Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 29 April 2020

Derma Qatar USD50j, Ini Jawapan Wan Azizah Kepada Zahid.

Kenyataan Akhbar YB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail pada 29 April 2020

1. Saya terpanggil membuat kenyataan media berikutan gesaan Dato’ Seri Ahmad Zahid Hamidi supaya Pakatan Harapan memberi penjelasan berkaitan komitmen sumbangan USD50 juta oleh Qatar bagi bantuan kepada pelarian Rohingya yang berada di Malaysia.


2. Zahid sebagai Presiden UMNO, sebuah parti yang sekarang ini bersama kerajaan Perikatan Nasional, seharusnya boleh memperolehi segala maklumat berkaitan hal ini hanya dengan berhubung dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

3. Tetapi saya berterima kasih kerana ini memberi saya peluang untuk memaklumkan berkaitan dengan apa yang telah dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan berkaitan inisiatif ini.

4. Perkara penting ialah peruntukan ini tidak pernah disalurkan kepada kerajaan tetapi diberi terus oleh Qatar melalui Qatar Charity (QC) kepada badan-badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat.

5. Yayasan Kebajikan Negara (YKN), sebuah agensi di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, ialah badan penyelaras bagi bantuan tersebut selaras dengan satu keputusan Kabinet pada 5 April 2019.

6. Keputusan Kabinet itu juga melantik Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebagai pengerusi jawatankuasa pemantau bagi program ini dan melapor terus kepada satu jawatankuasa tertinggi yang saya pengerusikan sehingga 23 Februari 2020.

7. Jemaah Menteri telah mengolah struktur pentadbiran sebegini rupa bagi memastikan ketelusan dalam perlaksanaan dan pengendalian program ini sesuai dengan penekanan kerajaan Pakatan Harapan ke atas akauntabiliti, ketelusan, integriti dan tadbir urus yang baik.

8. Apabila Pakatan Harapan mengambilalih Putrajaya pada Mei 2018, kami dimaklumkan akan hasrat Qatar untuk menyalurkan bantuan ini sejak 2016 lagi, dan kami bersyukur dapat menjadikannya satu kenyataan dalam tempoh tidak sampai 18 bulan selepas kami ke Putrajaya.

9. Bantuan kemanusiaan pelarian Rohingya di Malaysia ini menggunakan peruntukan Qatar Fund for Development (QFFD) dalam tiga sektor, iaitu kesihatan, pendidikan dan mandiri kehidupan (“livelihood”).

10. Bagi pelaksanaan sektor kesihatan, satu perjanjian projek telah dimeterai pada 13 September 2019 di antara YKN, QC dan tiga buah NGO yang terlibat dalam sektor ini, iaitu Mercy Malaysia, Persatuan Perubatan Islam Malaysia (IMARET) dan Malaysia Relief Agency (MRA), dengan agensi penyelaras (iaitu YKN) telah melalui proses ketekunan wajar (“due diligence”) yang sewajarnya.

11. Perjanjian ini adalah untuk tempoh setahun sehingga 12 September 2020 dan akan disambung setiap tahun selama tiga tahun, dengan peruntukan tahunan sebanyak USD5 juta atau USD15 juta untuk tiga tahun.

12. Pada ketika berlaku peralihan kuasa di Putrajaya, pelaksanaan sektor pendidikan berada di peringkat penilaian oleh QFFD manakala perbincangan belum bermula bagi sektor mandiri kehidupan.

13. Walaupun Kerajaan Qatar memberi komitmen untuk menyalurkan bantuan ini selama tiga tahun, ia juga memberi iltizam akan kelestarian program ini yang memungkinkan ia disambung selepas tiga tahun mengikut keperluan pada waktu tersebut.

14. Ucapan terima kasih kami ucapkan kepada pimpinan Qatar yang telah memberi kepercayaan kepada kerajaan PH bagi memungkinkan perkara ini tercapai termasuk Duta Qatar ke Malaysia, TYT Tuan Fahad Mohammed Kafoud, serta semua kakitangan kerajaan dan NGO yang terlibat.

15. Pada masa yang sama, kami juga memikirkan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan. Kita juga mesti menjaga kebajikan rakyat Malaysia sendiri yang memerlukan terutama dalam situasi semasa.

