Oleh : MAZA
Berikan Hak Pengguna Jalanraya Lain di Perlis
(Tiada kaitan dengan kes di Johor. Ini nasihat umum. Adapun kebiadaban pihak yang mengganggu orang yang sedang bersolat hendaklah dibantah).
Saya ingin menyeru kepada umat Islam di Perlis khususnya ketika waktu solat agar memberikan hak jalan. Ini terutama semasa solat yang ramai seperti solat Jumaat dan Hariraya.
Demikian juga semasa kuliah yang ramai termasuk kuliah mingguan saya di Masjid Alwi, Kangar. Caranya ialah dengan kita meletakkan kenderaan secara tersusun bagi membolehkan pengguna jalanraya lain turut menggunakan dengan selesa. Terhalang di jalan raya kadang-kala amat menyakitkan.
Hendaklah kita sedar bahawa bagi jalanraya itu haknya yang diajar oleh Islam. Jalanraya bukan sahaja digunakan oleh kita, mereka yang lain juga ada hak menggunakannya dengan cara yang mematuhi peraturan. Mereka mungkin ada urusan kecemasan ataupun bukan muslim yang mahu ke tempat lain ataupun muslim yang tidak terlibat dengan solat berkaitan seperti wanita, musafir dan seumpamanya.
Nabi s.a.w pernah mengingatkan kalangan sahabat baginda agar tidak mengganggu pengguna jalan di zaman baginda:
إياكم والجلوسَ في الطرقاتِ . فقالوا : ما لنا بدٌ ، إنما هي مجالسُنا نتحدثُ فيها . قال : فإذا أبيتم إلا المجالسَ ، فأعطوا الطريقَ حقَّها . قالوا : وما حقُّ الطريقِ ؟ قال : غضُّ البصرِ ، وكفُّ الأذى ، وردُّ السلامِ ، وأمرٌ بالمعروفِ ، ونهيٌ عن المنكرِ
"Jangan kamu duduk di jalan". Mereka menjawab: "Kami terpaksa. Ia majlis kami. Kami berbicara di situ". Sabda Nabi: "Jika kamu enggan melainkan mahu duduk juga hendaklah kamu memberikan hak jalan". Mereka bertanya : "Apakah itu hak jalan?". Jawab Nabi s.a.w: "Tundukkan pandangan (jangan melihat aurat dan keaiban orang), cegah diri sendiri dari menyakiti pihak lain, jawab salam, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Menghalang kenderaan pengguna jalan raya yang lain itu boleh memudaratkan terutama apabila pengguna itu sakit, ataupun mahu ke suatu tempat yang perlu sampai pada masanya seperti airport dan seumpamanya.
Keindahan saf solat dalam masjid sewajarnya memberikan kesan dalam susunan kenderaan di luar masjid. Semoga masjid-masjid kita di Perlis ini khususnya sentiasa teratur dan tidak mengganggu pengguna jalan yang lain.
Gambar Hiasan |