Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 30 April 2015

Pegawai KPDNKK Sahkan RON 95 Naik Sehingga 20 Sen Bermula 1 Mei 2015 Lapor FMT.


Memetik laporan dari FMT ;
Bermula pada tepat pada jam 12.00 malam, 1 Mei 2015 harga bagi minyak RON 95 dikatakan akan mengalami kenaikkan.
Ketika dihubungi FMT, salah seorang pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) di Ibu Pejabat Putrajaya mengesahkan khabar angin itu.
Ujarnya, harga minyak RON 95 akan mengalami kenaikkan sehingga RM0.20 sen iaitu dari RM 1.95 seliter ke RM 2.15 seliter.
Bagaimanapun bagi harga minyak RON 97 dan diesel, tiada sebarang maklumat diberikan.
“Harga minyak RON 97 mungkin akan kekal kerana minyak tersebut telah dikenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST),” kata pegawai berkenaan.

Sebenarnya. 4 hari lepas aku ada wassap Ahmad Maslan directly dan tanya hal berkaitan kenaikan harga minyak. Ahmad Maslan bukan la seseorang yang sombong di WhatsApp kalau kau mahu tahu. Walaupun kerjanya asyik post gambar je memanjang. 

Dia mungkin takan reply laju2 tapi dia still akan reply pertanyaan kau walaupun lewat sehari dua. Ini dah masuk hari keempat yang mana pertanyaan aku tidak berbalas. Aku agak pelik tetapi buat bodoh je la. Kalau apa yantg dilaporkan oleh FMT ini benar maka aku rasa aku tahu kenapa Ahmad Maslan malas nak reply. Agaknya dah boring kot nak membaca kemarahan aku yang meluap2 jika dia sahkan pula harga RON 95 memang akan naik.

Apa pun kita tunggu malam ini. Kebenarannya. Jika confirm. Esok demo bantah GST dengan demo bengang sebab harga minyak naik oke. Pakej.

Kbai.


Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...