16. Bantuan dari Qatar ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan sebahagian daripada beban yang selama ini dipikul pihak kerajaan berkenaan pelarian Rohingya dan dengan itu manfaatnya dapat dialihkan kepada rakyat Malaysia.

17. Saya juga menyeru kerajaan Myanmar supaya mengambil tanggungjawab ke atas eksodus besar-besaran kaum Rohingya. Tanggungjawab ini tidak sepatutnya diserahkan kepada negara-negara lain terutama negara jiran.

Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail
YB Ahli Parlimen Pandan
Mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia

29 April 2020

Selasa, 28 April 2020

Qatar Derma USD50j Bantu Pelarian Masa Zaman PH Kata Zahid.

Zahid Hamidi | 1. Ada beberapa perkongsian di Facebook menuduh saya telah menerima dana dari Qatar Development Fund dan dimasukkan ke akaun persendirian. Tuduhan ini jelas fitnah dan bertujuan mengaibkan saya.

2. Semasa Barisan Nasional menjadi kerajaan, kami telah mengusahakan dana bagi membantu pelarian Rohingya. Qatar berbesar hati memberi penajaan terhadap isu Malaysia ketika itu.


3. Namun kerajaan ketika itu tidak menerima apa dana atau bantuan bagi membantu Rohingya. Sehinggalah tampuk di Putrajaya berubah. Dana sebanyak USD 50 juta diterima ketika Pakatan Harapan menguasai Putrajaya.

4. Mantan Timbalan Presiden Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Azizah dalam Facebook beliau pada 25 November 2018 menulis "Saya mengambil kesempatan untuk menzahirkan ucapan terima kasih kepada beliau atas sumbangan USD50 Juta kerajaan Qatar untuk program bantuan pelarian Rohingya."

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1469020026534602&id=145765332193418

5. Malah Duta Qatar Essa Mohamed juga menyatakan kerajaan Qatar telah mengikrarkan AS$50 juta (RM198.9 juta) bagi membantu masyarakat Rohingya di Malaysia.

https://www.google.com/amp/www.astroawani.com/berita-bisnes/malaysia-qatar-minat-perluas-kerjasama-beberapa-bidang-177435%3famp=1

6. Kenyataan ini dikukuhkan dengan kedatangan Pengerusi Yayasan Qatar bagi Pembangunan Pendidikan, Sains dan Komuniti (QF) dan Pendidikan Yang Penting (EAA), YAM Sheikha Moza Nasser ke Malaysia dan lawatan ke pusat pembelajaran anak pelarian.

"Sheikha Moza visits EAA projects for refugee children in Malaysia"

https://thepeninsulaqatar.com/article/30/04/2019/Sheikha-Moza-visits-EAA-projects-for-refugee-children-in-Malaysia

7. Pakatan Harapan hendaklah beri penjelasan terperinci mengenai dana ini. Bukan sekadar menyalahkan Barisan Nasional.

Isnin, 27 April 2020

Isu Rohingya, Najib Jawab Dakwaan Pembangkang.

Najib Razak | NGO-NGO tertentu serta pemimpin-pemimpin PH masih menekan kerajaan PN untuk terima semua bot pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan kerana mereka adalah mangsa kekejaman dan penindasan.

Pemimpin-pemimpin PH juga mengambil kesempatan itu untuk mengecam kerajaan BN dahulu dan PAS.

Saya percaya mereka tidak faham situasi sebenar. 


Saya tujukan dua soalan asas dan dua soalan tambahan kepada mereka:

Soalan 1: Dari mana bot-bot pelarian ini berasal dan kenapa mereka mahu lari dari situ?

Soalan 2: Kenapa mereka memilih Malaysia sebagai destinasi?

Soalan 3: Jika Malaysia menghantar isyarat bahawa kita akan terima semua bot-bot pelarian, berapakan jumlah bot yang akan datang pada masa hadapan?

Soalan 4: Adakah perhimpunan kerajaan BN bersama PAS pada tahun 2016 untuk membantah penindasan Myanmar ke atas etnik Rohingya ataupun untuk suruh etnik Rohingya untuk lari ke Malaysia beramai-ramai? Dan kenapa kita perlu berhimpun pada tahun 2016.

