Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 April 2017

BN Agih 4,000 Minyak Masak Percuma Bukti Harga Barang Tidak Turun Selepas GST Dilaksanakan.

1 April 2015 ialah tarikh keramat pelaksanaan GST di Malaysia. Pelaksanaan GST mendapat tentangan rakyat berikutan masalah korupsi yang teruk di negara ini namun kerajaan tetap melaksanakan ia atas alasan pelaksanaannya dapat membantu kerajaan mengutip lebih banyak cukai dan wang-wang itu boleh digunakan untuk kebaikan rakyat.

Ahmad Maslan juga pernah mengatakan dengan pelaksanaan GST harga barang akan turun. Kenyataan itu dipetik ketika Ahmad Maslan sedang diwawancara oleh TV1 dalam tajuk berkaitan pelaksanaan GST.

Namun selepas 2 tahun dilaksanakan, harga barang bukan sahaja tidak turun bahkan kos sara hidup semakin meningkat naik.

Ahmad Maslan nasihat buat dua kerja, masak sendiri berjimat.

Selepas GST dilaksanakan, bagi menjawab kritikan awam kenapa harga barang tidak turun selepas pelaksanaan GST, Ahmad Maslan menasihati orang ramai agar melakukan lebih dari satu kerja. 

Beliau juga melakukan beberapa kerja dalam masa yang sama ujar beliau. Namun cadangan itu dikritik kerana netizens beranggapan buat dua kerja akan menjauhkan hubungan kekeluargaan kerana masa banyak dihabiskan diluar rumah berbanding bersama anak-anak.

Ahmad Maslan juga menasihati mahasiswa agar memasak sendiri makan di universiti daripada membeli di luar bagi langkah jimat-cermat susulan pelaksanaan GST namun sekali lagi cadangan itu dikritik kerana mahasiswa tidak dibenarkan memasak ketika duduk di dorm universiti.

Beberapa kali Ahmad Maslan mencadangkan langkah penjimatan bagi berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup namun kesemuanya dikritik kerana netizens tetap mencabar agar Ahmad Maslan mengakui kesalahannya secara terbuka bahawanya harga barang tidak turun selepas perlaksanaan GST dan beliau harus meminta maaf kerana mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan.


Ingat GST, Ingat Ahmad Maslan

Kenyataan Menteri Sebelum GST
Kenyataan Menteri Selepas
GST
Harga barang akan turun dengan GST
Krikk krik krikk
Hanya orang kaya bayar GST
Krikk krikk krikk
Kerajaan akan gunakan GST untuk bina sekolah
Ibu bapa patut derma untuk selenggara sekolah
GST tidak akan membebankan rakyat miskin
Sila buat dua kerja untuk tambah pendapatan
Keperluan asas tidak akan dikenakan GST
Krikk krikk krikk




4,000 minyak masak percuma selepas GST

Hari ini Pemuda BN Pulau Pinang di 13 kawasan parlimen negeri itu mengagihkan 4,000 botol minyak masak percuma kepada penduduk di kawasan masing-masing.


Pengagihan itu bertujuan untuk membantu meringankan beban kos hidup rakyat terutamanya dari segi keperluan harian. Menurut laporan Bernama, sumbangan diagihkan berikutan program 'Jom Bantu Rakyat' yang digagaskan oleh Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia. (walaupun kita tahu niat mereka adalah untuk kempen politik sempena pru semata-mata)

Terbuktilah harga barang bukan sahaja tidak turun selepas GST bahkan kenaikan kos sara hidup pula meningkat sampai BN kena rangka program Jom Bantu Rakyat. Dan Ahmad Maslan langsung tak bertanggungjawab mahupun rasa bersalah selepas terbukti menyebarkan kenyataan fitnah meskipun dah dua kali kita sambut Hari Raya GST.

Menjawab Tuduhan Zamihan Terhadap Penahanan Aishah Dan Keluarga.

Oleh : Amir Abd Hadi (Penyelaras SUARAM)

Menjawab Kenyataan Yang Tersebar, Berkaitan Penahanan Siti Noor Aishah 

1. Saya bersimpati dengan Malaysiakini - dituduh dengan pelbagai tuduhan kerana sebuah penulisan yang disiarkan pada 29 Mac 2017. Penulisan itu telah ditulis oleh saya sendiri dan disiarkan oleh Malaysiakini. Saya bukanlah wartawan Malaysiakini seperti yang didakwa didalam penulisan balas tersebut. Rujuk ‘link’ ini untuk penulisan tersebut : http://m.malaysiakini.com/news/377449 


2. Saya mengambil tanggungjawab yang penuh atas penulisan tersebut. Saya bersedia memberikan kerjasama penuh - sekiranya perlu diatas penulisan ini. Saya juga agak terkejut, seorang Ustaz yang dirujuk sebagai seorang ‘Pakar’ - membuat tuduhan tanpa usul periksa. 

3. Setiap yang saya tulis itu adalah benar - seperti yang diceritakan Aishah dan keluarga. Dan dialami oleh saya sendiri tanpa sebarang tokok tambah. Namun mungkin ada kekurangan - seperti latar belakang sebelum Siti Noor Aishah ditahan, tidak dinyatakan secara terperinci. 

