Telegram PH http://t.me/beritapolitikmalaysia

Laporan yang tersiar tidak semestinya mewakili pandangan pihak pentadbir halaman.

Rabu, 24 Julai 2019

Dituduh Mencabul, Leman Raja Lawak Akan Saman BERNAMA & Blog-Blog.

POLITIK |Bekas peserta Raja Lawak musim kelima, Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali sebagai Leman Raja Lawak hari ini bersama peguamnya bakal menyaman Bernama.com dan blog-blog yang berkaitan termasuk newspapers kerana mengeluarkan berita yang mengelirukan kepada pembaca.


Bernama.com telah menulis "pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas" sedangkan cerita asalnya ialah amat berlainan dari apa yang berlaku terhadap pertuduhan dan ternyata ianya adalah satu kerja jahat untuk menjejaskan nama baik beliau jelas Leman.

Jelas sekali pertuduhan itu hanyalah ingin memburukkan karier beliau dalam politik dan sebagai pencebur baru dalam bidang industri, katanya lagi.


Menurut Leman, Bernama.com telah mengeluarkan satu berita yang jauh tersasar dari kes asal sedangkan pekerjanya masih lagi bersama dengan beliau.

Saudara Leman merujuk kepada peguamnya berkata, saman malu akan difailkan dalam waktu terdekat dan beliau bersama pekerjanya akan membuat laporan polis terhadap bernama.com dan semua blog yang mengeluarkan berita yang berkaitan.

"Yang mana blog mengeluarkan berita berkaitan, mohon ambil perhatian.

Tunggu laporan polis dari ambo..

Kepada rakan-rakan, tolong tulis semua nama blog yang menyebarkan berita fitnah ini diruang komen... saya dan pekerja-pekerja saya nak masukkan dalam senarai laporan polis esok,"
katanya di Facebook.

Permohonan maaf dari pihak Bernama.com tidak akan diterima oleh kerana untuk memberi pengajaran kepada penulis berita supaya berhati hati mengeluarkan berita sensasi yang berbaur fitnah dan menjejaskan reputasi seseorang jelas Leman selanjutnya.


Terdahulu beberapa portal berita termasuklah Bernama melaporkan Sulaiman Ibrahim yang lebih dikenali dengan nama Leman Raja Lawak didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas dua pertuduhan mencabul kehormatan seorang pekerja wanitanya, November tahun lepas.

Tertuduh yang kini pengarah urusan sebuah syarikat produksi bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mohamad Ikhwan Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan pertama, dia yang berusia 38 tahun itu didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan seorang wanita berusia 27 tahun di dalam bilik sebuah hotel di Puchong di sini, pada 4.10 pagi, 12 Nov 2018 lepas.

Dia turut dituduh melakukan kesalahan serupa ke atas mangsa yang sama di sebuah pejabat di Jalan Permai, Taman Perindustrian Puchong di sini pada 16 Nov 2018.

Kedua-dua pertuduhan itu dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Hakim Amir Abdul Hamid menawarkan jaminan RM5,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Mohd Ridzuan Muhamad memohon jaminan rendah atas alasan anak guamnya mempunyai seorang isteri yang sedang sarat mengandung selain seorang anak yang berusia dua tahun.

"Syarikat produksi yang dikendalikan anak guam saya juga baru beroperasi dan masih belum mempunyai sebarang keuntungan. Saya mohon jaminan dikurangkan," katanya.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan beserta syarat tambahan dilarang mengganggu mangsa dan pengadu dalam kes ini selain menetapkan 6 Sept untuk sebutan semula kes. - 24 Julai 2019.

Share this

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...