Mereka mampu jawab tak?

Inilah situasi sebenar.

Situasi pelarian Rohingya sekarang adalah berlainan berbanding dahulu.

Bot-bot pelarian ini bukan berasal dari Myanmar dan ianya bukan kerana pertempuran yang berlaku sekarang.

Bot-bot pelarian pada ketika ini berasal dari kem pelarian Cox Bazar di negara Bangladesh.

"It is believed that most of the Rohingya refugees on board the trawlers had left refugee camps in Bangladesh in an attempt to reach Malaysia, according to HRW."

25 Apr 2020: Rohingya stranded at sea, Bangladesh says not its responsibility
https://www.aljazeera.com/news/2020/04/rohingya-stranded-sea-bangladesh-responsibility-200425082607464.html

Pertempuran bersenjata antara kerajaan Myanmar dengan etnik Rohingya telah berakhir pada tahun 2017 selepas majoriti dari etnik Rohingya telah meninggalkan Myanmar dan ditempatkan di kem pelarian Cox Bazar yang dikendalikan oleh UNHCR.

Dipercayai lebih sejuta dari jumlah 1.3 juta etnik Rohingya sebelum penindasan paling berpanjangan kerajaan Myanmar ke atas Rohingya bermula pada akhir tahun 2014 telah melarikan diri ke Cox Bazar pada tahun 2017.

Dianggarkan bahawa jumlah etnik Rohingya di Myanmar hanya 400,000 orang lagi.

Sejak tahun 2017, Myanmar telah dua kali bersetuju dengan Bangladesh untuk membenarkan Rohingya untuk pulang ke Myanmar.

30 Oct 2018 Bangladesh, Myanmar agree to start repatriation of Rohingya in November
https://www.straitstimes.com/asia/se-asia/bangladesh-myanmar-to-start-returning-rohingya-in-november

22 Aug 2019: Rohingya refugees turn down second Myanmar repatriation effort
https://www.theguardian.com/world/2019/aug/22/rohingya-refugees-turn-down-second-myanmar-repatriation-effort

Namun, hanya segelintir etnik Rohingya yang bersetuju untuk pulang ke negara asal. 

Yang lain tidak bersetuju kerana bimbang keselamatan mereka tidak terjamin dan kerajaan Myanmar mungkin akan mengulangi kekejaman terhadap mereka.

Ada yang langsung tidak mahu pulang ke negara Myanmar dan ingin mencari kehidupan baru di negara-negara yang dianggap lebih maju dan kaya.

Dan ada yang bimbang setelah mendengar khabar angin bahawa kem pelarian di Cox Bazar mungkin akan ditempatkan ke sebuah pulau terpencil di Bangladesh.

Sebab itu, situasi pada masa kini adalah jauh berbeza dengan apa yang berlaku antara tahun 2014 hingga 2017.

Nyawa mereka tidak mengalami ancaman pertermpuran bersenjata seperti dahulu kerana mereka sudahpun ditempatkan di kem-kem pelarian Cox Bazar yang diurus oleh UNHCR.

Sebab itu, cara penyelesaian Rohingya untuk situasi terkini adalah jauh berlainan berbanding dahulu.

Menghantar isyarat bahawa bot-bot pelarian Rohingya yang berasal dari Bangladesh akan diterima tanpa syarat sehingga ramai lagi nyawa Rohingya terjejas dan terkorban semasa perjalanan laut ke Malaysia BUKAN penyelesaian.

Jika masalahnya ialah keadaan di Cox Bazar kurang baik maka Malaysia bersama negara-negara lain dalam dunia boleh menolong 

Jika masalahnya ialah etnik Rohingya bimbang tentang keselamatan mereka tidak terjamin apabila mereka pulang ke Myanmar, maka PBB perlu mencari jalan dengan berunding dengan kerajaan Myanmar.

Jika sebabnya ialah etnik Rohingya tolak untuk pulang ke negara asal kerana mereka mahu mencari kehidupan baru di negara-negara ketiga yang lebih maju maka UNHCR perlu meningkatkan usaha mereka negara-negara tersebut.