4. Merujuk kepada tulisan tersebut, didalam Facebook beliau bertarikh 30 Mac 2017, “Bapanya sendiri yg melaporkan kpd pihak PDRM tentang kecenderungan anaknya itu terhadap kumpulan jihad Isis/Daesh apabila mengenali seorang lelaki yang bernama Qaddafi semasa menuntut di UM dahulu.” Rujuk disini: https://www.facebook.com/zamihan/posts/1808491305843267 

5. Ini adalah tuduhan yang berat, yang menjadi bualan orang ramai. Ayah kepada Siti Noor Aishah MENAFIKAN sebarang laporan polis dibuat keatas anaknya. 

6. Keluarga sedang mengkaji ruang untuk mengambil tindakan undang-undang diatas kenyataan tersebut. 

7. Sejujurnya, saya tidak tahu apa yang berada didalam hati Siti Noor Aishah, sama ada beliau punya kecenderungan untuk terlibat dengan kumpulan pengganas, atau tidak. Saya juga dimaklumkan, Siti Noor Aishah, mempunyai hubungan dengan Dr Mahmud, seorang bekas Pensyarah Universiti Malaya, yang didakwa terlibat dengan kumpulan pengganas. 

8. Saya juga dimaklumkan, hubungan Siti Noor Aishah dengan Dr Mahmud, adalah sebagai seorang mahasiswi dan seorang pensyarah. Atas nasihat rakan-rakan, Siti Noor Aishah di syorkan untuk memilih Dr Mahmud sebagai penyelia thesis yang akan dibuat sebagai syarat wajib mendapatkan Ijazah Sarjana di Universiti Malaya dalam bidang Usuluddin (Akidah). Saya tidak tahu jika ada hubungan yang lebih dari itu. Keluarga juga, tidak begitu jelas. 

9. Sama ada Aishah benar-benar terlibat dengan keganasan, saya serahkan kepada mahkamah untuk menentukan. 

10. Namun apa pun latar belakangnya, Siti Noor Aishah dituduh dibawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan, kerana memiliki material yang berkaitan dengan kumpulan pengganas. Dengan pelbagai versi cerita yang tersebar berkenaan Siti Noor Aishah, saya tertanya-tanya mengapa Aishah cuma dituduh dibawah satu seksyen, dan BERKAITAN BUKU-BUKU yang dirampas, bukan atas tuduhan lain. 

11. Bukan menjadi satu kesalahan sekiranya seseorang didakwa lebih dari satu pertuduhan, walaupun ditahan dibawah SOSMA. Namun sehingga hari ini, Cuma ada satu pertuduhan keatas Siti Noor Aishah, iaitu melibatkan 12 buah buku tersebut. 

12. Jika terdapat bukti yang menunjukkan Siti Noor Aishah terlibat dengan kumpulan pengganas, beliau mestilah didakwa di mahkamah. 13. Disini saya sertakan ‘link’ Penghakiman keatas kes Siti Noor Aishah. Penghakiman ini boleh diakses oleh orang ramai. INI PENTING, mohon dibaca. Segala maklumat, termasuk senarai buku yang dirampas, dan ulasan mengapa Aishah dibebaskan, dinyatakan didalamnya. Rujuk: http://kl.kehakiman.gov.my/…/11._Trial_Judgment__SITI_AISHA… 

14. Selain penghakiman ini, Pesuruhjaya Kehakiman juga secara tegas mengarahkan agar Siti Noor Aishah dibebaskan segera. Namun persoalannya mengapa Aishah ditahan semula dibawah POCA pada hari yang sama. Penahanan ini seperti tidak menghormati keputusan penghakiman. 

15. Maka dengan itu, kami mengambil keputusan, untuk mempertahankan Siti Noor Aishah, dan keluarganya. Mempertahankan gadis ini, tidak bermaksud kami menyokong terrorisme. Namun seseorang mestilah dibuktikan bersalah, sebelum dihukum. 

16. Malah Siti Noor Aishah, ditahan semula pada 27 Mac 2017, juga adalah disebabkan BUKU-BUKU tersebut, dan bukanlah pertuduhan yang baru. 

17. Kami juga mendapati, terdapat ruang-ruang untuk akta tahan tanpa bicara, termasuk SOSMA, yang digunakan untuk menahan Khairuddin Abu Hassan(kerana membuat laporan polis di 5 buah Negara berkaitan skandal 1MDB), Matthias Chang (peguam kepada Khairuddin Abu Hassan), serta Maria Chin Abdullah (kerana menganjurkan perhimpunan Berish 5), untuk disalahguna. 

18. Ketika menulis artikel tersebut, saya akui, saya sedikit emosi. Lalu mungkin ada bahasa-bahasa yang keras digunakan. Melihat sendiri bagaimana seorang tua, pemegang kad OKU, dari keluarga susah, bersusah payah berulang menaiki bas, dari Dungun ke Kuala Lumpur, serta berhutang ribuan ringgit, membuatkan saya tidak dapat berfikir lurus. 

19. Malah apabila dimaklumkan ayahnya dimarahi kerana melantik peguam, kami berpendapat perkara ini tidak boleh didiamkan. Ini kerana, kami menerima banyak aduan berkenaan akses tahanan dengan peguam. 

