Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 26 Mei 2018

Akhirnya Pakatan Harapan Akui Hutang Negara RM686B Kata Najib.

Kenyataan Media Dato’ Sri Najib Razak
25 Mei 2018

Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini 

1. Saya lega bahawa Menteri Kewangan telah menjelaskan dalam kenyataannya semalam bahawa hutang rasmi kerajaan persekutuan kekal pada RM686.8 bilion (50.8% daripada Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK) - bukan 65% atau RM1 trilion seperti yang didakwa sebelum ini.


2. Tahap 50.8% adalah jauh lebih rendah daripada 103.4% yang dicapai semasa pemerintahan pertama Tun Mahathir.

3. Kerajaan sebelumnya sentiasa mematuhi garis panduan laporan hutang awam antarabangsa seperti yang ditakrifkan oleh IMF dan Bank Dunia. Oleh itu, angka 50.8% adalah pengukuran yang diterima secara universal.

4. Kewajiban kontinjen, seperti jaminan, tidak pernah dimasukkan dalam pengukuran rasmi hutang kerajaan, bahkan semasa pemerintahan Tun Mahathir sebelumnya.

5. Kerajaan telah memberi jaminan ini kepada entiti tertentu yang dimilikinya untuk membantu menurunkan kos pembiayaan mereka. Ini biasanya adalah kewajiban jangka panjang yang disokong dengan aset yang menjana pendapatan.

6. Bagi pajakan PPP/PFI, ini adalah perbelanjaan operasi dan bukannya hutang, dan adalah untuk infrastruktur sosial yang sangat diperlukan, termasuk sekolah, balai polis, hospital, universiti, dan lain-lain.

7. Kerajaan BN sebelum ini telah telus dan tidak pernah menyembunyikan angka-angka yang didedahkan oleh menteri kewangan hari ini. Semua angka ini diterbitkan dalam Laporan Perbendaharaan, laporan BNM, laporan Ketua Akauntan, Laporan Ketua Audit Negara setiap tahun tanpa gagal.

8. Penganalisis pasaran, ahli ekonomi dan pelabur sedar bahawa angka-angka ini dapat dikendalikan dan dapat ditangani, satu fakta yang diakui oleh Menteri Kewangan sendiri.

9. Oleh itu, kami tidak menyembunyikan hutang sebanyak RM300 bilion atau memalsukan angka seperti yang didakwa. Semuanya telah dinyatakan dengan jelas selama ini berdasarkan garis panduan yang diterima secara universal.

10. Sekarang memandangkan kebenaran telah didedahkan tentang "hutang nasional RM1 trilion" ini, kami mengucapkan tahniah kepada kerajaan baru kerana dengan tidak perlu telah menakut-nakutkan pasaran yang mana telah menyebabkan berlakunya kejatuhan mendadak dalam bursa saham minggu ini – 14 hari berturut-turut aliran keluar modal asing.

11. Kejatuhan ini menyebabkan kerugian kepada pelabur pasaran saham dan GLIC kita seperti KWSP, KWAP, Khazanah dan Tabung Haji. Saya berharap dan berdoa agar menteri-menteri kerajaan PH akan lebih berhati-hati dalam membuat kenyataan di masa akan datang.

Kecoh, Jamal Lari Dari Kawalan Polis Ketika Ditahan Di Hospital!

Tular laporan polis yang mengatakan pemimpin Gerakan Merah, Datuk Seri Jamal Yunos yang juga Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar melarikan diri dari kawalan pihak polis ketika berada dalam tahanan wad di Hospital KPJ, Ampang Puteri.


Menurut laporan polis yang tular itu, Jamal dikesan melarikan diri kira-kira jam 3 petang, semalam. Perkara itu disahkan oleh peguam Jamal. Polis yang sepatutnya mengawal Jamal dimaklumkan tidak berada di lokasi kejadian dan tidak dapat dipastikan kenapa polis pengiring tidak berada disisi Jamal ketika itu.


"Assalammualaikum tuan

Dato Seri Jamal lari dari tahanan di Hospital Ampang Puteri, Ampang, Selangor.

Apg rpt : 11641/18
Pengadu : Rahasbiah bt Abd Rahman 45thn
Penolong Pendaftar Mahkamah Shah Alam

Pada 25/05/2018 @ 1730hrs pengadu telah sampai di KPJ Ampang Puteri untuk menjamin Jamal b Md Yunus KP. 700804-10-**** untuk kes Mahkamah Majistret Shah Alam BA-83-605-05/2018 dibawah Sek 268kk. Pengadu sampai diward nya dapati Okt tiada disitu hanya peguam dan penjamin sahaja yang ada. Polis pengiring dari Ampang yang sepatutnya menjaga Okt juga tiada. Dimaklumkan oleh peguam Okt bahawa Okt telah tiada sejak jam 1500hrs. Kesnya didengar oleh Majistret pada jam 1045hrs diward yang sama pertuduhan telah dibacakan dan jamunan diberikan sebanyak RM3000/-.

1⃣Rpt dirujuk kepada Bahagian JSJ Insp Vijay.

2⃣Ops tutup telah dilancarkan pada  jam 2012hrs atas arahan KPD Ampang Jaya

Siasatan diteruskan
Terima kasih tuan," tulis kenyataan polis yang tular terutamanya di WhatsApp.

Jamal sebelum ini dilaporkan disiasat dibawah kes memiliki senjata api. Datuk Seri Jamal Yunos selama ini seringkali melakukan provokasi politik yang mencetuskan kebimbangan rakyat Malaysia. 

Datuk Seri Jamal dianggap sebagai samseng kerana suka berbuat huru hara dan kekacauan politik. 

Beberapa kali laporan polis telah dibuat terhadapnya dan kes disiasat namun Jamal tidak pernah didakwa di mahkamah di era Barisan Nasional.

Ramai netizens menyifatkan tindakan Jamal yang melarikan diri dari tahanan polis mungkin kerana beliau kini mulai takut pada undang-undang selepas 'bos besarnya' Barisan Nasional kalah teruk dalam pilihanraya umum ke 14. - 26 Mei 2018.

Jumaat, 25 Mei 2018

Dan Kenapa Saya Sokong Majlis Profesor Negara Dibubarkan - Arif Atan.

Oleh : Arif Atan

Antara kenyataan anggota Majlis Profesor Negara (MPN). Anda boleh nilai wajar atau tidak MPN dibubarkan. 

1. Prof. Datuk Dr. Abdul Halim Sidek (Gambar di bawah) 

"Rakyat yang mengkhianati negara dengan memburukkan nama Malaysia di luar negara seperti membelot dan berkomplot dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) Amerika Syarikat boleh dihukum bunuh di bawah Kanun Keseksaan." - 28 Jun 2017. 

- Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Antarabangsa MPN.

- Pensyarah Undang-Undang Sekolah Perniagaan Universiti Kuala Lumpur (UniKL). 


2. Prof Madya Datuk Dr Ismail Sualman

"Inilah pemimpin (PH) Touch N Go. Mereka datang dan kemudian pergi (cari tempat baharu). Ini menunjukkan mereka tidak berminat menjadi wakil rakyat yang berkhidmat kepada pengundinya. Dia rasa dirinya sudah bagus. Jadi apabila berpindah kerusi, mereka yakin boleh menang. Mereka tiada jiwa untuk berkhidmat." - 25 April 2018.

