26 Ogos 2018 - Ameno World
Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Sabtu, 1 September 2018

Masalah Teknikal Punca Pengguna Prabayar Tanggung SST, Akan Diselesaikan Kata Lim Guan Eng.

Kosmo | Menteri Kewangan, Lim Guan Eng menjelaskan bahawa cukai jualan dan perkhidmatan (SST) yang dikenakan bagi pembelian prabayar telco tidak sepatutnya ditanggung oleh pengguna.

Beliau ketika ditemui pemberita selepas Sesi Taklimat SST bersama Menteri Kewangan di Perai di sini sebentar tadi berkata, pengguna terpaksa menanggung cukai berkenaan apabila kredit daripada pembelian tambah nilai telah dipotong berikutan masalah teknikal yang dihadapi.
Saya akan mengeluarkan arahan bagi memastikan pembeli prabayar RM10 akan diberikan kredit sebanyak RM10 juga tanpa potongan.
"Pengurangan kredit berkenaan pula akan dikembalikan dalam bentuk rebat," katanya.
Hari ini terdapat pengguna yang menyuarakan ketidakpuasan hati apabila hanya diberikan kredit dengan potongan nilai 6 peratus selepas menambah nilai prabayar telco.
Sebagai contoh, pengguna yang menambah nilai sebanyak RM10 hanya menerima kredit bernilai RM9.50.
Caj sebanyak 6 peratus berkenaan turut dikenakan bagi jumlah tambah nilai lain. - 1 September 2018.

Mana Bukti Kos Sebenar ECRL Ialah RM30B, Najib Soal Mahathir.

Najib Razak | DI MANA DATANGNYA KOS SEBENAR ECRL IALAH RM30 BILION?

Melalui banyak kenyataan sejak dua tahun dahulu sehingga hari ini, PH tetap bertegas bahawa kos sebenar projek ECRL adalah RM30 bilion dan berdasarkan nomber RM30 bilion ini, mereka menuduh kos RM55 bilion adalah terlalu mahal dan sengaja dinaikkan.

 
Saya perlu tanya soalan ini kepada Menteri Kewangan, dari mana beliau mendapat angka itu, berapa kilometer bagi nilai RM30 bilion itu dan unjuran kos itu diperolehi dari tahun bila?

Kerajaan hari ini tidak sepatutnya menggunakan angka kos untuk membuat dakwaan yang mereka sendiri tak berupaya membuktikannya atau dengan sokongan fakta.

Apa yang saya ingat, sememangnya terdapat kajian bahawa kos adalah RM30 bilion namun kajian itu dilakukan pada 2009 dan bagi jajaran berbeza dan adalah bagi jarak 545km; dan ia tidak mencakupi jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang, di mana tujuh tahun kemudian apabila ECRL dianugerahkan pada 2016, tukaran matawang kita lemah dan ia melibatkan jajaran dengan jarak 688km termasuk segmen bagi Pelabuhan Klang.

Adakah kos RM30 bilion yang sering disebut PH ialah berdasarkan laporan tahun 2009 ini yang banyak berbeza dengan projek kos RM55 billion 7 tahun kemudian?

Kita juga perlu sedar, berdasarkan kepada masa, peningkatan kos selain perubahan kepada spesifikasi, projek PTMP Pulau Pinang juga melonjak dari RM27 bilion kepada RM50 bilion bagi tempoh yang sama termasuk lebuhraya PIL yang kosnya RM9 bilion untuk 19.5km iaitu RM462 juta/km. Jika kos meningkat bernakna rasuah dan salahlaku, biarpun ia adalah kerana masa berbeza dan spesifikasi, adakah ini bermakna projek PTMP juga ada unsur rasuah?

Pada kos RM55 bilion untuk 688km, kos itu adalah RM79.9 juta bagi setiap kilometer. Manakala pada harga RM30 bilion, ia adalah RM43.6 juta setiap kilometer.

Kenyataan media bagi beberapa projek keretapi di rantau ini akan dapat memberikan gambaran yang baik di mana kedudukan kos ECRL berbanding di negara lain.

1. Keretapi laju menghubungkan lapangan terbang Suvarnabhumi, Don Mueang and U-Tapao di Thailand diluluskan pada 2018. US$7.2 bilion (RM29.5 bilion) bagi 260km = RM113 juta bagi setiap kilometer.

2. Keretapi laju menghubungkan Bangkok dengan daerah Nakhon Ratchasima diluluskan pada 2017. Kos US$5.5 bilion (RM22.6 bilion) bagi 250 km = RM90.2 juta setiap kilometer.

3. Keretapi laju Indonesia dari Jakarta ke Bandung diluluskan pada 2017. Kos US$5.9 bilion (RM24.2 bilion) bagi 250km = RM96.8 juta bagi setiap kilometer.

Hari ini, Perdana Menteri berkata terdapat syarikat tempatan yang boleh membina ECRL pada kos RM10 bilion sahaja. Bagi jarak 688km, ia bermasuk kos hanya RM14.5 juta bagi setiap kilometer. Adakah harga ini realistik jika dibanding dengan projek-projek lain?

Selain itu, Menteri Kewangan kata, angka RM81 bilion yang didedahkan mereka untuk ECRL itu termasuk kos faedah dan operasi.

Ia diibaratkan seperti membeli kereta pada harga RM55,000, kemudian memasukkan kos minyak, kos sewa beli, kos penyelenggaraan, kos insurans sepanjang hayat kereta itu dan cakap kos kereta itu ialah RM81,000.

Apabila negara lain mengumumkan tentang projek rel masing-masing, mereka tidak memasukkan kos faedah dan operasi seumpama itu. Untuk itu, Malaysia seharusnya melakukan perkara yang sama.

Kita perlu tahu, kos projek berbeza ketara berdasarkan kepada spesifikasi terowong, jambatan dan stesen.

ECRL bakal memiliki lebih banyak stesen berbanding projek rel di negara lain yang saya utarakan. Ia juga perlu merentasi banjaran Titiwangsa dan perlu dilindungi dari musim banjir yang kerap di Pantai Timur. Untuk itu, kos bagi setiap kilometer bagi membina ECRL ini sudah tentu perlu mengambil kira cabaran-cabaran itu. - 1 September 2018.

Bertegas Pertahankan Pemilihan Petron Walaupun Ada Kaitan Dengan Anak PM, Kerajaan PH Terus Dikecam Netizens.

POLITIK | Pada khamis Kementerian Kewangan mengesahkan penyebaran satu surat yang tular di laman sosial mengenai perlantikan PETRON sebagai salah satu dari pembekal bahan api kepada kenderaan kerajaan. 



Dua pembekal lain ialah Petronas dan Shell. Kedua-duanya dilantik sebagai pembekal bahan air untuk kenderaan kerajaan sejak dari tahun 1997.

“Perlu ditegaskan, Petronas dan Shell masih lagi merupakan pembekal minyak petrol dan diesel semenjak 1997 untuk kegunaan kenderaan kerajaan.


“Perlantikan ini dibuat secara pentadbiran kerana ia adalah berkaitan dengan urusan operasi dan tidak melibatkan sebarang implikasi kewangan kepada kerajaan,”
kata Kementerian Kewangan dalam kenyataan media yang diedarkan bagi menjawab penyebaran surat tender itu.



Tindakan melantik Petron itu juga membuka persaingan yang lebih sihat, kata Kementerian Kewangan lagi. 

