harga RON 95 memang akan naik.

Apa pun kita tunggu malam ini. Kebenarannya. Jika confirm. Esok demo bantah GST dengan demo bengang sebab harga minyak naik oke. Pakej.

Kbai.


Ajak Bahas GST Dia Lari, Lepas tue Bajet Hero Sembang Depan TV, Itulah Dia Ahmad Maslan Si Menteri.

Ouchhhhhh geramnya aku dengan Ahmad Maslan. Ouchhhhh Ahmad Maslan menyakiti ahti aku. Masa neh kalau ada batu dan dia depan aku memang aku baling sungguh. Lepas baling kalau dia nak tangkap aku, aku akan baling lagi. Dan beri hujah defend diri. Dia yang kata rela dibaling batu. Pasal apa pula nak tangkap aku sebab aku membaling batu. Kan.

Sebenarnya.

Melihat Ahmad Maslan di berita tak sama macam melihat percakapan dia di kaca TV. Di berita. Gambar dia statik. Kita baca berita dengan suara dan gaya percakapan kita. Bukan dia. Maka rasa sakit ahti itu tak la teruk sepertimana melihat Ahmad Maslan bercakap menggunakan mulutnya sendiri dalam bercerita soal GST.

Tadinya di Bernama TV. Pukul 9.30 malam tadi. Entah kenapa. Mungkin secara tiba-tiba. Atau memang dijadualkan sejak awal. Aku tidak tahu. Ahmad Maslan muncul di kata TV. Membebel tentang GST. Semua point yang dia bahaskan. Aku dah tahu sebab itula point-point yang dia ulang-ulang kat forum, kat berita, depan wartawan dan di mana sahaja. Atas pentas ceramah ke luar pentas ceramah ke point-point dia untuk backup GST sama sahaja sampai aku dah hafal dalam kepala hotak. Dengan completely. Tak payah catit dah untuk take note point-point dia supaya aku boleh recall time nak mengata dia di blog. Pasal takde apa yang berubah pun. Takde yang baru.

Macam biasa. Aku rasa nak cekik leher dia laju2. Bila dia asyik ulang cakap kebaikan GST tue. Dia asyik ulang-ulang point neh ke mana dia pergi aku dah naik meluat dengar.

- GST turunkan cukai pendapatan individu 1-3%

- GST turunkan cukai korporat 1%

- GST turunkan cukai SME 1%

- GST turunkan cukai KOPERASI 1%

- GST mahsuhkan cukai eksport

- GST turunkan cukai SST 10% kepada 6 percent. Ada yang 5 kepada 0. Makanan asas pun zero GST. 

Ooo. Cukai eksport. Ini apa kaitan dengan pengguna. Kalau peniaga ye la untung. Tapi kenapa pengguna macam kita untung pula kan. Benda tue jual kat luar Malaysia. Peniaga terkesan la. Tapi kita neh apa kaitan pula. 

Memang kerajaan kurangkan cukai tertentu. Tapi kerajaan amek balik dengan cara mencukai GST. Maksudnya. Ko tolak di sana tapi kau ambil balik dengan cara begini. Takde apa yang berkurangan pun pada beban rakyat. Bertambah lagi ada. Kurang 1% pun tak guna kalau naik 10-20% pada perkara lain. Fikirlah bil air dan api pun ada GST. Dulu takde. Tak pecah kepala kau nak bayar?

Konon GST akan membolehkan kerajaan dapat 24 billion setahun. Kerajaan sasar 142 billion melalui kutipan cukai dan hasil dari GST 24 billion setahun (jer) yakni kerajaan punya sumber cukai yang lain lebih banyak jika dibandingkan dengan GST.

Point perbodohkan orang. Pecahan yang aku ingat.

- Cukai korporat
- Cukai individu (pendapatan)
- Cukai tanah (pemilikan)
- Cukai SME
- Cukai KOPERASI
- Cukai penjualan hartanah

Yang Ahmad Maslan sebut sebagai cukai langsung. Kerajaan persekutuan ada beberapa sumber kewangan. Cukai langsung, cukai tidak langsung, hasil bukan cukai dan apa lagi la yang aku tak ingat. G la godek buku pengajian am. Baca sendiri.

Jadi. Point GST 24b setahun tue tak valid la. Mana boleh kau banding 1 jenis cukai (Ahmad Maslan kata GST cukai tak langsung) dengan 7 cukai yang digabungkan.

Sepatutnya 1 lawan 1 baru betul. Atau 1 kumpulan lawan 1 kumpulan. Cukai langsung VS cukai tak langsung. Ini baru perbandingan yang tepat. Aku tatau mana lagi banyak. Cuma perbandingan yang Ahmad Maslan buat tue tak tepat.