- Panel Perunding MPN 
- Pensyarah Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

3. Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak

"BN sudah membuat kajian lengkap dan menyeluruh sebelum merangka manifesto kerana apa yang ditampilkan bukan hanya retorik politik, sebaliknya satu perancangan yang mampu untuk dilaksanakan." - 9 April 2018. 

- Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), 
- Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) 

4. Profesor Ulung, Datuk Dr Prof Shamsul Amri Baharuddin

"Sebanyak 70 peratus kandungan manifesto PH '10 Janji 100 Hari' sudah dan sedang dilaksanakan kerajaan pimpinan Barisan Nasional (BN). Persoalannya, sejauh mana '10 Janji 100 Hari' ini boleh dicapai? Dasar yang baik kepada individu atau sektor tertentu tidak semestinya baik untuk negara." - 10 Mac 2018

- Timbalan Pengerusi MPN, 
- Pengerusi MPNPOLL

5. Dr. Mohd. Ainuddin Iskandar Lee Abdullah

"Memang kelihatan angkuh untuk DAP bertanding di kawasan kubu kuat UMNO tetapi ia petanda awal kepada parti lawan dan orang Melayu di negeri itu supaya berhati-hati." - 26 Mac 2018. 

- Penolong Setiausaha Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa MPN

6. Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali

"Berdasarkan situasi semasa juga tidak mustahil BN pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mampu membawa kemenangan dua pertiga kepada BN. Penolakan rakyat terhadap pembangkang terutama pakatan harapan (PH) di bawah pengaruh Tun Dr Mahathir Mohamad cukup jelas selain keupayaan Najib menyediakan pembangunan memenuhi selera rakyat dalam tempoh singkat."

"Hasil soal selidik mendapati BN dijangka memperoleh 55.4 peratus undi pada peringkat Parlimen, manakala pakatan pembangkang membabitkan kerjasama DAP, PKR, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dan Parti Amanah Negara memperoleh 9.2 peratus dan serta sebagai blok ketiga dengan tujuh peratus." - 22 Februari 2018. 

- Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

7. Prof Dr Jamal Othman

"Jika SST yang mahu dilaksanakan kembali oleh PH bertujuan mengurangkan kadar inflasi dan kos sara hidup, maka ia tersalah sasar, malah dengan kadar pematuhan dan kutipan yang rendah akan meningkatkan lagi harga pengguna dan kadar inflasi dengan lebih tinggi." - 10 Mac 2018

- Ahli MPNPOLL

*Menjelang PRU-14 juga, MPN menerbitkan sebuah buku kecil iaitu Dinamika Pembangunan Sabah 2008-2018, yang mengandungi pelbagai maklumat mengenai pembangunan sosioekonomi, pembangunan pendidikan, situasi keselamatan, kesihatan dan sebagainya. Oleh itu, pada 25 April 2018, bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata kajian MPN itu bukti Sabah semakin membangun dalam era kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Soalnya, kenapa MPN tidak berperanan untuk mengajak rakyat berfikir secara sihat dan matang? Mengapa MPN menjelang PRU-14 tidak bercakap jujur dari segi kepakaran masing-masing bukannya ketara mempertahankan kuasa Umno-BN yang terpalit dengan jenayah kleptokrasi?

Jadi, jangan bisinglah kalau Perdana Menteri, Tun Mahathir membubarkan saja MPN.

Rumah Perisik Yang Bertugas Mencari Pengkritik Najib Diserbu Polis.

Oleh : Mstar
Sebuah rumah milik pegawai wanita berpangkat tinggi yang dipercayai ada kaitan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diserbu hujung minggu lalu.
Menurut laporan Malaysia Decides, wanita tersebut merupakan ketua unit pasukan perisik, Pertubuhan Perisikan Luar Malaysia, di bawah Jabatan Perdana Menteri yang dikatakan telah menerima beberapa dokumen penting dua hari sebelum Pilihan Raya Umum (PRU14) baru-baru ini.

Wanita itu dilaporkan sedang bercuti sementara menunggu siasatan ke atas Najib.
Portal berita itu turut melaporkan bahawa polis Bukit Aman turut menyerbu rumahnya di Seri Kembangan.
Mereka juga menyita dua buah bangunan di Putrajaya dan Jalan Bellamy yang dipercayai digunakan untuk menjalankan operasi tersebut.
Bagaimanapun, tiada dokumen ditemui.
Menurut sumber kerajaan yang tidak mahu dikenali memberitahu Malaysia Decides, pasukan itu mendapat pembiayaan besar-besaran dan digunakan untuk mengesan pengkritik kerajaan di dalam dan luar negara.
Pegawai tinggi itu yang mempunyai 300 orang anggota hanya melaporkan kepada Najib sahaja.
"Ia pada dasarnya sebagai agensi pengintip, dan semua aktivitinya untuk menjaga kuasa Najib," lapor portal itu.

Media Sosial Kecoh Dengan Isu DSWA Bawa Family Naik Jet Kerajaan & Ini Respon Nurul Izzah.

Netizens hari ini mengecam tindakan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datin Seri Wan Azizah kerana membawa anak-anaknya menaiki pesawat rasmi kerajaan untuk urusan rasmi di Istana Kelantan.

Pada awalnya netizens dilihat mempertikaikan kelibat Anwar yang turut berada dalam pesawat kerajaan itu namun serangan kini terarah kepada kedua-dua anak Wan Azizah dan Anwar Ibrahim yang turut berad
a dalam pesawat berkenaan malahan siap bergambar dan menyebarkan ia di laman sosial.





Ramai netizens mempertikaikan perkara itu yang dilihat tidak selari dengan aspirasi kerajaan Tun Mahathir yang sedang menjalankan agenda penjimatan peringkat nasional termasuklah memotong gaji menteri sebanyak 10℅ dan membubarkan agensi kerajaan yang bertindih tugas antara satu sama lain.

Tony Pua dan Ong Kian Ming juga berkhidmat di Kementerian Kewangan secara percuma tanpa bayaran gaji bagi membantu memulihkan ekonomi negara namun langkah Wan Azizah itu dilihat mencalarkan imej kerajaan Pakatan Harapan yang sebelum ini seringkali mempertikaikan Najib Razak yang membawa keluarganya menaiki pesawat kerajaan samada untuk urusan rasmi mahupun peribadi.

Pada semalam, Wan Azizah dan sekeluarga telah dijemput untuk menghadap bonda Yang di-Pertuan Agong, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid di Istana Mahkota Kubang Kerian.

Perkara itu dimaklumkan oleh Wan Azizah menerusi beberapa perkongsian gambar termasuklah gambar bersama anak-anaknya di akaun Instagramnya. 


Keluarga Wan Azizah dibawa menggunakan kapal terbang Model Dassault Falcon 900 M37-01, salah sebuah jet dalam inventori Tentera Udara Di-Raja Malaysia (TUDM) yang digunapakai untuk urusan rasmi kerajaan.

Setakat ini tiada pengesahan diberikan samada kapal terbang itu diminta oleh bonda kepada Agung atau diminta oleh Timbalan Perdana Menteri namun kami diberikan maklumat bahawanya Tengku Anis Tengku Abdul Hamid menjemput tidak hanya Wan Azizah malahan keluarganya turut dijemput hadir dalam jemputan rasmi ke Istana Kelantan itu.