Bagaimanapun Kementerian Kewangan langsung sama sekali tidak menjawab kritikan mengenai kaitan Tan Sri Mirzan Mahathir yang juga anak kepada Tun Mahathir sebagai salah seorang pemegang saham di syarikat induk Petron yang berpusat di Filipina.

Portal Free Malaysia Today melaporkan, Mirzan bukan sahaja memiliki saham malahan merupakan pengarah di Petron Corporation (Filipina) yang dilantik sejak 13 Ogos 2010. Perkara itu juga disahkan oleh Petron Malaysia Refining & Marketing Bhd pada Jun 2013.

Laungan nepotism, kronisme, diktator kembali kedengaran di ruangan komen yang mengkritik tindakan kerajaan melantik Petron.

Najib Razak juga tidak ketinggalan menzahirkan pandangannya berhubung isu tersebut.

"Petronas merupakan syarikat milik negara dan rakyat Malaysia. Jadi akan timbul persoalan mengapa Petronas dibenarkan diganggu gugat sumber pendapatannya melalui perbelanjaan Kerajaan tidak lain tidak bukan oleh Kerajaan Malaysia sendiri.

Petronas mempunyai stesen di hampir semua kawasan di Malaysia dan sudah tentu bersama dengan Shell, merupakan kombinasi yang memadai untuk kenderaan kerajaan Malaysia.

Jika alasannya adalah untuk kemudahan, mengapa Caltex dan BHP (milik LTAT) diketepikan sedangkan mereka mempunyai bilangan stesen yang hampir sama dengan Petron?,"
katanya pada Jumaat.


Berikut kami siarkan pandangan netizens yang dipetik dari laman sosial dan ruangan komen Malaysiakini untuk dinilai umum. - 1 September 2018.





Najib Perjelaskan Punca Kekayaan Luar Biasa Jamaluddin Jarjis.

Najib Razak | Saya melihat ramai bertanya mengenai harta peninggalan Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis yang dianggarkan berjumlah RM2.1 bilion. Ada juga yang menuduh bahawa hubungan Allahyarham dengan saya ialah punca kekayaan Allahyarham.

 
Agak sedih pelbagai tuduhan dilempar kepada Allahyarham yang tidak dapat menjawabnya segala tohmahan serkap jarang tanpa usul periksa.

Sebenarnya, apabila saya menjadi Perdana Menteri, Allahyarham Jamaludin sudah dikenali sebagai seorang ahli perniagaan yang berjaya dan kaya.

Pada tahun 1974, Allahyarham mendapat Ijazah Sarjana Muda kelas pertama dalam Kejuruteraan Elektrikal dari Universiti of Manchester di United Kingdom dan melanjutkan pelajaran sehingga mencapai Doktor Falsafah Kejuruteraan Elektrikal dari McGill university yang merupakan antara universiti terunggul di Kanada pada 1980.

Beliau kemudian membuka syarikat perunding kejuruteraan pada tahun 1984 dan pada tahun 1986 telah membeli syarikat yang bernama EPE Power yang kemudiannya berjaya disenaraikan di KLSE pada tahun 90an.

Ketika inilah, Allahyarham memperolehi kekayaannya dan berupaya untuk membuat pelaburan dalam projek lain yang menghasilkan pendapatan kepadanya.

Pada tahun 1990an di bawah pentadbiran Tun Dr Mahathir, EPE Power dianugerahkan projek penjana elektrik bebas (IPP) di Sabah manakala beliau diberi beberapa projek kerajaan dan penswastaan seperti Bengkel baikpulih TUDM dengan Airrod/NADI dan Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA).

Kesemua projek penswastaan ini ada di dalam senarai projek-projek yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir pada tahun 1998 ketika krisis antara Tun dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Allahyarham juga dilantik menjadi Pengerusi Tenaga Nasional pada tahun 2000. Selepas Tun Daim Zainuddin meletak jawatan sebagai Menteri Kewangan untuk kali kedua dan diambil alih oleh Tun Mahathir, Allahyarham Tan Sri juga dilantik sebagai Menteri Kewangan II pada tahun 2002.

Walaupun Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis ada hubungan yang baik dengan saya, beliau tidak pernah meminta apa-apa projek dari saya.

Pada masa itu, saya juga difahami anak-anak Allahyarham telah mengambil alih perniagaan apabila beliau bertugas sebagai duta di Amerika Syarikat dan meneruskan usaha pelaburan.

Pelaburan-pelaburan ini termasuk menyelamatkan sebuah syarikat penjana elektrik bebas di Kulim yang diberi lesen pada tahun 1997 dan telah diambil alih oleh beberapa bank-bank tempatan pada tahun 2004 kerana gagal melangsaikan hutang sebanyak RM1.4 bilion.

Difahamkan juga, Allahyarham memiliki 10% saham dalam syarikat NADI hasil penswastaan Tun Dr Mahathir pada tahun 1990an. Syarikat NADI pula ialah antara pelabur syarikat pernerbangan MALINDO Air bersama syarikat Lion Air dari Indonesia.

Allahyarham Tan Sri Dr Jamaludin Jarjis merupakan seorang yang berpelajaran tinggi dan peniaga anak Melayu yang berjaya. Dia telah meninggal di bawah keadaan yang begitu tragis dan kita tidak patut bersangka buruk kepada beliau dengan pelbagai tuduhan yang tidak berasas. - 1 September 2018.

Nak Topup Prepaid? Ini Kadar Baru Selepas SST Dilaksanakan Mulai September 2018.

BERITA | Portal gajet tempatan, Amanz mengesahkan beberapa jenis kad tambah nilai bagi pengguna prabayar akan dikenakan SST secara langsung.


Ini termasuklah Celcom, TuneTalk, DiGi dan MAXIS seperti kenyataan yang dikeluarkan menerusi website rasmi masing-masing.

Nilai baru isian semula kad tambah nilai berkuatkuasa September 2018 ialah;


Harga Isian Semula
Cukai SST
Nilai Diterima
RM5
RM0.20 SEN
RM4.72
RM10
RM0.57 SEN
RM9.43
RM30
RM1.70 SEN
RM28.30
RM50
RM2.83 SEN
RM47.17
RM100
RM5.66 SEN
RM94.34


RALAT ** Apabila membeli kad tambah nilai rm5, jumlah dicukai ialah 28 sen.

Perkhidmatan prabayar dilihat tertakluk dibawah SST sebanyak 6% lapor portal Amanz. Ini secara langsung turut memberikan kesan kepada tambah-nilai prabayar yang akan dibeli oleh pengguna.

Untuk makluman, kaedah perlaksanaan ini adalah seumpama pengenalan GST beberapa tahun lepas. Namun, disebabkan maklumbalas dan aduan pengguna sebelum ini, kerajaan mengambil-langkah untuk mengecualikan cukai GST untuk tambah-nilai buat sementara ketika itu. - 1 September 2018.

Rabu, 29 Ogos 2018

MPKB Jawab Amanah Kelantan - Cabut Jalur Gemilang Kerana Bahayakan Pengguna, Alih Ke Lokasi Baru Dan Bukannya Buang.

SOSMED | Siang tadi tular status Facebook Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Rahim Wan Abdullah yang meluahkan perasaan kerana MPBK - BRI telah bertindak mencabut kesemua bendera-bendera Malaysia yang dipasang oleh Amanah Kelantan bagi menyambut hari kemerdekaan negara.


"Oleh kerana tidak nampak usaha Pihak Berkuasa Negeri kibarkan Jalur Gemilang di jalan-jalan utama Kota Bharu menjelang Sambutan Merdeka 31 Ogos, ambo minta aktivis AMANAH naikkan di Cabang 4 Cherang dan Cabang 4 Bayam. 