20. Saya juga perlu menjelaskan bahawa, saya tidak menyalahkan polis, atau berniat untuk memburukkan institusi polis. Saya faham kerja dan risiko yang dihadapi polis setiap hari untuk mempertahankan keselamatan Negara, dan rakyat keseluruhannya. 

21. Namun polis juga, sebagai manusia biasa, tidak terlepas dari melakukan kesilapan. Bila itu berlaku, ia berlaku kerana dia seorang manusia biasa, bukan kerana dia seorang polis. 

22. Bezanya dengan kita rakyat biasa, polis punya kuasa yang besar, malah pada satu tahap, ia melibatkan kebebasan satu-satu individu. Mereka punya kuasa yang absah, untuk menggunakan kekerasan, sehingga tahap, boleh mencabut nyawa seseorang individu, bergantung kepada situasi. 

23. Makanya kita percaya, tugas polis (dan semua yang ber-kuasa) ini juga perlu dipantau, dan itulah apa yang SUARAM lakukan. Sebab itu kebiasaannya kita dilihat seperti hanya menyalahkan polis (dan pihak berkuasa). Kerana yang kita PANTAU dan DEDAHKAN adalah salah guna kuasa. Belum ada lagi salah guna kuasa yang baik. 

24. Untuk polis yang baik dan beramanah, biar IGP (Ketua Polis Negara) sahajalah yang serahkan “Anugerah Kecemerlangan”. Kami akan tumpang berbangga dengan mereka. 

25. Kritikan saya terhadap Akta SOSMA, POTA dan POCA, sebagai akta tahan tanpa bicara, akan saya tulis dalam masa terdekat.

Jumaat, 31 Mac 2017

Rosmah Hadir Dalam Pertemuan Dengan Rajnikanth Kata Portal Berita India Tetapi Kenapa Sorokkan Gambar..

Beberapa portal berita yang berpengkalan di India melaporkan Najib dan Rosmah bertemu dengan pelakon veteran terkenal dari India, Rajnikanth. 

Laporan itu sekaligus menafikan kenyataan awal pembantu khas Datin Seri Rosmah Mansur yang menyatakan isteri Perdana Menteri itu tidak berada di kediaman aktor itu semasa Najib berkunjung ke rumahnya.

Laporan Oleh Thehindu
Najib dikatakan berada di kediaman Rajnikanth selepas menerima pelawaan aktor itu untuk 'minum teh' di rumahnya. 

Memetik laporan dari portal thehindu.com, Najib dan Rosmah berada di kediaman Rajnikanth lebih kurang satu jam. Ketika sesi pertemuan itu, keluarga Najib turut ditayangkan dengan beberapa klip dari penggambaran filem Kabali selain berbual santai tentang perkara lain.

Selain dari portal Thehindu, beberapa portal lain seperti unindia.com, thehindubusinessline.com dan indianexpress.com turut melaporkan kehadiran Rosmah pada pertemuan itu. Namun tiada gambar-gambar kelibat Rosmah dikongsikan oleh portal-portal berkenaan.

Bagaimanapun semakan kami mendapati portal indianexpress.com telah mengubah laporan asal dengan membuang petikan yang mengandungi kenyataan kehadiran Rosmah dalam pertemuan tersebut. 

Laporan oleh hindubusiness.com
Link berita itu juga dikesan sedang viral di laman sosial dengan sebaran oleh netizens yang beranggapan Rizal kantoi apabila mengatakan Rosmah tidak berada di majlis berkenaan.

Rizal Mansor sebelum ini berkata Rosmah tidak terlibat atau berada bersama-sama Perdana Menteri dalam kunjungan Najib ke kediaman Rajnikanth.

"Saya boleh mengesahkan bahawanya Rosmah tidak bertemu dengan superstar Rajnikanth. Ia tak pernah berada dalam jadual kunjungan Rosmah ke India ataupun menjadi sebahagian dari lawatan kerjanya". 

"Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat atau campurtangan tentang jadual kerja atau rancangan Perdana Menteri ketika berada di India jauh sekali menyedari wujudnya pertemuan PM dengan Rajnikanth", katanya.

Dalam laporan portal India juga memaklumkan, Rajnikanth menafikan diri beliau dilantik sebagai duta (pelancongan) di Malaysia.

Isi Minyak Kereta Seratus Tak Penuh Dah, Macam Kena Tipu - Fathia Sindir Kerajaan

Jarang sebenarnya golongan artis di Malaysia akan menyuarakan pandangan dalam hal-hal berkaitan politik kerana mereka bimbang andaikata pandangan sedemikian akan menjejaskan pandangan peminat terhadap mereka memandangkan peminat golongan artis ini terdiri daripada pelbagai jenis latar belakang dan mempunyai kecenderungan politik yang berbeza-beza. 

Silap sikit boleh jadi kena ban dengan station tv ataupun diboikot oleh peminat tak pasal-pasal.


Lain pula halnya dengan Fathia Latiff. Pelakon yang pernah mencipta kontroversi dalam isu pramugari MAS ini tampil meluahkan perasaan mengenai kos sara hidup di laman Instagramnya.

Menurut Fathia, suatu ketika dahulu jika mengisi minyak rm100 sudah pasti minyak keretanya penuh setangki namun ianya berbeza pada masakini. Dengan nilai yang sama, tangki keretanya hanya dapat mengisi lebih sedikit dari separuh. Satu perbezaan yang cukup ketara.