Dalam perkembangan berkaitan, ketika diminta untuk memberikan penjelasan di laman Twitter, Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah berkata beliau sedia maklum dengan kritikan tersebut dan menegaskan kerajaan Pakatan Harapan tidak akan meneruskan legasi BN yang sebelum ini disifatkan sebagai boros dan membazir.

Nurul Izzah juga menjelaskan Istana Kelantan menjemput Wan Azizah sekeluarga atas jemputan rasmi. 


"Jemputan rasmi, yang juga menjemput @drwanazizah sekeluarga. Sikap pimpinan lama tidak akan berulang, menggunakan jet untuk bercuti dan keperluan peribadi. Terima kasih atas ingatan, kita sudah tentu tidak boleh kompromi,"
katanya dalam kenyataan itu.

Pihak kami juga diberitahu bahawa Anwar Ibrahim ke Pulau Pinang hari ini menaiki Firefly. - 25 Mei 2018.

GST Sifar Mulai 1 Jun 2018, MYDIN Tukar Tanda Harga.

Oleh : Bernama

Pasar raya Mydin Mohamed Holdings Bhd (Mydin) bersedia untuk menukarkan tanda harga barang apabila Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus, berkuat kuasa mulai 1 Jun depan.

Pengurus Besar Mydin Wilayah Utara, Azmin Saduruddin berkata pihaknya yakin jualan akan meningkat kerana rakyat mempunyai lebihan wang dan berpeluang berbelanja apabila GST sifar peratus.
Beliau berkata sejak GST diperkenalkan pada 2015, hasil jualan di Mydin turun secara mendadak.
"Saya percaya apabila GST pada kadar sifar peratus, kita akan mampu mencatat jualan lebih baik," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa dan penyampaian bantuan kepada anak yatim Parlimen Parit Buntar di Perak, hari ini.
Majlis perasmian disempurnakan Anggota Parlimen Parit Buntar Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa dan 31 anak yatim menerima hamper sebagai persiapan untuk musim perayaan Hari Raya Aidilfitri ini.
Azmin berkata Mydin juga memberi jaminan barangan keperluan di pasar raya besar itu mencukupi menjelang musim perayaan Aidilfitri nanti, dan harga yang ditawarkan di Mydin adalah berpatutan.
Sementara itu, Mujahid dalam ucapannya berkata usaha yang dilakukan Mydin pada hari ini merupakan tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada anak yatim.
  1. Beliau berkata kerajaan Pakatan Harapan akan menunaikan semua janji dalam manifesto bagi memastikan hak dan kebajikan rakyat dipelihara. - 25 Mei 2018.

Khamis, 24 Mei 2018

UMNO Sedih Polis Rampas Wang Juta-Juta Hasil Derma.

Laman web pro UMNO, UMNO ONLINE melaporkan UMNO menyatakan rasa kesal dan dukacita dengan rampasan wang dana politik parti itu oleh pihak polis baru-baru ini, di mana dana tersebut diperolehi melalui sumbangan untuk digunakan dalam kempen pilihanraya umum ke 14 dan bagi pengurusan parti.


Menurut Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO, adalah sesuatu yang amat mendukacitakan apabila baki sumbangan dana kempen dan parti telah dirampas oleh pihak polis semasa ia dalam proses dipindahkan kepada kepimpinan baru UMNO, selepas peletakan jawatan Dato Sri’ Najib Tun Razak sebagai Presiden UMNO dan BN.
 
“Secara umumnya, Presiden UMNO bertanggungjawab untuk mendapatkan sumber dan menguruskan dana untuk UMNO termasuk dana bagi Pilihan Raya Umum. Hal ini termaktub di dalam Perlembagaan parti.
 
“Dana sumbangan kepada parti politik ini diterima oleh semua parti-parti politik d negara ini dan hal ini tidak ada bezanya dengan UMNO di mana mantan Presiden kita iaitu Dato’ Sri Najib Tun Razak telah mendapatkan sumbangan dana untuk kempen sebelum PRU ke-14 dan juga dana untuk menguruskan parti.
 
“Untuk makluman, semasa mantan Presiden Tun Dr. Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai Presiden kita, beliau juga telah menyerahkan RM 1.2 billion kepada parti dan 3 juta ahli,” demikian jelas Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO dalam satu kenyataan Khamis.
 
Laman UMNO Online turut melaporkan Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO berkata, pembiayaan politik adalah satu perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang negara.
 
“Oleh itu, UMNO berusaha untuk memulihkan dana ini dan memohon kepada pihak polis untuk melepaskan dana tersebut dan mengembalikannya kepada parti setelah selesai proses siasatan oleh pihak berkuasa yang terbabit.
 
“UMNO kini sedang dalam proses membina semula parti dan pulangan dana parti ini akan membantu parti untuk mengukuhkan proses pembinaan semula parti yang sedang dijalankan hari ini,” kata Unit Komunikasi Strategi Ibu Pejabat UMNO itu lagi. - 24/5/2018.

Najib Bayar Hutang 1MDB Guna Wang Khazanah Lapor Reuters.

Oleh : Malaysiakini / Reuters
Pentadbiran Datuk Seri Najib Razak menggunakan wang yang diperolehi daripada perjanjian dengan Khazanah Nasional Berhad untuk membayar beberapa liabiliti milik 1MDB, kata dua sumber kepada Reuters.


Khazanah membayar kerajaan RM1.2 bilion pada pertengahan 2017 sebagai pertukaran untuk saham boleh tebus yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan, kata sumber itu sambil menambah bahawa dana itu kemudian digunakan untuk membayar beberapa hutang 1MDB kepada IPIC Abu Dhabi.

1MDB bersetuju untuk membayar RM1.2 bilion kepada IPIC sebagai sebahagian daripada perjanjian penyelesaian yang dicapai pada April 2017 selepas 1MDB memungkiri jaminan bonnya.

Kementerian Kewangan tidak segera bertindak balas terhadap permintaan untuk memberi komen.

Khazanah memberitahu Reuters dalam satu e-mel bahawa kementerian itu melaksanakan haknya pada Ogos 2017 untuk menebus Redeemable Convertible Cumulative Preference Shares yang berjumlah RM1.2 bilion, yang dikeluarkan kepada kementerian pada tahun 2011.

Walau bagaimanapun, ia tidak memberi komen sama ada dana itu digunakan untuk membayar hutang 1MDB.

Kerajaan Najib juga menggunakan kira-kira AS$500 juta yang diperolehi menerusi perjanjian penjualan tanah dengan bank negara untuk membayar beberapa liabiliti 1MDB kepada IPIC, lapor Reuters sebelum ini. - 24 Mei 2018.

Mat Sabu Nafi Cerita Viral Kereta Roti John.

Menteri Pertahanan Malaysia, Muhammad Sabu hari ini menafikan cerita tular yang membabitkan dirinya semalam.


Cerita itu dilaporkan kononnya dipetik dari perbualan Muhammad Sabu dengan salah seorang kakitangan MINDEF.

Perbualan itu mengenai Muhammad Sabu yang mahu ke tempat kerja menaiki Viva namun dinasihati untuk menaiki kenderaan rasmi kerana ia akan memalukan MINDEF jika menteri mereka hanya bergerak menggunakan kenderaan biasa.