(Pada masa yang sama, UNHCR juga perlu menunaikan janji mereka kepada kita untuk menempatkan semula lagi ramai etnik Rohingya yang masih di Malaysia ke negara-negara ketiga)

Tetapi untuk menghantar isyarat bahawa Malaysia akan mengambil lagi ramai bot pelarian pada masa kini atas dasar kemanusiaan seperti ditekan oleh pemimpin-pemimpin PH dan meyebabkan lagi ramai nyawa etnik Rohingya terkorban kerana bot mereka terkaram atau mereka mati kebuluran di atas bot bukan penyelesaian.

Seperti saya kata, jika dibenarkan, ia akan menjadi kelaziman dan semakin ramai yang akan masuk. Kalau 200 nak masuk, sudah tentu ada yang lain menunggu.

Malah, langkah ini adalah jauh dari berperikemanusiaan kerana mereka lebih selamat di Coz Bazar di bawah UNHCR berbanding menaiki bot yang kurang elok secara beramai-ramai.

Pemimpin-pemimpin PH jangan sempit pemikiran dan berpandangan cetek.

Look at the big picture for the best solution. Don't politicize.

Seperti yang saya pernah jelaskan, kerajaan BN dan PAS menganjurkan perhimpunan pada tahun 2016 untuk mendesak kerajaan Myanmar untuk hentikan pertempuran bersenjata dan penindasan ke atas etnik Rohingya yang bermula pada tahun 2014.

Kita juga mendesak OIC dengan PBB untuk mengambil tindakan yang lebih tegas ke atas penindasan itu. Bukan hanya dengan bermodalkan air liur sahaja.

Perhimpunan kita bukan untuk suruh semua Rohingya lari ke negara kita kerana Malaysia sudahpun berhadapan dengan isu pelarian Rohingya sejak tahun 1980an, 

Sebelum saya menjadi PM pada tahun 2009, jumlah pelarian Rohingya di Malaysia sudah pun berpuluh ribu orang.

Pada 16 Mei 2015, saya dah nyatakan pendirian saya

“Kita akan buat berdasarkan budi bicara atas dasar kemanusiaan tapi kita tidak boleh bagi isyarat yang Malaysia terbuka, siapa-siapa hendak masuk, boleh masuk,”

Bermula akhir tahun 2014, semakin banyak bot-bot pelarian dari Myanmar sedang menuju ke Malaysia dan negara kita pula dikecam di dalam dan di luar negara masa itu kerana tidak menerima bot-bot tersebut pada masa itu.

Rakyat Malaysia mudah lupa.

Masa itu, kerajaan BN bertegas untuk tidak ambil lagi ramai bot-bot pelarian Rohingya dan kita dikecam di seluruh dunia termasuk NGO-NGO tempatan dan pemimpin-pemimpin PH.

13 May 2015: Malaysia tells thousands of Rohingya refugees to 'go back to your country'
https://www.theguardian.com/world/2015/may/13/malaysia-tells-thousands-of-rohingya-refugees-to-go-back-to-your-country

15 May 2015: Rohingya Migrants From Myanmar, Shunned by Malaysia, Are Spotted Adrift in Andaman Sea
https://www.nytimes.com/2015/05/15/world/asia/burmese-rohingya-bangladeshi-migrants-andaman-sea.html

Sebab itu parti PAS dengan kerajaan BN dahulu terpaksa membuat perhimpunan besar pada masa itu kerana masalah Rohingya menjadi lebih besar sejak akhir tahun 2014 selepas tentera kerajaan Myanmar memulakan operasi penindasan terhadap Rohingya.

Kita mahu penyelesaian lebih muktamad dan menyeluruh - bukan sekadar menerima pelarian Rohingya setiap kali kerajaan Myanmar memulakan penindasan terbaru kerana Malaysia sudahpun banyak membantu.

Paling kelakar ialah ada pemimpin-pemimpin PH mengecam saya sekarang kononnya kerajaan BN masa saya PM banyak mengambil pelarian Rohingya tetapi masa itu pemimpin-pemimpin PH yang sama ini juga yang dahulu mengecam saya kerana tidak mahu mengambil lagi ramai pelarian Rohingya.

Ahad, 26 April 2020

Tak Sampai 2 Bulan, PN Pun Jual Saham Aset Negara.. - Bekas Pegawai Menteri.