Pagi ini, pihak MPKB-BRI bertindak membuang semua Jalur Gemilang di Cabang 4 Cherang di atas alasan mengganggu.

Nak kata apa lagi?," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.



MPKB bagaimanapun menyangkal dakwaan berkenaan dengan mengeluarkan kenyataan balas di Facebook rasmi mereka petang tadi.


"Operasi Pengalihan Jalur Gemilang Yang Dipasang Membahayakan Pengguna Jalan Raya Dan Tidak Mengikut Garis Panduan. 

Pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam ada menerima aduan menyatakan bendera yg dipasang oleh Majlis merbahaya kepada pengguna jalan raya. 

Bertindak kepada aduan ini pihak Majlis telah turun ke tapak dan mendapati bendera yang dimaksudkan bukan dipasang oleh pihak Majlis dan ianya menutupi lampu isyarat dan sebahagiannya dipasang terlalu rendah dan merbahaya kepada pengguna motosikal. 

Pihak Majlis telah mengambil tindakan memindahkan bendera tersebut ketempat yang lebih sesuai iaitu di sekitar Padang Merdeka, Kota Bharu. 

Dakwaan menyatakan Pihak Majlis tidak patriotik adalah tidak benar," kata kenyataan itu.

MPKB turut menunjukkan beberapa bukti bergambar bagi mengesahkan dakwaan mereka.



Gambar-gambar bendera dialihkan ke lokasi baru yang dianggap lebih bersesuaian oleh pihak MPKB.


Amanah Kelantan dan Cikgu Wan Rahim masih belum mengeluarkan apa-apa respon berhubung jawapan balas dari wakil MPKB itu setakat ini. - 29 Ogos 2018.

'Darul LGBT', Harakah Minta Maaf Dan Akui Salah.

Politik | Akhirnya Sidang Pengarang Harakah hari ini menyatakan permohonan maaf ke atas sebuah tajuk artikel yang disiarkan akhbar parti itu bertajuk ‘PRK Seri Setia : Pas lawan Darul LGBT’ di ruangan kolumnis akhbar versi cetak itu.



“Sidang Pengarang Harakah mengambil maklum atas tajuk artikel yang ditulis oleh Tuan Haji Subky Latif dalam keluaran Harakah 2376 bertajuk ‘PRK Seri Setia: Pas lawan Darul LGBT’.

“Tajuk berkenaan tidak ditujukan kepada rakyat negeri Selangor mahupun institusi beraja atau sebagainya.

“Namun dalam masa yang sama, Harakah mengambil maklum salah tafsiran yang berlaku, dan dengan itu pihak Sidang Pengarang memohon maaf atas penerbitan bahan tersebut yang mengundang persepsi pelbagai,”
ujar kenyataan itu yang dipetik daripada portal Harakah.net hari ini. - 29 Ogos 2018.

Timbalan Menteri Mahu Bina Lebih Banyak SJKC, Ia Bertentangan Dengan Dasar Negara - Datuk Sirajuddin Salleh.

DATUK SIRAJUDDIN SALLEH (Malaysiakini) | Akhbar The Sun bertarikh 27 Ogos 2018 melaporkan bahawa perancangan untuk membina SJKC menggunakan formula 10 + 6 + 10 akan diteruskan oleh Kementerian Pendidikan.

Formula melibatkan 10 buah SJKC diluluskan pembinaannya oleh kerajaan BN, enam buah sekolah yang akan dibina di tapak baharu dan 10 buah lagi sebagai tambahan.


Kenyataan ini dibuat oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Yeo Nie Ching yang mengatakan jumlah keseluruhan perancangan pembinaan SJKC ialah 26 (10 + 6 +10) buah bukan 16 (10 + 6) buah.

PERKASA menuntut penjelasan timbalan menteri, bila tambahan 10 buah SJKC dipohon, dibincang dan diluluskan oleh kerajaan? Kerajaan BN atau kerajaan Pakatan Harapan? Atau sebagai kenyataan provokasi?

PERKASA sangat memandang berat kenyataan ini kerana kenyataan timbalan menteri menggambarkan beliau hanya memperjuangkan pendidikan Cina di negara ini.

Tidakkah beliau sedar ada perkara yang lebih besar yang perlu ditangani oleh KPM daripada sibuk dengan penambahan bilangan SJKC.

PERKASA melihat bahawa beliau tidak tahu tentang Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas tidak memperuntukkan pendidikan Cina dilaksanakan di tanah air ini.

Begitu juga tidak pekanya beliau tentang Akta 555 yang jelas memperuntukkan penggunaan Bahasa Melayu, kurikulum serta sistem peperiksaan kebangsaan.

Beliau sepatutnya menumpukan perhatian lebih serius kepada kelemahan dan kekurangan yang sedang ditanggung oleh sekolah kebangsaan di seluruh negara.

Kemudahan infrastruktur, aksesibiliti sekolah, sumber manusia dan peruntukan kewangan yang sangat perlu di beri perhatian segera.

Semasa kita sibuk merayakan ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-61 yang meletakkan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu, sepatutnya timbalan menteri lebih sensitif dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan yang mengutamakan pendidikan arus perdana.

PERKASA dengan ini mendesak kerajaan agar tidak lagi menambah SJKC dan SJKT kerana penambahan sekolah jenis ini hanya akan menaikkan sentimen perkauman di kalangan rakyat.

Ini akan menggagalkan usaha membentuk perpaduan nasional yang juga mengancam ketenteraman negara.

PERKASA dengan ini membantah sekeras- kerasnya sebarang tuntutan untuk menambah bilangan SJKC dan SJKT.

Perkara ini jelas bertentangan dengan Dasar Pendidikan Nasional. PERKASA dengan ini menyarankan kepada kerajaan agar dengan serius merancang dan melaksanakan sekolah satu aliran bagi semua rakyat Malaysia sesuai dengan hasrat kerajaan berfokus kepada keharmonian dan kesejahteraan rakyat.

PERKASA ingin mengingatkan kepada timbalan menteri bahawa jawatan yang disandang merupakan satu amanah yang wajib dipikul bukan untuk kaum Cina tetapi untuk rakyat Malaysia.

Jangan mengkhianati amanah yang telah dipertanggungjawabkan demi masa depan negara yang kita cintai.

Tukar Tiub Dedah PKR Cuba Sailang #MalaysiaBaru Dengan Permintaan Karut-Marut..

Hishammuddin Rais (Tukar Tiub) | Jumaat, 11 Mei 2018. Majlis Presiden Pakatan bercadang untuk mengadakan mesyuarat pertama. Ini sehari sesudah upacara Mahathir Muhamad selesai mengangkat sumpah sebagai perdana menteri Malaysia ke-7 di hadapan Yang di-Pertuan Agong.

 
Kabinet masih belum ditubuh. Umum hanya tahu bahawa Mahathir menjadi perdana menteri dan Wan Azizah menjadi timbalan. Fakta ini telah dijaja ke seluruh negara ketika kempen jelajah. Mustahil masih ada sosok yang terlalu Lokman Adam hinggakan gagal memahami fakta ini.

Pada hari Jumaat biasanya Mahathir akan bermukim di Yayasan Albukhary. Ini rutin Mahathir untuk berada dekat dengan Masjid Negara. Hanya perlu menapak beberapa minit melintasi jalan untuk berjumaat.