Muhammad Sabu yang akhirnya akur dengan protokol itu kemudiannya memanggil kenderaan rasmi sebagai Roti John (kerana saiz kereta itu yang panjang) dan meminta siren dimatikan kerana ianya berbunyi bising.

Bagaimanapun dalam satu respon di Twitter, ketika ditanyakan mengenai kesahihan cerita berkenaan, menteri itu menafikannya.


"Tidak betul," jawab Muhammad Sabu secara ringkas.

Dalam pada itu Muhammad Sabu turut mengingatkan netizens mengenai akaun media sosialnya yang tulen hanya di Muhammad Sabu (Facebook), msabu_official (Instagram) dan @MSabu_Official (Twitter), manakala yang lain adalah palsu dan tidak mewakili dirinya. - 24 Mei 2018.

"Jangan Mengedik Layan Perempuan Di Sosmed," Netizens Tegur Sikap Syed Saddiq.

Selebriti Media Sosial, Amran Fans menegur sikap Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq yang disifatkannya "terlalu melayan perempuan" di sosial media.

Amran Fans berkata demikian dalam satu kenyataan yang ditulisnya di akaun Instagram pada semalam.


"Amran tengok lah kan, Syed Saddiq ni jenis melayan sangat. Pangkat YB, tapi dia macam terbawa-bawa perangai budak umur 25 tahun dia tu.

Maksud Amran, dia ni macam seronok bila ramai perempuan suka dekat dia.

Apa jadah tah kau nak keluar melepak dengan Emma Maebong semua tu. Janganlah kata kau nak jumpa Emma sebab nak bincang pasal halatuju negara. Emma tu bukan tahu apa pun. SPM pun dia tak ambil," tulisnya di Instagram.



Amran juga berkata Syed Saddiq dilihat melayan karenah perempuan yang seksi di Instagram sampaikan sanggup mengucapkan selamat hari jadi kepada mereka dan perempuan yang menerima ucapan itu pula akan mengheboh-hebohkan ia supaya semua pihak mengetahuinya.

"Lepas tu kan Amran tengok kemain lagi kau melayan followers IG kau yang pakai seksi-seksi tu kan. Siap wish birthday dorang lagi tu. Yang perempuan tu pula bila dia dapat je mesej dari kau mula lah mengeletin nak screenshot post dekat IG Story," tulis Amran lagi.

Amran juga menasihati Syed Saddiq untuk tidak tergedik-gedik melayan perempuan sebarangan di media sosial, sesuai dengan statusnya sebagai ahli politik.

"Syed, kau kena ingat kau tu ahli politik. Kau kena jaga imej kau sebagai seorang YB. Kau dah tak boleh dah nak tergedik-gedik DM perempuan yang tak tentu arah macam tu.

Perempuan yang kau layan tu pula semua jenis perempuan-perempuan batak. Perempuan sosial. Perempuan yang boleh diangkut bermodalkan Honda EX5.

Kalau kau tak berubahlah dari sekarang, masih lagi nak berfikir pasal perempuan-perempuan tu alamatnya hanyutlah kau tak lama lagi," katanya lagi.

Di media sosial, kebanyakan netizens menyebelahi pandangan Amran Fans dan mahu Syed Saddiq menerima teguran tersebut secara positif dan memperbaiki dirinya untuk tidak mengedik.




"Paling tak boleh tahan. Meletop masuk, viral pergi. Kerja kat Muar siapa nak buat? Ni orang undi dia sebab anti-Najib. Jangan PRU15 orang Muar anti habis," kata Hazanuts Slay.

"Baru je terpikir benda ni. Awak dikenali sebagai ikon politician, bukan retis.. so be the one... jadi YB yang ada class... kang tak pasal-pasal orang meluat," tulis Ticer Her. 

Sejak memenangi Parlimen Muar pada #PRU14 lalu, nama Syed Saddiq sering dijaja-jaja oleh portal hiburan tempatan, beberapa gadis muncul mengatakan ovari  pecah melihat Syed Saddiq sebagai Ahli Parlimen. - 24 Mei 2018.

Mat Sabu Nak Pergi Kerja Naik VIVA Tetapi Kakitangan Berkata Ia Malukan MINDEF!

Kisah yang sedang tular di laman sosial kini mengenai Menteri Pertahanan yang baru dilantik, Muhammad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu.

Salah seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Faizal Ibrahim berkongsikan cerita bagaimana Mat Sabu merasa segan menaiki kereta mewah, dan diiringi dengan beberapa kakitangan termasuklah escort bersiren.

Oleh : Faizal Ibrahim

Kereta Roti John.

Ada source bagitau rumah abang Mat jauh so driver datang rumah untuk jemput ke office. Dia kata lepas ni, esok boleh tak kalau saya pergi pejabat sendiri? 


Tak payah lah datang ambil. Segan saya dengan escort polis tentera lagi, dengan siren polis lagi. Lagipun saya seorang aje yang naik kereta panjang ni. 

Campur driver jadi 2 orang. Itu pun bukan bukannya boleh berbual. Saya kat belakang driver kat nu nu nu depan..

So tentera pun tanya, YB nak datang ke Mindef naik apa? Abang Mat selamba jawab... ehhh saya bawa lah kereta Viva saya ni, laju Viva ni, sampai Mindef kalau ada urusan kerajaan barulah saya naik kereta kerajaan.

Tentera jawab, mana boleh macam tu YB. Malulah Mindef. Lagipun YB orang penting. Abang Mat jawab, jadi saya kena naik jugalah kereta Roti John ni, tapi jangan ada bunyi siren, bising!.

1MDB Muflis, Kerajaan Tanggung Hutang, Unit Dana RM9.8B Cerita Tipu - Guan Eng.

Kementerian Kewangan hari ini dimaklumkan bahawa bahawa syarikat pelaburan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah muflis dan tidak mampu membayar hutang.


Menterinya, Lim Guan Eng berkata, situasi 1MDB itu didedahkan sendiri oleh Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, Datuk Norazman Ayon dan Datuk Kamal Mohd. Ali ketika memberi penjelasan kepada kementerian hari ini.

Guan Eng berkata, lebih mengejutkan Kamal juga turut memaklumkan pelaburan 1MDB sebanyak RM9.8 bilion sejak dua tahun lalu juga merupakan penipuan.

"Bekas Ketua Pegawai Kewangan 1MDB, Azmi Tahir melalui sepucuk surat pada Mac lalu juga memaklumkan syarikat itu tidak mampu untuk membayar kadar faedah yang matang pada April dan Mei ini.

"Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Arul Kanda pula memaklumkan dia ketika ini sedang bercuti sehingga tamat kontrak pada Jun ini dan mendakwa tidak mengetahui langsung mengenai situasi kewangan syarikat,"
katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas mendapat penjelasan daripada Norazman, Kamal; Arul: Azmi dan bekas Peguam 1MDB, Ivan Chen mengenai kemampuan syarikat pelaburan berkenaan untuk melangsaikan hutang.

Terdahulu semalam, Guan Eng dalam sidang akhbar pertamanya selaku Menteri Kewangan mengarahkan Arul memberi penjelasan mengenai kemampuan 1MDB dalam membayar hutangnya

Guan Eng turut mendedahkan, 1MDB tidak pernah membayar langsung hutang pinjamannya, sebaliknya dibayar oleh Kementerian Kewangan sejak April 2017 yang sudah berjumlah RM6.98 bilion setakat ini. - 23 Mei 2018 / Utusan Online.