Liyana Marzuki | 1. POSTING PULANG PAKU

Semalam saya cover cerita Khazanah jual saham TNB.

Rupanya, hampir 3 minggu lepas (7 April) EPF juga jual saham dalam salah satu asetnya. Sekarang EPF bukan lagi pemegang saham terbesar dalam Top Glove Corporation Berhad. Syarikat tempatan yang merupakan syarikat sarung tangan paling besar di dunia. 




https://www.theedgemarkets.com/article/epf-exits-top-glove-hartalega-substantial-shareholder

Tup tup lepas jual dan kerajaan hilang pegangan terbesar, semalam Top Glove punya saham naik mendadak. Lagi tinggi dari harga yang EPF jual hari tu. 




https://www.theedgemarkets.com/article/rubber-glove-makers-gain-hartalega-top-glove-and-supermax-scale-alltime-highs-after-mco

Elok-elok EPF boleh buat untung lagi banyak, dijualnya secara pra-matang. Adakah ini strategi jualan aset Kerajaan sekarang?

Walaupun syarikat sarung tangan sekarang punya la strategik. Lagi berharga dari syarikat lain seperti lapangan terbang.

https://www.theedgemarkets.com/article/glovemakers-now-more-valuable-casino-airport-operators

EPF rugi. Kalau pegang lagi mungkin harga akan naik lebih tinggi.

Yang pelik Menteri Ekonomi PN cakap:

“Sekarang bukan masa baik untuk menjual aset negara bagi mendapatkan wang tunai untuk pemulihan ekonomi. 



Pada pandangan peribadi saya, jualan aset bukan perkara baik untuk dilakukan ketika ini kerana harganya, sudah tentu, sangat rendah”

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/24/sekarang-tak-sesuai-jual-aset-negara-kata-mustapa/

Kenapa MOF tak bincang dengan EPU? Jual aset negara yang diratibkan dulu.

Wallahu a’lam.

2. Dua hari berturut-turut saya dedahkan dua jualan saham aset negara. Yang pertama Khazanah jual saham TNB, dan kedua EPF jual saham dalam Top Glove, syarikat sarung tangan getah terbesar di dunia.

Saya sertakan sedikit penjelasan lanjut mengenai Top Glove Berhad disini. Terima kasih saudara Adrian Lim.

Boleh cuba bandingkan dengan IHH Healthcare yang telah digunakan dulu. Untuk rekod, Khazanah dan EPF masih jadi pemegang saham IHH walaupun bukan majoriti.

Kenapa bila IHH dikatakan jual aset negara, bila Top Glove dalil lain yang keluar? 




Yang penting tuan puan kena tahu, jual aset ni sejak dulu dan akan terus berlaku. NR last2 hujung tahun 2019 pun cakap jual aset tak salah walaupun dia yang dok bangkitkan benda ni dari awal.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/apa-salahnya-jual-aset-khazanah-untuk-tambah-pelaburan-kata-najib-219734?amp=1

So kita kena tahu, memang patut jual kalau perlu. Cuma nya yang kita boleh persoal bila jual dengan rugi atau untung sangat kecil. Seharusnya kena pulang modal dan idealnya buat untung besar.

Yang salah, bila benda ni jadi modal politik. Yang terkena rakyat yang tak berapa paham diperbodohkan terus menerus.

Sekarang dah kena pulang paku buah keras, boleh pulak bagi hujah “standard la jual beli aset”.

Mana pergi nya hujah “jual aset negara” yang diratib dulu? - 26 April 2020.

Kenapa KWSP Sanggup Jual Saham Syarikat Top Glove?

Adrian Lim | "KERAJAAN P̶H̶ PN HANYA TAHU JUAL ASET" -Najib Razak

Minggu lalu, KWSP telah menjual sebahagian sahamnya dalam syarikat Top Glove.

Ada tiga perkara korang perlu tahu tentang Top Glove.

1. Top Glove yang dikepalai Tan Sri Lim merupakan syarikat pengeluar sarung tangan getah yang TERBESAR DI DUNIA. Pelanggan utamanya adalah hospital, klinik, kedai makan, kilang dan sebagainya.