"Ok.... dulu..., isi tank minyak kereta rm100 dah penuh . now, isi minyak rm100 dapat lebih skit dari half tank. Kalau i takpa lagi, ni kalau org lain yang kurang berkemampuan? macam mana diorang struggle eh? Please do something kepada sesiapa yang terasa. 

Please do something for the citizen. Takda rasa belas kasihan ke? Tolong jangan cakap nak bantu tapi kelaut. Salam, sincerely, citizen of Malaysia 😡 ", katanya di laman Instagram.

Fathia turut mengakhiri status berkenaan dengan hashtag #prevailingthetruth dan #macamkenatipu yang dipercayai ditujukan kepada pemerintah negara.

Reaksi yang ditunjukkan oleh pengikut Fathia juga rata-ratanya menyokong pandangan pelakon itu. Ada di antaranya turut meluahkan perasaan bahawanya mereka turut terbeban dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi pada masakini.


Namun masih terdapat pihak-pihak yang agak marah dengan Fathia kerana meluahkan pandangan jujurnya itu. Yang dipercayai penyokong parti pemerintah.

"Okay la tu minyak turun sikit jadi rm2.13.. turun 17sen.. harga minyak depend on harga pasaran dunia.. its not about malaysia pengeluar minyak so minyak kena murah.. TIDAK.. salah sama skali.. minyak kita, kita jual.. kita beli minyak negara lain.. so its all about global economy.. apa yang berlaku pada ekonomi dunia akan effect pada negara kita jugak", kata Muhd Irfan Zul yang seakan tidak bersetuju dengan pandangan Fathia.

Doktor Rara pula menulis, "Mak cik merepek apa ni? FYI mak cik subsidi dah banyak dihapuskan apa yang @fatiyalatiff ni cakap 100% betul. Kita kalau selalu mendongak ke langit one day kita akan jatuh ke bawah jugak jangan fikir senang kita je tapi tak fikir orang lain.. by the way mak cik tak tahu issue global actually full stop so jangan merepek dekat sini".

"Barang sentiasa naik harga. Lebih2 lagi minyak. Minyak turun pun bersebab. Sebab election. Pastu turun tu tak kekal, naik lagi lepas abis election", kata Awang Shafiq bagi mempertahankan pandangan Fathia itu.

Najib Tayang Gambar Selfie Dengan Superstar Rajnikanth, Pembantu Kata Rosmah Tiada Dalam Pertemuan..

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak pada hari ini telah berkongsikan dua gambar pertemuan dengan bintang popular dari India, Rajnikanth. Pertemuan tersebut berlangsung di kediaman pelakon terkenal itu kata Najib.

Najib Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansur ketika ini berada di India untuk lawatan kerja selama 6 hari bermula 30 Mac yang lepas.

Najib bertemu Rajnikanth
Najib bertemu Rajnikanth
Sebelum ini portal The Telegraph melaporkan terdapat permintaan peribadi dari pasangan suami isteri itu untuk bertemu dengan Rajnikanth sempena lawatan kerja ke India dan pasangan itu dikatakan sedang menunggu respon balas dari pelakon itu yang dikatakan belum bersetuju untuk berjumpa dengan Najib dan Rosmah. 

Portal itu turut melaporkan Najib dan Rosmah mula meminati pelakon tamil itu ketika beliau berada di Malaysia bagi menyiapkan penggambaran filem Kabali. 


Najib swafoto bersama Rajnikanth
Najib swafoto bersama Rajnikanth
Laporan itu menjadi kontroversi di Malaysia dan Najib menjadi sasaran serangan netizens di media sosial. Susulan dari itu, pembantu khas kepada Rosmah, Rizal Mansur tampil menjawab dakwaan tersebut.

Kata Rizal, Rosmah meminati dan menghormati pelakon ternama itu namun tidak sesekali akan akan membuat permintaan seumpama itu. Tambahan Rizal lagi, pertemuan dengan Rajnikanth juga tidak terdapat dalam jadual kunjungan Rosmah ketika berada di India.

Namun perkongsian dua gambar pertemuan Najib dengan Rajnikanth mula membuatkan pembantu Rosmah itu dikecam kembali. Rata-rata netizens pro pembangkang turut mengejek pembantu itu di ruangan komen.

Dalam respon segera kepada media, Rizal sekali lagi menjawab,"Saya boleh mengesahkan bahawanya Rosmah tidak bertemu dengan superstar Rajnikanth. Ia tak pernah berada dalam jadual kunjungan Rosmah ke India ataupun menjadi sebahagian dari lawatan kerjanya". 

"Datin Seri Rosmah Mansur tidak terlibat atau campurtangan tentang jadual kerja atau rancangan Perdana Menteri ketika berada di India jauh sekali menyedari wujudnya pertemuan PM dengan Rajnikanth", katanya.

"Boleh jadi pertemuan itu adalah berkaitan dengan cadangan menjadikan Mr. Rajnikanth sebagai duta Melaka seperti yang pernah disuarakan oleh Menteri Pelancongan dan Ahli Parlimen bukan BN suatu ketika dahulu.