Justeru pada pagi Jumaat itu Mahathir mencadangkan agar mesyuarat pertama kerajaan baru ini diadakan di Yayasan Albukhary. Pemimpin Parti Amanah dan DAP bersetuju. Cadangan ini masuk akal kerana secara muktamad kerajaan Pakatan belum lagi wujud. Tidak mungkin boleh menggunakan ruang parlimen atau bermesyuarat di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Sayugia diingatkan Jumaat 11 Mei 2018 ialah hari cuti umum di Malaysia. Sesudah mengundi pada Rabu 9 Mei, warga Malaysia mendapat cuti panjang - Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad. Ini adalah cuti merayakan kejayaan anak semua bangsa menghumbankan Najib-Rosmah dan United Malays National Organisation ke tong sampah sejarah.

Mesyuarat pertama kerajaan Pakatan Harapan dipengerusikan oleh Mahathir Muhamad berjalan lancar.

Mereka membincangkan ini dan itu dalam Pakatan Harapan. Dan akhirnya Mahathir memberitahu kepada yang hadir bahawa dia melantik Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri, Mat Sabu sebagai menteri pertahanan dan Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan.

Wan Azizah bersuara menyatakan yang dia tidak bersetuju dengan pelantikan Lim Guan Eng.

“Kalau bukan Guan Eng, siapa yang patut dilantik?” Mahathir bertanya.

“Rafizi,” Wan Azizah memberi jawapan jelas.

Keadaan menjadi tegang. High noon muncul di Yayasan Albukhary. Ini kerana apa yang disuarakan oleh Wan Azizah tidak masuk akal kepada sesiapa yang waras.

“Bagaimana?” Mahathir bertanya.

Pertanyaan Mahathir ini berasaskan fakta. Rafizi tidak bertanding dalam PRU14 ini. Rafizi sedang menghadapi beberapa tuduhan. Kerusi Parlimen Pandan yang dahulunya diwakili oleh Rafizi kini diambil alih oleh Wan Azizah sendiri.

Semua mata memandang kepada Wan Azizah. Semua menunggu jawapan. Suasana tegang.

“Kita tangguhkan kerajaan Pakatan Harapan selama dua minggu. Kita ampunkan Anwar. Kita ampunkan Rafizi.”

Ini jalan pintas yang diajukan oleh Wan Azizah.

Jika gajah ada dalam bilik ketika Wan Azizah bersuara pasti gajah ini akan bertempik. Jika harimau yang mendengar kata-kata Wan Azizah pada petang itu pasti sang harimau ini akan menerkam. Tapi ini tidak berlaku di bilik mesyuarat Yayasan Albukhary.

Semua sopan membisu. Semua senyap. Semua menjadi hairan bin takjub. Semua menjadi pelik bin tak percaya. Tapi inilah yang telah berlaku pada Jumaat 11 Mei 2018 di Yayasan Albukhary.

Kata-kata pelik dari Cik Siti Susah Nak Percaya berdesing lalu. Hairan. Hairan. Pelik lagi memelikkan.

Babak Yayasan Albukhary yang saya tulis ini pasti ramai yang tidak akan percaya. Kenyataan PKR untuk menangguhkan kerajaan Pakatan Harapan selama dua minggu tidak masuk akal. Tujuan penangguhan hanya untuk tujuan pengampunan Anwar dan Rafizi pasti susah untuk dipercayai.

Tangguh dua minggu ertinya meneruskan kerajaan kerajaan Najib-Rosmah sebagai kerajaan menjaga. Pelik tetapi inilah yang disuarakan oleh Wan Azizah.

Hishamuddin Rais wajib merakam babak ini. Ini untuk pengajaran kepada anak cucu-cicit kita. Ini untuk mengenali watak mat songel sama seperti kita semua dapat mengenali watak Si Kitul yang wujud 600 tahun dahulu dalam kerajaan Melayu Melaka.

Suasana tegang berterusan. Ratusan media dalam dan luar negara sedang menunggu di luar bangunan. Dalam suasana tegang ini sidang akhbar diadakan juga sesudah mesyuarat berakhir. Mahathir memberitahu media bahawa nama-nama para menteri akan diumumkan esok, Sabtu 12 Mei 2018.

Mesyuarat kedua Pakatan Harapan akan diadakan di ibu pejabat Bersatu di sebelah Amcorp Mall Petaling Jaya.

Pada hemat saya pada Jumaat malam sebelum pagi Sabtu muncul pasti banyak perkara yang telah bergayut dan hanyut dalam sungai PKR. Pasti banyak surat khabar lama yang dibaca sekali lagi. Pasti banyak hampas kelapa yang telah diramas berkali-kali. Pasti deringan telefon simpang siur. Merancang. Berstrategi.

Buktinya, di pagi Sabtu 12 Mei 2108, PKR menolak untuk mengadakan mesyuarat di ibu pejabat BERSATU. Wan Azizah mencadangkan mesyuarat diadakan di bilik tahanan Anwar di Hospital Cheras.

Di mana? Di mana? Di mana?

Saya ulangi sekali lagi, di bilik Anwar Ibrahim ditahan. Di mana? Dalam Hospital Cheras. Biar betul?

Betul. Apa yang ditulis oleh Hishamuddin Rais ini betul, tepat lagi sahih. Ini bukan fitnah. Ini bukan penglipur lara. Ini fakta. Ini bukan skrip teater Tok Gopoh.

Bila cadangan ini keluar dari mulut Wan Azizah, semua pemimpin Pakatan berpandangan sesama sendiri. Cadangan membuat mesyuarat di bilik tahanan dalam hospital Cheras diperkuat oleh desakan YB Saifuddin Nasution yang juga setiausaha PKR.

Semua senyap kerana pemimpin Pakatan Harapan tidak menyangka apa yang mereka dengar. Wan Azizah terus dengan pendirian untuk mengadakan mesyuarat di bilik tahanan Hospital Cheras. PKR berkeras dengan tuntunan ini. PKR tidak mahu mesyuarat berlangsung di pejabat BERSATU.

Mahathir Muhamad secara sopan menolak cadangan Wan Azizah. Mahathir mahu meneruskan permesyuaratan di pejabat BERSATU. Tapi PKR terus berkeras.

Ini menjadikan suasana pagi Sabtu tegang-megang. Suasana high noon sekali lagi muncul pada hari kedua kerajaan Pakatan Harapan.

Ini titik dan detik-detik songel dalam sejarah Malaysia Baru. Fakta ini wajib diketahui oleh anak semua bangsa. Hari pertama mesyuarat pertama Pakatan Harapan telah menjadi songel. Hari kedua juga berpotensi untuk menjadi lebih songel.

Wan Azizah enggan mengendur. Mahathir juga tidak lentur. Wan Azizah mahu ‘menarik diri’ jika mesyuarat ini diteruskan. Semua menjadi gelabah. Tegang.

Kalau dalam istana, pada malam sebelumnya seorang Cina bernama Lim Guan Eng telah memujuk Mahathir. Kali ini seorang Benggali bernama Gobind Sing Deo telah memujuk Wan Azizah agar jangan walk out dari mesyuarat.

Jalan tengah dicari. Satu delegasi dihantar bertemu Anwar untuk menerangkan duduk perkara. Mesyuarat ditangguh.

Sosok yang dilantik sebagai wakil Pakatan untuk pergi ke Cheras ialah Mat Sabu dari AMANAH, Gobind dari DAP dan Syed Saddiq dari BERSATU. Mereka ditugaskan membuat penerangan demi meredakan ketegangan.