Mereka mengeluarkan lebih 70 bilion sarung tangan getah setahun kepada lebih 195 negara (bukan 500 negara, haha) dan bertanggungjawab memenuhi hampir 1/3 sarung permintaan sarung tangan getah seluruh dunia.

Hampir 60% sarung tangan yang dikilangkan oleh Top Glove dijual ke Amerika Syarikat, Amerika Latin dan Eropah, tiga benua yang paling teruk terkesan dengan wabak Covid19 berbanding Asia.

Permintaan yang memuncak ini mencecah jumlah pengeluaran. Top Glove diunjur bakal mempunyai peningkatan keuntungan sebanyak 40%. Dividen serta nilai saham syarikat ini bakal meletup.

2. Hanya setahun setengah sebelum ini pada hujung tahun 2018, pemilikan saham Top Glove oleh Kerajaan Malaysia melalui KWSP dan KWAP telah ditingkatkan.

KWSP di bawah PH telah membeli 2.2 juta saham tambahan Top Glove pada harga sekitar RM11.22 (sekitar RM5.61 selepas saham Top Glove split susulan pengumuman bonus tahun 2018) seunit. Kosnya dalam RM25 juta.

Kini sahamnya berada pada RM7.17 (RM14.34 untuk perbandingan mudah harga zaman PH sebelum split). Nilai pelaburan sudah naik dalam RM3.12 setiap unit. Sudah dapat untung berjuta-juta belum memgambil kira dividen dan bonus yang telah dimanfaatkan negara.

3. Top Glove merupakan antara 30 syarikat terkukuh dan terbesar di Malaysia yang tersenarai dalam FBM KLCI. Top Glove baru sahaja masuk liga 30 syarikat paling top di Malaysia pada tahun 2019. Top Glove adalah sebaris dengan Petronas, Maybank, TNB, Public Bank, Hong Leong, CIMB, RHB, AmBank, Sime Darby, Digi, Maxis, Genting, MAHB. Korang tahu betapa power syarikat-syarikat ini kan? Itulah level Top Glove.

4. Prestasi saham Top Glove sudah terbukti sepanjang dua dekad ini. Diterbitkan dengan harga IPO sebanyak RM2.70 pada tahun 2001, saham Top Glove sudah melonjak sebanyak 11,070% kepada nilai RM298 seunit. Maksudnya jika kamu membeli 10,000 unit saham Top Glove pada harga RM2.70 seunit dengan kos RM27,000 (RM2.70 x 10,000 unit) pada tahun 2001, hari ini kamu sudah jadi jutawan dengan 10,000 saham ini yang bernilai RM2.77 juta. Bayangkan tokey-tokey yang melabur RM270,000 untuk 10,000 unit saham Top Glove pada tahun 2001. Hari ini nilainya sudah cecah RM27.7 juta. Bayangkan pula institusi kewangan yang melabur RM2.7 juta sahaja untuk 100,000 unit saham pada ketika itu. Hari ini saham itu sudah bernilai RM277 juta.

5. Top Glove adalah top 10 syarikat patuh syariah paling menguntungkan antara Jan - Mac 2020. RM4.70 seunit pada awal Jan, melonjak kepada RM6.45 pada 30 Mac (37.2%), kemudian naik lagi kepada RM7.17 (52.6%) pada 25 April. Kalau kamu melabur RM10,000 dalam Top Glove pada awal Jan, hari ini pelaburan tersebut sudah bernilai RM15,600.

6. Top Glove kini berada pada paras paling tinggi dalam sejarah. Paras ini belum pernah dicapai sejak terbitan saham IPO pada tahun 2001. Malah saham ini sudah pasti akan terus naik dan naik sepanjang beberapa bulan. Selagi vaksin Covid19 tidak dijumpa, selagilah permintaan sarung tangan getah akan berada pada paras tertinggi sejarah manusia.

7. Dalam beberapa tahun lagi, Top Glove akan masuk Forbes 500. Maksudnya syarikat ini bukan sahaja di top 20 di Malaysia, tetapi juga top 500 di dunia. Top Glove dalam liga bersama Microsoft, Facebook dan sebagainya.

----

Namun, saham yang sangat power ini minggu lalu Kerajaan Malaysia menjual sudah. Jual kepada entah siapa meskipun nilainya sedang naik dan dividen akan lebih tinggi susulan peningkatan sales. Kerajaan Malaysia tak nak keuntungan ini. Pelik.