Disebabkan populariti yang ditempa oleh bintang itu ditambah dengan filem terbarunya yang meletup di Malaysia, Rajnikanth ialah calon sesuai bagi mempromosikan Melaka dan Malaysia terutamanya bagi di kalangan pelancong dari India", katanya lagi seperti yang dipetik dari status Facebooknya.

Gambar : Ihsan Najib Razak Twitter

Dibidas MAZA, Zamihan Bangkit Mempertahankan Tindakan PDRM Menahan Aishah.

Lewat kebelakangan ini kita sering mendengar kisah seorang mahasiswa yang bernama Aishah menjadi mangsa tahanan SOSMA dan POCA di media sosial. 

Siti Noor Aishah yang ditahan pada Mac 2016 dan didakwa dibawah SOSMA dibebaskan pada September 2016 kerana pihak pendakwa gagal membuktikan tuduhan ke atas Aishah. Namun sebaik sahaja bebas dari pendakwaan SOSMA, Aishah ditahan semula di bawah POCA - satu akta untuk memerangi pengganas. Ketika ditahan, Aishah diletakkan ke dalam sel pengasingan selama sebulan dan dibebaskan dengan dua syarat iaitu;

1. Gelang elektronik di kaki (bagi mengesan kedudukan, aktiviti)

2. Menjadi tahanan rumah (tidak dibenarkan keluar ke mana-mana

Meskipun gagal membuktikan pendakwaan pada perbicaraan yang lepas, pihak polis tidak berdiam diri. Mereka membuat semakan semula kes (rayuan) supaya Aishah didakwa semula dibawah SOSMA dan pada 27 Mac 2017 lepas, PDRM berjaya dalam proses rayuannya dan Aishah dibawa ke penjara Kajang untuk ditahan sehingga proses perbicaraan selesai.

Perkara yang menimpa Aishah mendapat simpati umum dan MAZA turut tidak terkecuali dalam memberikan rasa simpatinya kepada gadis itu.

Status MAZA yang menjadi kontroversi

Bagaimanapun, Ustaz Zamihan yang berang kerana dikaitkan dalam status berkenaan bertindak meluahkan emosinya di laman sosial.

"Sebenarnya, semasa Aisyah ditahan di bawah SOSMA saya hanya diminta memberi keterangan saksi pakar dalam kalangan berpuluh2 pakar yang dipanggil Mahkamah dlm perbicaraan berkenaan. Kepakaran kami dinilai dan diperakui oleh agensi keselamatan negara. Cuma Kerajaan tak ambil pakar fitnah dan pakar celupar seperti Mufti Perlis ya", katanya. 
 

Ustaz Zamihan

Tindakan MAZA yang mengkritik PDRM disifatkan Ustaz Zamihan seperti Mat Rempit jalanan.

"Walau apapun keterangan dan bukti dikemukakan, hakim memutuskan untuk membebaskan beliau. Maka selesailah kerja kami yang membantu Kerajaan dalam kes berkenaan. Saya sendiri kehabisan masa lebih sebulan naik turun mahkamah. Isi petrol dan tol dgn duit sendiri. Satu sen pun saya tidak claim wang kerajaan walaupun ia adalah urusan rasmi Kerajaan.
 

Namun, bestnya jadi Mufti Perlis, duduk atas kerusi empuk, guna kemudahan kerajaan secara percuma, buat fatwa kontroversi..menabur fitnah secukup rasa terhadap orang yang tidak sependapat dengan beliau dan menghentam Agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Penjara. Memalukan... standard Dato Dr. Mufti...tetapi perangai seperti budak rempit jalanan", katanya lagi.

Ustaz Zamihan selepas itu kemudiannya membentangkan penjelasan dan sebab-sebab utama Aishah ditahan dan dibicarakan dibawah SOSMA. 

Berikut adalah penjelasan dari beliau.

MENJAWAB FITNAH MALAYSIAKINI & MAZA (Dimana ada MalaysiaKini, disitu ada Maza) MalaysiaKini (MK) 
mendakwa :- 

i) Aisyah orang miskin, keluarganya terbeban dengan isu ini. 

ii) Aisyah seorang pelajar cemerlang. 

iii) Aisyah rajin membaca. 

iv) Aisyah dikenakan penahanan yang zalim. 
 