Rabu, 23 Mei 2018

Wang Tunai RM500,000 Untuk Misi Gaza & Peruntukan UMNO Baling Menjelang Puasa, Raya Jelas Azeez Rahim.

Oleh : BERNAMA

Datuk Seri Abdul Azeez Rahim berkata sebahagian daripada wang tunai RM500,000 yang dirampas oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam pemeriksaan di kediaman dan pejabatnya semalam adalah untuk digunakan bagi misi ke Gaza, Palestin.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO itu yang mengesahkan 'kunjungan' SPRM ke kediamannya di Baling, Kedah dan Subang, Selangor serta ke pejabatnya di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur berkata wang yang ditemui itu juga sebahagiannya adalah peruntukan bagi perbelanjaan UMNO Bahagian Baling.


"Wang berkenaan adalah untuk perbelanjaan ke Gaza, Palestin yang dirancang diadakan selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 pada 9 Mei lepas.

"Wang yang dirampas di Baling pula adalah milik UMNO Bahagian Baling dan ia sepatutnya diberikan kepada rakyat sempena bulan puasa dan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tidak lama lagi,"
kata Abdul Azeez ketika dihubungi Bernama.

Menurut Abdul Azeez, selain wang tunai, SPRM turut merampas jam serta pelbagai mata wang asing.

"Anggota SPRM bekerja secara profesional dan saya akan beri kerjasama penuh kepada SPRM yang menjalankan siasatan,"
katanya.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai pemeriksaan berkenaan dan rampasan keseluruhan RM500,000 diperoleh dari tiga lokasi yang diperiksa.

Siasatan dibuat mengikut Seksyen 16 Akta SPRM 2009 kerana menerima suapan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud turut mengesahkan pemeriksaan telah dibuat di kediaman Abdul Azeez di Taman Bemban, Kupang dan Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen di Batu 42, Pulai malam tadi.

Bagaimanapun katanya, maklumat lanjut mengenai kes yang disiasat perlu dirujuk kepada SPRM Putrajaya kerana dikendalikan oleh ibu pejabat dan SPRM negeri sekadar membantu. - 23 Mei 2018.

Bela Bapa Sendiri Di Twitter, Seru Hentikan Cacian, Anak Azeez Rahim Diserang Kaw-Kaw..

Anak Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim hari ini mendoakan hidayah buat pihak yang didakwanya menyebarkan fitnah dan mencaci maki bapanya di laman sosial.


"Semoga Allah memberi hidayah dan mengampunkan dosa-dosa mereka yang sedang mula fitnah, caci dan maki ayahanda saya di bulan Ramadan ini...," katanya dalam satu kenyataan di Twitter yang menggunakan nama Azman Azeez.


Menurut Azman lagi, semua pihak sepatutnya menunggu hasil siasatan SPRM dan bukannya menuduh sesuka hati tanpa bukti.

"Biarlah SPRM melaksanakan tugas mereka dgn telus dan amanah dalam membuat penyiasatan. Tak perlulah kita menuduh sesuka hati tanpa bukti," katanya.

Azman turut memetik ayat Alquran yang menyebut larangan mencaci dan menyebarkan fitnah.

Bagaimanapun kenyataan Azman di Twitter itu memakan dirinya apabila netizens mula menyedari beliau adalah anak kepada Datuk Seri Abdul Azeez Rahim.

Kritikan Netizens




Netizens kemudiannya bertindak dengan melakukan 'serangan balas' dengan mempersoalkan Azman mengenai tindakan-tindakan lampau Datuk Seri Abdul Azeez terutamanya isu pengurusan Tabung Haji dan penipuan ijazah. 

Azman bagaimanapun dilihat mendiamkan diri dari serangan balas yang diterimanya itu setakat ini. - 23 Mei 2018.

SPRM Rampas Wang Tunai Lebih RM500k, 20 Jam Tangan Dari Rumah MP Baling Datuk Abdul Azeez.

Dengan kemaskini. 23 Mei @ 2 Petang.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melakukan serbuan ke atas rumah dan pejabat Ahli Parlimen Baling yang juga Pengerusi Tabung Haji (TH), Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim, malam tadi lapor Berita Harian.



Pengarah SPRM Perlis, Mohd Shukor Mahmud, ketika dihubungi hari ini mengesahkan serbuan berkenaan.

"Tindakan oleh SPRM Putrajaya, SPRM Perlis hanya membantu. Saya tidak pasti sama ada Azeez ditahan atau tidak.

"Kes apa beliau disiasat, itu kena rujuk Putrajaya. Kes ini bawah Putrajaya, boleh rujuk Pengarah Kanan (Siasatan),"
katanya.

Sementara itu, menurut sumber, serbuan berkenaan adalah untuk membantu siasatan kes rasuah dan penyalahgunaan kuasa.

"SPRM Putrajaya dengan dibantu SPRM Perlis menyerbu rumah dan pejabat di Baling, malam tadi.

"Difahamkan, kes berkenaan dibawa ke Putrajaya untuk siasatan lanjut,"
katanya. 


Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Lembaga Tabung Haji, Datuk Abdul Azeez Rahim mengesahkan bahawa beberapa anggota Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah datang ke rumahnya semalam lapor Awani.

Kira-kira 10 anggota SPRM telah datang ke rumahnya sebelum memaklumkan kepada beliau untuk melakukan penggeledahan.

Kesemua pegawai SPRM itu hadir sekitar jam 1 petang semalam.

Azeez dipetik sebagai berkata oleh Awani memberitahu, daripada penggeledahan tersebut, pegawai SPRM turut merampas barang kemas milik isterinya serta wang tunai.

Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan jumlah wang tunai yang dirampas oleh SPRM.

Azeez berkata, beliau bersedia untuk memberi kerjasama penuh kepada SPRM jika diperlukan.

“Saya sedia pada bila-bila masa sahaja untuk membantu dan memberi kerjasama kepada SPRM dalam sebarang siasatan.

"Saya tiada apa yang hendak disembunyikan. Sebenarnya saya sudah duga ini akan berlaku memandangkan nama saya memang disebut,"
katanya dalam laporan Awani itu.

Terdahulu, SPRM pada Selasa melancarkan serbuan serentak di lima lokasi berbeza melibatkan kediaman dan juga pejabat Abdul Azeez.

Menurut sumber, serbuan dilakukan di kediaman beliau di Subang, Selangor dan Baling, Kedah.

Selain itu, SPRM turut membuat pemeriksaan di salah sebuah pejabat di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur.

SPRM turut merampas wang tunai hampir RM500,000, lebih 20 jam tangan, dan lebih 20 mata wang asing pelbagai negara antaranya Taka (Bangladesh), Rufiya (Maldives), Riyal (Arab Saudi) dan juga Pound Sterling dengan nilai tukaran sekitar RM1.2 juta.

Difahamkan serbuan yang bermula 12.30 tengah hari itu dilakukan bagi membantu siasatan berhubung lantikan kontraktor melibatkan projek seliaan Tabung Haji.
 - 23 Mei 2018.

Intipati Mesyuarat Kabinet Pertama Selepas #GE14, SPAD Dibubarkan.

Intipati mesyuarat Kabinet yang pertama selepas PRU14.


Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengumumkan beberapa langkah penjimatan dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan hari ini;

- Jemaah menteri setuju gaji asas menteri dipotong 10 peratus.

