Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Jumaat, 5 Mei 2017

Adam Tuntut Rafizi Isytihar Dana Invoke Dan NOW - Rafizi Sahut Cabaran.

Sebelum ini;

TUNTUTAN TERBUKA BUAT YB RAFIZI RAMLI MENGENAI KUTIPAN DANA INVOKE DAN NOW

Saya telah meneliti dan membaca laporan berita oleh Rafizi Ramli hari ini untuk menjawab kritikan saya kepadanya. Walau bagaimanapun, demi kepentingan parti dan orang ramai, saya tidak boleh berdiam diri lagi. 

Saya dan ramai pemimpin parti dan aktivis telah lama bersabar dengan beliau bagi memelihara perpaduan dan reputasi Keadilan. 

Walau bagaimanapun, kepentingan awam perlu diberi keutamaan. Kebimbangan terbesar adalah terhadap kutipan dana secara besar-besaran daripada orang ramai bagi pihak Rafizi NGO Invoke dan NOW.

Ini koleksi wang daripada orang awam secara berterusan. Satu perkara aneh apabila Rafizi telah gagal untuk mendedahkan butiran pengumpulan dana tersebut, walaupun beliau sering menyeru semua pihak, iaitu BN dan pembangkang, untuk mengisytiharkan aset mereka. 

Dalam usaha untuk mengekalkan keyakinan orang ramai terhadap Keadilan dan pembangkang, dan selaras dengan prinsip yang kerap beliau laungkan iaitu prinsip ketelusan, saya menyeru Rafizi Ramli mendedahkan dalam masa 48 jam bermula hari ini: 

i) Jumlah wang yang telah dikumpulkan daripada orang ramai oleh NGO beliau Invoke dan NOW. 

ii) Nyatakan bagaimana wang telah dibayar setakat ini 

iii) Menyatakan nama semua individu yang telah menerima dana yang dikumpul oleh Invoke. 

Sekiranya Rafizi Ramli gagal mematuhi tuntutan ini , saya akan mengambil tindakan sewajarnya. Kerana kita perlu memelihara keyakinan orang ramai terhadap KEADILAN dan Pakatan Harapan. 

Dato' Adam Rosly

-------------
Rafizi kemudiannya menjawab cabaran Adam itu; 
↓↓↓↓↓↓
PENDAPATAN DAN PERBELANJAAN INVOKE SEJAK DITUBUHKAN
Saya menghormati hak Saudara Adam Rosly yang membuat kenyataan menuntut INVOKE (dan juga NOW, atau National Oversight & Whistleblowers) untuk mendedahkan sumber pendapatan dan perbelanjaan. Walaupun saya berpendapat secara politik saya tidak wajar melayan karenah Saudara Adam Rosly yang telah pun direhatkan dari jawatannya di dalam KEADILAN dan sedang disiasat Lembaga Disiplin kerana kesnya, saya juga percaya seorang penjawat awam seperti saya perlu tangkas memberi jawapan dalam semua isu bersabit ketelusan.
Oleh yang demikian, saya sertakan penyata pendapatan dan perbelanjaan bagi INVOKE dan NOW seperti yang ditunjukkan di Lampiran A dan B.
Penyata tersebut perlu dibaca dengan berlatar belakangkan maklumat-maklumat berikut:
1. INVOKE adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Tahun kewangan INVOKE Solutions Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan yang telah diaudit perlu difailkan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut undang-undang. Penyata kewangan INVOKE hanya boleh diaudit selepas 31 Disember 2017 dan selepas itu, orang ramai boleh menyemak kedudukan kewangan INVOKE dari semasa ke semasa mengikut carian di SSM.
2. NOW adalah sebuah syarikat berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan tertakluk kepada Akta Syarikat. Tahun kewangan Oversight and Whistleblowers Sdn Bhd adalah bagi tempoh berakhir 31 Disember 2017. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2015 yang telah diaudit dan difailkan dengan SSM mengikut undang-undang disertakan di dalam Lampiran B. Laporan kewangan bagi tahun kewangan 31 Disember 2016 sedang disediakan dan diaudit.
Lampiran boleh didapati di link: http://bit.ly/DanaINVOKEMalaysia
Dikeluarkan oleh:
RAFIZI RAMLI
Bagi pihak INVOKE

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...