JAWAPAN 

1) Fahaman terorisme tak mengenal orang kaya atau miskin. Manakala Bahagian Counter Terrorism PDRM Bukit Aman pula bertindak atas alasan keterlibatan seseorang itu dalam keganasan tanpa mengenal siapa. Siasatan dihantar ke pejabat peguam negara dan akhirnya suspek didakwa di mahkamah terbuka. Usah la membuat novel melankolik memancing emosi netizen. Hakikatnya, Ibu Bapanya sendirilah yang khuatir terhadap kecenderungan anak mereka yang terjebak dengan fahaman ekstremism sekian lama. Aishah seorang gadis yang sopan dan pendiam tetapi agak keras kepala. Dia mendakwa dirinya seorang mujahidah. Beliau merasakan terpanggil untuk berjihad di Syria dan ingin mati syahid disana. Beliau pernah menulis di salah sebuah buku miliknya. Baginya inilah peperangan jihad kemuncak akhir zaman. Beliau pernah memberitahu tahanan penjara dengan beliau bahawa beliau tidak kisah peduli walau ditahan 30 tahun sekalipun... dia tetap ingin berjihad di Syria dan mati syahid disana. Walaupun dinasihati ibu bapanya, beliau tetap dengan tekadnya. Bapanya sendiri yang melaporkan kepada pihak PDRM tentang kecenderungan anaknya itu terhadap kumpulan jihad Isis/Daesh apabila mengenali seorang lelaki yang bernama Qaddafi semasa menuntut di UM dahulu. Lelaki itu juga pernah memberitahu bapa Aisyah secara terangan bahawa beliau ingin mengambil Aisyah sebagai isteri by hook or by crook. Namun cara ala koboi begitu tidak disukai oleh ayahnya. Kemudian lelaki tersebut mengugut ayahnya. Lantaran takut ugutan, ayahnya membuat laporan polis. Siasatan polis terhadap lelaki berkenaan jelas menunjukkan beliau ada kaitan dengan kumpulan ISIS pimpinan Dr. Mahmud yang kini melarikan diri ke Selatan Filipina. Ia akhirnya turut membawa penangkapan Aisyah dituduh dan dibicarakan bawah SOSMA. Jelaslah bahawa dalam kes ini Aisyah tidak mudah mendengar dan tidak mentaati nasihat kedua orang tuanya. Beliau boleh dikatakan kurang menyayangi keluarganya. Bahkan lebih mementingkan nasihat dari murshid dan kawan2nya berbanding kedua ibu bapanya. Ayah dan ibu beliau sendiri yang menceritakan hal ini kepada saya. So..apa daya..apa nak dikata? 

2) Menurut UNISZA, Aishah memperolehi diploma dari UNISZA, kemudian beliau menyambung BA di KUIN. Kemudian menyambung MA di UM, tapi tak sempat habis memandangkan tumpuan beralih arah kepada usrah dalaman dan ideologi kumpulannya. Beberapa pensyarah di UM telah dipanggil PDRM dan Mahkamah untuk memberi keterangan. 

3) Jika kita membuat semakan pencapaian akademik, Aisyah bukanlah pelajar cemerlang yang di war-warkan. Ini kerana beliau memperolehi subjek B dan C dalam pencapaiannya. Jika beliau seorang pelajar cemerlang, pastinya banyak A dan dapat point yang tinggi. Ini adalah kerana dia telah tidak fokus terhadap pelajaran sebaliknya berminat nak berjuang di Syria. 

4) Maklumat dari UM mendapati Aisyah luput pencalonan daripada UM pada tahun 2014 lagi kerana beliau tidak mendaftar setiap semester seperti sepatutnya. So beliau bukan di buang. Ada surat peluputan pencalonan dalam fail UM Tahun 2014 direkodkan oleh pihak pentadbiran universiti. Saya sendiri sempat berbincang dengan pegawai UM di Mahkamah. 

5) Ya... memang beliau rajin membaca. Bahkan banyak membaca buku yang mengandungi doktrin pengganas seperti ikhwanul Muslimin, al-Qaeda dan ISIS. Buku2 yang dirampas itu, kebanyakkannya bercirikan ideologi ekstremis ala Wahhabi. So, Tak hairanlah jika Maza begitu teruja mempertahankan pelajar ini. Penahanannya bukan semata-mata kerana membaca bro, tetapi pihak polis mendapati subjek mula bertindak untuk merealisasi ideologi yang didoktrinkan dalam buku2 tersebut. Hal ini amat wajar dipandang serius oleh pihak keselamatan sebelum ia menjadi lebih parah. Takkan nak tunggu seseorang bersikap agresif baru kita mahu bertindak. Sebab itu pihak PDRM hanya menyiasat dan MENAHANNYA serta dibawa ke muka pengadilan. Beliau melalui perbicaraan demi perbicaraan dengan diwakili 2 peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma. Saya sendiri sempat berbual dengan peguam beliau sewaktu di Mahkamah Tinggi KL. Walaupun saya dan beberapa pakar lain tampil membawakan bukti dan hujah...namun Hakim memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan. 

6) Seusai perbicaraan saya balik ke rumah. Selang beberapa hari saya difahamkan bahawa pihak PDRM menahan kembali beliau atas kesalahan POCA. Saya langsung tak tahu menahu hal ini. Mungkin pihak keselamatan mempunyai justifikasi tersendiri atas tindakan berkenaan. Mereka lebih tahu apa yg patut dilakukan. 

7) Bagi saya, penulis artikel dari malaysiakini tidak jujur dan berniat jahat apabila menuduh Aisyah diseksa dan dizalimi tanpa perbicaraan. Sedarlah bahawa semua tahanan SOSMA melalui perbicaraan di mahkamah terbuka. Tiada sesiapapun ditahan tanpa bicara. Dan tiada sebarang seksaan ke atas org tahanan mengikut laporan dan SOP Jabatan Penjara. Sebaliknya tuduhan menyeksa dan menzalimi orang tahanan merupakan mitos ciptaan MAZA dan wartawan malaysiakini sahaja. 

Kesimpulannya, adakah pegawai penyiasat, DPP, saksi pakar Kerajaan, pensyarah dan pentadbir UM, PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia berkomplot melakukan kezaliman pada Nor Aisyah? Tentu tidak sesekali. 