- Majlis Profesor Negara akan dibubarkan.

- JKKP akan digugurkan kerana didapati ia berunsur politik.

- JASA/NPC/PEMANDU akan dibubarkan.

- Kerajaan tidak bercadang membeli semula Proton.

- SPAD dimansuhkan, bidang kuasa diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan.

Tun Mahathir juga memberitahu harga minyak di pam kekal buat masa ini walaupun harga di peringkat global meningkat.

Mesyuarat juga membincang isu hutang negara yang mencecah RM1 trillion. - 23 Mei 2018.

Mahathir Umum Gaji Menteri Dipotong 10℅.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuat kejutan apabila mengumumkan gaji jemaah menteri akan dipotong sebanyak sepuluh peratus.


Beliau berkata ia bagi menunjukkan keprihatinan kerajaan Pakatan Harapan (HARAPAN) terhadap masalah kewangan kerajaan.


"Jemaah menteri setuju supaya gaji menteri dipotong 10 peratus...(Potongan) ini berdasarkan gaji asas.

"Kita tidak bercadang untuk naikkan gaji menteri," katanya pada sidang media selepas mesyuarat kabinet di Putrajaya pagi tadi.

Ketika zaman Najib, gaji Ahli Parlimen pernah dinaikkan sebanyak 50℅ atas alasan keadaan semasa tidak lagi bersesuaian untuk Ahli Parlimen bergaji lama. 


Bekas Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim juga pernah mengeluarkan kenyataan ada Ahli Parlimen yang terpaksa mengikat perut meskipun bergaji lebih dari RM10,000 sebulan. - 23 Mei 2018.

Ramai Puji Menteri Kesihatan Tak Bersalaman Dengan Kakitangan Wanita..

Oleh : Ahmad Lufti Othman

Ramai puji Dr Dzulkefly Ahmad,  tidak bersalaman dengan kakitangan wanita Kementerian Kesihatan di hari pertama bertugas masuk pejabat sebagai menteri. Ada orang beranggapan ia isu kecil dan terbuka kepada polemik.


Sejak lama saya terfikir sorang-sorang hal ini. Memang ada pihak terutamanya wanita bukan Islam yang tidak faham isu bersentuhan lelaki dan wanita. Mungkin ada yang tersinggung bila huluran tangan mereka tidak disambut.

Pengalaman saya dalam himpunan Bersih, beberapa wanita Tionghua ingin berjabat salam, mungkin tanda penghargaan mereka kepada OKU seperti saya yang turut sama berdemonstrasi. 

Saya membalasnya dengan isyarat tangan dirapatkan ke dada, ganti jabatan salam. Ada yang faham tapi ada juga yang tidak mengerti maksud respons saya itu.

Saya tidak pelik jika ada yang tidak selesa dengan kaedah itu. Seolah2 kita tidak sudi membalas huluran tangan mereka.

Ini kerana belum ada budaya menghormati dan meraikan orang lain, yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, selain bersalam-salaman.
Ya, bukan senang untuk membudayakan hal ini, diserasikan dengan tuntutan syariat.

Kadang-kadang,  dek mengelak dari bersalaman, kita pula terlupa dan teralpa untuk memberi tanda hormat dan meraikan kenalan/tetamu berlainan jantina.

Ini kerana tiada tanda yang seragam, yang telah dibudayakan dan diterima umum bagi menggantikan aksi bersalaman antara lelaki dan wanita. - 22 Mei 2018.

Surat Terbuka Untuk Menteri Tenaga Manusia, Tolong Perkenalkan Sistem Gaji Mingguan.

Oleh : Ali Abu

Gaji mingguan

Den rasa Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran samo portfolio dengan Richard Riot, Menteri Sumber Manusia di era BN. Harap menteri baharu jangan jadi macam Richard Riot la. Makan sumpah saranah kaum pokojo yor.



Mohon M Kulasegaran mereformasi cara pembayaran gaji bulanan ke gaji mingguan. Kerana sistem pembayaran gaji secara bulanan tidak berapa adil kepado para pokojo dan menguntungkan majikan. Bayaran gaji secara mingguan adolah lobih kepado kaum pokojo.

Negara maju banyak melaksanakan kaedah bayaran gaji secara mingguan seperti UK.

Mungkin ado yang tak faham eh apsal nak kono bayar gaji secara mingguan pulak nih? Den bagi penjelasan ringkas. Begini :

Dalam setahun ado 365 hari. Seminggu ado 7 hari. Mako dalam setahun ado berapo minggu?

365 hari bahagi 7 hari = 52 minggu

Mako dalam setahun ado 52 minggu.

Dalam sebulan ado 4 minggu.

Jadi dalam 52 minggu ado berapa bulan?

Mako 52 minggu bahagi 4 minggu = 13 bulan

Jadi seorang pokojo sepatutnya dibayar gaji bulanan sebanyak 13 kali setahun.

Tapi realitinya kau dibayar gaji oleh majikan kau sebanyak 12 kali setahun. Sebulan gaji kau hilang bro. Ini tidak adil!

Bagi sektor kerajaan, yang Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dulu-dulu umum bonus tahunan setiap kali bajet sebenarnya nak bagi gaji bulan ke-13. Tapi bonus tahunan yang diumumkan masih tak menyamai gaji bulanan kau.

Sektor swasta memang payahlah nak dapek gaji bulan ke-13 nih.

Jadi nak mengatasi ketidakadilan ini, bayar gaji secara mingguan akan buek sumo orang hepi.

Atau, kalau kau masih nak teruskan method pembayaran gaji bulanan, mako kau kono tiru kerajaan Itali dalam mengatasi masalah ini.

Itali mewajibkan setiap tahun para majikan membayar gaji bulanan sebanyak 2 kali di bulan Disember kepado para pokojo ey. 

Contoh, gaji kau sebulan sebanyak rm3000, mako setiap bulan kau dibayar gaji rm3000. Tapi gaji kau di bulan Disember dibayar majikan sebanyak rm6000.

Den harap Menteri Tenaga Manusia, M Kulasegaran paham akan tuntutan kami kaum pokojo kek Malaysia nih. Sobab Menteri ini ado background education dalam undang-undang, den harap boleh review balik undang-undang buruh yang digunopakai sekarang. Kebanyakkannya dah lapuk dan perlu diperbaharui mengikut peredaran zaman demi keadilan semuo pihak dan pemegang taruh. Sekian sekadar itu dahulu.

Pendedahan Lengkap Pengalaman Datuk Seri Shukri Abdull Ketika Menyiasat Skandal Derma 2.6b, 1MDB & SRC International.

Pendedahan Lengkap Pengalaman Datuk Seri Shukri Abdull Ketika Menyiasat Skandal Derma 2.6b, 1MDB & SRC International.

  1. Seperti yang pernah dijanjikan kepada pihak media, Ketua Pengarah SPRM yang baru, Datuk Seri Shukri Abdull akhirnya membongkarkan satu persatu tekanan yang dilalui oleh SPRM semata-mata mahu menyiasat pelbagai dakwaan salahlaku ke atas Najib, Perdana Menteri ketika itu.