Satu lagi. Semasa panggilan masuk. Aku tengok Ahmad Maslan pun cuak2 juga jika panggilan tersebut akan membidas dia secara direct. 2 je panggilan yang diterima masuk sedangkan aku percaya jika dibiar program tersebut 3,4 jam mahu tak henti2 panggilan masuk semata2 nak balon Ahmad Maslan secara LIVE. Bukan senang kot.

Almaklumla. Dalam program yang sama sebelum neh, Ahmad Maslan memang pernah kena hentam dengan pemanggil. Bezanya, dia bukan tetamu ketika kena balon.

Rujuk sini dan sini.

Cuma 1 je yang aku puji Ahmad Maslan bila dia berjaya mengantoikan pembekap2 Mydin. Aku dah kata. MYDIN tidak tanggung atau serap cukai GST. Apa yang MYDIN buat sama macam yang Ahmad Maslan sebutkan tadi. Iaitu turunkan harga barang sebelum GST dilaksanakan disebabkan peralihan cukai tadinya tue. Memang nampak macam rugi tapi peniaga boleh claim cukai. Mereka tak rugi. Mereka hanya tak boleh claim cukai yang pengguna bayar. Yang dorang bayar, dorang boleh reclaim. Membeli di MYDIN. Kita yang bayar cukai. Sebab tue MYDIN masukkan berapa GST yang kita kena bayar. Bukan la MYDIN yang tanggung. Macam Ahmad Maslan sebut tadi. Seolah2 nampak macam MYDIN yang bayar atau serap GST tetapi sebenarnya apa yang berlaku harga kos jual beli barang dah berkurangan dengan GST yang membuatkan MYDIN mampu menjual dengan lebih murah berbanding kedai lain. Taktik MYDIN ialah dia suruh semua SUPPLIER dia register GST. Itu yang Ahmad Maslan kata. Maka, semua boleh claim GST yang dibayar kepada kerajaan.

Kata dia lagi. Perkara inila yang mewujudkan persaingan harga antara 1 kedai dengan kedai yang lain.

Nak kata MYDIN murah pun tak betul gak.

Sebab pendedahan yang dibuat oleh Oh Media baru-baru neh ;

Berikut adalah laporan yang diterima:
"Saya singgah ke Mydin Selayang semasa balik kerja, kerana diwar-warkan lebih murah. Serap GST kononnya. Bila keesokan hari, saya ke Pasaraya Syed - Sungai Buloh pula yang berhampiran rumah saya untuk membeli sayur dan ikan. Selepas saya membeli, saya membezakan semula dengan resit Mydin semalam yang saya simpan di kereta untuk saja membandingkan harga... apa yang memeranjatkan lihatlah perbezaan tersebut - Nescafe 3in1, lipton tea, twister, kerana marah sperti tertipu saya beli balik barangan yang sama untuk tatapan semua. saya cadang pengguna lain buat perbandingan harga dahulu sebelum membeli, jangan tertipu macam saya".
Mungkin ada yang dia murah atau ada yang dia mahal. Tapi berhentila beranggapan MYDIN serap kos GST. Memang bukan itupun yang berlaku. Kurang2 memang itu juga yang disahkan oleh Ahmad Maslan. Live di kaca tv kot.

Dan yang meluat juga. Bila ajak berbincang depan2 tentang GST dia lari. Tapi kemain lagi dok kutuk peniaga 'pembangkang'. Sindir pembangkang. Sindir Mahathir, MAZA dan AGUS. Konon tak arif tentang hal GST. Dia punya tak malu siap kata ;

1. Semua pihak yang mengkritik GST perlu belajar dahulu tentang sistem percukaian tersebut sebelum kata dia BODOH. Merujuk pada Mahathir, Prof Agus dan MAZA la tue. Dirinya sendiri dah belajar dan hadam habis bab GST. Pengakuan dia.

2. Pembangkang takut dengan dia sebab bercakap tentang GST. Merujuk pada laporan konon terdapat beberapa pimpinan UMNO menasihati Ahmad Maslan agar berhenti bercakap tentang GST. Aku tak pasti bab beberapa tetapi seorang pimpinan UMNO memang ada buat kenyataan terbuka meminta Ahmad Maslan berhenti sembang bab GST sebab memalukan UMNO. Tapi part dia kata pembangkang takut tue betul2 perasan la dia.

Sebab, bila kita ajak dia berforum supaya ;

- Dia boleh didik kita, Mahathir, MAZA dan AGUS tentang GST, dia tolak.

