Siti Noor Aishah yang ditahan pada Mac 2016 dan didakwa dibawah SOSMA dibebaskan pada September 2016 kerana pihak pendakwa gagal membuktikan tuduhan ke atas Aishah. Namun sebaik sahaja bebas dari pendakwaan SOSMA, Aishah ditahan semula di bawah POCA - satu akta untuk memerangi pengganas. Ketika ditahan, Aishah diletakkan ke dalam sel pengasingan selama sebulan dan dibebaskan dengan dua syarat iaitu;
1. Gelang elektronik di kaki (bagi mengesan kedudukan, aktiviti)
2. Menjadi tahanan rumah (tidak dibenarkan keluar ke mana-mana
Meskipun gagal membuktikan pendakwaan pada perbicaraan yang lepas, pihak polis tidak berdiam diri. Mereka membuat semakan semula kes (rayuan) supaya Aishah didakwa semula dibawah SOSMA dan pada 27 Mac 2017 lepas, PDRM berjaya dalam proses rayuannya dan Aishah dibawa ke penjara Kajang untuk ditahan sehingga proses perbicaraan selesai.
Perkara yang menimpa Aishah mendapat simpati umum dan MAZA turut tidak terkecuali dalam memberikan rasa simpatinya kepada gadis itu.
Status MAZA yang menjadi kontroversi |
Bagaimanapun, Ustaz Zamihan yang berang kerana dikaitkan dalam status berkenaan bertindak meluahkan emosinya di laman sosial.
"Sebenarnya, semasa Aisyah ditahan di bawah SOSMA saya hanya diminta memberi keterangan saksi pakar dalam kalangan berpuluh2 pakar yang dipanggil Mahkamah dlm perbicaraan berkenaan. Kepakaran kami dinilai dan diperakui oleh agensi keselamatan negara. Cuma Kerajaan tak ambil pakar fitnah dan pakar celupar seperti Mufti Perlis ya", katanya.
Ustaz Zamihan |
Tindakan MAZA yang mengkritik PDRM disifatkan Ustaz Zamihan seperti Mat Rempit jalanan.
"Walau apapun keterangan dan bukti dikemukakan, hakim memutuskan untuk membebaskan beliau. Maka selesailah kerja kami yang membantu Kerajaan dalam kes berkenaan. Saya sendiri kehabisan masa lebih sebulan naik turun mahkamah. Isi petrol dan tol dgn duit sendiri. Satu sen pun saya tidak claim wang kerajaan walaupun ia adalah urusan rasmi Kerajaan.
Namun, bestnya jadi Mufti Perlis, duduk atas kerusi empuk, guna kemudahan kerajaan secara percuma, buat fatwa kontroversi..menabur fitnah secukup rasa terhadap orang yang tidak sependapat dengan beliau dan menghentam Agensi kerajaan seperti PDRM dan Jabatan Penjara. Memalukan... standard Dato Dr. Mufti...tetapi perangai seperti budak rempit jalanan", katanya lagi.
Ustaz Zamihan selepas itu kemudiannya membentangkan penjelasan dan sebab-sebab utama Aishah ditahan dan dibicarakan dibawah SOSMA.
Berikut adalah penjelasan dari beliau.
MENJAWAB FITNAH MALAYSIAKINI & MAZA (Dimana ada MalaysiaKini, disitu ada Maza) MalaysiaKini (MK)
mendakwa :-
i) Aisyah orang miskin, keluarganya terbeban dengan isu ini.
ii) Aisyah seorang pelajar cemerlang.
iii) Aisyah rajin membaca.
iv) Aisyah dikenakan penahanan yang zalim.
JAWAPAN
1) Fahaman terorisme tak mengenal orang kaya atau miskin. Manakala Bahagian Counter Terrorism PDRM Bukit Aman pula bertindak atas alasan keterlibatan seseorang itu dalam keganasan tanpa mengenal siapa. Siasatan dihantar ke pejabat peguam negara dan akhirnya suspek didakwa di mahkamah terbuka. Usah la membuat novel melankolik memancing emosi netizen. Hakikatnya, Ibu Bapanya sendirilah yang khuatir terhadap kecenderungan anak mereka yang terjebak dengan fahaman ekstremism sekian lama. Aishah seorang gadis yang sopan dan pendiam tetapi agak keras kepala. Dia mendakwa dirinya seorang mujahidah. Beliau merasakan terpanggil untuk berjihad di Syria dan ingin mati syahid disana. Beliau pernah menulis di salah sebuah buku miliknya. Baginya inilah peperangan jihad kemuncak akhir zaman. Beliau pernah memberitahu tahanan penjara dengan beliau bahawa beliau tidak kisah peduli walau ditahan 30 tahun sekalipun... dia tetap ingin berjihad di Syria dan mati syahid disana. Walaupun dinasihati ibu bapanya, beliau tetap dengan tekadnya. Bapanya sendiri yang melaporkan kepada pihak PDRM tentang kecenderungan anaknya itu terhadap kumpulan jihad Isis/Daesh apabila mengenali seorang lelaki yang bernama Qaddafi semasa menuntut di UM dahulu. Lelaki itu juga pernah memberitahu bapa Aisyah secara terangan bahawa beliau ingin mengambil Aisyah sebagai isteri by hook or by crook. Namun cara ala koboi begitu tidak disukai oleh ayahnya. Kemudian lelaki tersebut mengugut ayahnya. Lantaran takut ugutan, ayahnya membuat laporan polis. Siasatan polis terhadap lelaki berkenaan jelas menunjukkan beliau ada kaitan dengan kumpulan ISIS pimpinan Dr. Mahmud yang kini melarikan diri ke Selatan Filipina. Ia akhirnya turut membawa penangkapan Aisyah dituduh dan dibicarakan bawah SOSMA. Jelaslah bahawa dalam kes ini Aisyah tidak mudah mendengar dan tidak mentaati nasihat kedua orang tuanya. Beliau boleh dikatakan kurang menyayangi keluarganya. Bahkan lebih mementingkan nasihat dari murshid dan kawan2nya berbanding kedua ibu bapanya. Ayah dan ibu beliau sendiri yang menceritakan hal ini kepada saya. So..apa daya..apa nak dikata?