Ia hanyalah prosedur perundangan biasa sahaja yang perlu dilalui mana-mana suspek yang didapati terlibat dengan kegiatan keganasan. Ternyata, kami hanya menjalankan tugas. 

Kalau Malaysia dilabel negara teroris atau diancam keselamatan oleh pengganas, rakyat akan berkata pihak keselamatan tak buat kerja. Apabila pihak keselamatan bertindak, Tok Mufti facebook pula naik meroyan angin satu badan. 

Kalau benar pihak keselamatan zalim dan gemar menahan orang tanpa bicara, nescaya orang yang lebih patut diburu adalah seperti mufti muzabzib ini kerana beliau gemar mencetus dan menyebarkan fitnah. 

PIHAK KESELAMATAN BERTUNGKUS LUMUS MENJAGA KEAMANAN NEGARA SEDANGKAN TOK MUFTI GOYANG KAKI MELAYARI FACEBOOK DENGAN FITNAH SANA SINI. Cukuplah Allah SWT yang menjadi saksi kami di akhirat.

Khamis, 30 Mac 2017

Bila Lebai Nak Sedar Telah Diperbodohkan Penyamun Sindir Peguam DAP Kepada PAS.

Siri Pembohongan Lebai Yang Kena Bohong - Bersepai Lilitan Serban
1) Mula masukkan Usul Persendirian secara bersendiri tanpa maklumkan kepada Jawatankuasa Tertinggi Parti.
2) Jelaskan kepada ahli bahawa usul persendirian untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Semua WAJIB sokong. Tak sokong KAFIR!
3) Terangkan kepada masyarakat awam bahawa usul persendirian untuk memartabatkan Mahkamah Syariah setanding dengan Mahkamah Sivil.
4) Usul persendirian salah kemudian dipinda dan dipinda lagi.
5) Baca usul persendirian kemudian minta tangguh.
6) Pinda usul lagi.
7) TPM panggil semua Ahli Parlimen Melayu Islam maklumkan usul akan dibenarkan dibentangkan dengan pindaan.
8) Baca usul dengan pindaan atas nasihat Kerajaan kemudian tangguh.
10) Adakah Himpunan di Padang Merbok menyambut salam PM
11) TPM maklumkan usul diambil alih oleh Kerajaan. Alhamdulillah Kerajaan ikut cakap kami. Kami redho.
12) Komponen BN beri amaran kepada Umno dan Kerajaan.
13) PM umumkan Dewan Tertinggi BN putuskan kerajaan tidak akan bentang Pindaan Akta 355.
14) Kami dalam mode standy. Allah redho.
*** Mode Hancing ***
* Jika usul persendirian dibentang dan dibahas belum tentu diluluskan.
* Jika diluluskan, Kerajaan akan tubuh Jawatankuasa Khas Parlimen sebelum bawa Bacaan Kedua.
* Bila nak bentang Bacaan Kedua? Ikut suka Kerajaan la...
AKTA 355 dah pinda ka?? 
Bila nak pinda? 
Bila nak laksana Hudud di Kelantan? 
Bila MB Kelantan nak letak jawatan? 
Bila lebai-lebai nak sedar diperbodohkan oleh penyamun?
Tak reti-reti lagi jangan jadi orang!!

Kami Tak Sokong #RUU355 Kerana Tiada Butiran Terperinci Kata MP BN.

Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) tidak dapat menyokong Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang bertujuan untuk memperkasakan mahkamah syariah kerana ia tidak dijelaskan secara terperinci.  

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri berkata rang undang-undang itu sepatutnya diterangkan secara jelas terutamanya sama ada segmen tertentu dalam masyarakat seperti wanita dan kanak-kanak akan menerima kesannya, lapor Mstar.

Gambar Oleh Google
Datuk Seri Nancy Shukri dipetik sebagai berkata, "Jika kita ada sesuatu seperti ini pada masa depan, kita mahu diberikan lebih banyak penjelasan.  

Teliti perkara itu dan pastikan ia akan membantu golongan tertentu. Sebagai orang Islam, saya akan menyokong apa yang baik untuk masyarakat Islam tetapi ia perlu diberi penjelasan yang betul", katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas tentang perkara berkenaan.

Datuk Seri Nancy Shukri
Pada semalam, Datuk Seri Najib Razak berkata kepada media bahawanya BN tidak akan membentang RUU355 di Parlimen dan terserah kepada Speaker untuk membuat keputusan tentangnya.

Tindakan itu akhirnya membuatkan PAS menerima kecaman dan kritikan di laman sosial terutamanya dari penyokong pembangkang. 

PAS dikatakan telah termasuk ke perangkap BN yang bertujuan memecahkan pakatan pembangkang. Nasruddin Tantawi bagaimanapun dalam satu kenyataan di sosial media menafikan tuduhan tersebut sebaliknya mempersoalkan pihak yang mengkritik PAS tidak mempunyai pendirian tetap.

"Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalatkan UMNO. Kemudiannya mereka (kerajaan) tidak jadi mengambilalih. Namun musuh PAS mencetus propaganda kononnya PAS ditipu BN", katanya dalam kenyataan itu.