- Supaya dia boleh buktikan yang pembangkang penipu dalam isu GST, dia taknak.

Kenapa dia berani kutuk kita tapi bila berdepan dengan kita dia taknak. Tapi dia persoalkan orang yang kutuk dia. Dan konon dah maafkan semua. Yang dia kutuk, sindir dan menipu kita nak kira macam mana? Dia dah maafkan dirinya sendiri juga ke?

Sebab tue aku rasa geram sangat. 1 sebab taktau no telefon dan geram sebab tak dapat tembak dia menerusi panggilan. Kalau ada tersiar no telefon memang kena AHMAD MASLAN dengan point2 aku. Aku nak serang dia tentang kad topup dan tindakan dia yang lari dari debat. Kedua sebab dia dengan muka poyo dia slumber je tipu orang. Padahal dia tahu point2 tue point2 yang menipu. Tapi dia tetap ulang-ulang sampai memperbodohkan diri. Ouchhhh. Betul2 aku nak baling batu kat dia. Kalau berkesempatan memang sungguh. Nak kata aku jahat ke biadap ke lantak la. Dah dia sendiri yang rela, aku cuma nak sahut pelawaan aje. Dia ikhlas dibaling aku lagiiiiii ikhlas nak membaling. 

Kbai.

Rabu, 29 April 2015

GST Untuk Penjualan Diesel & RON 95 Bermula Mei 2015.

Yang tersebar menerusi laman sosial ketika ini ;


Dilaporkan oleh portal Autofreaks.com dengan memetik sumber dari forum Lowyat. Kata portal berkenaan pada awalnya ;

1. Bermula Mei 2015, semua penjualan diesel dan ron 95 akan tertakluk dengan GST 6%.

2. Berbeza dengan keputusan awal kerajaan yang pada mulanya memutuskan untuk mengecualikan ron 95 dan diesel dari GST.

3. Surat yang tersebar di atas sebagai rujukan bagi membuktikan dakwaan berkenaan.

Namun selepas beberapa ketika, laman berkenaan mengemaskini maklumat terbaru dengan mengatakan, ya cukai GST memang akan dikenakan ke atas setiap penjualan diesel dan ron 95 tetapi ianya tidak akan dikenakan ke atas pengguna akhir. Sebaliknya cukai berkenaan hanya akan melibatkan transaksi perniagaan di antara syarikat minyak dengan station minyak. Station minyak pula dilarang mengenakan cukai tersebut ke atas pengguna akhir yang bermaksud mereka perlu menyerap GST ke atas setiap penjualan dan pembelian minyak. Larangan berkenaan adalah kerana kerajaan memutuskan pengguna akhir tidak akan dikenakan caj GST setiap kali membeli RON 95 mahupun diesel.

Persoalannya. Sampai bila station minyak akan sudi menyerap kos berkenaan?

Lue fikirlah sendiri ek.

Rosmah, Isteri VIP Yang Menjadi Dalang Disebalik Pengantungan Lee Chong Wei Ramal Netizens.

Hari ini media mendedahkan kandungan keterangan Lee Chong Wei dalam hujah mempertahankan dirinya berkaitan ujian ''Doping'.

Antara laporan tersebut, menyebut ;



Berikutan dari laporan berkenaan, warga maya mula membuat ramalan wanita misteri yang dikatakan membeli dan menyerahkan ubat herba berkenaan kepada Lee Chong Wei ialah Rosmah Mansur. 

Berikut antara komen-komen dari warga maya berkenaan identiti wanita misteri 
berkenaan ;




Lee, dalam satu kenyataan memetik nama wanita tersebut sebagai individu yang membekalkan 'makanan tambahan' tersebut kepadanya sehingga membuatkan dirinya digantung selama 8 bulan oleh BWF.

Keterangan Lee dimuatkan dalam laporan lengkap 12 halaman berkaitan siasatan dan pergantungan Lee Chong Wei selama 8 bulan bermula Oktober 2014. Nama wanita berkenaan tidak didedahkan oleh pihak media meskipun Lee dilaporkan menyebut secara terus terang siapakah wanita VIP yang dimaksudnya ketika diambil keterangan.

Ketika dilaporkan gagal ujian 'Doping' kerana mengambil bahan terlarang, Lee juga mendapat tempias negatif dalam dan luar negara berikutan dikritik sebagai seorang atlet yang tidak bersih. Lee kemudiannya, meminta sokongan orang ramai untuk percaya padanya. Tempoh pengantungan Chong Wei akan berakhir pada 30 April (esok).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...