Dan berikut dibawah adalah pendedahan penuh yang diceritakan oleh Datuk Seri Abdul Shukri Abdull seperti yang dipetik dalam sidang medianya semalam;

1. Sehari (26 Julai 2016) sebelum Gani Patail dipecat sebagai Peguam Negara, Datuk Seri Shukri, Tan Sri Abu Kassim telah berjumpa & berbincang mengenai pendakwaan ke atas Najib. Perjumpaan dilakukan di pejabat Gani Patail pada jam 6 petang.

2. "Are you ready?," soal Gani Patail ketika dalam perjumpaan itu, Datuk Seri Shukri memahami ia sebagai "tindakan mereka itu kelak akan mengundang risiko samada positif atau negatif". Datuk Seri Shukri kemudiannya berkata, "yes, i am ready. I dah ready dengan orang-orang i". Pada rabu (28 Julai 2016), mengikut perancangan, Najib akan didakwa.

3. Secara tiba-tibanya, ketika sedang bermesyuarat di Kuala Lumpur pada selasa 27 Julai, Datuk Seri Shukri dimaklumkan yang Gani berhenti (sebenarnya dipecat) atas alasan mempunyai masalah kesihatan. Perancangan mereka gagal. Datuk Seri Shukri didakwa melakukan konspirasi untuk menjatuhkan kerajaan. Akan ditangkap dan ditahan tak lama lagi, maklumat itu diterima dari kawan-kawannya.

4. Pada 31 Julai 2016, Datuk Seri Shukri berlepas ke Washington. Pada masa yang sama beliau menyebarkan cerita yang beliau akan ke Arab Saudi.


5. Menyebabkan pihak berkuasa Malaysia 'red alertkan' Datuk Seri Shukri di Jeddah, yang mana jika beliau memasuki Jeddah, beliau akan ditangkap.

6. Di Washington, Datuk Seri Shukri diekori, diperhatikan serta diambil gambarnya dan perkara itu disedari oleh pasukan Datuk Shukri di Washington. Pasukan Datuk Seri Shukri berjaya merakamkan bukti (menerusi gambar) yang menunjukkan Datuk Seri Shukri diekori. Gambar itu dihantarkan kepada Datuk Seri Shukri. Datuk Seri Shukri kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada Datuk Azam. Dan meminta Datuk Azam untuk menghantarkannya (bukti bergambar DS Shukri diekori) kepada IGP, supaya IGP dapat mencari orang cerdik sikit untuk mengekorinya kerana sekarang dia yang ikut perisik IGP dan bukan sebaliknya. IGP dalam kenyataan ini merujuk kepada Tan Sri Khalid Abu Bakar, bekas Ketua Polis Negara.

7. Dari Washington, Datuk Seri Shukri lari ke New York menaiki keretapi dan mendapatkan pertolongan dari rakan lamanya yang pernah bertugas di Singapura. Rakannya yang kini berkhidmat di NYPD kemudiannya membantunya mendapatkan tiga pegawai bagi menjaga keselamatan Datuk Seri Shukri.

8. Setelah merasakan keadaan selamat, Datuk Seri Shukri ke Washington semula dan mendapat perkhabaran pegawai-pegawainya ditangkap. Dua pegawai kanannya ditukarkan serta merta. Dato Bahri & Rohaizat. Dato Bahri individu yang bertanggungjawab atas siasatan SRC International.

9. Untuk rekod, Dato Bahri dipanggil bertugas semula oleh Tun Mahathir dan ditempatkan ke jawatan lama beliau iaitu Pengarah Operasi Khas dan memulakan tugasnya pada 22 Mei 2018.

10. Di Washington, Datuk Seri Shukri menangis macam budak-budak. Kerana dirinya rasa bersalah. "Anak buah kena tangkap. Pegawai kena tukar tapi saya lari ke USA," katanya.

11. Datuk Seri Shukri kemudiannya menghantar mesej WhatsApp kepada DS Shahidan Kassim dan Datuk Paul Low. Beliau mengugut kedua-dua menteri itu untuk memulangkan semula pegawai-pegawainya atau beliau akan pulang ke Malaysia dengan kuasa & peguam yang beliau ada, beliau akan porakperandakan perkhidmatan awam.

12. DS Shahidan Kassim & Datuk Paul Low kemudiannya berjanji akan bantu kembalikan semula pegawai-pegawai Datuk Seri Shukri.

"Brader, you jangan buat apa-apa. Saya promise untuk hantar balik pegawai you," - DS Shahidan Kassim.

"Datuk Shukri, you come down, i will do my best to return you punya pegawai balik," - Datuk Paul Low.

13. Datuk Seri Shukri kemudiannya membalas dia tidak mahu mendengar janji terutamanya dari ahli politik. Dia hanya mahukan pegawai-pegawainya dipulangkan secepat yang mungkin sebelum dia pulang semula ke Malaysia.

14. Andai pegawainya tidak dipulangkan segera, Datuk Seri Shukri berkata dia sudah bernekad mahu menangkap sesiapa sahaja yang mengeluarkan surat arahan pertukaran ke atas semua pegawai-pegawainya kerana salahguna kuasa dan menganggu siasatan SPRM. Beliau sedar impak dari tindakan itu akan membuatkan beliau ditahan, ditangkap & dibuang kerja.

15. Hari yang sama beliau pulang ke Malaysia, dan berjumpa dengan KSN (dipercayai Tan Sri Ali Hamsa), KSN memulangkan semula pegawai-pegawainya.

16. Namun ugutan demi ugutan tidak berhenti disitu. SPRM tetap menerima tekanan dan asakan yang mereka harus hentikan siasatan. Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri tidak berputus asa. Mereka berdua berpecah. Datuk Seri Shukri jumpa sebahagian menteri dan Tan Sri Abu Kassim jumpa sebahagian menteri yang lain untuk menyakinkan kes RM2.6B dan RM42b adalah kes yang benar, bukan kes rekaan.

17. "Buang orang ini, buang perasuah ini. Ganti orang lain. Buang DS Najib. Ganti Najib ke ganti Hishammudin ke orang yang ada intergriti untuk jadi PM," rayu Datuk Seri Shukri pada menteri-menteri Malaysia ketika itu.

18. “Dalam banyak-banyak menteri yang kami jumpa, hanya tiga sahaja yang berani bersuara iaitu Tan Sri Muhyiddin Yassin, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Yang lain semua takut nak ambil tindakan,” kata Datuk Seri Shukri Abdull.

19. Datuk Seri Shukri juga memberitahu sekarang ramai menteri-menteri (bekas) yang jatuh telah menelefonnya dan berkata jika mendengar cakap Datuk Seri Shukri dulu, tidak akan jadi macam hari ini (kejatuhan Barisan Nasional).

20. Datuk Seri Shukri kemudiannya membalas kepada menteri-menteri dulu dengan berkata masalah derma rm2.6b dan 1MDB terlalu besar dan tak boleh diselindungkan. Beliau bukannya mahukan jawatan atau minta kedudukan. Ia masalah besar.

21. Usaha untuk menyakinkan menteri bagi menyingkirkan Najib menemui kegagalan. Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri kemudiannya menemui Majlis Raja-Raja sebanyak dua kali dan merayu agar Tuanku melihat kepada masalah yang diperkatakan tapi mereka berdua kemudiannya hampa.

22. Memandangkan Tan Sri Abu Kassim & Datuk Seri Shukri akan bersara tak berapa lama lagi, di masa-masa akhir perkhidmatan mereka berdua bersungguh menyakinkan agar Tan Sri Mustapa dilantik bagi mengantikan jawatan Ketua Pengarah SPRM yang baru.