Untuk rekod, pelaksanaan untuk meminda akta 355 bermula di Kelantan dan wakil bersama kerajaan pusat yang membentuk satu AJK Teknikal bagi mengkaji peruntukan undang-undang sedia ada. 

Kajian yang belum dihabiskan itu kemudiannya dibawa sebagai usul persendirian oleh Ahli Parlimen Marang, Tuan Guru Hadi Awang ke Parlimen dengan bantuan Datuk Seri Azalina Othman, Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Ia dibawakan ke parlimen ketika PAS dan DAP bertengkar hebat isu pelaksanaan hudud di Malaysia seterusnya membawa kepada pembubaran Pakatan Rakyat.

PAS Tidak Ditipu Oleh UMNO Kata Nasrudin Tantawi.

Oleh : Nasrudin bin Hassan 

1. PAS telah membentangkan Rang Undang-Undang Persendirian bagi maksud meminda Akta 355 pada 26 Mei 2016 buat kali yang pertama pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat Parlimen ke 13 dan perbahasannya ditangguhkan ke persidangan berikutnya. 

2. Kali kedua PAS membentangkannya dengan sedikit pindaan terhadap draf asal pada 24 November 2016 di Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke 13. Sekali lagi PAS memilih untuk menangguhkan perbahasan ke persidangan berikutnya bagi memberi ruang secukupnya kepada ahli parlimen membuat kajian terhadap pindaan yang dicadang serta persediaan perbahasan. 

3. Pada 17 March 2017 yang lalu, YAB TPM Dato' Zahid Hamidi mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan Barisan Nasional lah yang akan membentangkan Pindaan Akta 355 di mesyuarat pertama penggal kelima Parlimen ke 13 ini. Sementara PAS tidak pula pernah berunding dan mengumumkan untuk tidak membentangkan pindaan akta tersebut.

PAS Tidak Pernah Mempertikaikan BN Yang Merampas RUU355 Secara Tiba2 Malahan Senyap Di Dewan
4. Ekoran pengisytiharan tersebut, meskipun PAS belum menyatakan sikap rasminya kepada umum, kenyataan YAB TPM itu dilihat sebagai satu option yang boleh diguna pakai bagi mengurus status dan format Pindaan Akta 355 bagi kali ini. 

5. Namun pihak musuh politik PAS segera mencetus propaganda kononnya PAS telah ditipu oleh BN. Setelah sekian lama PAS berusaha membawa Pindaan Akta 355 ke parlimen dan mengorbankan segalanya, maka sepantas kilat BN pula "take over". 

6. Semalam 29 March 2017, YAB Perdana Menteri Dato' Seri Najib Abd Razak pula mengisytiharkan bahawa kerajaan BN tidak akan membentangkan Pindaan Akta 355 tersebut ke parlimen, sebaliknya kekal sebagai Rang Undang-Undang Persendirian. Ertinya ia akan dibentangkan oleh PAS sebagaimana sebelumnya. 

7. Pengisytiharan itu tidak menjejaskan apa-apa bagi pihak PAS. Situasinya adalah "kekal pada format asal". Sememangnya, Ahli Parlimen PAS sejak awal telah diletakkan dalam 'mode standby' bagi menghadapi perbahasan di parlimen. 

Kirim Salam Jelah - TROLL Oleh Malaysian Gags
8. Hanya beza jika kerajaan BN bentang maka ia menjadi Bill Kerajaan yang diutamakan angka gilirannya. Jika PAS yang membentangnya maka ia kekal seperti asal iaitu Rang Undang-Undang Persendirian maka gilirannya ditentukan oleh Yang di Pertua Dewan Rakyat melalui peruntukan peraturan dewan. 

9. Sekali lagi musuh politik PAS pantas mencaras kononnya PAS menjadi mangsa "game" UMNO dan BN. Entahlah, mana satu yang betul ? 

i- Jika PAS bentang, mereka kata PAS diperalat oleh UMNO dan BN, kenapa tidak kerajaan BN sahaja yang membentangnya ke parlimen ? Bukankah UMNO menyokong ?, maka sepatutnya BN yang bentang, bukan PAS. 

ii- Apabila TPM umum kerajaan BN yang akan bentang Pindaan Akta 355, mereka juga "meloncat tidak ketahuan punca" kononnya PAS kena kencing oleh UMNO. Pada mereka, serba tidak kena. 

10. Sikap PAS tidak berubah. Persediaan PAS tidak terjejas. Kedua-dua menjadi option yang boleh dipertimbangkan. PAS sejak awal memperjuangkannya. 

i- Pertengahan jalan pihak kerajaan mahu mengambil alih, pihak PAS tidak bermasalah siapa yang mahu membentangkannya. Apa yang penting Akta 355 mesti dan berjaya dipinda. 

ii- Kemudiannya mereka tidak jadi mengambil alih. Ianya mengembalikan format asal tanpa merosakkan sesuatu. Insyaallah PAS akan meneruskan langkahnya menuju destinasi dengan langkahan bergaya tanpa tempang.

iii- Maka PAS sedia untuk bentang Pindaan Akta 355 dan terus bersedia untuk membentang dan membahaskannya pada bila - bila masa.

Perkasakan Syariat Rakyat Sejahtera
Sekian.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...