Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Khamis, 4 Mei 2017

Baru Umur 3 Tahun Dah Bayar Cukai, Adakah Anak Najib Isytihar Pendapatan Kepada LHDN Juga Soal NGO

Kenyataan Media
LARA 3 TAHUN BAYAR CUKAI, ADAKAH ANAK NAJIB DAN ROSMAH BAYAR CUKAI JUGA?
Saya terbaca satu artikel mengenai anak kepada pasangan selebriti Awal Ashaari dan Scha al-Yahya, Lara Alana (3 tahun) sudah pun didaftarkan namanya sebagai pembayar cukai pendapatan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana menjana pendapatan sendiri.
Saya difahamkan juga adalah menjadi kewajipan untuk kanak-kanak warga Malaysia di bawah 18 tahun seperti Lara perlu mengisytiharkan pendapatan tahunannya kepada LHDN kerana melebihi RM34,000.
Apa yang menjadi persoalan kini ialah mengenai anak Datuk Seri Najib Razak dan Datin Seri Rosmah Mansor, Riza Shahriz Abdul Aziz yang memperolehi kekayaan luar biasa.
Sebelum ini, pada 19 November 2014, portal Sarawak Report mendedahkan Riza Aziz membeli satu unit kondo berharga RM110 juta (USD33.5 juta) di New York dan juga New York Times (NYT) mendedahkan pembelian sebuah rumah di Beverly Hills yang bernilai RM61.5 juta.
Persoalannya, adakah Riza Aziz mempunyai pendapatan sedari kecil juga sepertimana Lara sehingga mampu untuk memiliki kondominium mewah? Adakah Riza Aziz sewaktu kecil juga sudah membayar cukai kepada LHDN? Adakah beliau tergolong dalam kumpulan orang yang sering melanggar peraturan percukaian?
Jika keluarga Najib dan Rosmah merasakan kekayaan luar biasa dan gaya mewahnya adalah hasil jimat-cermat, maka mereka anak beranak mesti jelaskan bagaimana semua kekayaan itu diperolehi.
Saya ingin menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bertindak kerana perkara ini berkaitan keluarga seorang Perdana Menteri, di mana individu yang bertanggungjawab mengurus kekayaan negara.
Akmal Nasir
Pengarah Strategi
Angkatan Muda KEADILAN
Parti KEADILAN Rakyat

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...