Kenapa? Tidak tahu.

Mungkin Kerajaan sudah betul-betul tiada duit, maka lebih rela hanguskan keuntungan masa depan KWSP demi sedikit cash flow sekarang.

Mungkin insider move untuk kayakan individu-individu tidak kelihatan, maka sebahagian saham pegangan KWSP diletak dalam pasaran untuk dikutip individu-individu tersebut agar individu-individu tersebut boleh lah raih keuntungan yang bakal diumum.

Saya tidak tahu.

Semua Pemimpin Politik Yang Bela Rohingya Diserang Netizens.

SOSMED | Ketika ini netizens Malaysia menzahirkan kemarahan yang meluap-luap terhadap Rohingya.

Biar kami ceritakan puncanya;

- Ia bermula dari sistem, pengurusan, polisi dan dasar pelarian, warga asing PATI dan PADI yang cuai dan longgar.

- Kegagalan itu akhirnya membuatkan pihak tertentu mengambil kesempatan bagi mengaut keuntungan.

- Dan impaknya, ia membuatkan rakyat terkesan secara negatif. Ya, rakyat, di lapisan yang paling bawah inilah yang terpaksa berhadapan dengan kegagalan sistem di atas.

Apa yang dihadapi oleh rakyat ialah;

- Mereka terpaksa berjiran dengan golongan ini yang mana sesetengahnya tidak mahu menghormati adab dan budaya tempatan.

- Sesetengahnya telah menguasai kawasan, ini membuatkan masyarakat tempatan berasa tidak seronok. Bagi wanita, mereka berasa tidak selesa, tidak selamat dan ketakutan.

- Ada yang diambil bekerja, buat hal dan mendatangkan pengalaman negatif kepada warga tempatan.

- Ada yang menimbulkan masalah seperti membela haiwan ternakan di kawasan yang kurang sesuai sehingga menyebabkan bau kurang enak dikalangan jiran-jiran.

- Ada yang bekerja di sektor yang tak sepatutnya ada warga asing, seperti PATI dan PADI.

- Terlalu ramai disini, kebanjiran, dengan penempatan yang berselerak.

- Menjadi bargain kepada majikan. Mereka membuli warga asing semahunya. Membayar gaji yang rendah kerana pelarian dan warga asing perlu hidup. 

- Ada yang terlibat dalam perbuatan jenayah (untuk pengetahuan pembaca, apabila orang Malaysia membuat jenayah, sentimen yang dirasai itu tidak sama seperti warga asing yang membuat jenayah. Malaysians beranggapan warga asing seharusnya berkelakuan baik sepenuhnya apabila datang ke Malaysia kerana datang mencari rezeki dan bukannya berbuat jenayah dan kerosakan, sebab itulah kemarahan mereka menjadi dua kali ganda berbanding warga tempatan yang berbuat kerosakan).

- Ada yang terlibat dalam kegiatan pelacuran, dadah, samseng dan ini sememangnya menakutkan. Warga asing dan pelarian menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

- Sesetengahnya pula menjadikan anak-anak kecil untuk mengutip sedekah, sangat kasihan.

Setelah memahami punca dan asas kemarahan, sudah tentulah apabila bercakap mengenai Rohingya, rakyat menjadi marah.

Sebenarnya kalau bercakap mengenai pekerja warga asing tak kiralah samada dari China, Bangladesh, Nepal, Africa, Indonesia, Pilipin (sempadan Sabah), Vietnam, Kemboja, Selatan Thai, dan Rohingya, rakyat Malaysia automatik menjadi sangat emosi, kecewa dan marah meluap-luap. Mereka tak faham sehingga ke hari ini kenapa terlalu ramai warga asing PATI dan PADI, PELARIAN yang bersepah tanpa kawalan, panduan dan bantuan, di Malaysia dan itupun, kerajaan samada yang lama, yang baru sedikit ataupun yang paling terbaru, masih lagi nak membawa masuk warga asing.

Atas sebab itu, kemarahan mereka dirangkumkan dalam isu Rohingya.

