Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Selasa, 28 Ogos 2018

Siri Uturn : Adakah Tindakan PH Teruskan Saman AES Patut Dikecam Atau Disokong?

Uturn | Ini adalah edisi khas yang menghimpunkan kesemua jenis tindakan UTURN yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Siri khas episode pertama membincangkan isu mengenai saman AES. Analisisnya bermula sekarang.



Pada 17 Ogos 2018, Kementerian Pengangkutan yang diketuai oleh Menterinya, Anthony Loke berkata;



1. Semua saman AES yang dikeluarkan sejak 2012 sehingga 31 Ogos 2018, dibatalkan serta merta. Tiada bayaran yang perlu dibuat.



2. Kesemua jumlah saman yang dibatalkan kerajaan bernilai RM435 juta banyaknya. Ia merangkumi 3.1 juta yang dikeluarkan JPJ.



3. AES akan diteruskan dibawah JPJ berkuatkuasa pada 1 September 2018. Sebelum ini AES dikendalikan oleh Beta Tegap Sdn Bhd dan Ates Sdn Bhd.


4. Kerajaan turut mengumumkan, 31 Ogos 2018 ialah tarikh tamatnya kontrak dengan kedua-dua syarikat yang diberikan tender mengendalikan AES.

5. Anthony Loke turut mendedahkan dua perkara mengejutkan dalam sidang media tersebut;

i) LTAT - Lembaga Tabung Angkatan Tentera diarahkan membayar RM555 juta untuk 40 kamera AES oleh kerajaan terdahulu. Ini adalah kerana proses pengambilalihan saman AES untuk dipindahkan kepada bawah kerajaan (BN) seperti yang pernah dihebohkan dahulu. Tetapi dana LTAT digunakan.

ii) Kerajaan baru dibawah Pakatan Harapan akan memulangkan semula dana LTAT RM555 juta secara berperingkat.

6. Pada 1 September 2018, untuk setiap saman AES yang dikeluarkan, tiada lagi DISKAUN akan diberikan atas alasan KESELAMATAN.

7. ProtAES (anti saman AES) menerusi Timbalan Pengerusinya, Faiz Fadzil mengucapkan terima kasih kepada Menteri Pengangkutan kerana membatalkan semua saman AES dan turut berkata pemahsuhan saman AES sebenarnya tidak pernah ada dalam MANIFESTO PAKATAN HARAPAN

8. Faiz Fadzil turut berkata kerajaan perlu memperjelaskan samada;

i) Adakah lokasi kamera AES yang lama akan dikekalkan ataupun ditambahbaik dengan hanya memasang di kawasan yang bersesuaian dan bertepatan supaya tiada pengguna yang terjerat dengan saman AES yang tak masuk akal.

ii) Sebaiknya pemasangan kamera AES ditangguhkan sehingga kajian terperinci dijalankan bagi memilih lokasi yang bersesuaian.

9. Faiz turut mencadangkan agar kaedah saman ditukarkan dengan dua kali notis amaran dikeluarkan kepada pemandu sebelum notis saman dikeluarkan pada amaran ketiga. Ini bagi tujuan memberikan pengajaran dan pendidikan kepada pemandu sebagai peringatan awal agar mereka tidak mengulangi kesalahan yang sama lagi.

Keputusan mengekalkan saman AES dan meletakkan ia dibawah JPJ menimbulkan kritikan ke atas kerajaan baru kerana ia memberikan gambaran UTURN.

Pada 19 Disember 2012, RoketKini melaporkan;

Dengan tajuk : BUKAN SAJA BATALKAN AES, KERAJAAN PERSEKUTUAN MESTI PULANGKAN BAYARAN SAMAN.


Pada 2 November 2012, satu lagi artikel tersiar di RoketKini;

Dengan tajuk : PULAU PINANG TOLAK AES KERANA BEBANKAN RAKYAT.


Kedua-dua artikel di atas merumuskan begini;

👉 Pakatan Rakyat (ketika itu) dan Guan Eng tidak bersetuju dengan AES kerana ia menguntungkan syarikat swasta yang diberikan tender untuk mengendalikan saman AES. 

👉 Syarikat swasta ini mensasarkan keuntungan dan sudah tentu mereka mahu mencapai jumlah kuota saman tertentu bagi membolehkan mereka 'membuat wang'.

👉 Objektif mendisplinkan pengguna atas alasan keselamatan adalah tidak tepat apabila memberikan syarikat swasta projek mengendalikan saman.

👉 Disebabkan itu empat negeri Pakatan Rakyat menangguhkan operasi saman AES.

👉 Guan Eng juga mendesak agar semua wang saman yang telah dibayar balik perlu dipulangkan semula. 

Dibawah Pakatan Harapan, selepas kedua-dua kontrak dengan syarikat Beta & ATES tamat (dengan berakhirnya tempoh kontrak/perjanjian), saman AES diteruskan dibawah JPJ.

Ini bermakna salah satu yang menjadi pertikaikan utama yang sering dimainkan pemimpin Pakatan telah diselesaikan dan tidak lagi menjadi isu sama sekali.

Selain isu saman AES yang dikendalikan syarikat swasta, kos bagi mengendalikan sistem dan membeli, menyelenggara, membaiki, mengemaskini kamera serta kakitangan, lokasi pemasangan yang menjerat pengguna, nilai yang disaman turut menjadi pertikaikan umum disamping kerumitan untuk mempertikaikan dan melawan saman AES menerusi saluran mahkamah.  

Kerajaan setakat ini belum lagi mengumumkan secara terperinci bagaimana JPJ akan mengendalikan saman AES. Hanya satu isu sahaja diselesaikan yakni, ia tidak lagi diuruskan oleh syarikat swasta tetapi isu-isu berbangkit lain tidak dijelaskan kepada umum.

Adakah saman AES yang diteruskan dibawah kerajaan Pakatan Harapan patut disokong atau ditentang rakyat? Adakah uturn kerajaan PH mengenai AES adalah tindakan tepat? Ianya adalah 50 - 50 di pihak kami. Sehinggalah Kementerian Pengangkutan menjelaskan semua perkara secara terperinci. 

Bagaimanapun kegagalan kerajaan baru memulangkan semula wang yang telah dibayar, ialah satu kes uturn dari Lim Guan Eng. Itu adalah muktamad. Kerana ianya tidak adil kepada pengguna yang jujur dan mematuhi undang-undang.

Dan ini adalah kesimpulan kami. - 28 Ogos 2018.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...