2) Menurut UNISZA, Aishah memperolehi diploma dari UNISZA, kemudian beliau menyambung BA di KUIN. Kemudian menyambung MA di UM, tapi tak sempat habis memandangkan tumpuan beralih arah kepada usrah dalaman dan ideologi kumpulannya. Beberapa pensyarah di UM telah dipanggil PDRM dan Mahkamah untuk memberi keterangan.
3) Jika kita membuat semakan pencapaian akademik, Aisyah bukanlah pelajar cemerlang yang di war-warkan. Ini kerana beliau memperolehi subjek B dan C dalam pencapaiannya. Jika beliau seorang pelajar cemerlang, pastinya banyak A dan dapat point yang tinggi. Ini adalah kerana dia telah tidak fokus terhadap pelajaran sebaliknya berminat nak berjuang di Syria.
4) Maklumat dari UM mendapati Aisyah luput pencalonan daripada UM pada tahun 2014 lagi kerana beliau tidak mendaftar setiap semester seperti sepatutnya. So beliau bukan di buang. Ada surat peluputan pencalonan dalam fail UM Tahun 2014 direkodkan oleh pihak pentadbiran universiti. Saya sendiri sempat berbincang dengan pegawai UM di Mahkamah.
5) Ya... memang beliau rajin membaca. Bahkan banyak membaca buku yang mengandungi doktrin pengganas seperti ikhwanul Muslimin, al-Qaeda dan ISIS. Buku2 yang dirampas itu, kebanyakkannya bercirikan ideologi ekstremis ala Wahhabi. So, Tak hairanlah jika Maza begitu teruja mempertahankan pelajar ini. Penahanannya bukan semata-mata kerana membaca bro, tetapi pihak polis mendapati subjek mula bertindak untuk merealisasi ideologi yang didoktrinkan dalam buku2 tersebut. Hal ini amat wajar dipandang serius oleh pihak keselamatan sebelum ia menjadi lebih parah. Takkan nak tunggu seseorang bersikap agresif baru kita mahu bertindak. Sebab itu pihak PDRM hanya menyiasat dan MENAHANNYA serta dibawa ke muka pengadilan. Beliau melalui perbicaraan demi perbicaraan dengan diwakili 2 peguam yang menawarkan khidmat guaman percuma. Saya sendiri sempat berbual dengan peguam beliau sewaktu di Mahkamah Tinggi KL. Walaupun saya dan beberapa pakar lain tampil membawakan bukti dan hujah...namun Hakim memutuskan beliau tidak bersalah dan dibebaskan.
6) Seusai perbicaraan saya balik ke rumah. Selang beberapa hari saya difahamkan bahawa pihak PDRM menahan kembali beliau atas kesalahan POCA. Saya langsung tak tahu menahu hal ini. Mungkin pihak keselamatan mempunyai justifikasi tersendiri atas tindakan berkenaan. Mereka lebih tahu apa yg patut dilakukan.
7) Bagi saya, penulis artikel dari malaysiakini tidak jujur dan berniat jahat apabila menuduh Aisyah diseksa dan dizalimi tanpa perbicaraan. Sedarlah bahawa semua tahanan SOSMA melalui perbicaraan di mahkamah terbuka. Tiada sesiapapun ditahan tanpa bicara. Dan tiada sebarang seksaan ke atas org tahanan mengikut laporan dan SOP Jabatan Penjara. Sebaliknya tuduhan menyeksa dan menzalimi orang tahanan merupakan mitos ciptaan MAZA dan wartawan malaysiakini sahaja.
Kesimpulannya, adakah pegawai penyiasat, DPP, saksi pakar Kerajaan, pensyarah dan pentadbir UM, PDRM dan Jabatan Penjara Malaysia berkomplot melakukan kezaliman pada Nor Aisyah? Tentu tidak sesekali.
Ia hanyalah prosedur perundangan biasa sahaja yang perlu dilalui mana-mana suspek yang didapati terlibat dengan kegiatan keganasan. Ternyata, kami hanya menjalankan tugas.
Kalau Malaysia dilabel negara teroris atau diancam keselamatan oleh pengganas, rakyat akan berkata pihak keselamatan tak buat kerja. Apabila pihak keselamatan bertindak, Tok Mufti facebook pula naik meroyan angin satu badan.
Kalau benar pihak keselamatan zalim dan gemar menahan orang tanpa bicara, nescaya orang yang lebih patut diburu adalah seperti mufti muzabzib ini kerana beliau gemar mencetus dan menyebarkan fitnah.
PIHAK KESELAMATAN BERTUNGKUS LUMUS MENJAGA KEAMANAN NEGARA SEDANGKAN TOK MUFTI GOYANG KAKI MELAYARI FACEBOOK DENGAN FITNAH SANA SINI. Cukuplah Allah SWT yang menjadi saksi kami di akhirat.