Itu adalah suara hati rakyat Malaysia. Kita tak bersetuju dengan fitnah dan kezaliman. Namun kemarahan rakyat ada asasnya.

Nik Abduh menulis mengenai Rohingya di Facebooknya.


Setakat ini sudah ada 7,300 komen. 99% komen termasuklah penyokong BN dan PAS tidak menyokong kenyataan di atas.

Antaranya;


Begitu juga dengan ADUN PAS Jeneri.



Komen-komen di Facebooknya itu juga menunjukkan majoriti tak bersetuju dengan pendapatnya.

Malahan kenyataannya pada tahun 2017 dimainkan semula oleh warganet.



 
Muhammad Sanusi kemudiannya memberikan penjelasan atas kenyataannya pada tahun 2017.

"Suasana pada 2017 dengan hari ini , April 2020 sudah jauh bezanya. 2017 adalah tahun kemuncak genocide junta Myanmar, Ashin Wirathu dan pelampau Rakhine ke atas muslim Rohingya.

Tidak ada sesiapapun yang membuat bantahan terhadap apa-apa cadangan untuk masyarakat antarabangsa membantu mereka.

Menggali kenyataan 2017 yang dibuat dalam konteks dan senario pada masa itu untuk dijustifikasikan dalam senario kebencian meluap-meluap di media sosial hari ini, tentulah dengan maksud dan niat yang buruk.

Saya serahkan leher mereka kepada Allah swt untuk dihakimi,"
tulisnya dalam kenyataan itu.


Anwar yang mengulas mengenai isu ini juga dikritik ramai pihak.




Menurut Anwar, sentimen yang dirasai oleh rakyat Malaysia itu ada asas dan kewajarannya namun tidaklah boleh sampai ke tahap menyokong penindasan dan kezaliman.

Perlu bersama-sama mencari kaedah terbaik bagi menyelesaikan kemelut yang dihadapi dan bukannya menjadi alat politikus.

Namun, seperti pemimpin lain, Anwar juga dipertikaikan. Bukan setakat oleh penyokong PN. Tetapi penyokong PH juga. Mereka tidak mahu mendengar apa sahaja kenyataan dan apa-apa alasan yang membolehkan Rohingya untuk tetap terus berada di Malaysia.

Sudah sampai masanya, untuk pemimpin politik dalam PN dan PH, korang duduk berbincang, mengkaji, dan menyiasat apa sebenarnya yang berlaku dalam sistem negara ini. Kat mana dia lompang sehingga kebanjiran warga asing dan pelarian semacam tiada sekatan langsung.

Dapatkan punca itu, dan kemudiannya kita buat satu polisi untuk memperbaiki apa yang rosak.

Kemasukan warga asing perlu dikawal. Mereka perlu ada had. Yang PATI perlu pulang. Yang PADI perlu dikurangkan.

Yang buat jenayah perlu disekat, selama-lamanya jika ada rekod.

Bagi pelarian, buatlah pengurusan yang bersistematik. Bantu mereka untuk hidup. Dalam satu penempatan. Bagi mereka pendidikan. Supaya mereka bertamadun. Dan seterusnya gunakan ilmu yang dipelajari untuk mendapatkan balik tanahair yang dirampas. 

Dunia, NGOs dan semua yang menuduh Malaysia kejam, perlu didesak hulurkan peruntukan. Mereka perlu bersama-sama negara ini dengan memberikan dana, khidmat serta idea bagi menyelesaikan apa yang berlaku pada Rohingya. 

Jika mereka enggan, maka fahamlah juga kenapa dalam sesetengah situasi negara ini perlu menolak kapal mereka. Yang ada ini pun, gagal diurus, dikawal dan dipandu kerajaan. 

Kena faham, kerana kerajaan menerima mereka dulu tanpa bertanggungjawab sepenuhnya, melepaskan pelarian bagaikan anak ayam, maka lahirlah masalah sebegini. 

Jadi, rakyat ada hak untuk protes (bagaimanapun protes dalam kerangka rasis dan fitnah, tidak disokong sama sekali). Kelas rakyat ini yang hidup bersama-sama warga asing dan pelarian semua. Mereka yang bergaul, berkawan dan bekerja bersama-sama. Bukannya kelas VVIP. Fahamkan itu. - 26 April 2020.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...