Di Hospital Cheras, Gobind dan Mat Sabu dibenarkan masuk. Syed Saddiq tidak dibenarkan masuk atas alasan ini tempat banduan ditahan. Kenapa dua dibenarkan dan yang ketiga dilarang? Inilah namanya politik Dunia Ketiga yang bergantung kepada budi bicara. Khalas.

Gobind menerangkan duduk perkara kepada Anwar. Cuba meredakan keadaan dan memperlihatkan logik kenapa mesyuarat diadakan di ibu pejabat BERSATU dan bukan dalam tempat banduan atau hospital.

Gobind juga berjanji kepada Anwar bahawa dia akan meminta Mahathir sendiri datang berjumpa dengan Anwar selepas mesyuarat selesai pada petang ini.

Bagaimana dengan Mat Sabu? Apa yang disuarakan oleh Anwar kepada Mat Sabu?

Sejarah merakamkan bahawa Mat Sabu dan Anwar ialah kawan lama dan juga musuh lama. Pada satu ketika dulu Mat Sabu memperkenalkan konsep “Al-juburi” untuk Anwar Ibrahim. Ini ketika Anwar dalam United Malays National Organisation dan Mat Sabu dalam Parti Islam PAS.

Di zaman Reformasi, dua musuh ini berkawan kembali dalam kancah perjuangan menentang musuh yang bernama Mahathir. Musuh bersama yang memenjarakan Anwar. Ketika Anwar ditahan kali kedua Mat Sabu terus bersama bertahan melawan Najib.

Wajib diberitahu, Mat Sabu pernah bertanding melawan Anwar di Permatang Pauh dalam PRU7 pada tahun 1986. Perlu diingatkan juga dua sosok ini adalah pemegang kad ahli ABIM.

Pada pagi Sabtu itu Anwar agak kasar terhadap Mat Sabu. Anwar meminta cermin, kayu ukur dan kain untuk tujuan membuat baju Mat Sabu. Mat Sabu kenal dan tahu sangat siapa dia si Anwar ini. Justeru Mat Sabu membiarkan Anwar berlabun seorang diri.

Mat Sabu faham tekanan dalam penjara yang dihadapi oleh Anwar. Ini kerana Mat Sabu sendiri pernah dua kali di penjara oleh Mahathir Muhamad.

Delegasi berjumpa Anwar sampai kembali ke PJ. Mesyuarat diteruskan. Keadaan masih tegang. Wakil PKR terus menolak mesyuarat diadakan di ibu pejabat BERSATU.

Wan Azizah mengambil telefon bimbit dan membuat panggilan. Kemudian Wan Azizah muncul kembali untuk mengambil barangan di atas meja. Parti Keadilan Rakyat merasa tidak puas hati atas penerusan mesyuarat di ibu pejabat BERSATU.

Mat songel mana yang ditelefon oleh Cik Siti Susah Nak Percaya tidak pula jelas. Hanya Guru Nanak saja yang mengetahui.

Akhirnya Wan Azizah dan delegasi PKR mengambil keputusan untuk memulaukan mesyuarat. Pucuk pimpinan PKR berundur dari ibu pejabat BERSATU. Amin.

Pada hari Sabtu ini saya berada dalam kedai kopi di Amcorp Mall. Kemudian saya mendapat panggilan agar saya naik ke tingkat lapan pejabat BERSATU. Tujuan ialah untuk memberi sokongan kepada Mat Sabu.

Saya menunggu di pintu bilik. Muncul Zeti yang terus hilang ke dalam lif. Kemudian muncul Hasan Merican. Kami bersalaman. Kami mengenal satu sama lain. Kami dari sekolah yang sama. Si Hasan ini pemain kriket yang baik. Dia ini junior saya di sekolah.

Kemudian muncul Daim berseluar hitam, berbaju putih lengan pendek dan bercapal. Kami bersalaman. Kali pertama saya kenal Daim ialah pada Jumaat 4 Mei 2018. Kami berkenalan di atas pentas ketika malam penutup kempen jelajah di Melaka.

Daim membisikkan kepada saya, “Semua selesai. Muhyiddin menteri KDN, Mat Sabu pertahanan dan Lim Guan Eng kewangan.”

Jelas tugas saya untuk memberi sokongan kepada Mat Sabu selesai. Lalu saya turun kembali untuk pulang. Nampaknya semua telah beres.

Di rumah saya menerima SMS dari Ayen.

Si Ayen ini adalah bekas mahasiswa Universiti Bangsar Utama. Sosok ini adalah pelakon asal Tok Ampoo. Watak Tok Ampoo ini juga pernah dimainkan oleh Amir yang kini sudah menjadi menteri besar Selangor.

Si Ayen, kawan saya ini bertanya kenapa Wan Azizah tidak ada ketika sidang akhbar Pakatan Harapan, di mana Mahathir mengumumkan tiga menteri kabinet? Si Ayen ini pasti telah menonton TV atau FB live.

Saya tidak menjawab SMS Si Ayen. Saya harapkan dia akan membaca tulisan ini. Maka dia akan faham kenapa Wan Azizah dan pimpinan PKR tidak hadir dalam sidang akhbar itu.

Pada petang Sabtu yang sama saya difahamkan Mahathir telah pergi berjumpa Anwar Ibrahim dalam bilik tahanan di Hospital Cheras. Apa yang mereka labunkan hanya Guru Nanak yang tahu.

Tetiba, Tup-tup, lewat petang Sabtu yang sama, Rafizi meraung-raung dan melaung-laung tanda tidak puas hati atas lantikan tiga menteri oleh Mahathir. Rafizi menolak lantikan ini. PKR tidak bersetuju.

Beberapa jam sesudah berita raungan Rafizi yang dilaporkan oleh Malaysiakini muncul pula berita dari Twitter Ambiga.

Ambiga menulis : “PKR please stop your nonsense”.

Dalam Bahasa Melayu Si Ambiga dengan penuh hormat meminta PKR berhenti dari membuat onar karut-marut.

Apakah onar karut-marut ini berhenti? Tunggu minggu hadapan. END

Guan Eng Berani Tuduh Macam-Macam Kepada Saya Tetapi Tak Berani Lapor Polis - Najib Razak.

Najib Razak | Saya dimaklumkan bahawa Lim Guan Eng telah diminta untuk memberi kenyataan kepada pihak polis berdasarkan laporan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Rembau, YB Khairy Jamaluddin.

Guan Eng tidak membuat laporan polis sendiri terhadap dakwaannya kononnya BN telah "merompak" wang GST sebanya RM18 bilion semasa sesi parlimen yang memberikannya imuniti.




Ini adalah langkah bijak oleh Guan Eng kerana membuat laporan polis yang palsu adalah salah di sisi undang-undang.

Untuk ketiga-tiga soalan yang ditujukan kepada saya oleh Guan Eng mengenai isu GST baru-baru ini, jawapan saya ialah "tiada", "tiada" dan "tiada".

Dengan tiba-tiba pula, Guan Eng membuat satu lagi tuduhan bahawa LHDN di bawah kerajaan BN telah melakukan pecah amanah kerana tidak mengembalikan cukai pendapatan dan cukai keuntungan hartanah yang terlebih bayar sebanyak RM16.046 bilion dari zaman silam sehingga 31 Mei 2018.

Kerajaan mengutip cukai pendapatan sebanyak RM130 bilion setiap tahun. Jika 10 tahun, ia berjumlah RM1.3 trillion. Jika benar RM16 bilion belum dibayar balik ia hanya 1% dari kutipan bagi tempoh 10 tahun.

