Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Mei 2017

SKMM Keluarkan Panduan Untuk Semua Admin WhatsApp Dan Media Sosial - Troll Juga Salah..

Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia telah mengeluarkan satu panduan rasmi terhadap pengguna media sosial malam tadi. 

Panduan itu memberi tunjuk ajar tentang apa yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan oleh netizens ketika menggunakan media sosial.

"MCMC ingin menasihatkan orang ramai khususnya pengguna aplikasi pesanan untuk sentiasa berhemah dalam penggunaan media sosial demi perlindungan mereka sendiri", katanya dalam satu kenyataan.

Berikut dibawah adalah peringatan untuk pentadbir kumpulan Facebook, Whatsapp, Wechat, Viber, Telegram dan sebagainya;


Antara perkara yang dilarang oleh SKMM ialah menjadi admin yang tidak aktif dan membenarkan perbincangan keluar dari topik. Takut untuk bertegas dengan troll turut termasuk dalam perkara-perkara yang dilarang oleh SKMM

Pengguna media sosial diingatkan agar mematuhi larangan yang telah ditetapkan.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...