23. Dua tiga bulan sebelum itu, Datuk Seri Shukri ada mendapat maklumat yang Datuk Dzulkefli dari Pejabat Peguam Negara akan dilantik ke jawatan itu dan sebulan sebelum diserap masuk ke dalam SPRM, Datuk Seri Shukri mendapat tahu yang perkara itu (perlantikan Dzulkefli) adalah sahih dan memandangkan Datuk Seri Shukri enggan bekerja dan berketuakan Datuk Dzulkefli maka beliau meminta untuk berhenti (bersara) awal.

24. Menurut Datuk Seri Shukri, Datuk Dzulkefli ialah seorang pengkhianat dan tak sanggup untuk bekerja dengan orang sepertinya.

25. Seorang DPP sepatutnya membantu SPRM untuk menguatkan kes dengan mencari bukti dan hujah, bukannya bersama perasuah.

26. Semata-mata mahu berhenti awal, Datuk Seri Shukri kemudiannya pergi kursus di UiTM, dengan mengambil kursus Bahasa Arab supaya dapat keluar dari SPRM dengan segera.

27. Sepanjang siasatan, ada seorang Ahli Parlimen dari utara berjumpa dengan Datuk Shukri dan memintanya menghentikan siasatan.

28. "You nak apa?," tanya Ahli Parlimen itu (cubaan merasuah dan mendiamkan DS Shukri).

29. Datuk Seri Shukri kemudiannya menjawab, "Jangan ganggu kerja-kerja penyiasatan SPRM. Biar kami selesaikan dan proceed kes ikut aturan," balasnya.

30. Kali kedua Ahli Parlimen dari utara bertemu dengannya, "Dato tolong Dato, kes ini kita anggap selesai dahla, you nak apa," pujuk Ahli Parlimen dari utara itu yang terkenal dengan amalan "Cash Is King".

31. Namun Datuk Seri Shukri tetap nekad mahu meneruskan siasatan dan memberikan amaran andai Ahli Parlimen itu datang lagi dan menawarkan sesuatu dia akan menangkap Ahli Parlimen itu kerana menggangu kerja-kerja penyiasatan.

32. Datuk Seri Shukri turut memaklumkan kerajaan US dah berjanji untuk pulangkan semula wang rakyat Malaysia namun Datuk Seri Shukri kesal dia & Tan Sri Kassim dituduh sebagai pembelot negara kerana mempertahankan siasatan kes yang membabitkan Najib Razak.

33. Tekanan yang dihadapi oleh Datuk Seri Shukri semasa menyiasat skandal Najib tidak diketahui oleh anak-anak buahnya (kakitangan SPRM) dan ahli keluarga termasuklah anak isterinya kerana bimbang mereka berasa takut.

34. Datuk Seri Shukri turut menjelaskan punca beliau mendiamkan diri selama ini. Walaupun telah diajak oleh Datuk Bahri untuk mendedahkan segalanya yang sanggup ditahan dan tak kisah dikenakan OSA tetapi Datuk Seri Shukri enggan.

35. Ini kerana katanya, jika buka mulut, mereka akan ditahan pada hari itu juga. Selepas dua tiga hari orang akan lupa. Datuk Seri Shukri berkata mereka perlu menggunakan kaedah yang lebih strategik supaya perkara tersebut dapat disampaikan kepada rakyat.

36. Satu tahun Datuk Seri Shukri menggunakan cara group kecil, mesej WhatsApp, dan sampaikan kepada beribu-ribu orang. Asal jumpa orang, beliau bercakap hal ini. Dan Alhamdullilah, rakyat memahaminya.

37. Ketika ditanya tentang siasatan 2.6b, Datuk Seri Shukri mengesahkan berdasarkan siasatan, tiada bukti Putera dari Arab Saudi telah menderma kepada Najib Razak.

38. SPRM diberitahu untuk berjumpa dengan Putera tersebut bagi merekodkan kenyataan dan ketika diminta menunjukkan bukti, Putera Arab Saudi itu gagal memberikan apa-apa dokumen sokongan bagi membenarkan pengakuannya.

39. Datuk Seri Shukri juga berkata, kebiasaannya SPRM akan mencari dan mengenalpasti saksi mereka sendiri tetapi dalam isu rm2.6b, mereka 'ditunjukkan jalan' untuk berjumpa dengan Putera Arab Saudi tersebut. Surat mengenainya turut diberikan kepada SPRM tetapi tiada bukti rekod transaksi mengenai pembayaran ditunjukkan.
Antara Fitnah Bloggers UMNO yang tersebar bagi membenci
SPRM
40. SPRM sebenarnya menerima pelbagai tekanan ketika menyiasat isu derma 2.6b, skandal 1MDB dan SRC International. Ianya amat menakutkan kata Datuk Seri Shukri. Malahan dia hampir mati kerananya.

41. Antaranya, saksi-saksi SPRM yang dilarikan.

42. Adanya saksi SPRM yang dipanggil oleh pihak berkuasa lain (ramai percaya ia merujuk kepada pihak polis) lain mendapatkan cerita apa yang saksi-saksi itu ceritakan kepada SPRM.

43. Datuk Seri Shukri juga diminta untuk bersara awal, bercuti awal, diugut untuk dipecat dan akan dipindahkan ke bahagian latihan.

44. Datuk Seri Shukri diminta oleh Tan Sri Abu Kassim untuk memulakan siasatan ke atas isu SRC International pada Julai 2015. Datuk Shukri bersetuju dan berkata samada PM Najib (ketika itu) akan mengambil tindakan ke atas kita (dipecat/dikeluarkan dari SPRM) atau kita yang akan bertindak.

45. Datuk Seri Shukri juga berkata yang ketuanya Tan Sri Abu Kassim ketika itu mempertahankan dirinya meskipun mereka berdua & SPRM menerima tekanan yang hebat kerana menyiasat dakwaan salahlaku ke atas Najib.

46. "Jika mahu buang (pecat), maka pecatlah kami berdua (Tan Sri Abu Kassim & Datuk Shukri) namun SPRM tidak akan sesekali membuang kes ini (dakwaan salahlaku ke atas Najib)," kata Datuk Seri Shukri yang menceritakan bagaimana SPRM nekad mahu meneruskan dakwaan ke atas Najib.

47. Berkaitan isu pembunuhan Kevin Morais, Datuk Seri Shukri berkata setakat dalam pengetahuannya, mendiang tidak terlibat sama sekali dalam siasatan 1MDB. Mendiang Kevin Morais sebenarnya menguruskan siasatan berkaitan tuntutan palsu rawatan perubatan dalam kes yang membabitkan doktor tentera. 

Dengan penjelasan Datuk Seri Shukri ini, ia telah menjawab banyak perkara yang menjadi tanda tanya kepada masyarakat awam selama ini.

Datuk Seri Shukri juga menegaskan siasatan ke atas Najib akan dilakukan berdasarkan bukti dan jika bukti menunjukkan Najib bersalah, Najib akan didakwa dan Datuk Seri Shukri tidak akan membalas dendam akan tekanan yang diterima selama ini. Datuk Seri Shukri juga berkata Najib harus dihormati kerana walau apapun dia masih bekas Perdana Menteri Malaysia. - 23 Mei 2018.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...