Ada banyak sebab mengapa LHDN tidak dapat membayar balik termasuk faktor pekerja ataupun syarikat asing yang tidak lagi berada atau beroperasi di negara ini, syarikat yang sudah tutup ataupun orang yang tidak dapat dikesan. Malah, kegunaan 'set-off' (tolak-selesai) untuk kredit cukai (tax credits) bukan sesuatu yang luar biasa dan sering digunakan dalam negara ini dan diluar negara.

Saya hairan mengapa ahli parlimen PH tidak pernah sekalipun membangkitkan isu ini walaupun sekali sebelum mereka menjadi kerajaan. Kalau sebanyak 1,653,786 kes syarikat, individu, persatuan dan yayasan terbabit, ini tentu sudah menjadi isu yang besar sebelum ini.

Saya lebih pelik kerana sama seperti kes wang GST sebanyak RM18 bilion, Guan Eng hanya sedar tentang isu RM16.046 bilion tuntutan cukai pendapatan lebih bayar selepas 3 bulan.

Saya juga hairan kerana selama BN menjadi kerajaan, ini tidak pernah menjadi isu dan hanya apabila PH menjadi kerajaan timbul banyak isu seumpama ini tetapi apabila diminta untuk membuat laporan polis, beliau enggan.

Jika Guan Eng mahu berterusan menuduh kerajaan BN tiada wang untuk membayar ataupun wang semua sudah dicuri adalah tidak benar kerana mengikut penyata akhir tahun 2017 yang dikeluarkan oleh Akauntan Negara Malaysia, kerajaan Malaysia mempunyai wang tunai RM18 bilion pada akhir tahun 2017 termasuk RM8,914 juta dalam tangan dan RM7,749 juta dalam Akaun Simpanan Tetap (FD) bagi tempoh tiga (3) bulan dan ke bawah.
http://www.anm.gov.my/…/PENYATA%20KEWANGAN%20KERAJAAN%20PER…

Saya mahu menyatakan dengan jelas berikutan pengecualian cukai selama tiga bulan (tax holiday) dan kekurangan pendapatan setiap bulan selepas pemansuhan GST dan digantikan dengan SST telah menyebabkan kerajaan kehilangan hasil sebanyak RM31 bilion.

Besar kemungkinan bahawa selepas tiga setengah bulan, Guan Eng baru menyedari bahawa langkah "tax holiday" dan menukar dari GST ke SST adalah langkah yang tidak betul. Berikutan cara pengurusan ekonomi yang tersasar kerajaan baharu ini, mereka kini menuding jari ke arah kerajaan BN sebagai selimut kepada kesilapan mereka sendiri.

Sebenarnya, tidak perlu untuk layan dakwaan bermotif politik ataupun bedebat dengan orang yang mungkin tidak tahu polisi atau cara wang tunai kerajaan diuruskan. Namun, saya percaya rakyat perlu tahu dan diberi kefahaman apakah sebenarnya yang berlaku berlandaskan fakta.

Lebih baik kerajaan PH menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) untuk kedua-dua isu GST dan cukai lebih bayar dengan serta-merta kerana melibatkan wang kerajaan sebanyak RM35 bilion bagi mencari kebenaran dalam memastikan adakah kerajaan BN, Kastam dan LHDN telah melakukan pecah amanah ataupun kerajaan PH hanya meneruskan permainan politik mereka. - 28 Ogos 2018.

Penyokong PAS Taksub - Ustaz Rozaimi Ramlee.

Dr Rozaimi Ramle | Saya melihat ramai juga penyokong PAS yang dah mula kelam kabut mengkritik sekeping gambar pimpinan politik lawan mereka yang didakwa berprogram dengan komuniti negara jiran dan bergambar bersama kitab syiah.



Tetapi sewaktu pimpinan mereka bersentuhan dengan pimpinan Iran pada waktu Iran mempunyai peranan di perang Syria dulu, ketika pimpinan mereka mengatakan syiah hanyalah mazhab dan hanya berkhilaf secara ilmu mereka pertahankan pimpinan tersebut.




Itulah namanya ketaksuban. Salah bila pihak lain buat. Dibela bila tokoh sendiri lakukan. 


Adapun saya, saya mengkritik tindakan keduanya. - 29 Ogos 2018.

RORA VS Hanipa Isu Mat Sabu Bergambar Di Belakang Kitab Syiah.

Politik | Susulan dari tindakan Ustaz Rozaimi Ramle yang menyebarkan foto Menteri Pertahanan, Muhammad Sabu yang bergambar di belakang rak kitab-kitab tulisan pro Syiah, Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Hanipa Maidin kemudiannya tampil menjawab Ustaz Rozaimi dalam nada kritikan.


"Semua tahu saya "istiqamah" kritik parti tu.

Tapi bila lihat berita ini, dengan hormat, saya ingin kata mungkin orang parti tu pun boleh kata pada Dr "enta pun 2x5 juga, taksub dari segi lain".

To be fair, penglibatan parti tu dengan Iran bukan benda baru. Almarhum Tok Guru juga biasa pergi Iran hatta program mazhab syiah. Tapi itu bukan bermakna mereka syiah. We have to be fair even to orang yang kita tak suka.

Saya sendiri akui saya juga banyak baca kitab ulama Syiah dari zaman sekolah, but I remain in mazhab sunni meskipun banyak kali difitnah dan dituduh dengan mazhab syiah. No problem, small matter.

Dr., you may be berilmu tinggi tapi, with due respect ,saya lihat Dr tidak begitu menguasai isu antarabangsa especially on conflict di middle east.

So stop lah main isu mazhab ni Dr. It will only diminish your image and reputation,"
kata Hanipa dalam satu kenyataan di Facebook pada selasa.


Ustaz Rozami kemudiannya tampil membidas kenyataan oleh Hanipa itu;

"Saya membaca kenyataan YB Hanipa Maidin terhadap saya. Nasihat yang beliau tulis kepada saya membuatkan saya tersenyum sendirian. Katanya hentikan main isu mazhab. Dan katanya saya tidak menguasai isu antarabangsa.

Ingin saya katakan kepada YB, jika YB biasa membaca buku syiah mungkin kitab dalam keratan gambar ini YB pernah baca. Lihat betapa Khumaini yang menjadi tokoh syiah memberi komentar terhadap kedudukan Aisyah, Talhah dan al-Zubair yang merupakan sahabat Nabi sallallah alaih wasallam dikaitkan dengan lebih jijik dari anjing dan babi dalam kitabnya.


YB mengatakan YB tidak menjadi syiah dengan membaca kitab syiah. Saya memasang anggapan bahawa sebab penghinaan terhadap sahabat seperti inilah menjadikan YB tidak menjadi syiah.

Namun saya mengharapkan juga agar YB tidak menganggap mereka pejuang Islam sejati dengan hanya melawan golongan kuffar.

Jika YB tidak mahir bahasa Arab untuk membaca kitab ini, elok belajar bahasa arab dulu sebelum baca kitab syiah. Saya boleh ajar YB bahasa Arab asas seperti anta antuma antum.

Biarlah saya bodoh politik antarabangsa, tapi saya tidak rela menjadi tidak cerdik terhadap isu akidah.

Seingat saya YB pernah menulis bahawa YB suka membela ornag yang ditindas. Nah, ibu kita Aisyah ditindas dan dihina, jom kita sama-sama bela!,"
katanya.


YB Hanipa yang membaca kenyataan balas itu sekali lagi tidak berdiam diri dan membalas penulisan tersebut di akaun Facebooknya pada hari yang sama;

"Seorang hantar kepada saya tulisan dr yang dikatakan pakar hadith responding to my comment on him.
 

I don't want to prolong polemik dgn beliau. After all, dia jauh tinggi ilmu dari saya dan saya pun banyak kerja lain. Lagipun apa faedah berpolemik isu mazhab yang dah berkurun lamanya.

Saya dah sempat baca komen beliau. Fair and square. Saya kritik sekali dia jawab sekali. As far as i am concerned, isu itu ends there.
 

Meskipun bahasa arab saya sudah tentu tak sehebat beliau, nobody can stop me from terus membaca kitab kitab dari pelbagai mazhab including dari ulama syiah. My favourite kitab tafsir adalah tafsir al-kassyaf tulisan imam al-zamakhsyari..ulama' mu'tazilah. Maaf, saya baca dalam bahasa arab pulak.. dah tentulah baca merangkak rangkak sebab tak sehebat Dr. Jika tak faham saya tanyalah isteri yang ada B.A bahasa dan sastera Arab.

Saya tetap berpendirian hanya berani serang mazhab syiah bukan di depan ilmuan syiah itu bukan agamawan yang saya hormati. Maaf, respect must be earned,"
katanya dalam satu kenyataan di Facebook Peguam PAS - Dulu


Kumpulan penyokong bagi kedua-dua pihak itu juga dilihat berperang sesama sendiri di ruangan komen atas status yang dimuatnaik oleh kedua-dua tokoh berkenaan. - 29 Ogos 2018.

Yuran Konsultasi Klinik Swasta Naik Mendadak, 99% Netizens Tak Berpuas Hati Dengan Kadar Mahal.

BERNAMA | Orang ramai boleh menjangkakan yuran konsultasi lebih mahal dicaj oleh doktor di klinik swasta tidak lama lagi berikutan caj pengamal am antara RM10 dan RM35 akan dinaikkan kepada antara RM35 dan RM125.

Kenaikan itu dipersetujui pada ‘Sesi Town Hall: Konsultasi Pihak Berkepentingan Bagi Cadangan Semakan Caj Pengamal Am’ yang berlangsung di Kementerian Kesihatan di Putrajaya, hari ini.

Bercakap kepada pemberita selepas menjadi moderator pada sesi itu, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan) Datuk Dr Azman Abu Bakar berkata semakan caj itu memang sudah tiba masanya berikutan kali terakhir dilaksanakan pada 2006.

"Lagi rumit penyakit dihidapi seseorang itu, lebih tinggi caj konsultasi akan dikenakan. Harga siling bagi caj konsultasi adalah RM125," katanya.

Dr Azman berkata sesi ‘town hall’ atau dialog hari ini adalah sesi terakhir sebelum beliau menyerahkan kertas cadangan semakan caj itu kepada Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad.

"Menteri Kesihatan kemudian akan menyerahkan cadangan semakan caj pengamal am itu ke Jabatan Peguam Negara dan, jika semuanya berjalan lancar, ia akan diserahkan kepada Kabinet untuk disahkan,” katanya.

Dr Azman tidak menolak kemungkinan caj baharu konsultasi itu akan dilaksanakan pada awal tahun depan.

Beliau berkata kementerian juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai kumpulan berhubung perkara itu.

"Dan, hari ini, kami menghimpunkan semua pihak berkepentingan, bukan sahaja doktor yang mengusahakan klinik sendiri tetapi juga badan bukan kerajaan dan kumpulan pengguna. Ini untuk memastikan semakan caj pengamal am ini dilakukan secara adil," katanya.


⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜⃜
Respon pembaca Malaysiakini;
 




Nampaknya rata-rata netizens tidak berpuas hati dengan tindakan kerajaan yang bersetuju untuk menyemak bagi menaikkan caj semasa. - 29 Ogos 2018.

Adakah Langkah Menghentikan BR1M Satu Kezaliman? - Prof Mohd Nazari Ismail.

Mohd Nazari Ismail | Jabatan Dasar dan Strategi, Universiti Malaya.

Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, pentadbirannya berhasrat mengurangkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) secara berperingkat sebelum dihentikan sepenuhnya. Terdapat pelbagai reaksi dari ahli masyarakat. Ada yang menyokong dan ada yang mengutuk dengan keras. 

Yang mengutuk mungkin termasuk mereka yang berpendapatan rendah yang merasakan bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu golongan yang lemah dan miskin.

Sudah tentu membantu golongan yang lemah dan miskin adalah satu tanggungjawab. Tetapi ia sebenarnya tanggungjawab semua ahli masyarakat dan bukan tanggungjawab kerajaan semata-mata. 




Pada masa yang sama kita kena sedar bahawa golongan yang ingin membantu (termasuk kerajaan) mestilah mampu berbuat demikian. Kalau tidak mampu, maka tanggungjawab itu gugur. 

Hakikatnya sekarang ialah sebenarnyan kerajaan tidak mampu berbuat demikian kerana kerajaan sekarang sudah dalam keadaan tenat dengan hutang berjumlah hampir RM1 trillion (atau satu ribu billion). 

Kerajaan terpaksa membayar bunga sebanyak lebih dari RM30 billion setahun atas hutang tersebut. Oleh itu, dari perspektif Islam sebenarnya kerajaan perlu fokus untuk menyelesaikan semua hutangnya dahulu kerana membayar bunga atas hutang adalah salah dan berdosa. Kerajaan kena mengkaji semua perbelanjaanya dan pastikan semua pembaziran dan ketirisan dihentikan serta merta.


Persoalan sekarang ialah siapakah yang patut membantu orang-orang yang susah jika kerajaan tidak mampu melakukannya? Seperti yang dicontohkan kepada kita oleh Rasulullah SAW, yang patut membantu orang susah bukan kerajaan tetapi ahli masyarakat sendiri. Rasulullah SAW tidak menggunakan wang kerajaan yang dikutip dari hasil cukai ke atas rakyat untuk membantu orang susah. 


Sebaliknya beliau SAW menganjurkan dan menasihati orang-orang mukmin untuk berbelanja membantu orang susah, terutama sekali dari kalangan ahli keluarga mereka sendiri dan jiran terdekat. Bantuan yang diberikan adalah mesti dengan niat ikhlas iaitu untuk mendapat redha dan ganjaran dari Allah SWT. Dengan cara ini, akan timbul sikap bantu membantu dan kasih sayang di kalangan ahli masyarakat.

Cuma masalah sekarang ialah ramai ahli masyarakat sendiri dalam keadaan yang susah. Ramai yang terbelenggu dengan hutang yang banyak. Hutang isi rumah di Malaysia pada tahun lepas adalah berjumlah RM 1.03 trillion. Sebenarnya ini adalah akibat dari kesilapan mereka sendiri kerana berbelanja tidak mengikut kemampuan dengan membeli rumah yang mewah, kereta yang mewah dan peralatan-peralatan mewah. 


Ada yang membuat pinjaman peribadi untuk adakan majlis perkahwinan mewah atau untuk pergi bercuti. Mereka tidak menyedari bahawa amalan mereka berhutang dengan bank untuk berbelanja sebenarnya bukan sahaja mewujudkan situasi permintaan dan perbelanjaan yang tidak normal dalam ekonomi, bahkan akan mengakibatkan jumlah wang yang banyak diciptakan oleh industri perbankan. Ini adalah PUNCA UTAMA kepada masalah kenaikan kos sara hidup.

Langkah kerajaan memberikan BR1M kepada rakyat dengan menggunakan duit hutang kerajaan (seperti yang dilakukan oleh kerajaan BN dahulu) adalah satu langkah mencari populariti yang tidak bertanggungjawab dan tidak akan menyelesaikan masalah masyarakat dalam jangka panjang. Bahkan ianya akan membuat keadaan kewangan kerajaan menjadi lebih teruk. 


Jika langkah ini diteruskan juga, akhirnya nanti kerajaan PH akan terpaksa memperkenalkan GST balik untuk mengutip cukai dari rakyat dengan lebih berkesan untuk membantu membayar hutang kerajaan yang akan meningkat. Dalam erti kata yang lain, akhirnya rakyat juga yang akan susah.

Sebagai rumusan, penyelesaian masalah kita dalam jangka panjang ialah menukar nilai kehidupan kita sendiri supaya lebih sederhana dalam berbelanja, mengukur baju di badan sendiri dan mengelak dari berhutang dari industri perbankan. 


Kita semua kena sedar bahawa selagi kita semua masih bergantung kepada industri perbankan dan memberi keuntungan kepada industri tersebut, masalah peningkatan kos sara hidup tidak akan dapat diselesaikan. Tindak tanduk dan amalan perbelanjaan kita sendiri adalah sebenarnya punca utama kepada masalah kewangan kita. 

Masa depan kita adalah di tangan kita sendiri dan bukan di tangan kerajaan. Generasi akan datang perlu dididik supaya kurangkan pergantungan kepada kerajaan dan berhemah dalam berbelanja demi masa depan mereka sendiri.

Selasa, 28 Ogos 2018

Terbukti Tembok Besar Di Kuantan Hanya Tutup Kilang Besi Alliance Steel Dan Bukannya MCKIP, Mahathir Kantoi Kaw-Kaw Kerana Menfitnah - Najib Razak.

i) Najib Razak | Selepas pulang dari negara China minggu lalu, Tun Mahathir mengumumkan bahawa beliau mahu robohkan tembok ‘besar’ di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP).

Sebelum PRU14, Tun Mahathir pernah ke sana untuk membuat video dengan mendakwa tembok ini mengelilingi seluruh MCKIP.

Oleh kerana video Tun Mahathir itu, ramai yang menuduh saya telah kononnya ‘jual negara’ kepada negara China.


Saya ada membaca tiga hari lalu akan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Kuantan Fuziah Salleh, akhirnya mengesahkan bahawa tembok ini hanya mengelilingi kilang Alliance Steel sahaja dan bukan seluruh taman perindustrian sebagaimana tuduhan Tun Mahathir.




Kilang besi bukan tempat selamat buat orang awam keluar masuk dengan mudah. Oleh itu, bukan sesuatu yang mengejutkan jika kilang itu membina tembok sebagai langkah pengawalan dan keselamatan.

Ini dah diperjelaskan sebelum ini tapi tenggelam dengan fitnah disebar PH.


YB Fuziah memberitahu wartawan bahawa beliau akan menjelaskan kepada Tun Mahathir tidak lama lagi.

YB Fuziah juga mengakui bahawa ramai dari kawasan parlimen beliau menghargai peluang pekerjaan di MCKIP dan tidak mahu pekerjaan mereka terjejas.

Alhamdulillah, satu lagi fitnah sebelum PRU14 terhadap kerajaan BN dulu telah diperbetulkan. Yang baik dituduh sebagai buruk.

Kilang Aliance Steel sahaja sahaja libatkan pelaburan asing RM5.5 billion telah menyediakan pekerjaan kepada 4,000 anak tempatan. Jika mengambil kira kilang-kilang lain di MCKIP, puluhan ribu peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia telah diwujudkan dan juga banyak mengekspot produk keluaran mereka.

Satu propaganda PH sebelum PRU14 ialah papan tanda "Jalan Qinzhou" di MCKIP.

Saya dimaklumkan bahawa gambar ini ditular dengan meluas oleh jentera propaganda PH dan saya juga telah dicaci teruk terutama dari orang Melayu, kononnya saya telah menjual negara sehingga nama jalan pun mesti menggunakan nama bersempena negara China.

Nampaknya ramai tidak tahu mengenai cerita benar disebalik nama jalan ini.

Kebenarannya ialah, MCKIP merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (QCMIP) di bandar Qinzhou di negara China.

Perjanjian persefahaman Taman Perindustrian berkembar ini juga melibatkan satu jalan di bandar Qinzhou dinamakan Lebuh Kuantan (seperti dalam gambar).

Lebuh bermaksud ‘jalan besar’ dan Lebuh Kuantan di QCMIP ini jauh lebih besar dari Jalan Qinzhou di MCKIP.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

CMQIP kini juga sangat berjaya dan hasil pengeluaran kilang-kilang di sana telah mencecah RMB10 billion (RM6 bilion) untuk tahun 2017 sahaja.

Jika kita arif dalam matematik dan tidak kerap silap mengenai titik perpuluhan, sudah tentu kita faham bahawa memiliki 50% tapak perindustrian untuk pasaran 1.4 bilion orang adalah lebih baik dari memiliki 100% untuk pasaran 30 juta orang sahaja.

ii) Najib Razak | Lanjutan dari posting saya semalam tentang isu MCKIP, ini ialah video laporan China Report ASEAN CRA bulan lalu tentang Taman Perindustrian Qinzhou China-Malaysia (CMQIP) di bandar Qinzhou di negara China.

MCKIP di Kuantan merupakan Taman Perindustrian berkembar dengan CMQIP.

Jalan besar yang telah diberi nama Lebuh Kuantan ada di CMQIP.

MCKIP dimiliki oleh Malaysia dengan pegangan 51% saham manakala syarikat-syarikat dari China dengan 49%.

CMQIP di Qinzhou yang kini sudah sangat berjaya pula dimiliki oleh China dengan 51% pegangan saham dan 49% oleh Malaysia dengan keluasan sebesar 55 kilometer persegi - iaitu tiga kali ganda lebih besar daripada MCKIP di Kuantan.

Ya, keluasan CMQIP ialah 55 kilometer persegi.

Walaupun CMQIP begitu besar dan ada jalan yang bernama Lebuh Kuantan di sana, rakyat China tidak mengadu bahawa China sudah dijual kepada Malaysia. - 28 Ogos 2018.

 

Hapus Caj RM1 Dan Gantikan Dengan Potongan Gaji 5% Di Hospital Kerajaan Tidak Benar - KKM.

SOSMED | Tular di sosial media terutamanya menerusi aplikasi WhatsApp kononnya kerajaan akan memahsuhkan bayaran caj RM1 di hospital-hospital kerajaan dan mengantikan ia dengan potongan gaji 5% secara bulanan.

Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan menafikan penyebaran status berkenaan.

"Kementerian Kesihatan Malaysia tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti status yang ditulis pemilik akaun FB terlibat. 

Mohon supaya tidak berkongsi berita palsu ini," tulis Kementerian Kesihatan dalam satu kenyataan yang dipetik dari Facebook rasmi.


Kementerian Kesihatan menafikan mengeluarkan kenyataan seperti status Facebook di atas. Kementerian Kesihatan juga meminta agar status berbaur fitnah tersebut tidak dikongsikan oleh netizens.

Setakat ini Skim Insurans bagi golongan B40 dan M40 masih dalam peringkat kajian, perbincangan dan penelitian lanjut. - 28 Ogos 2018.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...